Penentangan Terhadap Penjajah Sultan Mahmud Shah ( Portugis di Melaka ) 1.

Bermula 1515 hingga 1519 Sultan Mahmud Shah telah melancarkan beberapa serangan untuk menawan semula Melaka daripada Portugis. 2.Pada 1517 – baginda menyerang Melaka dengan bantuan askar dari Muar tetapi GAGAL. 3.Kegagalan Sultan Mahmud Shah menyebabkan Portugis membina Kota A Famosa Raja Haji ( Belanda di Melaka ) 1.Merupakan seorang pembesar Kerajaan Johor-Riau yang berpusat di Riau. 2.Beliau berketurunan Bugis. 3.Pada 1874 Belanda cuba menawan Riau  Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda, tetapi tewas. 4.Pada tahun yang sama, satu lagi pertempuran berlaku di Bukit Ketapang dan menyebabkan Raja Haji terkorban. Dato’ Maharaja Lela ( British di Perak ) 1.J.W.W Birch merupakan Residen Pertama British di Perak. 2.Tindakan J.W.W Birch memungut cukai menjejaskan kewangan pembesar tempatan. 3.J.W.W Birch juga telah mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan, ini menyebabkan mereka marah. 4.Pada 1875, J.W.W Birch dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela dan para pengikutnya di Pasir Salak. Rentap ( British di Sarawak ) 1.Merupakan ketua kaum Iban 2.Beliau mengutip cukai di Sungai Skang. 3.James Brooke menganggap kaum Iban di Sungai Skang sebagai lanun lalu bertindak untuk menghapuskan mereka. 4.Pada 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skang. 5.Pada 1857 hingga 1858, James Brooke beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal. 6.James Brooke telah menyerang Rentap selama sebulan di Bukit Sadok menyebabkan beliau melarikan diri. 7.Rentap mati sebelum dapat menyerang balas James Brooke. Mat Salleh ( British di Sabah ) 1.Merupakan pembesar Sulu di Sungai Sugut. 2.Beliau menentang SBUB kerana mengambil hak mengutip cukai daripada pembesar tempatan. 3.Akibatnya, SBUB bertindak memusnahkan kampung halaman Mat Salleh. 4.Sebagai tindak balas, Mat Salleh membakar pusat pentadbiran SBUB di Pulau Gaya. 5.SBUB bersetuju berdamai dengan Mat Salleh dan membenarkan beliau mentadbir daerah Tambunan. 6.Namun, SBUB tidak menepati janjinya itu. Sebagai tindak balas, Mat Salleh menyerang SBUB dan terkorban pada 1900. Anggota Force 136 ( Menentang Jepun ) 1.Kegagalan British kepada Jepun pada Perang Dunia Kedua telah menyebabkan British menubuhkan Force 136. 2.Tujuannya adalah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu serta menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. 3.Markas Force 136 terletak di Sri Lanka dan India. 4.Force 136 telah mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. 5.Anggota Force 136 terdiri daripada pemuda dan pemudi Melayu yang diberikan latihan dan senjata untuk menentang Jepun.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful