You are on page 1of 12

(E-Forum) a) Organ artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa.

Nyatakan fungsi organ-organ di bawah dalam penghasilan bunyi bahasa.

Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran. Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.

(i) Bibir Terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan serta berperanan mengeluarkan berbagai bunyi. Ia juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya,untuk menghasilkan bunyi b, w dan v . Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnyakeadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar.

Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya udara disekat di bibir. Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir terletak di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir.Bibir berfungsi untuk menyekat perjalanan udara. Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut.

(ii) Gigi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi terbahagi kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak. Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi berfungsi untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [ ], [ ], [ ] dan [ ] gigi turut sama berperanan , iaitu sebagai daerah penyebutan.

Peranan gigi tidaklah aktif. Kedudukannya statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dankebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi. (iii) Gusi Gusi merupakan bahagian yang terletak di antara gigi dan lelangit keras.Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya denganbantuan hujung lidah yang berfungsi

membuat penyekatan. Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi terletak antara gigi dengan lelangit keras. Menurut pendapat lain, gusi ialah bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz juga, gusi berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-digerakkan. Gusi juga berperanan dalam pengeluran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk membuat penyekatan, misalnya ketika mengujarkan bunyi [ t ] dan [ d ].

(iv) Lelangit Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Menurut Linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan diterjemahkan oleh Raja Rahawani Raja Mamat, lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit keras. Fungsi lelangit keras pula, menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar adalah sebagai daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi- bunyi bahasa. Lelangit lembut berperanan dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal. Menurut Linguistik Pengenalan yang ditulis oleh Radiah Yussoff dan Nor Aini Ismail, lelangit lembut berfungsi untuk mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung.

(v) Lidah Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 95-96), lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,hadapan lidah,

belakang lidah dan daun lidah. Kedudukan bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut manakala kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung lidah pula terletak di bahagian yang paling akhir Sementara itu, daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz lagi, bahagian hadapan, tengah, belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi- bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Manakala Hujung lidah merupakan bahagian yang paling lidah.

berperanan dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara.

Lidah Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi. Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang bertentangan antara pertemuan langit keras dan lelangit lembut Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi Sebagai contoh,vokal depan sempit [i] dalam perkataan ikan memerlukan bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut. PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penulis buku iaitu Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar, Siti Hajar Abdul Aziz, Prof Emeritus Abdullah Hassan dan Frank Peter atas buku yang telah ditulis. Sesungguhnya segala maklumat yang

diperolehi dalam buku- buku tersebut amat berguna dalam proses menyiapkan kertas kajian ini. Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En. Mohd Zuhairi Bin Raffien atas tunjuk ajar dan garis panduan yang telah diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing, tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya. Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada kedua ibu bapa yang telah banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa restu dan dorongan daripada kedua ibu bapa, segala usaha yang penulis selama ini hanya menjadi sia-sia. Selain itu, tidak juga penulis lupakan kepada rakan- rakan seperjuangan yang begitu banyak memberi sumbangan yang berbentuk idea untuk menambaikan lagi kerja kursus ini. Akhir kata, sekali lagi penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu secara lansung atau tidak lansung. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin penulis dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Sesungguhnya segala bantuan yang telah diberikan amatlah dihargai.

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN JUDUL PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1.2 Objektif kerja kursus 1.3 Kaedah Pencarian Bahan 1.4 Batasan Ulasan 1.5 Pendapat/ Kajian Lepas

2.0 ALAT- ALAT ARTIKULASI 2.1 Konsep/ definisi oleh Tokoh 2.2 Pemaparan Grafik dan Penulisan

3.0 FUNGSI-FUNGSI ALAT ARTIKULASI 3.1 Definisi 3.2 Fungsi-fungsi Alat-alat artikulasi

4.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN Lampiran A Jadual Penentu Tugasan Lampiran B Borang Kolaborasi Lampiran C Bahan Rujukan

PENDAHULUAN Pengenalan Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Menurut Penalosa ( dalam buku Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 2008: 87) bahasa bertindak melalui dua bentuk. Pertama, ia melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia. Kedua, meransang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci. Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diiterpretasikan. Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi- bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dengan menggunakan alat tutur. Fonetik akustik mengkaji gelombang bunyi dan cara gelombang tersebut mencapai pendengaran manusia. Fonetik auditori mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi- bunyi tersebut diinterprestasikan. Objektif Kerja Kursus Objektif kajian ini dijalankan untuk mengenali alat- alat artikulasi dengan lebih mendalam dan menghuraikan lebih terperinci fungsi- fungsi alat artikulasi. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kedudukan alat-alat artikulasi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengemukakan contoh- contoh fungsi alat- alat artikulasi.

Kaedah Pencarian Bahan

Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, pelbagai kaedah telah digunakan untuk mencari bahan. Pertama sekali penulis menggunakan kaedah perpustakaan. Beberapa buah buku telah digunakan untuk bahan rujukan. Selain itu, penulis juga menggunakan kaedah merujuk. Penulis akan merujuk kepada pensyarah dan senior untuk menanyakan tentang topik yang kurang difahami. Selain dari meminjam buku dari perpustakaan,penulis juga meminjam buku daripada senior dan kawan- kawannya. Di samping itu, penulis juga menggunakan media elektronik iaitu internet untuk mencari bahan. Penulis juga mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan seperjuangan untuk menambahbaikan lagi kerja kursus. Batasan Ulasan Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, penulis telah mengambil kira beberapa batasan untuk memastikan kerja kursus ini tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah ditetapkan. Penulis menumpukan kajian tentang alat artikulasi dan fungsi-fungsi alat artikulasi. Pendapat/ Kajian Lepas Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh digerakgerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran. Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.

ALAT- ALAT ARTIKULASI Konsep/ Definisi oleh Tokoh Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak-

gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran. Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.

FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI DEFINISI

Anak tekak Menurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95), anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Menurut buku Frank Parker(1994: 114), anak tekak ialah daging yang tergantung dari lelangit lembut. Menurut Radiah Yussoff dan Nor Aini Ismail(2006: 23), anak tekak ialah sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut. Lidah Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95-96), lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah. Kedudukan bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut manakala kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung lidah pula terletak bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu, daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi. Pita suara Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 96), pita suara terletak di dalam ruang tenggorok. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Menurut Dr. Abdullah

Hassan(1983: 44),pita suara terdiri daripada dua pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri kanan bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum. Rongga Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian dalam,sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung. Bibir Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir terletak di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir. Gigi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi terbahagi kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak. Gusi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi terletak antara gigi dengan lelangit keras. Menurut laman web http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002, gusi ialah bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut. Lelangit Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Menurut Linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan diterjemahkan oleh Raja Rahawani Raja Mamat, lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit keras. Epiglotis

Menurut buku Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, epiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada sekolompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi menutup rongga rengkung. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks.

Fungsi Alat Artikulasi Anak tekak Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz , anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Lidah Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bahagian hadapan, tengah, belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi- bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula berfungsi untuk menyekat perjalanan udara. Pita suara Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak bersuara. Rahang Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rahang berperanan penting dalam pembuyian vokal. Rongga Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga berperanan dalam menetukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

Bibir Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir berfungsi untuk menyekat perjalanan udara. Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut. Gigi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi berfungsi untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah aktif. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Dalam penyebutan bunyi-bunyi [ ], [ ], [ ] dan [ ] gigi turut sama berperanan , iaitu sebagai daerah penyebutan. Gusi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-digerakkan. Gusi juga berperanan dalam pengeluran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk membuat penyekatan, misalnya ketika mengujarkan bunyi [ t ] dan [ d ]. Lelangit Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi- bunyi bahasa. Lelangit lembut berperanan dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal. Menurut Linguistik Pengenalan yang ditulis oleh Radiah Yussoff dan Nor Aini Ismail, lelangit lembut berfungsi untuk mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung. Epiglotis Menurut buku linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker, epiglotis berfungsi menutup peti suara semasa makan, justeru itu ia melindungi saluran ke paru-paru. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis berfungsi sebagai penutup kepada masuknya makanan dan minum ke trakea.