You are on page 1of 53

PENGAJIAN UMUM MPU 2173

Orang Portugis ialah orang Eropah yang pertama datang ke Asia Tenggara 1510 - Goa di India dijadikan pusat pentadbiran Portugis di Timur Kedatangan Portugis ke Melaka bertujuan untuk menguasai perdagangan rempah, menyebarkan agama kristian, kuasai Selat Melaka, menjadikan Melaka sebagai pelabuhan persinggahan dan menguatkan lagi kedudukan mereka di Timur Peristiwa penangkapan Ruy de Aranjo dan 20 orang Portugis mengakibatkan Melaka diserang oleh Alfonso d'Albuquerque 24 Ogos 1511 - Melaka ditawan, dan Sultan Mahmud Syah berundur ke Muar, kemudian ke Pahang dan akhirnya ke Pulau Bintan Dari tahun 1513 - 1524, Sultan Mahmud Syah telah menyerang Melaka sebanyak 6 kali, tetapi semuanya gagal

1528 - Sultan Mahmud Syah yang lari ke Kampar telah mangkat di sana Kejatuhan Melaka disebabkan oleh kelemahan sistem pentadbiran, permusuhan antara golongan Melayu - Islam dan Tamil - Islam, sikap tidak setia pedagang asing dan askar upahan Jawa, wujudnya rasuah serta kenaikan cukai dan tentera Portugis yang lebih kuat Kesan penjajahan Portugis ialah wujudnya masyarakat Serani, tulisan rumi diperkenalkan, meresapnya bahasa dan budaya Portugis, kemunculan Acheh dan Brunei sebagai pusat penyebaran Islam dan wujudnya kerajaan Johor dan Perak

1641: Pihak Belanda (1641 - 1795) menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling.

1808:

Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan. Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon.

1824:

Satu Perikatan British-Belanda (juga digelarkan Perikatan London) dibuat yang mana pihak British memberi Bencoleen (Bengkulu) di Sumatra kepada pihak Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini ditandatangani untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia).

Melaka,

Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan British. Pejabat Pemerintahan Gabenor-Jeneral yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan di London. Perang Dunia ke-2 berlaku. Jepun mengebom Pearl Harbour (Pengkalan Laut yang penting di Hawai bagi Amerika Syarikat).

Melaka jatuh ke tangan Jepun British kembali menguasai Melaka setelah Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura. Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengistiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.

Pada

hari ini dalam tahun 1824 satu perjanjian ditandatangani di antara pihak Inggeris dengan Belanda. Perjanjian yang lebih dikenali sebagai Perjanjian InggerisBelanda tahun 1824 ini meliputi pembahagian tanah- tanah jajahan dan pusat-pusat perniagaan.

Belanda mengiktiraf pertapakan Inggeris di Singapura. Belanda akan menyerahkan melaka kepada pihak Inggeris dan sebagai balasannya pihak Inggeris pula akan memberikan bangkahulu kepada pihak Belanda. Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak (Inggeris & Belanda). Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat didalam hal ehwal negeri-negeri Melayu. Inggeris pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal manamana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.

Pembahagian

Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan Pengaruh Belanda. Perpecahan Empayar Johor-Riau. Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda. Persaingan kuasa di antara Belanda dengan British semakin sengit.

Bahan

mentah untuk revolusi industri. Bimbang campurtangan kuasa asing lain. Anarki - kongsi gelap dan lanun

1874

1874 1874 1888 1895 1913 -

Perak Selangor Sungai Ujung Pahang Negeri Sembilan Johor

Pada

1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Hasil usaha Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula dari Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan Pahang

Berikutan

dasar campur tangan, sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Di bawah sistem Residen, Sultan menerima seorang residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali halhal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu.

Menasihati Sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang Melayu. Mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di wilayah pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan.

Membentuk

sebuah sistem cukai yang

berkesan. Merancang dan membangunkan kawasankawasan bandar. Membaiki alat-alat perhubungan

POLITIK

Residen terlalu berkuasa.

EKONOMI Perusahaan timah dan getah berkembang. Agihan kekayaan tidak seimbang. Imigran monopoli ekonomi. SOSIAL Infrastruktur membangun. Penduduk bertambah.

Ditubuhkan

melalui Perjanjian Persekutuan

1895 Terdiri daripada:


Selangor Perak Pahang Negeri Sembilan

SEBAB:

Pahang negeri miskin. Kecekapan pentadbiran dan seragam. Kawal kuasa Residen. KESAN: Pemusatan kuasa pada Residen Jeneral. Sultan kehilangan kuasa. Jabatan kerajaan dipegang Inggeris. Ekonomi dan pendudukan meningkat.

Ditubuhkan
Ahli2:

pada 1909

Pesuruhjaya Tinggi Residen Jeneral 4 Raja Melayu 4 Residen 3 ahli tidak rasmi

Akibat

kemelesetan ekonomi 1925. Agihkan kuasa pusat ke negeri2. Membentuk Persatuan Tanah Melayu. Menarik minat NNMTB Penguasaan Inggeris dipermudahkan. Dihentikan pada 1941.

Rakyat sangup berkorban untuk membebaskan tanah air. Negeri Kedah, Perlis, Terengganu, dan Kelantan Walaupun pernah dinaungi Siam sentiasa melancarkan serangan untuk kebebasan mereka. Kerajaan Johor sering berperang dengan Belanda atas faktor perjuangan mencapat kemerdekaan. Secara keseluruhannya , pada peringkat awal penentangan yang dicetuskan oleh myskt tempatan berjaya dipatahkan oleh British. Namun penentangan ini menunjukkan lahirnya semangat nasionalisma dalam kalangan masyarakat tempatan untuk menuntut kemerdekaan.

(a) Dasar penaklukan British 1. British menakluki daerah mereka seperti Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. 2. Tujuan penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu adalah untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka. 3. Penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. 4. Setelah menduduki Melaka British memaksa Naning menjadi jajahan takluknya dan dikehendaki membayar ufti. 5. Dol Said, Penghulu Naning menentang kehendak British dan hal itu menyebabkan peperangan.

(b) Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan 1. British berhasrat untuk menguasai ekonomi tempatan. 2. Ia dilaksanakan melalui perjanjianperjanjian yang dimeterai oleh mereka dengan pemimpin tempatan. 3. Melalui perjanjian tersebut, saudagarsaudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah. 4. Penduduk tempatan marah terhadap British.

(c) Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan 1. British memaksakan pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. 2. British memperkenalkan sistem cukai, undangundang dan peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. 3. Di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan British dan dikenakan cukai tanah. 4. Peraturan tersebut bertentangan dengan amalan tradisi yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan tanpa perlu membayar cukai.

(d) Campur tangan British dalam adat resam tempatan 1. British memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. 2. Di Perak, Residen British iaitu J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam Melayu iaitu amalan menggunakan orang suruhan dalam kalangan pembesar Melayu. 3. Tindakan tersebut ditentang oleh pemimpin dan pembesar tempatan.

(e) Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh 1. Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan tersebut. 2. Sebelum kedatangan British para pembesar tersebut dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut. 3. Para pembesar bertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. 4. Para pembesar tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak British yang telah menyebabkan mereka hilang kuasa.

(f) Kesulitan penduduk tempatan 1. Pelaksanaan undang-undang Barat oleh British telah menyulitkan penduduk tempatan.

Penentangan Di Naning (1831-1832) Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British. Cadangan british ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831. Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melaka. Feb 1834 Dol Said menyerah diri.

Perang Kelang
Perang

Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. 1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi. Walaupun hanya Perang saudara tetapi campurtangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan.

Penentangan di Perak

Sebab penentangan British di Perak : a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan pembesar Melayu. b) Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875. c) Pembaharuan oleh J.W.W Birch: - hapus sistem perhambaan - beri perlindungan kepada hamba - campurtangan dalam adat resam orang Melayu d) Sikap peribadi Birch - buat pembaharuan secara tergesa-gesa - tidak boleh berbahasa Melayu

Dato

Maharaja Lela , Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum tentang British dan bunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak. Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles iaitu sebuah negara kepulauan di tengah Lautan Hindi.

Penentangan di Pahang Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret. British memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan),cukai tanah dan sistem kerah. Pembesar Melayu kehilangan kuasa dan mata pencarian lalu bangun tentang British. Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan Pemberontakan pada Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling. Pemberontakan berakhir pada tahun 1895. Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.

Penentangan di Kelantan Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada British dan James Scott Mason penasihat British Julai 1909. Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut). Punca penentangan : a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram b) Sistem Tanah Baru 1915 c) Pengenalan cukai hasil pertanian d) Sikap pegawai British - Sikap Peg Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.

Penentangan Di Terengganu Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Hj Abd Rahman Hj Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai Pemberontakan Tani pada 1928. Faktor pemberontakan Tani : a) Pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala. b) perkenalkan sistem pendidikan Barat c) perkenalkan pas kebenaran untuk buka tanah, bercucuk tanam dan pungut hasil hutan. Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.

Penentangan Di Sarawak Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke. Beberapa pemberontakan:

Rentap

1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke Alan Lee. 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap di Bukit Sadok.

Banting

ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting. Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sg. Rejang. Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sg. Rejang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.

Sharif Masahor

Asun

Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920 orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sg. Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun. 1932, asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.

Penentangan di Sabah Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British. Dua pemberontakan tercetus iaitu : a) pemberontrakan Mat Saleh

Berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besarbesaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan. Siri penentangan tercetus di Sg.Sugut (1894), serang pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897). Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada 1900. diketuai oleh Antanum pada 1915. faktor pemberontakan - cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan2 kecil di hutan. Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.

b) Kebangkitan Rundum

Perjuangan

kemerdekaan kemudian bangkit secara menyeluruh setelah bangkitnya nasionalisme di dalam rakyat. Semangat nasionalisme dan perjuangan mereka ditunjukkan melalui akhbar-akhbar tempatan dan pendirian persatuan-persatuan yang ditubuhkan.

Akhbar Al-Imam

Tahun Penerbitan 22 Julai 1906

Pengasas

Fokus

Syed Syeikh Al-Hadi di Menyampaikan idea Singapura Kaum Muda berhubung pembaharuan dan memberi bimbingan kepada orang Melayu untuk bangkit daripada kemunduran. Syed Sheikh Al-Hadi di Bercorak Islah Pulau Pinang Islamiah dan memuatkan tentang isu-isu kemunduran bangsa dan kebebasan kaum wanita. Juga digerakkan oleh Kaum Muda.

Al-Ikhwan

16 September 1926

Akhbar

Tahun Penerbitan

Pengasas

Fokus

Saudara

29 September 1928

Syed Sheikh Al-Hadi di Pulau Pinang

Sambungan kepada Al-Imam dan banyak menyentuh persoalan agama dan usahausaha menggalakkan rakyat, terutama orang Melayu agar memajukan diri mereka.
Bercorak agama, memuatkan berita Timur Tengah

Neracha

15 Februari 1911

Haji Abas Mohd Taha di Singapura

Akhbar Majlis

Tahun Penerbitan 17 Disember 1931

Pengasas Abdul Rahim Kajai di Kuala Lumpur

Fokus Membolehkan orang ramai menulis tentang masalah politik, ekonomi, dan sosial. Memberi kesedaran kepada orang Melayu dan mengecam dasardasar Inggeris yang tidak sesuai.

Warta Malaya

1 Januari 1930

Dato Onn Jaafar di Singapura

Akhbar Utusan Melayu

Tahun Penerbitan November 1907-1922 29 Mei 1930 (Akhbar Harian)

Pengasas Abdul Rahim Kajai di Singapura

Fokus Dianggap sebagai lambang perpaduan orang Melayu kerana banyak membela kepentingan orang Melayu dan menentang penjajahan . Juga digunakan sebagai bahan pengajaran di sekolah.

Chenderamata

Selepas Perang Dunia Ke-Dua

Guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris (contoh Zaba)

Mencetuskan semangat kebangsaan pembaca

Akhbar Fajar Sarawak

Tahun Penerbitan Pramerdeka

Pengasas Komuniti Melayu Sarawak

Fokus Membangkitkan kesedaran dan semangat kebangsaan masyarakat Melayu Sarawak Media perbicaraan kepentingan orang Melayu Majalah terbitan Persekutuan Guru-guru Melayu Pulau Pinang.

Lembaga Melayu

31 Disember 1931

Mohd Abdullah di Singapura

Panduan Guru

Julai 1992

Mohammad Hussin Rashid

Tanah

Melayu jatuh pada 15 Feb 1942. Berakhir pada 12 Sept 1945. Memerintah selama 3 tahun.

Inggeris

tidak menyangka. Princes of Wales dan Repulse karam. Jepun terlatih, berpengalaman, semangat tinggi, taktik praktikal. Ingeris tidak bersemangat tinggi dan sering kali dikalahkan Jepun. Tentera Inggeris terdiri dari India muda.

Tanah

Melayu dipanggil Malai Baru. Berpusat di Singapura (Syonan) Wilayah pentadbiran: Pulau Pinang, Melaka, Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Perlis, Kedah, Kelantan an Terengganu dipulangkan pada Siam. Negeri2 Melayu diketuai oleh Gabenor.

Cina

ditindas. Melayu dan India jadi buruh paksa bina jalan keretapi Thai dan Burma. Cina lari ke pinggir hutan. Cina bermusuhan dengan Melayu. Sifat kerajinan ditekankan pada Melayu.

Ekonomi

lumpuh. British hapuskan infrastruktur. Perusahaan getah dan timah terhenti. Barangan pengguna berkurangan. Inflasi.

Sekatan

dan kawalan kesengseraan. Asia untuk Asia naikkan semangat. Yakin memerintah sendiri. Semangat nasionalisma sebabkan permusuhan dengan Cina. Kecinaan, keindiaan, dan kemelayuan. Parti Komunis Malaya (PKM) kuat.

PKM

atau Bintang Tiga kekacauan. Inggeris pulang September 1945. Pentadbiran Tentera British (BMA) dan Kesatuan Malaya (Malayan Union). PKM ganas darurat di Perak + Johor. Rancangan Briggs dan Templer. Rancangan Baling 1955 gagal.

Kepulauan

Melayu diduduki Melayu. Wujud kerajaan Melayu agong. Penjajah eksploitasi sumber alam. Penjajah mencorakkan negara hari ini. Kesan penjajahan:
Pelbagai kaum. Ketidakseimbangan ekonomi kaum. Demokrasi berparlimen.

Sejarah

penting untuk pemahaman.