PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 1.

0 PENGENALAN

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolahsekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahirankemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani. Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah (a) Merancang (b) Menyediakan bajet (c) Mengawal (d) Mengarah (e) Mengelola (f) Menyediakan jadual pertandingan (g) Membuat keputusan (h) Menilai

sosial. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan. 1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal.Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan.1. dan emosi. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor. persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. 1986) Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran . Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer. afektif. kognitif. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:(a) Persediaan profesional (b) Sikap profesional (c) Perkembangan profesional Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu.

Kurikulumpendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani. pembentukan nilai dan emosi.insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan. pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan. pendidikan sukan serta kesihatan. Kemahiran dan Kesukanan. (a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. emosi. sosial. . rohani dan intelektual. pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. fizikal. rekreasi. kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. sikap. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat. cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai. Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani.

1999) Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan.(b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah: (i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor (ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri (iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian (iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal (v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan (vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran. Objektif boleh tercapai dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan . Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu: “Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan” (Pusat Perkembangan Kurikulum. 1999) Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Pendidikan Jasmani.

Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani. emosi. jasmani. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru PJK (1988). (c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik Pengetua/Guru Besar ---->Penolong Kanan (Akademik ) ----> Ketua Panitia ---> Setiausaha ---->Ahli-ahli (Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani) (d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani (i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah (ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani (iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan (iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani (v) Menyediakan perancangan tahunan panitia (vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani (vii) Memeriksa buku latihan pelajar (viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia (ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia (x) Merancang latihan dalaman .dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor.

Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.00/seorang (selepas 100 0rang) (f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani .60/seorang 1370. Bil Murid ------------------> Peruntukan RM 300.00(minimum) Rm2.00(minimum) Rm1.00(minimum) Rm1. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan.00 RM Kurang daripada 100 Orang 101-250 Orang 300.(e) Perancangan Belanjawan Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik.80/seorang (selepas 100 0rang) 1001 Orang atau lebih RM 2420. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan.40/seorang (selepas 500 0rang) 751-1000 Orang RM 1970.80/seorang (selepas 100 0rang) 251-500 Orang (selepas 250 0rang) 501-750 Orang RM RM 720.00(minimum) Rm2.00(minimum) Rm2.

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barangbarang pendidikan jasmani. Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani (i) Ruang . guru-guru dan murid-murid. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. (vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan. (v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurangkurangnya sekali setahun. Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani (i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani. (iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru (iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan. (ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini.

Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun. (v) Siling . (iv) Tingkap Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah. alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. (iii) Lokasi Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. (ii) Rak Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.

yang sesuai. �� Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. . �� Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan. �� Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat. ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah: �� Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang. �� Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah. �� Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita. (vii) Keselamatan Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki. tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian (vi) Peredaran Udara Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.

kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani. (g) Penjagaan Peralatan Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani. (viii) Pintu Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah: . Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi. �� Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur �� Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah. pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. �� Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa. �� Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lainlain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.

1. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan. bola jaring dan lain-lain (iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki. kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas. Memandangkan kepentingan sukan kepada .(i) Duduk di atas bola (ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar. Sukan melibatkan perancangan. kemahiran motor dan strategi. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial. Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. baton dan lain-lain (iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain. Dengan kata lain sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan.2 Pengurusan Sukan Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa. Selain daripada meraih keuntungan dari aktiviti sukan. Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi dan bergembira.1. tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur pertandingan.

Dasar sukan digubal hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan. di Malaysia sukan sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandang serius oleh pemimpin masyarakat. Dasar Sukan Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari 1988. Dasar sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas. institusi pengajian tinggi. (a) Dasar Sukan Negara Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan. badanbadan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. masyarakat dan negara. (b) Rasional Dasar Sukan Negara Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. kemajuan dan pembangunan sukan negara. Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada individu.masyarakat dan negara. . Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya. majlis-majlis sukan. Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialah Kementerian Belia Dan Sukan. membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badan–badan amatur dan profesional.

memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan yang sihat. . (iv) Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi. (iii) Memupuk persahabatan.(c) Peringkat Individu (i) Membentuk sahsiah. (iv) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna. (vi) Mengasah kemahiran-kemahiran asas. (ii) Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa. (iii) Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat (iv) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup. (e) Peringkat Antarabangsa (i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. (ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri. (ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. (iii) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan produktiviti negara. (v) Interaksi sosial yang baik. (d) Peringkat Masyarakat (i) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional.

(d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan. Strategi dan Pelaksanaan Dasar Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut : (a) Perancangan Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan. (b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial.Objektif Dasar Sukan Negara Antara objektif dasar sukan negara ialah: (a) Membentuk masyarakat yang sihat. psikologi dan fisiologi individu melalui sukan. pentadbir dan pegawai sukan. berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. (c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam. jurulatih. Dalam merancang program-program jangka .

. Majlis Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. Mekanisme ini perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia.Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi sukan.panjang untuk sukan prestasi tinggi. Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. swasta dengan kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Di institusi pengajian tinggi. perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan: . Majlis Kebajikan dan . Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik.Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Selain itu.aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. (b) Organisasi Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal.

. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan. kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai.Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. melaksana dan menilai program sukan. Insentif boleh diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA. sektor korporat dan individu. (e) Insentif Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . (c) Personel Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang. kerajaan negeri. Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa. Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. Keperluan mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan. (d) Kewangan Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa.

penganugerahan. Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. (g) Am Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini. Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam sukan. . perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. perlindungan insurans. (f) Kemudahan Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bagi sukan massa. elaun sara hidup. cuti. kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Di peringkat negeri. sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri.biasiswa. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa.

.Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan. Dasar ini merangkumi dua komponen iaitu: sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi. Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988 merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful