You are on page 1of 4

348 Jalan 18/3, Taman Seri Serdang, 43 300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. 12 Mei 2006.

Menemui sahabatku yang budiman yang kini berada di kota London, saya berharap saudara berada dalam keadaan sihat walafiat. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana saudara masih sudi untuk menulis surat kepada saya. Saudara, Apabila saya menerima surat daripada saudara, saya begitu kagum dengan saudara kerana walaupun saudara derada di luar negara, saudara tetap mengikuti perkembangan yang berlaku di negara kita melalui internet. Seperti yang saudara maklum bahawa akhbar Berita Harian bertarikh18 Februari 2005 melaporkan bahawa pada tahun 1998, sebanyak 3 876 remaja telah dihadapkan ke Mahkamah Juvana kerana kesalahan menyamun, merompak , peras ugut, merogol, mengunjungi rumah urut dan terlibat dalam kegiatan pelacuran. Hal ini sebenarnya menggambarkan bahawa tahap disiplin di bandar lebih mmbimbangkan jika dibandingkan dengan tahap disiplin pelajar di luar bandar. Misalnya, gejala pelajar yang ponteng sekolah serta budaya lepak lebih banyak berlaku di bandar. Kebanyakan mereka yang terbabit terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 15 hingga 18 tahun. Salah satu punca yang menyebabkan masalah ini semakin meruncing ialah kurangnya perhatian dan pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa yang bersikap materialistic, iaitu mereka terlalu mementingkan kebendaan dan kejayaan dalam kerjaya mereka hingga mengabaikan keperluan anak-anak. Ibu bapa yang sibuk dengan tugas seharian mereka mengharapkan pengawasan dan bimbingan daripada guru di sekolah untuk mendidik dan membimbing anak-anak mereka. Oleh sebab tidak menerima kasih saying daripada ibu bapa, para pelajar meluahkan perasaan atau melepaskan kemarahan dengan merosakkan harta benda awam dan kemudahan yang terdapat di sekolah. Melalui cara ini, mereka dapat memberikan kepuasan terhadap diri mereka akibat tidak mendapat layanan yang sepatutnya di rumah tanpa menyedari bahawa tindakan tersebut telah melanggar peraturan di sekolah. Justeru, kemerosotan disiplin pelajar adalah disebabkan kurangnya penjagaan ibu bapa terhadap anak-anak. Selain itu, masalah kemerosotan disiplin juga berpunca daripada kurangnya pendidikan agama dan moral yang berupaya untuk membentuk pelajar yang baik dan berakhlak mulia. Kejahilan dalam pendidikan agama dan moral akan mempengaruhi tindakan dan kelakuan ketika menjalani kehidupan seharian. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai banteng yang kukuh untuk melawan arus kemodenan yang berunsur negatif. Berdasarkan faktor-faktor inilah, mereka begitu mudah terpengaruh dan terlibat dalam kegiatan-kegiatan seperti bohsia, kecurian, kes rogol, berkhalwat, penagih dadah, dan sebagainya. Mereka menganggap bahawa mereka tidak bersalah kerana tidak mengenali erti dosa. Oleh hal demikian, kekurangan pendidikan agama merupakan satu punca masalah kemerosotan disiplin pelajar yang semakin meruncing. Kemerosotan disiplin pelajar juga disebabkan oleh tekanan yang dihadapi di sekolah. Contohnya, guru-guru menghukum pelajar atau memberi tugasan yang banyak sehingga membebankan mereka. Kadangkala, pengajaran guru juga membosankan para pelajar. Hal ini kemudiannya mendorong mereka mlakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang sekolah sebagai tanda bantahan atau untuk melepaskan geram. Tindakan-tindakan tersebut adalah seperti ponteng sekolah, erokok di dalam tandas,mengganggu rakan-rakan yang

lain, atau bersubahat untuk menipu guru. Tujuan utama mereka adalah untuk mendapatkan perhatian. Nyatalah bahawa kemerosotan disiplin pelajar juga disebabkan mereka menghadapi tekanan di sekolah. Saudara, Masalah kemerosotan disiplin yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar berpunca daripada pengaruh media massa, khususnya media elektronik seperti televisyen, radio, dan komputer. Misalnya, kebanyakan rancangan yang disiarkan di televisyen bercorak kebaratan, yakni banyak memaparkan unsur keganasan, seks, dan tahyul. Oleh sebab sikap remaja yang mudah terpengaruh oleh pembaharuan yang disaksikan dalam kehidupan sehari-hari, mereka terikut-ikut dengan aksi-aksi yang dilihat lalu meniru perbuatan terebut. Hal ini membawa kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, pengaruh media massa memainkan peranan yang besar dalam kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar. Di samping itu, disiplin pelajar juga merosot disebabkan kurangnya kawalan disebabkan sikap-sikap pihak tertentu yang tidak peka terhadap undang-undang. Sebagai contoh, pemilik pusat-pusat hiburan pada masa sekarang masih lagi membenarkan remaja di bawah umur berkunjung ke tempat-tempat tersebut. Dengan ini, pemilik-pemilik pusat hiburan yang bersikap tamak dan hanya memikirkan kepentingan mereka sendiri yang secara tidak langsung akan menggalakkan para pelajar menghabiskan masa di tempat-tempat tersebut. Tujuan utama pemilik premis itu adalah untuk mengaut keuntungan dengan menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa tanpa memikirkan kesan negatif yang akan diterima oleh pelajar. Para pelajar akan membazirkan wang dan masa di pusat-pusat permainan hiburan di samping terdedah dengan aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, pergaulan bebas, aktiviti peras ugut, kegiatan samseng, dan sebagainya. Pengaruh dan aktiviti yang diperoleh di sini akan terbawa-bawa ke sekolah dan seterusnya akan menjejaskan disiplin di sekolah. Saudara, Sebenarnya, masalah kemerosotan disiplin pelajar yang semakin meruncing disebabkan oleh pelbagai punca. Tidak dapat dinafikan bahawa ahli-ahli masyarakat seperti pihak ibu bapa, guru-guru, pelajar itu sendiri serta media massa bertanggungjawab menyebabkan masalah ini semakin meruncing. Oleh hal yang demikian, semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani dan membendung gejala ini daripada terus berleluasa. Untuk itu, pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah mestilah memainkan peranan dengan mengambil langkah-langkah yang proaktif supaya tahap disiplin pelajar dapat ditingkatkan. Disiplin yang merosot akan menyebabkan pencapaian pelajar juga merosot. Oleh sebab remaja merupakan pewaris dan bakal pemimpin masa depan, maka tindakan yang tegas dan drastik perlu diambil demi kesejahteraan dan kebaikan negara pada masa yang akan datang. Saudara, Saya rasa, saya sudah menulis dengan begitu panjang dalam warkah ini. Saya berharap segala yang saya nyatakan dalam surat ini dapat memberikan gambaran secara menyeluruh tentang punca-punca disiplin pelajar di negara kita semakin merosot. Jika saudara ada cerita-cerita menarik di sana, tulislah surat kepada sayadalam lembaran akan datang.akhir kata, saya mohon ampun dan maaf jika ada sesuatu yang menyinggung perasaan atau maklumat yang tidak lengkap daripada saya. Yang ikhlas,

Hanis Anuar

Masalah Pendatang Asing di Taman Seri Kaya Berhubung dengan masalah di atas, saya selaku Setiausaha Jawatan Penduduk Taman Seri Kaya, Segamat Baru, ingin mengadukan masalah berkenaan untuk tindakan dan perhatian pihak tuan. Hal ini disebabkan perkara ini sudah menjadi masalah yang agak besar kepada penduduk Taman Seri Kaya sejak sejak sekian lama ibarat retak menanti belah. 2. Sejak kehadiran pendatang asing yang menyewa rumah di kawasan Taman Seri Kaya, pelbagai masalah telah ditimbulkan oleh mereka. Masalah utama yang menjadi rungutan para penduduk sejak kehadiran mereka ialah masalah sosial yang tidak pernah menjadi sebelum ini. Kebanyakan pendatang asing ini bekerja di kilang yang berdekatan dengan Taman Seri Kaya. Sewaktu pergi dan balik bekerja, mereka biasanya mengganggu kaum wanita yang ditemui dalam perjalanan mereka. Perkara ini menimbulkan ketakutan kepada kebanyakan kaum wanita di kawasan Taman Seri Kaya. 3. Selain itu, sejak akhir-akhir ini kejadian jenayah seperti kecurian dan kejadian pecah rumah semakin kerap berlaku di kawasan Taman Seri Kaya. Masalah ini tidak pernah terjadi sebelum kedatangan pendatang asing ini. Hal ini menimbulkan masalah kepada penduduk yang biasanya meninggalkan rumah tanpa penghuni terutamanya pada waktu malam untuk bekerja. Malahan sejak belakangan ini, kejadian jenayah ini sudah mula berlaku pada siang hari. Keadaan ini menyebabkan para penduduk terpaksa mengadakan rondaanpada waktu malam. 4. Kejadian perselisihan faham antara penduduk tempatan dengan pendatang asing juga sering berlaku di kawasan Taman Seri Kaya. Perkara ini berlaku disebabkan perbezaan bahasa dengan budaya. Malahan, cara hidup mereka juga berbeza dengan penduduk tempatan. Perselisihan faham yang berlaku, berpunca daripada sikap pendatang asing di kawasan ini tidak tidak menghormati budaya dan cara hidup penduduk tempatan. Umpamanya sewaktu penduduk tempatan mendirikan solat Maghrib mereka membuat bising di halaman rumh sewa mereka. Mereka tidak berpegang kepada prinsip di mana bumi dipijak, disitulah langit dijungjung atau masuk ladang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. 5. Masalah ketenteraman penduduk juga berlaku di kawasan perumahan ini. Kadangkala pendatang asing ini mengadakan keramaian di rumah sewa mereka dengan menjemput rakanrakan mereka dari tempat lain. Mereka biasanya mengadakan majlis tersebut sehingga larut malam. Sebagai contoh, pada setiap malam minggu, mereka akan mengadakan persembahan hiburan dengan memainkan pelbagai lagu. Perkara ini sudah pasti menimbulkan gangguan kepada penduduk tempatan yang berdekatan untuk beristirahat bersama-sama keluarga pada waktu malam terutamanya anak-anak yang sedang tidur atau yang sedang mengulang kaji pelajaran.

6. Berhubung dengan masalah-masalah yang pihak kami alami, berdasarkan harapan kami agar pihak tuan dapat mengambil tindakan untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang lebih buruk daripada berlaku. Saya berharap pihak tuan dapat bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenal pasti kesahihan permit mereka dan juga tindakan mereka yang membuat penempatan haram dengan sesuka hati mereka. Pihak kami juga tidak ingin penduduk tempatan mengambil tindakan sendiri untuk menangani masalah ini. Jika perkara ini tidak diambil tindakan, sudah pasti masalah yang lebih besar akan berlaku. 7. Akhir kata, kami amat berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak tuan demi keselamatan penduduk tempatan di kawasan Taman Seri Kaya. Saya yakin bahawa tindakan yang akan diambil nanti akan memberikan kesan yang positif kepada semua pihak, terutamanya penduduk di taman ini yang telah sekian lama terbelenggu dan tertekan kesan daripada tindakan pendatang asing. Segala tindakan dan kerjasama pihak tuan dalam hal ini kami dahului dengan ucapan banyak-banyak terima kasih. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Teima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Norlida (NORLIDA BINTI MOHD YASIN)


Setiausaha, Jawatankuasa Penduduk Taman Seri Kaya, Segamat.

You might also like