Laporan Kokurikilum Ub Tunas Puteri

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU NAMA UNIT BERUNIFORM TARIKH MASA TEMPAT : : : : : NUR ATIKAH BINTI YAHYA TUNAS

PUTERI 3 SEPTEMBER 2013 2.30- 4.30 PETANG SK ULU YAM BHARU

Pada minggu ini, aktiviti kokurikulum di SK Ulu Yam Bharu ialah unit beruniform. Terdapat beberapa unit beruniform di sekolah ini. Antaranya ialah, Kadet Remaja Sekolah,Pengakap, Tunas Puteri dan Puteri Islam. Saya dan kawan-kawan ada juga menyertai Unit Beruniform di IPG KBM iaitu Pandu Puteri. Jadi saya dan kawan-kawan menjadi pembantu guru penasihat untuk Unit Beruniform Tunas Puteri di sekolah ini. Aktiviti yang kami lakukan ialah memasak kuih tako. Memasak juga merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid perempuan. Jadi kami membantu murid belajar memasak kuih tako iaitu sejenis kuih yang menggunakan tepung.beras, santan dan gula. Bekas untuk membuat kuih pula menggunakan daun pandan yang dibentuk seperti sebuah bakul mini. Yang berikut merupakan gambar kami melakukan aktiviti bersama murid-murid.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful