Artikel ini telah mengutarakan satu pandangan bahawa P&P berasaskan web merupakan satu konsep yang dapat

mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam sistem pendidikan. Ianya bertujuan memberi kemudahan kepada guru untuk menguruskan bahan pengajaran, menghasilkan suasana yang kondusif di dalam bilik darjah dan melibatkan penyertaan daripada pelajar ke tahap yang paling maksimum. Dua perkara yang menjadi isu utama di dalam artikel ini adalah : 2.1 Membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, Webquest bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat. 2.2 Menilai persepsi pelajar terhadap bahan Webquest yang bertajuk Computer System : System Concept ini samada ianya sesuai dan menarik untuk pembelajaran dan pengajaran matapelajaran ICT. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan pembelajaran dan pengajaran berasaskan web. Dua pendekatan yang diperkenalkan dalam P&P

matapelajaran ICT iaitu belajar tentang ICT dan belajar dengan ICT. Pendekatan belajar tentang ICT digunakan dengan tujuan menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas ICT bagi membolehkan murid menjadi pengguna yang berkesan. Pendekatan belajar dengan ICT pula menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah dengan tujuan

menyediakan murid dengan ilmu yang membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan teknologi. Di dalam kajian ini juga telah diperkenalkan satu model mengintegrasikan penggunaan web dalam aktiviti bilik darjah iaitu pendekatan WebQuest (Dodge 1995). WebQuest ini mempunyai enam komponen iaitu Pengenalan, Tugasan, Maklumat, Proses, Penilaian dan Kesimpulan. Model ini berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaan bahan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet. WebQuest merupakan satu strategi pengajaran dalam abad 21 dimana semakin ramai murid-murid dilibatkan dalam proses P&P semakin banyak ilmu pengetahuan yang akan mereka diperolehi. Artikel ini juga menyatakan pembelajaran melalui pendekatan journalistic murid-murid diandaikan untuk memainkan peranan penyiasat, pemberita, pengarang dan sebagainya. Dalam hal ini, guru menggunakan penilaian dengan memberi gred untuk objektif khusus yang telah dicapai oleh murid sepanjang masa murid membuat tugasan.

Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi.Bagi pendapat saya. Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak dalam pembelajaran berasaskan web. perkakasan dan perisian siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Russell (1989) yang membawa maksud ‘memastikan sesuatu berlaku. Pendekatan WebQuest yang dinyatakan secara jelas berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet ke tahap yang paling maksimum. Adalah wajar pembelajaran berasaskan web diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus ICT yang begitu pesat sekali. kajian ini sangat selari dengan model pengajaran Assure. . Molanda. Ini adalah kerana Model Assure digubal bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.’ Secara keseluruhannya artikel ini telah membuat satu anjakan paradigma kepada pembaca dari segi persepsi tentang betapa perlunya ICT dalam kehidupan kita sehari-hari . Model pengajaran Assure telah diperkenalkan oleh Heinich.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful