You are on page 1of 5

SCE3105-Refleksi Amali

REFLEKSI AMALI 1 Amali Sains ialah satu tugasan wajib yang perlu dilalui oleh semua pelajar guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) Sains. 5 siri amali Fizik dalam konteks Fizik Dalam Kehidupan Seharian perlu dilaksanakan. Tugasan secara berkumpulan 2 hingga 3 orang pelajar ini memerlukan pelajar untuk memahami kehendak eksperimen, menjalankannya semasa sesi amali dan menulis laporan bagi setiap amali. Pada 24 Februari 2013 jam10.30pagi hingga 12.30tgh, saya dan ahli kumpulan telah menjalankan amali pertama yang bertajuk : Pengukuran Dalam Kehidupan Seharian. Untuk itu, saya perlu menguasai Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains selain memahami isi kandungan topik Pengukuran itu sendiri sebelum memulakan segala aktiviti yang terdapat di dalam eksperimen yang telah ditetapkan itu. Daripada amali yang dijalankan, didapati alat-alat pengukur seperti Angkup Vernier,Tolok Skru Mikrometer dan Neraca Elektronik merupakan alat pengukuran yang mempunyai kepersisan dan kejituan yang sangat tinggi, contohnya mampu mengukur panjang atau tebal objek dalam bacaan yang sangat kecil seperti tebalnya sehelai kertas sekalipun. Melalui amali ini juga, kami mendapat pendedahan bagaimana untuk mengaplikasikan alat-alat ini dalam melakukan kerja-kerja pengukuran. Dapat disimpulkan bahawa Sains Fizik amatlah rapat dengan kehidupan seharian kita. Di dalam kehidupan kita sehari-hari, kita akan menemukan pelbagai konsep-konsep Sains asas yang seringkali kita lakukan namun seringkali ianya berlaku tanpa kita sedari.

Disediakan oleh : MOHD RAZALI BIN ABDUL HAMID PPG Sce-B / Ambilan FEB2012

SCE3105-Refleksi Amali REFLEKSI AMALI 2 Amali Sains ialah satu tugasan wajib yang perlu dilalui oleh semua pelajar guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) Sains. 5 siri amali Fizik dalam konteks Fizik Dalam Kehidupan Seharian perlu dilaksanakan. Tugasan secara berkumpulan 2 hingga 3 orang pelajar ini memerlukan pelajar untuk memahami kehendak eksperimen, menjalankannya semasa sesi amali dan menulis laporan bagi setiap amali. Pada 24 Februari 2013 jam8.00 hingga 10.00pagi, saya dan ahli kumpulan telah menjalankan amali kedua yang bertajuk : Daya dan Gerakan. Untuk itu, saya dan rakan perlu terlebih dahulu menguasai Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains selain memahami isi kandungan topik Daya dan Gerakan itu sendiri sebelum memulakan segala aktiviti yang terdapat di dalam eksperimen yang telah ditetapkan itu. Daripada amali yang dijalankan, didapati terdapat berbagai daya yang bertindak di dalam gerakan sesuatu objek sama ada semasa objek itu jatuh mahupun bergerak secara mendatar. Tanpa daya seperti daya tolakan, daya geseran, daya apungan, daya pecutan dan daya tujahan, sesuatu objek itu akan pegun atau tidak akan bergerak dari tempat asalnya. Melalui amali ini juga, kami mendapat pendedahan bagaimana daya-daya tersebut terbentuk dan dapat pula diukur secara amalan saintifik menggunakan jangka masa detik dan pita detik . Dapat disimpulkan bahawa Sains Fizik amatlah rapat dengan kehidupan seharian kita. Di dalam kehidupan kita sehari-hari, kita akan menemukan pelbagai konsep-konsep Sains asas yang mat berguna untuk kehidupan jika kita mahu mengkaji, memahami dan mengaplikasikannya.

Disediakan oleh : MOHD RAZALI BIN ABDUL HAMID PPG Sce-B / Ambilan FEB2012

SCE3105-Refleksi Amali REFLEKSI AMALI 4 Amali Sains ialah satu tugasan wajib yang perlu dilalui oleh semua pelajar guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) Sains. 5 siri amali Fizik dalam konteks Fizik Dalam Kehidupan Seharian perlu dilaksanakan secara berkumpulan 2 hingga 3 orang. Tugasan ini memerlukan pelajar untuk memahami kehendak eksperimen, menjalankannya semasa sesi amali dan menulis laporan bagi setiap amali. Pada 17 Mac 2013 jam10.30pagi hingga 12.30tgh, saya dan ahli kumpulan telah menjalankan amali keempat yang bertajuk : Mikroskop dan Teleskop. Untuk itu, saya dan rakan perlu terlebih dahulu menguasai Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains selain memahami isi kandungan topik Cahaya itu sendiri sebelum memulakan segala aktiviti yang terdapat di dalam eksperimen yang telah ditetapkan itu. Daripada amali yang dijalankan, didapati terdapat perbezaan dua jenis kanta yang menjadi asas pembinaan mikroskop dan teleskop. Dua jenis kanta iaitu kanta cembung dan kanta cekung masing-masing membenarkan cahaya melaluinya dan membias cahaya ke sudut yang berlainan. Perbezaan ini memberi kelebihan kepada dunia Sains untuk mengkajinya dan seterusnya membina teleskop dan mikroskop untuk kemudahan manusia sejagat. Dapat disimpulkan bahawa Sains Fizik amatlah rapat dengan kehidupan seharian kita. Di dalam kehidupan kita, jika rajin mengkaji, maka kita akan menemukan pelbagai konsep-konsep Sains asas yang amat berguna untuk dipergunakan untuk kemudahan kita semua.

Disediakan oleh : MOHD RAZALI BIN ABDUL HAMID PPG Sce-B / Ambilan FEB2012

SCE3105-Refleksi Amali REFLEKSI AMALI 5 Amali Sains ialah satu tugasan wajib yang perlu dilalui oleh semua pelajar guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) Sains. 5 siri amali Fizik dalam konteks Fizik Dalam Kehidupan Seharian perlu dilaksanakan secara berkumpulan 2 hingga 3 orang. Tugasan ini memerlukan pelajar untuk memahami kehendak eksperimen, menjalankannya semasa sesi amali dan menulis laporan bagi setiap amali. Pada 17 Mac 2013 jam8.00pagi hingga 10.00pagi, saya dan ahli kumpulan telah menjalankan amali ke lima yang bertajuk : Litar Elektrik. Untuk itu, saya dan rakan perlu terlebih dahulu menguasai Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains selain memahami isi kandungan topik Litar Elektrik itu sendiri sebelum memulakan segala aktiviti yang terdapat di dalam eksperimen yang telah ditetapkan itu. Daripada amali yang dijalankan, didapati terdapat perbezaan dua jenis litar elektrik yang biasa di pasang di rumah. Dua jenis litar iaitu Litar Bersiri dan Litar Selari. Kedua-dua litar ini membenarkan elektrik melaluinya dan membolehkan alat elektrik berfungsi. Kami juga mengkaji perbezaan, kekuatan dan kelemahan kedua-dua litar tersebut apabila digunakan di dalam kehidupan seharian. Kami juga mengerti apa itu voltan, arus dan rintangan elektrik. Daripada amali ini juga kami mempelajari aspek keselamatan semasa mengendalikan penyambungan litar. Semoga apa yang dipelajari ini akan dapat membantu anak-anak murid di sekolah nanti. Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh : MOHD RAZALI BIN ABDUL HAMID PPG Sce-B / Ambilan FEB2012

SCE3105-Refleksi Amali REFLEKSI AMALI 6 Amali Sains ialah satu tugasan wajib yang perlu dilalui oleh semua pelajar guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) Sains. 5 siri amali Fizik dalam konteks Fizik Dalam Kehidupan Seharian perlu dilaksanakan secara berkumpulan 2 hingga 3 orang. Tugasan ini memerlukan pelajar untuk memahami kehendak eksperimen, menjalankannya semasa sesi amali dan menulis laporan bagi setiap amali. Pada 17 Mac 2013 jam2.00ptg hingga 4.00ptg, saya dan ahli kumpulan telah menjalankan amali ke lima yang bertajuk : Pengaruhan Dan Penghantaran Arus Elektrik. Untuk itu, saya dan rakan perlu terlebih dahulu menguasai isi kandungan topik Pengaruhan Dan Penghantaran Arus Elektrik itu sendiri selain memahami Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains sebelum memulakan segala aktiviti yang terdapat di dalam eksperimen yang telah ditetapkan itu. Daripada amali yang dijalankan, didapati arus elektrik boleh dihasilkan apabila magnet digerakkan melalui gegelung kuprum dan arus ini mempunyai arah gerakan tertentu. Didapati juga bilangan lilitan gegelung mempengaruhi arus yang terhasil. Aktiviti membina transformer injak naik/turun memberikan kami pengalaman bahawa sesuatu arus itu dapat diubah menjadi besar atau kecil bergantung kepada transformernya. Daripada amali ini juga kami mempelajari kegunaan transformer dalam penghantaran arus elektrik. Semoga apa yang dipelajari ini akan dapat membantu anak-anak murid di sekolah nanti. Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh : MOHD RAZALI BIN ABDUL HAMID PPG Sce-B / Ambilan FEB2012

You might also like