You are on page 1of 10

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 10 PENCARIAN BEBAS DAN TERARAH

PENCARIAN BEBAS Kejayaan sesuatu perniagaan secara on- line tidak akan terjamin dengan hanya mewujudkan suatu „kehadiran‟ di Internet. Cabaran utama bagi pemasar -pemasar adalah, untuk menarik perhatian pelawat-pelawat ke laman mereka, menjana suatu ulangan lawatan, membina kesedaran jenama melalui pengiklanan dan pemasaran. Para pengguna mempunyai pilihan untuk menghabiskan masa dan duit mereka pada ribuan laman yang berbeza. Kesedaran ini akan mempengaruhi kita untuk melawat laman tersebut, sebagai hanya suatu percubaan atau suatu permulaan kepada lawatan-lawatan seterusnya. ENJIN PENCARIAN (SEARCH ENGINES) Hingga kini Internet adalah suatu „kolam infomasi‟ yang paling fleksibel. Oleh kerana sangat mudah untuk memasukkan suatu maklumat ke dalam Internet, ramai penyumbangpenyumbang yang menjadikannya semakin besar dan luas dari hari ke hari. Maka, adalah sangat mudah untuk „sesat‟ di dalamnya. Sebab itulah perkara pertama yang biasanya dilakukan oleh pengguna adalah melawat enjin pencarian. Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk bertindak sebagai indeks kepada sumber-sumber maklumat yang sangat banyak dan luas di dalam rangkaian tersebut. Setiap enjin pencarian akan mengumpul maklumat mengenai dokumen-dokumen yang boleh digunakan di Internet. Ia biasanya menggunakan sejenis alat yang dinamakan „spider‟ (atau robot atau webcrawler) yang akan menyenaraikan sampel-sampel kesemua dokumen yang dijumpainya di Internet dan menghantarnya kembali ke pengkalan. Sesetengahnya hanya mengambil 500 perkataan pertama dari satu halaman yang dijadikan sampel, manakala selebihnya mengambil keseluruhan atau kesemua maklumat tersebut. Spider juga berkebolehan untuk mengikut link (hubungan/rantaian) yang disertakan di dalam dokumen tersebut, dan seterusnya penemuan laman-laman tambahan untuk disiasat. Apabila spider menghantar sampel-sampel kembali ke pengkalan, akan terdapat suatu mekanisme untuk mengeluarkan kata-kunci (meta-data) daripada sampel tersebut. (Meta-data adalah satu set kata kunci yang diguna untuk menerangkan dokumen tersebut) . Ini mungkin dikeluarkan melalui kekerapan perkataan diulang. Sesetengah enjin pencarian mengambilkira bukan hanya kekerapan perkataan di dalam suatu halaman, tetapi juga berapa hampir

1

ayat pertama pada satu halaman muka surat akan ditunjukkan pada keputusan pertanyaan untuk memberikan satu gambaran atau pengenalan kepada apa yang ada di laman tersebut. grafik-grafik. Petunjuk-petunjuk lain adalah formatnya (font yang lebih besar biasanya adalah tajuk-tajuk). Sesetengah enjin pencarian mungkin mengikuti suatu peraturan yang tersirat bila diberikan beberapa kata kunci. atau program-program komputer. Enjin pencarian ini akan memberi pilihan untuk mengecilkan pencarian kepada jenis muzik (contoh. dan text yang telah disertakan oleh penulis untuk menerangkan mengenai dokumen tersebut. karaoke). dan memberitahu anda saiz setiap imej dan format imej tersebut disimpan. Sintaksis pertanyaan mungkin adalah mudah atau rumit/canggih. atau lebih bagus lagi. serta menawarkan pilihan untuk mengehadkan keputusan dalam suatu tempoh masa tertentu. sejuta atau pun hanya satu atau dua dokumen sahaja yang boleh digunapakai. Pada kebiasaannya. Ia membenarkan seseorang untuk menghadkan atau meluaskan pertanyaan kepada puncapunca seperti laman (site) dan newsgroups. seluruh internet. Keputusan kepada pertanyaan biasanya ditunjukkan sebagai satu set hubungan berbentuk hypertext. mempunyai tag yang berformat khusus (dikenali sebagai tag META) yang membenarkan penulis untuk merekabentuk satu set kata kunci yang diingini bagi laman web tersebut. Terdapat juga yang memberi keutamaan kepada perkataan-perkataan. Terdapat juga satu laman yang dipanggil metasearch (atau metacrawlers) yang menghantar pertanyaan anda kepada beberapa enjin pencarian global dalam satu masa. atau sistem operasi jika ia berkaitan program. membenarkan suatu pertanyaan yang menggunakan kombinasi operator AND. contohnya. HTML. OR. huraian ringkas setiap dokumen yang ditunjukkan dalam konteks istilah pencarian tersebut. Andaikata anda ingin melihat gambar beruang perang (brown bear).RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN perkataan itu berada di bahagian atas suatu halaman dan ianya dibahagikan secara adil disepanjang halaman tersebut. masukkan istilah “brown bear” dan klik butang “search”. Perkhidmatan ini akan benarkan anda untuk pilih “ Picture”. Sesetengah enjin pencarian pakar dalam jenis-jenis sumber tertentu: fail-fail audio. bergantung kepada kaedah yang diamalkan oleh sistem untuk mengeluarkan meta-data dan topik pertanyaan secara kasar. Enjin pencarian melitupi lingkungan sumber-sumber yang luas. Pertanyaan ini akan dijawab dengan ratusan lokasi tepat gambar. Akhir sekali. terdapat juga enjin pencarian yang sulit dan 2 . NEAR dan NOT. Meta-data ini kemudiannya digabungkan dengan suatu pangkalan data yang membenarkan orang ramai untuk bertanya menggunakan kata kunci. Bahasa mark-up tradisional. Keputusannya mungkin seribu. sementara yang lain menawarkan peluang kepada pengguna untuk mencari melalui frasa dan bukan sahaja melalui perkataan.

tetapi bentuk dan perletakan banner tersebut menjadikannya suatu bentuk pengiklanan yang paling popular. Terdapat keputusan asas yang perlu dibuat berkaitan dengan kumpulan sasaran dan pemadatan pengiklanan (advertising saturation) apabila ingin membentuk suatu strategi pengiklanan:  Frequency (kekerapan): Pengiklan haruslah mendedahkan sesuatu iklan itu dengan kekerapan yang berkesan ditahap minimum yang diperlukan untuk memujuk pengguna membeli produk itu. jenis pertanyaan yang baru akan digunakan. enjin pencarian adalah merupakan suatu contoh jelas yang aktif. Ia berguna terutamanya dalam dua situasi: mencari satu katalog produk yang luas bagi ciri-ciri tertentu dan pelbagai pilihan serta mencari dokumentasi teknikal yang besar jumlahnya. Sebagai lanjutan kepada teknologi pengkalan data (database). pelanggan yang berpotensi mestilah selalu „dipikat‟ untuk memastikan kesetiaan pada jenama tersebut. PENGIKLANAN DI WEB Secara umunya. mengingatkan. Perkara kurang penting yang lebih kecil dan pengiklanan secara teks juga turut digunakan. Capaian juga mempunyai komponen bergeografi.  Continuity (kesinambungan): Bagi produk yang mempunyai kitaran belian yang pendek. Pengalaman lepas telah menunjukkan bahawa kekerapan efektif yang paling minimum adalah antara 1 – 13 pendedahan bagi setiap kitaran belian. Komunikasi pemasaran adalah bertujuan untuk memberitahu. sementara yang lain 3 . kekerapan pendedahan minimum adalah lebih tinggi daripada produk yang mempunyai kitaran belian selama beberapa tahun seperti kereta. dan meta-data akan menjadi lebih luas dan lebih tepat. Sulit atau tidak. syarikat atau perkhidmatan.  Reach (capaian): Pengiklan haruslah memutuskan samada untuk sasarkan sejumlah kecil pengguna tetapi kerap kali ataupun sejumlah besar pengguna tetapi kekerapannya berkurangan. ia akan membawa anda ke laman web periklanan tersebut. iklan berbentuk banner adalah imej segi empat tepat yang mengiklankan suatu produk. dan memujuk pelanggan sebelum dan selepas sesuatu pembelian.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN spesifik. Jika anda klik pada banner ini. terutamanya ketika mereka membuat keputusan pembelian. Banner ini biasanya diletakkan di tengah-tengah pada bahagian paling atas suatu laman web. Untuk produk yang mempunyai kitaran pembelian selama beberapa hari seperti minuman ringan. Bagi produk yang mempunyai kitaran belian yang panjang adalah lebih berkesan jika sasarkan pelanggan yang berlainan setiap kali. dan bergaya peribadi yang dicadangkan oleh pencarian bebas dalam persekitaran pasaran. ketika banyak bentuk media adalah terhad pada pasaran tempatan.

di mana akan membawa mereka kepada ahli-ahli kumpulan yang lain. jika anda menjual produk seperti barang masakan. Sekiranya banner dikira mengganggu. Di dalam Internet. Untuk mengekalkan profil suatu jenama yang baik selepas kempen permulaan. Kumpulan pertalian (affinity) boleh berhimpun tanpa perlu melalui sebarang portal. Ianya adalah satu persetujuan bersama antara pengiklan-pengiklan dengan tujuan yang biasa ataupun pasaran yang disasarkan. Anda boleh menguruskan iklan produk mereka di laman anda.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN boleh sasarkan pasaran kebangsaan atau mungkin juga antarabangsa yang lebih luas dan lebar. Banner sesuatu kempen mungkin berguna untuk menghasilkan kesedaran jenama. penggunapengguna yang tidak mahu melihat banner-banner pengiklanan boleh membeli software yang akan menggantikan banner tersebut dengan suatu link berbentuk teks. di mana pendedahan yang berlebihan akan memberi suatu penilaian negatif terhadap produk. Perancangan sebegini akan membenarkan lebih banyak pengemudian yang mudah. Strategi pertama yang berkesan ialah menghubungi pemilik web yang menguruskan laman yang berkemungkinan menarik minat pelawat-pelawat. Walaubagaimanapun. Laman yang diminati ramai selalunya akan membenarkan pelayar-pelayar untuk klik pada link WebRing. kesedaran jenama akan memuncak. Contohnya. perletakan iklan adalah satu kerja yang agak rumit. Dalam kes ini. Berbeza dengan pengiklanan television. dan begitu juga sebaliknya. kajian menunjukkan bahawa selepas dua pendedahan. mencadangkan bahawa penerokaan secara bersahaja adalah berkemungkinan lebih biasa atau lazim daripada pencarian bermatlamat atau rancangan yang disusun rapi. anda mungkin boleh meletakkan link timbal-balik (reciprocal links). seperti “browsing” dan “surfing”. anda mungkin ingin bertukar banner dengan laman yang mempromosikan buku resepi. WebRing adalah merupakan kaedah kedua yang boleh diguna untuk menghubungkan antara laman-laman yang berkaitan. tidak bermakna anda sudah disambungkan atau dihubungkan dengan pasaran. Link yang diletakkan pada kedua-dua halaman adalah bertujuan untuk membawa pelawat-pelawat ke laman yang mempunyai produkproduk yang bagus atau yang mempunyai maklumat yang berkaitan. pendedahan banner iklan secara berlebihan melaporkan perasaan negatif terhadap medium tersebut dan bukannya produk itu. serta membuat pilihan 4 . kekerapan untuk menonjolkan banner perlu dikurangkan. Dengan meletakkan iklan di dalam sesuatu laman yang sangat sibuk. Meletakkan banner secara berstrategi untuk menarik minat pelbagai pasaran khusus (niche) mungkin adalah satu strategi yang lebih berkesan untuk jangka masa panjang. serta istilah-istilah yang digunakan untuk menerangkan aktiviti Internet.

Sesetengah kumpulan pertukaran banner hanya membenarkan syarikat-syarikat di dalam bidang khusus untuk untuk sertai meraka. Banner anda akan menjadi sebahagian daripada iklan-iklan yang akan muncul di halaman peserta-peserta kumpulan tersebut. Pada umumnya. wanita-wanita yang memiliki perniagaan boleh menyertai WebRing yang mempromosikan pemilik bisnes wanita. 5 .RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN rawak atau spesifik mengenai destinasi seterusnya daripada set laman-laman yang dipunyai ahli kumpulan tersebut. memastikan banner-banner ditukarkan hanya antara syarikat-syarikat yang berkongsi profil pengguna yang sama. Sesetengah pertukaran mempunyai nisbha 1:1. selain produk atau perkhidmatan khusus WebRing. seperti syarikat-syarikat perubatan sahaja. Setiap pertukaran mempunyai nisbah yang akan memberitahu anda kekerapan banner anda dipaparkan. Kaedah popular yang ketiga ialah dengan menyertai kumpulan pertukaran banner. manakala pertukaran banner pula mempunyai lebih ramai ahli dan adalah sukar diramal. Perbezaan antara suatu pertukaran banner dan WebRing adalah pengurusannya. namun terdapat juga 10:1. Ini akan membenarkan perkhidmatan pertukaran tersebut untuk memutarkan pengiklanan itu secara berkesan kepada mana-mana laman yang akan memaparkannya. Kumpulan-kumpulan pula lain akan mengkategorikan kumpulan-kumpulan. Pertukaran banner yang bernisbah 2:1 akan paparkan banner anda untuk setiap dua kali anda uruskan banner pesertapeserta lain. Banner khusus yang akan ditunjukkan adalah biasanya diserahkan dengan segera selepas memasuki sesuatu halaman. Perkhidmatan pertukaran ini akan menyediakan laporan secara berkala bagi menunjukkan kekerapan banner anda dipaparkan dan kekerapan ia diklik oleh seseorang yang berminat dengan iklan anda untuk melawat laman anda. WebRing adalah lebih statik dan terhad persetujuannya. Begitu juga.

Ia adalah sukar untuk tentukan samada berapa cepat Internet yang mengandungi perniagaan akan mengubah perhatian orang ramai daripada sumber media tradisional. Mereka mengatakan bahawa pembaca setia bahan cetakan mereka juga boleh ditemui secara online. Walaupun jumlah penonton bagi sesebuah surat khabar atau rancangan sitkom di televisyen tidak menurun. petapeta. sesetengah penerbit menyatakan bahawa peredaran surat khabar dan majalah mereka yang sedia ada tidak menurun. pengiklan mungkin bertukar ke Internet jika merasakan ia memberikan 6 . dan juga muncul secara terus di skrin komputer pembaca. pemasaran terus. Sebaik sahaja kandungan tersebut dihasilkan dan disimpan. Walaubagaimanapun. Kandungan digital juga diaturkan dengan rapi dan menjadi arkib yang boleh dicari dan pengedaran semula di dalam format lain (contoh . Sekiranya kandungan sesebuah surat khabar dan majalah haruslah dicetak dan dihantar ke depan pintu rumah di seluruh bandar untuk sampai ke pembaca-pembacanya. Walaupun hampir 90 peratus pengguna-pengguna web mendapatkan berita dan maklumat secara online. Artikel-artikel yang terhad kepada teks dan sebuah gambar di dalam edisi cetakan mungkin dilengkapkan dengan klip video atau audio. kebanyakan web-web perniagaan mengelak daripada mengenakan pembayaran untuk langganan sebagai satu cara untuk mengumpul „penonton‟ dan menarik pengiklanan. Pengguna kemudiannya boleh membaca maklumat tersebut di skrin atau mencetaknya. dan transaksi hasil pendapatan. Kini. terdapat sedikit ataupun mungkin tiada kos tambahan untuk menghantarnya kepada seorang pembaca atau seribu pembaca. kandungan yang disimpan secara digital menawarkan potensi untuk mengulangi penggunaan semula. kandungan online boleh dimasuki secara terus melalui komputer. tetapi mengharapkan setiap medium memuaskan keperluan yang berbeza. dan penyelidikan latar belakang secara lengkap dan teliti di dalam versi online. Beberapa kajian menunjukkan bahawa tontonan televisyen merosot apabila penggunaan Internet mula meningkat. Berbeza dengan kandungan surat khabar atau majalah yang hanya dapat digunakan sekali. Web yang mengandungi pengiklanan memerlukan pelaburan utama yang lebih rendah berbanding dengan penghasilan web setara lain yang tidak mengandungi pengiklanan. tradisi penyiaran internet secara percuma telah menghalang penerimaa pembayaran berasaskan penggunaan atau pembayaran langganan daripada tersebar luas.CD-Rom). walaupun penonton web mereka semakin meningkat.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN MEDIA MASSA BERASASKAN WEB Walaupun orang ramai membayar sebahagian daripada kos untuk media seperti surat khabar dan majalah. pengiklanan juga menyalurkan sebahagian besar daripada hasil pendapatan yang diperolehi media. yang mana adalah susah jika dilakukan dengan timbunan kertas ataupun mikrofilem.

Istilah dan kriteria pengukuran yang digunakan untuk menetapkan harga pengiklanan di dunia sebenar telah mencerminkan perkara ini. untuk menyiasat rancangan kegemaran mereka. majalah. Walaupun internet mempunyai potensi yang hebat untuk mengenalpasti dan menyasarkan kumpulan tertentu. kadang-kadang dengan menggunakan peralatan yang canggih dan berteknolgi. radio. Agensi-agensi pengiklanan dan pembeli-pembeli media selesa dengan teknik pengukuran untuk media ini. kerana mereka tidak berupaya untuk mengesan atau membezakan pengguna yang setia berbanding pengguna yang hanya mencuba. 7 . Peredaran dan kadar penyampaian untuk surat khabar dan majalah dihitung daripada unit yang terjual dan penyelidikan pasaran. dan televisyen didorong dan disokong oleh pengiklanan secara berkelompok (mass advertising). Walaupun ia mungkin tidak berhasil sebaiknya dalam persekitaran yang baru. “Saya tahu sebahagian daripada pengiklanan saya telah dibazirkan. Perkara ini mungkin memakan masa bertahun lamanya sebelum kesan penuhnya dapat dilihat. MENGUKUR KEBERKESANAN Surat khabar. tetapi trend terkini dalam perbelanjaan bagi pengiklanan tempatan dan iklaneka. Hanya sedikit maklumat iklan yang ditujukan kepada penonton atau individu tertentu. tetapi saya tidak tahu bahagian mana” adalah merupakan komen oleh seorang eksekutif pemasaran yang ragu-ragu. Pengiklanan secara luaran (outdoor) mengambilkira penonton yang berpotensi berdasarkan pada lalulintas. atau mengenalpasti pengguna jenamajenama lain yang mungkin mengubah haluannya. kelemahannya bagi sistem penerimaan secara luas untuk mengawasi dan mengenalpasti lalulintas penonton telah menjadi suatu halangan yang akan cuba di atasi. Radio mempunyai liputan secara geografi dan maklumbalas penonton. konsep dan alatan tradisional juga digunakan untuk pengiklanan Internet. walaupun mereka mungkin tidak percaya bahawa kesemua pengiklanan mereka betul-betul berkesan. Kekurangan pendekatan yang lebih baik. Banyak pedagang-pedagang kini semakin kurang berkebolehan dalam mencipta program pengiklanan yang berbeza untuk setiap sasaran. Teknologiteknologi yang lazim terdapat untuk pengawasan dan pengesahan bagi lalulintas penonton menarik banyak pelaburan pengiklanan. menunjukkan bahawa pertukaran ini sedang berlaku. ia akan bertindak sebagai jambatan sementara untuk pemilihan media dan pasaran yang ingin disasarkan.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN kesan yang lebih efektif untuk mencapai bilangan penonton yang dikehendaki. Syarikat penyelidikan media akan mengawasi bilangan penonton televisyen.

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN Pengukuran Pengiklanan di Web Term Hit Definition An entry into the log file of a web server. Masalahnya ialah membentuk dan mengenalpasti ukuran pendedahan. ia tidak akan menunjukkan capaian sebenar iklan tersebut. Visit The gross number of occasions a user looked up as ite. Browser hanya memberikan maklumat yang sangat terhad kepada server. tidak mencukupi untuk membentuk persepsi yang sebenar bagi orang yang menggunakannya. The number of hits has no predictable relation to the number of visitors to a site. AdClicks The “click-through” rate within a certain period of time. atau asyik kembali atas sebab lain. It can be calculated by IP address (inaccurate) or user login (accurate). Unique users The number of individuals who visit a site within a specific period of time. a single page with (for example) ten small icons will register eleven hits in the log file. it does not indicate the number of visitors. This excludes error messages and redirects. generated by a file request. Walaubagaimanapun. walaupun ia tidak diterjemahkan menjadi satu click-through kepada laman tersebut. Jika seseorang mempunyai masalah memuatkan satu halaman. Jika matlamat iklan tersebut ialah kesedaran jenama ia mungkin cukup jika mempunyai kekerapan pendedahan yang tinggi. pendedahan ialah dengan pengiklan mahu hit: mengaitkan pendedahan-pendedahan ke halaman yang kepada perbelanjaan pengiklanan dan jualan. Pengiklanan itu mungkin diterjemahkan kepada penambahan jualan di dunia sebenar. Keberkesanan pengiklanan secara banner diukur dengan kadar „ click through‟: berapa kali orang yang melihat banner tersebut klik padanya dan pergi ke laman pengiklan tersebut. It does not indicate wether visitors are digging into the site content or just skimming. Standard impressions The number of times an Internet surfer sees an ad banner but does not “click-through” to connect to the advertiser‟s site. Qualified hits Hits that deliver information to a user. Kaedah yang paling biasa untuk menghitung menghitung pelawat-pelawat mengendalikan iklan tersebut. maka sesetengah perkiraan hanya satu permintaan untuk setiap hari daripada satu alamat IP 8 . This is a sequence hits made by one user at a site within a set period of time. tanpa lawatan ke laman pengiklana tersebut.

Sesetengah pertukaran dan perletakan banner. ________ adalah satu set kata kunci yang diguna untuk menerangkan dokumen. Sesetengahnya akan menghitung mana-mana rujukan daripada satu halaman yang akan memaparkan banner tersebut. kekurangan _____________________________________ telah menjadi suatu halangan yang akan cuba di atasi. 9. syarikat menggunakan pengiraan berdasarkan kombinasi nisbah ia dipaparkan. SOALAN 1. ia mungkin sukar untuk menyemak prestasi mereka. ________ atau _______ yang akan menyenaraikan sampel-sampel kesemua dokumen yang dijumpainya di Internet dan menghantarnya kembali ke pengkalan. Keberkesanan iklan secara banner diukur dengan _________. Sekali lagi. 6. Dua perkhidmatan yang ditawarkan oleh portal ialah: __________ dan _______. 8. kadar click-through. audit bagi angka edaran dan persaingan antara mereka yang membuat anggaran syer pasaran wujud bagi pengiklanan dunia sebenar. Isu yang sama timbul dalam pengukuran click-through. Terdapat satu lagi faktor. sementara yang lain menghitung satu click-through hanya jika satu jualan dibuat pada laman web pengiklan itu. 2. Bagaimana perkhidmatan media di „dunia sebenar‟ membuat keuntungan dalam kaedah yang tidak boleh dilakukan oleh perkhidmatan media secara Internet? 9 . Jika banner anda dikendalikan di laman orang lain.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN unique. Apakah WebRing? 7. Walaupun Internet mempunyai potensi yang hebat untuk mengenalpasti dan menyasarkan kumpulan tertentu. 3. Terdapat kes-kes yang dilaporkan dimana perkhidmatan pertukaran palsu yang hanya memaparkan banner mereka sendiri dan bukannya banner klien mereka. ___________ adalah bertujuan untuk bertindak sebagai indeks kepada sumber-sumber maklumat yang sangat banyak dan luas di dalam rangkaian. 4. Terangkan bagaimana enjin pencarian membalas sesuatu keputusan pencarian. iaitu kepercayaan. dan nilai bagi maklumat yang disediakan tidak diterima secara umumnya. iaitu mereka yang menyalin halaman dari laman web secara tidak sah serta menjual ruang pengiklanan dengan menyamar sebagai sebuah syarikat yang berjaya. dan link timbal-balik. Sebuah enjin pencarian biasanya menggunakan alat (tool) yang dipanggil ______. bolehkah anda sahkan berapa kali ia sebenarnya dipaparkan? Jika syarikat yang anda berurusan itu memberitahu banner anda akan ditunjukkan setiap lima kali seseorang mengakses URL tertentu. tetapi perkhidmatanperkhidmatan untuk Internet ini masih lagi di tahap yang baru. 5. dan juga „lanun halaman web‟.

kandungan yang disimpan secara digital menawarkan potensi untuk __________ dan _________. PERBINCANGAN   Terangkan bagaimana enjin pencarian menyusun dan mengumpul maklumat. Apakah kaedah yang anda gunakan untuk mengiklankan produk tersebut? Apakah keputusan asas yang akan anda buat berkaitan kumpulan sasaran dan „advertising saturation‟?   Apakah masalah paling besar apabila ingin menaksirkan kejayaan dalam sesuatu pengiklanan Internet? Apakah yang dapat anda lakukan untuk mengatasi masalah ini? Bagaimanakan Internet telah memnpengaruhi media tradisional? 10 . Berbeza dengan kandungan surat khabar dan majalah yang hanya dapat digunakan sekali.RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 10. Bayangkan anda cuba untuk menjual suatu produk secara online.