Explore Ebooks
Categories
Explore Audiobooks
Categories
Explore Magazines
Categories
Explore Documents
Categories
--------------------------------------------------------------------------
1.4 Terangkan bentuk nikmat Allah yang dikurniakan oleh Allah swt
- Nikmat beragama Islam yang suci
- Nikmat iman iaitu beriman kepada Allah yang Esa dan Maha berkuasa
- Nikmat sihat tubuh badan di mana dapat menjalani hidup dengan
sejahtera
- Nikmat kesempurnaan fizikal
- Nikmat kemakmuran
- Nikmat keamanan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman 2
--------------------------------------------------------------------------
- Nikmat Kemerdekaan
- Nikmat akal fikiran
- Nikmat ilmu pengetahuan iaitu dapat menuntut ilmu untuk kesejahteraan
hidup mengikut jalan yang diredai Allah swt
- Nikmat pancaindera iaitu dapat menggunakannya untuk berusaha
mencapai kemajuan hidup
- Nikmat kejadian alam cekerawala untuk manusia manfaatkan bagi
menjalani hidup
- Nikmat harta benda supaya manusia bersyukur dengan cara
mengeluarkan zakat dan bersedekah.
1.5 Jelaskan sebab-sebab Allah membinasakan umat terdahulu
- Kerana mereka mengingkari perintah Allah dan Rasul dengan melakukan
dosa-dosa dan maksiat.
- Kerana mereka tidak mahu beriman kepada Allah dan RasulNya
- Kerana mereka tidak mahu mensyukuri nikmat kurniaan Allah swt kepada
mereka.
- Mereka sombong dan mengakui diri mereka sebagai tuhan.
- Kerana mereka menyalahgunakan nikmat dan kurniaan Allah dengan
melakukan perkara keji.
- Kerana mereka melakukan kezaliman dan penindasan ke atas manusia.
Dengan perbuatan
- Menggunakan nikmat untuk kebaikan.
1.7 Perkara yang patut dilakukan setiap hari sebagai tanda kita bersyukur
kepada Allah.
- Menggunakan nikmat pemberian Allah swt dengan cara yang baik dan
diredai olehNya
- Melakukan amal ibadat seperti melakukan solat
- Sentiasa berzikir bertujuan untuk menghampirkankan diri kepada Allah.
- Sentiasa membuat amal kebajikan seperti bersedekah, bantu membantu
sesama manusia.
- Berakhlak mulia dan tidak melakukan kejahatan dan maksiat
- Tidak melakukan kerosakan terhadap segala kurniaan Allah swt dan
tidak membazir
- Sentiasa mengadakan hubungan Ihsan sesama manusia dan dengan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman 3
--------------------------------------------------------------------------
makhluk lain.
1.15 Nyatakan bukti-bukti menunjukkan bahawa masih ada lagi manusia yang
mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah
- Mereka masih tidak patuh perintah Allah seperti minum arak dan main
judi
- Mereka masih melakukan pebagai kemusnahan dan mencemarkan alam
dengan sesuka hati seperti jenayah, asap-asap kilang
- Mereka memakmurkan alam ini dengan tidak berlandaskan syariat Allah
seperti rasuah
- Mereka melakukan perkara yang men
-
2.1 Terjemahkan ayat di atas ke dalam Bahasa Melayu
- Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu
(bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak
mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan
kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut
melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada
mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik?
Tidakkah kamu mahu berfikir?"
2.12 Kesan negatif jika manusia berfikir tidak mengikut wahyu Allah.
- Manusia akan berada di dalam kesesatan kerana hilang petunjuk dari
Allah.
- Mereka akan memikir tentang kepentingan diri dan kepuasan nafsu
mereka sahaja tanpa memikir akibat kepada orang lain.
- Maksiat akan berleluasa dalam masyarakat
- Hidup mereka tidak harmoni
2.13 Terangkan perbezaan antara wahyu dan akal
- Kerana wahya adalah perkara benar yang datang daripada Allah swt
- Kerana akal adalah dari manusia yang dipelajari.
- Dengan wahyu manusia dapat mengetahui perkara-perkara ghaib tetapi
akal tidak dapat memikir perkara ghaib
- Wahyu boleh membimbing manusia pada jalan yang benar dan selamat
di dunia dan di akhirat sedangkan akal akan terpengaruh oleh hawa
nafsu
2.18 Jelaskan perbezaan antara orang yang celik dengan orang yang sesat
- Orang buta sentiasa mengingkari perintah Allah manakala orang celik
menerima perintah Allah
- Orang buta tidak mahu mensyukuri perintah Allah menakala orang celik
sentiaa mensyukuri nikmat Allah.
- Orang buta tidak mahu mengakui kekuasaan Allah manakala orang celik
sentiasa mengakui kekuasaan Allah.
3.10 Bagaimana hendak menjadi umat yang kuat dan disegani dunia
- Bersungguh-sungguh menghidupkan ajaran Islam dalam diri,
masyarakat, dan negara.
- Menjaga kesucian agama dengan melaksanakan perintah allah san
menjauhi larangannya.
- Sentiasa melakukan amal soleh
- Sentiasa berakhlak mulia sesama manusia dan makhluk lain
- Sentiasa berwaspada daripada golongan yang cuba mempersendakan
agama lslam
- Hendaklah menentang sebarang perlakuaan yang mempersendakan
ajaran Islam.
4 Hidayah:
ialah petunjuk yang dikurniakan Allah swt kepada sesiapa yang
dikehendakiNya untuk menuju kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
4.10 Nyatakan ciri-ciri atau tanda tanda golongan yang sesat di sisi Allah
- Engkar perintah Allah
- Melakukan maksiat
- Melakukan kejahatan
- Sentiasa berakhlak buruk
- Telah berubah daripada sikap buruk kepada bersikap baik
4.14 Bukti menunjukkan bahawa hidayat adalah anugerah Allah tidak ada kaitan
dengan pertalian darah atau keturunan alah
- Kerana ada orang yang mendapat hidayat, hidup bahagia dan taat
kepada perintah Allah tetapi anaknya adalah seoarang yang setiasa
melakukan kemungkaran dan maksiat dan sebaliknya
- Dalam Al-Quran Allah telah menyatakan bahawa Allah mengurniakan
hidayatNya kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa.
- Dalam Al-Quran Allah menggesa manusia supaya berdoa untuk
mendapat hidayat .
- Peristiwa Saidina Umar mendapat hidayat apabila adiknya membaca
beberapa potongan ayat Al-Quran di mana sebelum ini beliau adalah
penentang atau musuh Islam yang amat kuat sekali
- Abu Jahal tetap dengan kedegilannya menentang dakwah Islamiah dari
Nabi Mohammad saw
Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan,
dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama -
(yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan
setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia
hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu.
Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya
Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
4.3 Tugas dan tanggungjawab manusia dari segi ibadat, khalafah dan
ammarah.
Segi ibadat
- Menghambakan diri kepada Allah dengan cara melakukan ibadat iaitu
melakukan ibadat khusus seperti solat, puasa dan melakukan ibadat
umum seperti mempelajari ilmu dan kemahiran
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman 16
--------------------------------------------------------------------------
Segi khilafah
- Membina kekuasaan di muka bumi untuk menjalankan perintah Allah
dan sistem hidup yang berteraskan peengabdian kepada Allah
Segi imarah
- Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan untuk
membentuk negara maju dan hidup dalam kemakmuran dan selamat
-
4.4 Sebab manusia dipertanggungjawabkan di atas semua perbuatannya
- Allah telah mempertanggungjawabkan kepada setiap manusia supaya
beriman dan beribadat
- Kerana mereka telah di berikan akal untuk membezakan yang baik dan
yang buruk
- Kerana mereka telah diberi Al-Quran untuk membimbing ke arah
kebenaran
- Kerana manusia diutuskan para Rasul yang boleh membimbing ke arah
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
- Kerana manusia diberi tenaga dan usaha untuk memajukan diri mereka
4.8 Tawakal
ialah menyerahkan segala hajat kepada Allah sw t dengan sepenuh hati
setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh disamping berdoa
4.11 Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah dan tindakan yang harus
dilakukan
-
- Hendaklah beriman kepada Allah swt dan bertawakal kepadaNya serta
tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu
- Hendaklah melakukan segala yang diperintah oleh Allah swt a dan tidak
melakukan larangannya serta membuat kerosakan di muka bumi
- Hendaklah melakukan ibadat dengan ikhlas
- Hendaklah mempertingkatkan usaha untuk mendapat hidayat Allah swt
dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan larangan Allah
swt
- Hendaklah memakmurkan muka bumi ini dengan membuat ihsan dan
saling bantu membantu
- Sentiasa berwaspada di atas tingkah laku dengan melakukan perkara
baik dan tinggal perkara keji kerana segala tingkah laku dan perbuatan
seseorang itu akan di hisab di akhirat.
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-
sia;
5.6 - Kesan-kesan yang diperolehi daripada ibadat solat yang dikerjakan dengan penuh
khusuk
- Dapat menghayati dan memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang dibaca ketika
solat
- Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt
- Dapat mengingatkan seseorang kepada Allah swt dan takut pada hukuman Nya
- Boleh menjadikan solat yang dikerjakan lebih sempurna
- Dapat merasai nikmat ibadat solat yang dikerjakan
- Dapat merasai ketenangan jiwa dan kedamaian perasaan yang sejati
5.14 Tujuan Islam menyuruh menjaga kehormatan diri daripada perbuatan-perbuatan yang
dilarang
- Melahirkan umat Islam yang bemaruah dan dihormati oleh umat-umat yang lain
- Menghindarkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat
- Melahirkan masyarakat penyayang yang berasaskan keluarga bahagia yang diredai
oleh Allah swt
- Untuk melahirkan keturunan yang suci dan bertanggung jawab
- Untuk mengelakkan diri dari melahirkan penyakit sosial yang melanda dalam
masyarakat akibat dari perbuatan larangan Allah
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta
Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya
kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang
kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal
.kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
."yang besar
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam
masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua
.(ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan
6.5 Sebab seseorang wajib berbuat baik kepada kedua ibu bapa
- Kerana mereka bersusah payah menjaga dan mengasuh anaknya sejak kecil dengan
sempurna
- Kerana mereka menyediakan segala keperluan untuk anaknya supaya dapat hidup
dalam keadaan selesa dan sejahtera
- Kerana mereka memberi pengajaran yang berguna kepada anaknya sehingga
anaknya menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara
- Kerana mereka tidak serik merawat anaknya jika anaknya sakit dan berkongsi
merasai kesakitan itu
- Kerana mereka mengorbankan segala yang miliki demi kebahagiaan anak-anak
6.6 Cara berbuat baik dan balas jasa kepada kedua ibu bapa
- Hendaklah menjaga dan memberi layanan yang sempurna kepada mereka
- Hendaklah bercakap dengan suara yang lembut bersopan santun
- Tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh menyakitkan hati atau menyinggung
kan perasaan mereka
- Sentiasa berdoa kepada Allah swt memohon keampunan dan kesejahteraan untuk
mereka di dunia dan di akhirat
- Mendengar nasihat dan mematuhi perintah mereka selagi perintah itu tidak
bertentangan dengan ajaran Islam
- Melayan dan menggembirakan hati mereka.
- Hendaklah berterima kasih dan mengenang budi mereka
- Hendaklah sabar dengan perangai mereka bila mereka tua.
- Mendoai ruh mereka bila mereka meninggal dunia
- Menghormati sahabat mereka.