Azimat Matematik. Penilaian Model Assure

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

Soalan 2 Berdasarkan media pengajaran yang anda telah gunakan buat penilaian dari segi sokongan pencapaian objektif, penggunaan (Utlize) media pengajaran oleh guru, penglibatan murid dan tahap keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sokongan pencapaian objektif Menyatakan objektif merupakan suatu penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan oleh murid setelah mengikuti sesuatu pengajaran. Penyataan objektif ini penting bagi guru dalam merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan langkah dan bahan pengajaran yang ingin digunakan bagi menjangka dan mengenal pasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh murid selepas mengikuti pelajaran. Selain dari itu, ia juga dapat menentukan aktiviti dan tugasan yang sesuai untuk murid serta memudahkan guru menilai pencapaian murid melalui aktiviti susulan dan latihan yang diberikan. Dalam menentukan objektif, guru seharusnya menyatakan dengan jelas dalam rancangannya. Objektif mestilah tepat dan selari dengan tajuk yang hendak disampaikan dan disusun mengikut kebolehan, minat, nilai, sikap dan kemampuan murid dengan dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah dan yang penting harus berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Objektif mata pelajaran Dalam Rancangan Pengajaran yang dibina, objektif difokuskan kepada

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru dipelajari oleh murid daripada pengajaran yang dijalankan. Pengetahuan bermaksud mengingat kembali perkara-perkara khusus, kaedah, universal, proses dan juga struktur. Pengetahuan mengenai perkara-perkara khusus, iaitu termasuk terminologi seperti simbol, lisan dan pengetahuan fakta seperti mengetahui kejadian yang sebenar. Aspek pengetahuan juga ada kaitannya dengan cara mengkritik, mempertimbangkan , mengkaji dan mengolah. Dalam situasi begini murid-murid seharusnya berkemampuan untuk memehami peraturan, urutan sesuatu peristiwa, mengklasifikasikan , menyusun kreteria dan mempunyai pengetahuan dalam kaedah metodologi.

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

Di samping itu, objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru ke arah pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan kebolehan serta minat murid. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience) peringkat boleh diukur (Behaviour), keadaan/kategori (Conditions) dan prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif. Sebagai contoh:Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Kognitif Murid dapat membina dan menulis sekurang-kurangnya lima ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar dan tajuk. 2. Afektif Murid menunjukkan riak muka yang tersenyum semasa menonton video yang dipaparkan. Selain itu, mereka juga kelihatan seronok dan teruja untuk mengangkat tangan semasa memberikan jawapan dalam sesi bersoal jawab. Murid juga berpuas hati apabila diberi pujian dan pengukuhan.

3. Psikomotor Murid bangun dan menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan. 4. Nilai Murni Nilai murni yang dapat diterapkan dalam keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah sikap hormat menghormati dan bekerjasama antara guru dan rakan sebaya. Pencapaian objektif ini boleh dilihat melalui interaksi murid semasa perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan hasil perbincangan dalam langkah ke tiga. Sikap ini juga dapat diperhatikan melalui kaedah bersoal jawab di antara guru dengan murid. Selain dari itu, murid juga dapat menghargai kepentingan hidup berkeluarga dan murid mensyukuri anugerah dan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada ahli keluarga.

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

Penggunaan Media, Bahan, dan Kaedah. (Utilize Media, Materials, and Methods)

Media dan sumber pengajaran adalah merujuk kepada bahan pengajaran seperti alat bantu mengajar dalam suatu pengajaran, bahan rujukan seperti sukatan pelajaran dan juga bahan pembelajaran seperti buku teks termasuk buku-buku kerja yang berkaitan. Bahan-bahan ini perlulah digunakan sesuai dengan objektif dan tajuk bagi menarik minat murid untuk belajar dan menguasai pelajaran dengan sepenuhnya dalam sesuatu masa. Guru haruslah kreatif untuk mencipta atau memilih alat-alat dan bahan pengajaran dan menyampaikannya dengan kaedah yang difikirkan sesuai dengan tajuk yang hendak diajar. Penggunaan alat mengajar yang lama atau telah lapuk dan tidak mempunyai fungsi yang nyata ditambah dengan kaedah penyampaian yang primitif akan menjemukan murid. Jelas di sini bahawa kaedah, media dan pemilihan bahan yang sesuai dapat mempengaruhi suatu pengajaran berdasarkan kreteria yang perlu difikirkan.

Kaedah atau teknik yang dibina atau dipilih perlulah menimbulkan suasana yang menyeronokkan dan mengandungi unsur-unsur yang menghiburkan seperti nyanyian lagu “Sayang Semuanya” dalam sesi penutup dan bercerita dalam langkah satu. Muridmurid yang berada di dalam alam kanak-kanak cenderung kepada hiburan dan ini akan memudahkan guru menarik minat mereka mengikuti pelajaran. Proses membuka minda murid ini disusuli dengan teknik soal jawab untuk menguji kesediaan murid untuk mengikuti pelajaran yang akan disampaikan.

Selain mengandungi unsur-unsur yang menghiburkan, bahan tersebut perlulah menarik minat dan dapat mencetuskan motivasi murid di mana ia memudahkan mereka memahami isi pelajaran mengikut susunan yang telah guru rancangkan. Bahan yang digunakan seharusnya perlu mempunyai teknikal kualiti yang baik pada gambar dan suara. Kualiti gambar adalah jelas atau tidak kabur dan menggunakan warna yang menarik sesuai dengan tahap murid yang berada pada Tahun 4. Suara dan bunyi juga mesti terang dan nyata sebutannya supaya tidak menjejaskan tumpuan murid untuk meneruskan pelajarannya. Selain daripada kriteria di atas, pemilihan media pengajaran mestilah berdasarkan pada umur dan tahap pelajar. Bagi pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat di dalam tajuk “Keluarga Saya”, pelajar-pelajar terdiri daripada kanak-

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

kanak yang memerlukan penerangan yang jelas dan tidak mengelirukan sewaktu penggunaan alat media dalam pengajaran dan pembelajaran. Semak / pratonton / kaji sumber bahan sebelum digunakan:

Sebelum penggunaan bahan yang dipilih atau dibina, guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. Bahanbahan tersebut perlu dikendalikan dengan baik oleh guru pada setiap tahap

penyampaian isi pelajaran dan langkah. Ini kerana ia akan memberi kesan yang positif atau sebaliknya kepada pembelajaran. Guru mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media pengajaran. Sebagai contoh, penggunaan komputer, LCD, OHP, papan layar, klip video aktiviti keluarga mesti dikendali dengan baik supaya pelajar dapat memahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Perkara ini perlu dilaksanakan terutamanya jika bahan yang dipilih melibatkan dengan teknologiteknologi terkini yang memerlukan latihan untuk mengendalikannya. Selain dari itu, keperluan bilik yang akan digunakan juga perlu diambil perhatian seperti keamatan cahaya, punca kuasa dan sebagainya. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas :

Dalam menghasilkan video ini, perisian yang digunakan ialah evio soft video converter dan window movie maker. Guru menayangkan video semasa set induksi untuk membantu murid memahami gambaran sepenuhnya mengenai hubungan kekeluargaan dalam sebuah keluarga.

Penghasilan Power Point ini melibatkan perisian Microsoft Power Point dan Adobe Photoshop, serta melibatkan proses pengeditan grafik. Guru menggunakan persembahan elektronik ini sebagai bahan tambahan ketika menerangkan kepada murid tentang aktiviti dalam keluarga. Penghasilan audio ini melibatkan perisian Real Media . Ia melibatkan proses menghasilkan skrip dan merakam suara. Audio ini digunakan sebagai aktiviti mendengar cerita.

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

Lembaran kerja dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word. Lembaran ini digunakan sebagai pengukuhan di mana murid perlu membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berpandukan gambar yang diberi. Sediakan persekitaran yang sesuai :

Guru memastikan LCD dan komputer riba berfungsi dengan baik. Sekiranya tidak, guru menggunakan makmal komputer atau bilik tayang. Guru juga menyusun atur kedudukan meja murid dalam bentuk berkumpulan bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang Sediakan murid untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber :

Penggunaan gambar di dalam set induksi merangsang murid untuk berfikir hubungan ahli keluarga dan membantu menarik minat murid terhadap aktiviti pembelajaran seterusnya.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi murid.

Guru menggunakan alat bantu mengajar yang dapat membantu murid memahami isi pengajaran dan menggalakkan murid berfikir. Penggunaan gambar keluarga dapat membantu murid dalam mengenal ahli keluarga.

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

Penglibatan Aktif Murid/ Require Learner Participation

Menurut Wan Abdul Kadir (2005) bagi memastikan proses pembelajaran berlaku, murid perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan,

perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan menggunakan berbagai teknik pengajaran. Kaedah sumbangsaran boleh digunakan untuk melibatkan murid dalam proses pengajaran seperti dalam set induksi seterusnya langkah pertama ke dua dan ke tiga. Set induksi (5 minit)

Murid dan guru bersoal-jawab mengenai tayangan video tersebut di samping guru menunjukkan foto keluarga. Langkah 1 (10 minit)

Murid mendengar rakaman audio tentang cerita dengan menggunakan slaid powerpoint.Beberapa orang murid dipilih untuk bercerita dengan menggunakan perkataan sendiri mengikut nada dan gaya yang sesuai. Murid dan guru bersoal jawab mengenai cerita tersebut.

Langkah 2 (15 minit)

Murid dikehendaki menonton tayangan video tentang aktiviti keluarga yang menarik dan kreatif. Tayangan video ini membantu murid untuk memahami teks dengan lebih jelas. Murid membaca kuat teks yang ditayangkan melalui slaid power point dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya murid berbincang mengenai isi teks tersebut. Murid juga menjawab soalan pemahaman di power point secara lisan. Pembelajaran secara interaktif digunakan semasa menggunakan persembahan power point.

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

Langkah 3 (15 minit)

Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B, dan C. Setiap kumpulan dipecahkan kepada dua kumpulan kecil dan terdiri daripada 5 murid. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kad manila dan pen marker. Murid dikehendaki menonton tayangan video tentang aktiviti keluarga yang menarik dan kreatif. Tayangan video ini membantu murid mengembangkan idea mereka untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk. Murid berbincang dalam kumpulan bagi menjalankan akiviti di mana murid dikehendaki membina dan menulis ayat tunggal dan majmuk berdasarkan video aktiviti keluarga. Seterusnya wakil murid membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. Langkah 4 (10 minit)

Murid diberikan lembaran kerja dalam aktiviti pengayaan dan pemulihan. Kumpulan A, dan B, membina dan menulis lima ayat tunggal dan ayat majmuk berpandukan gambar. Manakala Kumpulan C pula membina dan menulis lima ayat tunggal dengan menggunakan perkataan dan frasa yang diberi berpandukan gambar. Penutup (5 minit) Murid menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” menggunakan tayangan video yang dipaparkan. Kesimpulannya, sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar melakukan aktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti Teori Behavioris dan juga Teori Kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, soal jawab, latih tubi, latihan bertulis, aktiviti kumpulan, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

KESIMPULAN

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuh minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu

dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian, Model Reka Bentuk Instruksional ASSURE boleh digunakan untuk membantu guru

merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan disamping mewujudkan keyakinan,

kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik.

Dalam Model Reka Bentuk ASSURE ini, Analisis Pelajar sangat perlu jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran mereka sama ada dari kalangan pelajar auditori, visual atau kinestatik. Objektif pengajaran pula perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari dan ia merupakan tahap minimum yang perlu dicapai oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Selain dari itu, kaedah pengajaran yang digunakan haruslah sesuai dan dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pengajaran dan kumpulan sasaran atau pelajar kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza sama ada secara kelas, berkumpulan atau individu. Pemilihan media pula harus bersesuaian dengan kaedah yang dipilih dan keperluan penggunaanya dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media sedia ada, mengubah suai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Selain dari itu, pelajar juga harus dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, bersoal jawab dan aktiviti kumpulan untuk memastikan proses pembelajaran berlaku secara tersusun. Bagi melihat keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran yang melibatkan aspek pencapaian pelajar dan pembelajaran

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

yang dihasilkan seterusnya digunakan.

keberkesanan media dan kaedah pengajaran yang

Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

REFLEKSI
Saya, …………………………….. ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan Tugasan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU 3105) ini terutamanya pensyarah saya, En. Saya telah diberikan tugasan projek ini pada bulan 7 Mac …….. Saya telah memulakan tugasan ini mengikut perancangan yang saya tetapkan. Saya memulakan pencarian maklumat mengenai Model Reka Bentuk Pengajaran ASSURE. Saya turut menghasilkan satu rancangan pengajaran bagi topic mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat dengan melibatkan murid-murid dan penggunaan media pengajaran yang sesuai berdasarkan Model ASSURE. Selain itu, saya juga menyediakan huraian rancangan pengajaran berdasarkan model tersebut secara terancang. Oleh demikian, saya juga membuat penilaian sokongan pencapaian objektif, penggunaan media pengajaran oleh guru, penglibatan murid dan tahap keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada mulanya, saya kurang memahami kehendak tugasan ini kerana tidak mendapat gambaran yang jelas tentang penyediaan tugasan. Namun, atas penerangan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing, Encik .................................., saya lebih memahami dengan lebih jelas lagi kehendak tugasan ini. Bagi saya, salah satu aspek yang sangat penting dalam penyediaan sesuatu kerja kursus ialah pemerolehan ilmu dan sanggup mengakses internet untuk mencari bahan. Ini kerana dengan melakukan rujukan untuk menghasilkan sesuatu kerja kursus akan menjadikan kerja kursus itu lebih berkualiti disamping dapat memberikan lebih kefahaman dan input tambahan kepada saya. Oleh itu, pelbagai bahan perlu dirujuk untuk melaksanakan tugasan ini. Melalui beberapa bahan dan sumber yang telah saya rujuk dapatlah saya menghasilkan kerja kursus ini disamping memperoleh ilmu dan pengalaman yang bermanfaat bagi diri saya. Saya berharap saya dapat

mengaplikasikan ilmu dan input baharu yang saya perolehi semasa sesi pengajaran. Moga-moga dengannya juga dapat menjadikan saya guru yang berkemahiran dalam bidangnya dan mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid. Sejajar dengan tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang telah saya terima dan saya dapat selesaikan mengikut kajian yang saya jalankan. Saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

model reka bentuk pengajaran ASSURE. Antaranya, sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru perlu terlebih dahulu menganalisis murid-muridnya. Perkara inilah yang sering terlupa atau terabaikan oleh guru-guru disekolah pada masa sekarang. Langkah menganalisis pelajar adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui tahap keupayaan seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada diri murid tersebut. Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang pendekatan, strategi dan teknik pengajaran yang lebih berkesan kepada para muridnya agar tiada seorang pun daripada mereka yang tercicir daripada mendapat input. Selain daripada itu, saya juga beroleh sedikit pengetahuan mengenai kepentingan penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajran. Model reka bentuk pengajran ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan sumber dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan, menambah minat murid dan mereka tidak merasa bosan. Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat penting dieksplotasikan oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya sama ada di dalam atau di luar kelas. Bagi saya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik. Diharapkan agar saya dapat mempraktikkan penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE di sekolah. Sebagai

kesimpulannya, setiap guru perlulah mengguna dan mempraktikkan model reka bentuk pengajaran ASSURE apabila mengajar di kelas. Kesimpulannya, pelbagai pengalaman telah saya lalui sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini telah banyak mengajar saya nilai kesabaran. Saya bersyukur kerana dengan berkat kesabaran, saya telah dapat menyiapkan tugasan ini pada tarikh yang sepatutnya. Kerjasama yang jitu daripada pensyarah penasihat dan teman-teman seperjuangan membuatkan perjalanan penghasilan kerja kursus ini berjalan dengan lancar lagi tersusun. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya pensyarah saya, Encik Aminudin bin Abd. Rahman, para rakan sekelas dan ahli keluarga yang saya sayangi. Terima kasih saya rakamkan khas untuk Encik ………………………………… dan warga pendidik yang mengikuti Kursus Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

BIBLIOGRAFI

1. Abd Wahab Ibrahim.(1994). PULSAR Modul 5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Azwan bin Abidin & Rozita bt Nawi.(2002)E-Learning:penerokaan media pembelajaran terkini. Atas talian.http:www.elearning.unimas.my/Articles /archives /000002.html. 30 Julai 2005. 3. Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 4. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2002). Macromedia Authorware 6 Asas Pembangunan Aplikasi Multimedia Interaktif Siri 1. Kuala Lumpur. Venton Publishing (M) Sdn Bhd. 5. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2002). Macromedia Authorware 6 Pengenalan Kepada Fungsi dan Pembolehubah Siri 2. Kuala Lumpur. Venton Publishing (M) Sdn Bhd. 6. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2002). Macromedia Authorware 6 Projek Interaktif Aras Tinggi Siri 3. Kuala Lumpur. Venton Publishing (M) Sdn Bhd. 7. Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). (1997). The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint, Kuala Lumpur. Ministry of Education. 8. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1992). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bab 12. 9. Som Hj. Nor & Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfifkir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kuala Lumpur. Longman Malaysia Sdn. Bhd. 10. Wan Abd Kadir Wan Ahmad, Ramlah Hamzah, Rosini Abu (2005). Prinsip teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur. OUM 11. Yusuf Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd. 12. Zakaria Kasa & Aida Suraya Md. Yunus (2001). Modul Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Serdang. IDEAL 13. Modul EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2013)

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

TUGASAN PROJEK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN JUN 2O11

NAMA PELAJAR ………………………………………….

NOMBOR MATRIK IPG……………………………………..

NOMBOR KAD PENGENALAN .........................................................

KUMPULAN/UNIT PPG/BM1

KOD/MATA PELAJARAN EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA PENSYARAH ..................................................................................

TARIKH SERAHAN 06 APRIL 2013

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan Tugasan Projek Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU 3105) tanpa mengalami sebarang masalah yang serius dan dapat menyerahkannya pada tarikh yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan buat Encik ……………………….. selaku pensyarah mata pelajaran Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang telah banyak memberi tunjuk ajar, pemahaman serta ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya. Segala dorongan dan tunjuk ajar yang telah tuan berikan kepada saya akan saya jadikan panduan dan pegangan dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Jasa dan sumbangan yang telah tuan berikan saya dahului dengan ucapan terima kasih dan tetap dikenang sepanjang hayat. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua ahli kelas BM1 yang telah memberi bantuan sama ada dari segi rujukan atau panduan. Tidak lupa juga kepada semua guru di sekolah yang turut menyumbang idea dan pendapat masing-masing kepada saya. Paling saya tidak lupa ialah sumbangan, sokongan serta dorongan daripada keluarga saya terutama suami dan anak-anak. Mereka telah memberi saya semangat serta kekuatan untuk menanam impian mencipta kejayaan kelak. Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah IPG….. terutamanya tutor saya Encik …………………………….. yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan tidak mampu untuk saya membalasnya, namun saya berazam untuk mengaplikasikan ilmu ini kepada generasi akan datang. Akhir sekali, tidak ketinggalan ucapan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa proses menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah SWT memberkatinya. Sekian, terima kasih.

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

HALAMAN PENGAKUAN

Bahawasanya saya mengakui segala tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dalam ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Nama : ………………………………………………………………… No. K/P : ………………………………………………….. No. Matrik : IPG……………………….. Tandatangan : ………………………………………

SEMOGA DIBERKATINYA Friday, September 27, 2013

ISI KANDUNGAN

HALAMAN PENGAKUAN

PENGHARGAAN

SOALAN TUGASAN

SENARAI KANDUNGAN

* * *

PENGENALAN MODEL ASSURE RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN EMPAT HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERPANDUKAN MODEL ASSURE

*

PENILAIAN SOKONGAN PENCAPAIAN OBJEKTIF, PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN OLEH GURU, PENGLIBATAN MURID DAN TAHAP KEBERKESANANNYA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

* * * *

KESIMPULAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.