Dicetak Oleh

:



PUSTAKA NUR ILMU
Lot 499, Jalan Bachok, Padang Cina,
16300 Bachok, Kelantan Darul Naim
Tel: 09-7530153 Faks: 015-48404814
Emel: nur@ilmu.com.my
www.ilmu.com.my
1

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA

1.1 Rukun Negara
1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 Wawasan 2020
1.4 Islam Hadhari


1.1 RUKUN NEGARA

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

(1) Kepercayaan kepada Tuhan
(2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
(3) Keluhuran Perlembagaan
(4) Kedaulatan Undang-undang
(5) Kesopanan dan Kesusilaan

1. Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu
bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan
tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah
dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya
agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari
betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama
masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap
warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
2

menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin
tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan
yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan
hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar
belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal
berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola
politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi
segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak
sosio-ekonomi rakyat.

3. Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau
perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya
sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-
undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan
Perkara 4(1). Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan
Badan Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat. Semua undang-
undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang
itu adalah terbatal. Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan
memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa
menentukan kesahihan sesuatu undang-undang

4. Kedaulatan Undang-undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu
diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman
yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal
dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-
undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa
selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar
undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan
Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak
menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak
3

menurut Perlembagaan.

5. Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.
Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang
bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap
bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian
bangsa dan nilai-nilai murni.


1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti
pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap
bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar
setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada
dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai
JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur
tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara."


4

Unsur-Unsur Penting FPK
· Menjadi warganegara Malaysia yang baik
· Unsur intelek
· Unsur rohani dan emosi
· Unsur jasmani
· Memperkembangkan potensi individu
· Menyeluruh dan bersepadu
· Insan yang seimbang
· Kepercayaan kepada Tuhan
· Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.


Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia

Implikasi Terhadap Kurikulum.
Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada
program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini
kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah
belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan
pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah
menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan
pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran
untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea
rah yang maju dan tidak ketinggalan.

Implikasi Terhadap Pendidik.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain
daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-
mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan
mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada
pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk
membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi.
Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik,
sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi
matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal
kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui
perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang
diusahakan oleh guru.
5

Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-
kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk
merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini
adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga
diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling
bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan
keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang
cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu
matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberikan sumbangan terhadap


* Nota Tambahan pengkhususan bidang ;
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di
Malaysia


Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara"


6

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik
dengan mengemukakan ciri-ciri:
a. Percaya dan patuh kepada tuhan
b. Berilmu pengetahuan
c. Berakhlak mulia
d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan
negara.
f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.


Falsafah Pendidikan Guru

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin."


1.3 WAWASAN 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah
negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang
dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-
bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara
lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem
kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

9 Cabaran utama
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis
Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama
wawasan 2020:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama;

Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah
dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan
terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara.
7

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan
keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang
telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah;

Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai
kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa,
dan dihormati oleh rakyat negara lain.


3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang
mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang,
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara
membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan
warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika
paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak
berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang
kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan
wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan
kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi
urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya
keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.
8

Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak
5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar
Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat
kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai
sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang
lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah
tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan
2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion
dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini
memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun
untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan
penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali
ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat
makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi
lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.


1.4 ISLAM HADHARI

Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori
kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia
bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-
Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

Visi
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

Misi
Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam
yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

Objektif
Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak,
intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta
cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

9

Prinsip
(1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
(2) Kerajaan Adil dan Beramanah.
(3) Rakyat Berjiwa Merdeka.
(4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
(5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
(6) Kehidupan Berkualiti.
(7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
(8) Keutuhan Budaya dan Moral.
(9) Pemeliharaan Alam Semulajadi.
(10) Kekuatan Pertahanan.

Konsep
Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan Islam
melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan,
kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari bahawa Islam
bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi agama yang bersifat praktikal iaitu
diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. Dengan itu, suatu
pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk membangkitkan
kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam, dengan harapan
akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara.

Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan usaha
untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-quran dan As-sunnah sebagai
teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan
paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang
telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan
prinsip-prinsip akidah, syariat dan akhlak dalam ajaran Islam, malah menekankan
penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama
dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan bahawa ajaran Islam dapat
mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi mencapai kejayaan di dunia dan
akhirat.

Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan
peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic worldview) dengan memberi
tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu,
pembangunan insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun Islam yang
memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan dijadikan dorongan
bagi memajukan ummah secara menyeluruh.

10

Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda umat
Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang sudah
semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. Selaras dengan itu,
konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia
sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan
ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip matlamat Pensyariatan syariat Islam
(maqasid al-syariah) yang sentiasa berkembang dan diantara lain yang menjadi pokok
seperti;

Menjaga, memartabat dan memperkasa ;





Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah), sesuai
dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa
kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan
Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan
sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam
kepada asas-kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung
dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.
menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan


Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia
Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 55
di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
pada 23 September 2004

11

BAB 2 : KEMENTERIAN

1.1 Kementerian Pelajaran Malaysia
1.2 Kementerian Pengajian Tinggi


1.1 Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk
membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Matlamatnya ialah untuk: melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara memberi peluang-
peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Pendidikan wajib
Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa
warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur
enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama
selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa
memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi
undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

# Nama
Tempoh
perkhidmatan
1 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein 1955 - 1957
2 Mohamed Khir Johari 1957 - 1959
3 Abdul Rahman Talib 1959 - 1965
4 Mohamed Khir Johari 1965 - 1968
5 Tun Hussein bin Dato' Onn 1970 - 1973
6 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 1974 - 1978
7 Tun Musa Hitam 1978 - 1981
8 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1982 - 1984
9 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 1984 - 1986
10 Tun Abdul Rahman Yakub 1969-1970
12

11 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim 1986 - 1991
12 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1991 - 1995
13 Najib bin Tun Haji Abdul Razak 1995 - 1999
14 Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad 1999 - 2004
15 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 2004 - 2009
16 Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009 - Kini

Menteri:

Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

Timbalan Menteri: 1

Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: 2

Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

Ketua Setiausaha
Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Y.Bhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

13

Pengkhususan Negeri Kelantan

14

1.2 Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia adalah hasil
rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan membahagikan
Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas
Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd Shafie Salleh dan kini disandang oleh Dato' Seri Mohamed
Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di
Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-
jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan
Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti . JPIPT pula terdiri dari dua sektor
pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-
agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu :

Visi
Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi Menjelang Tahun 2020

Misi
Membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah
mewujudkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak
mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

Moto
"Meneraju Kegemilangan Ilmu"

Objektif KPT

1. Memastikan 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 100 universiti terbaik di
dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan antara 50 universiti
terbaik di dunia.
2. Membangunkan sekurang-kurangnya 20 pusat kecemerlangan yang diiktiraf
diperingkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hak cipta, penerbitan,
kerjasama penyelidikan dan 10% daripada hasil penyelidikan dikomersialkan.
3. Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam
mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya, dan 30%
pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana,
Doktor Falsafah atau setaraf dengannya.
15

4. Menghasilkan graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna
tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan
dalam bidang relevan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.
5. Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara termasuk menarik
kemasukan pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% daripada keseluruhan
jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah.
6. Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian
tinggi kepada 50%, dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi
semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional.
7. Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan daripada sumber-sumber lain
dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universiti
komprehensif/berfokus, 40% bagi universiti penyelidikan dan bakinya akan
disediakan oleh kerajaan.
8. Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi,
setanding dengan amalan yang terbaik yang digunakan diperingkat antarabangsa.
9. Menyediakankemudahan pembiayaan untuk pelajar yang
berpotensi dan layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.
10. Meningkatkan jalinan hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi
tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan
ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan,
pembangunan dan pengkomersialan.

Lima Teras Utama
Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik.
Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara.
Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi.
Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat antabangsa.
Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.













16

SENARAI MENTERI PENGAJIAN TINGGI


Datuk Shafie Mohd Salleh
2004 2006


Dato' Mustapha Mohamed
2006 2008


Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
2008 Kini
17

PENGURUSAN TERTINGGI
18

BAB 3: SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA


1.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan


1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan
dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);
Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman pramerdeka (sebelum 1957)
Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat
aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap
sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara
satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu
sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

Laporan Barnes (1951) menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum
Melayu;
Laporan Fenn-Wu (1951) menyemak pendidikan kaum Cina;
Ordinan Pelajaran (1952) mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem
persekolahan kebangsaan; dan
Laporan Razak (1956) meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan
untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua,
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan,
sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.





19

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)
Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran
kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan
Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada
tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran
1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua
peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua
pelajar.

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan
kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan
pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke
sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini
menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus
meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada
11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.


Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan
keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka
Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani
masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan
yang sama untuk semua kaum.

Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya
pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala
di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut
diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah
kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai
bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai
semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan
pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan
pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an,
peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan
kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan
20

Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat
pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu
bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara.
Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan
dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan
1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara
1996 dan lain-lain.

Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada
tahun 1999;
Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI); dan
Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan
dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-
21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan,
dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program
Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah
Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003;
Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi
memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila
tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program
pendidikan diperluas.

Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah
penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan
pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan
prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.



21

BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI

1.1 Pendidikan Pra Sekolah
1.2 Program PERMATA
1.3 Pendidikan Rendah
1.4 Pendidikan Menengah
1.5 Pendidikan Khas
1.6 Program Pendidikan Khas
1.7 Sekolah Sukan
1.8 Sekolah Seni
1.9 Pembestarian Sekolah
2.0 Pendidikan Pasca Menengah (Tertiari)
2.1 Institusi Pengajian Tinggi
2.2 Pendidikan Swasta
2.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2.4 Sekolah Kluster
2.5 Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional


1.1 Pendidikan Pra Sekolah

Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak
sebelum memasuki sekolah.

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian
Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-
kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

Latar belakang
18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran
Malaysia melaksanakan program prasekolah.
27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM
(1,131 kelas).

Akta Pendidikan 1996
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program
Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


22

Matlamat pendidikan prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
untuk masuk ke sekolah rendah.

Konsep
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran
kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum
masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil
Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah
meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti
kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan
terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran
berkonsepkan sekolah bestari.

Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga
6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

Lokasi
Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah
rendah.

Pengurusan
Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41
manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan
Pembantu Tadbir.

Murid
Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun.
Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di
bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat
kekosongan.

Kurikulum
Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan
tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun
23

2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian
Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang
telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kriteria Pemilihan Sekolah
Tiada operator tadika lain. Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau
kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.

Kriteria Pemilihan Murid
Warganegara Malaysia. Berumur 5 dan 5+ tahun. Setiap kelas 25 orang murid.


1.2 Program PERMATA

Segalanya bermula pada suatu hari, hampir tiga tahun yang lalu, apabila peningkatan kadar
jenayah dan masalah sosial menjadi semakin ketara di Negara ini. Datin Paduka Seri Rosmah
cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu.

Pada pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar
daripada didikan semasa usia kanak-kanak.

tidak kena. Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam proses membesar. Itulah yang
membawa kepada tercetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-kanak PERMATA.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara, apabila idea itu datang,
beliau tidak teragak-agak untuk melaksanakannya, satu kerana matlamatnya ialah mahu
melahirkan modal insan terbaik kepada negara dan satu lagi kerana tidak mahu lagi
-laporan jenayah disiarkan hampir saban hari.

Lantas, 25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang dicari
untuk sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikan hasrat murni
berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan calang-calang orang dan mereka juga senada
bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya dimulakan lebih awal
lagi

Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, latar
belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar kanak- kanak, ahli akademik, aktivis
wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini dengan mengadakan kajian dan
penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas dijadikan input bagi pembangunan
24

konsep pendidikan sedemikian.

Dan bagi menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan
bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak
berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi menjadikan kanak-kanak
setempat yang agak mundur kepada yang lebih berjaya dan membanggakan.

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan
modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada
pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.

Kurikulum PERMATA
Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan
kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan
fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-


1.3 Pendidikan Rendah

Walaupun kebanyakan ibubapa memilih untuk memulakan sistem pendidikan formal anak-
anak mereka dari pendidkan pra-sekolah namun pada dasarnya, pendidikan yang diwajibkan
di Malaysia bermula dari pendidikan sekolah rendah.

Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Untuk tujuan ini, satu
kurikulum yang seragam telah diwujudkan untuk memastikan kurikulum pendidikan nasional
merangkumi subjek-subjek asas dan penting. Untuk mengukur prestasi kemajuan pelajar di
tahap ini, satu peperiksaan yang dikenali sebagai UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah)
dilaksanakan di semua sekolah.

Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun dan
mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah.
Ibubapa dikehendaki untuk mendaftarkan anak-anak mereka di mana-mana sekolah rendah
berhampiran sebelum mereka mencapai umur tujuh tahun. Ini adalah untuk memastikan
tempat dapat diperuntukkan dalam masa yang ditetapkan. Sila kunjungi sekolah-sekolah
yang berdekatan di kawasan anda.

Ibubapa juga boleh memohon pertukaran anak-anak mereka ke sekolah lain di atas alasan-
alasan tertentu.



25

1.4 : Pendidikan Menengah

Pendidikan menengah merupakan tahap kedua peringkat pendidikan formal, di mana asas
pendidikan yang telah diterapkan semasa pendidikan sekolah rendah dipertingkatkan dan
diperkukuhkan lagi sebagai persediaan untuk menghadapi pendidikan tinggi ataupun latihan
vokasional.

Pendidikan di tahap ini di kawal oleh Kementerian Pelajaran. Satu kurikulum yang seragam
telah diaturkan bagi memastikan pembelajaran yang konsisten. Pada tahap ini, prestasi
kemajuan para pelajar akan dinilai melalui beberapa peringkat peperiksaan am.

Persekolahan menengah pada lazimnya bermula pada umur tiga belas tahun dan berlanjutan
sehingga enam tahun. Peralihan pelajar di dalam transisi daripada peringkat rendah ke
menengah memerlukan pendaftaran yang berdasarkan pendidikan rendah mereka.

Di samping itu, pihak ibubapa boleh memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain jika
mempunyai alasan-alasan yang kukuh.


1.5 : Pendidikan Khas

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan
murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik P&P mengikut tahap
kebolehan & keupayaan pelajar:-

- Perkembangan mental
- Kestabilan emosi
- Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional
klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri
mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam
tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai
kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau
perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga
kemampuan yang maksimum


26

1.6 : Program Pendidikan Khas

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

1. Sekolah Khas
2. Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
3. Pemulihan Khas
4. Program Disleksia
5. Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi
masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :

-Masalah Pembelajaran
-Masalah Pendengaran
-Masalah Penglihatan

Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah
teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.

Di antara program yang ditawarkan ialah:

Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri
tanpa bantuan orang lain.

Pelajaran Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri
tanpa bantuan orang lain. Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran
akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah
termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan
Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

27

Pelajaran Menengah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
Berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri
tanpa bantuan orang lain. Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik
dan vokasional.

Pendidikan Teknik dan Vokasional
i) Sekolah Khas
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata
pelajaran vokasional (MPV)
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran
Malaysia.

ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

Tempoh Pengajian
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu
sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.


1.7 : Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar
sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di
samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang
kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:
1. Sekolah Sukan Bukit Jalil
2. Sekolah Sukan Bandar Penawar


28

Sistem Pembelajaran
Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem
persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin
pelajar.


1.8 Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni adalah merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan potensi
dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Ini membuka kepada kelahiran dua
sekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

Visi
"Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan
budayawan bertaraf dunia".

Mengikut sejarah awal, cadangan penubuhan kedua buah sekolah tersebut telah diputuskan
dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2004. Y.B
Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan
penubuhan dua buah Sekolah Seni Malaysia di bawah Rancangan Ke-9 iaitu di negeri
Sarawak dan Johor.

Konsep Sekolah Seni ialah sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian murid.
Kurikulum kesenian di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang iaitu Seni
Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni Visual. Selain empat komponen ini, kurikulum juga
termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesi apresiasi dan rangkaian
rakan seni. Kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskan kepada pemerhatian
semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan nilai. Mata pelajaran yang
ditawarkan ialah seperti berikut:
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Sejarah
4. Pendidikan Islam
5. Sains
6. Matematik
7. Geografi
8. Seni Visual
9. Seni Tari
10. Seni Muzik
11. Seni Teater
12. Kreativiti
29

Setakat ini, kedua-dua sekolah seni ini beroperasi di premis sementara, iaitu:

1. Sekolah Seni Johor Bahru
2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak


1.9 Pembestarian Sekolah

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan
ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi
guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep
Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik
dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu
murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah
adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah
berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid
berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid
yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-
directed) dan kadar kendiri (self-paced).

Pengenalan Pembestarian
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu
dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan mampu berdaya saing dan relevan dengan
kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan
alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya
masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan
menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya
pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan
bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta
pengurusan sekolah yang efektif.

Sekolah bestari
Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa
kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka
yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar kuat atau lemah,
kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut
kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

30

Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi
terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran
dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan
Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang
dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam
bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi
terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya
akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan
pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah
Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan
berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-
cabaran Wawasan Negara.



2.0 Pendidikan Pasca Menengah (Tertiari)

Takrif Pendidikan Tertiari - PENDIDIKAN tertiari adalah peralihan selepas tamat pendidikan
menengah, sebelum ke peringkat pendidikan tinggi.

PENDIDIKAN tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah pendidikan selepas
pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan pada peringkat
ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti, politeknik, institut latihan yang
dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam dan institusi pendidikan
tinggi swasta (IPTS).

Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, menjelang tahun 2010 negara
memerlukan 1.2 juta tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang
termasuklah bidang teknikal, perubatan, kesihatan dan perguruan untuk terus berdaya maju
dan membina tapak ekonomi yang kukuh sebelum mencapai sepenuhnya taraf negara maju
sedekad kemudian dalam tahun 2020.


31

Justeru itu dalam pembentangan pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 baru-baru ini,
Kementerian Pendidikan telah merangka strategi dan pelan tindakan yang perlu
dilaksanakan segera dalam menghasilkan sumber manusia yang mampu menangani cabaran-
cabaran globalisasi dan k-ekonomi ke arah mencapai tahap negara maju sepenuhnya.

Melalui pelan itu, tindakan segera yang digariskan oleh kementerian ialah penubuhan kolej
komuniti di setiap kawasan Parlimen menjelang tahun 2010 setelah penubuhan 12 kolej
sedemikian di kawasan Parlimen terpilih sebagai pelaksana rintis pada tahun ini.

Sebanyak 12 politeknik ditubuhkan menjelang tahun 2005 dan 12 buah lagi antara tahun
2006 sehingga 2010 serta meningkatkan kapasiti 5,000 pelajar bagi setiap satu politeknik
sedia ada. Sejajar dengan itu penubuhan lebih banyak universiti awam untuk menampung
1.05 juta pelajar pada tahun 2005 dan 1.6 juta pelajar pada tahun 2010 juga akan
dilaksanakan segera.

Penaikan taraf kolej universiti dan meningkatkan kapasiti universiti awam yang sedia ada
segera dilaksanakan selain menggalakkan penubuhan lebih banyak kolej universiti melalui
peningkatan taraf IPTS bukan bertaraf universiti dan menambah bilangan kolej universiti
serta universiti swasta baru.


2.1 Institusi Pengajian Tinggi

Bagi merealisasikan matlamat negara sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi dan
percambahan ilmu di rantau ini menjelang tahun 2020, pelbagai usaha dan tindakan telah
dilakukan. Dengan tertubuhnya Universiti Malaya, era pengembangan ilmu di Malaysia
sudah bermula.

Penubuhan IPTA di Malaysia
Universiti-universiti yang menjadi perintis kepada penubuhan IPTA di Malaysia ialah:

Universiti Malaya (UM) - Ditubuhkan pada tahun 1962 hasil daripada kertas cadangan
Suruhanjaya Carr-Saunders yang bertujuan mewujudkan sebuah pusat umum di mana
pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bersama.
Universiti Sains Malaysia (USM)- Penubuhan USM bermula dengan persetujuan Dewan
Undangan Negeri Pulau Pinang terhadap resolusi penubuhan sebuah kolej universiti di
negeri tersebut. USM ditubuhkan pada tahun 1969.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)- Penubuhan UKM pada tahun 1970 membuktikan
bahawa Bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai bahasa pengantar di peringkat universiti
dengan terbuktinya beberapa kejayaan yang telah dikecapi oleh universiti ini.
32

Percambahan dan Pengiktirafan IPTA di Malaysia
Dewasa ini, percambahan ilmu dan pengetahuan berlaku dengan cepat dan pantas. Maka,
kerajaan telah mengambil beberapa langkah dengan mewujudkan beberapa universiti dan
bidang pengajian yang baru bagi menyediakan sumber tenaga pakar selari dengan
perkembangan industri di negara ini.

Universiti awam di Malaysia telah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu:

1. Universiti Penyelidikan
2. Universiti Komprehensif
3. Universiti Berfokus

Kategori-kategori ini mencerminkan bidang dan jurusan utama yang ditawarkan oleh
universiti-unversiti tersebut kepada para pelajarnya.

Selain itu, pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Universiti Sains Malaysia (USM)
sebagai Unversiti Apex merupakan satu pencapaian yang terbaik diterima oleh universiti
awam di Malaysia. Dengan pencapaian ini, Malaysia telah mengorak langkah untuk menjadi
pusat kecemerlangan pengajian tinggi serantau menjelang tahun 2020.

Pertumbuhan universiti-universiti IPTS yang semakin pesat membuatkan universiti awam
perlu berdaya saing untuk menghasilkan modal insan yang sentiasa berdaya saing dan
berpengetahuan luas bagi membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi serta pembangunan
negara seiring dengan Teras 4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu
Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi.

Latar Belakang
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 dan bermatlamat
membangun serta mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan untuk
menghasilkan pusat ilmu yang unggul, melahirkan insan yang kompeten, berinovasi serta
berakhlak mulia dalam memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

KPT berperanan penting dalam melahirkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di
institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan
kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan
latihan negara yang akan melahirkan para pemikir, ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan
separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.


33

Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) jabatan bagi pengurusan institusi
pengajian tinggi iaitu:

1. Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) - menguruskan IPTA dan IPTS
2. Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) - menguruskan Politeknik
3. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) - menguruskan Kolej Komuniti

Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan penting
dalam pengajian tinggi iaitu:

1. Malaysian Qualification Agency (MQA) - badan tunggal yang menyelia dan
menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara
2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - badan yang
mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)

Teras Utama PSPTN
Dalam usaha mencapai matlamat pengajian tinggi negara, PSPTN dirangka dengan
menggariskan tujuh (7) teras utama iaitu:

Teras 1 Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti
Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50% akses
pengajian tertiari; 33% tenaga kerja berpendidikan tertiari)
Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa
berprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan
tertentu)
Teras 2 Menambah baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran
Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di
industri
Penambahbaikkan kurikulum berkala, kaedah pembelajaran
interaktif dan Bahasa Inggeris diperluaskan
Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran
100,000 PhD atau setaraf
Teras 3 Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi
Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap 10,000
tenaga kerja)
6 buah Universiti Penyelidikan
20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa
Budaya inovasi di kalangan pelajar
10% hasil penyelidikan dikomersialkan
34

Teras 4 Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi
Satu atau dua buah Universiti Apex daripada kalangan IPT
dalam tempoh terdekat
Tiga IPT di antara 100 universiti terbaik dan satu di antara 50
universiti terbaik di dunia
Kuasa autonomi mengikut KPI
75% pensyarah berkelayakan PhD
Penarafan IPT mengikut KPI
Teras 5 Mempergiat Pengantarabangsaan
Jaringan kolaborasi di kalangan IPT luar negara
Purata 10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa
5% pelajar antarabangsa dalam kursus kompetitif
Pelajar pasca kedoktoran di IPT terbaik dunia (top schools)
Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar antarabangsa di
Universiti Penyelidikan
Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit
Biasiswa Antarabangsa Malaysia
Teras 6 Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat
Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui
MQF
Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahulu
Peningkatan penyertaan golongan dewasa
Laluan alternatif dan mobiliti program
Teras 7 Mengukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi
KPT sebagai pemudah cara
Sistem penyampaian terbaik
Keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan
KPI - berdasarkan prestasi
Perbelanjaan berhemah
Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit


2.2 Pendidikan Swasta

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan segala kemudahan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran kepada semua kanak-kanak di Malaysia khususnya di sekolah-
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Antara kemudahan-kemudahan yang dimaksudkan
termasuklah keselesaan bangunan, kerusi meja, buku teks, makmal komputer dan guru
bertauliah serta bilangan guru yang mencukupi.


35

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan untuk semua, sektor
swasta turut sama menyumbang kepada usaha tersebut. Banyak institusi pendidikan swasta
atau ringkasnya IPS, beroperasi di seluruh negara bagi menyediakan peluang pendidikan
kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara antarabangsa.

Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi
pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan
ia dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian
institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-
peraturan yang dibuat di bawahnya.


Sejarah perkembangan
Pendidikan swasta telah wujud di Malaysia semenjak tahun 1950an. Pada ketika itu banyak
sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar-pelajar sebagai persediaan untuk
menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang agama. Pada awal 1970an,
perkembangan semasa peranan dan fungsi sistem pendidikan telah mewujudkan sekolah
swasta bagi menampung pelajar-pelajar untuk meneruskan pelajaran di peringkat
menengah.

Tahun 1980an telah menyaksikan suatu perubahan yang penting di mana pendidikan swasta
turut sama menyediakan peluang pendidikan di peringkat pendidikan tinggi sebagai
alternatif kepada mereka yang tidak terpilih memasuki institusi-institusi pendidikan tinggi
awam (IPTA). Pada hari ini pendidikan swasta di Malaysia telah berkembang dengan begitu
pesat dengan penubuhan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan IPS.


Kategori institusi
Sistem pendidikan kebangsaan merangkumi daripada peringkat prasekolah hinggalah
kepada peringkat pendidikan tinggi. Institusi pendidikan swasta secara amnya terdiri dari
dua kategori utama yang dibahagikan mengikut peringkat pendidikan yang ditawarkan.

Institusi Pendidikan Swasta seperti sekolah swasta, sekolah antarabangsa, tadika, pusat-
pusat kemahiran termasuk pusat bahasa, pusat tuisyen, pusat latihan komputer, pusat
kemahiran teknikal dan pusat perdagangan adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Operasi institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Walau
bagaimanapun proses penubuhan dan pendaftaran, pengurusan dan operasi sesebuah IPS
adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996.
36

Kategori kedua merupakan institusi pendidikan tinggi swasta yang terdiri dari institusi
pendidikan bertaraf kolej, kolej universiti dan universiti yang terletak di bawah kawalan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Ringkasnya dua kategori utama institusi tersebut adalah terdiri daripada Institusi Pendidikan
Swasta yang di bawah seliaan KPM, dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang di
bawah seliaan KPTM. Kesemua institusi pendidikan berkenaan perlu berdaftar dengan
Kementerian berkaitan terlebih dahulu sebelum dibenar beroperasi.

Institusi pendidikan yang tergolong dalam kategori ini menawarkan pendidikan dari
peringkat pra sekolah, sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Jenis-jenis institusi
pendidikan swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran
termasuklah:

Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia
Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan
dan penilaian yang dicadangkan
Sekolah rendah dan menengah agama swasta yang mengikuti Kurikulum
Kebangsaan
Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian
Pelajaran
Sekolah Ekspatriat
Sekolah Antarabangsa
Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar
mengikut Kurikulum Kebangsaan
Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/ perdagangan,
sekolah gaya pos dan lain-lain


2.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

1. Membina bangsa negara
2. Membangunkan modal insan
3. Memperkasakan sekolah kebangsaan
4. Memartarbatkan profesion keguruan
5. Merapatkan jurang pendidikan
6. Melonjakkan kercermerlangan institut pendidikan


37

Pendahuluan
Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk
membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang
akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan
tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang
menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan
negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka
untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif,
bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina Negara bangsa,
membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang
pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan.


1. Membina negara bangsa

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara
bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,
budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa
bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi,
kewarganegaraan dan demokrasi.

Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam system pendidikan
bagi melahirkan warganegara yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi
dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara
bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas
perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan
terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap
pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk
membina negara bangsa ialah :

Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan.
Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.
Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan,
kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa
kebangsaan.

38

Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan
dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati
Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan
menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu,
memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah
perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan
budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan
penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam
Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan
bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.


2. Membangunkan modal insan

Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu
pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis
pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan,
kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya
berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin
berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut,
fokus pembangunan modal insan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-
9) adalah :

Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar.
KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan
bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama
Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-
sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran.
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya
cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca.
Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk
bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program Pembestarian
Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan
39

cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar,
program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer,
Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan
Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam
P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar
seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.

Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan.
Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan
aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-
sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri
yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan
diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan
akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.
Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akan
diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan.
Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.

Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik.
KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada
kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran
dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem
penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana
persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti system
pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk
dibandingkan dengan standard negara lain.

Memantapkan program kokurikulum dan sukan.
Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan menyediakan
kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya.
KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara
(MSN) untuk melaksanakan program pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping
mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri. Bagi
meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati dari peringkat
awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan dilaksanakan di sekolah rendah
dan menengah.

Memperkukuh disiplin pelajar.
Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapa dalam
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan di
perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan di
40

sekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkannya ke dalam mata pelajaran
bahasa Melayu.

Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin denganmempelbagaikan
saluran aduan terus.
Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan khidmat
pesanan ringkas (SMS).

Memantapkan kurikulum.
Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam akan
diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas
pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah.

Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi. Ini akan dilakukan dengan
menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan.


3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah
rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk
perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah :

Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.
Beraspirasi nasional.
Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Pencapaian akademik cemerlang.
Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.
Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.
Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.


4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar

PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur
dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan
peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan
diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan
41

untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer,
TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan
perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di
kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk
meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M
(membaca, menulis dan mengira).


5. Memartabatkan profesion perguruan

Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian
tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang
pengecualian.

KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang
berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang
sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi
memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan
memberi focus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan
Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal
Pendidikan Guru dan Total Campus Management System.

Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan
sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas
untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan
tempat tinggal di kawasan pedalaman dan Bandar besar akan disediakan dan menempatkan
guru mengikut opsyen dan keperluan.


6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam system pendidikan negara,
dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih
tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu
mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat
pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang dapat
dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat
antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di
samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.

42

Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang
dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen
berikut :

Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).
Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru, pengurusan
kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).


Kesimpulan

Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat
melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga
mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu
memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah
sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya.
Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka
merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada
negara.


2.4 Sekolah Kluster

Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia.
Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30
Mac 2007.

Latar Belakang
Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah
berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi
sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik
Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan
bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan
kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan
lokaliti ataupun kecemerlangan.

Definisi
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang
dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan
sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan
43

Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang
sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Tujuan
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem
pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster.
Jawatankuasa tersebut ialah:-
Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Panel Penasihat- dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman
Arshad
Jawatankuasa Pelaksana - dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang
melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan
stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam
pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi
Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007.
Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka
bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Kriteria pemilihan
Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

1. Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah
Orang Asli.
2. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun,
sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model
Khas.
3. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan
Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
4. Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
5. Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan
Guru (IPG)
44

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama
Pengukuran Standard Sekolah
Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Prasyarat Kedua
Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:

SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
Sekolah Rendah Harian -80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR,
atau Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan:-

1. Kecemerlangan murid dalam aspek:
2. Akademik
3. Kokurikulum
4. Sahsiah
5. Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
6. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
7. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
8. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
9. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
10. Keberkesanan pelaksanaan program KPM
11. Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan
permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Penerimaan pencalonan
Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
45

Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran


2.5 Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional
*pengkhususan bidang

Pengenalan
Perubahan era globalisasi masa kini menjadikan pendidikan teknik dan vokasional salah satu
agenda utama negara terhadap pembangunan negara melalui visi dan misi negara iaitu
Wawasan 2020 dalam mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Oleh itu, dalam usaha
mencapai taraf negara maju tersebut beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak
tertentu iaitu yang pertama, penambahan tenaga kerja dalam bidang berkaitan teknik dan
vokasional dan yang kedua penambahan institusi pendidikan teknik dan vokasional. Namun
demikian, tahukah anda bagaimana pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia ini
berkembang bagi merealisasikan impian negara?. Maka, dalam kajian ini akan mengupas
sejarah perkembangan teknik dan vokasional di Malaysia.


PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI ZAMAN IMPERIALISME BARAT

Sebelum Zaman Kolonialisme British
Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi sewaktu
perkembangan ajaran Islam ke rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada ketika itu, menuntut
ilmu berpusatkan rumah-rumah guru dan surau-surau. Selepas berlaku pertambahan
bilangan anak murid maka wujudkan sekolah pondok dengan sukatan berdasarkan
kurikulum Masjid Al-Haram di Makkah.

Reformasi kecil telah berlaku setelah kehadiran Portugis pada tahun 1511 apabila mereka
telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik.
Kemudian, apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pula, menyebabkan berlakunya
perubahan daripada mazhab Katolik ke mazhab Protestant di Melaka pada ketika itu.

Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak formal
seperti kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam,
membuat keris dan kerja-kerja kraftangan seperti anyaman.




46

Semasa Zaman Kolonialisme British

Sebelum Perang Dunia Kedua
Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem pendidikan
kepada lima peringkat iaitu:

Pendidikan Rendah
Pendidikan Menengah
Latihan Perguruan
Pendidikan Teknik dan Vokasional
Pendidikan Tinggi

Pendidikan teknik dan vokasional turut diberi perhatian oleh kerajaan British pada ketika itu.
Sejarah perkembangannya bermula pada tahun 1900. Orang-orang Melayu yang
berkemahiran dalam seni menganyam, menyulam dan mengukir diambil untuk menjadi
tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Kemudian, pada tahun 1905 Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur telah dibuka untuk
memberi latihan kepada pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur
dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1918 pula, Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan
Industri telah dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di Negeri-
negeri Tanah Malayu.

Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi latihan kepada
orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun. Kemudian, pada tahun 1926,
Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya pada tahun 1941 statusnya telah ditukar
ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1972.
Bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada Pegawai-pegawai pertanian, Sekolah
Pertanian telah diwujudkan pada tahun 1931 di Serdang, Selangor dan kemudian dinaik taraf
sebagai Kolej Pertanian sebelum diiktiraf sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun
1972 dan hari ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Selepas Perang Dunia Kedua
Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh British dalam pendidikan di Tanah Melayu selepas
menghadapi Perang Dunia Kedua bagi memantapkan sistem pendidikan dan kepentingan
politik mereka di Tanah Melayu.

British telah memperkenalkan Laporan Barnes (1951) yang telah dipengerusikan oleh L.J.
Barnes yang merupakan Pengarah Bahagian Latihan Sosial, Universiti Oxford telah
menyatakan hasrat untuk mendirikan sekolah vokasional moden yang mengutamakan
matapelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Namun, rancangan beliau
47

gagal kerana laporan beliau gagal untuk mencadangkan penambahbaikan kepada sekolah-
sekolah Melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhan.

Menyedari bahawa masyarakat cina di Tanah Melayu juga ingin mejaga kepentingan
mereka, maka satu laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu (1952) telah
diperkenalkan oleh Dr. Fenn yang merupakan Setiausaha Kerja Bersekutu kepada Lembaga
Amanah bagi beberapa buah universiti di China dan beliau telah dibantu oleh Dr.Wu yang
merupakan petugas di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dalam laporan ini, sekolah
cina ingin meminta bantuan pusat dan latihan perguruan untuk masyarakat cina.

Melihat kepada laporan-laporan yang telah dibentangkan, maka kerajaan British telah
mengambil jalan tengah dengan memperkenalkan satu ordinan yang dikenali sebagai
Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah mengkaji kedua laporan dan mengambil
keputusan untuk memperkenalkan sekolah kebangsaan, bahasa Melayu dan Inggeris
diperkenalkan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan, sekolah aliran Ingeris dikekalkan,
pendidikan agama Islam dijalankan untuk murid-murid beragama Islam, dan penubuhan
Sekolah Menengah Vokasional dicadangkan dan termaktub sebagai Polisi Pelajaran
Kebangsaan.


SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH TEKNIK dan VOKASIONAL DAN PERTUKANGAN

Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah Sekolah
Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Tujuan penubuhan sekolah teknik ini adalah untuk melahirkan pembantu-
pembantu jurteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan Ukur.

Pada tahun 1914, telah berlaku perang dunia kedua menyebabkan semua jabatan-jabatan
tersebut ditutup. Sekolah teknik juga turut ditutup. Pada tahun 1918, sekolah teknik telah
dibuka semula dan telah diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah teknik
ini telah menerima pelajar-pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933. Antara kursus yang
diperkenalkan ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan ukur.
Sekolah pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926 dengan tertubuhnya 4
buah sekolah pertama di Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada orang eropah yang ditadbir
oleh seorang pengetua dibawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Bertujuan untuk melahirkan
mekanik-mekanik terlatih untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah-
sekolah untuk mata pelajaran pertukangan. Murid akan mengikuti kursus selama 3 tahun.
Latar belakang murid kebanyakkannya merupakan pelajar yang gagal untuk meneruskan
pelajaran ke sekolah menengah. Tiga mata pelajarn menjadi teras iaitu seni perusahaan,
sains pertanian dan sains rumah tangga.
48

PENUBUHAN POLITEKNIK DI TANAH MELAYU

Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV), Kementerian
Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mempromosikan
pendidikan teknikal dan vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan
dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangka polisi,
jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan
vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modernisasi Negara. Satu badan
khusus telah ditubuhkan bertanggungjawab dalam mengurus politeknik iaitu Bahagian
Pengurusan Politeknik.

Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada tahun
1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Ini
dikukuhkan lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Kabinet dalam
Pelan Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan pada tahun 1985
1995. Keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan(1991) sekali lagi memberi ruang
kepada penambahan bilangan politeknik dan penawaran kursus-kursus bagi memenuhi
permintaan tenaga separa profesional dalam bidang kejuteraan, perdagangan dan
hospitaliti.
Perubahan struktur kabinet kerajaan Malaysia pada tahun 2004 telah mengubah pengurusan
politeknik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia ke kementerian baru iaitu Kementerian
Pengajian Tinggi dimana pengoperasian politeknik diletakkan di bawah Jabatan Pengajian
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang ditubuhkan pada Tahun 2005. Bermula 1
September 2007, Bahagian Pengurusan Politeknik dikenali sebagai Sektor Pengurusan
Politeknik dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Politeknik), Tn Hj Mokhlis
bin Jaafar.


PENUBUHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional ( BPTV )ditubuhkan pada tahun 1964. Pada
awalnya, penubuhan bahagian ini berfungsi untuk memastikan kesinambungan polisi
pendidikan dan perkembangan Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.

Antara bidang operasi yang terdapat di BPTV pada ketika itu ialah menyediakan
perkhidmatan dalam penyelidikan, perancangan, pelaksanaan, pengkoordinasian,
pengawasan dan pemantauan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional sebagai
agensi pusat untuk Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

49

Dalam usaha menyelaraskan setiap bidang operasi yang ada di BPTV maka tujuh buah unit
diwujudkan, iaitu:

1. Unit Ketukangan Kejuruteraan
2. Unit Perdagangan
3. Unit Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
4. Unit Sains Pertanian
5. Unit Kursus Pendek
6. Unit Politeknik
7. Unit Pentadbiran

Pada tahun 1986, unit di dalam BPTV telah bertambah menjadi sepuluh unit iaitu:

1. Unit Kejuruteraan Awam
2. Unit Kejuruteraan Elektrik
3. Unit Kejuruteraan Mekanikal
4. Unit Perdagangan
5. Unit ERT
6. Unit Sains Pertanian
7. Unit Pembangunan
8. Unit Pengurusan pelajar
9. Unit Pengurusan
10. Unit Pentadbiran
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dinaik taraf dan bertukar nama sebagai Jabatan
Pendidikan Teknikal pada tahun 1995.


PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK

Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang
pendidikan teknik dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960
mencadangkan sebuah maktab perguruan teknik ditubuhkan selewat-lewatnya pada tahun
1962. Oleh itu dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk
mendapatkan pakar teknik dari Kanada bagi mengkaji penubuhan maktab perguruan teknik
di negara ini.

Kemudian pada bulan Jun 1961, dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan
Colombo, dua orang pakar pendidikan teknik dan vokasional Kanada iaitu Encik C.C.
Aschroft, pakar kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab Perguruan Teknik Ontario, Kanada
dan Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknik di Junior Technical Trade School, Kuala Lumpur
(1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian. Hasilnya, mereka telah
50

mengesyorkan kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambil termasuklah anggaran
perbelanjaan pembinaan bangunan, reka bentuk bangunan, bengkel, makmal, kurikulum dan
sebagainya.

Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut, Kerajaan
Kanada bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data kursus dan
menganjurkan latihan untuk kakitangan tempatan di Kanada.

Dengan itu lahirlah Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya
sekumpulan guru teknik dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy.
Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Bangunan ini
adalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah berpindah
ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir tahun 1967 apabila perkhidmatan
kakitangan dari Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk mengurus maktab ini diambil
alih oleh pegawai-pegawai tempatan.

Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting dengan terlaksananya Sistem
Pelajaran Aneka Jurusan dalam tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata pelajaran
baru di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian,
Perdagangan dan Sains Rumah Tangga.

MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan
berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun
1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan
Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan
jurusan teknik dan vokasional.

MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran
Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan Pertanian sejak 1989
sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu Pahat dalam tahun
1992.

Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah
Perguruan kepada para pelajarnya. Ia mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik
(IPTKL).





51

PENUTUP

Bagi merealisasikan impian negara iaitu menjadikan Malasia sebgai negara maju menjelang
tahun 2020, maka pelbagai perubahan perlu dibentuk berdasarkan pengalaman-pengalaman
yang lalu. Kita hendaklah memastikan bahawa setiap perancangan dan tindakan selari
dengan dasar yang telah digariskan oleh kementerian seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya.

Setiap guru perlu membuat anjakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran selari
dengan perubahan globalisasi yang berlaku. ICT merentas kurikulum boleh dipraktikkan oleh
guru sebagai salah satu bahan bantu mengajar di dalam kelas.










52

BAB 5 : KURIKULUM

1.1 Teori Pendidikan dan Kurikulum
1.2 Kurikulum Prasekolah
1.3 Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
1.5 Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
1.6 Pengurusan Kurikulum
1.7 Program JQAF
1.8 Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (Kia2M)

1.1 Teori Pendidikan dan Kurikulum

Kurikulum memiliki keterkaitan yang sangat erat dengan teori pendidikan. Suatu kurikulum
disusun dengan mengacu pada satu atau beberapa teori kurikulum dan teori kurikulum
dijabarkan berdasarkan teori pendidikan tertentu. Nana S. Sukmadinata (1997)
mengemukakan 4 teori pendidikan, iaitu :
(1). Pendidikan Klasik
(2). Pendidikan Peribadi
(3). Teknologi Pendidikan
(4). Teori Pendidikan Interaksional


(1) Pendidikan Klasik (Classical Education)

Teori pendidikan klasik berlandaskan pada falsafah klasik, seperti Perenialisme,
Eessensialisme, dan Eksistensialisme dan memandang bahawa pendidikan berfungsi sebagai
kebolehan memelihara, mempertahankan dan meneruskan warisan budaya. Teori
pendidikan ini lebih menekankan peranan isi kandungan pendidikan daripada proses. Isi
kandungan pendidikan atau materi diambil daripada khazanah ilmu pengetahuan yang
ditemukan dan dikembangkan para ahli tempo dulu yang telah disusun secara logik dan
sistematik. Dalam aplikasinya, pendidik mempunyai peranan besar dan lebih dominan,
sedangkan pelajar memiliki peranan yang pasif, sebagai penerima informasi dan tugas-tugas
dari pendidik.
Pendidikan klasik menjadi sumber bagi pengembangan model kurikulum subjek akademik,
iaitu suatu kurikulum yang bertujuan memberikan pengetahuan yang solid serta melatih
pelajar menggunakan idea-idea dan proses kaedah ekspositori dan
inkuiri.
53

(2). Pendidikan Peribadi (Personalized Education)

Teori pendidikan ini bermula daripada andaian bahawa anak-anak telah memiliki potensi-
potensi tertentu sejak dilahirkan. Pendidikan seharusnya dapat memperkembangkan lagi
potensi-potensi yang dimiliki pelajar dari segi keperluan dan minat mereka. Dalam hal ini,
pelajar menjadi subjek utama pendidikan, sedangkan pendidik hanya menempati posisi
kedua, yang lebih berperanan sebagai pembimbing, pendorong, fasilitator dan pelayan
pelajar.

Teori ini terbahagi kepada dua cabang utama iaitu pendidikan progresif dan pendidikan
romantik. Pendidikan progresif dengan tokoh pemulanya- Francis Parker dan John Dewey -
memandang bahawa pelajar merupakan satu kesatuan yang utuh. Material pengajaran
berasal dari pengalaman pelajar sendiri yang sesuai dengan minat dan keperluannnya.
Mereka merefleksi masalah-masalah yang muncul dalam kehidupannya. Hasil daripada
refleksinya itu, mereka dapat memahami dan menggunakan sesuatu pelajaran itu dalam
kehidupan. Pendidik lebih merupakan ahli dalam metodologi dan membantu perkembangan
pelajar sesuai dengan kemampuan masing-masing. Pendidikan romantik berpangkal dari
pemikiran-pemikiran J.J. Rouseau tentang tabula rasa, yang memandang setiap individu
dalam keadaan fitrah, memiliki nurani kejujuran, kebenaran dan ketulusan.

Teori pendidikan peribadi menjadi sumber bagi perkembangan model kurikulum humanistik,
iaitu suatu model kurikulum yang bertujuan memperluas kesedaran diri dan mengurangkan
kerenggangan dan keterasingan dari lingkungan dan proses aktualisasi diri. Kurikulum
humanistik merupakan reaksi atas pendidikan yang lebih menekankan pada aspek
intelektual (kurikulum subjek akademik).


(3). Teknologi Pendidikan

Teknologi pendidikan ialah suatu konsep pendidikan yang mempunyai persamaan dengan
pendidikan klasik tentang peranan pendidikan dalam menyampaikan informasi. Namun
begitu, terdapat juga perbezaan antara kedua konsep pendidikan tersebut. Dalam
tekonologi pendidikan, apa yang lebih diutamakan adalah pembentukan dan penguasaan
kompetensi atau kemampuan-kemampuan praktis, bukan pemeliharaan budaya lama.

Dalam konsep pendidikan teknologi, isi pendidikan dipilih oleh ahli bidang-bidang khusus. Isi
pendidikan seperti data-data objektif dan keterampilan-keterampilan yang yang mengarah
kepada kemampuan vocational disusun dalam bentuk desain program atau desain
pengajaran dan disampaikan dengan menggunakan bantuan media elektronik dan para
pelajar dapat mempelajarinya secara individual.

54

Pelajar berusaha untuk menguasai sejumlah besar bahan dan pola-pola kegiatan secara
efisien tanpa refleksi. Keterampilan-keterampilan barunya segera digunakan dalam
masyarakat. Guru berfungsi sebagai pengarah pembelajaran (director of learning), lebih
banyak tugas-tugas pengelolaan berbanding penyampaian dan pendalaman bahan.
Teknologi pendidikan menjadi sumber untuk perkembangan model kurikulum teknologi,
iaitu model kurikulum yang bertujuan untuk memberikan penguasaan kompetensi bagi para
pelajar, melalui kaedah pembelajaran individual, media buku atau pun elektronik, sehingga
mereka dapat menguasai sesuatu pelajaran.


(4). Teori Pendidikan Interaksional
Pendidikan interaksional ialah suatu konsep pendidikan yang bermula dari pemikiran
manusia sebagai makhluk sosial yang senantiasa berinteraksi dan bekerja sama dengan
manusia lain. Pendidikan sebagai salah satu bentuk kehidupan juga berasakan kerja sama
dan interaksi. Dalam pendidikan interaksional, penekanan interaksi terbahagi kepada dua
pihak iaitu interaksi daripada guru kepada pelajar dan interaksi daripada pelajar kepada
guru. Selain itu, interaksi ini juga terjadi antara pelajar dengan material pembelajaran dan
lingkungan, antara pemikiran manusia dengan lingkungannya. Interaksi ini terjadi melalui
berbagai bentuk dialog. Dalam pendidikan interaksional, pelajar akan lebih kepada
mempelajari fakta. Seterusnya, pelajar mengadakan pemahaman eksperimental dari fakta-
fakta tersebut, memberikan interpretasi yang bersifat menyeluruh serta memahaminya
dalam konteks kehidupan. Falsafaht yang melandasi pendidikan interaksional adalah falsafah
rekonstruksi sosial.

Pendidikan interaksional menjadi sumber untuk perkembangan model kurikulum
rekonstruksi sosial, iaitu model kurikulum yang memiliki tujuan utama menghadapkan para
pelajar pada tentangan, ancaman, hambatan-hambatan atau gangguan-gangguan yang
dihadapi manusia. Pelajar didorong untuk mempunyai pengetahuan yang cukup tentang
masalah-masalah sosial yang mendesak (crucial) dan bekerja sama untuk menyelesaikannya.

TEORI-TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Teori Behaviourisme
Teori ini dikenali umum sebagai aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan
pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mengikut Pavlov (1962),
setiap rangsangan menimbulkan gerakbalas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat
perkaitan antara ransangan dan gerakbalas. Pembelajaran berlaku kerana ada perkaitan
antara dua rangsangan yang dinamakan stimuli. Teori Skinner pula menekankan peneguhan
positif dan peneguhan negatif bertujuan untuk menambahkan kebarangkalian berulangnya
sesuatu tingkahlaku dan bukan untuk menghentikannya. Peneguhan positif ialah untuk
55

menentukan tingkah laku positif dengan maklumbalas yang positif. Contohnya, pujian
terhadap murid-murid yang memberikan jawapan yang betul. Peneguhan negatif pula diberi
untuk memberi kesan yang tidak menyeronokkan atau tidak menyenangkan seseorang
individu. Contohnya, denda yang dikenakan kepada pelajar yang tidak menyiapkan kerja
sekolah. Kesimpulannya, teori behaviourisme memberi tingkahlaku yang ingin dilihat, diukur
dan dinilai. Tingkahlaku ini boleh dibentuk melalui persekitaran dan peneguhan yang diberi.

2. Teori Kognitif
Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar
mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula
segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Menurut Bloom (1950),
aras pengetahuan terbahagi kepada 6 iaitu:
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
*selanjutnya akan dibincangkan dalam bab seterusnya...Taksonomi Bloom

3. Teori Pembelajaran Gagne
Teori pembelajaran Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Mengikut
Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara
sedar dan tidak sedar. Rangsangan ini akan diterima dan diproses oleh deria-deria orgnisma.
Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya, mentafsirkannya dan
memindahkannya kepada tindakbalas tertentu.
Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak
ingatan jangka Gagne juga mengatakan bahawa pembelajaran dan penyampaian isi
pengajaran mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih kompleks. Beliau
mengemukakan 8 fasa yang melibatkan proses pembelajaran:

I) Motivasi v) Mengingat Kembali
ii) Kefahaman vi) Generalisasi
iii) Pemerolehan vii) Pelakuan
iv) Penahanan ix) Maklum Balas
56

4. Teori Konstruktivisme
Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum
konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan . Menurut Brooks
(1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa
yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan
pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas. Menurut Jones (1997) pula, konstruktivisme
ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia
ada untuk mendapatkan satu maklumat baru. Kesimpulannya, konstruktivism ialah proses
membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia
ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.
Hasilannya, individu tersebut akan membentuk pemahamannya sendiri dan suatu konsep
tertentu berhubung pengetahuan dan maklumat berkenaan.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme
1. Pengetahuan dibina pelajar.
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan
domain psikomotor.
4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.

Guru perlu mengenalpasti cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia
ada pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan
mereka untuk faham. Menurut Sells dan Glasgow (1998), konstruktivism menekankan
penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah. Oleh itu, teori ini
sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran reflektif kerana pelajar mengaitkan pengetahuan
dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman baru. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan ialah melalui perbincangan, perdebatan, eksplorasi, pembinaan dan
kolaboratif.


5. Teori Sosial
Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab
behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai
Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan
bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan
pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga
57

aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada
kefahaman pelajar.

6. Teori Multiple Intelligence
Menurut Alick (1999), teori multiple intelligence diperkenalkan oleh Howard Gardner. Teori
ini mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh setiap individu yang boleh
membantu pembelajaran mereka iaitu:

Jenis Sifat


Linguistik
Pelajar menggunakan bahasa secara berkesan dan
mempunyai keupayaan auditori yang optimum.
Belajar paling baik melalui pendengaran .
Tidak membina gambaran mental .
Suka bercakap.
Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.

Logikal
Pemikiran secara konsep, abstrak.
Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait.
Gemar pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan
logik dan menyelesaikan puzzle

Bodily / Kinesthetic
Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran.
Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui body
language dan aktiviti fizikal.
Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on'.
Sukar memberi tumpuan dan fokus.

Visual / spatial
Perlukan visual untuk membina kefahaman.
Belajar paling berkesan melalui gambar dan imej.
Menukar apa yang dibaca dan didengar kepada
gambaran mental.
Cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.
Muzik Sensitif terhadap irama dan bunyi.
Boleh belajar dengan muzik latar belakang.
Interpersonal Suka berinteraksi dengan individu lain.
Belajar paling baik melalui aktiviti berkumpulan.
Intrapersonal Sensitif.
Belajar paling baik secara individu.
Naturalist Mampu berinteraksi dengan persekitaran.

58

7. Teori Humanisme
Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu
mempunyai cara belajar yang berbeza denganindividu yang lain. Oleh itu, strategi dan
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun
mengikut kehendak danperkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa
setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.
Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi
mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

MODEL PENGAJARAN
1. Model Robert Glazer
Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses
pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia
ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum balas pelajar
sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif
pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian,
kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada
pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan
tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya,
demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model
Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang
menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan
maklum balas.

2. Model Taba
Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam
suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan
maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini.
Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan
pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat
seperti berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan
perbezaan, menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label
kepadanya, membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara
kategori-kategori itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan
merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik
kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah
pengajaran yang sesuai.
59

3. Model Latihan Terus
Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untuk
membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar

berkaitan pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada
kemahiran asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan
pengajaran langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar
terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

4. Model Inkuiri
Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik
ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis,
merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan
jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua
memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini
sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka,
pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri.
Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di
universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan
pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

APLIKASI TEORI DALAM REKABENTUK PERISIAN PPBK
Pada peringkat awal perisian ini , khususnnya set induksi akan memperkenalkan objektif -
objektif pembelajaran akan diperlihatkan bagi membolehkan pengguna mengetahui dan
membuat pemilihan sama ada sesuai untuk dirinya atau sebaliknya. Dalam teori
behaviorisme, set induksi diperlukan untuk membolehkan pengguna khususnya pelajar
menunjukkan tindakbalas dan kesediaan mereka untuk mempelajari cara-cara membina
laman web dengan MS Frontpage 2000. Oleh itu, kami akan menggunakan bimbingan,
latihan, ganjaran dan pengukuhan bagi menarik minat pengguna untuk terus
menggunakannya sehingga ke penghujung perisian. Soalan-soalan berbentuk kuiz akan
disediakan bagi menguji kefahaman. Setiap jawapan yang betul akan diberikan ganjaran
seperti mana yang dinyatakan dalam teori behaviorisme. Ini akan membentuk peneguhan
positif seterusnya akan masuk dalam ingatan bagi tempoh yang lama.


60

Untuk mempraktikkan teori kognitif, perisian ini akan menggunakan bahasa yang mudah
difahami dan ringkas bagi menyusun fakta mengikut turutan mudah kepada yang lebih
sukar.Di samping itu kami akan cuba mengaitkan dengan memberikan contoh yang berkaitan
dengan persekitaran mereka dalam kehidupan seharian. Dengan ini akan membantu pelajar
mudah mengingati pengetahuan yang dipelajari.

Teori kontruktivisme juga akan dipraktikkan oleh pelajar semasa menggunakan perisian
PPBK kerana mereka terpaksa melakukan "hand-on". Pelajar bebas memilih mana-mana
tajuk dan boleh berpindah-randah dari satu tajuk ke tajuk yang lain dengan menggunakan
butang navigasi yang disediakan.

Dengan menggunakan bantuan multimedia, sudah tentu teori multiple intelligences akan
diaplikasikan bagi membantu menyokong persembahan yang lebih baik dari segi gaya dan
teknik penyampaian sesuatu pengetahuan atau kemahiran lebih-lebih disokong oleh bunyi,
video, animasi dan latar yang sesuai. Pembelajaran hyperteks yang berpusatkan pelajar
digunakan dan terpulang kepada pelajar untuk menentukan tajuk yang hendak dimulakan
dahulu.

PERBEZAAN INSTRUKSI BEHAVIORISME, KOGNITISME, DAN KONSTRUKTIVISME
ASPEK BEHAVIORISME KOGNITISME KONSTRUKTIVISME
Fokus Pengajaran Berfokuskan
pembentukan
tingkah laku pelajar
Berfokus kepada
transmisi proses
pemikiran pelajar
Berfokuskan
pembinaan mental
realiti pelajar.
Instruksi &
Manipulasi
Pengajar
memanipulasikan
perubahan tingkah
laku dengan
pengukuhan terpilih
Pengajar
memanipulasikan
proses pemikiran
pelajar dengan
membekalkan model
mental yang perlu
diikuti oleh pelajar.
Pengajar fasilitasikan
pemodelan
konseptual pelajar.
Pengajar mesti
memahami struktur
kognitif sedia ada
pada pelajar dan
membekalkan aktiviti
pembelajaran yang
sesuai untuk
membantu pelajar
membina
pengetahuannya.
Menggunakan
konteks dan strategi
yang benar serta
61



1.2 Kurikulum Prasekolah

MODUL KONSEPTUAL KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH
Kurikulum prasekolah berasaskan empat prinsip iaitu :

1. Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu.
Memberi fokus kepada penyuburan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek
perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu yang seimbang dan
harmonis memiliki:
Kepercayaan kepada Tuhan
Ilmu pengetahuan
Kemahiran asas
Akhlak mulia
Emosi yang stabil
kesihatan dan kecerdasan


coaching. Mencipta
pelbagai persekitaran
untuk pelajar agar ia
dapat melatih
berfikir dengan
berbagai-bagai
kaedah. Hasilnya
ialah pelajar yang
lebih bersedia untuk
menangani situasi
berbeza-beza.
Realiti Yang
dipromosikan
Realiti pelajar adalah
konvergen - semua
realitinya dipusatkan
kepada satu realiti
yang sama.
Pengajaran
berpusatkan realiti
tersebut
Realiti pelajar adalah
konvergen.
Realiti pelajar adalah
divergen. Pelajar
digalakkan untuk
memajukan realiti
yang berbeza-beza.
62

2. Pembelajaran yang menggembirakan.
Memberi penekanan kepada minat dan semangat untuk belajar. Semangat ini akan dapat
dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar
dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk
semangat cinta akan ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas
dan terbuka.

3. Pengalaman pembelajaran yang bermakna.
Memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya
mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian . Usaha ini
akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

4. Pendidikan sepanjang hayat.
Suatu usaha yang berterusan untuk mendapatkan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni
dan kemahiran. Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna
akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri sesorang sejak kecil hingga ke
akhir hayat. Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang
dilaksanakan secara bersepadu.
Komponen tersebut adalah seperti berikut:
Bahasa dan Komunikasi
Perkembangan Kognitif
Kerohanian dan Moral
Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Fizikal dan
Kreativiti dan Estatika

Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan
bahasa penting dalam proses pembelajaran . Penguasaan kemahiran bahasa boleh diperoleh
melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan kemahiran
bahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi,
melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan.

Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui Amalan Bersesuaian
dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP). ABP ialah satu pendekatan yang menekankan
kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur,
perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.

63

Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based learning) iaitu
memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil
daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi
penekanan kepada apa yang harus diperoleh dan dicapai oleh murid.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat
menguasai dan memperoleh ciri-ciri berikut:

Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
Kemahiran berfikir
Berakhlak mulia dan beretika
Berkeyakinan dan berdisiplin
Sihat dan cergas dan
imaginatif, kreatif dan ekspresif.


1.3 Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR )

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di
semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun1983. Rancangan KBSR ini menekankan
penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping
itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh
yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Pada tahun1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula
diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan
potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk
melahirkan pelajar yangberilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan
kepada kemajuan, kesejahteraan serta pembangunan negara. Walaubagaimanapun, faktor
utama KBSR yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983
yang menjurus kepada KBSM pada tahun 1989.
Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari
segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika
yang kukuh.





64

a) Matlamat Pendidikan Persekolahan
Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi
pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak
mulia.

b) Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi
murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.

c) Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan diperingkat rendah bertujuan untuk
membolehkan murid:

1. Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan
dan bahasa rasmi negara;
2. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam
bahasa pengantar sekolah;
3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam
menyelesaikan masalah harian;
4. Menguasai kemahiran belajar;
5. Menguasai kemahiran berfikir;
6. Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua;
7. Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
8. Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
9. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan
alam sekitar;
10. Menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
11. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan
rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
12. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
13. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap
keusahawanan dan produktiviti;
14. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat
tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
15. Menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak
mulia;
16. Membina semangat patriotisme;
65

17. Mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
18. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang
menjadikannya asas bagi amalan hidup.

e) Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:-

1. Pendekatan Bersepadu;
2. Perkembangan individu secara menyeluruh;
3. Pendidikan yang sama untuk semua murid;
4. Pendidikan seumur hidup;
5. Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui
aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka,
justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman
hidup mengikut peringkat;
6. Suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial,
bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid;
7. Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis
dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai
kemahiran asas;
8. Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel;
9. Penekanan kepada nilai (merentas kurikulum);
10. Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
11. Penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

f) Ciri-Ciri KBSR








66

g) Penekanan

Fokus Tahap I

1. Penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan
menulis);
2. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira;
3. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran; dan
4. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II

1. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
2. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;
3. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain;
4. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
5. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran; dan
6. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.


h) Struktur KBSR
Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-
i. Komunikasi;
ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii. Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada
struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-

i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum.




67

i) Bidang Pelajaran


Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-

i. Bidang Komunikasi
ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya
iii. Bidang Perkembangan Diri Individu


j) Teras KBSR

i. Penggabungjalinan;
ii. Penyerapan;
iii. Penilaian;
iv. Pengkayaan; dan
v. Pemulihan.




Bidang

Komponen
Matapelajaran
Fasa 1 Fasa 2


Komunikasi


Kemahiran Asas
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Matematik Matematik

Manusia dan
Persekitaran

Sikap , Nilai
dan Spiritual
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral

-
Sains
Kajian Tempatan

Perkembangan
Diri Individu

Kemahiran Hidup
Seni dan Riadah
Kokurikulum
- Kemahiran Hidup
Pendidikan Muzik Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan
Kesihatan
Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan
Kesihatan
68

k) Penekanan Dalam KBSR
Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-

i. Kemahiran asas;
ii. Kemahiran berfikir;
iii. Nilai Merentas Kurikulum;
iv. Bahasa merentas kurikulum;
v. Patriotisme merentas kurikulum;
vi. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;
vii. Penilaian berterusan;
viii. Pemulihan dan pengayaan;
ix. Prinsip mudah ubah; dan
x. Sains dan teknologi merentas kurikulum


l) Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid,
seseorang guru seharusnya;

i.Mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran;

Kemudahan fizikal kelas
· ruang pembelajaran yang selesa;
· sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;
· ruang pameran hasil kerja;
· bahan rujukan untuk penggunaan murid;
· bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.

Aspek emosi sosial
· penggunaan bahasa yang mesra;
· keupayaan guru memahami muridnya;
· penggunaan teknik yang pelbagai.

ii. Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

· Melibatkan murid secara aktif;
· Menjalankan penilaian yang berterusan;
· Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;
· Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan;
· Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi
69

yang berlainan;
· Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat
keputusan secara rasional;
· Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan
membina sifat berani, yakin dan daya juang;
· Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir; dan
· Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.

iii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan
menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif.
Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu.
Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama
ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;

· Simulasi · Lakonan · Permainan · Tunjuk ajar · Lawatan
· Bercerita · Projek · Sumbangsaran · Main peranan · Pidato


m) Penilaian

i. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)
· Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
ii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)


n) Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR
Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan
berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak
semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai
KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk
mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020,
globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan
pada Disember 1994.


70

Antara perubahan besar dalam KBSR ialah;-

i) Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran;
ii) Penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian;
iii) Menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling
kompleks mengikut topik;
iv) Mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran;
v) Mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik
berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat;
vi) Mata pelajaran alam dan manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu
sains dan kajian tempatan;
vii) Pengunaan bahasa inggeris dalam pengajaran matematik, sains dan semua
matapelajaran teknikal bagi tahun 1 sekolah rendah, tingkatan 1 dan tingkatan 6
rendah mulai Januari 2003; serta
viii) Pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik dan sains;


o) Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)










p) Rumusan
Program KBSR terbahagi kepada dua tahap. Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3)
menekankan penguasaan 3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan
semula penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains yang kukuh.
Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan
objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan
71

lebih berkesan lagi. Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum.
Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan
melaksanakan kurikulum.

1.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM )

menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan serta
kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup.

pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara
integrasi dan menyeluruh.

(Pukal Latihan KBSM, 1990)

Kesinambungan Dan Kesepaduan Dalam KBSM
Kesinambungan

Komunikasi (Bahasa, Matematik)
Manusia dan Alam Sekeliling (Pendidikan Agama Islam, Pengajian Moral,
Sains dan Kemasyarakatan)
Perkembangan Diri (PJK, PS, Aktiviti Kokurikulum)

dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran.

Objektif KBSM
-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berinteraksi dalam
semua situasi hidup, serta memperkembangkan pemikiran dan penaakulan.
ar memahami alam sosial dan fizikal supaya mereka dapat
menikmati keadaan kehidupan daan nilai-nilai yang berkaitan serta membolehkan
mereka menjadi anggota-anggota masyarakat yang berkesan dan
bertanggungjawab.

72

arah memahami diri, mengembangkan bakat, serta
mempertingkatkan peribadi dan watak.

perkembangan sifat-sifat kewarganegaraan.
KBSM Menengah Atas : fokus kepada penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan
yang lebih meluas dan mendalam.


murid.


1.5 Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

Matlamat Kurikulum Program Ijazah
· Meluaskan keintelektualan dalam bidang yang berkaitan
· Meluaskan kesedaran dan kefahaman terhadap bidang disiplin dan antara disiplin
· Menjadikan pelajar lebih berdikari dan bekerjasama
· Bersedia untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran dan diterima umum bidang
keprofesionalan mereka

Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah
Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru
di sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi
pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi
program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yang
ditawarkan

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI(R)) telah diperkenalkan mulai Januari
2003 untuk melatih guru siswazah dalam bidang perguruan sekolah rendah. Kurikulum ini
digubal berasaskan keperluan mengoptimumkan perkembangan kognitif kanak-kanak,
keperluan meningkatkan ilmu pedagogi dan pengalaman berasaskan sekolah rendah serta
keperluan memupuk nilai positif dan amalan profesional di kalangan guru. Keperluan-
keperluan tersebut diterjemahkan dalam kandungan kurikulum latihan perguruan yang
mendefinisikan bagaimana seseorang guru perlu merekabentuk pengajaran yang berkesan,
mewujudkan suasana bilik darjah yang selesa dan kondusif untuk menimba ilmu serta
memupuk ciri-ciri guru profesional yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Kurikulum ini juga
menuntut agar guru-guru yang mengikuti program latihan ini berketrampilan dalam
penggunaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
73

1.6 Pengurusan Kurikulum

Pengenalan Kepada Kurikulum dan Teori Asas Kurikulum
Definisi Kurikulum
Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin iaitu "currere" bermaksud "a race
yang biasa digunakan merujuk kepada
Perkataan kurikulum telah diberi berbagai-bagai definisi bergantung kepada tujuan dan
fungsinya.

Menurut Taba (1962), kurikulum ialah "a plan of learning" atau "satu rancangan
pembelajaran."

Saylor et. al (1981) pula mendefinisikan kurikulum sebagai "a plan for providing sets of
learning opportunities for person to be educated."

Menurut Tanner & Tanner (1978), kurikulum ialah "the planned and guided learning
experiences and intended learning outcomes, formulated through the systematic
in person-social competence."

plan defining:
· The aims, goals and objectives of an educational action;
· The ways, means and activities employed to achieve these goals
·

Menurut Bowe


-all plan of the content or
specific materials of instruction that the school should offer to the students by way of
qualifying him for graduation or certification for entrance into a professional or vocational


Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, kurikulum mengandungi
elemen-elemen berikut:
· Rancangan pendidikan
· Mengandungi matlamat dan objektif.
· Menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran
74

· Menentukan kaedah dan aktiviti.
· Menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian
matlamat dan objektif.
Dengan demikian, kurikulum boleh didefinisikan sebagai berikut:
Satu rancangan pendidikan yang dibentuk untuk suatu kumpulan pelajar bagi mencapai
matlamat yang telah ditentukan.

Berdasarkan definisi ini;-
· Pembentukan kurikulum memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik.
· oleh sebab ianya merupakan perancangan maka kurikulum perlu didokumenkan
dalam bentuk bertulis.
· kurikulum yang dirancang adalah khusus bagi sesuatu kumpulan pelajar
tertentu.
· kurikulum berkenaan adalah bagi tujuan mencapai matlamat dan objektif yang
telah ditentukan lebih awal.
Dalam konteks kurikulum sekolah, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di
PPK dan rancangan ini didokumenkan secara bertulis melalui silibus bagi setiap mata
pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau
menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan
dalam Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

Kurikulum sekolah didokumenkan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Pengurusan Kurikulum Di Sekolah

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang
memainkan peranan penting memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah
berkesan dan berkualiti. Semua bidang/unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah
bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.

OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan.
2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah.
3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah
piawaian kualiti.


75

DASAR KURIKULUM SEKOLAH
1. Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya selari dengan dasar
yang ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan Negeri.

2. Mesyuarat
mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun.
menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun.
menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan
panitia mata pelajaran.

3. Sukatan / Rancangan Pelajaran
menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod
Persediaan Mengajar.
garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm
menyediakan rancangan pengajaran.

4. Jadual Waktu
menetapkan waktu sekolah.
menetapkan sistem jadual waktu.
menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar
untuk penyediaan jadual waktu induk dan persendirian.
menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya

5. Penilaian Dan Peperiksaan
Menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan:-

jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, PEKA, PAFA dan lain-lain)
bilangan dan takwim
format (bentuk soalan, masa dan skema jawapan)
syarat lulus
kumpulan sasaran
jadual penentu ujian ( JPU )
pengawasan
headcount

6. Anggaran Perbelanjaan
menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lain-lain
bagi setiap panitia /unit.
menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan dan
kemudahan prasarana.

76

7. Pemantauan
a.) Menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan
pengurusan P & P
pengurusan panitia
peperiksaan dan penilaian
jadual waktu
pengurusan kewangan
bilik-bilik khas
b) Menetapkan jawatankuasa pemantauan
c) Menetapkan jadual waktu pemantauan



1.7 Program JQAF

Konsep Program J-Qaf
Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan
khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di
peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan
modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan,
kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan
peruntukan jadual waktu sedia ada.

Objektif Program J-Qaf
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah
rendah akan dapat:
1. Menguasai bacaan dan tulisan jawi
2. Khatam al-Quran
3. Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
4. Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

Kepentingan Program J-Qaf
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang
sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-
Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan
dalam kehidupan.


77

1. Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada
tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di
tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan
Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum
mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya
kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan
secara berterusan.


2. Kepentingan Khatam al-

Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan
Tilawah al Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga
khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang
sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu
kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan
dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus
kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah
tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

3. Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan.
Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid
berpeluang mempelajarinya.

4. Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-
anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat.
Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini
perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh
itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain
ini.



78

Model-Model Program J-Qaf
Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1 model
kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut:

1. Model Kelas Pemulihan Jawi;
2. Model Tasmik;
3. Model 6 Bulan Khatam Al-Quran;
4. Model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi;
5. Model Bestari Solat.
Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah
model-model berikut:

1. Kelab Seni Tulisan Jawi;
2. Kem Bina Juara;
3. Majlis Khatam al-Quran;
4. Kem Literasi al-Quran; dan
5. Pertandingan Bahasa Arab.

Model-Model J-Qaf

1. Model Kelas Pemulihan Jawi
Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas
Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama
dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah
menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat
sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta
mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-Quran
Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam
-

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan
peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan
musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah
-
Quran.

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian
dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru
79

pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang
berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah
dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

3. Model Bahasa Arab
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah
kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini
adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK
sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah
60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.



1.8 Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (Kia2M)

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program
yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah
bertujuan yang satu iaitu untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai
kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid
pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam
kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa
Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu
tahun satu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan
sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan
Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan
kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan
merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan
mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui
murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis
dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang
gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.


80

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai
dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan
seberapa segera yang boleh.

81

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID

1.1 Asrama
1.2 Skim Pinjaman Buku Teks
1.3 Biasiswa dan Pinjaman
1.4 Program Bersepadu Sekolah Sihat
1.5 Program Pemakanan Sekolah
1.6 Bimbingan dan Kaunseling
1.7 Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
1.8 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
1.9 Skim Baucer Tuisyen


1.1 Asrama

Pengawasan Asrama

Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.
Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan
asrama.
Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.
Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.
Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.
Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti
riadah dan kokurikulum diadakan.
Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan
asrama.


1.2 Skim Pinjaman Buku Teks

Pengenalan
Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975. SPBT
merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah
kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan
mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet. Dasar
Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau tidak
layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada borang SPBT

82

Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang
ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada
keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun, bermula
tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan pinjaman buku teks kepada semua
murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira taraf kewangan keluarga. Justeru,
keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap
buku diproses dan diagihkan kepada semua murid di SMKS19.


Objektif
Murid- murid yang layak mendapat bekalan buku yang mencukupi.
Pengurusan dan pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik.
Murid - murid dapat menggunakan buku- buku tersebut secara berkesan di dalam kelas dan
sebagai rujukan ketika di rumah.


Skim Pinjaman Buku Teks
a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.
b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku
Bantuan.
c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.


1.3 Biasiswa dan Pinjaman

Pinjaman dan Biasiswa
Beberapa program biasiswa telah diwujudkan bagi para pelajar yang memerlukan bantuan
dalam meneruskan pengajian mereka. Ini termasuklah program-program yang dimulakan
oleh kerajaan, syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) serta entiti-entiti korporat.

Maklumat lanjut mengenai program biasiswa yang ditawarkan oleh badan-badan kerajaan:

Dana Pendidikan dari Kementerian Pendidikan
Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
Skim Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah
Pinjaman dan Biasiswa MARA
Bantuan Pendahuluan Pendidikan Tinggi (HESK) Lembaga Tembakau Negara (LTN)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional


83

1.4 Program Bersepadu Sekolah Sihat

Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah melancarkan
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Program ini bertujuan untuk menyediakan
pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada murid di sekolah rendah hingga sekolah
menengah. Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) adalah
berasaskan rasional berikut:

Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di
bawah satu program bersepadu
Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif serta menjurus
kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa
Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa
kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah
Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak
serta dapat dinilai keberkesanannya
Satu usaha yang meningkatkan kesefahaman dan kerjasama perlu diwujudkan antara
sekolah dan masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan
Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan
melalui program yang terancang dan bersepadu


1.5 Program Pemakanan Sekolah

Program-program pemakanan seperti Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah
(RMTS) yang mula diperkenalkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia pada tahun 1979
dan diikuti oleh Program Susu Sekolah yang mula dipekenalkan pada tahun 1989, adalah
antara program yang dijalankan bagi meminimumkan masalah tersebut. (Abdul Rahman,
1993).


1.6 Bimbingan dan Kaunseling

Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunseling murid dan
menyediakan laporan yang diperlukan.
Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid
baru.


84

Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia
dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian
peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan
sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah
kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana
apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan
khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang
kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam
menghasilkan perubahan diri.


1.7 Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)

Pengertian Standard Guru Malaysia
" Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh
guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi
dan institusi latihan perguruan (Keperluan). "

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai
oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan
sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan
perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini
akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di
mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada
tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai
inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat
menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan
negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis
dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru,
mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang
sering berubah.
85

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,
liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK,
progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda
utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang
tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk
meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school
improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large
measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is
of high quality, and that all students have access to high quality

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru
yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan
negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah
diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan
calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik
laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju
utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan
Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan
latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan
seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama
ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard
guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan
perguruan di Malaysia.



86

Rasional
Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan
dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi
membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan
lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran
dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan
dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru
yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi
latihan perguruan diwujudkan, dan
Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan
Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard
am pendidikan tinggi.

Tujuan
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:-

mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran;
mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan
institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan
tercapai.
Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan
pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran
semasa dunia pendidikan.

Penggubalan
Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:

Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,
Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta
penandaarasan, dan
Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan
bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.


87

Penggunaan
Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang
berikut:

Guru
Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan
Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru
pra-perkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).
Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus
meningkatkan tahap pencapaian standard.

Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan
Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.
Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.
Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan
keperluan.

Guru Besar dan Pengetua Sekolah
Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian
standard oleh guru.

Agensi Latihan Perguruan
Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di
institusi latihan perguruan.
Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan
institusi latihan perguruan.
Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh
ditambahbaik.

Komponen SGM
Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan
domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.
88

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek
pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang
guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang
patut dikuasai oleh seseorang guru.


Keperluan
Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan
dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program
latihan perguruan.

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program
latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.

Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan
dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan
kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan
komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi,
prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa
terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program
latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan
berketerampilan.

89
















Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi
yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan
dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3).
Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan;
membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling
berkait dan bersepadu.

Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang
patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu
guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur
pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan
penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan
infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan
Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru,
Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,
Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang
dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai
ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme
yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut
dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada
warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama
dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru
90

Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi
dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Penutup
Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut
dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada
warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama
dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru
Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi
dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Glosari
Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru
Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.

Guru
Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah,
guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan
perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi
latihan perguruan.

Institusi Pendidikan
Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi
atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

Standard
Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

Keperluan
Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan
institusi latihan perguruan.

Bilik Darjah
Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik
kuliah, bengkel dan makmal.

Kompetensi
Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan
kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
91

Institusi Latihan Perguruan
Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan
termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Agensi Latihan Perguruan
Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti
Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah
Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah
pendidikan khas, sekolah vokasional.

Murid
Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.

Program
Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi
suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam
matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada
penganugerahan sesuatu kelayakan.

Kursus
Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus,
kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi
menyokong pencapaian hasil pembelajaran.

Kurikulum
Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai
moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti
oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.


92

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah
selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai
sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

Minggu Orientasi Sekolah (MOS)
Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa
Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi
peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan
peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan
interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

Praktikum
Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk
pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang
kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta
menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.

Penilaian
Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program
latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred
bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.

Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan
pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

Hasil Pembelajaran
Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan
kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Pihak Berkepentingan
Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan
pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

Budaya IPG
Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan
guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan
individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
93

berdisiplin.

Infrastruktur
Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan
pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

Infostruktur
Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan,
jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.

Pengurusan Kualiti
Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pendidik Guru
Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.


1.8 Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG)

Tujuan-tujuan Persatuan
Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan
murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan
keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan
maklumat mengenai pendidikan;
Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding
antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak
mereka pada amnya; dan
Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah
kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Fungsi Persatuan
Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan
persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:
membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan
kemudahan di sekolah;

94

meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan
antara sekolah dengan masyarakat setempat;
meningkatkan kecerian premis sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang
kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

Keanggotaan Persatuan
Anggota Persatuan terdiri daripada:

a) Semua guru di Sekolah;
b) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; dan
c) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota
Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian
atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan
d) Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat
Persatuan.

Jawatankuasa Persatuan
Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai
"Jawatankuasa PIBG". Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada
setiap Mesyuarat Agung Tahunan.

Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:

a) seorang Yang Di-Pertua;
b) seorang Naib Yang Di-Pertua;
c) seorang Setiausaha;
d) seorang Bendahari; dan
e) .......... orang Ahli Jawatankuasa

Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-
bolehnya, seimbang.

Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya
bertindak sebagai Penasihat Persatuan.

Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang.

Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di
sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5
95

daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.

Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6)
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998, Pegawai Pendidikan
Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik
tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota
Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh
pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga
suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.

Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah
melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan
anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan
alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14
hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

Fungsi Jawatankuasa PIBG
Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat
keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah
dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan
Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.


1.9 Skim Baucer Tuisyen

Pengenalan
Skim Baucar Tuisyen adalah merupakan satu usaha murni kerajaan melalui Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk merapatkan jurang pencapaian antara murid keluarga miskin
dengan murid keluarga berada. Matlamat Skim Baucar Tuisyen adalah untuk memberi
tuisyen kepada murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan
dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.

Objektif
Membolehkan murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas yang
diperlukan agar setanding dengan murid yang lain.
96

Kumpulan Sasaran
Murid yang belajar di Tahun 4, 5 atau 6;
Semenanjung : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM 530.00 dan ke bawah,
Sarawak : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM585.00 dan ke bawah,
Sabah/Labuan: Keluarga yang berpendapatan bulanan RM685.00 dan ke bawah.

Pelaksanaan Program
Setiap murid yang terpilih diberikan satu buku baucar bagi setiap mata pelajaran
yang bernilai RM10.00.
Berdasarkan senarai murid yang layak, sekolah akan menubuhkan pusat tuisyen
dengan menyediakan jadual waktu tuisyen dan keperluan guru tuisyen.
Pegawai Pelajaran Daerah akan melantik dan mengagihkan guru tuisyen kepada
sekolah daripada pool guru tuisyen SBT daerah.
Sekolah akan mengadakan kelas tuisyen SBT untuk murid mereka sendiri.
JPN/PPD akan memantau dan menyediakan pelaporan status pelaksanaan SBT
kepada KPM.

Penutup
Adalah diharapkan melalui SBT ini, peluang dan pencapaian di antara murid daripada
keluarga miskin dan murid daripada keluarga yang berada dapat di seimbangkan. Kejayaan
program ini bergantung kepada komitmen dan kerjasama antara pihak sekolah, guru tuisyen
dan ibu bapa.
97

BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.1 Gerak Kerja Kokurikulum
1.2 Sekolah Harapan Negara
1.3 Hari Guru
1.4 Projek Nilam
1.5 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

1.1 Gerak Kerja Kokurikulum

Pada asasnya gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum dan setiap
orang pelajar harus melibatkan diri. Gerak Kerja ini boleh dijalankan didalam dan di luar bilik
darjah, mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar
tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah. Maka gerak kerja kokurikulum
boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental,
minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adalah
perlu, berasas kepada anggapan bahawa :

Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental
(akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani)
Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri.
Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat.
Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik
pelajar-pelajar, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.

Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan
sebagaimana yang dinyata dalam Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat utama gerak
kerja kokurikulum. Matlamat gerak kokurikulum hendak dicapai adalah :
Perseimbangan antara perkembangan ,mental (akademik ) dengan perkembangan
sosial, jasmani dan rohani pelajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Pengukuhan interaksi dan intergrasi dikalangan pelajar di sekolah.
Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja kokurikulum
yang diceburi.
Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta
98

perluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta
pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap
Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembiraan pelajar.
Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah
dengan ibubapa dan masyarakat.

Bagi meningkatan gerak kerja kokurikulum (berikut adalah beberapa pelaksanaan) ;
Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya kurikulum
dan gerak kerja kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di
sekolah.
Menambahkan lagi bilangan-bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab
dan sukan serta mempelbagaikan gerak kerja, dengan tujuan memberi peluang
kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan
beramai-ramai.
Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum,
dimana yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.
Melibatkan pelajar dan pihak sekolah gerak kerja khidmat masyarakat.
Melibatkan Persatuan Ibubapa/guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan
dan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum.
Merancang dengan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang
dikehendaki.
Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum.
Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua secara berterusan.
Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.
Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak, dari semasa ke semasa.

Gerak kerja kokurikulum mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Diantaranya ialah : -

1. Pengetahuan yang diperolahi dari mata pelajaran akademik dapat di perkukuhkan dan
diamalkan melalui kerja kokurikulum. Ini juga dapat member peluang kepada para pelajar
memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan
tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu cara begini juga
dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapatdi dalam bilik darjah. Segala gerak
kerja kokurikulum hendak di rancang terlabih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi
dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi
prestasi mereka dalam pelajaran.


99

2. Gerak kerja kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada pelajar. Ia dapat juga
membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menimbulkan
kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat
berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak. Gerak kerja ini boleh dijalankan
secara kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan
atau kepakaran yang ada di sekolah itu saja.

3. Para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada
masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk dua hala antara
masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat bekerja sama dan saling bantu
membantu.

4. Pengetahuan yang diperolahi dari mata pelajaran akademik dapat di perkukuhkan dan
diamalkan melalui kerja kokurikulum. Ini juga dapat member peluang kepada para pelajar
memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan
tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu cara begini juga
dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapatdi dalam bilik darjah. Segala gerak
kerja kokurikulum hendak di rancang terlabih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi
dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi
prestasi mereka dalam pelajaran.

5. Semua kerja korikulum boleh memberi peluang kepada melatih diri sendiri untuk
kesihatan diri disiplin, memupuk minat bakat serta membina semangat untuk menghayati
nilai perpaduan dan kewarganegaraan.


Gerak Kerja Kokurikulum sekolah dapat dikelompokkan kepada tiga jenis iaitu :

Badan Beruniform
Pengakap Persatuan Bulan Sabit Merah
Kadet Remaja Sekolah Pandu Puteri
Kadet Tentera Udara Puteri Islam

Persatuan/Kelab
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
Sejarah dan Geografi Seni dan Kraftangan
Sains Matematik
Kemahiran Hidup dan Pengguna Pelajar Islam
Rekacipta Kelab Kebajikan dan Pendidikan Moral
Kelab Pencegah Jenayah

100

Sukan & Permainan
Bola Sepak Bola Tampar
Bola Jaring Bola Keranjang
Badminton Hoki
Catur Tenis
Renang, Terjun dan Polo Air Olahraga

Pasukan Rumah: Laksamana/Temenggung/Bendaraha/Syahbandar


1.2 Sekolah Harapan Negara

"Anugerah Sekolah Harapan Negara" merupakan pengiktirafan dan penghargaan
Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap segolongan guru (secara kolektif), di sebuah
sekolah, iaitu, satu unit institusi asas pendidikan, di atas dedikasi serta pengorbanan mereka
sebagai pendidik terhadap pembangunan pendidikan umumnya serta pembinaan
warganegara khususnya.

Penganugerahan ini mengiktirafkan model sekolah contoh dalam konteks semasa yang
dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain untuk menilai secara ikhtisas tentang
pencapaian, cabaran dan hambatan yang dialami oleh para pendidik di sekolah berkenaan
dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan dalam konteks masa ini.

Objektif Penganugerahan
" Memberi pengiktirafan kepada peranan guru masa kini yang telah dan sedang berusaha
untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara sebagai langkah ke arah pembinaan
warganegara yang berguna.

" Memupuk, mengembang serta menyuburkan perasaan perpaduan di kalangan guru-guru
bagi mencapai tahap profesion keguruan yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka dalam konteks semasa. " Memberi penilaian secara objektif
terhadap sumbangan guru-guru dalam melaksanakan Dasar dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan supaya penganugerahan ini akan mencetuskan semangat bersaing yang sihat
dan berkesan.




101

1.3 Hari Guru

Pengenalan Hari Guru
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah
menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education
Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar
Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari Guru






Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning : Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang: membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


Objektif Hari Guru Malaysia
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan
dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum
guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,
persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan
mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
102

Anugerah
Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
Anugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran
Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas
Anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya
Anugerah Guru Inovatif

Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami,
Guru-guru negara Malaysia,
Dengan ini berikrar,
Mendukung terus cita-cita kami,
Terhadap tugas kami,
Dan menyatakan keyakinan kami,
Pada cita-cita murni pekerjaan kami,
Kami akan berbakti,
Kepada masyarakat,
Dan negara kami,
Kami sentiasa menjunjung,
Perlembagaan negara,
Kami mengamalkan,
Prinsip-prinsip Rukun Negara,
Pada setiap masa.

TEMA HARI GURU MALAYSIA
2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 - Guru Pembina Negara Bangsa
2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2012 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara



103

Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan


1.4 Projek Nilam
Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran
Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi
sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod
pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.
104

mu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua
aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan
yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan
sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat
persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk
membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia
di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan
Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat
Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Matlamat Program NILAM
Supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid

Apakah objektif Program NILAM?

s menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai
tabiat membaca ini

Bilakah aktiviti Program NILAM boleh dilaksanakan?
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu
persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di
sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.

Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran
kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu
Bahasa atau mata pelajaran lain.

Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu
perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan
buku.
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu
persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di
sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.
105

Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran
kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu
Bahasa atau mata pelajaran lain.
Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu
perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan
buku.

1.5 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

Ditubuhkan pada 3 Mac 1958 di atas nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Tanah
Melayu melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Penasihat Pelajaran,Ketua Pegawai
Pelajaran Negeri dan wakil-wakil negeri. Pada tahun 1968 ditukarkan kepada Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia. MSSM ini di bawah Majlis Sukan Negara untuk menganjurkan
Kejohanan Peringkat MSSM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Kejohanan
Peringkat MSSM hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah
umur 18 tahun.

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur
dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar
Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan
afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan
bersama.

Visi MSSM
Memberi peluang kepada pelajar menyertai kejohanan yang mempunyai unsur-unsur
keseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan.

Misi MSSM
Melahirkan atlet elit yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan sukan di
dalamdan di luar negara.

Objektif MSSM
Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.
Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat
negeri,kebangsaan dan antarabangsa.
Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.
Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di
peringkat kebangsaan dan negeri
106

Bekerjasama dengan mana-mana badan sukanlain atau pertubuhan-pertubuhan
sukan.
Memajukan dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.
Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah, kaedah dan dasar yang
patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh
kerajaan,melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.


1.6 Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

Pertandingan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia hendaklah
mengikut Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan dan Kebudayaan
Perkhidmatan Pelajaran.

Jenis-Jenis Permainan
Jenis Permainan Jantina Jenis Pertandingan
1. Bola Sepak Senior Lelaki Berpasukan
2. Bola Sepak Veteran Lelaki Berpasukan
3. Bola Jaring Senior Wanita Berpasukan
4. Bola Jaring Veteran Wanita Berpasukan
5. Sepak Takraw
Senior
Lelaki Berpasukan/antara regu
6. Badminton Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan
7. Jogathon Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan
8. Boling Tenpin Lelaki+Wanita Ind/Berpasukan
9. Pentanque Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan
10. Tenis Lelaki Ind/Berpasukan
11. Ping Pong Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan
12. Kebudayaan Lelaki+Perempuan Berpasukan
13. Golf Lelaki Ind/Berpasukan
14. Hoki Lelaki Berpasukan
15. SepakTakraw
Veteran
Lelaki Antara Regu




107

Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:-

1. Seorang warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada bekerja secara tetap atau kontrak ( Kontrak
bermaksud dari segi Perkhidmatan Awam )

2. GSTT dan KGSK yang berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan

3. Pegawai Khidmat singkat dibenarkan menyertai pertandingan ini dengan syarat telah
berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.

4. Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa dibenarkan mengambil bahagian
dengan syarat gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau Jabatan asalnya dan mendapat
kebenaran daripada Dekan.

5. Kakitangan Politeknik, Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kolej Komuniti
Kementerian Pelajaran Malaysia boleh bermain di daerah dimana pusat pengajian itu berada
dan mewakili Daerah tersebut di pesta ini.

Pemain yang tidak layak menyertai pesta pula adalah seperti berikut;-

1. Pegawai dan Kakitangan Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah-Sekolah atau Maktab tajaan
Jabatan Agama Islam Negeri, Sekolah-Sekolah Swasta dan persendirian.

2. Pekerja Kontrak Swasta

3. Guru Ganti

4. Guru dan Kakitangan Sekolah Sukan Bandar Penawar tidak dibenarkan bermain untuk
Pesta MSKPP Johor kerana status kakitangan dan pegawainya telah diputuskan bertanding di
bawah MESCA.

5. Dalam acara veteran umur peserta lelaki adalah 40 tahun ke atas dan peserta wanita
adalah 35 tahun di kira pada tahun pertandingan.

6. Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding / didaftarkan di bawah satu bahagian/
peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu permainan sahaja.

7. Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan MSKPPM Daerah lain melainkan mendapat
kebenaran dengan pelepasan bertulis dari Daerah asal dimana mereka berkhidmat. Tempuh
7 hari bekerja.
108


8. Pemain dalam kategori veteran ( jika ada permainan bercampur ) dibenarkan mengambil
bahagian dalam kategori senior dan mesti bermain dalam kategori yang sama hingga akhir
pesta. Tegasnya tidak boleh bertukar kategori dalam permainan itu.

9. Setiap peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan ( ASAL ) dan Slip gaji
asal atau surat tawaran kerja secara kontrak yang disahkan oleh ketua majikan masing-
masing.

10. Pegawai Pelajaran Daerah dan pengurusan pasukan berkenaan adalah
bertanggungjawab penuh pada setiap nama pemain yang didaftarkan.

11. Sebarang bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab Pegawai Pelajaran Daerah dan
jika berlaku perkara seumpama ini, kenyataan bertulis hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa
Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPP Johor.


109

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN

1.1 Perintah-Perintah Am
1.2 Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 Arahan Perbendaharaan
1.4 Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 Arahan Perkhidmatan
1.6 Akta Acara Kewangan
1.7 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam


1.1 Perintah Am

Perintah Am dan pekeliling kerajaan ini menjadi nadi utama yang mengawal selia serta
memastikan urus tadbir kerajaan daripada peringkat akar umbi hingga ke tahap tertinggi,
harus berjalan lancar serta mematuhi prosedur ditetapkan. Pada dasarnya, Perintah Am
adalah rangkuman syarat, garis panduan, kod etika, disiplin dan undang-undang kecil
berkaitan apa yang boleh dilakukan selain prosedur bagi melakukannya dan larangan
terhadap penjawat awam. Pekeliling kerajaan pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu
pekeliling perkhidmatan, surat dan surat edaran yang lazimnya menjadi saluran untuk
menerangkan bidang kuasa dan kaedah bagaimana sesuatu elemen Perintah Am disesuaikan
untuk kementerian, jabatan atau sektor perkhidmatan awam tertentu.

Pekeliling bersifat lebih anjal berbanding Perintah Am kerana ia harus diterjemahkan
mengikut keperluan semasa walaupun terikat kepada ruang lingkup yang ditetapkan
Perintah Am. Ini lazimnya dikeluarkan ketua pengarah di kementerian berkenaan khusus
bagi kakitangan tertentu. Tetapi ada juga pekeliling yang dikeluarkan Ketua Setiausaha
Negara jika membabitkan keseluruhan kakitangan awam secara umum. Antara lain, Perintah
Am merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri,
Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan, Perkhidmatan Badan Berkanun Negeri dan
Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia meliputi perihal pelantikan, elaun, cuti,
tatatertib rumah kerajaan, perubatan dan waktu bekerja selain skim pencen perkhidmatan
awam, skim pencen badan berkanun dan kuasa tempatan, acara kewangan, serta
penyelarasan pencen.

Perintah Am juga menggariskan tugas-tugas suruhanjaya perkhidmatan bagi melantik,
mengesahkan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar, kawalan tatatertib
dan tugas-tugas lain. Ia juga menetapkan kuasa melantik bagi anggota perkhidmatan
kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam persekutuan dan bersama, anggota
pasukan polis, serta perkhidmatan pelajaran. Selain itu, Perintah Am menetapkan tahap
penggredan mengikut kelayakan akademik penjawat awam serta status pegawai (sama ada
110

tetap, sementara, kontrak, sambilan atau berasingan). Ia juga menentukan Penilaian Tahap
Kecekapan (PTK) dan tangga gaji. Lazimnya setiap profesyen dalam sektor awam perlu ada
perintah am yang khusus mengenainya dan diperincikan menerusi pekeliling yang
dikeluarkan mengikut keperluan semasa oleh ketua jabatan berkenaan, tertakluk kepada
bidang kuasa yang diberi.
Delegasi kuasa bagi mengguna pakai Perintah Am sering diturunkan kepada pegawai
peringkat jabatan. Ini secara tidak langsung menyebabkan tiada keseragaman dari segi
pelaksanaan, yang lazimnya mengikut budi bicara pegawai atasan berkenaan. Walaupun
pegawai atasan terbabit juga terikat kepada Perintah Am atau Pekeliling lain, pemantauan
yang menyeluruh sukar dilakukan terhadap mereka, terutama jika jabatan kerajaan itu
terletak di pedalaman. Sehubungan itu, wujud aduan di kalangan kakitangan awam bahawa
berlaku pilih kasih dalam pelaksanaan tindakan tatatertib mengikut Perintah Am kerana
hukum berlainan dikenakan bagi kesalahan sama.


1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sukacita memaklumkan beberapa perkara yang
berkaitan pengurusan tatatertib dalam Perkhidmatan Awam seperti berikut:

Latar belakang
Peraturan tatatertib yang digunakan adalah terkandung dalam Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan ini mengandungi peraturan dan kelakuan
yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang pegawai awam. Pelanggaran ke atas
sebarang peraturan yang ditetapkan akan membolehkan tindakan tatatertib diambil.

Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan
Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum
pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki
tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan
panduan kepada orang lain.

Kes Tatatertib Pegawai Awam Bagi Tempoh Tahun 2002-2006

A. Statistik
Pada keseluruhannya untuk tempoh 5 tahun (2002 2006) bilangan pegawai yang dikenakan
tindakan tatatertib (tidak termasuk ATM, PDRM bagi tahun 2002 hingga 2004 dan Badan
Berkanun Negeri) ialah seramai 10,438 orang. Trend/aliran walau bagaimanapun
menunjukkan penurunan yang ketara. Butiran statistik pegawai yang dikenakan tindakan
111

tatatertib mengikut klasifikasi perkhidmatan adalah ditunjukkan dalam Jadual 1:

Bilangan pegawai dan anggota ATM dan PDRM yang telah dikenakan tindakan tatatertib bagi
tempoh yang sama masing-masingnya ialah berjumlah 7,390 dan 4,819.

Faktor Penurunan
Secara amnya kesedaran pegawai akan tindakan punitif dengan sendirinya berkeupayaan
mencegah sebarang pelanggaran di kalangan pegawai awam. Analisis kepada rekod
mendapati antara faktor utama yang menyumbang kepada aliran penurunan adalah:

i. Program Latihan dan Taklimat

Bengkel, kursus dan ceramah tatatertib anjuran JPA/Kementerian/Jabatan telah
adakan dari masa ke semasa bagi memantapkan pemahaman berkaitan peraturan-
peraturan tatatertib.

ii. Perkhidmatan Kaunseling;

Jawatan kaunselor telah diwujudkan di semua kementerian/jabatan. Dalam
hubungan ini Kaunselor bertindak sebagai pemudah cara dalam menangani isu-isu
yang dihadapi oleh kakitangan yang bermasalah sebelum tindakan tatatertib diambil
ke atas pegawai.

Sehingga tarikh semasa terdapat lebih kurang seramai 6,000 kaunselor/pegawai yang
dilatih untuk menjalankan tugas-tugas kaunseling. Daripada jumlah tersebut, 95
adalah Pegawai Kaunselor di bawah perkhidmatan gunasama awam persekutuan.

iii. Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan

Peraturan-peraturan yang ada telah diperkemaskan dari semasa ke semasa bagi
memastikan ianya mudah difahami oleh penjawat awam.

Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan pegawai dan anggota di bawah
kawalannya sentiasa mematuhi peraturan- peraturan yang berkuatkuasa; beserta
amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib tindakan tegas akan
diambil.

Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam mesyuarat berkata dengan Ketua-Ketua
Setiausaha/Ketua Jabatan telah bersetuju supaya semua kes-kes tatatertib yang dirujuk oleh
Badan Pencegah Rasuah hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kes
dirujuk.
112

Kumpulan Pegawai
Pegawai dalam Kumpulan Sokongan merupakan kumpulan pegawai yang paling ramai
dikenakan tindakan tatatertib iaitu 9,649 (92%) daripada 10,438 pegawai. Fenomena ini
disebabkan populasi pegawai daripada Kumpulan Sokongan mendominasi bilangan pegawai
awam iaitu seramai 887,665 (77%) daripada keseluruhan 1.1 juta pegawai awam. Butiran
pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib mengikut Kumpulan ialah seperti di Jadual 3:

Jenis Kesalahan
Kes-kes yang berkaitan tidak hadir bertugas di kalangan pegawai awam adalah kesalahan
tertinggi dan paling ketara iaitu 7,668 kes (55%) berbanding jumlah keseluruhan sebanyak
13,761 kes. Butiran dan jenis-jenis kesalahan lain termasuk tatakelakuan adalah seperti di
Jadual 4:

Implikasi kepada Hukuman Tatatertib
Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu
atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman, implikasi kepada pelaksanaan adalah
seperti dihuraikan di Lampiran berkepil.

Penutup
Pendedahan secara terperinci adalah selari dengan prinsip dan amalan ketelusan
Perkhidmatan Awam seperti mana yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam, Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam semasa pertemuan khas JPA dengan wakil media-massa
pada 4 Jun 2007 di JPA.


PELAKSANAAN DAN IMPLIKASI HUKUMAN TATATERTIB HUKUMAN

PELAKSANAAN/IMPLIKASI

1. Amaran (Warning)
Tidak boleh dinyatakan amaran pertama atau amaran keras atau sebagainya.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 6 bulan atau satu urusan mana
terdahulu.

2. Denda (Fine)
Denda yang dikenakan adalah berasaskan emolumen pegawai. Denda maksimum ialah tidak
melebihi 7 hari emolumen. Jika dikenakan lebih sekali dalam satu bulan kalendar, agregat
denda tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak 45% daripada emolumen bulanan
pegawai. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 12 bulan atau satu urusan
mana terdahulu.

113

3. Lucut Hak Emolumen (Forfeiture of Emoluments)
Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat
dalam tempoh 18 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

4.Tangguh Pergerakan Gaji (Deferment of Salary Movement)
Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulang tahun
pergerakan gaji pegawai. Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh
hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh yang paling hampir selepas
tamat tempoh hukuman. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 30 bulan
atau satu urusan mana terkemudian.

5.Turun Gaji (Reduction of Salary)
Gaji diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dan penurunan gaji itu
tidak melebihi tiga pergerakan gaji. Tempoh hukuman ialah tidak boleh kurang daripada 12
bulan tetapi tidak boleh lebih 36 bulan. Hukuman dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan
oleh Lembaga Tatatertib atau pada tarikh hukuman dijatuhkan. Pegawai tidak berhak
menerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah
ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat. Pegawai tidak layak dinaikkan
pangkat dalam tempoh 36 bulan atau satu urusan mana terkemudian.

6.Turun pangkat (Reduction in Rank)
Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama.
Gaji pegawai ditetapkan pada satu mata gaji dalam jadual gaji bagi gred yang dikurangkan itu
supaya lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir sebelum hukuman. Pegawai tidak
layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 48 bulan atau dua urusan mana terkemudian.

7.Buang Kerja (Dismissal)
Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga Tatatertib menjatuhkan hukuman. Pegawai tidak
berhak menerima apa-apa kemudahan dalam perkhidmatan awam.



1.3 Arahan Perbendaharaan

Pendahuluan
Arahan Perbendaharaan ini diterbitkan bagi menggantikan Arahan Perbendaharaan yang
dikeluarkan pada 29 Disember 1997.

Pendahuluan ini bukan merupakan sebahagian daripada Arahan Perbendaharaan.
Pendahuluan ini menekankan ciri-ciri penting dalam Arahan Perbendaharaan sebagai
panduan kepada pegawai-pegawai awam amnya dan pegawai-pegawai perakaunan
114

khususnya.

Seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] memperuntukkan bahawa tiap-tiap
pegawai perakaunan adalah tertakluk kepada Akta ini dan hendaklah menjalankan apa-apa
kewajipan menyenggara buku dan menyediakan akaun yang ditetapkan oleh atau di bawah
Akta ini atau oleh arahan-arahan yang dikeluarkan oleh perbendaharaan mengenai perkara
tatacara kewangan dan perakaunan yang tidak bertentangan dengannya:

Dengan syarat bahawa seorang pegawai perakaunan negeri adalah di samping itu tertakluk
kepada apa-apa arahan pihak berkuasa Kewangan negeri yang tidak bertentangan dengan
yang tersebut di atas.

Berasaskan seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], Arahan Perbendaharaan ini
menerangkan tatacara kewangan dan perakaunan yang perlu dipatuhi oleh semua Pegawai
Pengawal atau Pegawai Yang Diberi Kuasa (di mana berkaitan) yang bertanggungjawab bagi
perkara- perkara berikut:

(i) Memungut, menerima atau mengakaun Wang Awam;
(ii) Membelanja atau membayar apa-apa Wang Awam; dan
(iii) Menerima, menyimpan, mengeluar, melupus, menghapus kira dan mengakaun
Aset Awam (kecuali tanah dalam Persekutuan dan negeri).

Arahan Perbendaharaan ini dibahagikan kepada tiga bab iaitu;-
Bab A Tatacara Kewangan;
Bab B Tatacara Perakaunan;dan
Bab C Audit, Kehilangan dan Tatacara Hapus Kira.

1. Bab A Tatacara Kewangan menjelaskan tatacara mengenai pemberian kuasa oleh Badan
Perundangan bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta bagaimana perbelanjaan
itu (selepas peruntukan diluluskan oleh Badan Perundangan) dilakukan, tertakluk
selanjutnya kepada kawalan Perbendaharaan. Ia juga menjelaskan tatacara mengenai
pindah peruntukan dan anggaran tambahan. Tujuan bab ini adalah untuk menjelaskan dan
bukan menggantikan apa-apa peruntukan Perlembagaan dan undang-undang dan sekiranya
didapati apa-apa pertentangan antara Arahan ini dengan peruntukan Perlembagaan dan
undang-undang itu, maka peruntukan Perlembagaan dan undang-undang itu akan diguna
pakai.


115

2. Bab B Tatacara Perakaunan dibahagikan kepada tiga seksyen seperti berikut:

I - Mengawal Terimaan dan Bayaran dan Menyimpan Wang Awam;
II - Perakaunan; dan
III - Tatacara Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja.

(i)Di bawah seksyen I diterangkan bahawa kawalan terimaan dan bayaran serta
penyimpanan Wang Awam adalah terletak di bawah tanggungjawab Pegawai-pegawai
Pengawal.

(ii) Di bawah seksyen II diterangkan tanggungjawab Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
Akauntan Negara, Pegawai Kewangan Negeri dan Akauntan Negeri/Bendahari Negeri dalam
perkara-perkara mengenai tatacara perakaunan.

(iii) Seksyen III pula menerangkan tatacara perolehan bekalan, perkhidmatan
dan kerja.

3. Bab C Audit, Kehilangan dan Tatacara Hapuskira menegaskan tanggungjawab Pegawai
Pengawal berkenaan:

(i) perbelanjaan, pemungutan, penyimpanan dan perakaunan yang sepatutnya mengenai
Wang Awam;

(ii) penyimpanan, pelupusan dan perakaunan yang sepatutnya mengenai Aset Awam di
bawah jagaan mereka; dan

(iii) Laporan Ketua Audit Negara mengenai Akaun Awam dan keterangan kepada
Jawatankuasa Akaun Awam.

Bab ini juga menjelaskan tatacara yang perlu dipatuhi sekiranya berlaku apa-apa kehilangan
atau sekiranya tatacara perakaunan yang telah ditetapkan tidak dipatuhi. Di mana perlu,
tindakan surcaj hendaklah diambil terhadap pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ke
atas sesuatu kehilangan.

Semua pegawai awam perlu memahirkan diri dengan Arahan Perbendaharaan. Kurang
pengetahuan mengenai Arahan Perbendaharaan tidak akan diterima sebagai suatu alasan
sekiranya Arahan Perbendaharaan tidak dipatuhi, atau pun jika berlakunya apa-apa
kehilangan Wang Awam atau Aset Awam akibat ketidakpatuhan kepada Arahan
Perbendaharaan.


116

1.4 Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor

Definisi Stor
Tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan,
pengendalian dan pengeluaran stok.

Objektif Pengurusan Stor
hendaklah dilaksanakan secara
(a) Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan; dan
(b) Kualiti stok sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan dan
penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan.
1. Menyimpan
2. Merekod
3. Susun Atur
4. Pengeluaran

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2009
TATACARA PENGURUSAN STOR

1.5 Arahan Perkhidmatan

Panduan asas pentadbiran sesebuah pejabat / jabatan yang meliputi pentadbiran am,
perkara perkhidmatan, alat kelengkapan pejabat, rekod awam dan kemudahan
perhubungan.

1.6 Akta Acara Kewangan

Satu Akta untuk menyediakan kawalan dan pengurusan kewangan awam di Malaysia dan
untuk prosedur kewangan dan pengakaunan, termasuk prosedur untuk memungut,
menyimpan dan membayar wang awam Persekutuan dan Negeri.


1.7 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

Contoh ;
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan 2005) (Bhg. V,VII dan VIII)
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

117

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU


1.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
1.2 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
1.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
1.4 Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
1.5 1 Murid 1 Sukan
1.6 Transformasi Pendidikan Vokasional
1.7 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
1.8 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan


1.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun
semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid
terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan
pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard
Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai,
manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan
Kementerian Pelajaran.


Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian,
Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta
Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca,
Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan
Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis
dan Mengira)

118

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan
semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi
pengurusan kurikulum lebih berkesan.


Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada
literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula
diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.


Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid.
Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P
bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral
speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.


Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan
KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada
laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik
Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283 .


Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P
seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan
buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.


Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran
tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.











119

KSSR terap 1 Malaysia
KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan
pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa
subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema
semangat kenegaraan dan patriotik.


KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian
murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan
mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta
pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar
dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan
menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan
menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap
dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan
interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan
penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar
dengan matlamat kerajaan. Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah
menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah
akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani
uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas
Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu
kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan
tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh
negara. Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal
mengenai kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk
menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan
menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.


120

Isu Terkini KSSR ( UTUSAN 30 Disember 2011)


































Dasar MBMMBI, KSSR lonjak kualiti pendidikan negara.

PELAKSANAAN Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang diperkenalkan tahun ini nyata bertepatan dengan hasrat
kerajaan untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan, bahasa perhubungan clan
bahasa ilmu. Pada masa sama peningkatan penguasaan bahasa Inggeris turut diberi kepentingan
supaya pelajar dapat bersaing dan meneroka ilmu di peringkat antarabangsa.

Sukar untuk menafikan bahawa kedua-dua bahasa ini sememangnya memainkan
peranan penting ke arah melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran tinggi clan
berketrampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.
121

Justeru, dalam usaha meletakkan MBMMBI pada tempat sewajarnya, maka beberapa
kaedah clan strategi pelaksanaan diperkenal berasaskan langkah yang mampu melonjakkan
keberkesanannya. Tumpuan utama ialah melalui transformasi kurikulum sekolah clan
peningkatan kapasiti guru. Malah, kedua-dua aspek ini jugs dikenal pasti berupaya menjadi
elemen asas melahirkan sumber manusia yang mengisi keperluan negara. Untuk itu,
kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan
sebagai usaha menyusun semula clan menambah balk kurikulum sedia ada bagi memastikan
murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan
semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21.


Menerusi transformasi kurikulum, modul Pengajaran clan Pembelajaran (P&P) bagi
kurikulumbahasa Malaysia clan bahasa Inggeris disedia berdasarkan kemahiran bahasa
berkenaan, membabitkan proses mendengar, bertutur, membaca clan menulis selain
penekanan terhadap modul tatabahasa clan seni bahasa. Apa yang diharapkan melalui
pendekatan modul sedemikian, setiap sesi pengajaran akan berupaya mewujudkan fokus
kepada sesuatu kemahiran utama denganmengintegrasikan kemahiran lain secara
bersepadu. KSSR dibangun berteraskan enam tunjang utama merangkumi komunikasi; sains clan
teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; kerohanian,sikap dan nilai; kemanusiaan; dan
ketrampilan diri. Setiap tunjang mengandungi disiplin ilmu, kemahiran dan nilai yang
menjadi asas kepada pembangunan insan yang seimbang dan berpemikiran kreatif, kritis dan
inovatif

Secara dasarnya, KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan
standardpembel aj ar an yang per l u di capai ol eh mur i d dalam, satu tempoh
persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan adalah pernyataan lebih terperi nci
mengenai perkara yang muri d patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Sementara standard
pembelajaran pula merujuk kepada satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelaiaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

KSSR diketengahkan dalam bentuk modular yang mans kandungan pembelajaran
disediakanberbentuk unit kendiri lengkap (self-contained) yang dinamakan modus. Seliap unit
adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sudah dikenal
pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandungan kurikulum disusun dalam Modul Asas
Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif manakala tahap dua dalam bentuk mata
pelajaran teras dan elektif. Apa yang jelas KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu
pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pel ajaran yang banyak
serta keterlaluan penekanan terhadap kecemerlangan akademik.

Justeru, terlalu pendekatan sebegini ia memberi penegasan kepada pelaksanaan kaedah pen-
taksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan proses P&P lebih menyeronokkan dan tidak
terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid jugs digalak meningkatkan pembabitan dalam
kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Sesungguhnya pelaksanaan KSSR
diharap mampu membantu memperbaharui kuri kulum sedia adsa serta memastikan
is relevan dengan keperluan pendidikan semasa, sekali gus berfungsi sebagai agen
perubahan bagi mencapai objektif melahirkan modal insan terbilang dan berketrampilan tinggi.
122

Sejajar tumpuan terhadap peningkatan kapisiti guru bagi menjayakan Dasar MBMMBI,
makaKementerian Pelajaran Malaysia menjadikan Standard Guru Malaysia (SGM) yang
mengandungi komponen standard dan keperluan sebagai rujukan piawaian kualiti guru di
seluruh negara. Selain itu, usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan guru bahasa
Malaysia dan Inggeris yang berkualiti turut diberi perhatian. Maka, tanggungjawab Institut
Pendidikan Guru (IPG) telah dikembangkan untuk melatih guru pads peringkat ijazah. Bagi
meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris pula, program penutur jati diperkenalkn dengan
melantik 360 penutur jati dari luar negara, sebagai mentor di 1,800 sekolah rendah manakala 15 lagi
sebagai training fellows di IPG yang dipilih sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris.



1.2 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu.

Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah
Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014.

Sehubungan dengan itu, satu soal selidik akan diadakan bagi mengumpul pandangan dan
cadangan masyarakat dari pelbagai lapisan terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan
reka bentuk dan kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah. Maklumat ini penting
kepada proses penambahbaikan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam usaha
transformasi kurikulum.

Matlamat Kajian
Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah untuk mendapatkan
input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang terkandung dalam kurikulum Sejarah
Sekolah Menengah di samping cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum
mata pelajaran Sejarah.

Objektif
Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum Sejarah
Sekolah Menengah
Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan kurikulum Sejarah
Sekolah Menengah



123

1.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Konsep PBS

Apa itu PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan
akademik.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan
oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran
Psikometrik.

Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?
Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah
yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz,
soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan
kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran
merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu
guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?
Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara
untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

Bila PBS mula dilaksanakan?
PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan
UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada
2014.

Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?
PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek
JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran
sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik
124

melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif
dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan
assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih
kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan
assessment of learning.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,
Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard
Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran
serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang
murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid
dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini
akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana
guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-
masing kerana mereka:
- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

Apakah standard prestasi?
Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan
tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang
yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda
aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir
bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan
berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.


125

Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
Pementoran
Penyelarasan
Pemantauan
Pengesanan
Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing
guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan
yang ditetapkan.
Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan
memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan
yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada
Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.
Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan
instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan
pembelajaran anak-anak mereka?
Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-
bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat
perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data
base).

Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?
Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh
membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang
perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi
untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?
PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari
segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana
pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.



126

Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?
Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid
masing-masing kerana mereka:
- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?
Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas
pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.


Tambahan

Apa itu SPPK/SPK?
SPPK ialah satu system pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran yang
dikendali secara bersama oleh Lembaga Peperiksaan dan pentaksiran yang dikendali oleh
sekolah.

Apa itu PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang,
ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran
Psikometrik.

Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?
Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini
dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS
yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia
dilaksanakan dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokmentasi.



127

Apakah perbezaan antara SPPK dengan pentaksiran sedia ada?


Pentaksiran sedia
ada




SPPK



Pentaksiran sekolah
(PS)
Pencapaian murid
tidak direkodkan
Pentaksiran sekolah Pencapaian murid
direkodkan
Pentaksiran pusat
(PP)
PLBS untuk
matapelajaran
Bahasa PEKA untuk
matapelajaran
Pentaksiran sekolah Semua
matapelajaran
mempunyai
komponen
pentaksiran



Sains di jalankan dan
pencapaian murid
direkodkan



Pusat dan
pencapaian murid
direkodkan
Tiada Pentaksiran
aktiviti jasmani sukan
dan kokurikulum
(PAJSK)
Tiada pentaksiran ini Ada PAJSK Pencapaian murid
direkodkan
Pentaksiran
Psikometrik (PPSI)
Ada dalam
komponen
pentaksiran sekarang
PPSI dijalankan pada
dua tahap iaitu
tahun 3 dan tahun 6
Ada dalam
komponen SPPK
Peperiksaan Pusat
(PP)
Ada dalam
komponen
pentaksiran
sekarang.Wajaran
adalah 100%
Ada dalam
komponen
SPPK.Tetapi untuk
matapelajaran
TERAS.Wajaran 60%
40% merangkumi
PS,PAJSK dan PP

SPPK bersifat holistic,system ini mentaksir aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI).
PBS memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI. Ia akan mentaksir proses dan produk
iaitu mengamal konsep assessment for learning dan assessment of leaning. PBS terdiri
daripada empat komponen iaitu Pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah, pentaksiran aktiviti
jasmani, sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik. Kesemua komponen ini
ditadbir disekolah.

Apakah komponen PBS?
PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran
aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.

Apakah PBS akan menambah beban tugas guru?
Pihak LP telah menyediakan dua system aplikasi untuk membantu guru-guru.


128

Kenapa PBS dilaksana? Kenapa sekarang?
Seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf
dunia.

Bila PBS mula dilaksanakan?
Mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada 2012
dan PMR sepenuhnya pada 2014.

Apakah asas pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh?
Ujian khas kemasukan ke asrama penuh akan diperkenalkan dan akan diuruskan oleh
Bahagian-bahagian KPM yang berkenaan.

Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?
Pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan pentaksir
supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Pementoran dijalankan secara berterusan bersama Jurulatih Utama pentaksiran dengan
tujuan memantapkan dan menambahbaik pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman
berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang
digunakan dan kaedah pemberian skor.

Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran
dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan.

Pengesanan ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari segi pencapaian objektif,
kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program
Pentaksiran Pusat.

Penyelarasan diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada konstruk
yang ditaksir berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah untuk memastikan keselarasan
kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan tersebut. Sesi penyelarasan akan
diatur mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan diwakili oleh semua guru yang terlibat
dengan PBS.

Apakah peranan Pentaksiran Psikometrik?
Maklumat yang bersifat akademik dan peribadi diperlukan untuk membantu pembelajaran
murid. Pentaksiran Psikometrik melengkapkan keperluan ini dengan mendapatkan data
selain daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian ciri
peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan murid
untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain
digunakan untuk mengenal pasti dan mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid
129

dapat dipertingkat dan dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki.

Pentaksiran Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan
kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran murid.
Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Apakah standard kurikulum?
Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang
terkandung dalam KSSR:

- standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard
pembelajaran
- standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat
- standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat
melalui tingkah laku

Apakah standard prestasi?
- standard prestasi menunjukkan tahap penguasaan dan kualiti kerja murid
- standard prestasi memberi makna kepada band yang dicapai murid

Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?
Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana
mereka:

-Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
-Boleh member maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran
murid
-Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan
murid
-Mentaksir dan member maklum balas berpandukan standard prestasi

Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakn PBS?
Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran
tetapi akan diberikan pendedahan semula tentang pentaksiran berasaskan sekolah.

Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran
anak-anak mereka?
Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui system aplikasi pada bila-bila masa
sekiranya diperlukan.Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada
Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).
130

Apakah nilai UPSR dan PMR?
UPSR dan PMR dalam SPPK masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insane yang
holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan
menyeluruh.

Adakah guru menggunakan standard dalam kurikulum atau standard prestasi untuk
mengajar?
Guru hendaklah menggunakan standard dalam kurikulum untuk mengajar manakala
menggunakan standard prestasi untuk mentaksir.

Bagaimana ibu bapa boleh memahami laporan yang disediakan?
Guru akan menerangkan perkembangan anak mereka berdasarkan evidens dan deskriptor
dalam portfolio anak masing-masing. Laporan adalah berbentuk diskriptif.

Bagaimana PBS akan dilaksanakan jika kemudahan komputer dan internet tiada di
sekolah?
Sistem akan desediakan dalam bentuk standalone dan data dihantar dalam bentuk text file
dalam CD.

Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?
Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid
mengenalpasti kekuatan,kelemahan,kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu
diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk
mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

Apakah nilai PBS kepada murid-murid aliran agama?
Kerangka standard prestasi merangkumi penguasaan pengetahuan,kemahiran dan
pengamalan adab tingkah laku. Jesteru, pentaksiran dilakukan untuk melihat perkembangan
semua aspek pembangunan insan yang selama ini tidak ditaksir.

Apakah PMR akan digunakan sebagai indikator untuk pemilihan aliran di peringkat
menengah atas?
Lima komponen pentaksiran dalam SPPK dapat memberi kepelbagaian maklumat secara
komprehensif bagi membantu murid membuat pemilihan aliran yang lebig tepat.

Adakah PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dalam pelaksanaannya?
PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dengan menyediakan kaedah dan instrument
pentaksiran yang sesuai dengan mereka.
131

Apakah peranan PAJSK dalam PBS?
PAJSK membekalkan maklumat sebagai pelengkap kepada kemenjadian murid yang
seimbang dan harmonis, pencapaian, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti
jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum diambil kira sebagai sebahagia daripada wajaran
40% PBS untuk UPSR.


Isu Terkini ( UTUSAN 30 DISEMBER 2011)


132











































133


134


135

1.4 Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUHBAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Apakah itu Dasar MBMMBI?
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan
penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dengan fasih dan betul.

Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan
pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Tamil dan sekolah menengah.

Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan
matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis
kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.

Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?
Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan
bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p,
transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan
dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p

Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?
Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan
seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata
pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama
untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris.
Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat
memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami
oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya
PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu
matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga
menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik
dalam bahasa Malaysia.

Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010.
Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris
dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris
dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa
Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid
menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid
136

sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik
dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat
Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft
landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa
Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa
Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.

Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?
KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk
melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme
guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan
pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta
kursus berikut:

Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher
Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG
Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan
opsyen bahasa Inggeris
Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers
(RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-
PELT
Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk
meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar
Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 5

BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata
pelajaran BM dan BI:

Latihan untuk bahasa Malaysia:

i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
ii. KDP 4 Minggu
iii. Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Latihan untuk bahasa Inggeris:

i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris
ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris
iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris





137

Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang
berkualiti? (BPG/ELTC/IPGM)

Institut Pendidikan Guru

a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan
selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.
b. Study untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.
c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai
dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.
d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ada komponen Amalan
Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.


Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.

Praktikum 3 kali praktikum :

a. Semester 5 4 minggu
b. Semester 6 8 minggu
c. Semester 7 12 minggu

Semester 8 pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah
sebagai guru permulaan.

Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu
inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan
professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara
berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk
dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.

Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan
dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan
latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk
pembangunan profesionalisme secara berterusan.

Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi
bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris?
ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk
guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah
rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.



138

BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:
Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah
menengah yang telah berkhidmat antara 1 5 tahun
Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang
telah bersara dari seluruh negara

Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahas
Inggeris?
Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai
pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan
institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program
Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.

Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru
bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru
(IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:

IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
IPG Kampus Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan English Language Teaching
Centre, Kuala Lumpur

Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor
dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam
pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan
pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah
sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.

Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam
aspek seperti berikut:

a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa
Inggeris;
b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
f. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program
h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah




139

Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?
English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan
profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:

a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)
· Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah
menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang
membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan
profesional mereka.

b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)
· Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan
P&P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan
berkomunikasi dengan lebih berkesan.
· CD Audio-Video CD) yang membolehkan guru melaksanakan
pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.
· OPS-ENGLISH Handbook untuk pelajar.

Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital
pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian
kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan
digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan
diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.

Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris?
Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam
pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat
pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.

Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?
Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;

Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan
tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran
pembelajaran atau assessment for learning)

Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan
untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang
dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)

Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian,
memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih
penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas
kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan
bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya
140

secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak
berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.

Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap
penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan
kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu
dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan
pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu
membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.

Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat
UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa?
Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains
dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga
tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut
akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.

Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi
bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti?
Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih
efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara
inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum
bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru
Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan
tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu,
pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat
prauniverisiti mahupun universiti.



1.5 1Murid 1Sukan (1M 1S)


Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?
Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan
menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan?
Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk [1] Mendapatkan
faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak
aktif; [2] Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid
dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan [3] Memberi peluang kepada
semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

141

Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini?
Meningkatkan kecergasan jasmani;
Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;
Memupuk perpaduan di antara kaum;
Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;
Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1M 1S Ini?
Sebelum pelaksanaan Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut;-

Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu
jenis sukan;
Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta
persetujuan pihak sekolah;
Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang
melibatkan pergerakan fizikal.
Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti
rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh
kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK
hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;
Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti
sukan;
Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang
kepada pembangunan sukan sekolah; dan
Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan
sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi
penyertaan aktif setiap murid.

Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini?

Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah
dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah.
Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini
berdasarkan kemampuan sekolah.
Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah
sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan
Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan
aktiviti 1M 1S


142

Dasar 1Murid 1Sukan

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan
menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar
Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah
dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan
Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan,
prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah
Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang
mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam
sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat,
cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri
dalam mendokong semangat 1 Malaysia.
Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:

1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan
murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial (JERIS). Konsep
Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:
1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan
dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid
dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk
digilap ke tahap yang lebih tinggi.

143

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan
hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar
1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan ,
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid
Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan
sekolah.
2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan
pihak sekolah;.
3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani
hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.
4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.
5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan
Emosi murid.
6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada
pembangunan sukan sekolah.
7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan
hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif
setiap murid.

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan
dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan
itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam
latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di
bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah
sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh
kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm
asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM
serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.

Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:

1. Kehadiran;
2. Jawatan Serta Sumbangan;
3. Penglibatan; dan
4. Pencapaian.

Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4
dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.
144

1.6 Transformasi Pendidikan Vokasional


Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?
Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat
Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu
melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan
(pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga).

Apakah pula makna aliran vokasional?
Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan sederhana
dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vocational).
Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran ini ialah
membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.

Maksud aliran kemahiran?
Manakala aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendah tetapi
berminat kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran ini apabila tamat kursus
akan menjadi tenaga mahir di industri atau bekerja sendiri. Kandungan kursus aliran
kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah dengan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM).


Transformasi Pendidikan Vokasional
APABILA transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka aliran ini
tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum beranggapan ia sebagai
tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga
dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan sebahagian
rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas matrikulasi atau
tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM.

Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem
pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat
diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.
Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh
memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu.

Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di
kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari dengan
kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara. Transformasi pendidikan
vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi penekanan kepada amalan
industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apa yang
menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar mulai
145

tingkatan satu.

Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap
satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di tingkatan
tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan
diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu
SKM tahap empat.

Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM
dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri. Sudah sampai masanya
diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas, ICT,
kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini. Dengan kata
lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan supaya berlaku
perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu
bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju.

Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar yang
mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan negara
lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia 62% dan
Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara puratanya
ialah sebanyak 44%. Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan
pelajar vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai
sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan kemudahan
pendidikan tersebut.

Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini?
Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih
yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali
sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam
alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan
amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.

Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan adalah
mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa kemahiran
teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan bulanan.
Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan. Sekiranya mereka
mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh meningkat di antara RM1,000
hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini adalah selaras dengan Program
Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam
usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.

Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan bagi
menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlah pelajar
yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap tahun
menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan.
146

Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar
cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang
pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa
turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini.

Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi
usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan
berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.


Program Asas Vokasional (PAV)

Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program Asas Vokasional
(PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan dilaksanakan mulai tahun
2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai pendidikan arus perdana, kata Timbalan
Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang diajar
di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan
vokasional.

"Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan
pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi dengan
mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita usahakan
supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia,"
katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai sekolah
rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam PAV akan
menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.

Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah sama
ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu penubuhan
kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke kolej vokasional
sedia ada.

Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih pelajar
di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat menengah adalah
menggunakan penilaian psikometrik.

"Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk
melihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PAV ini
mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian Pengajian
Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar yang
melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap Diploma atau
147

SKM Tahap IV.

Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan ia
adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka
mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa.

"Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus vokasional
dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di negara-negara maju
komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan hanya 30 peratus akademik,"
katanya.

Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun di
kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang-kurang
perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan graduan
berkemahiran tinggi.

Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap
Menteri Pelajaran menutup 'Perak Expo for Young Scientis' bertemakan 'Innovation of
Science and Technology for Environmental Sustainability' yang berlangsung tiga hari berakhir
Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Pelajaran Negeri
Perak, K-Perak Implementation and Coordination Corporation (KPerak), Kementerian
Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi antaranya bertujuan
mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi di kalangan
pelajar dan orang ramai ke arah mengurus serta mengekalkankesejahteraan alam.


Isu Terkini ; (UTUSAN 30 Disember 2011)
148








149











150

Transformasi Pendidikan Vokasional lahir tenaga Mahir

PENDIDIKAN teknikal dan vokasional sememangnya memerlukan satu anjakan baru yang
bukan sahaja membolehkan pelajar memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun, malah
dijangka mengubah lanskap pendidikan negara untuk mengarusperdanakan pendidikan
vokasional serta mengubah komposisi modal insan daripada berorientasikan lepasan
akademik kepada lepasan aliran vokasional sejajar amalan di negara maju.
Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menstruktur semula sistem
pendidikan ini menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang akan
dikuatkuasakan pada 2013 kena pada masanya bagi mengangkat martabat pendidikan
vokasional sebagai aliran pendidikan yang akan menjadi pilihan pelajar.

Apabila transformasi ini dilaksanakan, maka aliran vokasional tidak lagi dianggap sebagai
pendidikan kelas kedua. Apa yang pasti, rancangan penstrukturan semula sistem pendidikan
vokasional ini, sudah tentu ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak yang ingin melihat bidang
ini menjadi teras utama dalam sistem pendidikan negara.

Untuk itu, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional harus diubah. Jika selama ini,
ramai menganggap pelajar vokasional tergolong dalam kalangan yang lemah atau
dikategorikan dalam kelas kedua maka transformasi besar-besaran ini diharap mengubah
stigma masyarakat umum bahawa tanggapan sedemikian tidak lagi berasas. Jika halangan
persepsi sebegini dapat di atasi, tidak mustahil pendidikan vokasional menjadi rebutan
pelajar sebagaimana yang berjaya dilaksanakan di negara Eropah.

Kemajuan pesat dalam sektor industri negara yang rancak berjalan sekarang sudah pasti
akan mengalami gangguan sekiranya tenaga mahir secukupnya tidak dapat disediakan.
Malah, harapan seterusnya dapat memberi ruang dan peluang lebih besar kepada pelajar
untuk memiliki keupayaan dan tahap kemahiran luar biasa bagi memenuhi permintaan
pasaran. Secara langsung juga, langkah kerajaan mengarusperdanakan pendidikan
vokasional turut terkandung dalam Bab 5, Rancangan Malaysia ke-10.

Pendidikan dan latihan vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup penting dalam
menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi
seterusnya menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara. Untuk itu, kualiti
kuriku¬lumnya perlu dipertingkat dan dise¬suaikan dengan keperluan industri.

Justeru dalam konteks ini, TPV yang diperkenalkan itu akan membabitkan dua aspek penting
iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV) sebagai laluan
dalam usaha mencapai matlamat berkenaan. Malah, la akan dilaksanakan mengikut pelan
tindakan strategik dalam tempoh 2011 hingga 2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu
fasa lonjakan dari 2011 hingga 2013, fasa Peningkatan (2014 hingga 2016) clan fasa
pemerkasaan (2017 hingga 2020).

Sehubungan itu, bagi meman¬tap dan melestarikan penerimaan keseluruhan sistem serta
kurikulum di bawah TPV, maka mulai sesi persekolahan 2012 Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) melaksanakan projek rintis PAV di 15 sekolah harian atau sekolah
menengah kebangsaan (SMK), di samping menaik taraf 15 sekolah menengah vokasional
151

menjadi KV, masing-masing di setiap negeri.

PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional yang ketika ini diajar di sekolah harian
clan akan ditawarkan kepada pelajar menengah rendah seawal tingkatan satu sehingga
tingkatan tiga, khusus kepada lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang
cenderung kepada pendidikan bercorak amali. Dalam aspek ini, sistem PAV akan
dilaksanakan selama tiga tahun di SMK terpilih itu berdasarkan beberapa tahap sejajar
proses transformasi pengajian teknik clan vokasional,

Lepasan PAV dibenarkan menyambung pelajaran di KV atau ke institusi kemahiran awam
dan swasta. la akan dilaksanakan sepanjang tempoh empat tahun sehingga peringkat
diploma mengguna pakai sistem semester dengan kurikulumnya berasaskan kepada
kemahiran tertentu. Kurikulum KV mempunyai dua komponen membabitkan 70 peratus
kemahiran clan 30 peratus akademik bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan.

Malah, kurikulum ini akan merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan
(NOSS), SKM dan lain-lain bentuk persijilan yang diiktiraf pihak industri dan pada akhir tahun
keempat, pelajar sudah memperolehi Diploma Kolej Vokasional, iaitu selari dengan
kepatuhan SKM Tahap 4.

Dalam merancakkan pendidikan vokasional, pembabitan sektor swas¬ta (industri) turut
dipelawa bersama -sama menjayakan transformasi ini. Tanggungjawab yang boleh
dimain¬kan oleh sektor ini ialah menyedia¬kan tenaga pakar industri sebagai tenaga
pengajar jemputan di kolej vokasional.

Menerusi kaedah ini, pendedahan dan maklumat langsung berkaitan industri semasa dapat
disalurkan kepada pelajar. Malah, sektor swasta digalak untuk membangunkan institusi
vokasional berdasarkan kurikulum yang dipersetujui bagi menam¬pung kemasukan pelajar
berpotensi tajaan Kementerian.

Hakikat betapa penting pelan ini perlu dilaksanakan juga merujuk kepada keperluan negara
yang memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan
datang bagi menampung kehendak industri tempatan. Tidak terkecuali, transformasi
sedemikian perlu diketengahkan berikutan penyertaan pelajar peringkat menengah dalam
bidang vokasional masih rendah. Ketika ini, enrolmen pelajar Malaysia dalam bidang ini
hanya mencapai lima peratus. la jauh ketinggalan berbanding negara maju yang rata-rata
mencatat paras lebih 50 peratus.

Malah negara serantau seperti Indonesia dan Thailand mengatasi jumlah peratusan
berbanding Malaysia dengan jumlah pelajar yang mengambil aliran ini menjangkau 40
hingga 60 peratus. Pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu daripada
kekuatan utama dalam sistem, pendidikan di German, Hampir 60 hingga 70 peratus daripada
pelajarnya iaitu melebihi 1.6 juta orang memasuki sekolah vokasional. la merangkumi kira-
kira 340 jenis pekerjaan dan sangat popular di kalangan lepasan sekolah di negara itu.


152

Pendekatan ini berjaya mengurangkan kadar pengangguran siswazah dalam tempoh setahun
selepas tamat pengajian kepada tiga peratus sahaja. Sementara di Austria, 78 peratus
pelajarnya memasuki bidang vokasional dan hampir 60 peratus mereka yang bekerja
mendapat pendedahan dalam bidang itu. Berdasarkan pelbagai usaha bersungguh-sungguh
yang dilaksanakan kerajaan bagi memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, diharap
mampu meningkatkan peratusan pelajar aliran berkenaan kepada 20 peratus menjelang
2015.

Apa yang jelas, pelan transformasi vokasional ini bukan sekadar memberi satu alternatif
dalam sistem pendidikan negara, tetapi antara pendekatan bagi merealisasikan hasrat
kerajaan dalam mengisi perancangan dan keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).



1.7 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan pada
bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi
meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009
kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melalui
pertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.

ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu:

1. Minyak, Gas dan Tenaga 7. Minyak Sawit
2. Perkhidmatan Kewangan 8. Pelancongan
3. Perkhidmatan Perniagaan 9. Elektronik dan Elektrikal
4. Borong dan Runcit 10. Pendidikan
5. Kesihatan 11. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
6. Pertanian 12. Greater Kuala Lumpur

Dibawah ETP, NKEA tersebut talah dikenalpasti sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang
mempunyai potensi untuk memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan
ekonomi Malaysia. Sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan 60 peluang
perniagaan (BO) telah dikenalpasti untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan
negara kasar (GNI).


Memacu Malaysia Ke Arah Menjadi Negara Maju Dan Berpendapatan Tinggi

Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) adalah satu
usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara
berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar
(PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang AS$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih
daripada AS$15,000 atau RM48,000 pada 2020, dengan itu memacu kemajuan negara ke
tahap yang sama dengan negara-negara berpendapatan tinggi yang lain.

153

Perkembangan PNK sebanyak 6 peratus setahun akan membolehkan kita mencapai sasaran
yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020. Pelaksanaan ETP yang berjaya akan menyaksikan
ekonomi Malaysia berubah dengan ketara mirip negara-negara maju yang lain. Kami akan
meneruskan anjakan ke arah ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan menyaksikan
sektor perkhidmatan berkembang dari 58 peratus ke 65 peratus pada tempoh yang sama.

Lebih 3.3 juta pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara akan
diwujudkan menjelang 2020.. Ciri-ciri pekerjaan baru ini akan menyebabkan anjakan ke arah
julat pendapatan sederhana dan tinggi. Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan
ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia.

Akhirnya, pertumbuhan akan dicapai dengan cara mampan dan tanpa kos kepada generasi
akan datang melalui inisiatif-inisiatif seperti pembinaan kapasiti penjanaan tenaga alternatif
dan pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan.

ETP Berbeza dari Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi.
Satu pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali
pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau oleh mana-mana negara maju
yang lain.

Program ini menyediakan fokus mantap pada beberapa enjin pembangunan utama, 12
Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas atau NKEA). NKEA ini dijangka
akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi negara, dan ia akan menerima
keutamaan dalam pelaburan awam dan sokongan polisi.

Sektor swasta akan menerajui ETP; manakala Kerajaan akan memainkan peranan utama
sebagai fasilitator. Sebahagian besar daripada pembiayaan akan datang dari sektor swasta
(92 peratus) dan pelaburan sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin untuk
memulakan penyertaan sektor swasta.

Keberkesanan sebarang program transformasi bergantung kepada butir-butir khususnya.
ETP berbeza dari program-program lain kerana ia menumpu pada tindakan bukan pada
prinsip teori dan idea. Kami telah mengenal pasti 131 projek permulaan (entry point projects
atau EPP) yang menggariskan tindakan yang perlu diambil untuk mengembangkan ekonomi.

EPP dan peluang-peluang perniagaan lain yang dikenal pasti di bawah setiap NKEA diasaskan
pada jumlah sumbangan mereka kepada PNK; dan dipilih berdasarkan pada analisis ekonomi
dan kewangan yang teliti. Sebarang perbelanjaan awam akan diperuntukkan pada dasar
memaksimumkan PNK daripada setiap ringgit perbelanjaan.

Akhirnya, ETP dirumuskan supaya telus dan rapi, di mana sebuah Unit ETP baru di bawah
PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri)
telah ditugaskan untuk mengawasi dan melaporkan kemajuan ETP kepada pemimpin
Kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat.



154


Diwujudkan bersama oleh Sektor-sektor Swasta dan Awam.
Semenjak permulaannya, sektor swasta dan komuniti perniagaan telah terlibat dalam
pembentukan ETP.

Pada Mei 2010, Bengkel Seribu Orang telah dijalankan untuk membantu mengenal pasti 12
NKEA. Sektor awam terus memainkan peranan yang besar apabila makmal-makmal NKEA
bermula pada Jun 2010. Lima ratus minda terbaik dari sektor swasta (350 orang dari 200
syarikat berlainan) dan Kerajaan (150 orang dari 60 institusi awam berlainan, kementerian
dan agensi) telah berkumpul untuk membangunkan pelan bagi 12 NKEA tersebut.

Idea-idea dan rancangan-rancangan yang dikenalpasti dan dibangunkan di makmal telah
disindiketkan dengan meluas sepanjang tempoh lapan minggu makmal tersebut. Lebih 600
mesyuarat pensindiketan telah diadakan dengan kementerian-kementerian, agensi-agensi,
syarikat-syarikat multinasional, syarikat-syarikat tempatan dan badan-badan bukan
kerajaan. Pemegang berkepentingan utama seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri dan
para pemimpin perniagaan telah menyertai makmal pada peringkat awal dan memberi
maklum balas kepada peserta.

Berikutan dari makmal-makmal tersebut, Hari Terbuka telah diadakan di Kuala Lumpur,
Sabah dan Sarawak di mana pelawat (komuniti perniagaan, syarikat multinasional, rakyat
dan media) telah melawat gerai-gerai NKEA dan memberi input yang lanjut. Hasil daripada
proses ini adalah satu hala tuju yang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara
berpendapatan tinggi dalam masa sepuluh tahun akan datang.

Dalam melancarkan ETP, kami mengesahkan bahawa EPP yang tersenarai dalam hala tuju ini
hanyalah satu permulaan, dan melalui pelaksanaannya, kami akan mempelajari dan
menyesuaikan program tersebut bagi memastikan pencapaian aspirasi kami.

Tinjauan umum NKEA
Dua belas NKEA tersebut adalah teras kepada ETP.

NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk menyumbang
secara langsung dan material kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dua belas NKEA yang
terpilih ialah Minyak, Gas dan Tenaga; Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan; Pelancongan,
Perkhidmatan Perniagaan, Elektronik dan Elektrikal; Pemborongan dan Peruncitan;
Pendidikan; Penjagaan Kesihatan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian; dan
Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

Apakah Maknanya untuk menjadi NKEA?
Malaysia akan menumpukan usaha-usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA akan
menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk pembiayaan, pembekalan bakat dan
tenaga kerja terbaik dan medapat perhatian khusus Perdana Menteri. Sebagai tambahan,
penyusunan semula polisi seperti penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi
pasaran akan disasarkan pada NKEA.


155

Program-program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan keseimbangan
keseluruhan yang nyata kepada ekonomi. Misalnya, mengutamakan pelaburan dalam sektor
NKEA membawa kepada pengurangan pelaburan dalam sektor-sektor lain.

Pelantikan sektor-sektor sebagai sektor-sektor NKEA perlu mempunyai implikasi sebenar
pada sumber-sumber utama sekiranya mereka akan menerajui suatu perubahan yang
bermakna.

Falsafah yang sama bagi keutamaan juga akan digunapakai untuk sokongan lain yang
disediakan oleh Kerajaan kepada sektor-sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha-
usaha penyusunan semula polisi tertentu sektor-sektor tersebut dan dan perubahan
regulatori.

NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan akan mempunyai
mekanisme laluan pantas untuk menyelesaikan pertelingkahan atau sebarang penyempitan.

Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan bagi pertumbuhan sektor
bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan menumpukan usahanya pada NKEA
berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara yang bakal dijana oleh sektor-sektor
inidalam memacupembangunan ekonomi negara.



1.8 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

NKRA National Key Result Area

Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of
its delivery
The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that
the government is continuously working to better serve the needs of
Our real work will begin as we make the transformation of government services

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi
tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.

Sub-NKRA 1: Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan
berkemampuan:

1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian
Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
156

3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan
pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi
· NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
· Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3
tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
· Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalah
pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan,
terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal.
Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan
khas.

Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi
Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
· Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap
autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam
pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota
perkhidmatan)
Menghasilkan pelajar yang cemerlang
· Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan
yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
· Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan
tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah tersebut


157

Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah
di Malaysia:

NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional)
1. Prasekolah
2. Literasi dan Numerasi
3. Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Pengetua/Guru Besar
158

BAB 10 : BAB TAMBAHAN

A Dasar, Kurikulum & Sistem
1.1 Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
1.2 LINUS & PROTIM
1.3 Tonggak 12
1.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
1.5 RMK - 10 ( Pendidikan)

B Isu Semasa Pendidikan
2.1 Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar
2.2 Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik
2.3 Isu Penempatan GSTT
2.3 Majlis Bahasa Inggeris
2.4 Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah
2.5 Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

C Isu Semasa Negara
3.1 Sistem Pemerintahan Malaysia (YDP Agong, Kabinet,Komponen)
3.2 Isu Adam Adli
3.3 BR1M
3.4 Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik
3.5 Bajet 2012
3.6 Pelan Pembangunan Transformasi Pendidikan 2012-2025

D Teori Pendidikan
4.1 Taksonomi Bloom

E Lain-Lain
5.1 SPP
5.2 JPA
5.3 Sorotan Peristiwa 2011

A Dasar, Kurikulum & Sistem
1.1 Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)

Apa Itu SBPA ?
Bajet 2012 telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan
menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat
mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik,
responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam
pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau
penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

159

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:-

1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam
yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang
fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem
saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat prinsip baru
iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu
berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter
expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan
Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan
Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan
konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan
Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional,
serta Kumpulan Pelaksana;

7. Pelaksanaan enam strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu
kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication),
penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus
(outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim
perkhidmatan (revision);

8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep
Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan
Pembelajaran (LPDP);

9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan
subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa
bersandarkan kepada pangkat;

10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan
pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua
komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi
dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;
160

12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan
Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program
SkillsMalaysia;

13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat elaun
yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan
Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif
Pedalaman;

14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui
Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja
dari rumah;

15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi
mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan
mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian
berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai
mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan
syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)


Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Perubahan Panggilan Gred DG Guru
Perubahan Panggilan Gred DG Guru iaitu selepas Ini Tiada Lagi Gred DG 41, DG44, DG48, DG52,dan
54. Semua Gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6. Untuk lebih mudah lihat dibawah.
DG41 kepada 1-1
DG 44 kepada 1-2
DG 48 kepada 1-4
DG 52 kepada 1-5
DG54 kepada 1-6
Gaji Kakitangan Awam Akan Disemak Setiap 3 Tahun Sekali, Bermakna 2015 Ada Lagi Semakan,
Demikian Juga Pada 2018. Pada 2013 Dan 2016 Kadar Elaun Akan Disemak Semula, Dan Pada 2014
Dan 2017.

Pelarasan Gaji Akan Dilakukan Bergantung Kepada Kedudukan Kewangan Kerajaan Supaya Menjelang
2020 Pendapatan Perkapitan Kakitangan Awam Pada 2020 Adalah USD 15,00


161

Semua Kenaikan Pangkat Tidak Lagi Bergantung Kepada Kekosongan Jawatan Tetapi Bergantung
Kepada Tahap Prestasi Dan Syarat Kelayakan. Seseorang Guru Boleh Mencapai Ke Tahap Dg 54 ( 1-6 )
Setelah 25 Tahun Berkhidmat.

1) Guru DG41
- Ditukar kepada 1-1
- Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

2) Guru DG 44 kepada 1-2
- Ditukar kepada 1-2
- Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

3) Guru DG 48
- Ditukar kepada 1-4
- Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

4) Guru DG 52
- Ditukar kepada 1-5
- Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

5) Guru DG54
- Ditukar kepada 1-6
- Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320


Kebaikan Dan Kelebihan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam
SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:-

1. Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan
mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

2. Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan
mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi
tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada
sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah
6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus
kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred
DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat
39 peratus kepada 5,370 ringgit;

162

3. Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan
perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu
sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based,
seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru
bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan
masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya
pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah
SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

4. Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji
Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping
itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di
antara 7 hingga 13 peratus.

Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan
pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang
melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan
kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang
semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.


5 Sebab Mengapa Cuepacs Minta Sbpa Diteliti Atau Menolak Sbpa

1. Tiada Perbincangan yang dilakukan diantara pihak JPA dan Cuepacs dalam memtuskan
skim baru ini.
2. Masa yang diberikan untuk Penjawat Awam memahami dan memilih SBPA adalah terlalu
singkat.
3. Jabatan Perkhidmatan Awam dituntut agar memberi penerangan tentang kenaikan gred
Penjawat Awam dan faedah yang akan diterima di bawah SBPA secara jelas.
4. Memperjelaskan tentang kenaikan 7-13% gaji Penjawat Awam dalam SBPA
5. Tiada sokongan yang jelas untuk 'exit policy'.


Penyelesaian Isu

(30 Dis). - BERNAMA

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi faedah kepada penjawat awam
menikmati kenaikan gaji dan jumlah pencen lebih baik berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata SBPA
merupakan semakan semula, dan bukan penambaikan kerana skim gaji serta wang persaraan
penjawat awam tidak disemak bagi satu tempoh yang lama.

oh, sekiranya penjawat awam menerima SBPA sebelum tarikh tutup pada 15 Jan 2012,
163

beliau akan menerima kenaikan gaji yang dikira bermula 1 Jan berbanding sekiranya penjawat awam
Helo Malaysia
terbitan Bernama TV di Wisma Bernama malam Khamis.

Mengenai pindaan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) daripada 75 peratus kepada 65
peratus untuk kenaikan gaji, beliau berkata ia tidak menjadi masalah.

Kajian JPA menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)mendapati hanya 0.4
peratus penjawat awam gagal mencapai LPNT yang ditetapkan bagi 2010, katanya.

Oleh itu, Abu Bakar berkata tidak timbul isu JPA menurunkan standard LPNT ekoran penurunan
kepada 65 peratus kerana akhirnya prestasi penjawat awam akan dinilai pihak berkepentingan iaitu
pelanggan dan rakyat.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat
awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada
60 tahun kekal hari ini.


Persoalan berkaitan

Terima SBPA ni kena wajib opsyen pencen 60 tahun ke?
Tak semestinya, kepada yang melapor diri pada 1 Jan 2012, opsyen 60 tahun diberi, namun boleh
bersara awal 55/56/58 sekiranya punya alasan munasabah. Bayara pencen juga dibayar pada umur
55 tahun [walaupun bersara 60. Bayaran juga diselaraskan bagi penjawat lelaki dan perempuan].
Kepada yang di bawah skim SSB dan SSM dan nak tukar SBPA, opsyen diberi sama ada kekal pada
umur saraan sebelum ini atau pilih 60 tahun SAHAJA tahun lain tak boleh.

Apa perbezaan jadual gaji SBPA dengan skim SSM, ada kenaikan ke?
Gaji memang berbeza sama sekali. Seperti yang dibentangkan oleh PM pada pembentangan bajet
2012, ada kenaikan antara 7% 13
ditujukkan di laman² sosial adalah daripada slaid taklimat SBPA. Kebanyakan yang ditunjukkan adalah
benar. Namun berbeza mengikut skim. tak erlu risau, mana yang memilih SBPA, akan ada kenaikan
pada gaji pada Januari nanti.

Jadual gaji juga adalah mendatar (sebaris) dan kebarangkalian untuk seseorang penjawat awam
kemungkinan pihak kerajaan akan membuat pelarasan gaji semula selepas setiap 3 tahun selepas ini.







164

Lain² persoalan utama:
Penjawat yang telah mendapat borang penukaran kepada SBPA ini perlu menyatakan
persetujuan dalam tempoh bertenang 15 hari. Jika penjawat diluar negara dan tidak
mengetahui, boleh juga diberi borang SBPA dan perlu memberi jawapan dalam tempoh 15
hari selepas menerima borang. Bagi yang telah mengetahui tetapi tidak mengisi surat
persetujuan penukaran, akan dianggap kekal dengan skim SSM.
Tempoh percubaan staf baru dipendekkan daripada 1-3 tahun kepada 6 bulan hingga 12
bulan.
Gaji bagi pekerja berstatus kontrak juga akan diselaraskan semula berdasarkan skim SBPA ini.
PTK digantikan dengan PROSPECT dan penjawat tidak memohon di bawah PROSPECT malah
ditawarkan [ini untuk kenaikan pangkat.
Penilaian tahunan seseorang akan dinilai bukan sahaja oleh pegawai atasan malah oleh
pekerja bawahan dan juga rakan sekerja.
Penilaian yang kurang daripada 75% akan menyebabkan penjawat awam berkenaan
diberikan kata dua melalui pelaksanaan EXIT POLICY [yang kini di bantah CUEPACS].
Staf punya peluang diberikan kenaikan gaji [asalkan perform] dengan gaji akan melebihi gaji
bosnya. menarik!.
Kursus induksi digantikan dengan Program Transformasi Minda dengan tempoh program
dipendekkan daripada 3 minggu kepada 5 hari sahaja.
Kepada yang telah lulus SKT dan menunggu untuk kenaikan gaji pada tahun hadapan, harap
bersabar untuk menanti kata putus daripada JPA. Anda pasti risau tentang kenaikan gaji
anda. Daripada apa yang aku dengar, kenaikan gaji [SSM] tak sama dengan SBPA. SBPA lagi
menarik.
Bagi pekerja lama, skim ini hanya tertakluk dan berpeluang kepada mereka yang masih
berkhidmat pada 2 januari. Mana yang bersara pada 1 Januari 2012.
Penjawat awam tidak perlu lagi pelepasan dengan izin jika hendak menukar agensi.
Penjawat awam juga diberi kebenaran untuk meninggalkan perkhidmatan awam dan ke
sektor swasta. Jika ingin ke sektor awam SEMULA adalah dibolehkan dan tempoh
perkhidmatan sebelum itu juga akan dikira untuk tujuan persaraan. Ni pun CUEPACS tak
setuju
Syarat kelayakan masuk ke perkhidmatan awam juga diperbaiki antaranya, BMI individu

Kesimpulan ringkas
SBPA ni sangat bermakna untuk pekerja baru. Sebab terus dapat gaji yang tinggi bersama
orang lama. Ada sesetengah kes, orang lama pun akan dapat tangga gaji yang sama dengan
staf yang baru.
Ada juga kes, orang lama pun ada kebaikannya [terutama yang dah langgar "dinding".
Mereka ini punya peluang merasa kenaikan gaji, jika memilih skim SBPA ini.
CUEPACS bantah sbelum ni pun sebab skim SBPA ni belum diterangkan secara jelas dan
terperinci. Aku setuju juga, sesuatu yang belum jelas, tak kan kita nak bersetuju. Mungkin
JPA boleh tambah baik proses selepas ini.


165

Apabila anda bersetuju untuk menerima tawaran SBPA, anda sebenarnya telah bersetuju untuk;-
Menggunakan Jadual Gaji Sebaris menggantikan Jadual Gaji Matriks yang digunakan dalam
SSM. Dalam erti kata lain, mata gaji anda yang baru adalah mengikut susunan tangga dalam
sebaris.
Menerima kadar kenaikan gaji tahunan yang lebih menarik dan tinggi berbanding SSM
seperti jadual di bawah. Namun, kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan penilaian
prestasi perkhidmatan anda (markah LNPT). Anda mungkin tidak akan diberi kenaikan gaji
tahunan sekiranya markah LNPT anda di bawah 70.

Ditawarkan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun (tapi sekiranya
anda tidak berminat, anda boleh terus memilih umur persaraan 56 tahun atau 58 tahun
mengikut SSM)
Menerima 'dasar pemisah' di mana anda boleh memilih untuk bersara atau dibersarakan
sekiranya prestasi anda adalah rendah (LNPT bawah 70) atau anda mempunyai masalah yang
boleh menjejaskan kepentingan negara atau perkhidmatan. Namun, sekiranya prestasi anda
rendah, anda tidak akan terus diberhentikan kerja. Sebaliknya, KPM akan menyiasat terlebih
dahulu punca sebenar kenapa anda mendapat markah LPNT 69 dan ke bawah (a.k.a pegawai
berprestasi rendah).
Banyak pihak mempersoalkan tentang perlaksanaan dasar pemisah atau exit policy kerana dasar ini
diyakini tidak akan berlaku secara adil. Kerana apa?? Kerana instrumen penilaian yang diguna pakai
166

oleh SBPA boleh dipersoalkan dan diragui ketelusannya. Instrumen penilaian yang digunakan ada
tiga: kaedah pelbagai penilai (multi-rater), KPI dan LNPT.

Instrumen penilaian KPI (mengikut pemahaman penulis) adalah diguna pakai oleh Kumpulan
Pengurusan Tertinggi. Sekiranya KPI yang disasarkan oleh mereka tercapai, mereka akan menikmati
5% hingga 15% kenaikan gaji tahunan daripada gaji pokok.
Katakanlah instrumen yang digunakan untuk Kumpulan Perlaksana (seperti guru) adalah LNPT
(seperti yang dilaksanakan tahun ini). Pegawai penilainya adalah pengetua sekolah tersebut
(manusia... yang mempunyai EMOSI yang boleh mempengaruhi ketelusan penilaian). Pegawai A
menunjukkan prestasi yang benar-benar baik dalam perkhidmatannya namun beliau tidak sekepala
dengan pengetua sekolah tempat beliau bertugas. Adalah tidak mustahil sekiranya Pegawai A akan
mendapat markah LNPT di bawah 70 sekiranya pengetua tersebut berniat untuk menabur pasir ke
periuk nasi Pegawai A. Oleh hal yang demikian, SBPA seharusnya dilengkapi dengan instrumen
penilaian yang lebih efisyen bagi memastikan ketelusan perlaksanaannya tidak dimanipulasi oleh
pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Istilah penting
Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam,
Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan
pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai
berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan
yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.
167

1.2 LINUS &PROTIM
PROGRAM LINUS & PROTIM

Apa Maksud Program Linus?
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan). Jadi maknanya
Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M),
memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada
akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.



168

Definisi Literasi
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Kemahiran Asas Literasi
TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah
menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah
dengan kata sendi dalam satu perenggan.

Definisi Numerasi
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah
serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kemahiran Asas Numerasi
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur
panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta
mengukur objek dalam unit piawai


LINUS
Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai
asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012
Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru
pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan
kemahiran literasi dan numerasi




169

Latar Belakang
Satu daripada National Key Result Area (NKRA)

asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendid
(NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)
Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort
Pertama).
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui
usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.
Rasional
Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas
di sekolah masing-masing.
Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid
Tahap II.
Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai
kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah
melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:
Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak
NKRA.
KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M
dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius
kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko
keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid
yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai
kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan
Numerasi (LINUS).

Matlamat LINUS
Celik huruf
Celik nombor
Strategi Pelaksanaan Di Sekolah
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
Saringan 1 (Mac)
Saringan 2 (Jun)
Saringan 3 (September)
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap
penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.
170

PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis
dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru
Pemulihan bertanggungj

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai
maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program
PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih
menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program
PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu
masa yang ditetapkan.

Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai
asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi
masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.

Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :-
SELIPAR murid tulis SIPE
LOCENG ditulis LONCENG
SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.
Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk mata
pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.

Kedua-
penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua.

PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras
rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah
modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian
sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi
Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

1.3 Tonggak 12
Tonggak Dua Belas
Penjawat-penjawat awam yang beretika dan bermoral tinggi dapat membantu kerajaan bagi
mencapai Wawasan 2020. Lanjutan dari itu kerajaan telah mengetengahkan kepentingan dua belas
nilai dan norma-norma kerja yang dikenali sebagai Tonggak Dua Belas.

171




1. Menghargai Masa

Amalan Positif
-Menepati Mas -Menyengerakan Tugas
-Mempunyai Perancangan Waktu -Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
-Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif -Menetapkan Target Date
-Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan

Amalan Negatif
-Berbual-bual Kosong -Tidak Menyenggarakan Tugas
-Tidak Merancangkan Pekerjaan -Berniaga di Waktu Pejabat
-Melayan Tetamu Yang TidakBerkenaan -Ke Kantin Waktu Bertugas
-Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi -Tidak Merancang Pekerjaan
-Tiada Sence Of Urgency -Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat
-Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa




172

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Amalan Positif
- Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu
tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak rintangan.
- Bercita-cita tinggi
- Sanggup berkorban

Amalan Negatif
-Mudah tersinggung -Tidak bercita-cita tinggi
-Mudah putus asa -Disuruh buat baru buat
-Kurang berdisiplin -Tidak bersemangat
-Tiada inisiatif -Suka bertangguh

3. Keseronokan Bekerja

Amalan Positif
-Menggap kerja sebagai ibadat -Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah -Sedia memberi kerjasama

Amalan Negatif
-Menganggap kerja sebagai beban -Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar -Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.


4. Kemulian Kesederhanaan

Amalan Positif
-Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan -Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
-Merendah diri -Mesra dalam pergaulan
-Tidak memperagakan kemewahan -Sedia menerima cadangan dan nasihat

Amalan Negatif
-Menonjol-nonjolkan diri -Berlakuan mengada-ngada
-Berlebih-lebihan mengampu ketua -Memperagakan kemewahan dan kedudukan
-Sombong dan meninggi diri -Membesarkan perkara kecil

5. Ketinggian Peribadi

Amalan Positif
-Tertib dan baik budi bicara -Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
-Berilmu dan berpengetahuan luas -Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
-Berlumba-lumba membuat kebajikan -Bertanggungjawab -Bersih dari sifat dengki

173

Amalan Negatif
-Sombong dan suka menunjuk-nunjuk -Sukar untuk membuat kebajikan
-Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat -Berpura-pura dalam tindakan
-Menghina dan merendahkan usaha orang lain -Hasad dengki
-Tamak mengejar pangkat dan kedudukan -Pemarah dan tidak sabar

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

Amalan positif
-Pemaaf dan berhemah tinggi -Ikhlas dan bertimbang rasa
-Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain -Pemurah dalam usaha kebajikan
-Ramah,berbudi mulia -Dan berkerjasama
-Boleh menerime teguran

Amalan Negatif
-Kasar dan kurang sopan -Berdendam
-Suka hina dan caci orang -Bermuka-muka
-Sombong & penting diri sendiri -Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan
-Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan

7. Pengaruh Teladan

Amalan Positif
-Bermoral dan berakhlak tinggi -Tertib dan beradap sepanjang masa
-Rajin dan kuat kerja -Amanah dan bertanggungjawab
-Berbudi mulia serta merendahkan diri -Gemar da cintakan ilmu yang bermanafaat

Amalan Negatif
-Buruk perangai -Jahil dan tidak suka membaca
-Dengki dan buruk sangka -Mempersendakan agama
-Kedekut -Sensitif dan pemarah
-Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Amalan positif

-Tekun dan sabar menjalankan tugas -Mementingkan kualiti
-Bersikap profesional dan cekap -Cepat,cermat dan berdisiplin
-Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas -Inisiatif
-Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi

Amalan Negatif
-Tidak boleh diharapkan -Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
-Tidak bersungguh-sungguh -Tidak peka kepada kualiti
174

-Tidak taat kepada arahan -Selalu buat silap
-Tidak ikut peraturan -Suka bertangguh

9.Kebijaksanaan Berhemat

Amalan Positif
-Berhati-hati apabila berbelanja
-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
-Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat
-Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan
-Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan

Amalan Negatif
-Boros dan suka membazir
-Tidak cermat dengan harta kerajaan
-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
-Bermewah dengan harta kerajaan
-Memperaga kehebatan dan kemewahan

10. Keutamaan Kesabaran

Amalan Positif
-Tenang menghadapi masalah rumit - Mempunyai perhitungan jauh
- Tahan menerima cabaran - Tidak putus asa
- Pemaaf dan berhemah tinggi - Cermat dalam tutur kata

Amalan Negatif
-Cepat mengalah - Berpandangan sempit
-Tidak tahan menghadapi kesusahan - Tidak sanggup berkorban
- Selalu mengubah pendirian dan keputusan - Takutkan cabaran

11. Peningkatan Bakat

Amalan Positif
-Mengenal dan memupuk bakat yang ada
-Mengalakkan pencambahan fikir
-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal
-Berani mencuba idea-idea baru
-Memberi galakan kepada pemikiran baru
-Memberi dorongan terhadap kreativiti
-Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru



175

Amalan Negatif
- Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru
- Tidak menghargai bakat yang ada
- Memperkecilkan usaha orginal
- Berpuashati dengan tahap bakat yang ada

12. Nikmat Mencipta

Amalan Positif
-Berani mencuba
- Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah
- Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
- Sentiasa dalam cabaran intelektual
- Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan

Amalan Negatif
- Takut menemui kegagalan - Memandang remeh usaha orang lain
- Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada - Pemikiran tidak dinamik
- Tidak suka pembaharuan - Tidak sabar dalam penciptaan baru

1.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Pengenalan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi
bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa
kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua
peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak
dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8
Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.

Sejarah Perlaksanaan
PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas
Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr
Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara
berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid
Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat
Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah
Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.




176

Objektif Menurut Penerangan Mengenai Dasar PPSMI Di Laman Web KPM
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan
terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan
dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan
penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru
dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam
bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini
memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan
dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara,
mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan
dengan bahasa Inggeris.[4]

Pelaksanaan
PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun persekolahan
2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang
terdiri daripada komponen-komponen berikut:-

Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan
pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid
bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah
dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan
oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber
rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan
meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku
Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej
Buku Teks Matematik Tahun Satu.

MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman
murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan
multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan
e-ujian.

177

CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan
melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi
P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan
matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu
sahaja.

Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata
pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan
kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains.
Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk
mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat.

Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat oleh Dong
-4-
dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina
secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala bagi Tahap II,
-2-3- n 2006 untuk tujuan tersebut.


Hasil dan reaksi
Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea
dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri.
Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid
mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta
kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.

Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya
bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa
ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami
konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat
pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-
rakan berbahasa Inggeris mereka.

Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang digunakan.
Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam
pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar berbahasa Tempatan
(Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan bahasa Inggeris cenderung membantah
perlaksanaannya.




178

PRESTASI AKADEMIK

Peperiksaan
Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan, khususnya bagi
mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurut pemangku Pengarah Jabatan
Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan
sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%), Matematik Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%), Fizik 8.76%
(94.87%-97.63%), Matematik 1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%),
sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam
pelajaran peringkat menengah.

Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah
Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia,
Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi
dilaporkan mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam
matapelajaran sains dan matematik. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom
dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains
dalam bahasa Inggeris sementara untuk kerta Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang
(46%).[8] Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut
Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, "sebanyak 31.1
peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik
adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga
berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka
memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," di samping menggesa kerajaan
memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras
dengan subjek bahasa lain.


KAJI SELIDIK AKADEMIK

Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)
Kajian "Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal
Insan Murid" mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.
Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan
bahasa Inggeris sebanyak empat peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk
mempelajari subjek Sains dan Matematik.

Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan
melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008. Antara universiti terlibat
termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.


179

Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran
sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua,
guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan
selama tujuh bulan.

Antara Hasil Kajian Juga Mendapati PPSMI
Menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang
tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit,
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan
keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran
sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini diedarkan buat pertama kali
kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional
(Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.
[sunting] Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)

Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science Study
(TIMSS 2007)[12] dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill,
Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada
dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2)
yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007.[13]

Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains
merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada
2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471
mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40
mata antara 2007 dan 2003.

Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi matematik dan 40
mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu.
Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced
Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003.

Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus
pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot
daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling
ketara berbanding negara lain.

Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori
matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua
peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40
peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia
(lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus).
180


Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia tergolong
kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus)
England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus), Amerika Syarikat (31 peratus),
Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain,
peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot
secara mendadak.

Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan sains ialah di
kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam bahasa keluarga (home
language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar yang belajar kedua-dua
mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa kedua/asing.

Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran matematik
dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek
berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga
dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura,
England dan Romania mencapai skor yang tinggi.

Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin
Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan 75% pelajar
setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan
77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan.
Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat
dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai
masalah memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah
seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan dan jenis
kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang
berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat.

Kajian UPSI
Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar PPSMI pada
April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap murid-murid Tahun Lima,
iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564 orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai
2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut
abstrak kajian tersebut[15]:

Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran
Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih
-dua mata
pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang
memerlukan murid membaca ara
kohort Januari 2008 skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains
hanya 4.08 daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada
181

skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli,
-kajian ini menunjukkan objektif asal dasar
PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik
dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar.

Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak kurang
kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan adalah: kelemahan guru berbahasa
Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh dibaiki; kekurangan analisa
statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan
murid; ketiadaan kelompok kawalan sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan
hujahnya, memandangkan semua sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris[16]; perbandingan hasil
soalan berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab soalan
berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati soalan berbahasa
Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengan sebaiknya saranan
kajian ini agar memansuhkan dasar ini.


REAKSI DARI BIDANG PENDIDIKAN

Kesan Negatif
Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar hujung
tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI
membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan
Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit
kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan
sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-
murid; Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang
kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana
ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi
masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat
mereka.

Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut
menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih
sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh
UNESCO (1951:691) yang berbunyi:

Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama
yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak
memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah
bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan
antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.


182

(On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a
stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium
of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the
mother tongue will make the break between home and school as small as possible).

Selain itu, memorandum juga merujuk laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons From High-
Achieving Countries[20] ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra menegaskan
kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yang dikarangnya
bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies
for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia
Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa
ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah
belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah.

Dasar Memihak Kepada Keluarga Di Bandar
Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,
berhujah dalam satu surat kepada akhbar, bahawa dasar ini berat sebelah kepada anak-anak
keluarga bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan
miskin, baik di bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan pemahaman konsep
sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa
ibunda mereka.

REAKSI AWAM

Bantahan Golongan Sasterawan, Budayawan Dan Cendekiawan
Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan
budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua Sasterawan
Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan
bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI.[23] Mereka menyatakan penentangan
mereka dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009.

Enam Alasan Yang Diberikan Diringkaskan Seperti Berikut:-
1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda, Belgium
dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa
ibunda.
2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada negara-
negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa
Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan Bangladesh. Yang
mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan eksperimen
yang penuh tekun dan berterusan.
3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa
Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan
bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam
pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu
183

sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan
teknologi.
4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan
pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama
menjadi lingua franca".
5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis
kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang
sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan
menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak
penting dan lebih rendah darjatnya.
6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas,
relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa
diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa, MaIaysia perlu
mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh
rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar
ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.
Ahli Politik Yang Mendokong
Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak pembangkang
mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMI ialah Mukhriz Mahathir, anak
kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah menyatakan bahawa tujuan mengajar
matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai
dalam bidang sains dan matematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris.[25]

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye turut mendokong PPSMI, beliau dilihat hanya mengesyorkan
untuk kerajaan bagi menangani kelemahan daripada dasar PPSMI ini dengan lebih berkesan
khususnya yang melibatkan kefasihan guru-guru dalam bahasa Inggeris. Namun beliau tetap
berpendirian bahawa tidak perlu dimansuhkan dasar PPSMI itu.[26]
[sunting] Ahli politik yang menentang

Pada April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata
"Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-
lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini, dan "pimpinan
mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan
Matematik."Anwar mengulangi ikrar beliau untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa ibunda sewaktu parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima
memorandum membantah PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Terengganu pada 15
Januari 2009.

YB Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan bahasa
kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya, "(Berdasarkan maklum
balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk fahami sains dan matematik. Guru
pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya
184

takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran." Tambahnya lagi, cara terbaik bagi
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu
secara menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di
sekolah.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Parti Islam Se-
Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang benar-benar memperjuangkan
pengembalian bahasa Melayu sebagai bahasa untuk medium pengajaran bagi subjek sains dan
matematik, ini kerana menurut beliau, PPSMI yang diperkenalkan oleh Kabinet Malaysia sejak tahun
2002, telah melanggar sekurang-kurangnya 5 peruntukan perundangan dan Perlembagaan Malaysia
iaitu, Perkara 8 (1) dan 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta
Pendidikan 1996, Peraturan Mahkamah Tinggi 1987, Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib
1960. Tambahan, kaedah pelaksanaan PPSMI oleh kerajaan Barisan Nasional dilihatnya sebagai suatu
konsep prikmatik (percubaan yang dilakukan jika tidak berjaya akan diundurkan).

PENENTANGAN AWAM: GERAKAN MANSUHKAN PPSMI

Perarakan Keranda Mac 2009
Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar Gerakan
Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar PPSMI dimansuhkan
secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai "Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini
dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.[31] Walaupun
kelihatan erat dengan Pakatan Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa mereka menyokong parti
campuran tersebut[32], apatah lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang menyokong
perjuangan mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO.

GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat beli-belah
Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan
bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair Dinsman dan Pyanhabib, ahli
jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta
ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad, dan juga
pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong. Kemuncak
bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di
mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur
tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.

Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba mengambil
tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa
mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi, di samping dilaporkan merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar
"Keranda 152", sempena dakwaan PPSMI tersebut pada bulan Februari. Akan tetapi pada 15
Februari 2009, tunjuk perasaan "Keranda 152" itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka
membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-
kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata, laporan
185

tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar PPSMI. Pada
18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis yang seumpamanya
terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.

PERSPEKTIF

Perundangan: Percanggahan dengan perlembagaan
Menurut Prof Dr Aziz Bari, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sangat jelas dalam
Perkara 152 di mana segala urusan rasmi baik di peringkat persekutuan dan negeri hendaklah
dijalankan dalam bahasa itu. Walaupun terdapat pengecualian kepada penggunaan bahasa Melayu
oleh Yang Dipertuan Agong, PPSMI tidak boleh dihujah sebagai sesuatu yang dibenarkan tambahan
pula dasar ini tidak dilaksanakan melalui parlimen tetapi dibuat oleh pihak eksekutif secara tiba-tiba
yang sepatutnya perlu melalui proses rundingan dan perbincangan awam. Polisi ini sudah pun
dicabar pada tahun 2002 yang oleh empat orang pelajar Melayu Perak pada tahun 2002 kerana
melanggar Perkara 152. Menurut Prof Dr Aziz lagi, mahkamah belum membuat keputusan mengenai
PPSMI sedangkan dalam kes Universiti Merdeka pada tahun 1981, isu Perkara 152 Perlembagan
Persekutuan telah timbul dan diputuskan oleh mahkamah. Dalam kes Universiti Merdeka ini,
mahkamah telah menolak petisyen penubuhan Universiti Merdeka yang akan menggunakan bahasa
Cina sebagai bahasa pengantar kerana bertentangan dengan Perkara 152.

Menurut bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato' Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata bahawa
penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains tidak sah di sisi undang-
undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan
sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan
Malaysia. Kenyataan ini disokong oleh ramai penulis muda Malaysia seperti Faisal Tehrani dan lain-
lain.

NASIB PPSMI

Rencana utama: Pemansuhan PPSMI
Sepanjang separuh kedua tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima sesi
persidangan meja bulat di kalangan ahli-ahli akademik, persatuan ibu bapa dan guru, kesatuan
perguruan dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk mengkaji semula dasar PPSMI dan dijangka
mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun, berdasarkan keputusan UPSR dan faktor-
faktor lain. Di sidang terakhir pada bulan Disember, usul-usul yang dikemukakan para hadirin
persidangan dikumpul menjadi tujuh pilihan berkenaan nasib dasar ini, iaitu:-
Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;
Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi
meneruskan PPSMI di sekolah menengah;
Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;
Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan
sepenuhnya di sekolah menengah;
186

Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;
Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa
pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah
menengah; dan
Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains
dalam mata pelajaran lain.
Pada 8 Januari 2009, Datuk Hishamuddin berkata keputusan muktamad mengenai nasib PPSMI hanya
akan dicapai pada "tahun hadapan", walaupun hampir selesai mengkaji segala maklum balas yang
dikumpul.

Setelah Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadiran negara selaku Perdana
Menteri pada bulan April, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Menteri Pelajaran
baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau masih belum puas hati dengan yang hasil
kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan di sesi perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat
mencapai kata putus mengenai nasib dasar PPSMI, sebaliknya masih membuka pintu kepada kajian
dan memorandum baru oleh semua pihak mengenai isu ini.

Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI
diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam. Dalam pada itu Tun Mahathir
Mohamad memberi reaksi tidak puas hati, lalu mengadakan undian isu tersebut di blognya bagi
menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Hasilnya dari 100,024 undi, 86% penjawab mengundi tidak kepada soalan sama ada
matapelajaran sains dan matematik harus kembali ke bahasa kebangsaan sebagai pengantar.

Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang memulakan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya hingga tamat
sekolah menengah sekaligus menundakan pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014.
Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia,
Memperkukuh Bahasa Inggeris) sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan
pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan tidak akan kembali
ke dasar PPSMI. Pada masa yang sama, kerajaan berdepan dengan gesaan agar sekolah berbahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar dikembalikan dalam sistem pendidikan negara demi
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Malaysia.

Pada 7 Mei 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan yang difailkan pada 21
Januari 2006 oleh empat orang pelajar, termasuk Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar (anak
lelaki Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin), agar mengisytiharkan PPSMI sebagai batal dan tidak
sah, setelah h dua surat pekeliling ikhtisas berhubung pelaksanaan PPSMI
di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) adalah tidak bercanggah dengan
Perkara 15

Sekitar masa kontoversi PPSMI memuncak, wujudnya sebuah pertubuhan penyokong PPSMI,
bernama Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang memperjuangkan PPSMI
supaya dijadikan pilihan untuk sekolah-sekolah yang ingin menyambung pengajaran Sains dan
187

Matematik dalam bahasa Inggeris. Atas tujuan tersebut, mereka menghantar memorandum kepada
kerajaan pada 19 Januari 2011.[57] Tegas Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim,
"pencapaian cemerlang" pelajar dalam peperiksaan awam yang diambil oleh pelajar yang menjalani
PPSMI pada tahun 2010 membuktikan keberkesanan dasar tersebut, malah penguasaan Bahasa
Kebangsaan di kalangan pelajar tidak terjejas pula oleh pelaksanaan dasar tersebut. Tambahnya pula,
PPSMI tidak pernah mendukung gagasan pembelajaran bahasa Inggeris menerusi Sains dan
Matematik, sebaliknya bertujuan membantu pemerolehan ilmu dalam bahasa Inggeris selaku lingua
franca ilmu sains dan matematik. Bagaimanapun kajian tempatan itu tidak mengambil kira dapatan
kajian antarabangsa dalam "Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)".
Kajian tersebut dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts,
Amerika Syarikat. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam
matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata
berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains
pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini
mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Pada April 2011, Kementerian Pendidikan mengumumkan hasrat untuk membenarkan semula
pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah terpilih.

Pada 4 November 2011, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah "kekal" dan kerajaan tidak
bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut sesetengah pihak. Timbalan Perdana
Menteri Malaysia yang juga merangkap sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada
2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu akan dilaksanakan
sepenuhya pada 2021.

Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan
pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.

Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki
Tingkatan 1 bermula tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Dalam satu wawancara televisyen di TV3 dalam program Soal Jawab yang
disiarkan kepada umum pada jam 11.00 malam 9 November 2011, Tan Sri Muhyiddin telah mengakui
PPSMI yang dijalankan di Malaysia, telah menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasar
kerajaan dalam menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Sebaliknya beliau dilihat lebih berpendirian dalam menegakkan dasar Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Walaubagaimanapun dalam wawancara
tersebut, Tan Sri Muhyiddin tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan dan nasib pelajar
lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi khususnya di
Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium
perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. Di Malaysia, Universiti Kebangsaan
Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT di Malaysia yang telus dalam menggunakan
188

bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian
yang ditawarkan dalam pelbagai bidang.


Persepsi pelajar
Berdasarkan rekod Kementerian Pelajaran Malaysia, berkenaan dengan peratusan pelajar yang
memilih untuk meneruskan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik dalam bahasa Melayu,
sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang akan memulakan persekolahan 3 Januari 2011
memilih menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan dwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran
Sains dan Matematik. Manakala hanya 11 peratus pelajar memilih belajar Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Berdasarkan peratusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini
menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar MBMMBI bagi menggantikan PPSMI
adalah tepat. Beliau turut mendakwa, bahawa anggaran tersebut telah lama diramalkan, kerana itu
kerajaan menetapkan untuk meminda PPSMI kepada MBMMBI.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyifatkan dasar yang diputuskan itu sesuai dengan tahap
keupayaan pelajar yang akan mengikuti proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) bagi Sains dan
Matematik.

Jawatankuasa Khas MBMMBI merumuskan 164,324 pelajar bersetuju menggunakan bahasa Melayu
sepenuhnya untuk mempelajari Sains dan 161,123 dalam Matematik, berbanding 56,025 orang
pelajar berhasrat menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar Sains dan Matematik pula seramai
56,248 pelajar. Selebihnya seramai 258,622 orang pelajar berhasrat untuk mempelajari Sains dan
261,600 orang lagi ingin pelajari Matematik dalam dwibahasa.

Tambahan itu, Muhyiddin akan menubuhkan Majlis Bahasa Inggeris pada tahun 2012 bagi
menentukan penanda aras dan tahap pencapaian BI pelajar dalam sistem persekolahan negara.
Katanya, majlis tersebut bakal berkelayakan sebagai tempat rujukan dan menentukan tanda aras
bahasa itu akan menggunakan pakar dalam dan luar negara serta mengadakan kerjasama dengan
Universiti Cambridge.

Muhyiddin juga menetapkan mulai tahun depan beberapa sekolah dipilih menyertai projek rintis
apabila ibu bapa boleh mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka menerusi konsep maya.





189

1.5 RMK - 10 ( Pendidikan)
Membangun Dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi
teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu
mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh
bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada
penjanaan dan penggunaan pengetahuan. Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal
insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara. Kelayakan
pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran
yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara
ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha
perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Carta 5-1
menunjukkan tahap modal insan Malaysia pada masa kini berbanding dengan beberapa negara
berpendapatan tinggi berasaskan ciri tersebut.

Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia dan risiko
untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar
Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal
mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam
Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya
adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama
11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna
tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekurangan modal insan mahir akan
menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit memandangkan modal insan berkualiti
1 TIMSS menyediakan perbandingan dalam pencapaian Matematik dan Sains di peringkat
antarabangsa dari semasa ke semasa bagi pelajar yang mengikuti lapan tahun persekolahan. Pada
tahun 2007, sebanyak 59 buah negara menyertai kajian ini akan tertarik ke negara yang menyediakan
peluang paling baik.

Negara Asia seperti Republik Korea dan Singapura telah berjaya menjadi negara maju dalam tempoh
satu generasi. Kejayaan ini adalah hasil daripada penentuan yang jitu dan teliti terhadap sektor
keutamaan yang perlu diberi fokus di samping memberi tumpuan kepada usaha membangun,
meningkatkan kemahiran dan menghasilkan modal insan yang diperlukan bagi memacu
pertumbuhan sektor ekonomi tersebut. Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia
memerlukan usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta
masyarakat. Sehubungan ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu
diperkukuhkan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan
semua lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia di
sepanjang peringkat kehidupan.

Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik Korea melalui
pembangunan modal insan. Pada masa kini, Republik Korea merupakan sebuah negara maju dalam
semua aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar dan merupakan ekonomi yang
190

ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi kebanyakan negara maju yang lain. Republik
Korea juga maju dalam bidang teknologi dan kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di dunia,
iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam
kalangan negara yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat
antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan
Programme for International Student Assessment (PISA). Pencapaian ini amat menarik. Namun apa
yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea membangun daripada sebuah negara yang
musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea
yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah menjadikan pendidikan dan pembangunan
modal insan sebagai satu cara meningkatkan produktiviti bagi melonjak pembangunan dan mencapai
status negara maju.

Republik Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan sistem
pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa mengenepikan
pelajar yang berprestasi rendah.Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea memberi tumpuan
kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat, dari sekolah rendah sehingga universiti dan
latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah
peringkat menengah sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan teknikal
dan latihan menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Korea
seperti menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat. Pelaburan
yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah enrolmen di institusi
pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan seramai 3.6 juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan
Republik Korea merekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang
diperlukan oleh industri yang diberi keutamaan.


RANGKA KERJA PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG BERSEPADU BAGI MALAYSIA

Pendidikan Awal Kanak- Kanak Prasekolah
Pendidikan Asas Pendidikan Tertiari
Universiti/ Kolej
Politeknik
Kolej Komuniti
InstitusiPendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TEVT)
Alam Pekerjaan Pesara/ Kerjaya Kedua Tema


sunan semula pasaran pekerjaan


kanak boleh berjaya

rankeataspemimpin unggul disetiapsekolah

191


Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Kerajaan akan mengguna pakai rangka
kerja pembangunan modal insan yang bersepadu.

Rangka kerja ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat,
bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari sehingga ke
alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut:
ombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan;

ra berpendapatan tinggi.

Pencapaian ini amat menarik. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea
membangun daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar
ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah
telah menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkan
produktiviti melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju. Republik Korea menyedari
bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan sistem pendidikan yang dapat
memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa sistem pendidikan yang dapat
memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi
rendah.

Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea memberi tumpuan kepada pengukuhan pendidikan
di semua peringkat, dari sekolah rendah sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif
yang diambil termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah
sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan teknikal dan latihan
menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Korea seperti
menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat. Pelaburan
yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah enrolmen di institusi
pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan seramai 3.6 juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan
Republik Korea merekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan
yang diperlukan oleh industri yang diberi keutamaan.


Merombak Sistem Pendidikan Untuk Meningkatkan Prestasi Pelajar Dengan Signifikan
Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam sistem pendidikan dengan kadar literasi dalam
kalangan orang dewasa sekitar 92% dan enrolmen pendidikan rendah yang universal serta
merupakan antara negara yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmen sekolah menengah yang
terpantas. Pendidikan bukan hanya merupakan hak asasi manusia, malah amat penting kepada
perkembangan ekonomi. Prestasi pendidikan yang rendah memberi kesan negatif kepada masa
depan negara memandangkan tahap pendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar
pertumbuhan ekonomi. Sekiranya tahap pendidikan negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian
antarabangsa, serta jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam
pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan sekolah.


192

Selaras dengan pengalaman pelaksanaan sistem pendidikan terbaik dunia dan keperluan untuk
menghasilkan peningkatan prestasi pelajar yang signifikan, empat strategi akan diguna pakai dalam
tempoh rancangan ini:-

1. Memastikan Setiap Kanak-kanak Boleh Berjaya
Menetapkan harapan yang tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan
menyediakan bantuan dan sokongan yang sistematik terutama kepada mereka yang ketinggalan
dalam pembelajaran.

2. Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar.
Memberikan autonomi kepada beberapa aspek pengurusan sekolah sebagai ganjaran ke atas
peningkatan signifikan pencapaian pelajar.

3. Membuat pelaburan bagi membangun kepemimpinan unggul di setiap sekolah.
Membuat pelaburan yang besar bagi meningkatkan prestasi kepimpinan sekolah sebagai pemangkin
utama perubahan menerusi kriteria pemilihan yang ketat, latihan dan pengurusan prestasi yang
mantap berdasarkan prestasi pelajar.

4. Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik.
Menjadikan profesion keguruan lebih menarik supaya lebih ramai individu berkebolehan tinggi
berminat menyertainya, meningkatkan kualiti latihan praktikum, dan memantapkan pengurusan
prestasi serta pembangunan profesional bertaraf dunia yang berterusan.


Penyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak
Pendidikan awal memainkan peranan penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dan dapat
membantu mengurangkan masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan.
Peringkat awal pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada
perkembangan minda individu dan bersifat kumulatif. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi
tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh
kepada lebih ramai kanakkanak supaya mereka boleh berjaya.

Pada tahun 2011, program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah
(PERMATA), iaitu program bagi melahir akan
diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk menyelaras dan mengintegrasikannya
ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan PERMATA adalah kepada kanak-kanak daripada isi
rumah berpendapatan bawah RM1,500. Selepas kejayaan program perintis PERMATA yang
dilancarkan pada tahun 2007, sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan
RM36 juta dalam tempoh Rancangan.

Peningkatan Enrolmen dan Kualiti Prasekolah
Kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan
memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan2. Pada masa ini, kadar enrolmen
prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%.
Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan negara meningkatkan kadar
193

enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah NKRA Pendidikan. Seperti
yang ditunjukkan dalam Carta 5-3, program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87%
pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah
akan terus dipertingkatkan. Dalam tempoh 2010 2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk
program ini.

Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan
Dengan pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai kanak-kanak
akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah berbanding amalan sekarang.
Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+
kepada 5+. Langkah ini adalah selaras dengan amalan di negara maju. Pelaksanaannya akan
dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar bandar dan
perladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini
mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal.

Memastikan Penguasaan Literasi dan Numerasi
Peningkatan kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar keciciran pelajar
berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pembelajaran. Dengan penguasaan
kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuh pada peringkat awal persekolahan, kemungkinan
berlaku keciciran pelajar daripada sistem persekolahan dapat dikurangkan. Penguasaan literasi dan
numerasi di peringkat awal sangat penting kerana tanpa kemahiran ini mereka akan menghadapi
kesukaran mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya. Program LINUS memberi tumpuan
kepada intervensi awal dengan menempatkan fasilitator dan guru pemulihan terlatih di sekolah.
Sehingga kini, seramai 15,500 fasilitator dan guru pemulihan telahpun dilatih.

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris
Kerajaan akan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan
Penguasan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam tempoh Rancangan. Program ini bertujuan
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan bahasa
Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna pakai pendekatan
modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan akan
memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah. Program MBMMBI
akan juga memperkukuh pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui kurikulum baru
dengan memberi penekanan kepada lima bidang utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan
berucap, menulis, tatabahasa, dan seni bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa
Inggeris ditambah daripada 4 jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dan
daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) di peringkat sekolah rendah.

Sebanyak empat daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menumpukan kepada
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru. Kerajaan akan menilai dan memantau
keberkesanan program secara berterusan dan melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.



194

Akauntabiliti Sekolah Terhadap Prestasi Pelajar
Sistem sekolah berprestasi tinggi menetapkan harapan besar kepada sekolah dalam aspek
peningkatan prestasi pelajar, pemantauan jurang prestasi dan penyediaan sokongan yang sewajarnya
apabila sasaran tidak tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi
tumpuan yang jelas terhadap prestasi pelajar, dan sekolah akan dipertanggungjawabkan ke atas
pencapaiannya.

Meningkatkan Prestasi Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti Sekolah Secara
Menyeluruh
Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang dilancarkan pada April 2010 merupakan usaha yang
menyeluruh dengan harapan dan cabaran yang tinggi, serta meningkatkan motivasi dan sokongan
kepada semua sekolah awam untuk mengukuhkan prestasi pelajar, khususnya sekolah berprestasi
rendah yang amat memerlukan bantuan. Program ini mengandungi elemen elemen berikut:
Penyenaraian Kedudukan Prestasi Sekolah
Setiap tahun semua sekolah akan dinilai dan disusun mengikut kedudukan pencapaian
prestasi. Penjelasan terperinci berkenaan penarafan prestasi akan dimaklumkan kepada
sekolah untuk meningkatkan pemahaman dan ketelusan terhadap kaedah penilaian yang
dibuat. Langkah ini bertujuan mendorong sekolah untuk mencapai prestasi yang lebih baik
dan membolehkan KPM menyalurkan sumber kepada sekolah yang amat memerlukan
sokongan; dan
Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah
Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana di semua sekolah awam
sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah membuat penambahbaikan. Instrumen ini
akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar dan pengetua tentang prestasi
sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang perlu ditangani mengikut keutamaan
serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya. Sekolah akan merangka pelan penambah
baikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu KPM menyediakan sokongan
yang sesuai untuk menjayakan pelan tersebut. Infrastruktur dan kemudahan asas seperti
bekalan elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan
prestasi pelajar. Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur asas ini
kepada semua sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Prestasi
Sekolah, Kerajaan akan terus memberi fokus kepada penyediaan kemudahan dan
infrastruktur di sekolah yang amat memerlukan sokongan, khususnya sekolah di luar bandar
di Sabah dan Sarawak.

Peningkatan Prestasi Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik yang
boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini
mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai kemajuan berterusan
di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan
piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi model kepada sekolah lain
serta memberi sokongan melalui rangkaian bimbingan dan latihan. Sejumlah 100 SBT akan
dibangunkan menjelang 2012 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sebanyak 20 SBT telah
dikenal pasti seperti ditunjukkan dalam Carta 5-5. Sekolah ini diberi status SBT berdasarkan
pencapaian dan prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori termasuk
195

sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

Membuat Pelaburan ke atas Pemimpin Unggul di Setiap Sekolah
Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai penjana
perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, dan seterusnya
memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan.
Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesan positif yang signifikan ke atas
pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam merancang, menyelaras
dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru besar dan pengetua juga memastikan
suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta
mewujudkan persekitaran yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah.


Pendekatan baru dalam pengurusan pencapaian (Tawaran Baru) untuk guru besar dan pengetua
yang dimulakan pada 2010 akan memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan bagi mereka
yang berprestasi cemerlang. Tawaran Baru ini adalah terpakai kepada semua guru besar dan
pengetua di semua sekolah awam di Malaysia. Pencapaian semua sekolah akan dinilai dan ditaraf
mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada markah komposit.

Ringkasan pendekatan penarafan sekolah GredPurataSekolah (GPS) Kewajaran
1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah instrumen piawaian untuk menilai sekolah
berasaskan 4 aspek utama (visi dan misi; pengurusan organisasi; program pengurusan pendidikan;
dan prestasi murid) . Mereka akan diberi ganjaran sekiranya mencapai markah komposit yang telah
ditetapkan atau menambah baik pencapaian sekolah. Program ini memberi peluang kepada guru
besar dan pengetua untuk menerima ganjaran tanpa mengambil kira prestasi awal sekolah mereka,
asalkan sekolah berkenaan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam senarai penarafan
prestasi. Di samping itu, dianggarkan 10% guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi
latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Peruntukan
sebanyak RM160 juta akan disediakan untuk program ini dalam tempoh 2010-2012.

Peningkatan Sokongan dan Bimbingan kepada Guru Besar dan Pengetua
Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan prestasi pelajar.
Kerajaan menyedari pemimpin adalah kritikal dalam membuat perubahan, oleh itu akan terus
mengukuhkan latihan kepimpinan serta memberikan dorongan kepada mereka untuk meningkatkan
prestasi. Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah institut latihan kepimpinan asas untuk warga pendidik
termasuk pengetua, pentadbir dan pegawai pendidikan. IAB menyasarkan untuk melatih sekurang-
kurangnya 14,000 orang pemimpin sekolah dan pegawai pendidikan setiap tahun dalam tempoh
Rancangan berbanding dengan 8,000 orang pada tahun 2009. Kaedah penyampaian latihan di IAB
akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap pembelajaran berdasarkan
pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas talian
menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi repositori pengetahuan digital. Selain daripada
latihan, IAB akan menyediakan perkhidmatan konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin sekolah
untuk meningkatkan prestasi. Selaras dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah, pakar
pembimbing pengetua akan menyediakan bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan kepada
sekolah berprestasi rendah.
196


Meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru Terbaik
Kualiti guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar seperti ditunjukkan dalam Carta 5-7.
Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global menunjukkan bahawa pelajar akan
hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Sistem sekolah berprestasi tinggi berupaya menarik dan menerima hanya calon terbaik
sebagai guru, meningkatkan prestasi mereka secara berterusan serta memupuk budaya berprestasi
tinggi di sekolah. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan mengambil pendekatan yang sistematik
untuk meningkatkan kualiti guru baru serta menambah baik kualiti dan profesionalisme guru sedia
ada.

Mempertingkatkan Kualiti Guru Baru Secara Signifikan
Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan
20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang
sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan kemasukan ke program latihan perguruan di IPG
pada tahun 2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM

Menjadikan Profesion Keguruan Pilihan Utama
Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh
Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang
keguruan sebagai profesion yang berprestij. Kerajaan akan menjadikan profesion keguruan sebagai
kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut:
Ganjaran kewangan: Profesion ini sebenarnya merupakan antara profesion awam yang
menyediakan gaji permulaan yang tinggi;
Pembangunan kerjaya: Melalui Tawaran Baru untuk guru, prospek kerjaya guru akan
menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan profesionalisme yang lebih luas
selain daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada guru yang cemerlang;
Berprestij: Sebagai kerjaya elit, profesion keguruan akan menggunakan kriteria pemilihan
dan proses penilaian yang ketat. Hanya calon cemerlang akan diterima dalam profesion ini;
Pembangunan nusa bangsa: Profesion keguruan bertanggungjawab membentuk generasi
pemimpin masa depan dan penting dalam membawa Malaysia menjadi negara
berpendapatan tinggi.

Pengukuhan Latihan Perguruan Melalui Latihan Praktikum
Pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam latihan perguruan kerana dapat memberi
pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan
terbaik seperti di Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi
kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil langkah untuk
meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan
tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai
kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih.


197

Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan melalui langkah
berikut:
an Ijazah akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada 212 satu
tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih;

melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing;

membimbing mereka; dan

pembimbing.

Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih
Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai
guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh
Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan
akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan
penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.


Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya
daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada
guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru
pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini
akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem
pendidikan secara keseluruhan.

Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang
menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta
meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan meningkatkan
guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang
tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009
kepada 60% menjelang tahun 2015. Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen:

semua
guru; dan


Kemajuan Kerjaya Lebih Cepat Berasaskan Kompetensi
Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia tidak memilih
kerjaya perguruan. Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau
dua kali kenaikan pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan tempoh
perkhidmatan, pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada
gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru
berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama
198

kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai guru
berpeluang mencapai gred yang lebih tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh
membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat
berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara
automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan
memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan
dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015.

Pembangunan Profesional yang Berterusan yang Bersesuaian bagi Menyokong Pembangunan
Keupayaan dan Kemajuan Kerjaya
Latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi
penambahbaikan kepada kebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Pada masa ini,
tiada pendekatan yang sistematik berkaitan CPD dalam sistem pendidikan. Pendekatan CPD yang
menyeluruh akan dilaksana pada tahun 2011 dan mengandungi elemen berikut:
k setiap gred jawatan bagi
melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat;

wazah, pengajian jarak jauh
dan aktiviti bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk pembangunan
kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

Pelaksanaan Instrumen dan Proses Baru untuk Penilaian dan Penaksiran Guru
Kaedah penilaian semasa ke atas guru adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain.
Kaedah ini tidak mengambil kira prestasi pelajar, keupayaan sebenar pengajaran atau kecekapan
utama yang diperlukan dalam profesion keguruan. Skor penilaian untuk guru akan menjadi lebih
bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasi sebenar guru, kurang subjektif dan berasaskan bukti.
Satu pendekatan baru yang selari dengan amalan di sekolah berprestasi tinggi akan dilaksana pada
tahun 2011 untuk memastikan penilaian dibuat secara tekal, objektif dan dapat memupuk budaya
cemerlang di sekolah. Pendekatan ini akan mengandungi instrumen baru bagi menilai guru yang
menggunakan kombinasi berwajaran beberapa aspek utama seperti penekanan kepada pengajaran
dan pembelajaran, nilai profesional, aktiviti di luar kelas dan sumbangan kepada sekolah dan
masyarakat.

Transformasi Keberkesanan Penyampaian
Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat diperlukan untuk meningkatkan prestasi
pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif akan diguna pakai untuk memastikan penyampaian
dilaksanakan dengan efektif.

Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan untuk Menyokong Kemajuan Sekolah
Penambahbaikan mekanisme penyampaian kepada sekolah memerlukan perubahan dalam proses
kritikal yang memberi kesan secara langsung terhadap sekolah seperti penempatan guru, pengurusan
prestasi sekolah dan juga peranan Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran
Daerah. Untuk memastikan perkhidmatan disampaikan secara optimum, KPM akan melaksana
iaitu perkhidmatan khusus untuk membantu sekolah yang amat memerlukan,
antaranya bimbingan, bina upaya dan kemudahan peralatan yang sewajarnya. Di peringkat
199

prasekolah, Kerajaan akan terus mengharmoni dan menambahbaik kualiti semua prasekolah awam
yang disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan. Pendekatan ini memerlukan peningkatan produktiviti
sumber manusia dan kewangan, serta pengukuhan kemampuan penyampaian.

Pelaksanaan Kurikulum Baru untuk Memupuk Kreativiti dan Inovasi
Dalam tempoh Rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada
2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru
berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran
mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab 216 terhadap pembelajaran
sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang dapat menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum ini juga
akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Penerapan
nilai dan etika di peringkat awal amat penting dalam pembinaan sahsiah individu. Kurikulum yang
bakal diperkenalkan akan menerapkan prinsip 1Malaysia bagi pendekatan pedagogi dalam
penyampaian pendidikan. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi
akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akan menjadikan Sukan sebagai satu subjek mata
pelajaran bermula tahun 2011. Das
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan
masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah.
Peruntukan untuk geran sukan bagi setiap pelajar akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi
sekolah rendah dan daripada RM4 kepada RM6 bagi sekolah menengah.

Pendidikan Asas dan Prasekolah Swasta
Pendidikan yang ditawarkan oleh sektor swasta semakin diterima oleh Kerajaan dan orang ramai.
Sehubungan ini, pihak swasta akan digalak untuk menyediakan pendidikan di semua peringkat
bermula daripada prasekolah sehingga pendidikan tertiari. Kerajaan akan melaksana pelbagai kaedah
perkongsian awam swasta seperti dalam pengurusan sekolah dan pembiayaan yuran pelajar.

Perkongsian Awam-Swasta dalam Pembangunan Prasekolah
Kerajaan akan memanfaatkan penyediaan pendidikan prasekolah oleh sektor swasta untuk
menampung kemudahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan. Insentif akan disediakan kepada
pengusaha swasta bagi mempercepatkan penyediaan prasekolah untuk mencapai objektif
meningkatkan enrolmen pelajar di peringkat ini. Insentif ini akan membolehkan pihak swasta
mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah di kawasan yang kurang membangun di luar bandar.
Sektor swasta dijangka akan membina 488 buah prasekolah pada tahun 2010, sebanyak 1,000 buah
pada tahun 2011 dan 1,145 buah pada tahun 2012. Skim pembiayaan bersama bagi meningkatkan
permintaan terhadap pendidikan prasekolah akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan. Usaha ini
juga boleh membantu isi rumah berpendapatan rendah mengurangkan bebanan pembiayaan
pendidikan prasekolah. Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk
pendidikan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.

Perkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan Asas
Perkongsian awam-swasta dalam pendidikan asas memberi autonomi signifikan kepada pengendali
sekolah, sebagai tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi pelajar sebagaimana
dipersetujui dalam kontrak rasmi. Sebagai contoh, charter school di Amerika ecialist chool dan pecial
200

st United Kingdo d n inde endent cho l di indepe dent s ho juga te ah di una pa ai d seko ah per endir
an Cina di Malaysia. Ke ajaa a an memper enalkan angk kerja Sekolah Amanah kepad sekola awam
ang te pilih. ekol h Am nah adala sekola awam ang di adbir b rsam ole pihak s asta da pem mpin
ekolah awa

Meningkatkan Kemahiran Rakyat Malaysia Untuk Meluaskan Kebolehpasaran
Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar dalam pendidikan
lepasan menengah dan tertiari. Pada masa kini, Malaysia telah menubuhkan 20 universiti awam dan
26 universiti swasta serta 405 institusi latihan kemahiran awam dan 584 institusi latihan kemahiran
swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara telah mengeluarkan lebih daripada
181,000 siswazah. Daripada jumlah ini, lebih daripada 81,000 siswazah adalah lepasan institusi
pendidikan tinggi swasta. Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120,000
pelatih pada tahun 2009. Seramai 30,000 pelatih adalah daripada institusi latihan kemahiran swasta.
Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai pendidikan
tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28% dan mencecah 35% di Singapura dan Finland. Pada tahun
2009, sebanyak 27% daripada siswazah institusi pengajian tinggi tempatan masih menganggur dalam
tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Bagi yang berjaya mendapat pekerjaan pula,
29% daripada mereka pada tahun 2006 dan 33% pada tahun 2009 hanya memperoleh pendapatan
kurang daripada RM1,500 sebulan. Majikan dan persatuan industri sering mengaitkan kekurangan
soft skills seperti etika kerja yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan
membuat keputusan serta kepimpinan sebagai faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran
siswazah Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang besar antara tahap kompetensi siswazah
Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu ditangani bagi memastikan negara mempunyai
siswazah yang berkemahiran, serba boleh dan kebolehpasaran yang tinggi. Pada masa yang sama,
dianggarkan seramai 100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja
menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya memiliki kelayakan SPM. Kumpulan pelajar
ini mungkin lebih cenderung kepada kemahiran teknikal, oleh itu mempunyai peluang yang besar
untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknikal. Malaysia perlu memesatkan
pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Justeru, peningkatan kemahiran secara radikal perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran
dengan memberi tumpuan kepada strategi berikut:


vokasional yang berkualiti; dan
emasuki pasaran
pekerjaan.

Mengarusperdanakan dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
yang Berkualiti
Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi
berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT)
perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan
ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran
di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai
201

kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada
penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi
pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan
yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan
pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek
kerjaya yang setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di
peringkat menengah atas bagi negara OECD adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia.
Penambahbaikan peluang, akses dan kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan
penambahbaikan laluan akademik pendidikan tertiari.

Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu teknikal dan
vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik, manakala aliran vokasional
mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran TEVT memberi manfaat secara langsung
kepada majikan, pekerja serta sektor industri yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung
kepada gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama antara
Kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh.222 Dalam
tempoh Rancangan, empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan
memperluas akses kepada TEVT yang berkualiti:


rluan
industri; dan


Menambah Baik Persepsi Terhadap TEVT dan Menarik Minat Lebih Ramai Pelajar
Terdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang tidak
melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan meningkatkan bilangan pekerja
berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini, penekanan akan diberi untuk meningkatkan
nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar, penyedia latihan dan industri. Dalam tempoh Rancangan,
kempen media di peringkat nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan
kesedaran dan menambah baik persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang
berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat memasuki
pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis pekerjaan dan laluan kerjaya
serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam.
Pelbagai saluran penyampaian seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk
menyampaikan maklumat tersebut kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi
tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula
daripada tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari. Langkah
ini adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari. Bagi
meningkatkan keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor
sekolah akan dibentuk di setiap daerah. Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk
menjalinkan hubungan yang erat dengan institusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan
penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui pertukaran maklumat. Kumpulan ini juga akan
bertanggungjawab untuk menyediakan panduan

202

Membangunkan Tenaga Pengajar TEVT yang Lebih Efektif
Laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT akan diperkemas untuk menjadikannya sebagai
kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga pengajar yang berprestasi tinggi. Tenaga pengajar yang
memenuhi syarat kompetensi yang jelas di setiap gred boleh dinaikkan pangkat tanpa bergantung
kepada kekosongan jawatan. Personel industri yang berpengalaman tinggi dan mempunyai
kemahiran praktikal di tempat kerja akan digalak menjadi tenaga pengajar di institusi TEVT. Untuk
memudahkan pengambilan ini, laluan kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang
fleksibel akan diwujudkan, dan syarat yang menyukarkan kemasukan di peringkat pertengahan akan
dihapuskan. Langkah ini akan meningkatkan kapasiti latihan dan membantu untuk memastikan
tenaga pengajar mempunyai pengalaman di tempat kerja.

Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui peluasan program
tenaga pengajar sambilan. Langkah ini akan menarik mereka yang berminat untuk menjadi tenaga
pengajar di samping terus kekal bekerja di industri. Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan
terkini tentang teknologi dan perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan
seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelatih. Kerjasama antara institusi TEVT dengan industri
dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi membolehkan tenaga pengajar vokasional
menjalani program penempatan di industri bagi mendapat pendedahan dan pengetahuan teknologi
terkini. Pada masa yang sama, tenaga pengajar vokasional dari industri ditempatkan di institusi TEVT
bagi memperkukuh kemahiran pedagogi mereka. Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan
meningkatkan pengambilan tenaga pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran
Lanjutan akan dipertingkatkan dengan menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang baru.
Sebuah pusat latihan tenaga pengajar yang baru akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan
sebanyak 800 setiap tahun. Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras
program latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain.

Mempertingkat dan Mengharmonikan Kualiti Kurikulum TEVT Selaras dengan Keperluan Industri
Pembangunan kurikulum TEVT dilaksana oleh setiap agensi penyedia latihan dengan keupayaan,
kapasiti dan agenda tersendiri. Amalan ini menjejaskan kualiti penyampaian TEVT. Langkah akan
diambil bagi menyeragam dan mengharmonikan kurikulum, mengurangkan kos pembangunan
kurikulum, dan memastikan kurikulum selaras dengan keperluan terkini industri. Jabatan
Pembangunan Kemahiran akan dilantik sebagai agensi untuk membangun dan menyeragamkan
kurikulum TEVT mulai tahun 2011. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan memastikan kurikulum
yang dibangunkan memenuhi piawaian minimum dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi
keutamaan. Kurikulum TEVT akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan dengan literasi
dan numerasi serta penguasaan pelbagai bahasa. Kemahiran asas ini penting sebagai sokongan
kepada kemahiran praktikal serta pembinaan kemahiran dan keupayaan individu untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan suasana kerja. Di samping itu, Jabatan Pembangunan
Kemahiran akan membangun bank kurikulum untuk menyimpan semua kurikulum yang
dibangunkan. 226 Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil tersendiri dan sijil TEVT ini belum diiktiraf
sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkan calon memasuki institusi pengajian tinggi. Penerimaan sijil
TEVT dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan majikan dapat diperluas dengan menghapuskan keraguan
terhadap kualiti latihan yang diberikan oleh pelbagai agensi. Pada masa ini, SKM, Diploma Teknologi
dan Sarjana Muda Teknologi tidak diiktiraf sepenuhnya oleh institusi pengajian tinggi dan Lembaga
Jurutera Malaysia. Untuk penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, SKM akan diguna pakai
203

sebagai persijilan kebangsaan bagi TEVT. Langkah berikut akan diambil bagi memperkukuh
pengiktirafan sijil TEVT:
sijil yang dikeluarkan
oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012;

akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2012; dan
sebagai syarat kelayakan masuk ke dalam skim
perkhidmatan awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat tinggi dan ke
institusi pengajian tinggi menjelang tahun 2011.

Lembaga Teknologis Malaysia akan ditubuh untuk mempercepat pengiktirafan sijil berkaitan
kemahiran dan teknologi. Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi pengajian tinggi termasuk
institusi TEVT menawarkan kursus berkaitan teknologi selaras dengan keperluan ekonomi
berpendapatan tinggi. Selaras dengan hasrat untuk membangunkan pendidikan teknikal dan
keperluan industri, Malaysia-Japan International Institute of Technology akan ditubuh sebagai
institusi berautonomi di bawah Universiti Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh
kerjasama dan rangkaian dengan Jepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Institut ini berupaya
memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan keberkesanan kos dalam menyediakan
latihan tentang pembangunan teknologi terkini di tempat kerja, etika kerja dan amalan pengurusan
Jepun. Pada masa ini, terdapat keperluan untuk mengurangkan pertindihan kursus yang ditawarkan
oleh pelbagai institusi latihan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti TEVT dan mengelak
pembaziran sumber. Dalam tempoh Rancangan, perkara ini akan diberi perhatian memandangkan
kadar enrolmen di institusi TEVT dijangka akan meningkat. Institusi TEVT akan mengkaji semula,
merasionalisasi dan memperkemas penyelarasan kursus menjelang akhir tahun 2011.

Memperkemas Penyampaian TEVT
Kaedah pembiayaan semasa akan dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
institusi TEVT awam. Bagi menggalakkan persaingan dalam kalangan institusi TEVT awam,
penyediaan peruntukan akan berdasarkan kepada prestasi institusi. Kerajaan juga akan menyediakan
bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat SKM Tahap 3 dan ke atas di institusi TEVT awam yang
berprestasi tinggi. Bagi mencapai matlamat ini, sistem penarafan untuk menilai prestasi institusi
awam dan swasta akan diperkenalkan. Pencapaian dalam sistem penarafan institusi TEVT akan
menjadi asas kepada Kerajaan untuk membiayai pelatih di institusi TEVT swasta. Pendekatan ini akan
dipertingkat dan diperluas dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti
latihan di institusi TEVT awam dan swasta. Pelajar tercicir adalah sumber tenaga kerja yang besar dan
berpotensi untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengan kemahiran
yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan pekerja mahir. Pada tahun 2007,
seramai 20,000 pelajar tercicir daripada sistem pendidikan asas dan jumlah ini meningkat kepada
30,000 orang pada tahun 2008. Liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) akan diperluaskan bagi
menyediakan latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan golongan ini. Peruntukan tambahan
juga akan disediakan bagi membiayai kos latihan dan elaun perantisan. Dalam tempoh Rancangan,
sebanyak RM150 juta akan diperuntukkan dan seramai 20,000 pelajar tercicir akan mendapat
manfaat. SLDN menekankan penglibatan langsung industri dalam latihan dan menetapkan 70%
daripada latihan perlu dijalankan di tempat kerja.
204

Dalam tempoh Rancangan, latihan di tempat kerja akan digalak dan dijadikan sebagai 228 sebahagian
daripada pendidikan formal TEVT, kerana latihan ini menyediakan:
Persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Tempat kerja mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik melalui pengalaman
sebenar. Kemahiran praktikal dan soft skills yang diperoleh akan meningkatkan
kebolehpasaran;
Aliran maklumat untuk meningkatkan kecekapan pengambilan pekerja.
Majikan mengetahui perkembangan prestasi pelatih dan perantis, justeru memudahkan
mereka membuat keputusan menggaji pekerja; dan
Sumbangan produktif.
Pelatih menjalankan tugasan yang memberi manfaat kepada majikan, ini menjadikan TEVT
berfaedah kepada pelatih dan majikan. Melalui SLDN, pekerja industri yang berpengalaman
akan diberi peranan sebagai pembimbing kepada perantis.

Bagi mencapai tujuan ini, pembimbing mesti cukup terlatih untuk memberi latihan yang berkesan di
tempat kerja. Tenaga pengajar di institusi TEVT pula perlu mempunyai kemahiran tinggi untuk
melatih pembimbing. Sebanyak RM7.5 juta akan diperuntukkan kepada SLDN untuk melatih
pembimbing dan tenaga pengajar.

Meningkatkan Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki Pasaran Pekerjaan
Ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi memerlukan sebilangan besar pekerja yang
berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli profesional, agen paten dan usahawan berasaskan
teknologi. Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan modal
insan berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, menghasil dan
mempelopori pengetahuan baru serta mengaplikasi dan membangunkan teknologi. Usaha untuk
menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan sumber domestik yang baru
memerlukan bilangan siswazah yang mencukupi dan kompeten. Walau bagaimanapun, tahap
kebolehpasaran, kekurangan dan ketidakpadanan kemahiran siswazah masih menjadi isu utama
dalam pembangunan modal insan. Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang kompeten
dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft skills termasuk etika
kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat keputusan dan
kepimpinan. Oleh itu, usaha bersepadu akan diambil untuk mempertingkat ompetensi siswazah dan
keberkesanan pembiayaan kos pengajian tinggi, iaitu dengan:

daya berprestasi tinggi;

dan soft skills; dan


Memperkukuh Kerjasama Industri dan Penyelidikan
Latihan industri adalah penting untuk membantu siswazah mempersiapkan diri bagi memenuhi
keperluan industri yang sentiasa berubah dan aktiviti ekonomi baru. Penglibatan sektor swasta dalam
penyediaan pendidikan melalui perkongsian awam-swasta akan dipertingkat bagi menggalakkan
penyertaan industri dalam penyediaan kursus dan latihan industri. Di samping itu, kursus
berorientasikan pasaran akan ditambah bagi memudahkan transisi pelajar ke dalam pasaran
205

pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara keseluruhannya. Rangka kerja dasar
yang standard bagi program latihan industri yang berstruktur akan dilaksana oleh institusi pengajian
tinggi dengan kerjasama industri untuk meningkatkan keberkesanan program. Program ini dirancang
untuk diperluas kepada kursus selain daripada kursus yang mewajibkan latihan klinikal seperti
perubatan, pergigian dan kejururawatan. Di samping itu, program latihan industri untuk staf
akademik akan dipergiat bagi memastikan tidak kurang 15% daripada staf akademik mengikuti
sekurang-kurangnya enam bulan latihan industri bagi setiap lima tahun tempoh perkhidmatan. Bagi
memperluas pengalaman industri kepada staf akademik, program Knowledge Transfer Partnership
(KTP) akan diperkenal pada tahun 2011 untuk meningkatkan kerjasama antara industri dengan
universiti berkaitan. KTP bertujuan memudahkan pemindahan kepakaran dan hasil kajian melalui
projek inovatif yang dikendalikan bersama oleh staf akademik dan rakan kongsi perniagaan daripada
industri. Di samping itu, KTP juga menyediakan latihan berasaskan industri kepada siswazah bagi
meningkatkan pengetahuan dan pengalaman, kemahiran keusahawanan serta kebolehpasaran
semasa menjalankan projek berkenaan.230 Universiti akan digalak untuk mewujudkan kerjasama
strategik dengan institusi penyelidikan antarabangsa dan universiti luar negara untuk meningkatkan
aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutama dalam bidang teknologi baru. Antara
langkah yang akan diambil adalah:

berkongsi pengetahuan, meneroka idea baru bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dan
menggalakkan pertukaran staf akademik;

menambahbaik tadbir urus aktiviti penyelidikan; dan

R&D bagi menyokong dan mempercepat pengkomersialan inovasi dan teknologi baru.

Memberi Lebih Autonomi kepada Universiti dan Memperkukuh Budaya Berprestasi Tinggi
Di negara lain, universiti awam bekerjasama dengan penggubal dasar bagi membangunkan kaedah
untuk membantu institusi pendidikan tertiari mencapai kecemerlangan. Pemberian autonomi,
ketelusan dan akauntabiliti terhadap prestasi cemerlang merupakan elemen kritikal bagi
membolehkan universiti di Malaysia setanding dengan institusi terbaik dunia. Universiti awam perlu
bertanggungjawab terhadap prestasi yang dicapai memandangkan sebahagian besar keperluan
kewangan dibiaya oleh peruntukan awam. Di samping itu, ketelusan yang lebih tinggi dalam
pencapaian prestasi akan memudahkan Kerajaan membuat penambahbaikan dan memberi sokongan
dalam bidang yang diperlukan.

Menginstitusikan Autonomi dalam Universiti
Universiti terbaik dunia berupaya meningkatkan inovasi dan prestasi serta menggalak
kecemerlangan melalui autonomi yang signifikan dalam bidang berikut:
Peruntukan.
Keupayaan untuk mengagih peruntukan mengikut keperluan, menentukan keutamaan
bidang pembiayaan, dan menetapkan yuran pengajian dalam had yang ditetapkan;

Bebas untuk menarik dan mengekalkan staf akademik terbaik melalui insentif yang
menarik dan ganjaran yang kompetitif;

206

Tadbir urus.
Tanggungjawab yang lebih besar dan hak membuat keputusan penting tentang universiti
termasuk hala tuju strategik, keutamaan dan pengagihan sumber serta mendapat hak yang
lebih besar dalam membuat keputusan; dan
Pengambilan pelajar.
Meningkatkan kawalan terhadap kualiti dan profil pelajar yang akan diambil. Di bawah
Accelerated Programme for Excellence (APEX), universiti APEX akan diberi autonomi dalam
bidang tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota sokongan, staf akademik dan
pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar.

Program ini diperkenalkan pada tahun 2008, dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai
universiti pertama diberi status APEX. Pada masa ini, USM mempunyai autonomi dalam pengambilan
pelajar. Autonomi dalam bidang lain hanya akan dipertimbangkan setelah USM memenuhi beberapa
prasyarat yang ditetapkan. Pemberian autonomi akan diperluas kepada universiti penyelidikan dan
universiti awam lain yang mencapai tahap kesediaan yang ditetapkan.

Mengukuh Budaya Berprestasi Tinggi di Universiti
Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) telah diperkenalkan kepada universiti
awam dan akan diperluas kepada semua institusi tertiari swasta yang menawarkan pengajian di
peringkat ijazah. SETARA bertujuan membuat penilaian yang jelas dan seragam bagi meningkatkan
ketelusan serta memberi tekanan ke atas prestasi, dan seterusnya meningkatkan kualiti keseluruhan
sistem pendidikan tinggi. Penarafan mengenai pencapaian prestasi institusi dari aspek
kebolehpasaran siswazah akan dihebahkan kepada umum. Penarafan ini akan diperluas untuk
meliputi aspek seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran serta khidmat sokongan kepada pelajar.
Dalam tempoh Rancangan, sistem penarafan ini akan merangkumi setiap jabatan di institusi
berkenaan. Naib canselor bertanggungjawab ke atas prestasi universiti dan pembaharuan kontrak
mereka bergantung kepada prestasi yang dicapai. Prestasi yang rendah boleh menyebabkan kontrak
tidak disambung. Petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas bagi naib canselor telah disediakan,
termasuk KPI bagi kebolehpasaran siswazah. Dengan ini, naib canselor akan memastikan semua staf
bertanggungjawab terhadap prestasi 232 mereka dan seterusnya meningkatkan budaya akauntabiliti
di institusi. Dalam tempoh Rancangan, pembiayaan berasaskan prestasi institusi tertiari awam akan
dilaksana bertujuan menyediakan mekanisme pembiayaan yang telus untuk memangkin peningkatan
prestasi. Pendekatan baru ini akan mengandungi komponen berikut:

Pembiayaan Kerajaan berasaskan prestasi yang dikaitkan dengan SETARA.
Pembiayaan kepada universiti akan dikaitkan secara langsung dengan prestasi jabatan dan institusi
secara keseluruhan. Kaedah ini menyediakan mekanisme yang telus dalam penyediaan pembiayaan
dan peningkatan akauntabiliti dalam perbelanjaan peruntukan awam. Mekanisme pembiayaan ini
mempunyai dua komponen, iaitu komponen tetap dan komponen berubah. Komponen tetap
merangkumi item operasi asas seperti gaji staf akademik dan kos utiliti, dan pembiayaannya tidak
bergantung kepada pencapaian prestasi. Komponen berubah pula bergantung secara langsung
kepada prestasi yang diukur melalui SETARA. Universiti yang menerima penarafan yang rendah akan
menerima peruntukan yang lebih kecil. Komponen berubah ini termasuk pembangunan intelektual
dalam R&D dan aktiviti ko-kurikulum pelajar;
207


Peralihan kaedah pembiayaan daripada berasaskan-penawaran kepada berasaskan-permintaan.
Kerajaan akan mengharmonikan kapasiti pendidikan tertiari dan mewujudkan keserataan persaingan
bagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam mengukuhkan budaya berprestasi tinggi serta
meningkatkan kualiti dan daya saing pendidikan tertiari di Malaysia. Pendekatan sedia ada, iaitu
pembiayaan awam langsung dan pemberian geran kepada institusi awam akan beralih kepada
pembiayaan berasaskan-permintaan melalui pinjaman dan biasiswa selaras dengan pendekatan yang
lebih berasaskan-pasaran; dan

Pengurangan kadar pembiayaan Kerajaan kepada universiti. Universiti awam perlu menambah
dana melalui sumber kewangan alternatif termasuk sumbangan daripada perbadanan, sektor swasta
atau alumni. Pendekatan ini akan memperkukuh kerjasama antara universiti dan industri, dan
seterusnya meningkatkan kesesuaian serta kualiti pengajaran dan penyelidikan.

Memperkukuh Kurikulum Kursus Pengajian bagi Menyeimbangkan Kandungan Akademik dan Soft
Skills
Kualiti dan kesesuaian kursus dan kurikulum adalah faktor penting yang mempengaruhi
kebolehpasaran siswazah. Dalam tempoh Rancangan, institusi pengajian tinggi akan menyemak
semula kurikulum dan kursus serta menyelaras pencapaian program dan pembelajaran selaras
dengan keperluan industri dan majikan. Sebanyak 2,730 program sedia ada akan disemak semula
bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Semakan semula ini
adalah berdasarkan kepada prinsip berikut:-
kan akan ditanda aras dengan kriteria dan piawaian yang
dipersetujui di peringkat nasional dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa; dan
soft skills seperti etika kerja
positif, kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan, kerja berpasukan dan kepimpinan.

Selaras dengan pertambahan permintaan bagi pekerja mahir dan profesional, semua politeknik di
Malaysia akan disusun semula untuk menawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah serta
mengurangkan secara berperingkat kursus di peringkat sijil menjelang akhir tempoh Rancangan.
Politeknik akan meningkatkan pengkhususan dalam bidang tertentu untuk menjadi pusat
kecemerlangan. Tiga politeknik sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik premier bagi
melaksanakan penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan untuk memupuk
inovasi dan membangunkan teknologi tempatan dalam bidang baru. Kurikulum institusi pendidikan
tertiari perlu memberi lebih penekanan terhadap pembangunan soft skills pelajar selaras dengan
maklum balas yang diterima daripada majikan. Atribut Umum Pelajar yang kini dikenali sebagai Skala
Soft Skills Malaysia (My3S) merupakan ujian penilaian kendiri untuk menilai kompetensi siswazah
dalam soft skills. Ujian ini akan dilaksana mulai Julai 2010. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan
terus memainkan peranan penting dalam pelaksanaan MQF sebagai asas jaminan kualiti pengajian
tinggi dan pusat rujukan kriteria dan piawaian kelayakan nasional. MQA akan memperluas kerjasama
dengan agensi jaminan kualiti luar negara melalui pemeteraian Memorandum of Arrangement
sebagai usaha menetapkan tanda aras yang 234 piawai dan membantu meningkatkan keupayaan
anggotanya.


208

Melantik dan Mengekalkan Staf Akademik yang Terbaik
Usaha akan dipergiat untuk menambah bilangan staf akademik berkelayakan PhD. Peratusan staf
akademik berkelulusan PhD di semua universiti awam pada tahun 2009 adalah 35.9%. Menjelang
akhir tempoh Rancangan, staf akademik berkelayakan PhD di universiti penyelidikan disasarkan
sebanyak 75%, manakala universiti awam lain 60%. Bagi mencapai sasaran ini, program MyBrain15
menetapkan matlamat untuk meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015
dan 60,000 pada tahun 2023. Program ini akan menyediakan lebih ramai calon untuk dilantik sebagai
staf akademik. Sejumlah RM2.26 bilion akan diperuntukkan bagi menyediakan biasiswa kepada
16,800 staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Proses pelantikan staf akademik juga
akan diperhalusi dan dijadikan lebih telus untuk menarik calon terbaik. Ganjaran akan dijadikan lebih
kompetitif supaya setanding dengan faedah yang ditawarkan oleh sektor swasta serta menyediakan
manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar yang fleksibel. Sokongan kemajuan kerjaya staf
akademik akan diberi keutamaan. Modul latihan asas akan diwajibkan kepada semua staf akademik
baru. Bagi memastikan mereka mendapat panduan dan sokongan yang mencukupi pada awal
kerjaya, staf akademik baru akan diletakkan di bawah seliaan staf akademik kanan yang
bertanggungjawab membimbing dan memberi nasihat kemajuan kerjaya secara berkala. Di samping
itu, dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai staf akademik, tugas mengajar akan dikurangkan
untuk membolehkan mereka membangunkan portfolio penyelidikan yang mantap dan memperoleh
geran daripada sumber luar. Sebagai usaha penambahbaikan kualiti staf akademik, mereka yang
telah bersara dan pensyarah luar negara akan digalakkan untuk berkhidmat di universiti awam secara
kontrak. Pensyarah sambilan dan pensyarah pelawat terutama daripada industri juga akan digalakkan
untuk mengajar di universiti awam. Bagi tujuan ini, pakej ganjaran yang lebih menarik dan kompetitif
telah disediakan. Di samping itu, skim perkhidmatan pensyarah akan disemak semula untuk
membolehkan mereka dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang
sama tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran seperti dekan atau ketua jabatan.

Menyusun Semula Pasaran Pekerjaan Untuk Menjadikan Malaysia Negara Berpendapatan Tinggi
Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi akan dicapai, antara lain,
melalui pewujudan pasaran pekerjaan yang efisien untuk membangunkan, menarik dan mengekalkan
modal insan berkepakaran. Kekurangan kemahiran yang diperlukan akan menghalang transformasi
negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Usaha
penyusunan semula dan pengukuhan pasaran pekerjaan perlu untuk memastikan kecekapan
pemadanan antara permintaan dengan penawaran, meningkatkan keupayaan mengekalkan modal
insan terbaik serta memperkukuh daya tarikan Malaysia kepada pakar asing dan diaspora Malaysia.
Kepelbagaian tenaga kerja Malaysia terus kekal sebagai aset negara. Rakyat Malaysia mempunyai
silang budaya yang kukuh dan mudah menyesuaikan diri. Sikap keterbukaan dan keupayaan
menguasai pelbagai bahasa membolehkan modal insan negara mewujudkan rangkaian yang kukuh di
peringkat serantau dan global. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan komited untuk memperbaharui
pasaran pekerjaan dengan penekanan khusus ke atas peningkatan mobiliti pekerja dan peningkatan
kemahiran tenaga kerja semasa, terutama dalam kalangan isi rumah 40% terendah. Pembaharuan
pasaran pekerjaan adalah penting bagi menyedia landasan kepada negara untuk terus berkembang
ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Tumpuan pembaharuan akan diberi kepada tiga bidang
utama:


209

an mengekalkan modal insan terbaik.

Menjadikan Pasaran Pekerjaan Lebih Fleksibel
Sistem pasaran pekerjaan yang cekap merupakan faktor penting dalam mengurangkan kos
menjalankan perniagaan, mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih peluang pekerjaan.
Berdasarkan laporan Doing Business 2008 oleh Bank Dunia, Malaysia menduduki tangga ke-43 dalam
aspek pemudahan penggajian pekerja. Di samping itu, kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja
asing tidak mahir bergaji rendah telah mengurangkan kadar upah dan melambatkan syarikat beralih
kepada aktiviti bernilai tambah yang tinggi, serta menyumbang kepada pengaliran keluar berterusan
modal insan tempatan.

Mengkaji Semula Rangka Kerja Perundangan dan Institusi bagi Menyediakan Kaedah Penggajian
dan Pemecatan yang Fleksibel
Dalam tempoh Rancangan, usaha akan diambil untuk mengkaji semula undang undang perburuhan
supaya selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan cabaran globalisasi. Kajian semula ini
akan memastikan hubungan industri kekal relevan dengan persekitaran semasa perniagaan,
mengimbangi kestabilan sosial serta memudahkan mobiliti tenaga kerja. Kerajaan akan mengambil
langkah untuk meningkatkan kecekapan penyelesaian pertikaian pekerja di Malaysia. Dalam kes
lebihan pekerja, kos pemecatan pekerja di Malaysia secara relatifnya lebih tinggi berbanding negara
Asia Tenggara yang lain. Secara purata, majikan di negara ini perlu membayar pampasan sehingga 75
minggu gaji kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20 tahun semasa penamatan kontrak,
berbanding hanya 56 minggu di Thailand dan empat minggu di Singapura. Di samping itu, masa yang
panjang diambil untuk menyelesaikan pertikaian kerja. Sehubungan ini, undang-undang perburuhan
akan dikaji semula dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan keseimbangan antara fleksibiliti
pasaran pekerjaan dengan kestabilan pekerjaan serta mempercepat penyelesaian pertikaian pekerja.
Bilangan pekerja yang diberhentikan meningkat akibat daripada perubahan struktur ekonomi negara
dan pendedahan kepada kejutan luaran. Jumlah pemberhentian pekerja yang meningkat
mewujudkan keperluan bagi penyediaan jaringan keselamatan sosial untuk membantu mereka.
Jaringan keselamatan sosial juga memberi fleksibiliti kepada syarikat untuk mengurus tenaga kerja
ketika dalam kesukaran. Tabung Bantuan Kehilangan Pekerjaan akan diperkenalkan bagi
menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang diberhentikan dan tidak mendapat pampasan
sewajarnya daripada pihak majikan semasa pemberhentian. Pekerja yang diberhentikan dan layak
menerima bantuan akan diberi RM600 sebulan bagi tempoh maksimum enam bulan, dengan syarat
mereka masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh tersebut. Sebanyak RM80 juta akan
diperuntukkan kepada Tabung ini dalam tempoh 2010-2012.

Memperkukuh Perkhidmatan Pekerjaan bagi Meningkatkan Mobiliti Pekerja
Komponen penting bagi pasaran pekerjaan yang fleksibel adalah keupayaan membuat pemadanan
pekerjaan secara efektif untuk menyelesaikan ketidakpadanan penawaran dan permintaan tenaga
kerja. Terdapat peluang yang besar untuk mewujudkan kerjasama industri dan perkongsian awam-
swasta ke arah mengukuhkan perkhidmatan pekerjaan kepada tenaga kerja Malaysia bagi
menghapuskan herotan dalam pasaran pekerjaan. Kerajaan akan mengukuh dan memodenkan
perkhidmatan pekerjaan awam melalui penaiktarafan pusat pekerjaan awam sedia ada. Langkah ini
akan meningkatkan penyampaian khidmat nasihat kerjaya, menyedia perkhidmatan pemadanan dan
penempatan yang dipacu oleh industri, dan melaksanakan program pendidikan atau jangkauan
210

komuniti yang berterusan mengenai arah aliran pekerjaan dan kerjaya. Pencari kerja dan masyarakat
akan dimaklumkan tentang peluang pekerjaan yang wujud dan potensi laluan kerjaya. Majikan akan
mendapat faedah daripada akses kepada platfom tambahan bagi memenuhi keperluan pekerja
mereka. Bagi mencapai matlamat ini, pusat pekerjaan awam yang berkesan dan cekap yang dikendali
secara bersama oleh sektor awam dan swasta perlu diwujudkan.

Memperbaharui Dasar Pekerja Asing Tidak Mahir
Pekerja asing tidak mahir telah meningkat lebih dua kali ganda semenjak tahun 2000 kepada 1.9 juta
orang, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-9. Kebanjiran pekerja asing tidak mahir berkos rendah telah
melambatkan pelaburan dalam mekanisasi dan inovasi, terutama dalam sektor pertanian dan
pembuatan, dan seterusnya mengurangkan pertumbuhan produktiviti dan menjejaskan aspirasi
negara untuk beralih kepada ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Sektor yang sangat
bergantung kepada pekerja asing tidak mahir mempunyai produktiviti yang rendah, seperti
ditunjukkan dalam Carta 5-10. Kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir akan dikurangkan
secara berperingkat. Walau bagaimanapun, sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja,
seperti pembinaan dan perladangan akan dibenarkan menggaji pekerja asing berdasarkan keperluan.
Langkah akan diambil untuk memastikan majikan menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan
pekerja termasuk penyediaan perumahan dan kemudahan asas. Sistem levi multi-tier akan dilaksana
ke atas erkerja asin tidak ma ir. Mela ui si tem i i, sya ikat ak n terd rong untuk me ingk tkan kema
iran ekerja merek atau men gaji pe erja a ing ang berk mahiran tingg . Sistem levi baru ini bertujuan
mengawal kemasukan pekerja asing tidak mahir kerana levi akan dibayar oleh majikan dan bukannya
pekerja. Penetapan kadar levi adalah berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu bayaran levi berkadar
langsung dengan nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja, kadar akan meningkat setiap tahun,
dan berbeza mengikut tahap kemahiran pekerja asing.

Meningkatkan Penyertaan Tenaga Kerja
Arah aliran isi rumah dengan dua sumber pendapatan meningkatkan keperluan terhadap kaedah
bekerja yang lebih fleksibel. Sehubungan ini, Kerajaan akan memperkenal Peraturan Kerja Separa
Masa di bawah Akta Kerja 1955 dalam tempoh Rancangan. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan
penyertaan lebih besar dalam kalangan penduduk yang berada di luar tenaga kerja seperti suri
rumah, pesara dan orang kurang upaya. Kaedah bekerja dari rumah, teleworking, dan separa masa
atau masa anjal akan digalakkan. Di samping itu, penyertaan tenaga kerja tempatan dapat
ditingkatkan dengan memanfaatkan sepenuhnya golongan wanita di luar tenaga kerja. Oleh itu,
langkah akan diambil untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja daripada
46% pada tahun 2010 kepada 55% pada tahun 2015. Jangka hayat rakyat Malaysia kini setara dengan
negara maju. Pelaksanaan dasar dan amalan bekerja secara fleksibel dan separa masa akan
menggalakkan rakyat Malaysia yang bersara untuk terus menyumbang kepada ekonomi, terutama
dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan kepakaran mereka.

Meningkatkan Kemahiran dan Keupayaan Tenaga Kerja Sedia Ada
Pada masa ini, hanya 28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan
berkemahiran tinggi. Peratusan ini menunjukkan sebahagian besar tenaga kerja mempunyai tahap
pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja sedia
ada amat diperlukan ke arah meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Kerajaan
menyasarkan 33% tenaga kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang tahun
211

2015, dan 50% menjelang tahun 2020. Pencapaian matlamat ini memerlukan penglibatan yang lebih
besar daripada sektor swasta.

Menggalakkan Perkongsian Kos Latihan
Liputan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran akan diperluaskan untuk menggalakkan
peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja. Tabung ini akan memperluas bantuan
kewangan daripada lepasan sekolah kepada pekerja. Menyedari bahawa tidak semua pekerja mampu
untuk membiayai latihan, pinjaman pada kadar faedah yang rendah akan disediakan oleh Tabung ini
untuk membiayai kos latihan peningkatan kemahiran. Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan
untuk menyediakan pinjaman kepada pekerja, dan jumlah yang sama juga disediakan kepada lepasan
sekolah. Enterpris kecil dan sederhana (EKS) memainkan peranan penting dalam memacu
pertumbuhan ekonomi. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.) akan
membantu dalam pembangunan EKS yang berkeupayaan dan berdaya tahan serta mampu bersaing
di pasaran global. Di samping menyediakan kemudahan infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat
nasihat, akses kepada pasaran dan program sokongan yang lain, SME Corp. akan terus melaksanakan
Program Peningkatan Kemahiran. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keupayaan
pekerja EKS di peringkat teknikal, penyeliaan dan pengurusan terutama dalam bidang kejuruteraan
elektrikal dan elektronik, teknologi maklumat serta reka bentuk industri. Di bawah program ini, SME
Corp. akan membiayai 80% daripada kos latihan yang ditanggung oleh majikan untuk melatih pekerja
mereka di pusat latihan bertauliah. Perkongsian kos latihan akan dipergiatkan melalui peluasan
liputan Tabung Pembangunan umber Manusia Berhad daripada 44 kepada 70 subsektor. Tabung ini
adalah kumpulan wang yang disumbangkan melalui levi oleh majikan untuk melatih semula dan
meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak RM50 juta akan
diperuntukkan bagi meneruskan pembiayaan geran sepadan untuk latihan dan peningkatan
kemahiran pekerja EKS. Di samping itu, RM50 juta akan diperuntukkan untuk membiayai program
perantisan yang melibatkan lebih 8,000 perantis. Peruntukan ini akan digunakan bagi membiayai
elaun perantis dan yuran latihan vokasional. Kerajaan menggalakkan semua peringkat tenaga kerja
untuk terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan ke peringkat lebih tinggi. Dalam tempoh
Rancangan, program akan diperkenal bagi menggalakkan penyertaan industri supaya bersama
menaja pekerja mereka untuk melanjutkan pengajian ke program PhD perindustrian. Program ini
akan melibatkan latihan dan penyelidikan projek berkaitan dengan pekerjaan serta berfokus kepada
keperluan industri. Program ini akan dilaksana secara bersama oleh syarikat dengan universiti.
Pendekatan ini akan menggalakkan inovasi dan perkongsian pengetahuan yang dapat menyumbang
kepada pertumbuhan dan pembangunan enterpris, menjana pengetahuan baru di universiti, dan
menggalakkan penyelidikan yang berkaitan dengan industri dalam negara. Bagi tujuan ini, sebanyak
RM50 juta akan diperuntukkan. Di samping itu, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan program di
bawah pakej rangsangan ekonomi 2009 dengan menyediakan peruntukan bagi membiayai
sebahagian daripada kos pengajian di peringkat PhD di universiti tempatan. Sebanyak RM350 juta
akan diperuntukkan dalam tempoh Rancangan yang akan memanfaatkan 5,000 pelajar PhD.

Menggerakkan Industri bagi Meningkatkan Kemahiran Tenaga Kerja
Penyediaan latihan secara langsung oleh syarikat dalam industri tertentu akan memastikan
kandungan latihan menepati keperluan industri. Bagi tujuan ini, latihan vokasional akan diselaras dan
diterajui oleh sektor swasta. Kerajaan akan mempergiat dan menggalakkan sektor swasta untuk
membangunkan program latihan dalaman yang diiktiraf dan memperluas program tersebut dengan
212

menyediakan latihan kepada pelatih yang bukan hanya terdiri daripada pekerja mereka bagi
memenuhi keperluan industri. Kerajaan juga akan melaksanakan pendekatan pembiayaan tempat
latihan bagi program latihan dalam bidang kemahiran khusus untuk sektor yang diberi keutamaan.
Kursus ini akan dipersijilkan 242 sama ada di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia atau badan
persijilan antarabangsa. Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian (INSEP) merupakan program
latihan untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah dalam bidang seperti kejuruteraan, ICT dan
pengurusan. Program bridging ini dilaksanakan oleh 11 pusat pembangunan kemahiran negeri
dengan kerjasama majikan. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan siswazah yang baru tamat
pengajian dengan kemahiran khusus dan kompetensi yang sesuai dengan keperluan industri untuk
meningkatkan kebolehpasaran mereka. Kerjasama dalam pembangunan kerjaya dan bimbingan
antara universiti dan industri akan digalakkan. Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS)
yang diuruskan oleh Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan Berprestasi Tinggi Putrajaya akan
terus dilaksana dan diperluaskan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah yang menganggur.
Inisiatif ini bertujuan memudahkan pemadanan antara siswazah dengan majikan, melengkapkan
siswazah dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang menepati keperluan industri dan jawatan
yang disasarkan, dan meningkatkan asimilasi serta integrasi siswazah dengan tempat kerja. Selain
daripada syarikat berkaitan Kerajaan, program ini juga disertai oleh EKS, agensi Kerajaan dan syarikat
swasta. Sejak inisiatif ini dimulakan pada bulan Mac 2009, GEMS telah berjaya melatih 5,000
siswazah. Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPL) bertujuan mengiktiraf pengalaman
terdahulu dan kepakaran pekerja, serta menggalak dan memberi ganjaran terhadap pembelajaran
sepanjang hayat dalam kalangan tenaga kerja akan diperluas. Program ini akan meningkatkan dengan
ketara prospek kemajuan kerjaya tenaga kerja dengan menganugerahkan SKM kepada pekerja yang
memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di tempat kerja tetapi tidak mempunyai
latihan formal. Program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 60,000 pekerja setahun. Bantuan
kewangan kepada pekerja untuk menjalani latihan bagi melayakkan mereka menerima SKM akan
mula dilaksana pada tahun 2011. Di samping itu, bank kredit kemahiran akan ditubuhkan oleh
Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menyediakan pangkalan data bagi merekod latihan dan
mempermudah persijilan tenaga kerja mahir.

Menaik Taraf dan Memperluas Akses kepada Kolej Komuniti
Sistem kolej komuniti di Malaysia menyediakan pendidikan lepasan menengah dalam pelbagai kursus
teknikal dan vokasional mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia. Kolej komuniti di seluruh negara
yang berjumlah 59 buah memainkan peranan penting untuk menyediakan latihan peningkatan
kemahiran dan latihan semula kepada masyarakat dalam pelbagai disiplin. Kolej ini juga menggalak
pembelajaran sepanjang hayat kepada semua lapisan masyarakat dan kumpulan umur. Dalam
tempoh Rancangan, Kerajaan akan memperkenal pendekatan yang lebih inovatif bagi kolej komuniti
melalui pelaksanaan program modular yang membolehkan pelajar mengikuti pelbagai modul jangka
pendek berasaskan keupayaan mereka. Modul boleh digabung untuk melayakkan pelajar
dianugerahkan SKM. Hampir 70% daripada kandungan modul ini akan dilaksana secara latihan
praktikal di industri atau di tempat kerja. Secara khususnya, program ini akan menyediakan peluang
peningkatan kemahiran kepada pelajar yang cenderung kepada bidang teknikal atau vokasional
tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas. Pendekatan modular yang lebih fleksibel
ini akan menawarkan 135 kursus yang berlainan menjelang tahun 2015 berbanding dengan 52 pada
tahun 2010. Sasaran jumlah enrolmen kolej komuniti akan meningkat daripada 31,000 pelajar pada
tahun 2010 kepada 120,000 pelajar menjelang tahun 2014.
213


Menarik dan Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran
Globalisasi telah meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara perindustrian yang
didorong oleh upah, suasana pekerjaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Modal insan berkepakaran
tinggi berupaya menyesuaikan diri di pelbagai suasana pekerjaan di seluruh pelusuk dunia. Terdapat
banyak persaingan untuk menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi ini. Usaha
bersepadu akan diambil untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi modal insan
berkepakaran tinggi bagi warga tempatan dan asing. Malaysia juga akan secara aktif berusaha
mendapatkan modal insan berkepakaran yang kritikal untuk negara.

Mempermudah Prosedur dan Menyedia Insentif Lebih Baik untuk Menarik Modal Insan Asing
Berkepakaran
Kerajaan akan menambah baik prosedur semasa penggajian modal insan berkepakaran dari luar
negara dengan mengurangkan kesulitan, peringkat pemprosesan dan bilangan agensi
penguatkuasaan. Penambahbaikan ini bertujuan memudahkan prosedur pengeluaran permit kerja
supaya lebih liberal selaras dengan amalan negara berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, amalan
semasa akan dikaji semula dan diselaraskan. Insentif dan suasana pekerjaan akan ditambah baik
sebagai langkah meningkatkan lagi daya tarikan kepada modal insan asing berkepakaran. Langkah ini
termasuk membenarkan modal insan asing berkepakaran bertukar kerja dengan persetujuan majikan
yang didaftarkan, membawa pembantu rumah asing serta memberi kebenaran kepada pasangan
untuk bekerja walaupun masih memegang pas tanggungan. Bagi meningkatkan fleksibiliti dan
mobiliti modal insan asing berkepakaran, had masa visa pekerjaan akan dimansuhkan kepada mereka
yang berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan. Visa terbuka akan dikeluarkan kepada profesional
asing yang berkemahiran tinggi tanpa dikaitkan atau disyaratkan bekerja dengan syarikat atau
majikan tertentu. Mereka juga dibenarkan membeli unit kediaman yang berharga RM250,000 dan ke
atas. Malaysia amat memerlukan peningkatan kemasukan modal insan asing berkepakaran dalam
sektor perkhidmatan profesional untuk menampung kekurangan modal insan tempatan. Sehingga
kini, Pertubuhan Negara negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai Peraturan Pengiktirafan
Bersama bagi pengamal kejuruteraan, kejururawatan, seni bina, perubatan dan pergigian. Manakala,
Rangka Kerja ASEAN Mengenai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal ukur bahan dan
perakaunan telah ditandatangani. Usaha akan dilaksana dengan mengambil kira objektif bagi
mempermudah mobiliti golongan profesional ASEAN. Menjelang tahun 2015, di bawah Perjanjian
Rangka Kerja ASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS), Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain
akan meliberalisasi kemasukan golongan profesional. Pembangunan industri perkhidmatan di
Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya Malaysia berupaya menarik lebih ramai modal insan
berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional dari negara ASEAN yang lain.

Menjadikan Bandar Lebih Menarik kepada Modal Insan Berkepakaran
Kualiti hidup sesebuah bandar merupakan faktor utama bagi modal insan berkepakaran di peringkat
global memilih destinasi untuk tinggal dan bekerja. Kuala Lumpur merupakan bandar ke-11 di Asia
yang selesa untuk didiami, dan berpotensi untuk menjadi antara lima bandar terbaik. Secara
umumnya, Kuala Lumpur berada dalam kedudukan istimewa sebagai bandar raya yang sangat selesa
dan kosmopolitan yang merupakan mikrokosma kepada Asia. Bagi menarik modal insan
berkemahiran dari luar negara, Kuala Lumpur akan digambarkan sebagai sebuah bandar raya bagi
mereka yang mengutamakan kualiti dan kepelbagaian gaya hidup, bercirikan alam semula jadi, kaya
214

dengan budaya, dan metropolis moden dengan infrastruktur canggih. Di samping itu, usaha
bersepadu akan dilaksana untuk menjadikan bandar raya lain seperti Georgetown, Johor Bahru,
Kuching dan Kota Kinabalu lebih menarik dan selesa untuk didiami. Inisiatif yang akan dilaksana di
bandar raya tersebut termasuk peluasan ruang terbuka seperti taman, dataran awam dan laluan
pejalan kaki, memulihkan waterfronts dan memperindah lokasi kesenian dan kebudayaan serta
meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan pengangkutan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Mewujudkan Kesinambungan Pembangunan Modal Insan Berkepakaran untuk Masa Hadapan
Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar negara,
mereka yang masih berada dalam sistem pendidikan belum dimanfaatkan sepenuhnya. Pelajar asing
yang belajar di universiti tempatan, terutama dalam bidang kritikal merupakan potensi sumber
modal insan berkemahiran. Bagi mengekalkan pelajar ini, prosedur sedia ada yang 246 mewajibkan
mereka kembali ke negara asal sebaik sahaja tamat pengajian akan dikaji semula bagi memudahkan
mereka bekerja di Malaysia, terutama dalam pekerjaan kritikal yang terpilih. Biasiswa akan diberi
kepada pelajar terbaik dari seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah
dan pasca kedoktoran di Malaysia dalam bidang kritikal yang spesifik selaras dengan keperluan
negara. Sebaik menamatkan pengajian, mereka akan diberi peluang untuk bekerja di Malaysia.
Mereka yang memilih untuk tinggal dan bekerja di Malaysia akan meningkatkan bilangan modal insan
berkepakaran. Dalam tempoh Rancangan, 5% daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
akan disediakan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan setiap tahun. Kerajaan
juga akan mengenal pasti pelajar terbaik Malaysia yang sedang belajar di universiti terbaik di luar
negara dan akan menyediakan biasiswa bagi membiayai yuran pengajian tahun akhir dengan syarat
mereka kembali ke tanah air. Di samping itu, langkah akan diambil untuk memastikan rakyat
Malaysia yang belajar di luar negara dengan biasiswa kembali ke Malaysia sebaik sahaja menamatkan
pengajian mereka.

Penglibatan Diaspora Rakyat Malaysia
Kepelbagaian dan saiz komuniti rakyat Malaysia di luar negara adalah aset unik yang boleh
dimanfaatkan untuk melonjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Dianggarkan
lebih daripada 700,000 rakyat Malaysia bekerja dan tinggal di luar negara, kebanyakan daripada
mereka adalah profesional berkemahiran tinggi. Kerajaan akan mengambil usaha yang tekal untuk
mengenal pasti rakyat Malaysia yang berbakat di luar negara, untuk terlibat dengan mereka dan
mendorong mereka menyumbang kepada negara melalui tindakan berikut:

Mengekalkan hubungan.
Diaspora Malaysia akan dilibatkan secara aktif dalam membina dan memperkukuh hubungan mereka
dengan Malaysia. Kerajaan secara aktif akan mengenal pasti, mempertemu dan membentuk jaringan.
Pangkalan data diaspora yang lengkap mengandungi maklumat seperti pakar dalam sektor ekonomi
utama dan latar belakang kemahiran akan diwujudkan dan diselenggara supaya mereka dilibatkan
dalam bidang bersesuaian;

Mengesah dan mengiktiraf sumbangan.
Anugerah dan acara yang bersesuaian akan diwujudkan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian
penting ahli komuniti diaspora Malaysia. Di samping itu, persatuan diaspora Malaysia akan
diwujudkan bagi menyediakan peluang rangkaian melalui saluran atas talian dan pertemuan
215

bersemuka di bandar raya yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di luar negara untuk menyediakan
aktiviti dan peluang yang lebih besar untuk mereka menyumbang kepada negara;

Mendapatkan idea dan nasihat.
Dialog berkala akan diwujudkan antara wakil Kerajaan dengan diaspora Malaysia di bandar raya
utama yang membolehkan ahli diaspora bertukar idea dan memberi input untuk penggubalan dasar
terutamanya yang berkaitan teknologi dan perindustrian. Di samping itu, diaspora Malaysia
terkemuka akan diiktiraf sebagai autoriti dalam bidang tertentu seperti sektor ekonomi yang utama.
Mereka ini akan dirujuk dan ditawarkan untuk menganggotai lembaga penasihat; dan

Sumber pelaburan modal.
Kerajaan akan menggalak diaspora Malaysia untuk melabur di Malaysia. Mengambil kira kepakaran
mereka, diaspora akan ditawar untuk melabur dalam projek khusus dengan kerjasama entiti
perniagaan tempatan atau agensi sektor awam melalui usaha sama.

Menubuhkan Talent Corporation bagi Membekalkan Negara dengan Modal Insan Berkepakaran
yang Diperlukan
Usaha menarik pelaburan telah dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia dengan
jayanya, tetapi tiada agensi yang bertanggungjawab dalam menarik modal insan berkepakaran yang
bertaraf dunia bagi merapatkan jurang kemahiran serta membekalkan modal insan yang sangat
diperlukan dari dalam dan luar negara. Oleh itu, Talent Corporation (TC) akan ditubuhkan pada tahun
2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan mandat untuk menarik, memotivasi dan
mengekalkan modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi
berpendapatan tinggi. TC akan mempunyai tiga peranan utama:

Sebagai pemangkin.
TC akan meneraju dan memacu inisiatif dalam usaha untuk menarik dan membangunkan modal
insan berkepakaran bertaraf dunia melalui pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaan
dengan kerjasama sektor awam dan swasta. Inisiatif ini merangkumi usaha untuk melibatkan
diaspora Malaysia, 248 mengenal pasti dan mengumpul modal insan berkepakaran yang berpotensi,
dan mencungkil bakat dan mempergiat pembangunan pemimpin pelapis;

Sebagai pemudah cara.
TC akan membantu industri dan sektor swasta dalam mewujud, memotivasi dan mengekalkan modal
insan berkemahiran. Pihak berkepentingan dari pelbagai agensi dan syarikat akan diketemukan untuk
mewujudkan keselarasan dan koordinasi kukuh kepada pengurusan modal insan berkepakaran
kebangsaaan. Di samping itu, peranan ini akan dilengkapkan melalui penyediaan insentif dan
sokongan untuk menghubung dan mengagih modal insan berkepakaran; dan

Sebagai penyampai.
TC akan bertanggungjawab memastikan inisiatif utama negara tentang pembangunan modal insan di
semua peringkat dilaksanakan bagi membangunkan dan mengekalkan modal insan berkepakaran di
Malaysia dan merapatkan jurang yang besar serta menangani halangan dalam pembangunan modal
insan berkepakaran. TC juga akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program dan mengenal
pasti program dan menilai kesan inisiatif utama pembangunan modal insan berkepakaran. Rangka
216

Tindakan Modal Insan Berkemahiran Kebangsaan yang bersepadu akan dibangunkan oleh TC dengan
kerjasama sektor awam dan swasta pada tahun 2011. Rangka tindakan ini akan mengenal pasti dan
membuat unjuran keperluan modal insan berkepakaran dalam sektor ekonomi utama dari semasa ke
semasa, dan membangunkan inisiatif yang khusus bagi mempercepat bekalan modal insan
berkepakaran yang kritikal. Rangka tindakan tersebut akan:

daripada peringkat prasekolah hingga persaraan, dan akan dipacu oleh permintaan dengan
kerjasama industri bagi memastikan kesesuaiannya dengan keperluan pasaran dan ekonomi
berasaskan pengetahuan; dan

insan bagi memenuhi keperluan sektor yang diberi keutamaan dan Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEAs), jurang permintaan dan penawaran modal insan semasa an pada masa akan
datang serta portfolio inisiatif bersepadu untuk memastikan program dilaksana dan ditadbir
urus dengan berkesan.

Selaras dengan peningkatan persaingan modal insan berkepakaran di peringkat global, langkah yang
proaktif diperlukan bukan sahaja untuk menarik, malahan untuk mengenal pasti modal insan asing
yang berkemahiran. Pendekatan yang akan diambil adalah sama seperti pendekatan untuk menarik
pelaburan langsung asing. TC akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan perwakilan Malaysia
untuk merancang dan melaksana strategi secara giat untuk menarik modal insan asing dan diaspora
Malaysia, terutama mereka yang berkepakaran dalam sektor ekonomi yang diberi keutamaan atau
bakal siswazah dari universiti terkemuka dunia. Di samping usaha mengadakan roadshow dan festival
kerjaya, Kerajaan akan melatih, mengenal pasti dan menarik modal insan asing berkepakaran tinggi
bagi memenuhi kekurangan kemahiran dan pengetahuan tertentu di Malaysia. Program menarik dan
mengekalkan modal insan sedia ada seperti Program Menggalak Warga Negara Malaysia yang
Berkepakaran yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia dan Program Brain Gain akan
digabungkan di bawah TC dan diperkukuh untuk memastikan penyelarasan yang lebih baik, lebih
fokus dan memberi impak yang lebih besar. Insentif di bawah program ini akan dikaji semula dan
diperluas untuk menjadikannya lebih menarik bagi kumpulan modal insan berkepakaran tinggi yang
disasarkan di luar negara.

Kesimpulan
Pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam mentransformasikan ekonomi
Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Untuk
mencapai daya saing yang tinggi di peringkat global dan ekonomi berasaskan inovasi, pendekatan
yang sistematik dan menyeluruh untuk membangun, menarik dan mengekalkan modal insan
berkepakaran tinggi negara diperlukan. Malaysia perlu merapatkan jurang untuk mencapai modal
insan berkepakaran bertaraf dunia. Kerajaan akan melaksanakan perubahan menyeluruh di setiap
tahap pembangunan modal insan sepanjang kitaran hayat, iaitu daripada menambah baik pendidikan
awal kanak kanak sehingga peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada. Pembangunan dan
pengukuhan kualiti guru akan diberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Sekolah dan
pengetua akan dipertanggungjawab terhadap pencapaian pelajar serta diberi lebih bantuan dan
autonomi sewajarnya. Dalam tempoh Rancangan, lebih penekanan akan diberi kepada latihan
kemahiran bagi memastikan negara dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan
industri, meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi. Pendidikan teknikal
217

dan latihan vokasional akan diarusperdanakan, dan pendidikan tertiari akan dinaik taraf dengan
ketara melalui pemberian autonomi yang lebih besar dan pengurusan berprestasi tinggi dengan
matlamat ke arah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan mobiliti kerja. Dalam tempoh
Rancangan, sumber akan ditumpukan kepada usaha untuk membangun serta mengekalkan modal
insan terbaik bertaraf dunia. TC akan ditubuhkan dengan mandat utama untuk mengenal pasti dan
membekal modal insan berkepakaran tinggi yang amat diperlukan oleh sektor ekonomi utama bagi
memastikan aspirasi negara tercapai. Pada masa yang sama, usaha yang lebih gigih diambil untuk
memastikan akses yang saksama kepada peluang meningkatkan kemahiran dan menyokong
golongan yang amat memerlukan. Sehubungan ini, inisiatif latihan kemahiran akan ditumpukan
kepada isi rumah 40% terendah serta program penambahbaikan sekolah dan inisiatif LINUS dilaksana
bagi merapatkan jurang pencapaian bagi pelajar yang ketinggalan dalam pembelajaran dan
meningkatkan pencapaian sekolah berprestasi rendah. Langkah ini akan memastikan setiap pelajar di
Malaysia boleh berjaya. Modal insan berkemahiran tinggi merupakan asas terpenting bagi mencapai
ekonomi berpendapatan tinggi. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia untuk
Malaysia amat memerlukan usaha yang tekal, terselaras dan berfokus supaya kepelbagaian dapat
dimanfaatkan ke peringkat antarabangsa serta untuk memupuk, menarik dan mengekalkan modal
insan berkemahiran tinggi di Malaysia.


B Isu Semasa Pendidikan

2.1 Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar
Wang Bantuan RM100 kepada Pelajar tahun 2012 dari Kementerian Pelajaran Malaysia
Wang bantuan RM100 ini diberikan lanjutan daripada janji kerajaan pada Bajet Negara yang
dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Matlamat pemberian wang bantuan
Matlamat pemberian wang bantuan rm100 ini ialah meringankan beban ibubapa yang terpaksa
menanggung beban mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi membeli perlatan-peralatan sekolah dan
pakaian untuk anak-anak yang bakal memulakan persekolahan pada bulan Disember 2011

Siapa yang layak terima?
Wang bantuan rm100 ni layak diterima oleh ibu bapa pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Setiap pelajar akan menerima rm100 setiap seorang. Pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan
rm100 ini ialah mereka yang bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan,Sekolah
Agama Rakyat, Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan dan Sekolah Agama Negeri.

Bila wang bantuan rm100 mula dibayar
Ianya mula dibayar mulai 15 November 2011 dan akan berakhir pada tarikh yang akan diumumkan
oleh kerajaan kelak.

218

Bagaimana wang ini dibayar
Wang bantuan ini dibayar dengan cara tunai kepada ibu bapa. Pihak sekolah akan mengeluarkan
borang akuan penerimaan/penolakan dan setelah diisi ibu bapa perlu mengembalikannya kepada
pihak sekolah.

Tanggungjawab pihak sekolah mengagihkan wang bantuan
Pelajar-pelajar yang layak menerima wang bantuan perlulah dikenalpasti dan disenaraikan .
Pembayaran hendaklah dilakukan secara tunai kepada ibubapa setelah wang dikeluarkan
daripada Bank Simpanan Nasional.
Wang bantuan tidak boleh diberikan dalam apa-apa bentuk seperti cek, wang pos, baucar
atau lain-lain kecuali tunai sahaja.
Wang bantuan hendaklah diberikan kepada pelajar-pelajar yang layak menerima dalam
tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh wang tersebut diterima oleh pihak pentadbiran
sekolah-sekolah.
Pihak sekolah hendaklah memastikan ibu bapa yang telah menerima wang bantuan rm100
menurunkan tandatangan di dalam borang Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dan
proses ini hendaklah disaksikan oleh oleh 2 orang guru sekolah

2.2 Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai
RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada
pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik
mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan
pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di
institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai
RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah
masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk
mengambil baucar berkenaan.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor
Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad
pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00
setiap keping.

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai
buku adalah terbuka kepada semua.

219

Baucar ini adalah untuk pembelian buku buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan
pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional
(BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31
Mac 2012.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

2.3 Isu Penempatan GSTT

7,079 GSTT ke jawatan tetap

PUTRAJAYA: Seramai 7,079 daripada 13,184 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di seluruh negara
akan diserapkan dalam jawatan tetap selepas mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih, mulai Januari ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata langkah itu membuktikan komitmen
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk
menyelesaikan isu membabitkan 13,184 guru GSST di seluruh negara.

Beliau berkata, sebenarnya seramai 1,799 daripada 13,184 guru GSTT terbabit sedang mengikuti
latihan perguruan menerusi mod kursus dalam cuti (KDC) di IPGM di seluruh negara sejak beberapa
bulan lalu.

untuk memberi peluang kepada 7,079
guru GSTT mengikuti latihan perguruan di IPTA dan IPGM di seluruh negara mulai Januari depan.

bawah Skim Perkhidmatan Pelajara
berhubung isu GSTT di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 4,433 GSTT akan mengikuti kursus Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah KPLI (DPLI) di IPTA (mulai Februari 2012).


Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kementerian menolak 2,788 permohonan lain kerana GSTT
terbabit gagal mengemukakan maklumat lengkap atau dokumen asal ketika menghadiri temu duga
sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, kementerian bersedia memberi peluang membenarkan guru terbabit
220

membuat rayuan dengan mengemukakan permohonan lengkap bersama salinan sijil asal yang sudah
disahkan untuk pertimbangan semula kementerian sebelum tarikh tutup pada 26 Disember ini.

iaitu berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut.



2.3 : Majlis Bahasa Inggeris







221




222

2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah



2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional
Teks Ucapan
Yab Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional
Bertempat Di German-Malaysia Institute

PADA 06 JANUARI 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri,
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian
Yang Berbahagia Dato Sri Abd Ghafar bin Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Ketua-Ketua Jabatan,
Dif-Dif Kehormat, Dato'-Dato', Datin-Datin,
Tuan-Tuan, Puan-Puan,
Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian

223

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana
dengan limpah izin dan kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam satu majlis bersejarah yang
menandakan permulaan transformasi pendidikan vokasional, selaras dengan agenda yang telah
digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal
dan Latihan Vokasional. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan perhargaan
kepada pihak penganjur dan tuan rumah iaitu German Malaysia Institut (GMI) kerana dapat
menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

2. Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan
tinggi, keterangkuman dan kemampanan berhasrat untuk m
atau Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Dalam Model Baru Ekonomi yang diumumkan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri, Dato` Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dinyatakan bahawa kejayaan
melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu
bagi menjana kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, bagi menentukan pencapaian
kemajuan dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi nasional menuntut
peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.

- -datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

3. Dalam memenuhi aspirasi ini, pendidikan vokasional adalah laluan yang penting ke arah
melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu
menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan dengan keperluan
semasa. Dalam hal ini, penekanan terhadap penambahbaikan kualiti Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional adalah sangat penting seterusnya menyumbang kepada mencapai hasrat negara
berpendapatan tinggi. Peningkatan kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan
kebolehpasaran graduan. Sehubungan itu, sistem latihan kemahiran dan jalinan usahasama dengan
pihak industri perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif dan menepati keperluan serta
perkembangan ekonomi negara. Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibat menjadi
faktor penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing. Tugas yang paling
mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan iaitu
sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Para hadirin sekalian,

4. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 lagi dengan melihat
pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan negara serantau. Kadar purata
enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan
Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD ) adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika
kita melihat kepada negara-negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu
kekuatan utama dalam sistem pendidikan di semua negara ini. Sebagai contoh, di Jerman, Finland
dan Austria, hampir 50 peratus hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di
peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program apprenticeship.
Malahan di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untuk mengikuti pendidikan vokasional
pada peringkat umur 14 tahun lagi. Di negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand,
enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas mejangkau 40 hingga 60
224

peratus. Dalam pada itu, pendidikan vokasional di sekolah luar negara juga melibatkan On The Job
Training bagi menghasilkan tenaga kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka
dianugerahkan sekurang-kurangnya sijil dan ada negara yang menawarkan sehingga peringkat
diploma.

5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau, pendidikan
vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar dan segera. Jika ini tidak dilakukan, kita
bimbang negara kita tidak kompetitif di peringkat global dan terus ketinggalan. Kejayaan perlu diukur
bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik, tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui
bidang teknikal dan vokasional.

- -datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

6. Pendidikan vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep Pendidikan Untuk
Semua ( Education For All ) seperti yang digariskan oleh UNESCO. Program Pendidikan Asas
Vokasional ( PAV ) yang dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada murid yang
cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari
peringkat menengan rendah lagi sehingga ke tahap kolej vokasional (KV) atau Institusi Latihan
Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta ( ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di
setiap negeri telah dinaik taraf menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang disebutkan tadi.
Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai
pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang
mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.

Hadirin sekalian,

7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum, institusi, pengajaran
dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia sehingga terbina sistem pendidikan
vokasional yang baharu. Proses dilaksana menerusi lima strategi, lima inisiatif dan sebelas tindakan.
Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional
yang akan dilancarkan sebentar lagi.

8. Lima strategi utama ini merangkumi:
- Transformasi kurikulum pendidikan vokasional
- Transformasi institusi pendidikan vokasional
- Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri
- Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional.
- Transformasi organisasi pendidikan vokasional.

9. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri, Kementerian amat
menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan KPM (PAV dan KV)
dengan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran ini secara tidak
langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi
alam pekerjaan yang sebenar. Maka pada hari ini akan termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di
antara KPM dengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS. Syabas
225

diucapkan kepada agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS yang terlibat.

10. Ini merupakan langkah permulaan. Saya percaya selepas ini lebih banyak agensi awam, swasta
dan industri akan tampil ke hadapan untuk sama-sama terlibat dalam proses transformasi pendidikan
vokasional yang sedang berlaku. Kerjasama pihak industri dalam menyediakan latihan kemahiran
amat penting agar latihan melalui "work based learning" dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran
dan kemudahan yang ada pada kedua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan
berlakunya ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran.

11. Di samping itu, amalan standard kualiti persekiran tempat kerja melalui konsep 5S yang berasal
dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal juga telah mula diperkenalkan di sekolah
menengah teknik dan vokasional oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian
Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Pelaksanaan konsep 5S perlu menjadi budaya dalam
pengurusan tempat kerja terutama di bengkel-bengkel dan juga pejabat bagi mewujudkan suasana
kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur. Inisiatif ini juga merupakan langkah ke
arah transformasi persekitaran kolej vokasional supaya amalan budaya bekerja yang berkualiti
diterapkan kepada pelajar KV. Kita mengharapkan graduan KV akan mengamalkan budaya ini apabila
mereka bekerja atau menjalankan perniagaan nanti. Saya difahamkan 8 buah sekolah akan
menerima Sijil 5S dari Malaysia Trodiction Council (MPC) pada hari ini. Sayabas diucapkan.

12. Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia, kementerian dan agensi-agensi lain dalam usaha menjayakan transformasi pendidikan
vokasional ini. Kepada seluruh warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM, SMT/V dan
Kolej Vokasional, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya, Tingkatkanlah usaha dan bekerjalah dalam
satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan vokasional demi masa depan negara.
Jadikanlah usaha ini sebagai agenda penting pembangunan modal insan negara yang kita cintai.

13. Dengan lafaz Bismillah-ir Rahman-ir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis
Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia..

Wabillahi al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekian, terima kasih.






226

C Isu Semasa Negara

3.1 Sistem Pemerintahan Malaysia (YDP Agong, Kabinet, Komponen )













* Nota Peringatan
Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, Perdana Menteri ialah
ketua kerajaan, manakala Ketua Negara (Raja, Ratu, Presiden, atau Gabernor Jeneral [de facto])
yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Malaysia =
Perdana Menteri ialah KETUA KERAJAAN, manakala KETUA NEGARA ialah Yang Di-Pertuan Agong.

Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-


Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-
mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;


Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan
penghakiman; dan;


227


Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau
menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan
masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama
lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga
Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan
(Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas
daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan [legislative],
pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang dipraktikkan baik di peringkat pusat atau
kerajaan negeri yang diamalkan selama ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah
mengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka.


KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

Badan Perundangan
Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undang persekutuan dan
juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang-undang yang
boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-
cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang
dinyatakan dalam undang-undang persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan
ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan
dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat
sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang
mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan
mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga
perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja
mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-
Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan
atau dilucutkan jawatannya oleh Raja-Raja Melayu.

Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa memanggil,
membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat
daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi
bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen
dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan,
228

kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua
kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab
memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain
memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga
berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa,
bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan
darurat.

Dewan Negara
Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang
dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi
kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak
mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat
sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun,
Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-
cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan,
perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang
dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan
Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi
dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri
mengemukakan dua orang Senator.

Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan
Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada
warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah
tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator
bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang
jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan
pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan
Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri
menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-
pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.

Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta
mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara
229

langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya
dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang
membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap
sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan
Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli
Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum
tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh
Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25
kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).


BADAN PEMERINTAH (EKSEKUTIF)
Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-
kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang.

Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah
terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang
persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau
mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-
undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah
Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak
berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada
15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab
menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri
Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-
Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal
ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:

a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat
yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu
sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan

b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain
dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


230

Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini
seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:-

-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut
peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;

-apa perbuatan, amalan atau upacara agama
meliputi seluruh persekutuan;

k mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi
nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis
Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Badan Kehakiman
Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak
pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah
Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130
Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Badan Kehakiman
Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung,
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu
Mahkamah Tinggi Malaya sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan
Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan
Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di
Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat
juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun.
Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan
kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim
Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim
Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan
Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada
sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah
telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah
menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar
negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di
231

tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan
mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang
Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah
diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri
masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-
negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah
Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi
Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau
Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi
rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang-
undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi
Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua
rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-
lamanya.


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Sultan Kedah, , dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14
oleh Majlis Raja-Raja.
Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan
Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang
sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21
September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.
Sultan Abdul Halim, 83, menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh
pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.



232

Senarai Kabinet Terkini (Jemaah Menteri)

Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
vindasamy Baharu

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum



233

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan

Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

234

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel


235

Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:-

Menteri
Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong
Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;
Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.

Timbalan Menteri
Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani;
Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;
Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Wee Jeck
Seng yang ditamatkan pelantikan.
Senator Datuk Maglin
Kebudayaan
Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti;
Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio dalam
Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu:
Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;
Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.


Ketua Hakim Negara
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12
September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada
tarikh berkenaan.

3.2 Isu Adam Adli
Adam Adli Menurunkan Bendera Perdana Menteri.
Isu Adam Adli, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yang menurunkan
bendera Dato Seri Najib Tun Razak di PWTC. Ia berlaku ekoran ketidakpuasan hati sekumpulan
golongan pelajar terhadap akta universiti AUKU. Dengan matlamat untuk memperjuangkan
kebebasan akademik, Adam Adli menyatakan dia tidak akan membuat permohonan maaf kepada
Perdana Menteri terhadap perbuatannya itu. Tindakannya ini mendapat kecaman pelbagai pihak
yang menyifatkan tindakan itu tidak beradap dan lari daripada norma seorang pelajar yang
sepatutnya sibuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran di universiti.Tambahan lagi dia
merupakan bakal pendidik. Namun terdapat segelintir juga yang menyokong usahanya itu dan
236

menganggap perbuatannya itu sebagai berani dan terkedepan dalam menyuarakan rasa hati pelajar.

Adam digantung tiga semester
Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan
mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penggantungan pelajar tahun ketiga
jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu
berkuatkuasa serta merta. Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib
universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan
akademik pada 17 Disember lalu. Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan
bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan
menggantikannya dengan kain rentang propelajar. Beliau kemudiannya memberitahu pemberita
bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

3.3 : BR1M
Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Satu program bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia yang tinggal dalam isi rumah yang
berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Syarat Permohonan
Seorang pemohonan yang ingin mendapatkan bantuan ini mestilah:
Warganegara Malaysia
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan
jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah.
Berkahwin
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah
pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan.
Untuk tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti berikut:
Borang Pendaftaran BR1M
Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera
Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)
Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
Bantuan Kewangan RM500 ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga yang layak.
Ketua Isi Rumah dan Ketua Keluarga dijelaskan dalam gambar di bawah.

237



238



3.4 Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik


Program Transformasi Kerajaan (GTP)
pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah pertama, untuk
mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan
bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu
Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard
kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan
2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah: -




gkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar


239

Mengurangkan kadar jenayah
Mengurangkan jenayah jalanan 20 peratus pada hujung 2010. Pasukan Rela dikemaskini dan diberi
latihan secukupnya. CCTV ditambah untuk cegah jenayah. Percepatkan perundangan kes-kes
tertangguh.

Memerangi rasuah
Mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Tender terbuka atau tender
terhad dalam semua perolehan kerajaan kecuali kes-kes tertentu.

Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Menjadikan pendidikan
prasekloah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Semua kanak-kanak menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012.
Menjanjikan ganjaran kepada semua pengetua dan guru besar sekolah berasaskan pencapaian
sekolah masing-masing. Mengenal pasti 100 buah sekolah terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah
bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh untuk diangkat
menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2012.

Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah
Membayar semua bantuan kebajikan untuk rakyat pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan
bermula Januari 2010. Menambah jumlah usahawan di kalangan wanita kepada 4,000 orang
menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
Membina jalan luar bandar berjumlah 1,500km sebelum penamat 2012. Memastikan kesemua rakyat
di semenanjung tinggal tidak melebihi 5km dari kemudahan jalan berturap. Meningkatkan liputan
bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Meningkatkan liputan
bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak kepada 95% pada akhir tahun 2012. Memberi bekalan elektrik
24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana
Meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam daripada 16% kepada 25% pada penghujung
tahun 2012 -car-
penghujung 2012.


Program Transformasi Ekonomi (ETP)

Pengenalan
Program Transformasi Ekonomi merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP).
Perdana Menteri juga telah melancarkan dokumen Pelan Hala Tuju ETP di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) pada 25 Oktober 2010. Kandungan Pelan Hala Tuju ETP ini turut merangkumi 12 Bidang

240

Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu :
1. Minyak, gas & tenaga 2. Minyak sawit
3. Perkhidmatan kewangan 4. Pelancongan
5. Perkhidmatan perniagaan 6. Elektronik dan elektrikal
7. Pemborongan & peruncitan 8. Pendidikan
9. Penjagaan kesihatan 10. Kandungan & infrastruktur komunikasi
11. Pertanian 12. Greater Kuala Lumpur

Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga bersandarkan Model Baru Ekonomi (NEM).







241

Program Transformasi Politik

KUALA LUMPUR Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
1960 dan beberapa akta lain yang dianggap lapuk bukan sahaja mencatat sejarah baru tetapi turut
merubah landskap politik negara sepanjang 2011.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak, khususnya barisan pembangkang yang terkesima dan mati
akal dengan langkah berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hanya mengambil masa
dua tahun untuk menunaikan janjinya bagi melaksanakan Program Transformasi Politik (PTP)
negara.

Tanggal 15 September menjadi titik permulaan transformasi politik negara yang dilakukan Najib
apabila beliau mengumumkan pemansuhan ISA, Akta Buang Negeri 1959, dan kajian semula yang
membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen
27 Akta Polis 1967, semasa menyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia.

ISA akan digantikan dengan dua undang-undang baru yang sesuai dan dijangka dibentangkan di
Dewan Rakyat pada sesi Mac tahun depan.

Kata Najib, dua akta baru yang akan menggantikan ISA bakal mewujudkan perseimbangan antara hak
asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.

Langkah itu juga, kata Perdana Menteri membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi
yang progresif dengan lebih baik dan dihormati negara lain. Pada Oktober, pemansuhan Akta Buang
Negeri 1959 diluluskan Dewan Rakyat tanpa sebarang pindaan selepas akta itu yang telah 34 tahun
tidak diguna pakai, diyakini sudah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.

Ini diikuti dengan pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933, yang mana serentak itu Najib turut
mengumumkan pembebasan kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu dengan serta-
merta manakala lebih 200 waran yang belum diserahkan dibatalkan.

Menurut Najib, pemansuhan akta itu dan beberapa akta lain merupakan sebahagian daripada
permulaan PTP negara dan pelengkap kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program
Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan. Kesungguhan kerajaan melaksanakan
proses transformasi politik itu menurut Perdana Menteri tidak dipengaruhi atau didesak mana-mana
pihak, sama ada dari dalam mahupun luar.



Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah


Beliau berkata teras utama PTP mengambil kira aspirasi nasional ke arah sebuah Malaysia moden,
demokratik, progresif lagi maju dan memiliki demokrasi yang berfungsi.

242

Ia juga bertujuan menyeimbangkan keperluan keselamatan nasional dan kebebasan individu dengan
mengambil kira kemajmukan negara, yang kompleks sifatnya, dan ancaman keganasan global pasca
tragedi 11 Sept 2001, katanya. Transformasi politik Najib juga jelas kelihatan melalui pendekatan
matang pentadbiran beliau berdepan gesaan badan bukan kerajaan dan desakan daripada
pembangkang, berhubung kebebasan mengadakan perhimpunan termasuk perhimpunan haram 9
Julai Bersih 2.0.

neruskan momentum
transformasi politiknya apabila berupaya menggantikan pertentangan dengan dialog, sekatan dengan
keterbukaan, dan mengatasi authoritarian dengan demokrasi.

Buktinya langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 bagi
menggantikan Seksyen 27 Akta Polis yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan
menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.

Rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada hujung bulan lepas adalah satu daripada
usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak
perlembagaan warganegara untuk berhimpun.

Turut diluluskan bulan lepas ialah usul untuk memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang
diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.

Usul yang dibentangkan Najib itu bertujuan membatalkan tiga proklamasi yang diperuntukkan di
bawah Perlembagaan Persekutuan selepas keadaan darurat dan kini dimansuhkan kerana ancaman
keselamatan seumpamanya tidak lagi wujud.

Selaras dengan kesungguhan Perdana Menteri untuk melaksanakan PTP fasa kedua dengan
pemansuhan tiga Proklamasi Darurat itu, seramai 36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat
dibebaskan.

Tidak terhenti di situ, ruang demokrasi turut dibuka Najib kepada golongan mahasiswa apabila
kerajaan memutuskan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974
bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.

Mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat, Najib
berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanan para
mahasiswa.

mencapai umur baligh undang-


Penuntut universiti bagaimanapun ditegah sama sekali membawa politik kepartian ke dalam kampus.

Langkah itu, dilihat banyak pihak mampu mengembalikan keyakinan sebahagian pengundi muda
243

yang sebelum ini lebih cenderung kepada agenda pembangkang.

Biarpun langkah-langkah transformasi Najib mungkin diterjemah sesetengah pihak sebagai strategi
kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi, namun
tidak dapat dinafikan pembaharuan yang dibawakan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein ini akan
kekal menjadi legasinya sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam. BERNAMA

Pelan pembangunan transformasi pendidikan 2012-2025
Teks Ucapan

Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Di Majlis Dialog Nasional Pendidikan Negara
Kementerian Pelajaran Malaysia 2012
Pada 29 April 2012; Pukul 10.30 Pagi
Bertempat Di Dewan Picc
Bismillahirrahmanirrahim.


Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pengerusi Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara
ifli bin Abdul Razak
Pengerusi Panel Penilai Bebas Kajian Semula Pendidikan
Tan Sri- - -Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya kita dapat sama-sama berhimpun pada pagi yang berbahagia ini untuk
menyempurnakan majlis Pelancaran Dialog Nasional Pendidikan Negara. Kehadiran saudara dan
saudari pada hari ini amat bermakna bagi diri saya, yang tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-
kata. Kesanggupan mengorbankan cuti hujung minggu sudah cukup menggambarkan betapa saudara
dan saudari begitu mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan masa depan negara kita.
2. Sesungguhnya, siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dimulakan pada hari ini dan
berterusan untuk tempoh tiga bulan akan datang menawarkan peluang yang terbaik untuk saudara
dan saudari serta seluruh rakyat Malaysia menyumbangkan buah fikiran dan saranan bagi
meningkatkan taraf dan kualiti sistem pendidikan di negara kita. Kita mulakan usaha ini kerana kita
tahu tidak ada apa yang lebih bermakna untuk kita wariskan kepada generasi masa hadapan negara
244

melainkan pendidikan yang terbaik untuk mereka. Saya bagi pihak kerajaan amat berbesar hati untuk
mendengar segala pandangan anda, mendengar harapan anda, aspirasi anda dan gerak hati anda
untuk membolehkan kita mencari formula terbaik dalam menjayakan agenda transformasi
pendidikan negara.
PENCAPAIAN PENDIDIKAN NEGARA
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
3. Bidang pendidikan di negara kita telah melalui beberapa fasa transformasi sejak Malaysia
mencapai kemerdekaan. Transformasi yang pertama bermula dengan penggubalan Penyata Razak
1956 yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara kaum dan memupuk perpaduan nasional
melalui penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah
kebangsaan. Pelbagai peristiwa yang melatari hubungan kaum di negara kita pada zaman awal
selepas merdeka telah menimbulkan kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan dijadikan
wahana utama dalam usaha untuk memupuk perpaduan kaum dan membina negara bangsa yang
bersatu padu. Justeru, teras perpaduan nasional dalam sistem pendidikan kita telah diperkukuhkan
lagi oleh Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974
dan 1979. Jelasnya, pelaksanaan pelbagai perakuan dalam laporan-laporan ini telah memberi
sumbangan besar kepada usaha memupuk dan memperkukuhkan perpaduan nasional di negara kita.
4. Transformasi yang kedua tercetus apabila Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan
pada tahun 1988. Buat julung kali dalam sejarah, pendidikan di negara kita diberikan satu hala tuju
yang jelas untuk memupuk nilai-nilai murni melalui pembinaan sahsiah yang seimbang. Di bawah
lembayung Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di negara kita menjadi wahana utama untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
5. Dalam konteks ini, pendidikan di negara kita berperanan untuk melahirkan rakyat yang bukan
sahaja berilmu pengetahuan, tetapi juga berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berketrampilan.
Inilah prinsip asas yang menjadi panduan kepada segala usaha pembangunan pendidikan di negara
kita selama ini. Dalam menempuhi pelbagai cabaran di pentas dunia global hari ini, kita berharap
agar insan seimbang yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita berupaya bukan sahaja untuk
mencapai kesejahteraan diri tetapi juga memiliki kekuatan moral untuk meberi sumbangan yang
bermakna kepada masyarakat dan negara. Matlamat pendidikan yang murni ini akan terus kita
pertahankan dalam merencana halatuju pendidikan negara pada masa hadapan.
6. Seterusnya, transformasi ketiga dalam sistem pendidikan negara kita tercetus apabila hasrat
untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 menjadi agenda
utama negara. Sejak dari itu, sektor pendidikan di negara kita memberi tumpuan kepada usaha
melahirkan sumber manusia yang berilmu dan berkemahiran untuk memacu kemajuan negara dalam
persekitaran global yang lebih mencabar. Tanpa mengkesampingkan pendidikan yang holistik dan
bersepadu, keutamaan diberikan kepada penguasaan ilmu sains dan teknologi yang merupakan nadi
kepada pembangunan dan kemajuan negara. Fasa ketiga transformasi pendidikan ini menjadi lebih
penting apabila negara kita pada awal dekad 1990-an mula menghadapi cabaran besar arus
globalisasi.
245

7. Sesungguhnya, ketiga-tiga fasa transformasi yang dilalui oleh sektor pendidikan di negara kita
telah membuahkan hasil yang membanggakan. Sepanjang tempoh ini, kita telah mencatat beberapa
kejayaan penting. Antaranya ialah kejayaan memperluaskan akses kepada pendidikan untuk semua
rakyat. Pada tahun 1970, lebih satu pertiga daripada kanak-kanak di negara kita tidak berpeluang
untuk mengikuti persekolahan. Tetapi hari ini jumlah kanak-kanak yang mengikuti sekurang-
kurangnya pendidikan asas telah meningkat kepada 95 peratus.
8. Begitu juga dengan kadar literasi. Jika kita menoleh ke belakang, kita dapati pada tahun 1970
hanya 75 peratus rakyat Malaysia yang boleh membaca dan menulis. Namun hari ini, kadar literasi di
negara kita telah meningkat kepada lebih 90 peratus. Demikian juga halnya dengan taraf sosio-
ekonomi rakyat. Dengan menyediakan pendidikan yang berkualiti, kita telah berjaya mengeluarkan
rakyat daripada belenggu kemiskinan. Kadar kemiskinan isi rumah di negara kita telah berjaya
dikurangkan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada kurang 4 peratus sekarang. Pada masa
yang sama, pendapatan per kapita rakyat telah meningkat daripada hanya RM1,159 pada tahun 1970
kepada RM28,000 pada tahun 2011.
CABARAN SISTEM PENDIDIKAN
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
9. Banyak lagi kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita hasil daripada transformasi yang
berlaku dalam sistem pendidikan negara sepanjang 55 tahun kita merdeka. Meskipun begitu, kita
tidak boleh leka dan lalai dengan kejayaan ini. Dalam perlumbaan menuju negara maju, kita perlu
sentiasa meningkatkan kualiti pendidikan negara supaya kita tidak ketinggalan dalam menghadapi
persaingan global yang semakin sengit. Untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi,
Malaysia perlu terus membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi melalui pendidikan yang berkualiti.
10. Maka, pada hemat saya sudah tiba masanya kita melalui satu lagi fasa tranformasi pendidikan
untuk menganjak kedudukan negara kita daripada sebuah negara membangun berpendapatan
sederhana kepada negara maju berpendapatan tinggi. Untuk meralisasikan hasrat ini, kita perlu
melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif serta berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kita
sedar bahawa modal insan yang mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa
hanya akan lahir melalui sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Justeru, kita mensasarkan dalam
tempoh 15 tahun akan datang, Malaysia bakal meraih kejayaan seperti negara Korea, Finland, Jepun,
New Zealand dan Singapura yang berada pada kedudukan teratas dalam pencapaian pentaksiran di
peringkat antarabangsa.
11. Untuk tujuan itu, Kementerian Pelajaran kini sedang berusaha untuk menghasilkan Pelan
Pembangunan Pendidikan yang menyeluruh berdasarkan satu kajian semula pendidikan negara yang
melibatkan pandangan semua pihak berkepentingan dan masyarakat awam. Kajian ini akan
membolehkan kita memahami pencapaian dan cabaran pendidikan di peringkat rendah dan
menengah, yang kemudiannya boleh dijadikan asas untuk menentukan dasar dan halatuju
pendidikan di peringkat pengajian tinggi pula.

246

SEMBILAN BIDANG UTAMA KAJIAN SEMULA PENDIDIKAN
12. Dalam kajian semula pendidikan ini, sembilan bidang utama yang dianggap kritikal untuk
mentranformasi pendidikan negara akan diberikan perhatian oleh kerajaan.
13. Pertama, ialah memartabatkan profesion keguruan. Sebagaimana kita tahu, kecemerlangan
pendidikan hanya dapat dicapai melalui kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan kajian antarabangsa menunjukkan bahawa guru yang berkualiti mampu meningkatkan
pencapaian pelajar sebanyak 50 peratus dalam tempoh 3 tahun berbanding guru-guru lain. Untuk itu,
Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti guru melalui
pengambilan calon-calon guru yang memiliki keputusan akademik yang cemerlang serta
meningkatkan kualiti latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru-guru. Di
samping itu, untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, kementerian telah
menambah bilangan guru dengan ratio 1 guru bagi setiap 13 orang murid, iaitu melebihi purata
antarabangsa 1 guru bagi setiap 16 orang murid. Selaras dengan usaha untuk meningkatkan kualiti
guru, kerajaan juga akan memastikan peluang perkembangan kerjaya guru di negara kita adalah
setanding dengan apa yang dinikmati oleh guru-guru di negara-negara maju.
14. Keduanya ialah meningkat kualiti kepimpinan sekolah. Sepertimana guru, pemimpin sekolah
juga menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan. Kajian menunjukkan bahawa pemimpin
sekolah yang berwibawa berupaya meningkatkan pencapaian pelajar sebanyak 20% berbanding
pemimpin sekolah yang lain. Dalam usaha untuk memantapkan kualiti kepimpinan sekolah,
ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam
meningkatkan prestasi sekolah. Namun begitu, saya percaya masih terdapat ruang-ruang untuk
memantapkan kualiti kepimpinan sekolah melalui pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan
merit dan pelan peralihan kepimpinan sekolah yang berkesan. Saya berharap agar aspek-aspek ini
dapat diberikan perhatian utama dalam proses kajian semula pendidikan yang sedang dilaksanakan.
15. Ketiganya ialah meningkatkan kualiti sekolah yang merupakan elemen penting dalam usaha
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dalam era teknologi maklumat hari ini, sekolah
yang berkualiti perlu mempunyai prasarana ICT yang lengkap untuk membolehkan proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih berkesan. Untuk tujuan ini, kerajaan membekalkan
kemudahan ICT kepada sekolah termasuk kemudahan jalur lebar dan internet berkelajuan tinggi bagi
memudahkan murid mengakses maklumat di dunia maya. Pelbagai bahan ilmiah yang diperolehi
melalui pembelajaran maya pastinya dapat meningkatkan penguasaan ilmu di kalangan pelajar dan
seterusnya merapatkan jurang pengetahuan antara sekolah.
16. Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran untuk menyediakan modal insan
abad ke-21. Sesungguhnya, asas kepada kejayaan sistem pendidikan terletak pada kualiti kurikulum
sekolah yang akan menentukan kualiti modal insan yang dilahirkan. Justeru, keutamaan Kementerian
Pelajaran dalam proses kajian semula pendidikan ini adalah untuk membina satu kurikulum yang
memenuhi piawai antarabangsa dengan menekankan aspek kemahiran kreatif, penyelesaian masalah
dan inovasi yang merupakan ramuan utama untuk melahirkan modal insan yang mampu untuk
bersaing di peringkat global.
247

17. Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa di kalangan murid. Kita sedar akan
kepentingan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua di negara kita. Kementerian pelajaran sentiasa berusaha untuk meningkatkan
penguasaan murid dalam kedua-dua bahasa ini. Namun, adalah lebih baik sekiranya murid di negara
kita dapat menguasai satu lagi bahasa seperti Mandarin, Tamil, Arab, Iban dan bahasa-bahasa
antarabangsa. Apatah lagi dengan kemunculan kuasa baru ekonomi dunia yang sebahagiannya
bertumpu di negara-negara Asia , penguasaan satu lagi bahasa selain bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua sudah tentu dapat meningkatkan daya saing negara kita di persada antarabangsa.
18. Keenam ialah penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam
pendidikan. Seperti yang kita sedia maklum, proses pembelajaran tidak hanya berlaku sewaktu murid
berada di sekolah. Jika kita ingin memperluaskan sistem pembelajaran, bermakna kita perlu
memperluaskan persekitaran dan peluang pembelajaran melangkaui sempadan sekolah. Justeru,
satu aspek yang ingin diberikan penekanan dalam kajian semula pendidikan ini ialah peranan pihak
berkepentingan di luar lingkungan sekolah untuk berganding bahu dengan pihak sekolah dalam
usaha meningkatkan pencapaian murid.
19. Ketujuh ialah meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi
dan pasaran kerja. Terbukti, murid yang berjaya melanjutkan pendidikan ke peringkat pengajian
tinggi akan memperolehi peluang kerjaya yang lebih baik, dan dengan itu mengecap kehidupan yang
lebih selesa. Untuk itu, sistem pendidikan kita perlu dipastikan dapat menyediakan peluang lepasan
menengah yang lebih baik untuk murid-murid kita. Kita perlu melengkapkan mereka dengan ilmu dan
kemahiran yang akan membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dalam sektor yang berdaya
saing. Untuk tujuan ini, di samping menguasai literasi dan numerasi, murid-murid kita juga perlu
dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 seperti kualiti kepimpinan, kemahiran
menyelesaikan masalah, pemikiran aturan tinggi (higher order thinking) dan kebolehan
berkomunikasi dengan berkesan.
20. Kelapan ialah memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber. Bagi tahun
2012, sebanyak 16 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada Kementerian
Pelajaran, iaitu peratusan yang terbesar berbanding kementerian-kementerian lain. Dengan jumlah
peruntukan yang besar ini, pihak kementerian tekad untuk melaksanakan program yang berimpak
tinggi bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Cabaran Kementerian adalah untuk
mengurus sumber dengan cekap bagi mengelakkan ketirisan dan pembaziran serta memastikan
sumber diagih secara optima agar pulangan yang maksimum terhasil daripada setiap ringgit yang
dibelanjakan untuk pendidikan.
21. Dan yang kesembilan ialah membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian
pendidikan. Pada masa ini, terdapat kira-kira 10,000 orang pegawai di peringkat kementerian, 6,000
di peringkat negeri, 4,000 di peringkat daerah dan 420,000 orang guru di sekolah. Inilah pasukan
yang menggerakkan sistem penyampaian pendidikan di negara kita. Kejayaan sistem pendidikan kita
bergantung pada sejauh mana sistem penyampaian di setiap peringkat berupaya untuk berfungsi
dengan cekap dan berkesan. Oleh itu, kajian semula pendidikan ini akan melihat bagaimana aspek
kecekapan penyampaian pendidikan dapat ditingkatkan untuk memantapkan lagi kualiti pendidikan
di negara kita. Dalam konteks ini, kualiti kepimpinan dan susunan urustadbir kementerian akan
248

diberikan perhatian yang utama dalam usaha untuk meningkatkan kecekekapan dan keberkesanan
fungsi pegawai di setiap peringkat.
DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
22. Dalam merangka hala tuju pendidikan negara, kerajaan berhasrat untuk mendengar
pandangan pelbagai lapisan masyarakat mengenai pencapaian dan cabaran masa depan sistem
pendidikan kita. Walaupun pihak Kementerian menetapkan sembilan bidang utama kajian semula
pendidikan, atas semangat musyawarah dan keterbukaan dalam memberi dan menerima pandangan,
pihak Kementerian mengalu-alukan sebarang bentuk pandangan dan saranan berkaitan dengan soal
pendidikan. Berilah pandangan yang konstruktif, rasional dan bertanggungjawab dengan niat yang
ikhlas untuk meningkatkan kualiti dan martabat pendidikan di negara kita.
23. Untuk itu, kerajaan mempelawa semua lapisan masyarakat untuk menyampaikan pandangan
dan suara hati kepada kerajaan melalui siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang bermula pada
hari ini. Selepas perhimpunan ini, beberapa siri dialog akan diadakan di seluruh negara sehingga
pertengahan bulan Julai nanti. Selain daripada siri dialog, pandangan juga boleh disampaikan melalui
twitter, facebook dan laman sawang kajian semula pendidikan. Setelah kajian ini selesai, satu laporan
awal akan disediakan dan rakyat sekali lagi dipelawa untuk memberikan pandangan sebelum
dokumen Pelan Hala Tuju Pendidikan Negara dimuktamadkan.
24. Siri dialog ini adalah satu inisiatif yang bersejarah kerana buat pertama kali kerajaan
mempelawa pandangan masyarakat umum dalam skala yang besar untuk bersama-sama merangka
pelan pembangunan pendidikan negara ketika kita sedang melangkah memasuki fasa baru
transformasi. Oleh itu, rebutlah peluang keemasan ini untuk kita bersama-sama mencorak masa
depan pendidikan negara yang melambangkan aspirasi rakyat seluruhnya.
25. Namun begitu, harus diingatkan bahawa siri dialog ini bukanlah medan untuk mengutarakan
tuntutan-tuntutan melampau yang bercanggah dengan perkara-perkara asas yang termaktub dalam
Perlembagaan, undang-undang dan Rukunegara. Tumpukan perhatian kepada hal-hal yang berkaitan
dengan peningkatan kualiti pendidikan yang akan memanfaatkan semua pihak. Saya juga ingin
menegaskan bahawa kajian semula pendidikan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti semua
sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan dan ini termasuklah sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan cina, sekolah jenis kebangsaan tamil, sekolah mubaligh dan sekolah agama bantuan
kerajaan. Jangan ada pihak yang merasakan hanya sekolah-sekolah tertentu sahaja yang akan
menerima manfaat daripada kajian semula pendidikan ini, manakala sekolah-sekolah yang lain pula
terabai. Untuk memastikan mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan secara keseluruhannya,
maka kualiti semua sekolah mesti kita tingkatkan.
26. Selanjutnya, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kelestarian kemajuan dan
kemakmuran negara kita terletak pada keupayaan kita semua untuk memupuk perpaduan dan
keharmonian kaum yang berkekalan. Oleh yang demikian, fungsi sistem pendidikan kita sebagai
wadah pembina negara bangsa dan perpaduan nasional berlandaskan prinsip-prinsip Rukunegara
mesti terus disemarakkan. Sehubungan itu, saya amat mengalu-alukan pandangan saudara dan
249

saudari sekalian mengenai cara bagaimana untuk kita tingkatkan lagi peranan sistem pendidikan kita
sebagai wadah perpaduan nasional.
27. Akhir kata, saya mengajak saudara dan saudari sekalian untuk turut serta dalam satu proses
bersejarah yang akan mengangkat martabat sistem pendidikan kita dan menentukan kedudukan
negara kita di peta dunia pada masa hadapan. Sesungguhnya, kelestarian pendidikan yang berkualiti
bukan setakat menyediakan rakyat untuk menempa taraf negara maju, tetapi lebih dari itu untuk
kekal maju dan berdaya saing. Untuk itu, sertailah Dialog Nasional Pendidikan Negara dan berilah
sokongan padu anda kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan pendidikan berkualiti yang lestari
dan seterusnya mengangkat sistem pendidikan negara kita ke satu tahap yang disegani di peringkat
antarabangsa. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya melancarkan Dialog
Nasional Pendidikan Negara 2012.
PROGRAM RAPAT 1MALAYSIA: TRANSFORMASI PENDIDIKAN ANJURAN JABATAN HAL EHWAL KHAS
DAN INSTITUT PERKEMBANGAN MINDA (INMIND)
Oleh: Azuraini Bt Abd Majid, Unit Komunikasi Media.
SHAH ALAM, SELANGOR - Pada 23 Jun 2011 yang lalu, satu program Bina 1Malaysia: Seminar Rapat
1Malaysia- Transformasi Pendidikan telah diadakan di Dewan Serbaguna SIRIM, Shah Alam Selangor. Program
ini adalah anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) yang mana
telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tur

Antara penceramah yang telah menyumbangkan idea dan berkongsi rasa adalah Y.
Masyarakat India Jabatan Perdana Menteri, Y.Bhg Encik Ahmad Masrizal Bin Muhamad, Pensyarah Kanan
Institut Aminuddin Baki, dan Y.Bhg Puan Pek Choon Moy Kim, Setiausaha Kehormat Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) Cawangan Selangor. Sasaran program ini adalah seluruh warga pendidik
Negeri Selangor yang mana jumlah kehadiran adalah dianggarkan sebanyak 1000 orang. Pengisian program
ini adalah Ceramah Gagasan 1Malaysia dan Transformasi Pendidikan serta dialog. Antara isu yang
dibangkitkan adalah perjuangan dan cabaran guru untuk mendidik anak bangsa serta pentingnya perpaduan
kaum demi kestabilan negara.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberi input yang baik kepada para peserta untuk lebih
memahami fahaman dan nilai-nilai gagasan 1Malaysia. Sambutan yang begitu menggalakkan dari para guru
yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum cukup jelas menggambarkan mereka begitu komited untuk
merealisasikan gagasan 1Malaysia ini seterusnya dapat diaplikasikan dapat tugasan seharian bagi
memantapkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran disekolah dalam mentransformasikan sektor
pendidikan. Ini penting bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih berdaya saing, jati diri yang kukuh
dan berpegang teguh kepada ajaran agama serta nilai sejagat.
SUMBER : BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN PENYELIDIKAN



250

Transformasi pendidikan disambut baik
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Transformasi pendidikan yang dilancarkan oleh kerajaan kelmarin
mendapat maklum balas positif daripada ahli akademik.
Menurut mereka, langkah itu merupakan penambahbaikan terhadap pelan pembangunan
pendidikan sedia ada.
Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian
Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Muhammad Fuad Othman berkata,
transformasi pendidikan itu dilihat boleh melonjak tahap dan mutu pendidikan rakyat negara ini
dalam mempersiapkan negara ke arah negara maju.
Ini kerana menurutnya, pendidikan merupakan penyumbang utama terhadap pembangunan
modal sosial dan ekonomi sesebuah negara malah ia menjadi penentu atau pengukur kemajuan
sesebuah negara.
"Saya lihat transformasi pendidikan ini berada di atas landasan yang betul, lebih-lebih lagi
apabila negara kita sedang menuju ke arah untuk mencapai Wawasan 2020," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang
dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.
Sementara itu, bagi Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara
Malaysia (UUM), Prof. Dr. Amir Baharuddin, transformasi yang dilakukan oleh kerajaan
kepada pelan pembangunan pendidikan sebelum ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan
oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut.
Menurut beliau, transformasi itu berlaku seiring perubahan zaman iaitu cabaran yang dihadapi
generasi kini lebih besar ekoran perkembangan teknologi dan maklumat yang begitu pesat.
Dalam pada itu, bekas Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM),Datuk Azam
Md. Atan pula berkata, usaha kerajaan dalam menambah baik pelan pembangunan pendidikan
tidak boleh dianggap sebagai satu eksperimen.
"Saya nampak kesungguhan kerajaan untuk memperbaiki sistem lama. Saya berharap apa yang
dirancangkan dapat dilaksanakan dengan baik dan bersungguh-sungguh," ujarnya.
Transformasi pendidikan - PM
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, transformasi sistem pendidikan
yang sedang diusahakan Kementerian Pelajaran menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 perlu terus maju seiring dengan dasar transformasi negara.
Menurut Perdana Menteri, perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan kerajaan kini
mengatur langkah membangunkan negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE), Program
Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
251

"Dalam usaha untuk memenuhi aspirasi kita yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin
kompetitif, kita tidak boleh hanya berdiam diri. Negara memerlukan transformasi dalam
keseluruhan sistem pendidikan dan perlu meningkatkan pencapaian semua pelajar.
"Perubahan yang dimaksudkan bukan hanya sekadar menambah bilangan kakitangan serta
kemudahan, tetapi sekarang kita perlu memahami dan meningkatkan dinamik proses pengajaran
dan pembelajaran," katanya menerusi blognya, http://1malaysia.com.my hari ini.
Semalam, beliau melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 yang antara lain bertujuan menghasilkan satu sistem pendidikan negara yang berteraskan
lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Mengulas lanjut Najib berkata, pendidikan bukan hanya satu elemen yang sangat penting dalam
pembangunan peribadi seseorang insan, malah ia merupakan penyumbang utama kepada
pembangunan modal sosial dan ekonomi sesebuah negara.
Ia jelasnya, menggalakkan kreativiti dan memupuk inovasi, menyediakan para belia dengan
kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran dan merupakan pemacu utama
pertumbuhan ekonomi.
Beliau berkata, sasaran yang ditetapkan adalah tinggi namun ia boleh dicapai termasuk
meningkatkan standard negara daripada tergolong dalam kumpulan terbawah kepada paling atas
bagi penilaian antarabangsa seperti Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa
(TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun.
Sasaran lain, katanya, membina satu sistem pendidikan yang mendidik anak bangsa menghargai
identiti unik negara sebagai rakyat Malaysia.
"Transformasi sistem pendidikan bukan satu usaha yang mudah dan kemungkinan besar kita
akan menghadapi beberapa cabaran. Namun, yakinlah bahawa bukan sahaja kerajaan dan
Kementerian Pelajaran yang komited untuk mencapai matlamat ini, malah saya juga secara
peribadi memegang teguh komitmen ini.
"Daripada ibu bapa kepada masyarakat tempatan dan sektor swasta, kita semua mempunyai
peranan dan kepentingan peribadi dalam memastikan sistem pendidikan kita diperbaiki,"
tegasnya.

3.5 Bajet 2012
Semasa Bajet 2011 (Belanjawan 2011) yang lepas kerajaan memperkenalkan konsep Bajet Rakyat
kerana pada masa itu Perdana Menteri
Najib Tun Haji Abdul Razak mengalu-alukan sumbangan buah fikiran atau pandangan daripada
rakyat. Dalam Bajet 2012 ini pula kerajaan sekali lagi meneruskan kesinambungan konsep
sebelumnya. Menterjemah
sasaran Bajet 2012 ini adalah berusaha mencapai keseimbangan yang bakal memberikan kebaikan
kepada pelbagai pihak. Beberapa aspek yang diberi keutaamaan termasuklah janji kerajaan untuk
memastikan terdapat keadilan sosial di samping mengukuhkan ekonomi bagi kesejahteraan jangka
panjang untuk semua selaras dengan prinsip 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.

252

BAJET 2012

Jumlah bajet RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan RM51.2 bilion

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1)
lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan
sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik
akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada
sekolah kebangsaan. Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis
kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan
kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha
mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.RM400 juta diperuntuk untuk naik
taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini
termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua
ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji
maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek
perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

253

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah
62,000 orang.

Subsidi
Beras Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar
RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi
kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada
RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan
memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh
bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk
membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk
program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan
tempatan.
Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih
tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi
kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan
sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan
Anjung Singgah.
Simpanan persaraan KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima
gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum.
254

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta
kepada RM300 juta.

Bonus Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat
awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali
dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah.
Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan
Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui
bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan
menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia
di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan
enam di seluruh negara.
Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor
dengan kos satu bilion ringgit.
Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta
mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Jika dibandingkan dengan Bajet 2011, bajet 2012 ini pada saya lebih mengambil kira kepentingan
pelbagai pihak, sama ada kakitangan awam, swasta mahupun rakyat secara umumnya. Diharap
Dewan Rakyat akan meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Bajet 2013) pada
persidangan akan datang.


D Teori Pendidikan

4.1 Taksonomi Bloom
Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom
mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu
kognitif, afektif dan psikomotor.


255

1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.

2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada
pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai
perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya.

3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini
diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran
intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu
aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan
pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan.

Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun, sekitar
tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara
perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat,
memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

1. Pengetahuan (Knowledge)
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain
daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea
utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan
prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis)
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat,
kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat
ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

256

6. Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan
mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

E Lain-Lain
5.1 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui penguatkuasaan
Akta A193 dan P.U.(B)556/1973. SPP merupakan agensi/jabatan di bawah pentadbiran Jabatan
Perdana Menteri. Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPP ialah Yang Berhormat Senator Tan Sri
Dr. Koh Tsu Koon.

SEJARAH Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja
mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji
dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebih dikenali dengan
nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya
Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi
Perkhidmatan Pelajaran.

Pada 1 September 1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9, Bangunan
U.M.B.C. di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, bangunan tersebut adalah merupakan
ruang pejabat yang disewa bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada 1 Disember 1973 pula,
dengan persetujuan Jabatan Pos dan Kementerian Kerja Raya, SPP telah berpindah ke Tingkat 6,
Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat
Kerajaan dan Kementerian Kerja Raya telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk
SPP.

Pada pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang terletak di Jalan
Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur.

Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya mulai tahun 1999 hingga kini.

Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak, maka urus
setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Julai 1976 berdasarkan kepada
Education Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976). Urusan perkhidmatan pendidikan di negeri
Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada peraturan-peraturan Persekutuan sepenuhnya
selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah berkuatkuasa Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh
tersebut, peraturan-peraturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah Am Negeri,
Pekeliling-Pekeliling dan Peraturan-Peraturan yang digunapakai pada masa itu.
257

Urus setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi tujuan yang sama iaitu
melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Bagi urusan kenaikan pangkat dan
tindakan tatatertib ianya dikendalikan secara terus oleh ibu pejabat SPP di Putrajaya. Pada peringkat
awal penubuhan SPP, keanggotaan Anggota Suruhanjaya terdiri daripada seorang Pengerusi dan
empat (4) orang Anggota. Mulai tahun 1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini,
keanggotaan semasa SPP ialah seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang
Anggota. Sepanjang penubuhannya, seramai 8 orang Pengerusi dan 9 orang Timbalan Pengerusi telah
dilantik. Dalam tempoh yang sama, seramai 11 orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku Ketua
Jabatan.





258

VISI SPP
Menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik

MISI SPP
Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan Bagi Anggota
Perkhidmatan Pelajaran

OBJEKTIF SPP
Melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi pelantikan,
urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota Perkhidmatan Pelajaran
dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor pendidikan

PENGERUSI
TAN SRI DR ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG

TIMBALAN PENGERUSI
DATO' HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA

5.2 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Pengenalan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang
merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata
yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta.
Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000 dan diiktirafkan dengan sistem
kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.

Objektif
Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang berupaya
memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia
dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
Cepat dalam semua tindakan;
Layanan mesra kepada pelanggan;
Menepati masa yang dijanjikan;
Telus dalam semua peringkat pengurusan;
Adil dan saksama dalam pertimbangan;
Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh
dipercayai (reliability); dan
Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.



259

Misi
Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel sektor awam.
Menggubal dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan
pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi kemalangan, suasana
kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.
Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti.
Menentukan saiz dan struktur yang optimum.
Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mengujudkan suasana yang harmonis.

Fungsi
Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk:
Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber manusia sektor
awam (di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam);
Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam;
Menggubal dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan, penempatan,
kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, ganti rugi kemalangan,
suasana kerja, motivasi, insentif, dan penghargaan (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)); dan
Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang harmonis
(di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)).

Sejarah
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah Melayu di
Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, pejabat itu
berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat Perjawatan Persekutuan kemudian ditubuhkan pada 1 Julai
1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu, Cawangan Perkhidmatan Pejabat
Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan Perbendaharaan Persekutuan.

Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada Pejabat Perjawatan
Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968 menukarkan nama semula lagi kepada Jabatan Perkhidmatan
Awam. Nama jabatan ini telah dikekalkan sejak masa itu.

Ketua Jabatan
01 Jul 2010 - (Kini) Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah





260

5.3 Sorotan Peristiwa 2011 dan Penggal Pertama 2012

2011
1-Gempa Bumi Di Jepun.
Paparan peristiwa penting tahun 2011 dimulakan dengan kejadian gempa bumi yang melanda Jepun.
Gempa dengan kekuatan 8.9 pada Skala Richter merupakan yang paling buruk berlaku di Jepun
dalam tempoh 140 tahun. Akibat kekuatan gempa ini telah berlaku kejadian Tsunami yang bukan
sahaja memusnahkan harta benda dan kerosakan awam tetapi juga telah melumpuhkan sistem
pentadbiran Jepun secara keseluruhannya. Kejadian ini juga mengakibatkan loji nuklear di Sendai,
Timur Laut Jepun mengalami kebocoran radioaktif dan ia menimbulkan kebimbangan penduduk
tempatan dan dunia terutama di bahagian Asia akan kejadian pencemaran radiasi. Terdapat juga
khabar angin yang menyatakan jangkitan radiasi telah berlaku terhadap produk-produk makanan
terutama makanan laut daripada Jepun dan ia menimbulkan panik terhadap perusahaan makanan di
Jepun oleh kalangan penduduk tempatan dan penduduk dunia.

2-Demonstrasi Di London.
Demonstrasi yang berlaku di London merupakan satu lagi peristiwa bersejarah yang berlaku pada
tahun 2011. Ia bermula di kota London dan kemudian merebak sekitar Birmingham, Bristol dan
Liverpool. Demonstarsi ini terjadi ekoran tindakan polis menembak mati seorang pemuda berumur
29 tahun dalam keadaan berbalas tembakan.

Demonstrasi ini juga telah menyebabkan salah seorang pelajar Malaysia di sana, Asyraf Haziq Rosli,
20 tahun cedera akibat ditumbuk dan dipukul oleh orang yang tidak dikenali. Lebih malang lagi untuk
pelajar berkenaan, dalam keadaan cedera dia telah dirompak tanpa mampu melakukan apa-apa.
Kejadian ini telah dirakam dan tersebar di laman video popular Youtube, lalu mendapat perhatian
banyak pihak daripada seluruh dunia. Perdana Menteri Britain, David Cameron telah menyampaikan
permohonan maaf terhadap apa yang berlaku kepada pelajar berkenaan.

3-Kebangkitan Di Timur Tengah.
Tahun 2011 juga menyaksikan kebangkitan di Timur Tengah akibat rakyat yang tidak berpuashati
dengan pemerintahan di negara-negara terlibat. Dikenali juga sebagai Arab Spring, ia bermula di
Tunisia diikuti Mesir dan Syria. Yang paling popular dan dikenali, Hosni Mubarak yang telah
memerintah Mesir secara diktator selama 30 tahun akhirnya meletakkan jawatan atas desakan yang
dibuat oleh rakyat. Demonstrasi ini juga telah mengakibatkan industri pelancongan dan ekonomi
Mesir lumpuh.

4-Kematian Muammar Gaddafi.
Seorang lagi pemimpin diktator yang dikenali ramai, Muammar Gaddafi telah digulingkan dalam
penentangan berdarah yang berlaku di Libya. Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi telah
dilahirkan pada 1942 dan merupakan presiden yang memerintah Libya semenjak 1969. Berasal
daripada keluarga petani, Muammar Gadaffi menerima pendidikan rendah agama dan sekolah
persediaan Sebha di Fezzan. Daripada sinilah Gadaffi mengasaskan kumpulan revolusi untuk
261

merampas kepimpinan negara Libya. Menjadikan peritiwa Presiden Gamal Abdel Nasser di Mesir
menjatuhkan kerajaan monarki sebagai inspirasi, Gadaffi telah memulakan aktiviti politiknya secara
pemerintahannya, Gadaffi telah memansuhkan sistem kerajaan beraja di Libya.

Terdapat pelbagai versi cerita mengenai kerajaan yang diperintah oleh Gadaffi ini. Pemerintahan
Gadaffi sering melaungkan yang Libya adalah diperintah oleh rakyat dan monopolinya terhadap
kuasa politik tidak melampau dan tidak zalim seperti diktator lain. Dikalangan negara barat dan
Amerika beliau dikenali dengan kelantangan suaranya dalam memperjuangkan isu hak dan keadilan
serta mengkritik pimpinan barat kerana isu diskriminasi terhadap Islam. Ini menjadikan Barat
terkadang tidak selesa dengan pemimpin negara pengeluar minyak di Utara Afrika ini. Gadaffi
akhirnya mati di tempat kelahirannya sendiri di bandar Sirte. Beliau dibunuh dengan kejam dan
dimalukan oleh mereka yang membencinya. Mayatnya diarak dan dipamerkan kepada seluruh rakyat
Libya sebelum dikebumikan di tempat yang dirahsiakan.

5-Perkahwinan Diraja British.
Satu lagi peristiwa bersejarah pada tahun 2011 adalah apabila Putera William melangsungkan
perkahwinan diraja bersama pasangannya Kate middleton. Perkahwinan pasangan diraja ini
mendapat liputan meluas media diseluruh dunia. Putera William merupakan anak kepada mendiang
Puteri Diana bersama Putera Charles. Setelah perkahwinan itu, mereka dikurniakan gelaran Duke of
Cambridge dan Duchess of Cambridge masing-masing untuk putera Williams dan Kate middleton.
Selain itu putera William juga dikurniakan gelaran Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus. Antara
yang dijemput hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

6-Malaysia Airlines Dan Air Asia Bekerjasama.
Isu dan topik syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System Berhad (MAS) terus
menjadi antara topik yang hangat diperkatakan pada 2011. Lebih mengejutkan apabila syarikat
penerbangan kebangsaan mengumumkan akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang
murah, Air Asia. Perkara ini berlaku apabila Khazanah Nasional, pemilik saham terbesar dalam
Malaysia Airlines membenarkan sebanyak 20.5 peratus sahamnya dimiliki oleh Tan Sri Tony
Fernandes dan juga Dato Kamarudin Meranun melalui syarikat Tune Air Berhad. Kemudian telah
dibentangkan Rangka Kerja Kolaborasi Komprehensif (CCF) bagi menyelaras tindakan yang akan
membolehkan kedua-dua gergasi penerbangan ini bekerjasama dari segi logistik dan strategik.

Perkara ini telah menimbulkan kontroversi dan menjadi isu hangat apabila dikatakan terdapat
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika semua proses ini berlaku. Banyak lagi yang saya
ingin tulis mengenai topik ini, namun saya bukan dalam kapasiti yang dibenarkan kerana saya
merupakan salah seorang kakitangan syarikat berkenaan. Mungkin satu masa saya akan
menceritakan daripada perspektif saya sendiri mengenai aspek pengurusan dan kepimpinan di
Malaysia Airlines itu sendiri.

7-
Isu rasuah melibatkan mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo menjadi antara topik
yang menjadi perhatian ramai kerana ia dianggap sebagai kes berprofile tinggi membabitkan
kenamaan negara. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas beliau
262

didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah
banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Wira
Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap
hartanah tersebut. Kes ini turut mengundang ko
Menteri Besar dan mempunyai kepentingan ketika membeli hartanah terbabit.

8-Pasukan Bola Sepak Malaysia cemerlang di Sukan Sea.
Detik manis dicipta pada 2011 kerana kejayaan skuad bola sepak memenangi pingat emas di Sukan
Sea Jakarta, Indonesia sekaligus mempertahankan emas pada Sukan Sea yang lalu. Menariknya
pertandingan adalah melibatkan pasukan Indonesia yang merupakan tuan rumah pada acara
berkenaan. Dengan sokongan padu lebih 100 ribu penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bong
Karno, seolah rahmat dan rezeki untuk Malaysia apabila anak buah Ong Kim Swee disuntik semangat
dan begitu yakin diri bagi mempertahankan kejuaraan dimana ia merupakan detik yang sangat
berharga dalam sejarah bola sepak tanah air.

9-Kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il.
Tahun 2011 diakhiri dengan kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il. Serangan jantung
dikenalpasti punca yang menyebabkan kematiannya pada usia 69 tahun. Amat dikenali dengan
program senjata nuklearnya sewaktu pemerintahan, Jong-Il mencuri tumpuan dunia apabila cuba
bangkit untuk menjadi kuasa dunia baru melalui program persenjataannya. Ketika menjadi Presiden
Korea Utara pada awal dan lewat 1990-an, beliau menyaksikan ratusan ribu rakyatnya maut akibat
kebuluran, dan masalah kekurangan makanan berterusan sehingga ke hari ini dan adalah
dianggarkan satu pertiga daripada kanak-kanak Korea Utara terbantut tumbesarannya akibat
kekurangan zat makanan. Kebanyakan peruntukan kewangan disalurkan untuk pembangunan
program ketenteraan dan menguatkan barisan pertahanan kerajaan. Beliau telah menemui sumber
untuk meneruskan program senjata nuklear yang berkesudahan dengan ujian letupan nuklear pada
Oktober 2006 dan Mei 2009. Anak lelaki bongsu Jong-Il, Kim Jong-Un akan mengisi kekosongan
jawatan presiden seterusnya menjadi pemimpin dan pemerintah tinggi tentera di Korea Utara.


2012

1. Sukan Olimpik 2012 di London.
Malaysia berjaya membawa pulang 2 pingat masing-
Lee Chong Wei dalam acara perseorangan badminton dan Pandalela Renong dalam acara terjun.

2. Duit Kertas RM20 diperkenalkan Semula
Duit kertas berwajah baru dan duit kertas RM20 diperkenalkan semula setelah kali terakhir
digunakan pada tahun 1982

3. Peraturan Baru Taman Asuhan Kanak-Kanak
Peraturan baru diperkenalkan memandangkan banyak pusat asuhan kanak-kanak dan tadika yang
tidak berdaftar wujud di kawasan perumahan.

4. Putera William Dan Kate Middleton Melawat Malaysia
Merupakan lawatan dunia keluarga di raja sempena sambutan 60 tahun takhta queen elizabeth

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful