Explore Ebooks
Categories
Explore Audiobooks
Categories
Explore Magazines
Categories
Explore Documents
Categories
--------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN IBADAH
1 PERKAHWINAN
1.1 Nyatakan konsep perkahwinan
- Secara fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup
- Mereka memerlukan keluarga untuk dapat zuriat
- Allah mensyariatkan perkahwinan kepada manusia selaras dengan kehendak dan fitrah mereka
Pada istilah ialah akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi
makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan
1.7 Terangkan langkah-langkah mengatasi masalah perkahwinan yang tidak mengikut syariat Islam
- Ibu bapa dan masyarakat hendaklah mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka dan
memastikan setiap perkahwinan itu sah di sisi undang-undang
- Pihak yang berwajib seperti Jabatan Agama Islam dan badan kerajaan perlulah
memperbanyakkan seminar dan kursus untuk memberi penjelasan undang-undang keluarga
Islam
- Penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dan tindakan undang-undang perlu
dikenakan ke atas mereka yang melanggar syariat dan undang-undang yang telah ditetapkan
2Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 2
--------------------------------------------------------------------------
KAIFIAH PERKAHWINAN
2.1 Nyatakan ciri-ciri bakal suami dan isteri yang di sebut oleh Rasulullah saw dalam hadisnya
- Harta
- Keturunan
- Cantik
- Agama ./ takwa
2.4 Jelaskan kebaikan memilih ciri-ciri bakal suami dan isteri seperti yang dituntut oleh Islam
- Ke empat empat ciri tersebut dapat mampu membina rumah tangga yang bahagia di dunia dan
di akhirat
- Rumah tangga yang dibina di atas asas agama dan takwa dapat menjamin kebahagiaan hidup
sepanjang hayat
- jika pilih berasaskan harta kekayaan sahaja maka rumah tangga akan goyang bila harta tiada
- Jika pilih berasaskan kecantikan sahaja maka kasih sayang akan lenyap bila kecantikan semakin
pudar
2.5 Jelaskan akibat mengabaikan ciri-ciri bakal suami dan isteri yang dituntut oleh Islam
- Tidak mendapat kebahagiaan hidup rumah tangga
- Kasih sayang tidak kekal
- Akan bergaduh selalu
- Tidak mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat
-
-
3 PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI (PEREMPUAN MUHRAM)
-
3.5 Nyatakan perempuan muhram sebab penyusuan
- Ibu susu ke atas
- Anak susuan ke bawah
- Adk beradik susuan
- Emak saudara sesuan dan ke atas
- Anak saudara susuan dan ke bawah
3.8 Perempuan perempuan muhram sementara waktu / tidak boleh dikahwini sementara waktu
- Perempuan yang telah di talak tiga
- Perempuan yang ada suami
- Perempuan yang masih dalam iddah
- Perempuan musyrik
- Mengumpul Isteri dengan muhramnya dalam satu masa
- Perempuan yang hamil hasil penzinaan
5. MEMINANG
5.3 Nyatakan hukum memberi hadiah semasa pertunangan kepada pihak perempuan
- Harus dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam dengan syarat tidak membazir dan tidak ada
unsur maksiat
5.8 Jelaskan hikmat dilarang berdua-duaan antara lelaki dan perempuan bukan muhram (ajnabi) dalam
tempoh pertunangan
- Boleh membawa kepada zina
- Menimbulkan gejala buruk akibat khalwat
- Menimbulkan fitnah
- Akan menjatuhkan maruah umat dan agama Islam
59 Nyatakan tingkah laku yang betul menurut hukum syarak semasa pertunangan yang telah
disempunakan
- Sopan santun
- Berakhlah mulia
- Pakaian menutup aurat
5.10 Nyatakan tingkah laku yang menyalahi peraturan hukum syarak sepanjang tempoh pertunangan
- Berdua-dua tanpa muhram
- Tidak menutup aurat
- Melakukan maksiat atau zina
5Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 5
--------------------------------------------------------------------------
6. NIKAH
8. WALI NIKAH
b. Wali Hakim
Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika
ketiadaan wali atau wali hilang.
- Merdeka
8.7 Jelaskan kuasa dari wali nasab boleh berpindah kepada wali hakim.
Sebab-sebab atau syarat berpindah kuasa wali nasab kepada wali hakim
- Tidak terdapat wali nasam mengikut sususan
- Wali akrab tidak dapat dikesan samada hidup atau mati
- Wali tinggal jauh lebih dua marhalah
- Wali akrab dalam tahanan
- Wali sedang dalam ihram
- Wali menyembunyikan diri
- Wali enggan mewalikan
9. SAKSI
9.1 Nyatakan syarat-syarat saksi
- Islam
- Baligh
- Adil
- Lelaki
- Memahami lafaz ijab dan qabul;
- Sempurna pancaindera tidak buta, tidak pekak dan tidak bisu
11 MAHAR
- Mahar Misil
Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri
12 WALIMATUL URUS
13 TANGGUNGJAWAB SUAMI
13.4 Terangkan kesan baik didikan agama yang sempurna daripada suami kepada keluarga
- Menjadikan isteri taat kepada Allah
- Menghormati suami
- Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga
-
13.7 Jelaskan tangguangjawab-tanggungjawab bersama suami dan isteri
- Memelihara dan mendidik anak-anak dengan baik
- Menghubungkan silaturahim antara keluarga suami dan isteri
- Memenuhi keperluan dan hak masing-masing berdasarkan keharusan syarak seperti keperluan
kasih sayang, sifat memahami dan keperluan seks
- Menghormati antara satu sama lain
- Saling nasihat menasihati dengan cara yang baik
- Sama-sama menangani masalah rumah tangga
13.9 Jelaskan kesan-kesan yang akan berlaku jika suami dan isteri mengabaikan tanggungjawab
- Kerukunan rumah tangga akan tergugat
- Timbul pertelingkahan dan salah faham antara suami dengan isteri
- Anak-anak hidup tanpa penjagaan dan didikan yang sempurna
- Anak-anak membesar tanpa kasih sayang yang secukupnya
13.11 Terangkan persiapan-persiapan yang perlu bagi suami isteri untuk capai matlamat keluarga bahagia
- Mendalami ilmu-ilmu pengetahuan dalam ilmu-ilmu agama dan yang berkaitan dengan rumah
tangga
- Merancang ekonomi keluarga dengan baik s.eperti perbelanjaan dapur, pakaian, tempat tinggal
dan pendidikan anak-anak
- Mempersiapkan diri dengan asas-asas akidah dan akhlak yang baik
10Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 10
--------------------------------------------------------------------------
14 TALAK
14.5 Terangkan hukum menjatuhkan talak mengikut keadaan dan situasi seseorang
keadaan dan situasi seseorang hukum menjatuhkan talak
- Apabila seseorang suami tidak dapat melaksanakan wajib
kewajiban seperti memberi nafkah atau melakukan kezaliman
terhadap isteri sehingga mengancamkan keselamatannya
- Apabila isteri memiliki akhlak yang buruk dan tiada cara lain sunat
untuk memperbaikinya kecuali dengan talak
- Apabila suami menjatuhkan talak pada waktu yang
diharamkan seperti isteri dalam haid, nifas, hamil, atau talak haram
yang bertujuan menganiayainya
- Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri
makruh
yang baik dan solehah – hukum menjatuhkannya ialah
-
14.6 Jelaskan rukun-rukun talak
- Orang yang mencerai (suami)
- Orang yang diceraikan (isteri)
- Lafaz cerai
15 RUJUK
- B aligh
- Kemahuan sendiri tidak dipaksa
16 IDAH
Pada istilah khuluk bermaksud pembebasan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri melalui
tebus talak.
18.6 Terangkan faktor yang mendorong seseorang isteri mengambil keputusan untuk bercerai secara
khuluk
- Suami yang tidak bertanggungjawab
- Bertemu dengan lelaki pilihannya
- Suami tidak mahu menceraikan secara biasa
- Isteri tidak mahu melakukan nusyuz terhadap suaminya
- Tidak ada penyesuaian antara mereka suami isteri
18.9 Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan kes jika suami bersetuju menyelesaikan secara khuluk
kemudian suami enggan melafazkannya
- Qadi dengan kuasa yang ada padanya dan melihat kepada munasabah tuntutan isteri boleh
bertindak menyelesaikan tuntutan isteri
b. Kepada suami
- Suami berkemungkinan bertindak kasar ke atas isteri apabila kemarahannya tidak dapat dikawal
- Suami akanmeninggalkan rumah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga
18Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 18
--------------------------------------------------------------------------
19.5 Nyatakan adab adab yang disarankan untuk mendidik isteri yang nusyuz
- Memberi nasihat dengan penuh hikmah
- Memisahkan tempat tidur
- Memukul dengan tujuan mendidik
19.7 Terangkan cara cara memukul isteri dengan tujuan memberi pengajaran
- Memukul untuk tujuan mengajar dan mendidik
- Memukul ditempat yang tidak memudaratkan
d. Syarat sighah
- Jika lafaz itu jelas dan khusus tidak perlu kepada niat
- ika lafaz itu tidak jelas dan tidak khusus perlu kepada niat
-
20.5 Bagaimanakah hendak mengelak daripada perbuatan zihar
- Mempelajari ilmu agama dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kekeluargaan’Tidak
mengikut sifat orang-orang Arab Jahiliah yang menyamakan isteri-isteri mereka dengan ibunya
atau mana-mana mahramnya dengan tujuan untutuk menzalimi isteri mereka apabila marah dan
berselisih faham
- Memahami konsep dan pengertian zihar yang sebenar
- Suami hendaklah menahan kemarahan dan tidak tergesa-gesa menzihar isteri-isteri ereka
21 LI’AN
- Pasa istilah li’an ialah sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk
menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isterinya atau untuk menafikan
nasab..
21.3 Jelaskan hukuman jika suami yang menuduh isterinya melakukan zina tanpa membawa empat orang
saksi untuk membenarkan tuduhannya enggan bersumpah li;an
- Dikenakan hukuman qazaf iaitu dikenakan sebat sebanyak 80 kali sebatan
21.4 Jelaskan hukuman jika suami yang menuduh isterinya melakukan zina dan bersumpah li;an
- Dia dibebaskan daripada hukuman qazaf.
21.5 Jelaskan hukuman jika isterinya mengaku melakukan zina dan tidak menolak dakwaan suami melalui
sumpah li’an
- Maka isterinya boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati
21.6 - Jelaskan hukuman jika isterinya bersumpah menolak dakwaan suaminya mengatakan dia
berzina
- Maka isterinya terlepas daripada hukuman rejam sampai mati
adalah benar’ . Lafaz ini hendaklah diulang sebanyak empat kali berturut-turut.
Pada sumpah yang kelima suami hendaklah berkata; Sesungguhnya laknat Allah swt
akan menimpa diriku jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap
isteriku”
22 POLIGAMI
- Pada istilah bermaksud lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih empat
orang isteri pada satu masa
23 KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
-
b. Selepas memperolehi anak
- Mengazankan dan iqamat di telinga bayi
- Mentahnik
- Menamakan dengan nama yang baik
- Mencukur rambut
- Melakukan akikah
23.4 Tanggungjawab seterusnya ialah mendapatkan pendidikan yang sempurna selepas lahir
- Mengajar pendidikan Islam sejak kecil iaitu asas keimanan dan prinsip-prinsip syariat dan
membiasakan diri dengan ajaran agama
- Menanamkan pendidikan moral dan akhlak serta budi pekerti yang murni dalam diri anak-anak
sejak usia mumaiyiz hingga baligh
- Mendidik mereka dengan pendidikan jasmani seperti menjaga kesihatan tubuh badan anak-
anak dan menjaga makan minum, tidur, kebersihan dan bersukan
- Mereka wajib diberi pendidikan intelektual bertujuan untuk membentuk pemikiran anak-anak
dengan pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah
- Anak-anak juga diberi pendidikan rohani seperti sifat-sifat positif seperti berani, cekal, tekun,
dan sebagainya.
- Anak-anak juga wajib diberi pendidikan sosial seperti ziarah menziarahi jiran, hormat
menghormati hak orang lain, menjaga batas pergaulan dalam masyarakat.
24 AKTA KEKELUARGAAN
24.2 Konsepnya
Setiap negeri mempunyai undang-undang keluarga Islam masing-masing
Undang-undang keluarga Islam ini ditadbir oleh Enakmen Hukum Syarak Enakmen Undang-undang
Islam di negeri masing-masing
24.6 Terangkan peranan-peranan Mahkamah Syariah dan Akta kekeluargaan Islam yang berkuatkuasa
hari ini
- Menyediakan perkhidmatan runding cara, perdamaian dan pertemuan antara suami isteri yang
bertelingkah
- Bertanggungjawab menerima dan menyelesaikan kes-kes yang berada dibawah bidang
kuasanya secara adil dan saksama
- Bertugas dan berusaha untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat
tentang maklumat perundangan dari semasa ke semasa
25 ANAK ANGKAT
25.1 Terangkan pengertian anak angkat
Ialah anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya sendiri
25.5 Mengapakah perlu menjaga batas-batas pergaulan antara anak angkat denga bapa angkat
Batas-batas pergaulan antara anak angkat denga bapa angkat perlu dijaga untuk mengelak daripada
fitnah
25.6 Terangkan bagaimana cara anak angkat boleh mendapat harta dari bapa angkatnya.
Mereka boleh dapat harta melalui hibbah, hadiah, dan wasiat dengan syarat tidak melebih 1/3
25Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 25
--------------------------------------------------------------------------
25.9 Terangkan hikmat-hikmat dilarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat
- Untuk mengiktirafkan keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian nasab anak
angkat
- Untuk memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya
- Untuk memelihara harta pusaka bapa kandung dan salasilah kelurga supaya tidak bercampur
dengan anak angkat yang tiada hubungan nasab dengan mereka
- Untuk memelihara hak wali nikah oleh bapa kandungnya dan mereka yang berhak menjadi wali
25.10 Masalah yang timbul akibat menasabkan anak angkat kepada bapa angkat
- Pertalian nasab dengan bapa kendung akan terjejas dan keluarga bapa kandung tidak
mendapat pengiktirafan
- Anak angkat tidak mendapat hak mewarisi harta bapa kandung
- Menyebabkan berlaku kebebasan pergaulan antara keluarga angkat
- Menyebabkan salasilah keluarga kandung bercampur aduk dengan anak angkat yang tiada
hubungan dengan mereka
- Menyebabkan bapa kendung dan mereka yang berhak menjadi wali tidak berhak menjadi wali
nikah
26.4 Siapakah yang berhak hadhonah jika ibu hilang kelayakan hak hadhonah dengan sebab tertentu
- Nenek sebelah ibu hingga ke atas
- Bapa
- Nenek sebelah bapa hingga ke atas
- Saudara perempuan seibu dan sebapa
- Saudara perempuan seibu
- Saudara perempuan sebapa
26Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 26
--------------------------------------------------------------------------
26.5 Kadar had umur yang membolehkan anak-anak membuat pilihan penjagaanya
- Apabila kanak-kanak itu mencapai mumaiyiz