You are on page 1of 15

Pengenalan

Merupakan isu bagi guru novis atau baru yang ditempatkan di sekolah. Murid
sekarang berlainan dari murid zaman dahulu, dimana ada yang aktif, hyperaktif,
nakal dan kuat bermain atau yang sukar menerima pembelajaran. Mereka ini
biasanya menganggu implementasi perancangan pengajaran dan pembelajaran anda.
Oleh itu hendaklah anda melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Tindakan dan strategi yang digunakan untuk memastikan peraturan didalam bilik
darjah. Seorang guru hendaklah satu persekitaran yang pembelajaran yang
kondusif dan mengurus sikap dan tingkahlaku murid. Sebagai contoh, anda boleh
menarik perhatian murid dengan menjerit seperti Tarzan atau mengetuk loceng
bagi mendapatkan perhatian kelas, jeritan manja Tarzan atau bunyi loceng yang
singkat sudah mencukupi untuk menarik perhatian murid anda yang sedang asyik
bercakap atau sedang membuat kerja atau tugasan , mereka akan berhenti dan
memberi perhatian atau menunggu arahan anda. Jika anda berjaya, anda boleh
dianggap sebagai pengurus bilik darjah yang berjaya.

2. Guru sebagai pengurus yang efektif :

berupaya mendapatkan kerjasama murid; berjaya mengekal penglibatan

dan tugasan dan berjaya mengurus urusan bilik darjah dengan lancar.

Example, the teacher has to lay down rules and procedures for learning
activities. Sometimes this role is viewed as nothing more than that
of disciplinarian, the person who must see that the classroom group and its
individual members stay within the limits set by the school, the limits set by the
teacher, and the limits set by the tasks at hand. In fact, the teacher must also
manage a classroom environment. He organizes the classroom space to fit his goals
and to maximize learning. Seating must be arranged; posters hung; bulletin boards
decorated; extra books, learning carrels, and bookshelves installed. Classroom
management for the teacher also involves modeling a positive attitude toward the
curriculum and toward school and learning in general. Finally, a teacher needs to
manage and process great amounts of clerical work. There are papers to be
graded and read, tests to be scored, marks to be entered, attendance records
and files to be maintained, notes and letters to be written, and so forth.

3. Faktor Menjejas Persekitaran Bilik Darjah:

• Gaya Pimpinan:

Gaya kepimpinan berbeza akan menjejaskan suasana pembelajaran

murid

(i) Kepimpinan Autokratik (Authoritarian leadership) akan melemahkan


semangat belajar, guru akan biasanya menidakkan dan mengecam murid
apabila murid melakukan kesilapan.

(ii) Kempimpinan Demokratik (Democratic leadership), perkongsian


tanggungjawab, mencari penyelesaian melalui meningkatkan atau memberi
galakkan daripada membuat tuntutan. Guru biasanya adalah bersifat baik
hati, penyayang, mengambil berat, ceria tetapi tegas. Peningkatan diri
terbentuk melalui perkongsian tanggungjawab. Kajian menunjukkan
produktiviti dan pencapaian adalah tinggi dalam kelas yang diuruskan
secara demokratik.

(iii) Pecah dan Perintah (laissez-faire leadership) , guru biasanya


seorang yang bersikap tidak apa ("permissive"). Semua OK! Setiap murid
melakukan tugasan atau kerja sendiri. Kempimpinan jenis ini biasanya
membawa kepada keadaan huru-hara. Ia menghasilkan keadaan tidak
tersusun (disorganization), kekecewaan kepada murid dan menghasilkan
keputusan yang tidak memuaskan jika berjaya.

• Persekitaran Fizikal (Physical environment):

Kelas yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Sebagai guru,

anda akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan keadaan dan

keselesaan bilik darjah.

• Susunan Bilik Darjah (Room arrangement):

Susunan bilik darjah seharusnya membantu pengajaran dan pembelajaran


serta mengawal disiplin. Kedudukan tempat duduk seharusnya tertumpu
kepada papan tulis kerana arahan kelas tertumpu disitu. Anda juga
seharusnya menyediakan kemudahan pengasah pensil, buku rujukan, pusat
pembelajaran , kemudahan membuang sampah dan etc. Tempatkan
persediaan ini samada di belakang atau di tepi tumpuan

• Motivasi (Motivation):

Guru seharusnya cuba memotivasikan murid dengan cara

(i) mengharap yang terbaik dari murid

(ii) membentuk sikap yang diharapkan

(iii) mewujudkan persekitaran postif

(iv) melibatkan murid dengan aktif

(v) membuat pembelajaran nampak bermakna


(vi) mewujudkan peningkatan diri

(vii) menyelesaikan prasangka

(viii) mengunakan penguatkuasaan

(viii) menjalankan pertandingan

(x) mengurangkan kelesuan

• Masa di Sekolah dan Bilik Darjah (Time in schools and classrooms):

Masa persekolahan adalah terhad. Bahkan masa persekolahan dibahagikan


kepada lima kategori : masa yang ditetapkan (mandated time), masa
diperuntukkan (allocated time), masa diberikan (instructional time), masa
dilibatkan (engaged time), dan masa pembelajaran akademik ( academic
learning time).

(i) Masa yang ditetapkan (Mandated time):

masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Masa

persekolahan biasa adalah 7.45 diwaktu pagi sehingga 2.05

diwaktu petang selama 190 hari. Masa ini hendaklah digunakan


untuk tujuan aktiviti akademik dan bukan akademik.

(ii) Masa di Peruntukkan (Allocated time):

Semasa masa yang ditetapkan , pelbagai bentuk


matapelajaran hendaklah diajar termasuklah masa makan,
rihat, pertukaran kelas, pengumuman dan sebagainya. Masa
yang sesuai bagi setiap jenis aktiviti ini dipanggil masa yang
diperuntukkan. Matlamat pengurusan bilik darjah adalah
untuk mengembangkan jumlah masa yang diperuntukkan bagi
pembelajaran.

(iii) Masa diberikan (Instructional time):

Guru menterjemahkan masa yang diperuntukkan kepada


pembelajaran melalui masa yang diberikan. Biasanya ia
diterjemahkan menjadi aktiviti pembelajaran yang produktif.
Murid biasanya mengunakan masa ini sepenuhnya untuk
belajar namun biasanya murid berangan-angan atau bergurau.

(iv) Masa yang dilibatkan (Engaged time or time on-task):

Adalah masa sebenar murid menumpukan kepada tugasan atau


kerja, Murid biasanya aktif (secara fizikal atau mental) dan
melibatkan diri dalam pross pembelajaran dan salah satu
matlamat pengurusan bilik darjah adalah meningkatkan mutu
masa dengan memastikan murid menjalankan tugasan.

(v) Masa pembelajaran akademik (Academic learning time):

Masa penglibatan bukanlah biasanya productive.


Sesungguhnya masa penglibatan biasanya membawa murid
ketahap lamunan yang biasanya menghasilkan sedikit
kefahaman atau penyerapan yang sedikit. Jika ini berlaku,
guru hendaklah memotivasikan murid agar masa penglibatan
adalah produktif dan hendaklah memaksimakan masa
pembelajaran. Ini bermakna pencapaian murid hendaklah
ditahap yang tinggi (80% atau lebih )
• Komunikasi (Communication):

Apabila masalah timbul di bilik darjah, komunikasi yang baik diantara guru
dengan murid adalah perlu. Ini bermakna ianya bukan saja melibatkan
kaedah "guru bercakap-murid mendengar) tetapi komunikasi terbuka , dua
hala yang bermaksud anda bercakap dan anda mendengar.

4. Pengurusan Pencegahan (Preventive classroom management):

Kebanyakkan masalah yang berkaitan dengan salahlaku murid dikendalikan oleh


guru yang berkesan melalui kaedah pencegahan. Diantara langkah pencegahan yang
dijalankan adalah :

• Mengadakan peraturan dan prosedur (Establishing rules and procedures)

bagi mentadbir aktiviti dibilik darjah. Peraturan adalah kenyataan yang


menyenaraikan perkara-perkara yang murid harus tahu mengenai sesuatu
perkara samada ianya boleh atau tidak dibolehkan. Biasanya peraturan adalah
kenyataan bertulis yang jelas dan di minimakan. Prosidur pula merupakan
langkah-langkah kerja dan keterangan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ianya
jarang di cetak tetapi pengurus yang berkesan akan memberi masa dan
tumpuan mengajar prosidur sebagaimana mereka mengadakan kelas.
Pergerakan pelajar, percakapan pelajar dan apa yang perlu dilakukan ketika
masa pemberhentian (seperti kelas habis awal atau murid menunggu aktiviti
lain atau masa untuk pulang) adalah diantara aktiviti penting yang memerlukan
peraturan berhubung tingkahlaku dan prosidur bagi memastikan kerja
dijalankan dengan berkesan.

o Kategori peraturan (Categories of rules):


(i) hubungan dengan orang yang lebih tua atau rakan – hendaklah

tertib dan dan setiakawan, hendaklah saling bantu membantu

ii) tugasan akademik - berusaha dengan baik, mencuba sebaik

mungkin

(iii) rutin bilik darjah - mengangkat tangan, cepat masuk ke tempat

duduk dan dalam keadaan berdiam diri,

(iv) kaitan diri - hormati diri sendiri; bersikap bijak, bersedia

menerima kesilapan sendiri dan rakan, mencuba dan mencuba ,

yakin boleh

v) keselamatan - menjaga diri sendiri, berkeadaan selamat, menjaga

dan membantu rakan

o Contoh rutin bilik darjah :

masuk ke kelas dan duduk secara senyap apabila tiba; mengumpul dan
mengembalikan buku; membantu mengeluar dan mengangkat barangan
didalam kelas.

• Mengekal ketekalan (Maintain consistency):

Pengurus bilik darjah yang berkesan sentiasa tekal dalam menguatkuasa


peraturan dan prosidur yang dijalankan, jika tidak tiada satu pun peraturan
dan prosidur tersebut akan kekal
• Mencegah salahlaku dan sikap buruk (Preventing deviant behaviour)

agar berjalan dengan lancar dan sebaiknya adalah dengan melibatkan


penjanaan kaedah dan mengekal momentum atau rentak yang sesuai. Kesilapan
biasa dalam mengekal kelancaran dan rentak adalah (i) tergantung (dangle):
membiarkan topik tergantung dan membuat perkara lain; (ii) flip-flop:
memulakan dan memberhentikan sesuatu aktiviti dan kemudiannya menjalankan
perkara tersebut sekali lagi (iii) pecahan kerja (fragmentation): memecah dan
mengagihkan arahan atau aktiviti kepada segmen yang kecil iv) terlebih urutan
( overdwelling): mengulang dan mengulangi perkara yang telah difahami murid

• Merencanakan bilik darjah (Orchestrating classroom) iaitu aktiviti ketika


masa luar (seperti pembukaan bilik darjah, peralihan masa, penutupan kelas) :
ini melibatkan perancangan dan perencanaan tingkahlaku murid ketika luar
masa. Murid yang berlainan latarbelakang ( keluarga , rumah, tempat bermain,
berlainan kelas) memerlukan berlainan kaedah tidak ketinggalan jika murid
tidak hadir ke sekolah sebelumnya.

o Permulaan kelas adalah masa pentadbiran awal yang diperlukan oleh


guru seperti membuat pengumuman dan mengambil atau mencatat
kedatangan. Pengurus berkesan merancang dan menjalankan prosidur
dengan baik bagi memastikan urusan dijalankan dengan segara dan
pasti.

o Masa peralihan (transitions) adalah masa pembelajaran dimana guru


bergerak atau menjalankan aktiviti pembelajaran dari satu kaedah
kepada yang lain. Perancangan adalah amat penting sewaktu mengurus
masa peralihan. Kaedah menunjuk dan memberi isyarat adalah kaedah
berkesan dalam mengurus masa peralihan.

o Penutupan sesi kelas juga adalah masa yang tidak stabil dalam
kebanyakan kelas. Kadang-kadang seorang guru bergegas menamatkan
kelas yang berjalan melebihi masa yang diperuntukkan; kadang-kadang
bahan-bahan seperti kertas ujian hendaklah dipungut, atau kerap juga
murid perlu mengurus barangan peribadi apabila pertukaran
matapelajaran, di kantin atau menaiki bas. Pengurus berkesan akan
memastikan masalah sedemikian dapat diatasi dengan mengadakan
prosidur bersesuaian sebelumtamatnya kelas.
• Membentuk Sikap Bertanggungjawab

(Developing student accountability):

Pengurus bilik darjah yang berkesan akan sentiasa mempertanggungjawabkan


murid terhadap kerja-kerja mereka seperti menyiapkan dan menyerahkan
tugasan tepat pada masa atau pembelajaran akan terjejas.

5. Disiplin (Discipline): Guru-guru yang menjalankan aspek-aspek pengurusan bilik


darjah dengan berkesan akan mengenalpasti dan mengelak konflik-konflik dan akan
memastikan atau mengelak pertembungan atau gangguan dengan signifikan. Namun,
murid akan tetap membawa masalah ke kelas, dan guru-guru yang berkesan
pengurusannya sekali pun akan menghadapi atau berdepan dengan sikap tidak
menyenangkan yang memerlukan perhatian (Brophy, 1996). Mendisipilinkan murid
yang bersikap pengacau hendaklah dijadikan perancangan berterusan , kemahiran
yang diperlukan ketika menjalankan pertaruran disiplin adalah keupayaan
menjalankan tugasan dengan kumpulan profesional yang akan dapat memberikan
dan menumpukan perhatian terhadap salahlaku murid tertentu dan pengetahuan
membangunkan dan menjalankan pengurusan dan perancangan disiplin.

Aspek terpenting dalam menghadapi ganguan salahlaku adalah mengembalikan


suasana konstruktif. Mengembalikan kawalan bilik darjah dan mengurangkan
penglibatan pelajar adalah matlamat sebarang gangguan atau konfrantasi.
Beberapa strategi berkesan adalah penting buat guru dalam mengambil tindakbalas
terhadap gangguan dan sikap murid diantaranya:

(i) jangan cuba mengadakan keperluan tidak ketentuan atau mengelabah

jika terdapat gangguan atau insiden berlaku

(ii) jelaskan pendirian anda termasuklah jika ada kesal, kecewa, marah

dan terangkan kepada murid


(iii) bersikap konsisten dan patuhi serta buat apa yang telah anda

nyatakan

(iv) bersikap adil dengan nurid. Jika anda melakukan kesilapan, jalankan

peraturan tanpa diskriminasi atau adakan tindakan kesusaian dan

pohon maaf kepada murid. Mereka akan lebih menghormati anda kerana

bersikap jujur dan terbuka.

Jika sikap dan tingkahlaku murid menjadi serius dan usaha guru tidak
mendatangkan hasil yang diharapkan, strategi berlainan perlulah diadakan
termasuklah tindakan yang lebih berat maupun melibatkan penggantungan sekolah.

6. Masalah Disiplin (Disciplinary problem): merupakan tingkahlaku

(i) menganggu aksi pengajaran

(ii) mengganggu hak orang lain untuk belajar

(iii) secara saikologi dan fizikal tidak selamat

iv) kerosakan hak

Sesuatu masalah disiplin bukan sahaja disebabkan oleh murid tetapi juga mungkin
disebabkan oleh guru. Apabila sesorang guru menjalankan strategi yang silap atau
tidak sesuai yang mengakibatkan gangguan terhadap pembelajaran orang lain,
beliau sebenarnya merupakan masalah disiplin. Ini adalah benar bagi prosidur yang
tidak sesuai atau ketika masa keraguan, pengumuman umum dan polisi sekolah yang
mengganggu pengajaran dan/atau proses pembelajaran.

7. Penyebab Salahlaku (Causes of misbehaviour) :


Penyebab utama salahlaku didalam bilik darjah adalah :

(i) kebosanan (boredoom) – kegagalan dalam menyampaikan aktiviti bilik darjah

yang menarik; menetapi masa; mencabar dan relevan

(ii) keupayaan menjalankan tugasan yang diberikan guru - yang disebabkan kerana

mungkin ianya terlalu sukar; dinyatakan dalam bahasa yang tidak sesuai atau

tidak jelas arahan yang diberikan

(iii) usaha yang terlalu panjang yang sukar dikekalkan dalam sesuatu masa yang

panjang

(iv) organisasi guru yang lemah - alat visual tidak berfungsi atau terlalu banyak

gangguan ketika perjalan pengajaran

(v) kekeliruan terhadap kemahuan guru - guru gagal memaklumkan dengan jelas

mengenai perlakuan yang diinginkan

(vi) interaksi sosial atau rakan - perbualan atau sikap berlebihan yang membawa

sehingga luar bilik darjah, tempat permainana atau luar sekolah

(vi) tahap akademik yang rendah - kurang keyakinan terhadap diri sendiri kerana

pernah menghadapi kegagalan

8. Strategi praktikal bagi memenangi salahlaku (Kyriacou, 1991):

Cara Mengelak Salahlaku (Ways of preventing misbehaviour )


- pantau (scan) bilik darjah (perhatikan jika ada murid yang
menghadapi masalah dan beri sokongan) dan pastikan mereka
meneruskan tugasan dengan segera. Perhubungan individu adalah
lebih efektif daripada memanggil mereka dari jauh

- rondaan (circulate) (buat rondaan didalam kelas dan bertanyalah

mengenai kemajuan yang memungkinkan pembongkaran masalah yang


tidak kelihatan

- adakan pertemuan mata (make eye contact) ( lakukan kepada semua


ketika didalam kelas)

- ajukan soalan-soalan anda (mengajukan soalan-soalan didalam kelas


membolehkan semua pelajar terlibat)

- guna kaedah pendekatan (use proximity) ( bergerak menuju kepada


murid yang sedang berbual menunjukkan kesedaran mengenai
tingkahlaku mereka. Berdiri disamping murid akan memastikan
mereka menjalankan tugasan )

- berikan bantuan akademik (akan menyemarakkan semangat murid


dengan tugasan yang diberikan dan merupakan salah satu cara
mengelak salahlaku)

- tukar aktiviti atau kelajuan (change activities or pace) (kadang-


kadang pengajaran berjalan terlalu perlahan atau terlalu laju , jadi
dengan menukar gear dan cara boleh memberi kesan krusial bagi
memastikan penglibatan murid)

- perhatikan salahlaku (notice misbehaviour) (gunakan kaedah eye-


contact, kaedah ekspresi muka dan rihat seketika untuk memberi
isyarat tidak bersetuju, jadi hanya akan berlaku gangguan seketika.
Mengabaikan insiden kecil boleh membawa kepada salahlaku yang
lebih serius. )

- perhatikan perlakuan biadap (Notice disrespect) (perlakuan biadap


terhadap anda, seorang guru harus merasai keadaan jika tidak
ianya akan menunjukkan tahap salahlaku yang dipohon dari murid)

- pergerakan murid (move students) (jika perlu, asingkan murid


bermasaalah sambil memaklumkan bahawa tindakan tersebut adalah
untuk kebaikan mereka sendiri)

Keberkesan Penangguhan Tindakan

(The effective use of reprimands):

- Sasaran Tepat (Correct targeting) (adalah penting untuk


mengenalpasti dengan tepat murid yang bertangungjawab dalam
permasaalahan)

- Ketegasan (Firmness) (gunakan nada yang jelas dan tegas.


Elakkan rayuan atau kelembutan sebaik saja tindakan diambil)

- Nyatakan perhatian ( Express concern) (tindakan haruslah


bertujuan menyampaikan hasrat anda mengenai kesan dan
penglibatan murid lain yang terjejas)

- Elakkan Amarah (Avoid anger) (jangan hilang kesabaran, walau


apa pun provokasi. Bertuturlah dengan tenang, jangan aggresif dan
jangan masuk perangkap penipuan)

- Jelaskan keperluan (Emphasise what is required) (Tekankan apa


yan sepatutnya murid lakukan selain dari asyik dengan pernyataan
salahlaku. Eg. “Anda mungkin boleh bercakap perlahan-lahan dengan
rakan anda” daripada “Hello! Hello! Terlalu banyak gangguan
bunyian didalam kelas ini"

Kegunaan Hukuman

(The use of punishments: When reprimands do not work)

- fokus kepada salah perlakuan (elakkan hukuman secara personal


supaya murid faham mengapa tindakan perlu diambil )

- adakan turutan selepas kejadian (hukuman akan lebih berkesan


jika salahlaku dikesan )

- hendaklah konsisten (be consistent) (murid mempunyai setuhan


keluhan yang kuat mengenai kepelbagaian tindakan samada secara
individu maupun diantara keadaan)

- sesuaikan dengan keadaan (fit the crime) (skala hukuman


hendaklah menunjukkan kesesuaian dengan kesalahan dan kehendak
sekolah;

- jalinkan hubungan semula (be followed by reconciliation) (selepas


hukuman dijalankan, cuba jalinkan hubungan positif dengan murid)

9. Contoh perancangan disiplin bilik darjah

( Example of a classroom discipline plan: )

Peraturan (Rules)

- Ikuti arahan guru (Follow teacher directions first time )

– Awasi tangan, kaki dan barang berbahaya

– Bersikap tertib dan ramah

– Berusaha bijak

Ganjaran (Rewards)

– Pujian (Praise )

– Bersikap baik (Good behaviour )

– Surat Penghargaan (Positive letter home)

Pembetulan (Corrections)

– Amaran (Warning )

– 2 minit berjauhan (2 minutes away from the group)


– 10 minit berjauhan (10 minutes away from the group)

– Pengasingan (Detention)

– Berjumpa Guru Disiplin/PK/Guru Besar (Interview with Disciplinary


Master/ Senior Assistant/Principal)

– Memanggil Penjaga (Parents called in )

Ujian/Latihan

1. Gaya Pengurusan Anda

| Pelajar | Penilaian Kursus | Pelaksanaan Kerja Kursus | Kurikulum | KBSR | Bilik Darjah | Kembali |

You might also like