PASTA BOLOGNAISE

Bahan-bahan: 300 gm spaghetti / angel hair 25 gm mentega 6 ulas bawang putih, dicincang 1 biji bawang Holland, dicincang 20 gm lobak merah, dadu 20 gm seleri, dicincang 1 helai daun bay 200 gm daging lembu cincang 2 biji tomato concasse 4 biji cendawan butang, dihiris 2 tbsp tomato puri ½ tbsp oregano Secukup rasa garam dan lada sulah Hiasan daun parsli

mirepoix

Cara penyediaan: 1. Didihkan air dan masukkan sedikit garam. 2. Setelah mendidih, masukkan pasta dan rebus sehingga al-dente. Angkat pasta dan masukkan dalam bekas berisi ais. Toskan dan gaul dengan sedikit olive oil. 3. Dalam masa yang sama, panaskan mentega di dalam periuk dan sauté bawang putih, daun bay dan mirepoix sehingga perang. 4. Masukkan daging dan masak sehingga daging mulai perang. 5. Masukkan tomato concasse, tomato puri sehingga tomato hancur. Kecilkan api dan reneh selama 10 minit sebelum dimasukkan cendawan dan oregano. Sesuaikan rasa.

PASTA MARINARA

Bahan-bahan: 300 gm spaghetti / penne 25 gm mentega 6 ulas bawang putih, dicincang 1 biji bawang Holland, dicincang 20 gm lobak merah, dadu 20 gm seleri, dicincang 1 helai daun bay 100 gm udang, dibuang kulit 100 gm sotong, dipotong gelang 2 biji tomato concasse 2 tbsp tomato puri Secukup rasa garam dan lada sulah Hiasan daun parsli

mirepoix

Cara penyediaan: 1. Didihkan air dan masukkan sedikit garam. 2. Setelah mendidih, masukkan pasta dan rebus sehingga al-dente. Angkat pasta dan masukkan dalam bekas berisi ais. Toskan dan gaul dengan sedikit olive oil. 3. Dalam masa yang sama, hasilkan stok (air rebusan) daripada kulit udang dan kepala sotong. 4. Panaskan mentega di dalam periuk dan sauté bawang putih, daun bay dan mirepoix sehingga perang. 5. Masukkan tomato concasse, tomato puri sehingga tomato hancur. Kecilkan api dan reneh selama 10 minit sebelum dimasukkan udang dan sotong. Sesuaikan rasa dan kepekatan dengan menambah stok yang telah dihasilkan.

PASTA CARBONARA

Bahan-bahan: 300 gm fettucine / conchiglie 45 gm mentega 2 ulas bawang putih, dicincang 1 helai daun bay ¾ cawan keju parmesan, disagat 150 ml heavy cream 30 ml susu segar 100 gm udang, dibuang kulit 100 gm sotong, dipotong gelang 4 biji cendawan butang, dihiris Secukup rasa garam dan lada sulah 20 gm daun parsli – hiasan (digaul bersama pasta)

Cara penyediaan: 1. Didihkan air dan masukkan sedikit garam. 2. Setelah mendidih, masukkan pasta dan rebus sehingga al-dente. Angkat pasta dan masukkan dalam bekas berisi ais. Toskan dan gaul dengan sedikit olive oil. 3. Dalam masa yang sama, hasilkan stok (air rebusan) daripada kulit udang dan kepala sotong. 4. Panaskan mentega di dalam periuk dan sauté bawang putih dan daun bay. 5. Masukkan susu segar, heavy cream dan keju ke dalam periuk. Kacau sehingga pekat dan sebati. 6. Kecilkan api dan reneh selama 5-10 minit sebelum dimasukkan udang, sotong dan cendawan. Sesuaikan rasa dan kepekatan dengan menambah stok yang telah dihasilkan.

PASTA AGLIO OLIO

Bahan-bahan: 300 gm spaghetti 2-3 tbsp olive oil 2 ulas bawang putih, dicincang 1 tsp chilli flakes 50 gm udang 50 gm sotong 50 gm kepah 1 tsp lada hitam ½ kiub pati ayam Secukup rasa garam dan lada sulah 20 gm daun parsli – dicincang halus - hiasan (digaul bersama pasta)

Cara penyediaan: 1. 1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini. 2. 3. 4. 5. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood. Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam. Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata. Siap untuk dihidangkan.

LASAGNE

Bahan-bahan: 60 gm keju Ricotta 10 gm keju Parmesan 1 biji telur Secukup rasa garam dan lada sulah 1 kotak kepingan pasta Lasagna 400 gm sos Bolognaise (lihat di bawah) 60 gm keju Mozarella, disagat 10 gm keju Parmesan (untuk lapisan paling atas) Cara Penyediaan: 1. Didihkan air dan masukkan sedikit garam. 2. Setelah mendidih, masukkan kepingan pasta dan rebus sehingga al-dente. Angkat pasta dan bilas di dalam bekas berisi ais. Angkat dan toskan. 3. Campurkan kesemua keju ricotta, parmesan dan telur. Perasakan dengan garam dan lada sulah. 4. Letakkan lapisan pertama kepingan pasta ke dalam loyang yang telah di glis minyak. Kemudian, lapis dengan sos Bolognaise untuk lapisan kedua. Letakkan kepingan pasta lagi untuk lapisan ketiga dan tuang campuran keju ricotta sebagai lapisan keempat. 5. Ulang langkah di atas sehingga semua bahan-bahan habis digunakan. Pastikan lapisan atas sekali adalah lapisan campuran keju ricotta. Taburkan keju mozzarella dan parmesan di bahagian atasnya. 6. Bakar pada suhu 180-190ºC selama 45 minit. Tutup loyang menggunakan aluminium foil untuk mengelakkan bahagian atas daripada kering. Tetapi buka foil tersebut pada 15 minit terakhir untuk memerangkan lapisan atas lasagne.

SOS BOLOGNAISE

Bahan-bahan: 25 gm mentega 6 ulas bawang putih, dicincang 1 biji bawang Holland, dicincang 20 gm lobak merah, dadu 20 gm seleri, dicincang 1 helai daun bay

mirepoix

200 gm 2 biji 2 tbsp ½ tbsp Secukup rasa

daging lembu cincang tomato concasse tomato puri oregano garam dan lada sulah

Cara penyediaan: 1. Panaskan mentega di dalam periuk dan sauté bawang putih, daun bay dan mirepoix sehingga perang. 2. Masukkan daging dan masak sehingga daging mulai perang. 3. Masukkan tomato concasse, tomato puri sehingga tomato hancur. Kecilkan api dan reneh selama 10 minit sebelum dimasukkan oregano. Sesuaikan rasa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful