You are on page 1of 9

AZIMAT MATEMATIK Friday, September 27, 2013

1.0 PENGENALAN

Rancangan pengajaran atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan

mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu: A : Analisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri umum pelajar

seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan. S : Menyatakan Objektif (State Objective) : Pernyataan objektif

prestasi dalam merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran. S : Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and

Materials) : Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran. U : Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials):

Guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaannya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.

AZIMAT MATEMATIK Friday, September 27, 2013


R : Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation):

Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklum balas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan. E : Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu

dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil

pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

AZIMAT MATEMATIK Friday, September 27, 2013


2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang dibuat berpandukan setiap langkah yang dinyatakan model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan harian selama 60 minit untuk kelas Empat Hebat yang memiliki seramai 30 orang murid.

2.1

Analisis Pelajar (Analyze Learners) Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku. Perhatian

dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :-

2.1.1

Ciri-ciri umum pelajar Tajuk Pembelajaran Bahasa Melayu Empat Hebat adalah Keluarga Saya yang

diambil dari Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat. Pelajar berusia 10 tahun. Bilangan pelajar adalah 30 orang iaitu 15 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Pelajar-pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Kebanyakkan mereka anak kepada penduduk kampong yang menjalankan kerja sebagai petani, pekebun dan bekerja sendiri. Semua murid berbangsa Melayu dan beragama Islam. Mereka ini sudah terdedah kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu mereka memerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik dan mencabar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1.2

Pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid. Guru juga perlu melihat pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar selain

daripada melihat ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas yang terdapat pada pelajar merujuk kepada aras kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentupenentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat ditangkap dan diahami oleh pelajar. Di sini murid-murid sememangnya telah biasa

AZIMAT MATEMATIK Friday, September 27, 2013


dengan kehidupan berkeluarga. Mereka mengenal dan menyayangi ahli keluarga mereka.

2.1.3

Stail/Gaya Pembelajaran. Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya pembelajaran.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan kinestetik ataupun pergerakkan murid. Maka guru akan menentukan kaedah pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya mendapati muridmurid saya lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.

2.2

Menyatakan Objektif (State Objectives) Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru ke arah

pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan kebolehan serta minat murid. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience) peringkat boleh diukur (Behaviour), keadaan/kategori (Conditions) dan prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif. Sebagai contoh:Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Kognitif Murid dapat membina dan menulis sekurang-kurangnya lima ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar dan tajuk. 2. Afektif Murid menunjukkan riak muka yang tersenyum semasa menonton video yang dipaparkan. Selain itu, mereka juga kelihatan seronok dan teruja untuk mengangkat tangan semasa memberikan jawapan dalam sesi bersoal jawab. Murid juga berpuas hati apabila diberi pujian dan pengukuhan.

3. Psikomotor Murid bangun dan menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan.

AZIMAT MATEMATIK Friday, September 27, 2013


2.3. Memilih teknologi, kaedah, media dan bahan yang sesuai (Select Technology,

Strategies, Media and Materials.

2.3.1. Menentukan jenis teknologi yang sesuai. Pemilihan penggunaan teknologi seharusnya berdasarkan kepada ciri-ciri murid dan gaya pembelajaran murid. Pada masa yang sama juga, guru perlu memikirkan kemudah capaian bahan/resos yang hendak digunakan. Kriteria kefleksibelan teknologi perlu dipertimbangkan berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan. Penggunaan teknologi komputer sesuai diaplikasikan untuk aktiviti projek, pembentangan, simulasi dan sebagainya. 2.3.2. Memilih kaedah. 1. Bercerita Kaedah bercerita dipilih kerana sesuai dengan usianya yang suka mendengar cerita dan dapat menarik perhatian mereka terhadap aktiviti disamping murid dapat menggunakan bahasa yang betul, sebutan, intonasi serta gaya yang betul. 2. Perbincangan Aktiviti perbincangan dapat dijalankan bagi matlamat perkembangan diri, pengetahuan, kemahiran serta perhubungan sosial pelajar. Melalui aktiviti ini para pelajar dapat mempertajamkan pemikiran mereka serta dapat melatih kepetahan mereka untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. 3. Bersoal jawab Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam kaedah pengajaran. Kaedah bersoal jawab digunakan dalam perancangan pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan mudah dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan tujuan untuk mengesan pengetahuan pelajar dan menggalakkan pelajar berfikir.

2.3.3. Memilih Media Tayang gerak Tayangan Video Penggunaan video mampu merangsang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar dan ini dapat menarik minat para pelajar.

AZIMAT MATEMATIK Friday, September 27, 2013


Microsoft Powerpoint Penggunaan slide power point dapat membantu guru dalam memberi penerangan dengan lebih jelas dan membantu pemahaman para pelajar dengan lebih mudah. Bukan tayang Audio Audio digunakan untuk menarik perhatian dan dapat memberi fahaman yang jelas. Audio digunakan dalam bercerita yang diperdengarkan agar murid dapat menyebut dan menggunakan intonasi yang jelas dan tepat.

2.3.4. Memilih Bahan : 1. Lembaran kerja Lembaran kerja dibina dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word. Penggunaan Microsoft ini mudah dan sesuai bagi membina soalan-soalan untuk diedarkan kepada murid. 2. Foto keluarga Penggunaan foto keluarga ini dapat membantu murid mengenal pasti dengan lebih tepat mengenai ahli-ahli dalam keluarga.

2.4.

Penggunaan Media, Bahan, dan Kaedah. (Utilize Media, Materials, and Methods)

2.4.1. Semak / pratonton / kaji sumber bahan sebelum digunakan: Guru menonton video lagu, mendengar rakaman audio dan menyemak bahan sumber yang lain sebelum digunakan di dalam kelas. Selain itu, guru juga memastikan bahan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik/ 2.4.2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas : 1. Video Dalam menghasilkan video ini, perisian yang digunakan ialah evio soft video converter dan window movie maker. Guru menayangkan video semasa set induksi untuk membantu murid memahami gambaran sepenuhnya mengenai hubungan kekeluargaan dalam sebuah keluarga. 2. Powerpoint

AZIMAT MATEMATIK Friday, September 27, 2013


Penghasilan Power Point ini melibatkan perisian Microsoft Power Point dan Adobe Photoshop, serta melibatkan proses pengeditan grafik. Guru

menggunakan persembahan elektronik ini sebagai bahan tambahan ketika menerangkan kepada murid tentang aktiviti dalam keluarga. Penghasilan audio ini melibatkan perisian Real Media . Ia melibatkan proses menghasilkan skrip dan merakam suara. Audio ini digunakan sebagai aktiviti mendengar cerita. 3. Lembaran kerja Lembaran kerja dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word. Lembaran ini digunakan sebagai pengukuhan di mana murid perlu membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berpandukan gambar yang diberi. 2.4.3. Sediakan persekitaran yang sesuai : Guru memastikan LCD dan komputer riba berfungsi dengan baik. Sekiranya tidak, guru menggunakan makmal komputer atau bilik tayang. Guru juga menyusun atur kedudukan meja murid dalam bentuk berkumpulan bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang

2.4.4. Sediakan murid untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber : Penggunaan gambar di dalam set induksi merangsang murid untuk berfikir hubungan ahli keluarga dan membantu menarik minat murid terhadap aktiviti pembelajaran seterusnya.

2.4.5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi murid. Guru menggunakan alat bantu mengajar yang dapat membantu murid memahami isi pengajaran dan menggalakkan murid berfikir. Penggunaan gambar keluarga dapat membantu murid dalam mengenal ahli keluarga. 2.5 Penglibatan Aktif Murid/ Require Learner Participation

2.5.1. Set induksi (5 minit) Murid dan guru bersoal-jawab mengenai tayangan video tersebut di samping guru menunjukkan foto keluarga.

AZIMAT MATEMATIK Friday, September 27, 2013


2.5.3. Langkah 1 (10 minit) Murid mendengar rakaman audio tentang cerita dengan menggunakan slaid powerpoint.Beberapa orang murid dipilih untuk bercerita dengan menggunakan perkataan sendiri mengikut nada dan gaya yang sesuai. Murid dan guru bersoal jawab mengenai cerita tersebut. 2.5.4. Langkah 2 (15 minit) Murid dikehendaki menonton tayangan video tentang aktiviti keluarga yang menarik dan kreatif. Tayangan video ini membantu murid untuk memahami teks dengan lebih jelas. Murid membaca kuat teks yang ditayangkan melalui slaid power point dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya murid berbincang mengenai isi teks tersebut. Murid juga menjawab soalan pemahaman di power point secara lisan. Pembelajaran secara interaktif digunakan semasa menggunakan persembahan power point. 2.5.5. Langkah 3 (15 minit) Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B, dan C. Setiap kumpulan dipecahkan kepada dua kumpulan kecil dan terdiri daripada 5 murid. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kad manila dan pen marker. Murid dikehendaki menonton tayangan video tentang aktiviti keluarga yang menarik dan kreatif. Tayangan video ini membantu murid mengembangkan idea mereka untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk. Murid berbincang dalam kumpulan bagi menjalankan akiviti di mana murid dikehendaki membina dan menulis ayat tunggal dan majmuk berdasarkan video aktiviti keluarga. Seterusnya wakil murid membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.

2.5.6. Langkah 4 (10 minit) Murid diberikan lembaran kerja dalam aktiviti pengayaan dan pemulihan. Kumpulan A, dan B, membina dan menulis lima ayat tunggal dan ayat majmuk berpandukan gambar. Manakala Kumpulan C pula membina dan menulis lima ayat tunggal dengan menggunakan perkataan dan frasa yang diberi

berpandukan gambar.

AZIMAT MATEMATIK Friday, September 27, 2013


2.5.7. Penutup (5 minit) Murid menyanyikan lagu Keluarga Saya menggunakan tayangan video yang dipaparkan. 2.6. Menilai dan Menyemak (Evaluate and Revise)

2.6.1. Penilaian pelajar Lembaran kerja, pemerhatian terhadap aktiviti perbincangan

2.6.2. Penilaian media Guru bertanya kepada murid mengenai pemahaman mereka terhadap media yang digunakan. Guru juga bertanya kepada murid sama ada audio dan video dapat didengar dengan jelas atau tidak. 2.6.3. Penilaian guru Pemerhatian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran. Guru mengedarkan borang penilaian guru kepada murid bagi mengetahui keberkesanan pengajaran.