You are on page 1of 1

Ruj. Kami : SKPK..

01/13002( 49 ) Tarikh : 21 Februari 2013 Pengarah, Terengganu Equestarian Resort, PT 1969 Mukim Kuala Ibai Jalan Sultan Mahmud 20400 Kuala Terengganu Darul Iman Tuan , MEMOHON UNTUK MENJALANKAN TERAPI BERKUDA DI TERENGGANU EQUESTARIAN RESORT (TER) Salam sejahtera. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ) Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala Terengganu ingin mengadakan Terapi Berkuda di TER, Kuala Ibai, Terengganu pada 26hb Februari 2013. Untuk makluman rombongan kami adalah seramai 15 orang. 2. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik daripada pihak tuan agar dapat membenarkan pihak kami untuk menjalankan aktiviti terapi berkuda di sana. Program kami berlangsung seperti mana jadual berikut : Tarikh : 26hb. Februari 2013 ( Selasa ) Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari Tempat : Terengganu Equestarian Resort, Kuala Ibai, Terengganu. 3. Bersama-sama ini kami lampirkan senarai nama peserta program untuk makluman pihak tuan. 4. Kerjasama daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI

Saya yang menurut perintah,

...................................................... ( AHMAD B EMBONG ) Guru Besar, SK Padang Kemunting, Terengganu.