You are on page 1of 5

Bahasa Rojak Vs Bahasa Ringkas Disediakan oleh : Nor Ain Bt Nizri Bahasa rojak?

Apa pula beza antara bahasa rojak dan bahasa singkatan ini? Secara

ringkasnya bahasa rojak merupakan bahasa yang dipertuturkan dengan mencampuradukkan beberapa bahasa ketika berkomunikasi. Manakala bahasa singkatan ialah meringkaskan penulisan atau percakapan. Sebagaimana yang kita ketahui, percakapan dan penulisan adalah berbeza tatacara. Percakapan melibatkan proses bertutur dan mendengar. Manakala penulisan pula melibatkan menulis dan membaca. Dalam kehidupan seharian, penggunaan bahasa singkatan adalah dibenarkan untuk menghantar SMS, peta minda dan nota. Walau bagaimanapun dalam bahasa Melayu penggunaan bahasa rojak tidak diterima pakai. Hal ini kerana bahasa melambangkan sesuatu bangsa. Jika rosak bahasa, maka rosaklah bangsa. Bahasa singkatan berbeza dengan bahasa rojak. Singkatan dalam bahasa penulisan dan percakapan juga berbeza. Bahasa singkatan lebih mudah, ringkas, senang difahami dan diterima pakai secara meluas dalam kalangan masyarakat kini. Bagaimana pula halnya dengan bertutur dalam bahasa rojak? Contohnya: “I tak tahu menahu pasal lelaki tu! You jangan nak tuduh-tuduh I tanpa bukti!” Contoh lain adalah “ I nak You siapkan kerja ni sebelum balik ” Bahasa rojak seperti ini sering dipertuturkan oleh golongan

muda. Percampuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu seperti ini menghilangkan identiti bahasa dan bangsa itu sendiri. Mencampuradukkan bahasa adalah dilarang sama sekali dalam hukum tatabahasa. Namun begitu, masyarakat Melayu Moden lebih selesa dengan hal ini. Sebagai golongan pendidikan, kita haruslah menggunakkan bahasa Melayu baku terutama dalam sesi pengajaran di dalam kelas. Guru perlu elakkan penggunaan bahasa rojak. Bukankah bahasa mencerminkan bangsa?

Janganlah jadi seperti kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Bahasa jiwa bangsa. Itulah petikan kata-kata yang menunjukkan

kepentingan bahasa kita. Jadi, jangan sampai bahasa Melayu menjadi anak tiri di buminya sendiri dan hilang di muka bumi tercinta ini.

78

Bentuk Ayat terbahagi kepada Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Ayat Majmuk Contoh : 1.Secara ringkasnya bahasa rojak merupakan bahasa yang dipertuturkan dengan mencampuradukkan beberapa bahasa ketika berkomunikasi. -Ayat majmuk pancangan jenis ayat relatif [perenggan 1 baris 2]

4.Penulisan pula melib menulis dan membaca - Ayat majmuk gabung [perenggan 2 baris 2]

Ayat Tunggal Contoh : 1.Guru perlu elakkan penggunaaan bahasa rojak [perenggan 4 baris 2] 2.Bahasa jiwa bangsa [perenggan 4 baris 5]

2.Percakapan dan penulisan adalah berbeza tatacara - Ayat majmuk gabungan [perenggan 2 baris 1]

5.Dalam kehidupan seh penggunaan bahasa sin adalah dibenarkan untu menghantar SMS, peta dan nota. - Ayat majmuk campur [perenggan 2 baris 3]

6.Percampuran bahasa dan bahasa Melayu sep menghilangkan identiti dan bangsa itu sendiri. - Ayat majmuk gabung 3.Percakapan melibatkan proses [perenggan 3 baris 7] bertutur dan mendengar - Ayat majmuk gabungan [perenggan 2 baris 2]

79

Jenis Ayat
Ayat Tanya
• Bahasa rojak? [perenggan 1 baris 1] • Apa pula beza antara bahasa rojak dan bahasa singkatan ini? [ perenggan 1 baris 1] • bagaimana pula halnya dengan bertutur dalam bahasa rojak? [perenggan 3 baris 3] • Bukankah bahasa mencerminkan bangsa? [perenggan 4 baris 3]

Ayat Penyata
• Bahasa ringkas ialah meringkaskan penulisan atau percakapan [perenggan 1 baris 3] • Bahasa singkatan berbeza dengan bahasa rojak [perenggan 3 baris 1] • Kita haruslah menggunakkan bahasa Melayu baku terutama dalam sesi pengajaran di dalam kelas [perenggan 4 baris 1]

Ayat Seru

• I tak tahu menahu pasal lela [perenggan 3 baris 4] • You jangan nak tuduh-tuduh bukti! ” [perenggan 3 baris 5]

Ayat Perintah
• I nak You siapkan kerja ni sebelum balik -ayat perintah jenis suruhan [Perenggan 3 baris 5]

80

Susunan Ayat terbahagi kepada Ayat Biasa dan Ayat Songsang

Ayat Songsang contoh : Dalam bahasa Melayu penggunaan bahasa rojak tidak diterima pakai -Ayat songsang pendepanan kata sendi [perenggan 2 baris 5]

Ayat Biasa Bahasa singkatan lebih m ringkas, senang difahami dan pakai secara meluas dalam k masyarakat kini . [perenggan 3 baris 2]

Mencampuradukkan bahasa dilarang sama sekali dalam tatabahasa. [perenggan 3 baris 8]

81

Ragam Ayat Terbahagi Kepada Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat Aktif Ayat Pasif

• Bahasa melambangkan sesuatu bangsa [perenggan 2 baris 6]

• Bahasa rojak seperti ini sering dipertuturkan oleh golongan muda. [perenggan 3 baris 6

82