You are on page 1of 6

Penubuhan Kelab & Persatuan

PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH


1. Prosedur Penubuhan Penubuhan persatuan mengambil kira keperluan setempat, kemudahan jurulatih, bilangan murid dan faedah yang diperoleh murid. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979) memberi perakuan :

Sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan persatuan atau kelab yang boleh mendatangkan faedah kepada pelajar. Pemilihan persatuan atau kelab yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan yang ada dan kesesuaian dengan suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan.

Murid / pelajar wajib menyertai tiga bidang Gerko di sekolah. Manakala tugas sebagai guru penasihat, guru sukan atau sebagai jurulatih Gerko dianggap sebagai tugas rasmi guru. Prosedur penubuhan persatuan di sekolah terbahagi kepada dua kategori : Penubuhan persatuan yang tiada badan induk; Penubuhan persatuan yang mempunyai badan induk. Penubuhan persatuan yang tiada badan induk : Persatuan yang tidak mempunyai badan induk di luar institusi pendidikan untuk mengawasi dan mengelolanya secara khusus, contohnya FAM, MSSD bebas untuk menubuhkan persatuan berkenaan; Ditubuhkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah oleh pengetua atau guru besar atau ; Guru yang mempunyai minat, kepakaran dan ilmu berkaitan sesuatu bidang Gerko yang belum ditubuhkan di sekolah membuat perudingan dengan pengetua atau guru besar; Contoh persatuan dalam kategori ini ialah Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Badminton, Kelab Olahraga, Kelab Senifoto, Kelab Komputer, Kelab Bola Sepak. Persatuan-persatuan ini tidak perlu mendaftar dengan badan induk yang terdapat di luar institusi pendidikan.

Penubuhan Kelab & Persatuan

Penubuhan persatuan yang mempunyai badan induk : Persatuan yang bergabung dan mempunyai badan induk di luar institusi pendidikan untuk mengelola dan menyelaraskannya di peringkat daerah, negeri, negara perlu mendapat kebenaran, pengesahan dan pendaftaran daripada badan induk persatuan berkenaan; Pengetua, guru besar atau guru penasihat perlu mengadakan perbincangan awal dengan badan induk persatuan berkenaan; Mengisi borang permohonan; Menghantar borang permohonan kepada pegawai yang mengendalikan badan induk berkenaan; Membuat pendaftaran anggota peringkat dalaman sementara menunggu kelulusan pendaftaran; Memperoleh kelulusan atau sijil pendaftaran. Mendaftar anggota secara rasmi kepada badan induk berkenaan; dan Melaksana dan menjalankan aktiviti persatuan.

2.

Perlembagaan dan Peraturan Setiap persatuan perlu mempunyai perlembagaan dan peraturan atau undang-undang yang diluluskan dalam mesyuarat agung. Persatuan yang mempunyai badan induk menggunakan perlembagaan yang dibuat oleh badan induk berkenaan; Fungsi perlembagaan dan peraturan ialah sebgaai panduan untuk menggerak dan melicinkan perjalanan persatuan. Juga sebagai tempat rujukan jika timbul sebagai masalah. Terkandung peranan dan tanggungjawab setiap AJK. Terkandung beberapa perkara, seperti : Nama dan alamat persatuan; Matlamat; Lencana atau logo; Cogan kata Keahlian/Keanggotaan; Jawatankuasa Induk/Kecil (bilangan, tugas dan sebagainya); Kewangan; Pembatalan dan pembubaran persatuan; Larangan dalam persatuan; Pindaan perlembagaan; dan Mesyuarat persatuan.

Penubuhan Kelab & Persatuan

3.

Pelantikan Jawatankuasa Setiap persatuan perlu melantik jawatankuasa yang berperanan untuk memimpin dan mengurus persatuan. Cara pelantikan jawatankuasa berbeza mengikut perlembagaan dan peraturan persatuan masing-masing. Terdapat dua cara pelantikan jawatankuasa: Dipilih dalam Mesyuarat Agung; Dijalankan secara undi, sama ada dengan mengangkat tangan atau undi rahsia (kertas undian); Jawatan yang dipertandingkan : o Pengerusi; o Timbalan Pengerusi; o Setiausaha; o Bendahari; o AJK Induk / Kerja. Dilantik oleh pihak tertentu (pemimpin atau penguasa). Melalui perbincangan atau ujian tertentu; Berpandukan pencapaian dan kebolehan pelajar; Contoh, pelantikan ketua patrol dalam pergerakan pengakap. Nama jawatan berbeza mengikut perlembagaan.

4.

Bidang Tugas Anggota Jawatankuasa (AJK) Guru Penasihat / Jurulatih Memberi nasihat, panduan dan bimbingan; Melaksana dan menentukan polisi Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah; Menghadiri dan memberi nasihat dalam mesyuarat; Memberi latihan dan tunjuk ajar kepada anggota, terutama dalam badan beruniform; dan Menjadi pengantara antara pentadbir sekolah dengan anggota persatuan. Pengerusi / Ketua Kumpulan Mengurus dan mentadbir persatuan mengikut perlembagaan persatuan atau melaksanakan keputusan mesyuarat; Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja; Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan; dan Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.

Penubuhan Kelab & Persatuan

Naib Pengerusi / Penolong Ketua Kumpulan Membantu pengerusi atau ketua kumpulan dalam pengurusan dan pentadbiran persatuan; Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi; dan Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan. Setiausaha: Menyimpan pendaftaraan keanggotaan; Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan badan luar, pentadbir sekolah dan anggota persatuan; Mengundang dan mengedar surat panggilan mesyuarat; Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus program; Mencatat minit-minit mesyuarat; dan Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan. Penolong Setiausaha Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus persatuan; Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha; Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan. Bendahari Menyimpan rekod dan stok harta persatuan; Memungut dan menyimpan penyata pembayaran yuran anggota; Memungut dan meyimpan penyata keluar masuk wang persatuan; Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan; dan Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan. Ketua Sekawan / Patrol / Biro Mengetuai satu kumpulan kecil anggota bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut sekawan/patrol/biro; Menjaga kebajikan anak buah dalam kumpulan; Menjadi perantara antara Pengerusi / Ketua Kumpulan, Penolong Penasihat dan Guru Penasihat / Jurulatih dengan anak buah. Menjalankan tugas mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan; dan Membantu pengerusi dan setiausaha persatuan melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.
4

Penubuhan Kelab & Persatuan

Carta Organisasi Jawatankuasa Persatuan Contoh ( Yang Pilih Dalam Mesyuarat Agung ) PENAUNG
Pengetua / Guru Besar

Dilantik oleh Perlembagaan

PENASIHAT
Guru Penasihat

Dilantik oleh Pengetua / Guru Besar

PENGERUSI / KETUA

Dipilih dalam Mesyuarat Agung

NAIB PENGERUSI / NAIB KETUA

Dipilih dalam Mesyuarat Agung

SETIAUSAHA

Dipilih dalam Mesyuarat Agung

BENDAHARI

Dipilih dalam Mesyuarat Agung

JAWATANKUASA

Dipilih dalam Mesyuarat Agung

JAWATANKUASA KECIL ATAU BIRO

Dipilih oleh Jawatankuasa Induk

Kebajikan Penerbitan Sukan dan Kebajikan Tugas-tugas Khas


5

Penubuhan Kelab & Persatuan

Carta Organisasi Jawatankuasa Unit Beruniform Contoh PENAUNG


( Pengetua / Guru Besar )

PEMIMPIN / KAPTEN
( Ketua Guru Penasihat / Jurulatih )

PENOLONG PEMIMPIN / LEFTENAN


( Guru-guru Penasihat )

KETUA SEKAWAN KANAN / KETUA KUMPULAN

PENOLONG KETUA SEKAWAN KANAN / PENOLONG KETUA KUMPULAN

SETIAUSAHA

KUARTER MASTER KUMPULAN

BENDAHARI

KETUA SEKAWAN / KETUA PATROL

KETUA SEKAWAN / KETUA PATROL

PENOLONG KETUA SEKAWAN / PENOLONG KETUA PATROL

PENOLONG KETUA SEKAWAN / PENOLONG KETUA PATROL

KUARTER MASTER SEKAWAN / PATROL

KUARTER MASTER SEKAWAN / PATROL

ANGGOTA UNIT BERUNIFORM

ANGGOTA UNIT BERUNIFORM


6

You might also like