You are on page 1of 48

PIM 3114 PENGAJIAN FIQH

DEFINISI
ILMU USUL FIQH Satu ilmu yang membincangkan metodologi mengeluarkan hukum daripada nas Al-Quran dan Sunnah.

DEFINISI BAHASA
ILMU Beberapa persoalan atau kes yang dikaji dalam sesuatu disiplin ilmu Dalil-dalil alQuran,Sunnah,Ijmak, Qiyas dsb Faham

USUL

FIQH

DEFINISI SYAFIEYYAH
Mengetahui dalil-dalil Fiqh secara umum dan bagaimana menggunakan dalil-dalil tersebut serta mengetahui keadaan al-mustafid iaitu orang yang ingin mengeluarkan hukum tersebut.

DEFINISI HANAFIYYAH/MALIKIYYAH/HANABILAH
Mengetahui kaedah-kaedah yang dapat membawa kepada istinbat hukum-hukum syarak yang furu daripada dalil-dalilnya yang terperinci.

RUMUSAN DEFINISI
USUL FIQH ialah kaedah-kaedah yang dipergunakan sebagai alat untuk mengeluarkan hukum-hukum syariah yang amali dari dalil-dalil tafsili (satu persatu)

FAEDAH MEMPELAJARI USUL FIQH


1. untuk mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmah-hikmahnya 2. mengetahui cara-cara mengeluarkan hukum daripada dalil-dalilnya 3. dapat menentukan hukum keatas perbuatan mukalaf 4. boleh mengetahui hukum syarak yang telah dikeluarkan oleh para mujtahid

BIDANG PERBAHASAN
Berkisar dalam menganalisis cara-cara mengeluarkan hukum syarak supaya mujtahid tidak terpesong dari kebenaran Kaedah syarak yang umum dibahas dan dikaji bagi mengetahui keadaan dan suasana

Contoh : perintah al-amr memahamkan hukum wajib

PERBAHASAN ILMU USUL FIQH


1. DALIL sumber-sumber hukum 2. HUKUM-HUKUM YANG DIAMBIL (ISTINBAT) DARIPADA DALIL 3. MUJTAHID mereka yang layak menjadi ahli ijtihad

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN


Zaman Rasulullah saw Rasulullah saw sebagai tempat rujukan

Zaman Sahabat ra. al-Quran dan al-hadith sebagai rujukan memiliki kejernihan sanubari,kecerdikan akal fikiran dan minat mendalam terhadap risalah rasulullah saw.

Abad pertama dan awal abad kedua belum mendesak dalam mencatat dan menyusun kaedah usul fiqh Pertengahan Abad ke 2 Sudah banyak mengalami perubahan

1. empayar kerajaan Islam meluas kepelusuk rantau dunia 2. ramai manusia telah menganut agama Islam 3. masyarakat Islam sudah mengamalkan penggunaan pelbagai bahasa di samping bahasa arab akibatnya :

akibatnya : 1. memberi kesan kepada keaslian bahasa arab 2. ramai yang tidak memahami bahasa arab menyukarkan memahami al-quran dan alhadith. 3. orang arab sendiri sudah mulai mengalami kelemahan bahasa arab sendiri

4. wujud anasir-anasir yang kurang jujur terhadap hukum-hukum Islam Kesan : langkah positif kearah mencatit dan menyusun kaedah-kaedah usul fiqh sebagai panduan dan pedoman juga asas kepada hukum-hukum Islam yang benar.

PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH


Orang yang pertama menyusun ilmu usul fiqh ialah Imam Muhammad bin Idris as-Syafei Kitab Usul Fiqh pertama ar-Risalah Kandungannya : i. persoalan hieraki sumber hukum. ii.memperkatakan tentang suruhan, larangan, keterangan, nasakh, dan hukum illat yang dinaskan daripada qiyas, dsb

PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH


Imam Abu Hanifah menggunakan ijtihad atau al-ray Aliran al-ray berkembang di Iraq Fuqaha Iraq banyak menggunakan akal dan bersikap berani dalam memberi fatwa Menjadikan aliran al-ray berkembang sebagai satu mazhab.

KITAB PRIMER USUL FIQH


KITAB IMAM SYAFEI : al-umm al-risalah al-hujjah

Kitab-kitab ulama lain

HUKUM SYARAK
Al-Hukum al-Manu / tegah Hukum sebagai perintah Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada secara menentukan, memberi pilihan atau wadi (memberi petanda)

HUKUM SYARAK
TUNTUTAN ( )iaitu tuntutan membuat atau meninggalkan sesuatu dengan secara pasti atau sebaliknya.

MEMBOLEHKAN ( ) PILIHAN iaitu samada hendak buat atau meninggalkannya MENJADIKAN SESUATU SEBAGAI ADANYA YANG LAIN ( ) iaitu menjadikan sebagai sebab, syarat, mani ( ) dan penghalang bagi adanya yang lain.

BAHAGIAN HUKUM SYARAK


1. HUKUM TAKLIFI ialah firman Allah yang menuntut : sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti atau sebaliknya, atau meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti atau sebaliknya, atau Yang membolehkan sesuatu untuk diperbuat atau ditinggalkan

HUKUM TAKLIFI
Bahagian-bahagian hukum taklifi : (jumhur ulama) 1. ijab 2. nadab 3. tahrim 4. karahah 5. ibahah

HUKUM TAKLIFI
Bahagian-bahagian hukum taklifi : (pendapat Hanafiyyah)
1. fardu 2. wajib 3. tahrim 4. karahah tahrim 5. karahah tanziah 6. nadab 7. ibahah

HUKUM SYARAK
2. HUKUM WADEI ialah firman Allah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau halangan sesuatu hukum.

Bahagian hukum wadeI :


Sebab Syarat Halangan Sah Batal

SEBAB
Sesuatu yang terang dan tertentu yang dijadikan sebagai permulaan adanya hukum, artinya dengan adanya sebab akan wujudnya hukum (musabbab) Contoh : surah al-Maidah ayat 38 (hukum taklifi iaitu larangan mencuri, pencurian sebagai sebab wujudnya hukum potong tangan)

SEBAB
Sebab terbahagi dua : 1. sebab di luar usaha dan kesanggupan mukallaf, seperti keadaan memaksa (darurat) menjadi sebab memakan bangkai 2. sebab yang disanggupi dan dapat diusahakan oleh mukallaf, seperti kahwin menjadi sebab adanya hak waris-mewarisi.

SYARAT
Sesuatu yang kerananya baru ada hukum, dan dengan ketiadaannya tidak akan ada hukum. Contoh : genap satu haul adalah syarat wajibnya zakat harta perniagaan, tidak ada haul, tiada kewajipan zakat

MANI / PENGHALANG
Sesuatu hal yang kerana adanya menyebabkan tidak adanya hukum atau tidak adanya sebab bagi hukum 1. contoh penghalang hukum : najis yang terdapat dalam tubuh atau pakaian orang yang sedang solat menyebabkan tidak sah solat

2. contoh penghalang sebab hukum : sebab adanya kewajipan zakat, iaitu kelebihan harta yang sampai nisab, akan tetapi kalau orang itu mempunyai hutang sebanyak harta bendanya maka tidak ada kewajipan zakat

SAH DAN BATAL


SAH : sifat yang diberikan kepada semua perbuatan yang memberi kesan kepada hukum BATAL : sifat yang diberikan kepada semua perbuatan yang tidak dapat memberi kesan kepada hukum

RUKUN HUKUM SYARAK


1. MAHKUM BIH/FIH iaitu sifat syarei 2. MAHKUM ALAIH iaitu orang mukallaf dimana perbuatannya menjadi tempat berlakunya hukum Allah dan firmanNya 3. AL-HAKIM iaitu yang menetapkan hukum atau menetapkan baik buruknya perbuatan ialah Allah swt

MAHKUM FIH
Arahan Allah berbentuk hukum samada perintah atau tegahan Ia juga merupakan sifat syarie yang ditetapkan oleh syarak pada perbuatan mukalaf Perbuatan yang dihukumkan ada lima, wajib, sunat (mandub), haram, makruh dan mubah.

SYARAT-SYARAT MAHKUM FIH


1. perintah adalah pada perbuatan yang mungkin berlaku, tiada perintah terhadap perbuatan mustahil yang mungkin tidak wujud. 2. perbuatan dapat dibezakan daripada perbuatan lainnya supaya dapat ditujukan niat terhadap perbuatan tersebut

SYARAT-SYARAT MAHKUM FIH


3. diketahui atau mungkin diketahui bahawa perbuatan itu diperintahkan Allah sehingga dalam mengerjakannya ada kehendak dan rasa taat kepada Allah 4. perbuatan seharusnya dalam kadar yang mampu dilaksanakan

PEMBAHAGIAN MAHKUM FIH


1. Bebanan tugasan yang mampu dipikul. contoh : haji

2. Bebanan yang tidak dapat dilakukan kecuali setelah mengalami kesusuahan yang amat sangat. contoh : jihad menegakkan agama Allah

MAHKUM ALAIH
Orang mukallaf iaitu perbuatannya menjadi tempat berlakunya hukum Allah dan firmanNya. Contoh : firman Allah :dirikan solat perintah ini ditujukan kepada orang mukallaf yang dapat mengerjakan solat bukan kepada kanak-kanak atau orang gila

SYARAT-SYARAT MAHKUM ALAIH


Syarat Mukallaf adalah kemampuan memahami tugas Syarat : Kemampuan memahami kehendak taklif itu sendiri Berakal

PEMBAHAGIAN KEMAMPUAN
1. Kemampuan menerima (ahliyyah alwujud), ialah kepatuhan seseorang untuk mempunyai hak dan kewajipan. dasarnya ialah kemanusiaan, iaitu selama masih hidup maka kemampuan tersebut tetap dimiliki

PEMBAHAGIAN KEMAMPUAN
2. Kemampuan berbuat ( ahliyyah al-Aada) , iaitu kepatuhan seseorang untuk ditentukan sah kata-kata atau perbuatan dari sudut syara dasarnya ialah berakal dan baligh dijadikan ukuran.

1. Kemampuan menerima i. menerima tidak penuh ; contoh: bayi yang belum dilahirkan Ii. Menerima penuh ; contoh : bayi yang telah dilahirkan

2. Kemampuan berbuat i. berbuat tidak penuh ; contoh : kanak-kanak yang sudah mumaiyyiz Ii. Berbuat yang penuh ; contoh : orang yang sudah dewasa.

HALANGAN-HALANGAN AHLIYYAH
1. bukan daripada perbuatan manusia : contoh; gila, lupa, tidur, pengsan, sakit, haid, nifas dan mati 2. dari perbuatan manusia : contoh; mabuk, musafir dan paksaan

AZIMAH DAN RUKHSAH


AZIMAH : peraturan agama yang pokok / asas dan berlaku umum semenjak dari mula lagi. Berlaku umum meliputi seluruh mukallaf dalam segenap waktu dan keadaan dan sebelum peraturan itu tiada sebarang peraturan lain yang mendahuluinya. RUKHSAH : peraturan tambahan yang berhubung dengan hal-hal yang tertentu dan memberatkan sebagai pengecualian daripada peraturan asas.

AZIMAH DAN RUKHSAH


Contoh azimah : semua bangkai haram dimakan dalam apa jua keadaan peraturan pokok Contoh rukhsah : dalam keadaan terpaksa, bangkai boleh dimakan asal tidak menentang dan berlebihan pengecualian dari peraturan pokok.

PUNCA BERLAKUNYA RUKHSAH


1. DARURAH kesukaran yang tidak tertahan lagi oleh manusia. Contoh : tidak berpuasa , apabila berpuasa akan terkena sakit yang membawa kepada mati

2. MASAQAH (kesukaran) perkara yang berat yang masih boleh ditanggung oleh manusia. Boleh mengambil rukhsah dan kelapangan baginya dan boleh pula mengambil azimah meskipun mendapat masaqah. Contoh : musafir ( surah an-Nisa ayat 101)

BAHAGIAN RUKHSAH
1. rukhsah melakukan perkara yang haram. Contoh : surah an-Nahl ayat 106 2. meninggalkan perkara yang wajib apabila sukar melakukannya. Contoh : surah al-Baqarah ayat 183

BAHAGIAN RUKHSAH
3. hukum syarak sebelum Islam Contoh : memotong kain tempat terkena najis, bertaubat dengan cara membunuh diri dsb 4. akad yang dikecualikan dari kaedah umum dan tidak sempurna syarat sahnya tetapi dikira sah oleh hukum Islam, contoh : jualbeli salam, tempahan dsb.

KESIMPULAN : RUKHSAH ialah memberi kelapangan bagi seseorang mukallaf sehingga ia bebas memilih antara azimah dan rukhsah mana yang dikehendakinya.

You might also like