You are on page 1of 1

Perbincangan :

Inklusi SDM adalah mana-mana bahan atau stuktur intraselular kecil yang terdapat di
dalam sel. Ia berfungsi sebagai pengenalpastian terhadap sesuatu penyakit. Jenis-jenis bahan
inklusi ialah basophilic stippling, cabot rings, howell-jolly bodies, pappenheimer bodies,
Heinz bodies, Kristal haemoglobin C, dan ringed sideroblast.

Basophilic stippling berbentuk kecil, bulat,bergranul biru tua dan tersebar rata di
dalam sel. Dikaitkan dengan punctuate stippling. Stippling bermaksud granul yang terdiri
daripada ribosom dan RNA yang termendap ketika pewarnaan FDN. Secara klinikalnya ia
boleh menyebabkan gangguan eritropoiesis bermaksud sama ada sintesis heme yang tidak
sempurna atau dipercepatkan. Selain itu keracunan plumbum dan anemia yang parah atau
serius atau severe anemia.

Cobot rings pula berbentuk cincin, gelang atau nombor 8. Ia berwarna merah atau
ungu kemerahan. Cobot rings tiada stuktur dalaman dan ia terdiri daripada lebihan
mikrotubul hasil pembentukan gentian gelendung. Secara klinikalnya pula ia menyebabkan
keracunan plumbum dan boleh didapati dalam pernicious anemia yang berlaku di lapisan
mukosa pada bahagian perut. Selain itu juga ia menyebabkan anemia megaloblastik.

Howell-jolly bodies berbentuk bulat dan bersolid staining. Ia berwarna biru tua atau
ungu. Howell-jolly bodies berukuran 1-2 μm dan terdiri daripada lebihan atau sisa-sisa DNA.
Jika hadir, sel mengandungi 1 atau 2 Howell-jolly bodies. Selalunya dijumpai pada eritrosit
yang tiada nucleus ia juga boleh didapati pada eritrosit yang belum matang dan eritrosit yang
mempunyai nucleus. Howell-jolly bodies tidak dijumpai pada eritrosit normal. Howell-jolly
bodies terjadi akibat eritropoiesis abnormal atau yang terlalu cepat menyebabkan limpa tidak
dapat menyingkirkan bahan ini daripada sel dan boleh didapati pada anemia hemolitik,
pernicious anemia dan terutamanya selepas spleneotomy, fisiologi atrofi limpa.

Pappenheimer bodies pula berbintik ungu. Ia biasa terdapat dalam filem darah
peripheral dan untuk granul siderotic ia partikel warna gelap ferum didapati dengan
menggunakan pewarnaan khas besi atau ferum (Prussian Blue). Pappenheimer bodies
merupakan kumpulan mitokondria, ribosom dan partikel Ferum. Pappenheimer bodies boleh
didapati pada iron-loading anemia, hyposplenism, dan anemia hemolitik.

Hienz bodies bersaiz 0.2 – 0.3 μm. Ia boleh dilihat dengan pewarnaan Crystal Violet
atau Brilliant Cresyl Blue. Ia bewarna ungu tua dan berhampiran sebelah dalam membrane.
Ini disebabkan perubahan drastik dan dinaturasi haemoglobin berikutan kecederaan oksidatif.
Ia berkaitan dengan klinikal seperti anemia hemolitik congenital (sejak lahir), difisiensi
G6PD, anemia hemolitik disebabkan dadah Phenacetin dan haemoglobinopathies.

Kesimpulan :

Kesimpulannya, kami dapat membezakan keabnormalan SDM, inklusi SDM,


signifikannya serta dapat mengkaji morfologi bahan inklusi SDM.

You might also like