P. 1
Isu Cabaran J-QAF

Isu Cabaran J-QAF

|Views: 5|Likes:
Published by Ab Halim Sigit

More info:

Published by: Ab Halim Sigit on Sep 22, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/20/2014

pdf

text

original

ISU DAN CABARAN J-QAF DALAM MEMPERKASA PELAJAR ISLAM: KAJIAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK HJ. BAGINDA, MELAKA.

Mohd Azmir bin Mohd Nizah Mohd Azrani b Asran Pusat Pengajian Teras dan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia 71800 Nilai, Negeri Sembilan Sekolah Kebangsaan Datuk Hj. Baginda Umbai, 77300 Merlimau, Melaka Abstrak:
Esei ini ditulis atas niat untuk memperbaiki kelemahan yang masih wujud di dalam sistem J-Qaf yang diperkenalkan pada tahun 2005. Esei ini cuba melihat kelemahan yang wujud di Sekolah Kebangsaan Datuk Hj. Baginda secara khusus dan semua sekolah kebangsaan secara amnya. Esei ini juga cuba untuk hadir dengan langkah-langkah yang wajar diambil dalam memperbaiki lagi program ini dalam memperkasa pelajar Islam di Malaysia. Di akhir penulisan, penulis bersama akan cuba memberi beberapa cadangan yang dikira praktikal dan mampu untuk dilaksanakan, dan berharap ia dapat menyumbang kearah memperkasa pelajar Islam di Malaysia.

Kata Kunci: J-Qaf, Isu dan cabaran, pelajar islam

1 Komponen Program J-QAF mengandungi 4 komponen utama dan didokong oleh beberapa program iaitu 2. 4. Bahasa Arab dan Fardhu Ain. J-QAF Program J-QAF adalah alat yang bertujuan memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada proses Pengajaran & Pembelajaran dalam Jawi. Menguasai bacaan dan tulisan Jawi Khatam Al-Quran Menguasai Bahasa Arab dan Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain . suku kata tertutup dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan tertutup. Akhirnya program ini telah dijalankan secara berperingkat bemula dari tahun 2005. Murid-murid ini akan melalui proses pemulihan dengan hasil pembelajaran minimum sekurang-kurangnya dapat mengenal. Hasilnya tercetuslah program J-QAF dan telah dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri ketika itu. 2. menyebut dan menulis huruf-huruf tunggal. Tenaga pengajar pula datangnya melalui graduan yang mengikuti kursus J-QAF yang khusus dibekalkan kepada sekolah untuk memberi bimbingan. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu sedia ada di dalam bilik khas iaitu bilik pemulihan jawi. Secara ringkas. kemahiran. pengkayaan dan penghayatan murid. Program ini dijalankan menggunakan model dan modulnya yang tersendiri hasil usaha pemikir dan cerdik pandai dalam bidang masing-masing. objektif perlaksanaan program J-QAF ini akan cuba untuk membolehkan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat : 1. 2.1 Model Khas Pemulihan Jawi (Jawi) Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang diaksanakan oleh guru Pemulihan Jawi J-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam pembelajaran jawi. Idea ini telah diperhalusi dan dibincangkan oleh pihak kementerian dan agensi berwajib.1. Pengenalan Program J-QAF telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2003. Al-Quran. suku kata terbuka. cuma kurikulumnya melalui proses penambahbaikan dan diperhalusi mengikut peringkat penguasaan murid. pengukuhan. 2. Pada asasnya program ini tidak mengubah peruntukan waktu pendidikan Islam sedia ada. Di situ beliau menyatakan hasrat untuk melihat murid sekolah rendah dapat menguasai al-Quran sebelum menamatkan persekolahan rendah. pemulihan.1. 3.

Dilaksanakan sebanyak empat kali setahun selama 10 jam bagi setiap kem. Sek. Ia dilaksanakan di luar jadual waktu sekolah. Model ini menekankan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Model ini bertujuan agar murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid dan dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk. Ia mempunyai seramai 489 orang murid dan 42 orang guru termasuk pengurusan sekolah. Guru pembimbing ini membimbing bacaan murid dan merekod bacaan murid setiap kali ditasmik. yang terletak 50 kilometer dari pusat bandar. Proses ini dikendalikan oleh Guru Pendidikan Islam dan dibantu oleh guru J-QAF seramai satu hingga tiga orang bagi setiap kelas. Pelaksanaannya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk PIBG. Model 6 bulan khatam al-Quran menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada 6 bulan pertama tahun satu dan aspek khatam al-Quran pada 6 bulan pertama pada tahun dua hingga tahun lima. Program ini bermatlamat untuk menanam minat mempelajari bahasa Arab kepada murid-murid disamping dapat berkomunikasi menggunakan bahasa Arab yang mudah. konsep ini tidak menekankan kepada pembelajaran al-Quran sehingga khatam kerana ia memerlukan bimbingan yang berterusan dan bilangan guru yang sesuai dengan nisbah bilangan murid. Baginda dikategorikan sebagai Sekolah Luar Bandar.1.1.Ia dilaksanakan dalam 4 waktu (120 minit) mata pelajaran Pendidikan Islam selama 6 bulan pertama setiap tahun. 2. dengan kategori Gred A. Model ini dijalankan oleh guru J-QAF dan dibantu oleh Guru Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan dan bertindak sebagai guru pembimbing bagi murid. Oleh yang demikian program J-QAF ini menjurus keada aspek khatam al-Quran melalui penambahan guru al-Quran J-QAF dan juga penambahan masa mengajar di luar waktu sekolah. Datuk Hj. Namun. Keb. Skop Skop pembentangan dalam seminar ini hanya merujuk kepada komponen Al-Quran iaitu program 6 bulan khatam al-Quran dan Program Tasmik di Sekolah (selepas ini ditulis dengan Sek) Kebangsaan(selepas ini ditulis dengan Keb) Datuk Hj. 2. ilmu pengetahuan dan penghayatan. perbuatan.4 Model Bestari Solat (Fardhu Ain) Model Bestari Solat adalah satu aktiviti kokurikulum yang dijalankan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan. Baginda.2. Model khatam al-Quran ini dilaksanakan melaui dua model iaitu model 6 bulan khatam al-Quran dan model tasmik. Model Tasmik ialah satu program merekodkan perkembangan bacaan murid-murid secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam AlQuran.2 Model Enam Bulan Khatam Al-Quran & Model Tasmik ( Al-Qur’an) Al-Quran diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah Al-Quran. 3.1. guru-guru di sekolah dan ahli masyarakat setempat.3 Model Peluasan Bahasa Arab Komunikasi (Bahasa Arab) Model Perlaksanaan Bahasa Arab komunikasi bermaksud pelajaran Bahasa Arab diperluaskan kepada semua murid dengan mewajibkannya kepada semua murid beragama Islam dan memberi pilihan kepada murid-murid yang tidak beragama Islam mengikuti program ini. .

Keb. Hal ini berlaku rentetan daripada kegagalan murid menguasai kemahiran membaca al-Quran pada tahun 1. murid harus menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan membaca 2-5 muka surat buku Iqra’ pada setiap minggu. Mengikut pelaporan j-QAF 2009 seramai 36 orang murid masih lagi belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3.05 ptg) dan petang (1. Baginda bermula dari tahun 2005. Walaupun murid ini mengikuti kaedah Baca Ikut Guru (BIG). Datuk Hj.1 Tempoh 6 bulan untuk murid tahun 1 menguasai bacaan al-Quran tidak mencukupi. model tasmik dijalankan secara 3 sesi iaitu pagi (7. Murid tahun 2-5 terpaksa mengikut sukatan bacaan al-Quran walaupun tidak menguasai bacaan. Semua masalah ini merumitkan pihak pentadbir dan guru j-QAF untuk menyusun waktu tasmik yang sesuai bagi semua murid.Demografi penduduk sekitar sekolah terdiri dari majoriti Melayu. Model tasmik di luar waktu sekolah membebankan guru. Mengikut sukatan yang diberikan oleh kementerian. murid tahun satu akan didedahkan dengan penguasaan kemahiran membaca al-Quran melalui kaedah Iqra’. Di Sek. ibu bapa telah mula berkeyakinan dengan sistem Pendidikan 4. 4. murid tidak dapat menguasai kemahiran bacaan mengikut waktu yang diberikan. swasta dan juga yang bekerja sendiri. tengahari (12. Sehingga kini seramai 489 murid di Sek. Datuk Hj. Baginda seramai 4 orang dan guru Pendidikan Islam pula seramai 4 orang. kegiatan kokurikulum dan juga kelas tambahan. Program 6 bulan khatam al-Quran dijalankan mengikut panduan perlaksanaan Kementerian Pelajaran Malaysia.2 4. Keb. Keadaan ini kadangkala memberi masalah kepada murid dan guru untuk datang awal ke sekolah untuk tasmik. Dilihat dari aspek pekerjaan ibu-bapa pula. Bagi Model Tasmik pula dijalankan sebanyak 8 kali seminggu mengikut jadual yang disusun oleh pihak sekolah. Mengikut dasar pelaksanaan kurikulum j-QAF. Baginda.05-1.4 . namun kualiti bacaan murid ini amat rendah malahan ada diantara mereka yang masih lagi tidak mampu untuk mengenal huruf hija’iah. Datuk Hj. Guru J-QAF di Sek. majoritinya adalah terdiri daripada keluarga yang berpendapatan kelas pertengahan yang bekerja di pelbagai sektor termasuk sektor kerajaaan. Keb. data yang dibuat perbandingan adalah daripada Laporan Pencapaian Model Enam Bulan Khatam Al-Quran & Model Tasmik (AlQur’an) dari tahun 2005 sehingga 2009. Program J-QAF di Sek. Masalah ini timbul kerana pada awal sesi persekolahan murid ini mengikuti Program Transisi Guru Penyayang selama 2 minggu dan pelbagai lagi aktiviti sekolah termasuk sukan tahunan dan sebagainya. Sekiranya tasmik dijalankan pada waktu petang. Datuk Hj. Baginda telah terlibat dalam program ini. murid-murid ini terlibat dengan Sekolah Agama Rakyat (JAIM).10-7. Didalam seminar ini.40 pagi).3 4. Keb. Keadaan ini dibimbangi dapat menjejaskan kualiti murid ini walaupun mereka telah khatam membaca al-Quran tetapi tidak menguasau bacaan al-Quran.35-1. murid dan pentadbiran sekolah. Isu Pengajaran dan Pembelajaran 4. Dengan waktu yang singkat ditambah pula dengan pelbagai aktiviti sekolah. Ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke kelas mengaji. murid ini seharusnya sudah menguasai buku Iqra’ 2.35 ptg). Ini dapat dibuktikan dengan dapatan yang berakhir Februari 2010 menunjukkan hanya 19 dari 90 orang murid tahun satu telah mengusai buku Iqra’ Satu (1) sedangkan mengikut sukatan pelajaran. Semenjak program jQAF diperkenalkan.

seorang murid hanya dapat dibimbing selama 2 minit 20 saat seorang seminggu. 5 Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran 5. Keadaan ini juga bertambah buruk apabila ada diantara buku Iqra’ dan al-Quran ini telah rosak akibat penggunaan yang kerap dan tidak cermat oleh murid-murid. Kelas mengaji di luar sebenarnya membantu penguasaan kemahiran membaca alQuran kepada murid secara langsung. murid akan meminjam al-Quran dari murid lain dan menjadikan keadaan lebih rumit dan tidak membantu penguasaan murid dalam bacaan al-Quran. Namun begitu terdapat juga bilangan buku Iqra’ yang tidak mencukupi bagi murid tahun satu kerana bilangan murid tahun 1 yang bertambah pada sesetengah tahun. Kemunculan program j-QAF telah mengubah senario yang sedia ada. 4. Sebanyak 20% murid tahun 1 tidak lagi pergi menghadiri kelas mengaji di luar. Situasi ini sebenarnya memberi kesan yang kurang baik kepada program j-QAF itu sendiri. Sekiranya murid ini mengikuti kelas mengaji di luar. Dengan waktu mengajar sebanyak 240 minit seminggu. Jumlah hari persekolahan yang singkat ini tidak membantu kepada penguasaan murid. Keadaan ini telah menyebabkan ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka untuk menghadiri kelas mengaji di luar. Seorang murid hanya bersekolah selama 200 hari setahun. Secara puratanya seorang guru j-QAF akan membimbing seramai 122 orang murid dalam model tasmik.2 5. mereka akan cepat menguasai bacaan dan seterusnya dapat mengkhatamkan bacaan dalam tempoh yang singkat. Dibimbangi murid ini tidak dapat mencapai objektif utama program j-QAF iaitu mengkhatamkan bacaan alQuran sebelum tamat tahun 6.5 Kekurangan bahan (Buku Iqra’ dan al-Quran) dalam kelas. Apabila keadaan ini terjadi. Guru-guru pula diberi latihan khusus dan diberikan pengiktirafan dalam mengajar murid-murid. Bagi guru-guru yang baru mengajar. dibimbangi murid ini akan lambat untuk menguasai dan mengkhatamkan bacaan atau lebih teruk lagi keciciran dari segi penguasaan bacaan al-Quran. Sebelum ini kaedah mempelajari al-Quran dijalankan secara tradisional di rumah ustaz ataupun guru-guru al-Quran mengikut kaedah dan teknik yang pelbagai dan berbeza antara satu sama lain.1 Mengubah kaedah belajar mengaji secara tradisional ke arus pendidikan perdana. Konsep pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas mengikut prosedur dan pedagogi yang sesuai. keadaan ini bebeza dengan cara mereka belajar mengaji dahulu. Secara dasarnya setiap sekolah akan dibekalkan dengan buku Iqra’ dan setiap murid akan dibekalkan sebuah al-Quran seorang untuk model 6 bulan khatam al-Quran. Keadaan ini amat tidak membantu kepada penguasaan bacaan murid.Islam di sekolah rendah. Secara tidak sedar mereka terikut-ikut dengan kaedah lama belajar mengaji sedangkan kaedah yang baru dan sistematik telah diperkenalkan. Tempoh waktu mengajar yang singkat berbanding murid yang ramai. selebihnya mereka bercuti. Sekiranya murid ini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru j-QAF. Kaedah mengajar al-Quran telah disusun secara sistematik dan terurus menggunakan buku Iqra’ sebagai asas kepada kemahiran membaca al -Quran. Keadaan kekok dan janggal biasanya berlaku pada guru-guru yang baru mengajar Iqra’ dalam bilik darjah berbanding model tasmik yang berjalan secara individu. Ini menjadi lebih teruk apabila murid ini bercuti akhir tahun.3 . Cuti sekolah yang lama menganggu penguasaan murid. Setelah dibantu oleh guru Pendidikan Islam jumlah ini berkurangan kepada 100 orang. Ada diantara murid yang telah lupa 5.

edu. Rancangan pengajaran tahunan model 6 bulan khatam al-Quran tahun 1 perlu distruktur semula agar murid tahun 1 benar-benar menguasai kemahiran membaca al-Quran.mmu. Keb. Sekarang jumlah penempatan guru-guru j-QAF adalah berdasarkan jumlah bilangan kelas mengikut sekolah. 2005. namun silibusnya tidak sama. Menambah bilangan guru-guru j-QAF di sekolah yang ramai bilangan murid. Merlimau. Umbai. Merlimau. Selain dari menyandarkan kepada bilangan kelas penempatan guru-guru j-QAF juga perlu berdasarkan jumlah bilangan murid sesebuah sekolah bagi memastikan kelancaran program j-QAF. Keb. Bahagian Pendidikan Islam. Datuk Haji Baginda. 6 Cadangan 6. Melaka .my/index. 5.4 Tiada keselarasan kurikulum antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama rakyat. 2006. Kerjasama ini juga bukan sahaja terhad kepada program j-QAF sahaja tetapi boleh diperluaskan ke peringkat kurikulum dan kokurikulum. Keadaan ini mengganggu jadual sukatan pelajaran yang perlu dipenuhi oleh guru dan murid. Sek.1 Menambah waktu bagi murid tahun 1 menguasai bacaan al-Quran dari 6 bulan ke satu tahun. http://sekolah. Melaka Laporan Pencapaian Program J-Qaf. 6. Umbai.bpi.2 6. Bilangan murid yang ramai amat mempengaruhi penjadualan tasmik.my/skdhb/index2.dan tidak lagi menguasai bacaan al-Quran kerana tidak mengaji semasa cuti sekolah. Keadaan ini telah menimbulkan kekeliruan murid kerana program al-Quran j-QAF bermula dengan surah al-Baqarah manakala sekolah agama rakyat bermula dengan ayat lazim. Program j-QAF dan kurikulum sekolah agama rakyat tidak jauh berbeza. Bagi murid yang lemah. mereka keliru di manakah tahap sebenar bacaan mereka dan yang manakah yang benar atau yang betul. Tempoh murid untuk menguasai kemahiran membaca al-Quan perlu ditambah dan disesuaikan dengan peringkat umur murid tahun 1.3 Senarai Rujukan Buku Panduan. Kedua-dua sekolah mempunyai subjek al-Quran. Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program jQAF.html http://www. Sek. Kementerian Pelajaran Malaysia.edu. Dasar. kerjasama ini juga dapat menbantu antara satu sama lain bagi membina generasi yang seimbang rohani dan jasmani. Selain dapat menyelaraskan sukatan. Datuk Haji Baginda.php?option=com_content&task=view&id=76&Itemid=127 Laporan Pencapaian Program J-Qaf. Guru terpaksa mengulang semula kemahiran membaca al-Quran kepada murid pada awal persekolahan. Menjalankan kerjasama dengan sekolah agama kerajaan negeri dalam program Tasmik. Penyelarasan antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama rakyat perlulah dijalinkan melalui satu jawatankuasa khas yang melibatkan kedua-dua pihak. Namun begitu ada sekolah yang bilangan murid di dalam kelas kurang dan ada pula yang mempunyai murid seramai 40 orang.

Datuk Haji Baginda. samb : 6362 Sekolah Kebangsaan Datuk Hj. Malaysia. Melaka. Melaka Profil Pembentang: Mohd Azmir bin Mohd Nizah. Datuk Haji Baginda. Universiti Sains Islam Malaysia. 77300 Merlimau. Kg. KM 14. Sek. Umbai. 2009. Baginda.Laporan Pencapaian Program J-Qaf. Sek. azmirnizah@usim. Merlimau. Datuk Haji Baginda.my. mohd_azrani@yahoo. Tel: 06-7988764. Keb. Merlimau. Keb.uk . Melaka Laporan Pencapaian Program J-Qaf. Mohd Azrani bin Asran Pusat Pengajian Teras dan Antarabangsa. Umbai. Merlimau.edu. Umbai. Melaka Laporan Pencapaian Program J-Qaf. Negeri Sembilan. Keb. Sek. Umbai. 2008. 2007. 71800 Nilai. Bandar Baru Nilai.co.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->