You are on page 1of 54

HUTANG & KERJAYA

PENGHARGAAN @ PENGIKTIRAFAN

TIPSNIAGA

PAKATAN - BARISAN

PANDANGAN PAKAR
PENDAPATAN PERBELANJAAN = UNTUNG/RUGI

TADBIR URUS BAIK:


Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Yang Baik.

TADBIR URUS:
Didefinasikan sebagai tatacara atau tindakan yang dilaksanakan oleh golongan yang mempunyai kuasa dalam pelbagai perigkat pengurusan melaksanakan tanggungjawab secara telus,berakauntabiliti dan berhemat untuk mencapai kecemerlangan,kecekapan,persamaan, penglibatan yang menyeluruh,ketelusan dan akauntabiliti dalam menguruskan negara ke arah kemajuan. Struktur tadbir urus negara pula melibatkan budaya, dasar dan strategi serta tatacara berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders).

CIRI-CIRI TADBIR URUS YANG BAIK :


Tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik (political neutrality) Tidak bersikap bias Bersikap tegas dalam membuat keputusan. Berusaha mempertingkatkan tahap kecekapan dan kecemerlangan perkhidmatan. Tidak individualisme Setia dan jujur. Mengamalkan sikap ketelusan dan mempunyai integriti. Mempunyai akauntabiliti Mengurangkan amalan pembaziran Mematuhi undang-undang, peraturan dan piawaian kerja. Sebagai budaya kerja penjawat awam.

PRINSIP TADBIR URUS TERBAIK


Tadbir urus yang baik mesti berdasarkan kepada 4 prinsip di bawah iaitu:-

1. INTEGRITI 2. AKAUNTABILITI 3.PENGAMANAHAN DAN PENGAWASAN 4. KETELUSAN.

SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN


Malaysia merupakan negara Persekutuan hasil penyatuan beberapa buah negeri membentuk Kerajaan Persekutuan dan beberapa buah Kerajaan Negeri Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menjalankan tugas mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan dianggotai oleh Yang Di-pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, Badan Perundangan, Badan Eksekutif, Badan Kehakiman, Ketua Audit Negara dan Suruanjaya-Suruhanjaya.

BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN


Kerajaan persekutuan hanya mempunyai kuasa mentadbir perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan dan senarai Bersama sahaja seperti:-

Senarai Perssekutuan. Hal ehwal luar negara Pertahanan Kewarganegaraan Pelajaran Perumahan Pelancongan Kewangan

Senarai Bersama Biasiswa Perkapalan Perikanan Pemulihan tanah lombong Kesihatan awam Perancangan bandar dan kampung Perparitan dan pengairan

SISTEM KERAJAAN PERSEKUTUAN


YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)
YDPA merupakan ketua negara raja berpelembagaan. YDPA mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada kuasa Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. YDPA merupakan lambang kedaulatan negara. YDPA dipilih di kalangan 9 raja-raja melayu dan jawatan ini bukan diwarisi secara turun temurun.

PEMILIHAN YANG DI- PERTUAN AGONG


YDPA dipilih oleh Majlis-Raja-Raja Melayu mengikut undian di kalangan 9 raja-raja melayu sahaja. Seorang raja hanya menjadi YDPA selama tempoh 5 tahun. Perlantikan YDPA dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar- Raja-raja Melayu kepada Parlimen. YDPA hanya boleh dipecat oleh Majlis Raja-Raja Melayu atas usul yang disokong oleh 5 daripada 9 Raja-Raja Melayu. YDPA boleh meletak jawatan dengan mengutus surat kepada MRRM dengan tandatangan baginda. Saraan YDPA ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan.

KERAJAAN TEMPATAN
Kerajaan Tempatan di Malaysia (PBT) merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan tempatan 1976. Ia diletakkan di bawah kawalan Kerajaan negeri kecuali KT Wilayah Persekutuan K.Lumpur, Labuan dan Putra jaya diletakkan di bawah kawalan kerajaan Pusat. Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk Bandar bagi bandar raya, manakala Yang diPertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga Majlis-majlis daerah.

HIERARKI KERAJAAN TEMPATAN


Hari ini, wujud empat jenis kerajaan tempatan di negara ini yang disusun mengikut hierarki seperti berikut: Bandar raya - dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya Bandar - dikenali sebagai Majlis Perbandaran Luar bandar - dikenali sebagai Majlis Daerah Kawasan khas - dikenali sebagai Perbadanan atau Pihak Berkuasa Tempatan.

PERANAN DAN TUGAS PBT


Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas berikut: Kuasa perancang tempatan Kuasa mengeluarkan lesen Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, geraigerai dsb.) Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran) Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan.

KATEGORI PERANAN PBT


Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada: alam sekitar, orang awam, sosial dan pembangunan.

1. ALAM SEKITAR
Tugas ini berkenaan penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran di bawah bidang kuasa mereka. Ia meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti: pembersihan, pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal, perparitan dan pembentungan yang sempurna program-program mengindahkan kawasan.

ORANG AWAM
Peranan ini termasuklah: perkhidmatan-perkhidmatan rumah penyembelihan,
perkhidmatan veterinar, pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan juga tempat membakar mayat. PBT bertanggungjawab menguruskan sistem kebersihan dan sisa pejal, membersihkan parit-parit dan jalan-jalan dan menyenggara keseluruhan persekitaran kawasannya. Pelesenan gerai-gerai jualan, peniaga-peniaga kecil-kecilan, pekedai dan pengusaha perniagaan yang secara lahiriahnya boleh mengganggu ketenteraman awam turut dipertanggungjawabkan kepada PBT.

SOSIAL
Beberapa kawasan perbandaran yang lebih besar dan membangun turut menyediakan kemudahan-kemudahan sosial seperti:
pusat penjagaan anak-anak, klinik-klinik di bawah program kesihatan mereka, ambulans dan juga kenderaan jenazah. menyenggara air-air pancut, menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan kemudahan-kemudahan lainnya menyediakan tenaga buruh manual dan membantu kerajan negeri atau pejabat-pejabat daerah dalam penganjuran kemudahan-kemudahan sosial secara ad hoc di peringkat negeri mahupun daerah.

PEMBANGUNAN
Peranan ini lebih menurut budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap sebagai alat penting dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan sumber kewangan dan kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan. Dalam hal ini, majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah.

BIDANG KUASA PBT


Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan negeri melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (atau Exco) yang memegang portfolio kerajaan tempatan. Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh kabinet negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Di Sarawak pula tugas-tugas menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

PEGAWAI TADBIR PBT


Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung kepada status kerajaan tempatan itu. Bagi sebuah bandar raya, pegawai tertinggi itu digelar sebagai Datuk bandar. Bagi sebuah majlis perbandaran mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang Di-Pertua. Di Sabah dan Sarawak, ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelas Presiden atauPengerusi. Pemegang jawatan ini, lazimnya daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat kerajaan negeri. Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun, Pegawai daerah turut dipilih memegang jawatan ini

KEPENTINGAN TADBIR URUS BAIK.


i. ii. iii. iv. Mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Daya tarikan pelaburan dalaman dan luaran serta perkembangan perniagaan dalam negara. Kecekapan pasaran modal dan keberkesanan ekonomi negara. Meningkatkan budaya kepimpinan yang sihat( integriti) di kalangan pemimpin. Mencapai pecapaian terbaik dalam sektor awam. Memperkasa daya saing negara Menjana potensi insan Menerajui transformasi perkhidmatan Mengekalkan Profesionalisme Dan Tadbir Urus Dalam Perkhidmatan. Memenuhi Ekspektasi Stakeholder.

v. vi. vii. viii. ix.


x.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Sekuriti Malaysia memperkenalkan Kod Malaysia (2000) untuk Tadbir Urus Korperat -melibatkan soal struktur dan komposisi lembaga pengarah serta penetatapan dan pendedahan ganjaran yang diterima oleh LP. 2. Kerajaan menjadikan TUB sebagai satu elemen dalam RMK-10 ( 2011)- plan induk pembangunan modal insan bagi melahirkan insan yang berintegriti tinggi.

CABARAN TADBIR URUS BAIK.


1.KOMITMEN PENGURUSAN KEPADA TADBIR URUS. 2. HUBUNGAN ERAT DENGAN STAKEHOLDERS 3. SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM. 4. AKAUNTABILITI KEPADA PIHAK LUAR DAN PEMATUHAN KEPADA AKAUNTABILITI DALAMAN 5.PENGURUSAN STRATEGIK DAN PEMANTAUAN PRESTASI 6.PENGURUSAN RISIKO 7. ETHIKA PENGURUSAN DALAM SEKTOR KERAJAAN.

1.KOMITMEN PENGURUSAN KEPADA TADBIR URUS.


i. Ketua menjadi role model dan memberi komitmen yang tinggi. ii. Mempunyai Visi, Misi,integriti, pemikiran strategik, hubungan kerja produktif,saluran komunikasi berkesan dan mampu menghasil pencapaian. iii. Mampu berkomunikasi dengan jelas/kemahiran komunikasi. iv. Tegas dalam membuat keputusan dan mampu mempertahankan keputusan yang dibuat. v. Memainkan peranan kepimpinan dalam usaha memelihara dan menggerakkan agensi vi. Mendokumenkan piawaian kerja/Piagam pelanggan kepada pegawai bawahandan memaklumkan kepada mereka piawaian yang perlu dicapai. vii. Penggubalan kewangan agensi di bawahnya mesti menepati norma-norma susila dan value for money.

2. HUBUNGAN ERAT DENGAN STAKEHOLDERS


Perlu mengenalpasti dan membangun portfolio stakeholders. Mengelakkan sebarang percangahan dengan stakeholders. Mewujudkan saluran komunikasi yang memuaskan. Mempunyai struktur perhubungan dan mekanisme konunikasi dua hala untuk mendapat maklum balas daripada pihak berkepentingan. Mengelakkan rintangan dalam penyampaian perkhidmatan dengan stakeholders.

3. SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM.


Menggunakan sistem penyampaian berkesan seperti kerajaan elektronik dan e-pembangunan. Mengamalkan perwakilan dan penurunan kuasa kepada pegawai lebih rendah dalam membuat keputusan. Berperanan sebagai pemudah cara kepada komuniti. Mengurangkan kerenah birokrasi. Mewujudkan pangkalan data Penyediaan persekitaran yang kondusif. Penyediaan perkhidmatan dalam talian dan pengurangan penggunaan borang. Mewujudkan sistem pengukuran prestasi pekerja awam berasaskan KPI. Merlaksanakan penilaian Program/Projek pembangunan.

Perlu pengawasan oleh Stakeholder Luaran. Memberi maklumat tepat mengenai prestasi 4. AKAUNTABILITI KEPADA dan pematuhan kepada peraturan yang PIHAK LUAR berkaitan kepada Ketua Audit Negara dalam tempoh yang ditetapkan. Keputusan dan tindakan yang diambil mesti menjurus kepada pencapaian objektif strategik agensi. Menyelenggarakan sistem rekod dengan lengkap,selamat dan kemaskini.

4.PEMATUHAN KEPADA
AKAUNTABILITI DALAMAN
Mempunyai sistem kawalan yang kukuh dan kaedah pelaporannya selaras dengan rangka akauntibiliti luaran. Mempunyai menu kerja semua pihak dan saluran komunikasi ( pegawai bertanggungjawab) dalam agensi . Mendokumentasi rekod rekod dengan lengkap spt:- plan strategik, plan operasi, Perancangan tahunan pemantauan prestasi dan tindakan pemulihan. Melaksanakan proses penyemakan audit dalaman untuk tindakan susulan. Menyediakan rancangan pengesanan dan pencegahan penipuan ( Fraud). Menyediakan laporan,analisis prestasi dan pencapaian kewangan terkini. Menyediakan piawaian profesional dan etika kerja dan prosedeur mengendalikan kerja

5.PENGURUSAN STRATEGIK DAN PEMANTAUAN PRESTASI

Memiliki Plan Strategik dan rangka pengurusan prestasi Mendokumentasikannnya dan menyemaknya setiap tahun. Menggubal dan mengumumkan KPI strategik dalam rancangan strategik tahunan. KPI akan menetapkan tahap prastasi yag disasarkan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif. Rekod pemantauan kecekapan dan keberkesanan Prtestasi penyampaian sepanjang tempuh perkhidmatan disediakan. Membuat laporan status pencapaian Strategik KPI pada hujung tahun.

6.PENGURUSAN RISIKO
Semua pegawai awam bertanggungjawab mengenalpasti dan menangani risiko yang dihadapi dalam pelaksanaan program atau projek. Pengurus projek perlu memberi perhatian kepada risiko kerana ia boleh menjadi rintangan atau peluag kepada sesuah agensi. Ketua agensi perlu mengealpasti kos atau impaknya keatas kepentingan strategik agensi. Perkara yang diberi perhatian dalam pengurusan risiko seperti: i.proses dan amalan pengurusan risiko yang sesuai ii. Mengendali analisis dan penyemakan secara berterusan terhadap pendekata pengurusan risiko yang diamalkan. iii. Penlibatan aktif oleh pihak pengurusa dalam pengurusan risiko agensi.

7. ETHIKA PENGURUSAN DALAM SEKTOR KERAJAAN.


Etika pengurusan penting bagi mengawal tingkahlaku para profesional,teknokrat,penjawat awam . Masalah integriti serig dikaitakan dengan pihak pengurusan. Antaranya: rasuah,pemberian hadiah, produk yang tidak berkualiti,tidak menepati janji dan boros. Nilai-nilai murni perlu ada bagi menjamin organisasi terus memberi sumbangan dan peranan yang cemerlang. Pada 23 April 2004 Plan Integriti nasional (PIN) dilancarkan demi mewujudkan budaya kerja cemerlang dan meningkatkan

integriti di semua peringkat masyarakat.

SEKIAN
Nak tanya sikit

You might also like