Pemilihan unit penyaman udara bagi bangunan ini telah dijalankan mengikut keselesaan pengguna dimana segala aspek

telah diambil kira. Kapasiti yang diperlukan untuk bangunan ini ialah sebanyak 70 hp bagi keseluruhan ruang bangunan. Dengan ini, kami telah memilih DAIKIN „Celling Mount Casset‟ sebagai unit dalam model FHC48NUV1 nombor siri R48NUYI. Unit ini berkuasa 6 hp bagi setiap unit. Bangunan ini memerlukan 11 unit bagi menampung beban maksimum bangunan ini 70 hp. Unit ini dipilih kerana ia mudah dipasang dengan hanya menggunakan ducting dan dapat menjimatkan kos berbanding unit chiller atau splitt unit yang memerlukan kos yang lebih tinggi. Seterusnya, unit luar yang telah dipilih ialah DAIKIN VRV III be berkuasa 25 tons. Unit ini berkelebihan dapat menampung lebih unit dalam dengan satu unit luar. Ia juga dapat jimatkan kos dan ruang kerana tidak perlu unit yang lebih bagi menampung unit dalam dan ruang yang sedikit berbanding jika menggunkan splitt unit. VRV juga menggunakan branch selector untuk mengagihkan bahan peyejukkan kepada setiap saluran dengan lebih mudah dan lebih cekap. Sistem kawalannya juga dikawal dengan menggunakan satu alat kawalan sahaja dan juga boleh dikawal menggunakan menggunakan internet. Susun aturnya lebih kemas dan teratur serta mudah untuk di servis. Keburukan yang akan menjadi permasalahan bagi pemasangan bagi unit ini ialah kos pemasangan bagi permulaan adalah tinggi. Pemampat sering bermasalah dan memerlukan penukaran pemampat. Penyelengaraan perlu sering dijalankan bagi unit dalam kerana mudah kotor dan sering menghadapi masalah pada bahagian motor kipas. Kelebihan unit ini adalah dapat mengesan kerosakkan pada sistem kerana unit ini mempunyai kelebihan iaitu “error code” yang tidak terdapat pada system jenama lain.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.