You are on page 1of 17

BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

MENGESAN KEROSAKAN BEKALAN KUASA

Kandungan:

• Fungsi dan Pengendalian Bekalan Kuasa


• Jenis-jenis Bekalan kuasa
• Pengujian Komponen-komponen Utama Bekalan Kuasa
• Mengesan dan Membaik Pulih Kerosakan Bekalan Kuasa

Fungsi dan Pengendalian Bekalan Kuasa

Pengenalan

Bekalan kuasa sebenarnya bukanlah menjanakan kuasa kepada peralatan


elektrik tetapi hanyalah sekadar penukar (converter) dari bekalan kuasa TNB atau pada
soket di dinding dalam bentuk arus ulangalik kepada beberapa paras voltan arus terus
yang diperlukan oleh peralatan elektronik seperti CPU komputer, pencetak, unit paparan
dan lain-lain.

Dalam sistem komputer, bekalan kuasa merupakan punca utama yang harus
dipastikan semasa mengenalpasti kerosakan pada sistem. Ini kerana kebanyakan
komponen elektronik tidak berfungsi jika nilai bekalan yang tidak mencukupi diberikan.

Jenis-jenis Bekalan kuasa

Bekalan kuasa boleh dibahagikan kepada 2 jenis utama iaitu:


1. Bekalan kuasa jenis linear/pengubah
2. Bekalan kuasa jenis pensuisan

syamsulum@yahoo.com 1
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Bekalan kuasa jenis linear/pengubah

Gambarajah di bawah menunjukkan gambarajah blok bekalan kuasa jenis pengubah:

terdapat 5 bahagian utama iaitu:

• penapis hingar dan fius (noise filter dan fius)


ia merupakan bahagian mula-mula dilalui oleh bekalan kuasa dari TNB ke
bekalan kuasa komputer. Ia berfungsi untuk menjaga keselamatan bekalan
kuasa dari lebihan voltan (spike) dan juga hinggar (noise) yang boleh
menganggu talian bekalan kuasa dan juga berosakan bekalan kuasa komputer.
Penapis hinggar (noise filter) berfungsi utnuk menapis hinggar pada talian
masukan dan fius pula digunakan untuk mengelakkan berlaku kerosakan pada
komputer sekiranya terdapat litar pintas atau lebihan beban pada bekalan kuasa.
Penapis hinggar yang biasa digunakan adalah “Metal okside Varistor”(MOV)

• pengubah (transformer)

ia digunakan untuk menaikan dan menurunkan voltan dari TNB. Ia juga


berfungsi sebagai pengasing di antara bekalan dari TNB dengan sistem
komputer. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kerosakan jika berlaku
sebarang litar pintas pada sebelah yang lain ( jika berlaku pada gelung sekunder
ia tidak mempengaruhi geluang primer). Keluaran sekundernya adalah masih
lagi arus ulangalik. Bagi pengubah yang menurunkan voltan pada bahagian

syamsulum@yahoo.com 2
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

sekunder berbanding primer dipanggil ‘step down’ dan pengubah yang


menaikkan voltan pada sekunder dipanggil ‘step up’. Bagi transformer yang
sama nilai voltan sekunder dan primer dipanggil ‘isolation transfomer’. Jenis
pengubah yang digunakan dalam bekalan kuasa adalah jenis ‘step down’.

• penerus (rectifier)

ia digunakan untuk menghasilkan bentuk gelombang penuh atau separuh.


Gelombang ini akan digunakan oleh penapis untuk menghasilkan gelombang
arus terus. Biasanya gelombang yang dikeluarkan oleh penerus bekalan kuasa
adalah gelombang penuh. Jenis penerus yang digunakan adalah jenis ‘bridge
rectifier’. Komponen yang digunakan untuk menghasilkan bridge rectifier adalah
4 diod yang disusun.

• penapis (filter)

ia berfungsi menapis gelombang yang dikeluarkan oleh penerus untuk


membentuk gelombang arus terus. Ia biasanya menggunakan komponen seperti
kapasitor dan perintang.

syamsulum@yahoo.com 3
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

• pengatur voltan (regulator)

ia berfungsi untuk menetapkan keluaran bekalan kuasa seperti mana yang


dikehendaki. Biasanya bahagian ini menggunakan IC chip yang khas. Ia
dipanggil ‘voltage regulator’ seperti 7815 (+12VDC), 7805 (+5VDC), 7905 (-
5VDC) dan 7915 (-12VDC) dan lain-lain lagi.

Bekalan kuasa Jenis Pensuisan

Gambarajah di bawah menunjukkan litar mudah bekalan kuasa jenis pensuisan


yang mempunyai bahagian-bahagian berikut:

• penapis hinggar dan fius.


ia merupakan bahagian mula-mula dilalui oleh bekalan kuasa dari TNB ke
bekalan kuasa komputer. Ia berfungsi untuk menjaga keselamtan bekalan kuasa
dari lebihan voltan (spike) dan juga hinggar (noise) yang boleh menganggu talian
bekalan kuasa dan juga berosakan bekalan kuasa komputer. Penapis hinggar
(noise filter) berfungsi utnuk menapis hinggar pada talian masukan dan fius pula
digunakan untuk mengelakkan berlaku kerosakan pada komputer sekiranya
terdapat litar pintas atau lebihan beban pada bekalan kuasa. Penapis hinggar
yang biasa digunakan adalah “Metal okside Varistor”(MOV)

• Voltage double rectifier


Ia adalah bahagian kedua selepas penapis hinggar dan fius. Ia berfungsi untuk
menjanakan masukan voltan arus terus yang tinggi kepada sepasang transistor

syamsulum@yahoo.com 4
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

yang digunakan sebagai pensuisan dengan cara memenggal (chooped) voltan


masukan DC kepada gelombang empat segi. Hasil keluaran ‘voltage double
rectifier’ adalah voltan arus terus yang tinggi (120/240 VDC). Keluaran ini akan
dialirkan kepada masukan ‘power transformer’.

• Pengubah frekuensi tinggi


Ia digunakan untuk mendapat beberapa paras voltan keluaran yang lebih rendah
dan juga sebagai pengasingan daripada masukan DC dari ‘voltage double
rectifier’ yang tinggi. Hasil keluarannya adalah voltan segi empat yang rendah
seperti yang diperlukan oleh komputer.

• Penerus
Ia berfungsi untuk menukar gelombang empat segi dari ‘power transformer’
kepada nilai voltan DC yang biasa. Cara kerjanya sama dengan penerus dalam
bekala kuasa jenis pengubah.

• Litar pensuisan dan kawalan


Ia merupakan bahagian utama dalam bekalan kuasa jenis ini. Fungsinya adalah
untuk mengawal pensuisan sepasang transistor yang disambung pada masukan
‘power transformer’. Kawalan ini akan menentukan gelombang DC empat segi
yang dihasilkan oleh pengubah tersebut. Ia juga untuk mengawal nilai voltan
yang tetap dikeluarkan oleh bekalan kuasa. Cara ia mengawalnya adalah
dengan mendapatkan nilai keluaran pada penerus dan membandingkan nilai
tersebut dengan nilai piawai sekiranya tidak sama, maka ia akan menghantar
isyarat kawalan melalui ‘photo isolator’ kepada ‘ controlled osillator’ supaya
mengawal masa pensuisan bagi transistor-transistor tersebut. Dengan
mengawal masa pensuisan bagi kedua-dua transistor tersebut keluaran dapat
ditetapkan.

• Pengatur voltan
Fungsinya sama dengan bekalan kuasa jenis linear/pengubah

Perbezaan bekalan kuasa jenis pengubah dengan pensuisan.

Berdasarkan perbincangan di atas terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua jenis


bekalan kuasa tersebut. Jadual di bawah menyenaraikan perbezaan tersebut.

Bekalan kuasa jenis pengubah Bekalan kuasa jenis pensuisan


Perubahan beban mempengaruhi Perubahan beban tidak mempengaruhi
keluaran keluaran (kerana adanya litar kawalan)
Litar yang senang dan mudah dibaiki Litar yang kompleks dan susah dibaiki
Murah Mahal
Saiz perumah (casing) dan pengubah Saiz perumah dan pengubah yang lebih
(transformer) yang lebih besar dan berat kecil dan ringan
Banyak digunakan untuk kegunaan Banyak digunakan bagi produk elektronik
produk audio (tiada hingar bunyi) dan perkakasan rumah
Kurang efisyen – 50-60% (tenaga banyak Efesyen – sekitar 85% (penggunaan
terbazir sebagai haba pada transformer) frekuensi tinggi – transformer kecil)

syamsulum@yahoo.com 5
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Piawai rekabentuk bekalan kuasa (Form Factor)

‘Form factor’ atau piawai rekabentuk bekalan kuasa merupakan garis panduan yang
perlu dipatuhi oleh pengilang bekalan kuasa sewaktu penghasilannya. Antara piawai
bekalan kuasa yang yang ada adalah seperti:
1. AT (Advance Technology)
2. ATX (Advance Technology Extended)
3. BTX (Balance Technology Extended)

Setiap piawai memiliki perbezaan dari segi:


1. Bentuk fizikal (ukuran saiz dan bentuk perumah bekalan kuasa)
2. Bentuk palam keluaran voltan (palam molex)
3. Voltan keluaran*
4. Kod warna kabel*

*ketara bagi piawai AT kepada ATX sahaja

Bekalan Kuasa AT

Pemasangan kabel kuasa,


untuk kabel P8 dan P9,
kabel warna hitam mesti
bersebelah dengan kabel
Palam P8 hitam.

Palam P9

Bekalan kuasa AT secara umumnya


membekalkan kuasa 5V dan 12V bagi
kegunaan komponen komputer.

Ciri-cirinya ialah ia menggunakan 2


palam (P8 & P9) bagi kegunaan
‘motherboard’, dan menggunakan suis
on/off manual.
Suis kuasa on/off manual

syamsulum@yahoo.com 6
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Bekalan Kuasa ATX

Bekalan kuasa ATX dibangunkan oleh intel


bagi menggantikan format AT dengan
menambahkan;
 Kuasa 3.3V* (3.3V, 5V, dan
12V)
 Palam molex P1 (20 pin)
untuk kegunaan ‘motherboard’.
 Fungsi ‘soft shutdown’
(on/off otomatik) oleh pin 14
 Fungsi semakan kestabilan
kuasa oleh pin 8 (power good)
 Fungsi on otomatik (isyarat
melalui modem/network) oleh pin 9
(standby)

* untuk mengurangkan tugas motherboard yang


sebelum itu turut menukar voltan dari bekalan kuasa
AT kepada voltan lebih kecil bagi kegunaan cipset
komputer.

Bekalan Kuasa BTX

Palam BTX dibangunkan sebagai format


baru untuk menggantikan ATX.

Tidak banyak perubahan yang berlaku


kecuali;
Tambahan 4 pin (12V, 5V, 3.3V, dan
ground) seperti yang ditandakan di dalam
gambar palam molex P1 disebelah,
menjadikan jumlahnya 24 pin.

Tambahan ini adalah bagi membolehkan


bekalan kuasa membekalkan kuasa yang
cukup untuk kegunaan komputer masakini.

Lain-lain Piawai Rekabentuk Bekalan Kuasa

• Setara AT - XT, BabyAT, LPX


• Setara ATX - NLX, SFX
• WTX

syamsulum@yahoo.com 7
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Ringkasan ‘Form Factor’ Bekalan Kuasa

Typical
Match to
Form Dimensions Usual Motherboard Match to Case Form
Motherboard
Factor (W x D x H, Style(s) Connectors Factor
Form Factor
mm)

PC/XT 222 x 142 x 120 Desktop AT Style PC/XT PC/XT

Desktop or
AT 213 x 150 x 150 AT Style AT AT, Baby AT
Tower

Desktop or Baby AT, AT, AT, Baby AT,


Baby AT 165 x 150 x 150 AT Style
Tower AT/ATX Combo AT/ATX Combo

LPX, some Baby AT, LPX, AT, Baby AT,


LPX 150 x 140 x 86 Desktop AT Style
AT/ATX Combo AT/ATX Combo

ATX, Mini-ATX,
ATX, Mini-ATX,
Desktop or Extended ATX, NLX,
ATX/NLX 150 x 140 x 86 ATX Style Extended ATX, NLX,
Tower microATX, AT/ATX
microATX, FlexATX
Combo

microATX, FlexATX,
100 x 125 x 63.5 Desktop or microATX, FlexATX,
SFX ATX Style ATX, Mini-ATX,
* Tower ATX, Mini-ATX, NLX
NLX

150 x 230 x 86
(single fan)
WTX Tower WTX Style WTX WTX
224 x 230 x 86
(double fan)

syamsulum@yahoo.com 8
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Palam-palam Keluaran Bekalan Kuasa

Kod Warna Kabel Keluaran Bekalan Kuasa

Secara umumnya, kabel keluaran (output) bekalan kuasa akan ditandakan dengan kod
warna yang piawai. Berikut disenaraikan kod warna beserta voltan atau fungsinya:

Kabel Kuasa (volt) Fungsi Umum


Kuning 12v Kuasa untuk motor dan kipas
Merah 5v Kuasa untuk chipset & CPU (3.3v digunakan oleh CPU,
Oren 3.3v memori (RAM), slot AGP dan cipset berkuasa rendah)
Hitam Ground / Bumi Untuk ‘bumi’kan arus dan melengkapkan litar
Ungu 5vsb (standby) Kuasa ‘persediaan’ (hidupkan komputer bila ada isyarat
daripada modem atau rangkaian)
Biru -12v Kuasa untuk ‘serial port’
Putih -5v Kuasa untuk ‘ISA slot’ dan ‘floppy controller’
Hijau Ps_on Hidupkan komputer (soft power / suis otomatik)
Kelabu Pwr_ok / Uji kestabilan voltan (matikan jika tidak stabil)
Pwr_good

syamsulum@yahoo.com 9
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Kuasa Yang Dibekalkan Oleh Bekalan Kuasa

Sebelum memasang bekalan kuasa, ambil kira jumlah


kuasa (disukat dalam unit Watt - W) yang diperlukan
oleh sistem. Secara umumnya, sistem komputer
dengan perkakasan yang paling asas (built-in), tidak
memerlukan kuasa yang tinggi (250W – 300W sudah
mencukupi). Semakin banyak perkakasan tambahan
digunakan, maka bekalan kuasa yang lebih tinggi
kuasanya (lebih 350W) diperlukan.

(Kuasa) P = IV (Arus x Voltan)

Contoh di sebelah (300W)

=[(5x30)+(3.3x14)]*+
[(12x12)+(5x0.3)+(12x1)+(5x0.85)]
*5v & 3.3v guna kuasa maksima 150W sahaja
=[ 150W ]+[ 161.75W ]
=311.75W
Ini adalah kuasa maksima yang mampu
dibekalkan oleh bekalan kuasa tersebut

Berikut disenaraikan keperluan kuasa oleh komponen-komponen komputer:

PC Item Watts
AGP 20 to 30W
PCI 5W
SCSI 20 to 25W
floppy disk drive 5W
network interface card 4W
50X CD-ROM drive 10 to 25W
RAM 10W per 128M
5200 RPM Integrated Drive Electronics (IDE) hard disk drive 5 to 11W
7200 RPM IDE hard disk drive 5 to 15W
Motherboard (without CPU or RAM) 20 to 30W
550 MHz Pentium III 30W
733 MHz Pentium III 23.5W
300 MHz Celeron 18W
600 MHz Athlon 45W

syamsulum@yahoo.com 10
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Langkah-langkah keselamatan semasa membaikpulih bekalan kuasa


1) Biarkan seketika sebelum membaikpulih.
Selepas membuat pengujian, bekalan kuasa hendaklah dibiarkan seketika. Ini
bertujuan untuk membenarkan ia membuangkan cas yang ada pada komponen
bekalan kuasa terutamanya kapasitor. Cas yang ada pada bekalan kuasa
biasanya tinggi dan lambat dinyah caskan.
2) Gunakan julat/skala yang sesuai semasa menguji bekalan kuasa dengan
multimeter. Ini untuk mengelakkan kerosakan pada multimeter. Setkan julat
multimeter yang lebih besar dari nilai yang hendak diukur.
3) Gunakan probe penguji yang tajam dan berpenebat.
Ini untuk mengelakkan berlakunya pintasan kesebelah semasa membuat
pengujian. Ini juga untuk mengelakkan berlakunya penyalahan voltan pada
komponen yang tidak sepatutnya diberikan. Penggunaan probe berpenebat juga
mengelakkan berlaku litar pintas kepada pengguna.
4) Pastikan ada pembantu
Semasa pengujian dan membaikpulih peralatan voltan tinggi terutamanya
bekalan kuasa komputer pastikan ada pembantu yang akan membantu semasa
kecemasan.
5) Bekerja dengan satu tangan sahaja.
Elakkan bekerja menggunakan kedua-dua belah tangan semasa bekalan
diberikan pada alat yang dibaiki. Ini untuk mengelakkan litar pintas pada badan.

Langkah yang terpenting dalam membaikpulih bekalan kuasa adalah memastikan voltan
yang tepat. Walaupun bekalan kuasa komputer tidak tinggi, tetapi untuk keselamatan
pembaiki dan komputer pastikan jika tidak digunakan komputer sila bukakkan plug 3 pin
pada soket dan jika dipasang dan komputer tidak digunakan anggapkan ia ada bekalan.

Pengujian Komponen-komponen Utama Bekalan Kuasa

Kerosakan bekalan kuasa boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu:


• rosak sepenuhnya (complete failure)
• separuh rosak ( intermittent failure)

Kerosakan sepenuhnya perlu dibaiki yang mana ia langsung tiada keluaran, manakala
separuh rosak adalah masalah keluaran yang sekejap ada dan sebaliknya.

Separuh Rosak

Dalam keadaan ini, bekalan kuasa biasanya masih boleh berfungsi dan membekalkan
voltan. Antara tanda-tanda masalah ini wujud adalah; komputer yang yang
dihidupkan (power on) akan tiba-tiba mati selepas beberapa saat. Biasanya ini
berlaku kerana fungsi ‘power ok’ atau ‘power good’ (pin 8) yang mengesan ketidak-
stabilan voltan yang dibekalkan kepada sistem komputer (bekalan kuasa akan
dimatikan sekiranya voltan yang dibekalkan tidak stabil).

Cara termudah melakukan ujian ialah dengan menyukat voltan output dan
membandingkannya dengan kadar yang dibenarkan (sekitar 5%). Lihat gambarajah
di bawah:

syamsulum@yahoo.com 11
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Bacaan yang dibaca seharusnya tidak kurang daripada bacaan minimum dan tidak
lebih daripada bacaan maksimum. Jika sebaliknya, bekalan kuasa tersebut mungkin
sudah rosak dan boleh menggangu fungsi komputer.

syamsulum@yahoo.com 12
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Cara mendapatkan bacaan voltan;


• Hidupkan bekalan kuasa
• Letakkan skala bacaan multimeter pada sukatan DCV (bacaan voltan arus
terus)
• Pilih skala DCV yang sesuai (jika menggunakan multimeter analog)*
• Menggunakan kaedah ‘back probing’ (seperti gambar di bawah), cucuk pin
ujian hitam multimeter kepada palam pin hitam (ground – bumi) dan pin
ujian merah multimeter kepada salah satu pin yang hendak diuji.
• Dapatkan bacaan voltan.

*untuk multimeter analog sahaja. Ubah skala bacaan untuk dapatkan bacaan lebih
tepat (skala 10V untuk menguji voltan dibawah 10V; skala 50V untuk bacaan
melebihi 10V). Ubah kedudukan pin ujian multimeter (pin merah kepada palam
hitam bekalan kuasa & pin hitam kepada palam yang hendak diuji) jika jarum
bacaan bergerak ke arah bertentangan – bacaan negatif.

syamsulum@yahoo.com 13
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Rosak Sepenuhnya

Hal ini berlaku sekiranya bekalan kuasa gagal berfungsi sepenuhnya atau tidak dapat
dihidupkan.

Secara umumnya, ada beberapa komponen yang sering diuji sewaktu proses baikpulih
bekalan kuasa. Antaranya ialah fius, penapis (capacitor), pearuh (inductor), penerus
(diod/rectifier), pengubah (transformer).

Ujian boleh dilakukan menggunakan multimeter melalui ‘ujian keterusan’. Ujian


keterusan adalah bagi menentukan wujudnya sambungan dari satu kaki (input) kepada
satu kaki (output) yang lain bagi komponen yang diuji. Caranya adalah dengan
menyentuhkan pin penguji multimeter kepada salah satu kaki komponen dan satu lagi
pin penguji kepada kaki yang lain menggunakan julat ohm (ujian kerintangan)**.

Setiap komponen elektronik lazimnya mempunyai tahap kerintangan; sama ada besar
ataupun kecil. Nilai kerintangan disukat dengan nilai ohm ( Ω ). Secara teori, jika sesuatu
komponen elektronik itu memberikan bacaan sewaktu diuji, ia sepatutnya berkeadaan
baik (tidak putus). Sebaliknya, jika bacaan yang diperoleh adalah 0 ohm (0Ω), ini
bermakna komponen tersebut mungkin rosak (putus atau terbakar).

** ujian ini dilakukan dalam keadaan bekalan kuasa ‘off’ (mati).

syamsulum@yahoo.com 14
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Mengesan dan Membaik Pulih Kerosakan Bekalan Kuasa

Ada beberapa petanda yang boleh dilihat pada bekalan kuasa yang bermasalah.
Antaranya:
• Sistem tidak dapat dihidupkan
• Sistem ‘restart’ (dimatikan) dengan sendiri ataupun ‘hang’ (tersekat).
• Timbul skrin biru (blue screen of death) ralat memori atau ‘parity check’
• Harddisk atau kipas kerap gagal berfungsi (bekalan 12V bermasalah)
• Renjatan elektrik (kebocoran)

Tanda bekalan kuasa mengalami lebihan beban.

Ada beberapa tanda menunjukkan bekalan kuasa mengalami lebihan beban.


Antaranya adalah seperti dibawah:
• Fius terbakar dan mendakan warna timah dan berpeluh
• Kedengaran bunyi aneh pada bekalan kuasa
• Komponen pada bekalan kuasa menjadi lampau panas
• Keluar asap pada bekalan kuasa
• Berlaku retakan kecil atau bau/bunyi terbakar pada bekalan kuasa

Menganalisa kegagalan fius pada bekalan kuasa

Fius adalah komponen perlindungan kepada bekalan kuasa dan juga komputer dari
rosak yang disebabkan oleh litar pintas, lebihan beban dan sebagainya. Fius yang
terputus perlu ditukar dengan fius yang baru yang mempunyai julat kuasa yang sama
dengan fius asal. Menganalisa kegagalan fius boleh membantu menentukan kerosakan
pada sistem. Di bawah menunjukkan contoh kerosakan hasil analisa kegagalan fius.

Fius jenis kaca cerah (soft fius)


• Titik hitam yang cair – fius lama
• Mendakan warna timah dan berpeluh – lebihan beban
• Terbakar – litar pintas

Pada keadaan biasa ‘soft fius’ akan menunjukkan tanda-tanda terbakar apabila berlaku
litar pintas pada sistem komputer atau bekalan kuasa itu sendiri. Jadi untuk memastikan
litar pintas tersebut berlaku pada komputer atau bekalan kuasa, maka pengenalpastian
yang sesuai adalah perlu, seperti menggunakan bekalan kuasa yang lain pada komputer
asal. Sekiranya masalah yang sama berlaku pada bekalan kuasa yang baru, maka
masalah litar pintas adalah pada komputer; jika sebaliknya maka litar pintas adalah pada
bekalan kuasa itu sendiri.

Berpandukan gambarajah dibawah analisa boleh dibahagi kepada 4 peringkat iaitu:


• Keluaran pengubah (titik A)
• Keluaran penerus (titik B)
• Keluaran penapis (titik C)
• Keluaran pengatur voltan (titik D)

syamsulum@yahoo.com 15
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

Gambarajah di bawah menunjukkan cara asas mengesan litar pintas dalam bekalan
kuasa

B
)( A C D

240V AC )( )( Regulator )(

+ +
_ _
)( C1 C2 Load
B

Putuskan litar pada titik A, berikan bekalan pada bekalan kuasa dan lihat berlaku litar
pintas atau tidak, jika ada maka litar pintas/lebihan beban pada transformer atau
penerus. Kemungkinan pada titik selepas A adalah tidak benar.

Selepas itu putuskan litar pada titik B, berikan bekalan pada bekalan kuasa dan lihat
terdapat lebihan/litar pintas atau tidak, jika ada maka pengubah ada litar pintas, jika
tidak litar pintas pada penerus.

Jika lebihan beban/litar pintas tidak ada selepas ujian pada titik A,maka litar pintas
berlaku pada bahagian selepas titik A, mungkin penapis, pengatur voltan atau beban itu
sendiri.

Sambung balik titik A dan B,putuskan titik C. berikan bekalan pada bekalan kuasa lihat
jika ada lebihan beban berlaku lagi. Jika ada maka litar penapis C1 atau C2 berlaku litar
pintas,jika tidak mungkin pengatur voltan atau beban litar pintas.

Sambung balik titik C dan putuskan titik D dan ulangi dengan memberikan bekalan pada
bekalan kuasa dan lihat jika ada lebihan beban atau tidak. Jika ada maka pengatur
voltan yang berlaku litar pintas, jika tidak maka beban yang litar pintas.

syamsulum@yahoo.com 16
BAB 4 : Mengesan Kerosakan Bekalan Kuasa

syamsulum@yahoo.com 17