You are on page 1of 19

5.

KEWANGAN: ANALISIS PENYATA KEWANGAN PENGENALAN
Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci Kirakira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. Analisis nisbah yang boleh digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan (profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan (efficiency ratios), dan nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios). Analisis penyata kewangan digunakan sebagai kawalan kewangan iaitu dengan menggunakan penyata-penyata kewangan untuk memantau prestasi sesebuah syarikat. Instrumen bagi kawalan kewangan adalah adalah mengggunakan nisbah kewangan untuk menilai dan mengawal prestasi sesebuah syarikat. Bagi membincang nisbah-nisbah kewangan, contoh pengiraan dibuat berdasarkan Jadual 5.1 dan Jadual 5.2. Kepentingan analisis kewangan 1. menilai semula keputusan dan strategi perniagaan yang telah dibuat 2. memberi panduan kepada keputusan dan strategi tahun yang akan datang 3. memberi gambaran prestasi kewangan kepada pihak luar (pelabur/kreditor) 4. mengetahui sama ada syarikat menguntungkan atau tidak 5. menentukan kemampuan syarikat membayar balik pinjaman

OBJEKTIF Di akhir pembelajaran pelajar dapat 1. membuat analisis dari aspek nisbah kecairan, pengurusan aset, laveraj, keberuntungan, nilai pasaran, analisis arah aliran dan membuat analisis Du Pont. 2. membincangkan batasan dan kelemahan analisis nisbah.

ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Nisbah Kecairan Nisbah Laveraj

Nisbah Pengurusan Aset

Nisbah Keberuntungan

Nisbah Keberuntungan

Nisbah nilai pasaran

Analisis Arah Aliran

Analisis Keratan Rentas

Analisis Du Pont

Batasan dan Kelemahan Analisis Nisbah

000 60.000 50.000 290.000 642.000 595.000 713.000 380.000 260.000 100.000 .000 120.000 setahun Lebihan Dibayar Pendapatan Tertahan Jumlah Ekuiti Pemegang Saham JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 22.000 653.000 50.185.000 1.000 290.000 66.000 240.000 1.000 2005 (RM) 26.00 par 50.000 100.000 295.355.050.000 1.000 650.000 705.000 337.000 1.000 590.000 125.000 265.000 532.000 150.1 Contoh Penyata Kunci Kira-kira Kunci Kira-kira Syarikat Nanimaju Bhd Pada 31 Disember 2005 2004 (RM) ASET Aset Semasa Tunai Sekuriti boleh pasar Akaun belum terima Inventori Jumlah Aset Semasa Aset Tetap Bangunan dan Peralatan Tolak: Susut Nilai Jumlah Aset Tetap JUMLAH ASET LIABILITI SEMASA DAN EKUITI PEMILIK Liabiliti Semasa Nota Belum Bayar Overdraft Belanja Terakru Jumlah Liabiliti Semasa Hutang Jangka Panjang Jumlah Liabiliti Ekuiti Pemegang Saham Saham Biasa RM2.355.000 265.000 980.000 325.000 1.185.000 95.000 327.000 200.000 200.Jadual 5.000 330.

000 434.000 10.000 24.000 26.000 140.000 60.000 120.000 60.434.00 RM2.506.000 140.000 210.000 210.000 200.000 80.40 .2 Contoh Penyata Untung Rugi Penyata Untung Rugi Syarikat Nanimaju Bhd Pada 31 Disember 2005 2004 (RM) Jualan 1.020.000 RM3.000 250.000 2005 (RM) 1.000 100.Jadual 5.000 276.000.000 1.000 150.000 10.000 Untung Kasar Tolak: Belanja Operasi Belanja Pemasaran Susut Nilai Jumlah Belanja Operasi Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai Tolak: Belanja Faedah Pendapatan Sebelum Cukai Tolak: Cukai 40% Untung Bersih Perolehan Per Saham (EPS) (untung bersih/ jumlah saham) 486.000 Tolak: Kos Barang Dijual 1.000 224.

5. Nisbah Kecairan Nisbah kecairan mengukur keupayaan syarikat iaitu menjelaskan ‘liabiliti semasa’ apabila dituntut.00 bagi setiap RM1.98:1 Tahun 2005: Aset Semasa (RM532.000)/ Liabiliti Semasa (RM325. syarikat mungkin tidak dapat membayar semua hutang mengikut masa yang ditentukan. Nisbah ini terdiri daripada nisbah semasa dan nisbah cepat.1.98 bagi setiap RM1.5.000) = 1. Nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan liabilit semasa. Contoh: Tahun 2004: Aset Semasa(RM642. syarikat mempunyai nilai jumlah aset semasa sebanyak RM2.00:1 Tahun 2004. Nisbah semasa mengukur sejauh mana syarikat mampu membayar hutanghutang jangka pendek sekiranya ‘aset-aset semasa’ ditunaikan. Pada tahun 2005. syarikat mempunyai nilai jumlah aset semasa sebanyak RM1. Walau bagaimapun. .000) = 2. Terdapat sedikit penurunan tetapi kedudukan kewangan syarikat masih kukuh. Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabilit Semasa Nisbah yang baik adalah lebih daripada 1.1.00 liabiliti semasa.00)/ Liabiliti Semasa (RM265. Jika syarikat tidak mempunyai wang mudah tunai yang mencukupi.1.00 liabiliti semasa iaitu jumlah aset semasa dua kali lebih besar daripada liabilit semasa. kedudukan kewangan haruslah seimbang sekurangkurangnya 2:1 bagi memastikan syarikat melabur dengan cekap.0 kali kerana ia menunjukkan syarikat mempunyai kecairan aset yang mencukupi bagi menghadapi masalah liabiliti jangka pendek.

16:1 Liabiliti Semasa (RM325. selepas ditolak jumlah inventori didapati pada tahun 2005.2. pusing ganti jumlah aset. Nisbah Cepat = Aset semasa – Inventori Labiliti Semasa Atau = Tunai + Sekuriti Boleh Pasar + Belum Terima (Bersih) Liabiliti Semasa Contoh: Nisbah cepat 1.434.506. Pada tahun 2004.000) = 1.00 liabilitinya.000) – Inventori (RM265. Jika nisbah kurang daripada 1:1.000) Tahun 2004: Aset Semasa (RM642. 5. Nisbah Pengurusan Aset Nisbah pengurusan aset adalah terdiri daripada pusing ganti aset tetap.000/RM713. nisbah cepat adalah sebanyak 1. Oleh itu. inventori perlu ditolak sebab inventori tidak mudah ditunai. nisbah cepat adalah 1.5. pusing ganti inventori dan mengira tempoh pungutan purata.25:1 Liabiliti Semasa (RM265.37: 1 lebih baik daripada 1.00: 1 Contoh pengiraan: Tahun 2005: Aset Semasa (RM532.25.000) – Inventori (RM200.11kali = 2. 5. Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Aset tetap bersih Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM1. Nisbah cepat mengukur kemampuan syarikat membayar hutang jangka pendek dengan cepat. syarikat perlulah bergantung kepada nilai inventori dan jualan untuk membayar hutang bagi jangka pendek. Ini bermaksud.20 kali . Pusing ganti aset tetap mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan aset tetap syarikat untuk menjanakan jualan.2.000/RM653.000 = 2.1.000 Tahun 2005: RM1.16 dan menunjukkan bahawa modal kerja syarikat masih lagi kukuh. Nisbah ini menunjukkan hubungan antara tunai.000) = 1. syarikat masih lagi mempunyai aset semasa yang cukup untuk membayar setiap RM1. tahap kedudukan kewangan dianggap kukuh. sekuriti boleh pasar (saham) dan boleh terima (penghutang) bersih dengan liabiliti semasa.2.000) Dalam mengira nisbah cepat.1. Jika nisbah cepat lebih besar daripada 1:1.

Pusing ganti aset = Jualan bersih Aset purata atau Jualan Jumlah Aset Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM1. stok hendaklah kecil supaya syarikat tidak menanggung kos inventori yang tinggi.85 kali dalam setahun. Oleh itu jualan hendaklah ditingkatkan dan mengurangkan aset yang dirasakan tidak produktif.1 bulan) Pada tahun 2005.000 = 5.4 bulan). manakala pada tahun 2005 pusing ganti aset telah meningkat kepada 1. Jika tinggi inventori diganti semula dengan cepat dan menunjukkan jualan yang baik. Ini menunjukkan syarikat berjaya menghasilkan sebanyak RM1.2.2. Pusing ganti jumlah aset adalah untuk mengukur kecekapan syarikat atau perniagaan menggunakan aset untuk menjana jualan. Pusing ganti inventori mengukur kecairan inventori sesebuah syarikat. .1 bulan (3.000/200.020.000/RM1. ini menujukkan syarikat ada membuat banyak pelaburan aset berbanding jumlah jualan syarikat. nisbah pusing ganti inventori adalah dijalankan sebanyak 5 kali.000/RM265.00 kali setahun Pada tahun 2004.4 bulan (5 kali/12 bulan = 2.85 kali /12 bulan = 3.21:1 atau 1. Ia membayangkan kadar pergerakan inventori syarikat. jika syarikat mempunyai barangan yang cepat terjual.185. Ini bermakna syarikat menggantikan stoknya setiap 2.000 Tahun 2005: 1.21 kali. Pusing ganti Inventori = Kos Barang Dijual atau Kos Jualan Inventori Inventori Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM1.85 kali setahun Tahun 2005: RM1. bermakna syarikat telah dapat meningkatkan jualan berbanding pelaburan.11:1 atau 1.2. Jika nisbah pusing ganti jumlah aset adalah tinggi.3.000/ RM 1. Maknanya barang dalam stor akan diganti setiap 3.000 =1. Oleh itu.21 kali Pada tahun 2004. Jika nisbah pusing ganti aset rendah.Oleh kerana pusing ganti aset tetap pada tahun 2005 lebih tinggi daripada tahun 2004.506. 5. ini menunjukkan syarikat berjaya membuat jualan yang tinggi berbanding aset tetap yang ada dalam tahun 2005.434.21 pada tahun 2005.355. nisbah pusing ganti inventori lebih lewat iaitu 3.000. 5.11 kali = 1. Syarikta biasanya akan menggunakan aset dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan hasil jualan.000 = 3. pusing ganti aset adalah 1.11 kali bagi setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset perniagaan. ini menunjukkan bahawa syarikat telah membuat banyak pelaburan untuk aset tetap berbanding jumlah jualan. Jika nisbah pusing ganti aset tetap adalah rendah.

506. Dengan kata lain. Nisbah Laveraj Nisbah leveraj adalah menggambarkan jumlah pembiayaan yang dibuat oleh pemilik syarikat dan jumlah pembiayaan oleh kreditor. Terdiri daripada nisbah hutang.000 RM1. terdapat kelewatan mengutip hutang berbanding pada tahun 2005. 5.4.Berdasarkan nisbah ini syarikat perlu sentiasa memastikan bayaran hutang diterima lebih cepat untuk mengelakkan risiko kekurangan modal pusingan dalam syarikat. Pada tahun 2005 pula. Oleh itu prestasi kutipan hutang boleh dilihat dengan menggunakan nisbah ourata masa kutipan ini.434. Jika peniaga lewat mengutip hutangnya akan memyebabkan modal syarikat terikat dalam bentuk hutang yang belum dkutip.2. Tempoh pungutan purata = Atau Nisbah Purata Masa Kutipan = Akaun Belum Terima Jualan Sehari Akaun Penghutang Jualan Kredit Sehari Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM295. nisbah hutang kepada ekuiti dan nisbah perlindungan faedah. 5.5 hari RM240.Namun begitu. ia menunjukkan penggunaan pinjaman yang digunakan bagi membiayai perniagaan dan kemampuan syarikat melunaskan hutangnya.3.000/360 hari Tahun 2005: = 70.000/360 hari Pada tahun 2004. Nisbah ini adalah pecahan daripada jumlah aset yang dibiayai oleh kreditor untuk menjana keuntungan. Tempoh pungutan purata (Nisbah Purata Masa Kutipan) Nisbah ini adalah bertujuan memaklumkan kepada peniaga bilangan hari bagi syarikat mengutip semua akaun belum terima ataupun penghutangnya.000 = 60.25 hari RM1. nisbah ini tidak dapat memberi gambaran bagi jualan yang baik terhadap barangan yang bermusim. Lebih cepat kutipan dijalankan adalah lebih baik. 5.1. syarikat menerima bayaran tunai dalam masa lebih kurang 60 hari. syarikat menerima bayaran tunai dalam masa lebih kurang 70 hari. Ini menunjukkan pada tahun 2004.3. Nisbah hutang mengukur kemampuan syarikat membayar hutang kepada kreditor. Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset .

Nisbah hutang-ekuiti Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah perlindungan faedah Nisbah ini juga dipanggil nisbah masa pulangan faedah yang digunakan untuk mengukur keupayaan syarikat membayar faedah daripada pendapatan. Nisbah ini dikira dengan menggunakan persamaan berikut: Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersih Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti berserti semakin kukuh kedudukan kewangan syarikat. Pendapatan Sebelum Cukai + Belanja Faedah Belanja faedah Oleh keranan nisbah perlindungan faedah dapat mengukur keupayaan sesebuah syarikat dalam pembayaran faedah ke atas hutang jadi. manakala 50% lagi dipinjam.01:1 5. kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah liabiliti.3.000) = 1.Contoh pengiraan: Tahun 2005: Jumlah Hutang (RM595.000) = 0. Nisbah dapat memberi gambaran dalam menentukan pendapatan daripada perniagaan untuk digunakan dalam membayar faedah hutang syarikat.000) = 0. .000)/ Jumlah Aset (1. lebih tinggi nisbah perlindungan faedah.3. bererti pemilik perniagaan menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan. maka lebih tinggi perlindungannya.185.000)/ Jumlah Aset (1.000) Jumlah Ekuiti Pemilik(RM650.2.08:1 = 1.000) Tahun 2005: Jumlah Hutang (RM595.502:1 = 50% Tahun 2004: Jumlah Hutang (RM705.000) Jumlah Ekuiti Pemilik (RM590.52:1 = 52% 5.355. Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu.3. Nisbah Hutang kepada ekuiti = Jumlah Hutang Jumlah Ekuiti Pemilik Contoh pengiraan: Tahun 2004: Jumlah Hutang (RM705.

00 jualannya.6 bagi setiap RM1.00 jualan.30 bagi setiap RM1.4.506.000 = 10.00 jualan syarikat telah dapat meningkatkan keuntungan bersih sebanyak 8.37% lebih baik daripada tahun 2004. bermakna syarikat tidak berupaya membayar faedah ke atas hutangnya.000/ RM1.6 kali. syarikat berjaya memperoleh untung bersih sebanyak 13 sen pada tempoh berkenaan. .3:1 iaitu keuntungan syarikat melebihi sebanyak RM9.Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM276.000/ RM24. Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM 150. bermakna syarikat hanya mampu membayar sebahagian daripada faedah ke atas hutangnya. 5.000 Tahun 2005: RM 120.4. Ini bermakna. syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 3.3 kali.1. Pada tahun2005.37% Pada tahun 2004. Pada tahun 2005.000 x 100% = 3.000/RM26. Margin untung bersih= Unting bersih x 100% Jualan bersih Contoh: margin untung 13% = bagi setiap RM1. syarikat mempunyai nisbah 10.434. Ini bermakna nisbah perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 10. Jika nisbah kurang daripada 1. Tetapi dalam situasi ini syarikat tidak mempunyai rizab untk membuat pelaburan yang akan datang atau diagihkan kepada pelaburnya. syarikat telah meningkatkan keuntungan bersih kepada 8. bermakna bagi setiap RM1.00 belanja faedah.000/ RM1.37%.3 kali) Pada tahun 2004.6 kali) Tahun 2005: RM224. Jika nisbah adalah 1.6:1 iaitu keuntungan syarikat melebihi sebanyak RM10. Ini bermakna nisbah perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 9. Walau bagaimanapun.32% bagi setiap RM1. menunjukkan syarikat mampu membayar kesemua faedah ke atas pinjamannya.32%.00 belanja faedah.3:1 (9.32% x 100% = 8.0 kali.6:1 (10. Nisbah margin untung bersih mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh tertentu. margin keuntungan tidak menggambarkan keuntungan syarikat secara keseluruhan kerana syarikat masih perlu mengambil kira nilai aset syarikat. nisbah inventori dan akaun belum terima. Nisbah Keberuntungan Adalah untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi sebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.0 kali. syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 3. syarikat mempunyai nisbah 9. 5.000 = 9. Jika nisbah adalah negatif.

3.1% Pada tahun 2004.1% = 10. Nisbah pulangan atas aset = Untung Bersih – Dividen Saham Terutama Jumlah Aset Atau Nisbah pulangan atas aset = Untung Bersih Jumlah Aset Contoh: untung bersih RM3. Pada tahun 2005. Jika untung bertambah. Ini menunjukkan syarikat mendapat pulangan 10. saiz syarikat juga bertambah tetapi untung tidak semestinya bertambah.000 Tahun 2005: RM 120.1%. Jika aset bertambah.000 = 11.000/ RM1.4. Nisbah pulangan ekuiti mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik atau pemegang saham bagi setiap ringit yang dimilikinya dalam syarikat. Peratusan ini menggambarkan kecekapan syarikat dalam penggunaan aset pada tahun 2005 adalah rendah dan pelaburan yang dibuat terhadap aset semakin kurang cekap.00 aset.185.500.355.1% bagi setiap ringgit pelaburan iaitu menurun berbanding pada tahun 2004. Oleh itu . Ini menunjukkan syarikat mendapat pulangan 11. menggambarkan pulangan ats jumlah aset adalah berkurang. Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM150. bagi setiap RM1. Jumlah aset RM27. Nisbah pulangan ekuiti = Untung Bersih – Dividen Saham Terutama Jumlah Ekuiti Atau Nisbah pulangan ekuiti = Untung bersih Ekuiti Biasa .5.13 Bermakna. Nisbah pulangan atas aset (ROA) mengukur pulangan yang diperolehi oleh syarikat bagi setiap ringgit aset yang dimiliki oleh syarikat. Dengan kata lain. kadar pulangan adalah 11. syarikat perlu meningkatkan keuntungan pada masa akan datang bagi mendapat pulangan yang tinggi.100. nisbah ini mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan wang pelaburan yang dibuat oleh pemegang sahamnya.1%.2. Pulangan atas aset = 3500/27100 = 0.1 sen bagi setiap ringgit pelaburan atas asetnya.000/ RM1. 5. syarikat berupaya mendapat pulangan sebanyak 13 sen.4. kadar pulangan adalah 10. tetapi saiz syarikat tidak bertambah.

Conto h pengiraan: Tahun 2004: Tahun 2005: RM150.27 Bermakna.Contoh: untung bersih RM3500. Lebih tinggi nisbah ini. lebih menarik saham biasa pada pandangan pelabur.1% bagi setiap RM1. syarikat berupaya memperolehi pulangan sebanyak 27 sen.5.40 seunit Setelah mengira perolehan sesaham. Perolehan sesaham adalah untuk mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh syarikat bagi setiap saham biasa yang diterbitkan iaitu: Perolehan sesaham = Untung bersih Jumlah saham biasa diterbitkan Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM150.3% Pada tahun 2004. Dalam keadaan ini pihak pelabur mungkin tidak akan berpuas hati terhadap pulangan atas ekuiti yang menurun berbanding pada tahun 2004.1. jumlah ekuiti = RM13000 Pulangan ekuiti : 3500/1300 = 0.000/ RM650. bagi setiap Rm1.00 seunit Tahun 2005: RM120.00 pelaburan. Nisbah harga perolehan menunjukkan amaun ringgit yang sanggup dibayar oleh pelabur untuk setiap ringgit keuntungan yang dijanakan oleh syarikat.1% = 20.000 RM120. Berdasarkan prestasi ini pihak pelabur akan menilai kembali pulangan atas ekuiti dan akan membuat keputusan sama ada untuk membuat pelaburan lagi atau sebaliknya.3% bagi setiap RM1.000 unit = RM3. syarikat perlu mengira perolehan bagi setiap unit sahamnya.5.000 = 23.00 ekuiti. Nisbah Nilai Pasaran 5.000/ RM590.00 pelaburan. syarikat akan dapat mengira nisbah harga perolehan iaitu: Nisbah harga perolehan = Harga Pasaran Saham Biasa Perolehan Sesaham .000 50.000 50. Pada tahun 2005. Sebelum mengira nisbah harga perolehan. syarikat mendapat pulangan sebanyak 20. 5. pulangan adalah sebanyak 23.000 seunit = RM2.

5.00 pada tahun 2004 dan 2005: Tahun 2004: RM2.33 kali daripada jumah perolehan bagi setiap saham biasa.00 Oleh itu nisbah harga perolehan adalah: Tahun 2004: RM14. Nisbah pasaran kepada buku menggambarkan persepsi pelabur terhadap saham syarikat. nisbah harga perolehan pada tahun 2005 kurang daripada tahun 2004.40 = 3.15 atau 15% Tahun 2005: RM2.2.00 = 0.00 = 4.000/ 50. 5.000 unit = RM13.80 = 0.2 : Nilai buku sesaham Tahun 2004: RM650. Didapati bahawa. Nilai buku sesaham dikira dengan membahagikan jumlah ekuiti pemilik dengan bilangan saham.80 Nisbah pasaran kepada buku Jika harga pasaran saham seunit adalah RM2.00 Tahun 2005: RM 590.00 dan RM8.000 unit = RM11. Nilai buku merupakan jumlah ekuiti pemilik yang tercatat dalam kunci kira-kira.00/ RM2. maka ini dapat membantu pelabur membuat penilaian terhadap perolehan syarikat pada tahun-tahun akan datang.33 kali Pada tahun 2004.67 kali Tahun 2005: RM8. Manakala pada tahun 2005. setiap saham biasa syarikat telah dijual dengan harga 4.17atau 17% . Oleh kerana nisbah harga perolehan mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan perolehan sesaham syarikat.Contoh pengiraan: Andaikan harga pasaran saham biasa bagi tahun 2004 dan tahun 2005 masingmasing adalah RM14.00/ RM3. Nilai buku sesaham = Jumlah ekuiti pemilik Bilangan saham (unit) Harga Saham Nilai Buku Sesaham Nisbah pasaran kepada buku = Contoh pengiraan berdasarkan jadual 5.1 dan 5. Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur sanggup membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham tersebut.000/50. setiap saham biasa telah dijual dengan harga 3.00/ RM11.67 kali daripada jumlah perolehan bagi setiap saham biasa.00/ RM13.

Batasan dan kelemahan analisis nisbah  Berasaskan nombor perakaunan dan secara asasnya tidak boleh dipercayai. Analisis Keratan Rentas Analisis ke atas nisbah kewangan sesebuah syarikat dengan nisbah yang sama dengan syarikat lain dalam industri yang sama. contohnya: atas nisbah hutang beberpa syarikat dalam telekomunikasi. 5.5.8.  Bandingkan dengan syarikat lain atau pesaing. Analisis Arah Aliran Usahawan boleh mengenal pasti prestasi syarikat naik atau turun dengan membuat rekod kewangan untuk beberapa tahun. Garbage in. 2.7.  Menganalisis perubahan atas masa. semak urusniaga/pengiraan Kekuatan model Du Pont Model: kebaikan Mudah: alat yang baik untuk mengajar usahawan secara pemahaman yang asas tentang bagaimana mereka boleh mendapat impak atas keputusan. garbage out.  Mengajar usahawan kefahaman mudah bagaimana mereka boleh mendapat impak hasil. 4. Kira urusniaga berdasarkan maklumat di jabatan kewangan.  Mudah dihungkaitkan dengan skim pampasan. Ini dilakukan oleh penalisis untuk mencari status kewangan syarikat yang sihat di mana dapat membantu pelabur membuat keputusan dalam membuat pelaburan dalam syarikat. Buat kesimpulan. Jika kesimpulan tidak munasabah/ tidak realisitik.  Ia merujuk kepada organisasi sendiri dan bukan semata-mata melihat organisasi lain dari segi mencapai keuntungan dengan cara meningkatkan pulangan dan kekuatan pengurusan  5.   Tidak termasuk kos modal. Penggunaan rangka kerja DuPont: aplikasi Model ini boleh digunakan oleh jabatan pembelian atau jualan untuk menilai atau memperlihatkan sebab jumlah pulangan atas aset diperolehi.  Boleh digunakan untuk menyakinkan pengurusan bahawa langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk membuat pembelian atau jualan secara profesional. Analisis ini apabila digabungkan akan dapat digunakan untuk membuat perbandingan dengan syarikat dalam industri yang sama. Iaitu dengan mengambil nisbah hutang beberapa syarikat dan membuat perbandingan.  Langkah-langkah kaedah DuPont :Proses 1.  Menunjukkan impak profesional fungsi pembelian. . Kira guna spreadsheet/ excel 3.6.

Analisis tidak termasuk kos modal (garbage in.com) . garbage out). Sekiranya kaedah DuPont digunakan untuk membuat analisis nisbah syarat yanga perlu dipatuhi adalah nombor perakaunan mestilah boleh dipercayai. Kaedah ini juga mudah dihubungkaitkan dengan skim pampasan dan boleh digunakan untuk menyakinkan pengurusan. Batasan penggunaan analisis nisbah ini adalah ia dianalisis berasaskan nombor perakaunan dan secara asasnya tidak boleh dipercayai. Analisis nisbah dapat merujuk kepada organisasi sendiri dan bukan semata-mata melihat organisasi lain dari segi mencapai keuntungan dengan cara meningkatkan pulangan dan kekuatan pengurusan.Kaedah Du Pont adalah mudah digunakan iaitu sebagai alat yang baik untuk mengajar usahawan secara pemahaman yang asas tentang cara mereka boleh mendapat impak atas keputusan. Dengan cara ini langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk membuat pembelian atau jualan secara profesional.12manage. Gambarajah Model DuPont (sumber: http://www.

JPG) .centrec.Gambarajah Model Analisis Kewangan DuPont – Pengiraan Berasaskan Pasaran (sumber: http://www.com/resources/DuPont/DuPontB.

000 1.Ujian 1 Kunci Kira-kira Syarikat Juwara Bhd Pada 31 Disember 2012 2011 (RM) ASET Aset Semasa Tunai Sekuriti boleh pasar Akaun belum terima Inventori Jumlah Aset Semasa Aset Tetap Bangunan dan Peralatan Tolak: Susut Nilai Jumlah Aset Tetap JUMLAH ASET LIABILITI SEMASA DAN EKUITI PEMILIK Liabiliti Semasa Nota Belum Bayar Overdraft Belanja Terakru Jumlah Liabiliti Semasa Hutang Jangka Panjang Jumlah Liabiliti Ekuiti Pemegang Saham Saham Biasa RM3.000 702.000 127.000 572.000 56.245.000 1.000 290.000 setahun Lebihan Dibayar Pendapatan Tertahan Jumlah Ekuiti Pemegang Saham JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 20012 (RM) 44.00 par 50.000 310.000 653.000 270.000 290.000 150.000 605.000 140.000 175.000 295.000 200.000 352.000 700.197.000 337.000 50.000 327.000 260.225.000 66.000 1.000 1.000 150.000 60.000 640.000 350.000 1.000 484.000 50.402.000 105.050.000 215.000 165.000 713.000 980.000 .000 180.

900 500.Nisbah semasa b.020.88 RM6.000 28.65 Dikehendaki: Kira nisbah berikut bagi tahun 2012.000 60.100 193. Nisbah cepat Pusing ganti inventori Nisbah margin untung bersih Nisbah Pusing ganti aset tetap . c.000 140.000 10000 210.000 Tolak: Kos Barang Dijual 1.000 210.730..000 25.565.000 710.050. d.000 475.000 Untung Kasar Tolak: Belanja Operasi Belanja Pemasaran Susut Nilai Jumlah Belanja Operasi Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai Tolak: Belanja Faedah Pendapatan Sebelum Cukai Tolak: Cukai 30% Untung Bersih Perolehan Per Saham (EPS) (untung bersih/ jumlah saham) 515.000 142.000 1. a.000 277.000 10.000 2012 (RM) 1.500 RM3.500 332.Penyata Untung Rugi Syarikat Juwara Bhd Pada 31 Disember 2012 2011 (RM) Jualan 1. e.000 83.000 305.000 60.000 140.

5 kali Naik 35% RM4.6:1 2. 2011 3. Nyatakan batasan-batasan analisis nisbah yang telah dibuat terhadap penyata kewangan Syarikat Majujaya Bhd.4:1 1.20 2012 2. Nisbah hutang atas aset Nisbah harga perolehan Ujian 2 Berikut adalah hasil analisis terhadap data kewangan Syarikat Majujaya Bhd. Buat rumusan atau kesimpilan mengenai keupayaan keseluruhan syarikat untuk menjelaskan hutang dan menjalankan perniagaan secara berterusan. a. Anda juga perlu menyatakan kesan dan batasan setiap item nisbah tersebut secara berasingan.9:1 2.4:1 0.f. Sediakan satu senarai yang mengandungi ulasan atau komen ringkas tentang bagaimana setiap nisbah tersebut dapat membuktikan keupayaan syarikat untuk menjelaskan hutang dan menjalankan perniagaan secara berterusan.10 Nisbah semasa Nisbah cepat Pusing ganti inventori Pendapatan bersih Perolehan sesaham Dikehendaki: 1. g. b. c. 2.0 kali Turun 5% RM3. . bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

PearsonLongman Malaysia Sdn. Bhd. Teks Pra-U STPM Matrikulasi Pengajian Perniagaan 1. Penerbit Universiti Utara Malaysia. 2009. Prinsip perakaunan. Wan Madznah Wan Ibrahim. 2006. . 2007. Sintok. Keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil. Aini Hayati et al.Rujukan Abu Bakar Hamid. Petaling Jaya.. Oxford Fajar Sdn Bhd. Shah Alam.