You are on page 1of 2

Guru memainkan peranan yang penting dalam memberi respon kepada pelajar.

Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya pelajar tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Tambahan pula, guru juga dianggap orang yang dihormati dan dipercayai selain sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. Dengan itu, guru yang sebagai orang yang dipercayai seharusnya mencari cara yang terbaik dalam mengenal pasti respon yang diberikan kepada pelajar apabila mereka menghadapi sebarang masalah. Sebenarnya, tidak kira guru menggunakan apa-apa jua cara respon sama ada menggalakkan perbincangan lanjutan, respons idea atau respons perasaan, kesemua cara ini dapat digunakan oleh guru dalam menangani masalah pelajar. Hal ini kerana cara respon ini tidak mempunyai jawapan yang standard asalkan guru dapat membantu pelajar menangani masalah dan memahami masalah yang dihadapi oleh mereka. Walau bagaimanapun, guru juga perlu memilih cara respon yang terbaik dalam mengenal pasti respon mendengar dan respon empati. Kadang kala, guru perlu mendengar dengan penuh perhatian bermaksud memberi perhatian sepenuhnya terhadap pelajar, dan memberi respons yang boleh menggalakkan pelajar meluahkan idea dan perasaannya dengan selesa. Tingkah laku mendengar penuh perhatian membantu pelajar menerokai dan mengembangkan pendapatnya dan mengurangkan pendengar membuat respons dan saranan yang tidak berguna. Selain itu, apabila guru berempati dengan seseorang pelajar, guru sebenarnya menyelami pandangan atau perasaan orang itu, untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut pandangannya. Empati bukan bermakna guru bersetuju dengan orang lain. Ia hanya bermakna bahawa kita memperlihatkan cara orang lain berasa atau berfikir

matlamat utama untuk menggunakan cara terbaik dalam mengenal pasti respon mendengar dan respon empati ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan kemahiran hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang. .mengenai situasinya. Guru haruslah bertanggungjawab dan bertindak dengan segera serta mencari cara yang terbaik untuk memberi respon sama ada mendengar atau respon empati untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar. dengan kebolehan dan sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan. Justeru. Contohnya. guru dapat memberi respons dengan menyatakan hal yang pelajar fikirkan mengenai perasaannya. dan cuba menyemak semula dengannya untuk melihat sama ada fahaman anda adalah tepat dan menggunakan pandangan orang tersebut dan bercakap dari sudut perspektif atau pandangannya.