Tingkah laku Bermasalah

PENGENALAN Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanakkanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat. Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.

1

Tingkah laku Bermasalah

PENGERTIAN TINGKAH LAKU BERMASALAH Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai ‘ abnormal behavior ‘ iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘ The School and the Behaviour Problem Child ‘ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

2

perasaan malu pada kawankawan  Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain. melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa. sikap rendah diri yang terlalu tinggi. berjalanjalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku. sering menggangap orang lebih baik dari dirinya  Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawankawan. Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran. teragak-agak memberi pendapat atau idea.   Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah. tiada keyakinan diri. tidak boleh berdikari  Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan kebolehan. banyak bercakap .   Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan. menunjukkan reaksi bimbang.  Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya 3 . terlalu manja. tidak yakin pada kebolehan diri.  Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya. Tingkah laku Bermasalah Negatif Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi : Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri.  Kebimbangan – sentiasa berasa takut.Tingkah laku Bermasalah TINGKAH LAKU BERMASALAH Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :1. membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas.

bertumbuk. kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi ‘ neurotic ‘ atau ‘ psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat.  Permusuhan nyata – suka bergaduh. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang. mematahkan alat pengepam tandas.Tingkah laku Bermasalah  Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar. sekolah dan masyarakat. melawan. kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain.   Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik  Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah. selalu membuat salah. kurang ajar. lucah. ingkar. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut 4 . marker atau tapak kaki. tidak sopan Mengikut Despert ( 1965 ). bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain. menggores atau menconteng meja. mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya. ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah. tidak dapat dibentuk dan tidak stabil. Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. berlawan.  Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah. pensil.  Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen.

terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah : • Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka.Tingkah laku Bermasalah kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar. Selain dari tingkah laku bermasalah yang diterangkan di atas. 2. dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat  Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir  Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain Tingkah laku bermasalah ini dapat digambarkan memalui rajah di bawah ini :Tingkah Laku Bermasalah Tingkah Laku Bermasalah Negatif Tingkah Laku bergantung disruptif distruktif ingin tahu Tingkah Laku Bermasalah Positif Tingkah Laku cepat pintar proaktif belajar cerdas Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “. 5 . Tingkah laku bermasalah Positif Tingkah laku bermasalah positif merangkumi : Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat  Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu perkara yang baru dipelajari.

Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya bertajuk “Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah Laku” . :Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka. 6 . Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.Tingkah laku Bermasalah • • • • • • • • • • • Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan Sering bercakap bohong atau bercakap besar Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri. iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.menyatakan antaranya adalah seperti berikut : Faktor Diri Murid Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri.  Faktor Keluarga Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. menghisap rokok Suka menyakiti hati kawan-kawan Menjahanamkan harta benda Tidak duduk diam Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua Panas baran Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi ( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child ) Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar.

Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajarpelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.  Faktor Masyarakat Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai “ Jevenile Delinquency ‘ mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan. Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. 7 .  Faktor Sekolah Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda. 1977 ) Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid. 1971 dan Reynolds. Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah. Maslow.Tingkah laku Bermasalah Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ). Combs. Sekolah yang besar atau keadaan bersesaksesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin ( Balley.

bilangan ahli. keadaan pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menyebabkan murid bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan minat terhadap mata pelajaran yang diajar. cara penyampaian guru yang monotone dan sukar difahami oleh murid Dunhill ( 1965 ). tiada kemudahan asas  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan – alat bantu mengajar yang tidak menarik. kedudukan kawasan. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah : Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa – saiz rumah. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :1) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini 2) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini. jauh dari bandar. terpencil. kemudahan  Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif – berhampiran kawasan pembinaan. Antara langkah-langkah sistematik ialah :        Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah Menetapkan matlamat Menentukan strategi bertindak Merancang prosedur atau plan bertindak Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu Memsstikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan Modifikasi tingkah laku ini merupakan cara menguruskan bilik darjah. 8 .Tingkah laku Bermasalah PENGERTIAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU Modifikasi Tingkah laku : Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Ia sesuai untuk mengatasi masalah sama ada negatif atau positif.

selalu menggunakan kaedah hukuman atau dendaan. maslah murid tidak didengari atau diambil perhatian. tiada kompromi dari guru Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas dendam    9 . kawasan sekolah yang kotor. perkhidmatan kaunseling yang tidak mencukupi Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian sekolah – murid hanya mengikut arahan tanpa bantahan. tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid Pengurusan sekolah bercorak autokratik – guru yang terlalu garang. disiplin yang terlalu ketat.Tingkah laku Bermasalah  Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif – bilik darjah yang kotor.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya. 10 . 2 Denda dan Peneguhan Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Berikut ialah huraian pelbagai teknik yang sesuai digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah.Tingkah laku Bermasalah TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. Dengan erti kata lain ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada dilakukan lagi. tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu.  Peneguhan Negatif Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut. 1 Peneguhan  Positif dan peneguhan Negatif Menurut Skinner ( 1930 ). Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja.  Peneguhan Positif Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif. 3 Reverse Psychology Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Apabila individu terlupa. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

dominan. 5 Token Economy Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit. terlalu mengongkong atau terlalu memanjakan maka mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial 11 . ketiadaan jaminan keselamatan. 1. Masalah Keluarga Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu tinggal juga mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah laku kanakkanak. 6 atau bertulis.Tingkah laku Bermasalah 4 Shaping Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur. 7 seperti berikut :a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan b) Mengumpulkan data c) Merancang program tindakan d) Menilai program e) Menamatkan Program Kawalan Kendiri Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid. garang . peratus. markah. sikap ibu bapa yang terlalu kasar. Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau dibelenggu masalah keluarga seperti perbalahan. Ia dilakukan Kontrak ( Lisan atau Bertulis ) Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah laku bermasalah seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah laku bermasalah.

4. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka. Teori ini menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya. Pengaruh Genetik atau Baka Menurut Teori Roe. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ). Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. 2. televisyen. Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama ada melalui suratkhabar. Pengaruh Rakan Sebaya Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi perlakuan dan percakapan. filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dan meniru aksi apa yang ditonton.minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka genetik. Pengaruh Media Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila mereka menonton atau membaca . Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal sepenuhnya. Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada perlanggaran peraturan di sekolah. maka murid-murid itu akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka.Tingkah laku Bermasalah yang mana ia boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam membentuk tingkah laku sempurna. 3. ( Bandura. 1986 ) 12 .

Tingkah laku Bermasalah Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. tidak bersopan dan juga menetang guru. 13 . Boysen ( 1793 ) dan Gordon ( 1974 ) berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak berdisplin kerana murid-murid akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru. Hal ini menjadi lebih buruk di sekolah menengah di mana murid-murid merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi ( Wadd 1973 ). Gragey ( 1970 ). Maslow dan Rogers ( 1962 ). Ada juga yang akan berbohong dalam keadaan kawalan ketat itu.

Apabila sudah tidak ditegur atau dimarah atau diingatkan oleh guru. Nakal merujuk bagaimana individu itu berkelakuan lincah. ditegur atau dimarah. Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan teguran. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja apabila didenda . kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya. Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah. murid suka berjalan-jalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran berlaku. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh dianggap melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda. amaran atau dendaan. Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawan-kawan di dalam kelasnya seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran .Tingkah laku Bermasalah CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH 1. Burt ( 1953 ). mengakibatkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan menyukarkan guru mengajar dengan aktif. murid tidak duduk diam di tempatnya. Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan daripada dimarahi. dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes kemunduran kanak-kanak di sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang tidak mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana berbagai sebab. Murid yang berkelakuan nakal Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid. didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di dalam kelas. 14 . tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya.

Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. guru-guru perlu mengambil inisiatif memberikan penghargaan terhadap perubahan yang telah murid lakukan secepat mungkin. 2. merasai kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain. Pengasingan Diri Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawankawan yang lain. Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid berkelakuan nakal. Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna. Ia juga dapat meningkat semangat ingin berubah kerana perubahan tingkah lakunya mendapat perhatian dari guru. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------• • • Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap murid-murid yang bermasalah seperti di atas. Kelakuan mereka hendaklah dipantau dari masa ke semasa. Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif. Kemungkinan. • • Guru-guru hendaklah memberi amaran berulangkali agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. Guru sentiasa memberi tumpuan terhadap kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 15 . Ini akan memberikan peneguhan di dalam diri murid itu. Guru harus memuji perbuatan murid pada waktu ketika itu juga.Tingkah laku Bermasalah Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab behavioris. murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan adik beradik yang kecil. Contoh: Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman.

membimbing murid dan memberi semangat jika perlu. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun ketika belajar. disayangi oleh ibu bapa. • Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh kepada murid-murid yang bermasalah tingkah laku . Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab sosial. Guru juga boleh menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan. Sesetengah pula. Contohnya: menyoal murid. meminta pendapat atau respon. Guru hendaklah sentiasa cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut. kebiasaannya berwajah murung. guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi murid contoh. • Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Jelaskan apa yang akan mereka perolehi sekiranya bersikap dan berkelakuan seperti murid-murid contoh . Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka dapat sekiranya mereka bertingkah laku positif seperti mempunyai peluang masa depan yang cerah. Muird-murid contoh dijadikan sebagai model.Tingkah laku Bermasalah Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah keluarga. kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan . 16 . • • Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah tersebut berminat dan berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik. mendekati murid. Guru hendaklah pandai mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat mengikuti aktiviti pembelajaran bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas. Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut :----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------• Guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin dan cemerlang dalam akademik. tidak ceria dan kurang senyum. • Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas.menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar. Murid sebegini juga kurang memberi penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Lebih elok jika murid ini terdiri daripada rakan sebaya mereka di dalam kelas. dihargai dan disayangi .

penghargaan. Mowrer ( 1960 ) menyatakan gerak balas model boleh dipelajari oleh seseorang pemerhati hanya dengan memberikan peneguhan atau ganjaran yang diberikan kepada model semata-mata.hadiah dan motivasi kepada murid-murid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas perubahan tingkah laku mereka. murid-murid yang suka mengasingkan diri adalah murid-murid yang mempunyai masalah dari segi emosi. leteran. Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti berikut : Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa. bilangan ahli yang terlalu ramai atau kedudukan kawasan. kemudahan. Oleh itu. Dalam konteks bimbingan dan kaunseling.Tingkah laku Bermasalah • Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran. Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura ( 1986 ) yang menyatakan pembelajaran terhasil melalui proses pemerhatian dan peniruan merupakan bahagian penting dalam pembelajaran sosial. 1996 ) 17 . melalui bimbingan dan kaunseling. Miller dan Dollard ( 1941 ) menyebut ‘ tingkah laku kebegantungan sepadan dan percaya bahawa individu hanya dapat mempelajari gerak balas itu jika ia memadankan tingkah laku model itu’. Guru bimbingan akan cuba memberi nasihat atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang dialami. Dalam ( Suradi Salim . pujian.  Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk berusaha dalam pelajaran  Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan keluarga  Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehingga murid tidak merasa selesa dengan perubahan tempat baru  Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang tiada keseimbangan dari segi saiz. perbalahan tentang perkara kecil di antara murid dengan ibu bapa. murid yang suka memencilkan diri akan dicuba diterokai oleh guru bimbingan seterusnya mengenalpasti punca-punca masalah atau ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid.

terlalu banyak bercakap atau bertanya. Terdapat sesetengah pandangan mengatakan ‘ anak-anak yang baik ‘ ialah kanak-kanak yang pendiam. dia juga turut menconteng meja kawan-kawannya yang lain. Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini jika berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk. 3. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas. Kadangkala. Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan harta benda ini bolehlah dikategorikan dalam tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. namun sikap Ali masih tidak berubah. lincah. Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek (pensel. pen atau marker ). sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan sikap sedemikian perlu dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan rawatan dan bimbingan yang betul. tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima sahaja. Kanak-kanak yang aktif. berani menjawab atau mempersoalkan apa 18 . Contoh : Ali sering menconteng meja di dalam kelasnya. Bagi yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng. Selain itu. Murid-murid yang terlibat dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi dikenakan denda atau hukuman. ia akan menjadi masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Meskipun sudah diberi amaran atau denda oleh Cikgu Dali . tabiat suka mematahkan atau merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Oleh itu. Denda bukanlah ubat yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini. pasif. Ada juga murid yang mencabut batang paip tandas sekolah. tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Perbuatannya memang tidak disenangi atau disukai oleh kawan-kawannya yang lain di dalam kelas. Dengan erti kata lain.Tingkah laku Bermasalah proses ini peneguhan yang diberikan kepada model dianggap sebagai ganjaran gantian untuk si pemerhati.

Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada umumnya kanak-kanak yang rosak akhlak bencikan sekolah. menerima dan patuh kerana kalau ada tingkah laku yang sebaliknya mereka akan dicemuh. menengah. benci pada peraturan. tidak berdisiplin atau dianggap kurang ajar dan biadap. tidakberani mengemuka pendapat kerana jiwanya yang kerdil itu tidak membenarkannya berbuat demikian. Beliau menjelaskan murid-murid rosak akhlak mempunyai cirri-ciri seperti tidak berminat belajar. kehadirannya ke sekolah tidak tetap. suka melihat benda itu hancur. dikeji atau didenda. Dalam kajian Horley dan Bronner mendapati 40% dari contoh kanak-kanak rosak akhlak sangat bencikan sekolah . universiti dan seterusnya dewasa. dicaci. Pada keseluruhannya. Maka mereka bertindak merosakkan apa saja benda yang terdapat di sekolah. Di antaranya ialah mahu membalas dendan terhadap sekolah.1% dari kumpulan terkawal yang benci atau bersikap tidak acuh dengan sekolah. orang kita lebih bersikap pemerhati sebagai reactionist dan bukannya actionist.Tingkah laku Bermasalah yang dikemukakan adalah dianggap sebagai kanak-kanak nakal. Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan kanak-kanak rosak akhlak dengan yang tidak melaporkan 88. kurang minat terhadap sekolah. lemah dalam pencapaian akademik dan lebih cenderung tercicir dalam sistem persekolahan. 19 . cepat tersinggung perasaan dan bermusuhan terhadap rakan-rakan persekolahan.5% dari kanak-kanak rosak akhlak dan hanya 34. Mereka dididik untuk tunduk. Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid melakukan ‘ vandalism‘. Kebanyakan kanak-kanak rosak akhlak lekas marah. Menurut Arther Johnson ( 1988 ) yang telah membuat kajian yang meluas mengenai perhubungan sekolah dan jenayah kanak-kanak menyatakan bahawa “ Tidak ragu-ragu lagi bahawa corak permulaan penjenayahan kanak-kanak bersangkutan dengan kanak-kanak itu sendiri . Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke sekolah rendah.

Ada yang menggangap kita tahu. Guru bimbingan akan menerokai masalah dan murid diberikan bimbingan. Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau membuang perangai atau tabiat buruk suka menconteng meja di dalam kelas. • Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan ke bilik bimbingan sehingga pada hari berikutnya. Murid Pintar Cergas Ramai di antara kita yang tidak tahu apakah tanda-tanda yang perlu diketahui mengenai kanak-kanak pintar cerdas. 5. Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka merosakkan harta benda dengan menggunakan teori mazhab behavioris. penilaian berasaskan hobi atau penilaian berasaskan rupa paras. tetapi penilaian kita sering cetek seperti bijak bercakap. dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan sikap-sikap positif. Dalam kes ini. murid suka menconteng mejanya dan meja kawan-kawannya di dalam kelas. Guru cuba menjelaskan perubahan sikap murid agar murid dapat merasai atau mendapat gambaran perubahan tingkah lakunya. • Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan mencapai matlamat yang diinginkan.Tingkah laku Bermasalah hendak menunjukkan kekuatan atau kelebihan. 20 . ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------• • • Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. dan keadaan terbiar tanpa pengurusan dari guru semasa di dalam bilik darjah. Murid diingatkan. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat bimbingan : Murid mengurangkan sikap suka menconteng di atas meja kepada di dalam buku atau kertas. Menghargai barang kepunyaan sendiri dan hak milik orang lain. • • Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku.

Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa. Kanak-kanak itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal. hari ini. 6. Mengikut kajian yang dilakukan. hari-hari dalam seminggu.terdapat 30 cara mengenal pasti murid-murid pintar cerdas di dalam kelas melalui senarai semak kepintarcerdasan. 21 . kalender dan jam pada peringkat umur yang awal. Mungkin lebih besar. Gaya diri yang luar biasa mungkin satu dari tanda luar biasa kanak-kank pintar cerdas. Menpunyai berbagai minat dan sikap spontan. 3. waktu ini dan waktu itu. hari esok. bakat-bakat kanak-kanak pintar yang sememangnya mempunyai bakat luar biasa tidak dapat diperkembangkan sepenuhnya. 4. lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada. Seperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal. Menurut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa tiada satu pun tanda set sifat yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas. kekuatan otot dan perkembangan paru-paru. Antaranya ialah :1. tidak semestinya di hadapan pelawat yang datang ke rumah atau penonton. Mempunyai kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan dirinya. 5. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan. Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya. personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. 2. Menunjukkan minat pada masa lebih awal. disaingi dan perasaan ingin tahu dari segi intelek yang luas dan cepat berkembang.Tingkah laku Bermasalah Akibatnya. Bercakap mengenai masa seperti semalam. Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi sudah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna.

Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah. Elizabeth Drews ( 1961 ). Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul benda dari spesis yang sama ( burung. 9. Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain.Tingkah laku Bermasalah 7. 8. menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya. bunga). Equal tidak semestinya sama tetapi itulah yang sering diamalkan dalam bilik darjah apabila murid pintar cerdas dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-murid lain sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan. salah seorang penyelidik terkenal tentang kanak-kanak pintar cerdas pernah menyatakan “ It’s immoral to squander a child’s time on what he really knows “ (adalah tidak bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan memaksa mereka mempelajari apa yang mereka sudah tahu ) kerana kecerdasan mereka telah menguasai apa yang kanak-kanak lain sedang bersusah payah untuk mempelajari. kenderaan. Mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubu dari guru dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah. Mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain. Kata-kata George Bernard Shaw ( 1965 ) mungkin sesuai disebut di sini “ Take to get what you like or you will be forced to like what you get “ yang bermaksud kita perlu berusaha atau melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang kita suka kerana kalau tidak kita terpaksa menyukai 22 . setem. Biasanya koleksi dari bahan yang canggih atau saintifik. dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan muridmurid lain sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan. 10. menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatau yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya. Seorang lagi pakar dalam bidang ini mengatakan “There is nothing so unequal as the equal treatment of unequals “ ( Borlond. bahan kimia. Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali. 1989 ). hanya memerlukan sedikit penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru.

guru-guru memang ingin murid-muridnya sentiasa pintar dan cerdas. murid tersebut akan menerima hadiah serupa seperti murid contoh. Apa yang pasti. Ini menunjukkan bagaimana murid pintar cerdas terpaksa menerima apa saja dalam situasi pembelajaran mereka. Contoh: Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya. 23 . Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di dalam kelas supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh. mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan. membuat latihan. Namun di dalam situasi bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid . Maka jika ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti murid contoh. Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya yang lain di dalam kelas Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah. Alin selalu mendahului kawan-kawannya dari segi menjawab soalan. Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab sosial :----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------• • • Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model.Tingkah laku Bermasalah apa yang diberikan kepada kita . siakp berani bertanya sekiranya tidak faham atau tidak tahu • • Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh. murid pintar cergas ini boleh menganggu situasi pembelajaran di dalam kelas. sememangnya sukar juga juga mengawal tindak tanduknya di dalam kelas yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau sederhana. menyiapkan tugasan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini akan memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik.

4. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan bukan hanya dari guru semasa di sekolah. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain 3. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil bahagian dengan murid lain. murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu kasih sayang. 5. Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan dirinya dan menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin tidak pada semua aktiviti atau perkara. Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap orang lain berasaskan sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang. pencapaian dan aspirasi. 6. 7. bakat dan minat. bakat. emosi selaras dengan kebolehan. 8. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan 10. Mengikut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan terdapat beberapa objektif bimbingan dan kaunseling bagi murid pintar cerdas seperti berikut :1. Membentuk matlamat pendidikan. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang membawa kesimbangan. menghormati dan menerima individu lain dengan sifat dan kebolehan mereka. 2. sosial. 24 . kerjaya. Seperti murid-murid lain. Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran. Mengenal akan perlunya empati. 9. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu mereka memenuhi keperluan hidup mereka. Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan kemajuan murid pintar cerdas dari segi akademik serta melayan mereka agar rasa gembira memiliki kelebihan sendiri tanpa memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang sebaya dengannya yang mungkin memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada dirinya.Tingkah laku Bermasalah • Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran.

Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada jawapan yang dicari adalah betul atau tidak. ( murid-murid menjawab …. Contohnya : Cikgu Ani Murid-murid Amirul Cikgu Ani : Murid-murid. mengapa bunga raya mesti berwarna merah? Ada tak bunga raya berwarna lain. Warna merah. Adakalanya soalan yang dikemukakan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. Murid-murid lain di dalam kelas hanya termanggumangu menanti jawapan dari guru. Guru hanya bertindak sebagai pakar rujuk atau pemerhati. Sekiranya tidak yakin. Murid dapat menilai kebolehan diri dan mencapai kepuasan. Apakah kelebihan warna merah berbanding warna lain ? : Oh… sememangnya bunga raya ada memounyai warna lain seperti……. Guru pun boleh lemas dan letih menjawab pertanyaan murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang terlalu tinggi. Tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan sehingga boleh merimaskan guru untuk menjawabnya. Sedikit sebanyak sikap murid sebegini boleh mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas. Nampak tak apa warna bunga raya? : Nampak cikgu. 25 .. ini adalah gambar bunga raya. ( Cikgu Ani menjwab soalan yang dikemukakan oleh Amirul ). Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan diri boleh digunakan bagi murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi:----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------• • • • • Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau kenalpasti soalan yang dia ingin tahu mengenai jawapannya Murid berusaha mencuba mendapatkan jawapan sendiri selain dari guru. Murid Ingin Tahu Murid ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dari perkara besar hingga sehalus kuman. ) :Cikgu. murid boleh bertanya guru untuk kepastian. Kemudian Amirul bertanya beberapa soalan lagi kepada Cikgu Ani sehingga masa pembelajaran tamat sebelum Cikgu Ani sempat memberi kesimpulan topik perbincangan kelas pada hari itu .Tingkah laku Bermasalah 5.

Sebagai ibu bapa. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah. alat kelengkapan yang tidak mencukupi. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas. Sentiasa memberi galakan dan motivasi. Ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. alat bantu mengajar yang tidak cukup. Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari wang ringgit dan keperluan asas mereka. pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah. Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk memilih apa yang mereka suka. gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas. 26 . Oleh demikian. kita mestilah menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Oleh itu. Kelas yang terlalu ramai.Tingkah laku Bermasalah • Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang sehingga ia mencapai tahap keberkesanan guru dan murid. suasana di dalam kelas yang tidak teraputik. mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi sokongan tentang perkara-perkara yang mereka minati. tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. PENUTUP Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah.

Tingkah laku Bermasalah 27 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful