Pantun Nasihat

Pakai baju warna biru, Pergi ke sekolah pukul satu;

Beras kisar mudik ke hulu, Tanak pulut santan durian; Tak ada orang menyesal dahulu, Banyak orang menyesal kemudian.

Orang hulu memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan; Fikir dahulu sebelum buat, Kalau dibuat menyesal jangan.

Jangan pergi mandi di lombong, Emak dan kakak sedang mencuci;

Buah kelapa makan dikikir, Dibawa orang dari hulu; Sebarang kerja hendak difikir, Supaya jangan mendapat malu.

Jikalau tuan mengangkat peti, Tolong masukkan segala barang,

Hendka belayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat.

Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa;