You are on page 1of 12

2.

0 APLIKASI MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Perkataan "mathematics"

Matematik yang

dipinjam daripada berasal

perkataan

bahasa

Inggeris

iaitu yang

dari Yunani

(mthma),

bermaksud mempelajari, menimba, sains dan diperkenalkan untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud "bidang matematik", walaupun dalam zaman klasik. Matematik atau disebut juga sebagai Ilmu Hisab boleh ditafsirkan sebagai suatu kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau lebih senang untuk difahami sebagai kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Bidang ilmu ini telah lama diketahui oleh umat manusia sejak zaman dahulu lagi dan terus berkembang dan digunakan sehingga masa kini dengan penemuan dan kajian yang dijalankan. Oleh itu, pada hari ini dapatlah dilihat bahawa bidang ilmu ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita mencakupi pelbagai aspek. Kehidupan seharian manusia berkait rapat dengan matematik sama ada secara langsung walaupun tidak secara langsung tanpa disedari. Di sekolah, mata pelajaran Matematik diajar kepada murid-murid daripada peringkat rendah sehingga peringkat menengah dan berterusan ke tahap yang lebih tinggi. Mereka diajar dari asas sebelum melangkah kepada lebih rumit dan kompleks yang melibatkan keupayaan pemikiran individu. Semua orang tahu asas nombor dalam Matematik iaitu 1 hingga 9 kemudian menjadi puluh, ratus, ribu dan seterusnya. Empat operasi kiraan melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi diajar kepada murid sebagai pengenalan apa itu Matematik. Selain itu, ilmu ini dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah dan urusan seharian manusia. Contohnya dalam urusan jual beli berlaku penggunaan Matematik. penjual dan pembeli perlu cara pengiraan yang betul untuk menjual dan membeli sesuatu. Nilai wang yang digunakan perlulah tepat supaya tidak berlaku salah faham. Masih banyak kegunaan matematik yang tidak kita rasakan secara langsung, mungkin kerana kita kurang peka terhadap peranan Matematik itu sendiri. Misalnya, ketika menunggu nyalaan lampu isyarat. Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana pengiraan masa nyalaan lampu hijau, merah dan kuning bagi setiap laluan agar tidak berlaku kesesatan lalu lintas. Kita juga sering kali akan terfikir, seandainya kita dapat lampu merah, mengapa untuk lampu lalu lintas berikutnya juga mendapat lampu merah. Begitu juga jika mendapat lampu hijau, kita turut akan mendapat lampu hijau pula pada lampu lalu lintas Tentu ini semua merupakan pengiraan yang memerlukan Matematik. Dalam hal masakan pula, untuk

membuat kek memerlukan kita tahu konsep sukatan. Ini perlu bagi mendapatkan kiraan sukatan yang betul seperti sukatan tepung mesti sesuai dengan bilangan telur yang akan digunakan. Jika kiraan sukatan tepat maka terhasillah aduan dan rasa kek yang diingini. 2

Fungsi matematik seterusnya ialah bidang ini juga berkait dengan bidang ilmu yang lain. Ilmu ini turut diaplikasikan dalam bidang seperti Sains, Seni, Muzik dan lain-lain lagi. Dalam cabang sains, matematik digunakan dalam eksperimen yang dijalankan yang memerlukan pengorganisasian data-data dan penyediaan maklumat statistik pengukuran bagi mendapatkan keputusan yang tepat. Bagi pengiraan kelajuan dan jarak sesuatu objek memerlukan pengiraan mengikut formula yang betul seperti dalam hukum inersia dan hukum graviti. Peredaran dan putaran bumi dapat diketahui dengan menggunakan kaedah pengiraan yang betul yang dijalankan oleh pakar bidang kaji alam semesta atau astronomi. Penggunaan matematik turut berlaku dalam penentuan kiraan hari dan bulan untuk kalendar. Penghasilan lukisan seni visual juga ada yang menggunakan konsep geometri dalam matematik iaitu melukis cantuman bentuk-bentuk sekaligus menjadikan satu lukisan yang menarik. Sama juga dengan garisan, dan lengkukan yang dilukis. Justeru, ilmu matematik ini sememangnya merentasi aspek ilmu pengetahuan yang lain dan saling melengkapi. Penggunaan ilmu ini juga amat penting dalam bidang ekonomi. Ini diakui sendiri oleh ahli-ahli ekonomi. Bagi memahami analisis ekonomi, seseorang itu perlu celik matematik dan statistik. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal, saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model matematik. Dalam sektor swasta pula, seorang pengurus sesuatu firma perlu tahu untuk menggunakan pendekatan matematik bagi merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan kuantiti input yang ditetapkan. Malahan model struktur ekonomi boleh memberikan gambaran kasar mengenai potensi ekonomi untuk mencapai matlamat pembangunan jangka panjang seperti pertumbuhan pendapatan, pewujudan peluang pekerjaan, pengagihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa matematik amat sinonim dalam bidang ekonomi. Di sektor pembinaan dan pembangunan pula, peranan matematik turut digunakan. Semua pembinaan bangunan di dunia ini perlu akan pengiraan skala dan ukuran yang betul dalam pelan sebelum menghasilkannya. Para arkitek dan jurutera sememangnya adalah pakar dalam bidang ini. contohnya, dalam pembinaan sesuatu bangunan perlu untuk tahu ketinggian bangunan sesuai dengan struktur permukaan bumi, ukuran untuk ruang yang diperlukan dalam satu-satu ruangan. Ukuran yang salah akan membawa kesan yang buruk kepada sesuatu pembinaan. Dalam perancangan bandar, ilmu ini penting juga bagi menjadikan sesebuah bandar itu strategic dan teratur keadaannya. Bandar yang terancang menyumbang kepada penambahan penduduk dan memberi keselesaan kepada mereka.

Seiring dengan kemajuan yang dicapai terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) turut melibatkan penggunaan bidang matematik. Perkembangan matematik ini memunculkan peralatan moden seperti komputer. Matematik begitu biasa dengan pengiraan begitu juga dengan fungsi komputer yang boleh digunakan bagi mengira dan pada papan kekunci diletakkan angka 0 hingga 9 namun kini fungsi komputer telah pun banyak kegunaannya. Misalnya, bagi menghasilkan sesuatu perisian sistem ini perlu menggunakan nombor-nombor tertentu. Begitu juga dalam proses

pemprograman data dan fail yang perlu. Sebenarnya, masih banyak lagi sumbangan matematik dalam perkembangan TMK yang merupakan dasar ilmu komputer. Selain daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya di mana hasil-hasil seni dilukis dan dibina. Lihat sahaja kepada bangunan Petronas Twin Tower yang

tersergam indah di ibu kota kita, Kuala Lumpur, tanpa adanya matematik maka, tiadalah jurutera dan arkitek nya yang berkaliber. Memandangkan matematik sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita, ianya merupakan satu fungsi ekonomi bagi menentukan siapa yang berada di atas dan siapa yang berada di bawah. Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerlukan penguasaan matematik yang tinggi. Malah di peringkat rendah sekalipun, matematik sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang layak dipohon oleh seseorang individu. Akhirnya, matematik ini berperanan untuk

membentuk satu komuniti saintifik dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya seseorang individu. Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak memberi kepentingannya yang tersendiri kepada individu. Seperti yang kita tahu dalam kehidupan seharian, matematik sering wujud dan banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Bagaimana perniagaan saham boleh naik turun setiap detik, setiap waktu, dan setiap saat? Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiap syarikat dan perniagaan. Tanpa matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan di seluruh negara. Bukan sahaja itu, wujud manusia yang buta ilmu pengiraan dan terbantutlah pemikiran manusia kerana penyelesaian masalah dalam matematik yang memberi keselesaan dalam kehidupan . Seperti yang kita tahu, setiap pemegang saham sesuatu syarikat pasti mempunyai masalah dalam pelaburannya seperti kekurangan bayaran saham, dan sebagainya. Bayangkan sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan, implikasinya pasti sangat besar dan memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Itulah kepentingan penyelesaian masalah dalam matematik. Sesuatu urusan kehidupan manusia pasti akan dapat diuruskan dengan efektif dan lancar. Antara pemikir yang menyumbangkan kepada keberkesanan penyelesaian masalah matematik ialah George Polya yang telah mengemukakan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah 4

matematik yang bukan hanya boleh digunakan untuk masalah matematik, malah masalah yang sering kita hadapi dalam kehidupan seharian. Di samping itu, kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu itu. Ia meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supaya lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan. Bayangkan, seorang penjual aiskrim bergerak juga akan menghadapi kesukaran apabila berhadapan dengan pelanggan yang ramai. Boleh bayangkan jika dia tidak boleh mengira secara pantas? Itulah kepentingan matematik yang wujud secara tidak sedar kerana pada waktu yang sama, penjual aiskrim itu meningkatkan kemahiran mengiranya setiap kali dia berurus niaga dengan pelanggan. Bayangkan sekiranya dia menjual ais krim yang berharga pelbagai harga dan sebagai contoh, Aiskrim Mat Kool vanilla yang disaluti coklat rangup yang berharga RM1.20 dan aiskrim ini yang menjadi sambutan kanak-kanak. Oleh itu, peniaga ini seharusnya sudah memikirkan untuk menukar syiling yang banyak kerana banyak syiling diperlukan untuk dipulangkan kepada pelanggan. Secara tidak langsung, penjual aiskrim sudah belajar cara memulangkan baki kepada pelanggan. Ramai peniaga peniaga yang wujud di dunia ini tidak pandai menulis tapi pandai mengira dengan lancarnya. Itulah kepentingan matematik dalam kehidupan seharian kerana wujud praktikal jika diamalkan selalu. Sekiranya kita sedar bahawa Matematik adalah ilmu yang bukan berdasarkan teori malah perlu praktikal selalu supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Ia adalah satu disiplin penting kerana peranan praktikal bagi individu dan masyarakat melalui pendekatan penyelesaian masalah, aspek matematik ini dapat dibangunkan. Penyelesaian masalah dan mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang lebih baik dari pengajaran kemahiran tanpa konteks tersebut memberikan penyelesaian masalah nilai khusus sebagai salah satu cara untuk belajar konsep baru dan kemahiran atau penguatan kemahiran yang telah diperoleh. Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989) mengatakan bahawa mendekati

matematik melalui penyelesaian masalah dapat mencipta konteks yang mensimulasikan kehidupan nyata dan kerana matematik daripada memperlakukannya. Penyelesaian masalah menjadi fokus utama dalam matematik kerana, mereka berkata, itu meliputi

kemahiran dan fungsi yang merupakan bahagian penting dari kehidupan sehari-hari. Selain itu ,ia juga dapat membantu orang untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan masalah tak terduga dalam kerjaya mereka dan aspek lain dari kehidupan mereka.

Penyesuaian diri itu amat penting kerana kepekaan terhadap aspek perubahan ekonomi yang wujud di dunia ini kerana kemodenan banyak meningkatkan kos taraf hidup manusia. Kos taraf kehidupan merupakan salah satu masalah matematik yang diurus secara langsung oleh setiap individu yang menghadapi masalah ini. Harga minyak di Malaysia yang semakin naik setiap tahun adalah salah satu contoh terbaik untuk perubahan kesan daripada faktor ekonomi negara Mesir yang menghadapi krisis pemberontakan. Harga minyak Petrol RON 97 seliter yang naik 10 sen pada harga pasaran ialah RM2.50 yang dikuatkuasakan serta merta pada awal Februari yang lalu. Oleh itu, sebagai seorang yang boleh berfikir dan boleh merancang perbelanjaan diri kita perlu mengelakkan dan merancang penggunaan wang kita agar tidak berlaku masalah kewangan yang akan membebankan kita. Ini adalah salah satu kepentingan matematik dalam kehidupan seharian ,iaitu diajar untuk menerima arus perubahan sedia ada supaya tidak mengalami kejutan budaya dan berusaha untuk mencapai standard individu yang berkualiti dari segi intelek. Bayangkan kehidupan tanpa nombor? Bolehkah manusia boleh melakukan pengiraan terhadap sesuatu? Apa yang dilakukan untuk menggantikan sistem nombor di dunia ini? Matematik wujud ke arah kepentingan yang paling umum dan menjadi rutin yang sebati dalam kehidupan ialah ia membantu untuk memudahkan kehidupan seharian dengan kewujudan Matematik dalam kehidupan dan ia sudah sebati dalam konteks kehidupan manusia. Proses jual beli yang berlaku pada setiap kedai yang wujud di seluruh dunia. Kewujudannya yang meluas yang menyebarkan perdagangan ke seluruh dunia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana pedagang Arab yang sanggup berdagang ke Tanah Melayu untuk berdagang rempah ratus dan pada waktu yang lalu, mereka hanya menggunakan duit kupang sebagai nilai emas mereka. Bukan sahaja itu, sekiranya matematik tidak wujud, wujudkan lagi bank di dalam dunia? Itulah menjadi persoalan dan menjadi salah satu faktor yang penting tentang kepentingan matematik. Proses yang melibatkan operasi matematik seperti akaun, fizik, kimia yang menjadikan pengiraan sebagai langkah untuk mahir dalam subjek ini. Oleh itu, pakar pakar Intelek mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang peting yang membawa kepada kecerdasan otak kiri yang menjadikan seorang itu cenderung untuk melakukan kira iaitu Abacos sebagai contoh teknik mengira yang paling kreatif di dalam dunia dan banyak pakar matematik yang wujud disebabkan kaedah Abacos ini. Kaedah ini membantu ramai individu di dalam penyelesaian masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak.

Apa yang dapat disimpulkan di sini, Matematik adalah satu subjek yang wajib dididik kepada kanak - kanak sewaktu kecil kerana semakin lama Manusia semakin membesar, semakin banyak diguna pakai dalam kehidupan yang nyata ini.Bukan sahaja itu, desakan dari arus kemodenan, ia menjadi subjek yang wajib untuk difahami kerana teknologi kini banyak menjadikan matematik sebagai salah satu yang penting dalam kehidupan seharian samada dalam penyelesaian masalah ataupun tidak. Matematik ini pasti akan memberi impak yang positif kepada seseorang supaya tahap kecerdasan intelek seseorang itu dapat mengimbangkan kehidupannya untuk menjadi individu yang berguna pada masa akan datang, dan matematik juga memainkan peranan yang amat besar dalam proses pertukaran barang yang sangat diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan seharian. Tanpa matematik maka mundur lah pembangunan manusia, pincang pemikirannya dan bantutlah perkembangannya. Kesimpulannya, peranan matematik sememangnya penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, setiap individu perlu menguasai kemahiran dalam ilmu ini terutama bagi murid-murid yang mesti diajar konsep dan asas matematik dengan betul. Ada pepatah mengatakan "sesiapa yang menguasai matematik dan bahasa maka ia akan menguasai dunia". Ertinya matematik sebagai media melatih untuk berfikir kritis, inovatif, kreatif, dan mampu menyelesaikan masalah, sedangkan bahasa sebagai media menyampaikan ideaidea atau gagasan serta yang ada dalam fikiran manusia.

3.0 Menghasilkan Blog Matematik Yang Menunjukkan Ciri Kreatif, Berinovasi Dan Penggabungan Pelbagai Unsur Berdasarkan Story Board.

My blog : http://mathsoo.blogspot.com/ Dicipta : 16-08-2013 Tajuk : Aplikasi Nombor dalam Kehidupan Seharian

Kepentingan nombor dalam kehidupan seharian

Sudut pembelajaran matematik dengan paparan video

Permainan online untuk kanak-kanak 8

REFLEKSI

Melalui tugasan subjek PKP 3118 ini, yang telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu PN. ROSLIMAH BINTI SAAT, banyak pengetahuan serta pengalaman yang dapat digarap samada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Pembinaan Blog bagi memenuhi sukatan subjek ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN yang saya dan 17 rakan lain sama-sama menuntut subjek ini. Penekanan yang dipelajari adalah berkaitan dengan penggunaan komputer, internet dan pembelajaran secara atas talian. Pada setiap minggu, pelbagai tugasan perlu disiapkan dan rata-rata tugasan adalah 100% berdasarkan penggunaan komputer sebagai aset utama dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Tambahan pula, kami didedahkan dengan pelbagai cara serta kaedah dalam menggunakan komputer dan internet secara berkesan untuk diterapkan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. Rancangan Pelajaran yang digunakan, diadaptasikan menjadi satu tapak pembelajaran yang mengandungi set induksi serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan hasil pembelajaran. Penggunaan tapak pembelajaran ternyata memudahkan dan menjimatkan masa kepada guru dan pelajar memandangkan penggunaan teknologi dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Persediaan adalah amat perlu dan kami sudah pun didedahkan dengan awal berkaitan penggunaan komputer dalam P&P. Selain itu, pembinaan BLOG merupakan tugasan utama kami. Sebahagian tugasan kami, dimuat naikkan dalam internet dan dipaparkan dalam BLOG yang telah dicipta. Penciptaan BLOG bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan kajian yang lebih dalam membinanya untuk menampakkan unsur kekemasan serta memudahkan. Namun, bagi saya itu bukanlah satu masalah kerana setiap kesulitan pasti ada penyelesaian.

Alhamdulillah. Pengalaman dan pengetahuan in mungkin akan diaplikasikan sewaktu berada di sekolah kelak. Selain itu, hasil pembacaan journal dan buku berkenaan aplikasi nombor matematik membantu saya dalam pembinaan blog Matematik. Selain itu, pembacaan journal memang memudakan saya untuk menulis esei berbentuk ilmiah berkenaan tajuk aplikasi matematik dalam kehidupan seharian. Hasil Kajian ini turut meyakinkan diri saya dalam pembinaan blog matematik.

Akhir kata, Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah membina blog interaktif pembelajaran matematik. Pada pandangan saya yakin bahawa saya telah membina blog ini dengan pelbagai penggunaan iaitu sebagai medium permainan matematik, medium pembelajaran matematik dan medium yang mencari maklumat matematik. Pelbagai laman web yang saya link demi membantu guru atau pelajar untuk mencari ilmu matematik. Sebagai bakal guru pemulihan khas, saya banyak mempelajari tentang pembinaan blog. Saya juga berasa syukur kerana menjadi seorang guru pemulihan kerana dapat melahirkan pelajar yang lemah kepada pelajar yang cemerlang. Di sini saya berjanji akan mengaplikasikan kesemua ilmu yang saya pelajari dalam p&p saya demi melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

10

RUJUKAN Dari Buku Abdul Aziz Abdul Talib.(1993).Menguji Kemahiran Matematik, Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Albert Bandura. (1962 ). Social Learning through Imitation. University of Nebraska Press: Lincoln, NE Abdul Rashid. (1992).Kaedah Pengajaran Matematik. Selangor:Percetakan Polygraphic Sdn. Bhd. Ahmad Rafaai Ayudin.(2002). Pedagogi Pengetahuan Didaktik Untuk Guru. Selangor : Penerbitan Salafi Cooper &Allen .(1971). Aplication of matehematics in science(5 rd. Ed). Ilionois : Addison. David Berlo.(1996). Publications. Edgar Dale . (1964). On communicative Competence.Philadelphia : University of Pennsylvania Press. Edward Lee Throndike(1964).Maths and virtual learning(2nd Ed).London :Taylor &Francis Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi II, pelaksanaan pengajaran. Shah Alam : Percetakan Polygraphic (M) Sdn. Bhd. Ee Ah Meng. (2001). Pedagogi edisi ke-2. Kuala Lumpur: : Percetakan Yik Wah Mat Nor Husin & Ad Rahman Ab Rashid.(1992). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu KBSM. Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn .Bhd. The Effective Teaching of Maths Arts. Singapore : LTS

Marie Jean Low.(1998). Pedagogi Bahasa : Perkaedahan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Morison.(1995).Mathematics Learning Strategies : What every teacher should .New York : Prentice Hall Noraziah Abdul Hamid.(1981).Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn .Bhd. Kamaruddin Hj Husin.(1995). Pedagogi Bahasa. Siri Pendidikan Longman. Selangor : Longman. 11 know

Kementerian Pendidikan Malaysia.(1986). Sukatan Pelajaran Pendidikan Matematik (KBSR) . Sekolah Rendah (Semakan). Kuala Lumpur : PPK Kohler (1913). Dynamics in psychology. New York : Liveright. Mat Nor Hussin, Normah Abdullah, Marzuki Nyak Abdullah. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia KBSM. Longman Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum.(1986).Pendidikan Pemulihan. Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur. Paintal.(1980).Social, Psychology in Second Language.London: Edward Arnor. Journal Balu A/L Murugan.(2012). Menggunankan PERMAINAN STESESN TRAIN Semasa Induksi Menarik Minat Para Pelajar. Jurnal Pendidikan 27(1), 133-135. Deva Ranjini A/P Satiwill (2012). Menulis Ayat Matematik Yang Betul Bagi Mewakili Masalah Berbentuk Cerita Dengan Penggunaan The Model And Solve Dengan Bantuan Jadual Kata Kunci Berhubungkait Dengan Operasi Jurnal Pendidikan 27(1),121-123. Halimah binti Wahah.(2009). Penggunaan Petak 100 Dalam Membantu Murid Tahun 3 Menguasai Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Approach Asas Matematik. Set

Semula.Jurnal Pendidikan 6(1),91-102. Mahaletchumy A/P Kumarasamy.(2012).Masalah Berbentuk Cerita dan Kaedah BUCK. Jurnal Pendidikan 27(1), 118-120. Mathani A/P Murugan (2012).Keberkesanan Kedah Penolakan Slider Ruler Dalam Membantu Murid Menyelesaikan Opersi Tolak Dua Nombor Sehingga Empat Dengan Pengumpulan Semula.Jurnal Pendidikan 27(1), 73 75. Nur Shazlina Binti Yussoff.(2009). Kaedah Pengajaran Operasi Penambahan Dalam Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Murid Slow Learner. Jurnal

Pendidikan, 6(1), 172-179 Parimala A/P Kaliappan (2012). Penggunaan Kaedah Permainan Untuk Meningkatkan Kemahiran Murid Dalam Menyatakan Secara Spontan Fakta Asas Tambah. Jurnal Pendidikan 27(1), 67- 69. Pechi Nathan A/L Radha Krishnan (2012).Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Membantu 12

Murid-Murid Tahun 4 Cekap Menguasai dan Memperkukuhkan Sifir 9.Jurnal Pendidikan 27(1), 76 78. Rajeswary A/P David Palani (2012).Penggunaan Kaedah Memperbaiki Kelemahan

6,7,8,

Hasil Separa Bahagi Bagi

Murid Dalam Operasi Bahagi Yang Melibatkan

Pembahagi Dua Digit. Jurnal Pendidikan 27(1), 91-93 Sudesh Kumar A/L Sangaran (2012).Masa Dengan Kaedah Jam Minit Berlapis. Jurnal Pendidikan 27(1), 106 108. Thurga A/P Ramachendren (2012).Memperbaiki Kelemahan Murid Dalam Opersi Darab Yang Melibatkan Tiga Digit Dengan Dua Digit Dengan Menggunkan Kaedah Array.Jurnal Pendidikan 27(1), 79 81

Dari Laman Web Allen dan Eve (1968).Childrens Behaviour.. http://Children Behaviour of Notthingam /1989/07/16/. Dilayari pada 12 am 17 OGOS 2013. Mohd Isa bin Abd Razak. (2008).Dunia Pendidikan Matematik KBSM. http:/Matematik KBSM, Aritmetk dan Alogaritma .html. Dilayari pada 12.05am 17 OGOS 2013. Zakariah Abdul Rahman (1992 ). Pendidikan Psikologi. http://pEnDikan PsIKologi /1992/09/nota-penting-4-konsep-kaedahpengajaran.html. Dilayari pada 12.34 18 OGOS 2013

13

You might also like