TUGASAN A : PEMEROLEHAN ILMU

1.0

MAKLUMAT TEORI TELEOLOGIKAL, TEORI DEONTOLOGIKAL, TEORI KEMORALAN SOSIAL DAN TEORI KEPERIBADIAN MULIA DARI PELBAGAI SUMBER

1|Page

TUGASAN B : PENGUASAAN ILMU DAN KEMAHIRAN

Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi interpersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaksi sosial dengan orang di persekitaran. Pemikiran, tingkahlaku, perasaan dan personaliti seseorang saling berkait dalam penilaian moral seseorang individu. Haliza Hamzah & Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(2009) menyatakan Piaget berminat mengkaji pemikiran kanak-kanak menaakul dan memberi hujah terhadap persoalan melibatkan moral. Beliau merumuskan kanak-kanak melalui dua peringkat utama pemikiran moral: i. Umur 4 hingga 7 tahun- Peringkat moral Heteronomus, Peringkat pertama perkembangan moral, Kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Mereka menilai sesuatu tindakan melalui akibat. Contoh: Mereka mengemaskan barang mainan sebab takut dimarahi, Mereka sukar mengubah sesuatu peraturan dan mementingkan akibat yang akan diterima daripada sesuatu perbuatan. ii. Umur 7 hingga 10 tahun - Peringkat transisi. Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada ciri-ciri peringkat seterusnya.

iii.

Umur 10 tahun ke atas - Peringkat Moral Autonomus Mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oieh manusia dan bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.

2|Page

Seperti Piaget, Lawrence Kohlberg juga berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang induvidu walaupun kadangkadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. Perkembangan moral oleh Kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga tahap utama. Setiap tahap mempunyai dua peringkat penaakulan moral.
Tahap 1: Pra – Konvensional (0-9 tahun) Peringkat 1: Orientasi Kepatuhun dan Hukuman Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi Tahap 2: Konvensional (9-20 tahun) Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan Tahap 3: Pos –Konvensional ( >20 tahun) Peringkai 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak individu Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat
Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap 1: Pra-Konvensional Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.  Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman.

Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanakkanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat.  Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi.

Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada kedua-dua belah
3|Page

Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya. memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral. Tahap 3: Pos .  Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepada undang-undang sedia ada. jadi untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif.  Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik Pada peringkat ini. Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.  Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiu Pada peringkat ini. Dalam tahap ini. persoalan seperti hak individu. Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat. inividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa.Konvensional Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. guru dan komuniti. keadilan.pihak. Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan. Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. 4|Page . Tahap 2: Konvensional Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. maruah. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif. Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri.

nilai-nilai murni ini juga merupaka kurikulum tersembunyi untuk subjek-subjek lain.aktiviti yang mengimplementasikan di sekolah untuk pembinaan modal insan 5|Page . Undang-undang yang ada secara tidak langsung memberi pengaruh eksplisit kepada kanak-kanak dimana. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan. Terdapat pelbagai faktor persekitaran di sekolah yang dapat mempengaruhi pembentukan moral seorang kanak-kanak seperti yang disarankan dalam teori Perkembangan Kognitif.kanak-kanak tidak akan melakukan sesuatu kesalahan dan pada masa yang sama membentuk keperibadian kanak-kanak yang bermoral.Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang berhasrat untuk menghasilkan inssan yang harmonis dan seimbang dalam semua sudut. KBSR dan KBSM telah mengaplikasikan penerapan nilai-nilai moral. Kanak-kanak banyak menghabiskan masa di sekolah selain daripada di rumah. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. murni merentasi kurikulum. Banyak aktiviti. keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Undang-undang yang dibentuk di dalam kelas atau sekolah juga salah satu faktor dalam pembentukan perkembangan moral seorang kanak-kanak seperti yang disarankan dalam Teori Perkembangan Moral Kognitif dimana dalam teori Kohlberg. Walaupun nilai-nilai yang diajar dalam subjek pendidikan Agama Islam dan Moral. Seterusnya ialah Pembinaan Modal Insan. Antara faktor-faktor ialah kurikulum tersembunyi iaitu kurikulum persekolahan kebangsaan.  Peringkat 6: Etika prinsip sejagat Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia. tahap 2. peringkat 4 menyatakan mengenai etika undang-undang mempengaruhi pemikiran kognitif kanak-kanak.Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia. pembinaan modal insan menjadi antara agenda utama dalam merealisasikan hasrat ini. Setiap guru yang mengajar mana-mana subjek harus menerapkan nilai-nilai murni secara tersembunyi (implisit) dalam strategi dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran mereka.

bulan moral dan nilainilai murni. orang tua. Oleh itu. Faktor yang terakhir ialah Khidmat sukarela. 6|Page . perasaan. Hal ini akan menjadi tabiat kepada kanak-kanak secara tidak langsung telah membentuk moral kanak-kanak tersebut. menunjukkan rasa tangungjawab dan menunjukkan kemahiran bersosial yang baik. Faktor seterusnya ialah guru. memberi nasihat dan mengatur strategi yang sesuai apabila berhadapan dengan murid yang bermasalah. Murid-murid juga perlu diberi peluang menerangkan sebab salah laku. keadilan dan tingkahlaku.selain daripada melengkapi kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan akademik seperti aktiviti ko-kurikulum. dan bolah dipertimbangkan sesuatu perlakuan berdasarkan aspek-aspek seperti niat.hal ini kerana di dalam Teori Perkembangan Moral oleh Piaget menerangkan pada peringkat moral autonomus. Selain itu. orientasi kepatuhan dan hukuman. menjadi pembantu sukarela di rumah-rumah anak yatim. Faktor yang seterusnya ialah iklim sekolah yang lebih kepada amalan di sekolah tersebut seperti amalan demokrasi di mana pandangan dan saranan murid diambil kira. hospital atau membantu secara sukarela membersihkan kawasan sekolah.Di mana kesemua murid sekolah adalah pentiing dan perlu diberi layanan yang sama rata. Pihak sekolah boleh mengadakan program-program seperti pembimbing rakan sebaya. Peranan khdmat sukarela begini membantu murid-murid supaya tidak mementingkan diri sendiri dan memberi kesedaran kepada mereka bahawa ramai lagi golongan yang tidak bernasib baik yang memerlukan bantuan.Pada peringkat ini kanak-kanak mematuhi arahan kerana takutkan hukuman dan akibat yang akan diterima daripada kesalahan yang dilakukan. Juga sebagai kaunselor. Guru juga menjadi pembimbing dan pendengar yang baik. menurut Teori Kognitif Kolhberg pada tahap satu iaitu tahap pra-Konvensional.penerapan budaya penyayang juga adalah salah satu faktor. prgram lawatan ke rumah kebajikan. perkemahan ibadat dan motivasi. Guru-guru sentiasa membincangkan sebab-sebab dan akibat yang akan murid-murid hadapai sekiranya melanggar etika bilik darjah atau sekolah dan bukannya terus memberi hukuman. Persekitaran sekolah yang tenang tanpa ugutan boleh membangkitkan rasa selamat dalam kalangan murid-murid. Hubugnan guru-murid bukan hanay setakat pemberi ilmu tetapi juga mengambil peranan sebagai ibubapa di sekolah. peringkat 1.kanak-kanak mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang bukan sesuatu yang mutlak. Murid-murid yang terlibat dalam program sebegini selalunya mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi. sebagai guru perlulah memberi didikan dan penegasan moral kepada kanakkanak. bengkel-bengkel kemahiran berfikir dan mengawal emosi serta banyak lagi.

TUGASAN C PEMINDAHAN ILMU KERTAS KERJA 7|Page .

3 Menjadikan seorang pendidik yang mampu menguruskan hal pentadbiran seperti pengurusan kewangan. Selain itu.3 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada guru pelatih betapa pentingnya menguruskan kewangan dengan bijak.0 PENGENALAN Ceramah ini adalah bertujuan untuk untuk memberi kesedaran mengenai pentingnya mengurus kewangan. 8|Page .0 MATLAMAT Kertas kerja dihasilkan adalah bertujuan mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada Pengarah IPG Kampus Keningau bagi menjalankan Ceramah Pengurusan Kewangan. 2.4 Memberi peluang dan ruang kepada guru pelatih untuk menyedari penyalahgunaan elaun yang diberi kerajaan. ceramah ini adalah bertujuan untuk memberi tips-tips/langkah-langkah untuk menguruskan kewangan secara bijak 2. 2.2 Menjadi agen perubahan dan kemajuan yang progresif dan dinamik ke arah membina generasi yang berilmu dalam perancangan negara menuju Wawasan 2020 serta pendidikan bertaraf dunia. 3.1 Memberi penerangan mengenai pengurusan kewangan.5 Memberi tips-tips/langkah-langkah bagaimana untuk mengurus kewangan.0 OBJEKTIF Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang diharapkan guru pelatih dapat: 3.1 Melahirkan insan guru yang serba berkebolehan. 2.1.2 Memberi penerangan mengenai pemberian elaun kepada guru pelatih dan akta yang berkaitan. 3. 2. 3. Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini termasuklah: 2.

Tempat : Dewan Tan Sri Sufian Koroh.00 RM 60. Peserta Air mineral (kecil) Kudapan RM 2 x 137 RM 0.00 pagi.00 RM 150. 00 HARGA DAN KUANTITI JUMLAH JUMLAH (B) C. Hadiah / sijil Hamper JUMLAH (A) B.00 RM 82.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 (Kehadiran Wajib) 6. Sabah Masa 5. IPG Kampus Keningau. Publisiti Kain rentang JUMLAH (C) RM 150 x 1 unit = RM 150. Makan dan Minum i.00 RM 150.20 RM 356.60 x 137 RM 274. ii.00 JUMLAH (A) + (B) + (C) RM 566.4.00 RM 60.00 pagi – 11. HARI DAN LOKASI PROGRAM Tarikh : 20 April 2012 Hari : Jumaat : 08.20 9|Page .20 RM 30 x 2 unit = RM 30.0 TARIKH.0 ANGGARAN PERBELANJAAN JENIS / ITEM A.

Setiausaha Bendahari : En. Mohd Hasnor Bin Hasim : Rynnora Lesley A/K Reinholl : Tengku Shazlin Bt Tg Shariffudin : Ami Harnani Bt Hj. Pengerusi Setiausaha Tim. Donatus Justin : En. Jemaat : Flavia Kong AJK Peralatan : Tang Kie Guan Ameerul Asyraf B. Jahangirali Muhd Hafiyuddin B Mssnani AJK Backdrop : Muhd Khairullah B Marzidi Zusyafirah Bt Zulkifli AJK Makanan : Syahirah Bt Che Hassan Chia Meu Hung AJK Siaraya & Multimedia : Muhd Husaini B Abu Hassan Azureen Bt Amjah AJK Sambutan/ Jemputan : Wendy Lim Xin Xin Michelle Lorna Miles AJK Dokumentasi/ : Mohd Syafiee B Md Hasim Buku Program Rumaisa Bt Mohd Ashari Pengacara Majlis : Nasiha Sakina Anderson Dom 10 | P a g e .7.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA PELAKSANA ‘CERAMAH PENGURUSAN KEWANGAN’ Penasihat Pengerusi Tim.

Mohd Nor (Timb Pengarah) Tuan Mazlan B. 9. kesedaran dan pengetahuan tentang pengurusan kewangan yang bijak 10: 20 pagi 10: 30 pagi : Kudapan : Pemberian tips-tips/langkah-langkah menguruskan kewangan secara bijak.8.0 TENTATIF PROGRAM Penceramah : Encik Ibrahim Bin Wahab(Pegawai Eksekutif Kanan) Jemputan : Puan Rujinah Bt Miki (Pengarah) Tuan Hj Baharom B.0 PENUTUP Akhir sekali. 11: 00 pagi : Ceramah dijangka berakhir. HEP) Ketua-ketua Jabatan & Unit Pensyarah-pensyarah 7: 15 pagi 7: 30 Pagi 7: 45 Pagi 8:00 Pagi : Kehadiran pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 : Pendaftaran pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 : Ketibaan para jemputan dan penceramah : Nyanyian Lagu IPG & Sabah Tanah Air Ku Bacaan Doa 8: 15 Pagi 8: 20 pagi : Ucapan Alu-Aluan Pengarah : Penerangan mengenai pemberian elaun kepada pelatih guru dan akta/pekeliling yang berkaitan 9: 50 pagi : Memberi penerangan mengenai pengurusan kewangan. sokongan daripada pihak pentadbir dalam menjayakan program ini adalah sangat diharapkan bagi memastikan objektif program dapat dilaksanakan. 11 | P a g e . Ngah (Ketua Jab.

................ Sabah 12 | P a g e Tarikh: Tarikh: ................................................ (TENGKU SHAZLIN BT TG SHARIFFUDIN) Setiausaha Program PISMP Pendidikan Seni Visual Ambilan Jan 2011 Sem 3 Disemak Oleh: ................................. (ENCIK DONATUS JUSTIN) Pensyarah Pelaksana Ceramah Tarikh: Tarikh : Ulasan Setiausaha Akademik: Adalah disahkan bahawa aktiviti/ program ini merupakan status wajib / Sokongan / Pemurnian berdasarkan sukatan Pelajaran / Proforma / Arahan semasa IPGM Disemak oleh: ..... (VASANTHY A/P SUBRAMANIAM) Setiausaha Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah Disokong oleh: ............................................Disediakan oleh: .................................. (MAZLAN BIN NGAH) Ketua Jabatan HEP Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau...

..... (IBRAHIM BIN WAHAB) Pegawai Eksekutif Kanan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah DILULUSKAN OLEH: ....................... (RUJINAH BINTI MIKI) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah Tarikh: Tarikh: 13 | P a g e .............................................Ulasan Pegawai Eksekutif Kanan: 1) Disahkan peruntukan mencukupi/ tidak mencukupi 2) Peraturan dipatuhi/ tidak dipatuhi 3) Permohonan disokong/ tidak disokong ........................

     Masalah Pengurusan Masa Masalah Pengurusan Kewangan Masalah Pengurusan Emosi Masalah Pengurusan Sosial Lain-lain masalah (dinyatakan) Berdasarkan masalah tersebut. Berikut adalah bilangan bagi masalah-masalah yang dihadapai yang saya dapati melalui soal selidik.Melalui soal sellidik tersebut.Berbeza dengan pelatih PPISMP yang mendapat elaun sebulan sekali.pelatih sukar untuk menguruskan kewangan mereka agar dapat digunakan sebaik mungkin selama 6 bulan tersebut.saya mendapati ramai guru pelatih yang mengalami masalah pengurusan kewangan terutama pelatih PISMP berbanding pelatih PPISMP. 14 | P a g e .Pengenalpastian masalah/ gejala sosial yang meruncing di IPG kampus Keningau Hasil daripada kolaborasi bersama dengan para guru pelatih di IPG Kampus Keningau terutamanya bersama rakan guru pelatih senior.Melalui perbualan. Oleh demikian.saya dimaklumkan hal ini kerana. Berikut merupakan masalah/gejala sosial yang terdapat di IPG kampus Keningau yang dapat saya kenal pasti. terdapat beberapa masalah/gejala sosial yang dapat dikenal pasti.saya membuat borang soal selidik untuk mendapatkan masalah yang paling dihadapai oleh pelatih guru pada setiap semester. elaun pelatih PISMP diberi sekaligus untuk satu semester iaitu satu bulan.

tugasan C dan melakukan kertas kerja. Ini bermakna.disini saya kepilkan beberapa keping gambar membuktikan sebab-sebab pelatih mengalami masalah kewangan. Untuk mengukuhkan lagi pemerhatian saya.Hampir 19 peratus pelatih lelaki dan hampir 44 peratus pelatih perempuan yang mengalami masalah kewangan.saya telah memilih Masalah Pengurusan Kewangan.ramai pelatih mengalami masalah pengurusan kewangan sama ada pelatih lelaki mahupun perempuan.dapat saya jelaskan bahawa.lebih separuh pelatih mengalami masalah kewangan jika dibandingkan dengan masalah yang lain. 15 | P a g e . Berdasarkan soal selidik ini.untuk melaksanakan KKBI Pendidikan Moral.Saya membuat soal selidik terhadap 10 pelatih lelaki dan 22 orang pelatih perempuan. 16 14 12 10 8 LELAKI 6 4 2 0 Masalah Pengurusan Masa Masalah Pengurusan Kewangan Maslah Pengurusan Emosi Masalah Pengurusan Sosial Lain-lain Masalah PEREMPUAN Melalui carta bar ini.

Pembelian alat solek dan perhiasan yang berlebihan oleh pelatih perempuan Penggunaan/pembelian barang/alat gajet yang mahal 16 | P a g e .

baki duit pelatih pada bulan Februari 17 | P a g e .Resit Pembelian pelatih menunjukkan pembelian barangan yang mahal Resit ATM: Urusan Pengeluaran Wang.

Pembelian kasut yang banyak serta berjenama dan mahal bagi seorang pelatih 18 | P a g e .

Isi kandungan ceramah PENGURUSAN KEWANGAN. Perancangan kewangan dapat membantu kita memperbaiki tahap hidup kita. menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. membeli aset – kereta/rumah. berkahwin. merancang untuk mendapatkan anak serta perancangan pendidikan anak kita.  Melalui perancangan kewangan kita dapat mengenalpasti cara – cara membuat belanjawan. Kenapa pengurusan kewangan penting?      Perancangan kewangan membekalkan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup. perancangan ini turut menjamin kedudukan kewangan kita yang turut meningkatkan taraf hidup kita. Perancangan kewangan perseorangan turut membantu kita mengumpulkan harta dengan cara yang paling efisyen. serta mengecapi kepuasan berbelanja. Penceramah – Encik Ibrahim Bin Wahab Apa itu pengurusan kewangan?  Perancangan kewangan adalah tentang mengurus kedudukan ekonomi/ kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara – perkara yang ingin dilakukan seperti. perancangan kewangan membekalkan kita idea untuk menguruskan kedudukan kewangan kita agar mencapai matlamat kewangan kita untuk memenuhi keperluan fan kehendak hidup kita 19 | P a g e . (Tempat: Dewan Tan Sri Suffian Koroh).

Merangka target kewangan yang ingin dicapai. Maka tujuan utama menabung adalah untuk menampung perbelanjaan mungkin anda hadapi. Menilai semula perancangan kewangan dan membuat pelan/langkah yang seterusnya    Mengenalpasti keperluan dan kehendak anda membuat pilihan dan alternatif lain. LANGKAH – LANGKAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN Proses – proses yang terlibat dalam perancangan kewangan:1. Berbelanja dengan berhemat dapat membantu kita menabung dengan lebih efektif.   Anda boleh menabung untuk pembelian aset atau untuk memberikan anda peluang berbelanja yang lebih fleksibel agar mencapai matlamat anda. 4. Menangguh perbelanjaan yang kurang penting 20 | P a g e .Mengapakah simpanan itu penting?  Simpanan kewangan boleh diibaratkan sebagai suatu transaksi perniagaan. Merangka belanjawan. Sekiranya.   jangka masa pendek (membeli kereta) & jangka panjang (membeli rumah) bersifat realistik dan spesifik (cth: menabung RM 3000 dalam jangka masa 5 bulan) 3. Anda menukar ganti peluang anda untuk berbelanja sekarang dengan perbelanjaan yang bakal anda hadapi. Menilai semula kedudukan kewangan anda dengan meneliti pendapatan dan perbelanjaan. bak kata pepatah “sediakan paying sebelum hujan”. anda boleh menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda dari memyimpan suatu jumlah yang ditetapkan. jumlah pendapatan bulanan anda tidak menentu. 2.

pelatih akan lebih berhati-hati dalam berbelanja setelah mengetahui akibat-akibat nya. Hal ini dimana. Selain itu. teori yang dapat dikaitkan disini ialah Teori Keperibadian Mulia (Virtues) iaitu „jalan tengah‟ ataupun bersederhana. Hal ini terjadi melalui usaha dan kesedaran pelatih tersebut setelah menghadiri ceramah.pengisian ceramah ini akan memberi kessedaran kepada pelatih untuk mengawal perbelanjaan mengikut keperluan bukan keinginan. Meneliti dan menilai semula rangka kewangan  bersandarkan kepada pengalaman anda Berdasarkan pengisian ceramah.di mana pelatih akan faham mengenai akibat bagi setiap penyalahgunaan wang elaun atau berlebihan dalam perbelanjaan. Sebagai seorang pengguna yang berhemah. Merancang aliran kewangan anda dan mengambil kira hal – hal yang harus didahulukan      produk dan khidmat kewangan mengumpul harta menginsurans aset menguruskan hutang meneliti dan merancang cara pembayaran cukai 6. Sebagai contoh tidak terlalu boros berbelanja tetapi tidak juga kedekut untuk berbelanja. bersesuaian dengan status kewangan mereka. Teori ini jelas melaui tips-tips dan langkah-langkah yang diberikan untuk menyelesaikan masalah/krisis pengurusan kewangan ini adalah bersikap sederhana dalam penggunaan wang ataupun berbelanja. 21 | P a g e . perlulah merancang perbelanjaan dan berjimat cermat-jalan tengah.ia juga dapat dikaitkan dengan Teori Moral Kognitif.Oleh yang demikian. Juga turut terlibat Teori Moral Humanis.5.

perkara di atas adalah dirujuk. Institut Pendidikan Guru. JEMPUTAN MEMBERIKAN CERAMAH PENGURUSAN KEWANGAN Sukacitanya.Setiausaha. Sehubungan dengan itu. Opsyen Pendidikan Seni Visual Semester 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau ingin mengadakan Ceramah Pengurusan Kewangan.00 Pagi Dewan TSSK IPG Kampus Keningau 4. Pegawai Eksekutif Kanan. 03 Julai 2012 Tuan. Sekian dan terima kasih. 22 | P a g e . __________________________________________________________________ Encik Ibrahim Bin Wahab. Atas keprihatinan tuan. kami dahului dengan jutaan terima kasih. Jawatankuasa Ceramah Pengurusan Kewangan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. Kampus Keningau. Keningau. Sabah. Opsyen Pendidikan Seni Visual Semester 3 Kampus Keningau ingin menjemput Tuan untuk memberikan ceramah mengenai Pengurusan Kewangan seperti yang dijadualkan berikut: Tarikh Masa Tempat : : : 20 Julai 2012 8. 2. 3.

Saya yang menurut perintah. (TENGKU SHAZLIN BT TG SHARIFFUDIN) Setiausaha. Jawatankuasa Ceramah Pengurusan Kewangan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. 23 | P a g e .

Pengarah IPG Kampus Keningau. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dibuat. itulah yang menjadi persoalan sehingga kini. pensyarah-pensyarah dan para pelatih. 24 | P a g e . Sentiasa menangguhkan untuk membuat simpanan kecemasan tanpa merancang dengan teliti keperluan sebenar sewaktu berlaku kecemasan yang memerlukan wang yang banyak seperti sakit. Konsep pengurusan kewangan peribadi itu sendiri sebenarnya amat ringkas. Berikut merupakan antara beberapa kesilapan yang kerap dilakukan dalam menguruskan wang:      Sentiasa memberi alasan tidak ada masa sehingga gagal untuk merancang kewangan.Kita sering kali terdengar tentang kisah wang dan masalah-masalah yang dihadapi disebabkan oleh wang. Jika kita renungkan kembali. Berbelanja mengikut nafsu sehingga melebihi kemampuan. malahan yang berpendapatan agak lumayan juga tidak dapat lari dari masalah pengurusan kewangan. Namun kita sebagai manusia sering kali melakukan kesilapan dalam menguruskan wang sehinggakan ia bukan sahaja menghantui golongan berpendapatan rendah. Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau. Kita perlu tahu cara atau amalan yang betul dalam menguruskan kewangan peribadi supaya masalah ini tidak akan timbul. Para hadirin. Tidak mempunyai simpanan khas untuk digunakan ketika kecemasan. Dalam perbincangan ini. kitalah yang menentukan sama ada wang dapat memberi keselesaan atau pun kesengsaraan kepada diri kita sendiri. perbelanjaan tidak sepatutnya melebihi pendapatan dan simpanan perlu ditetapkan sebelum membuat perbelanjaan. penekanan dari aspek pengurusan kewangan yang bijak dan juga cara melabur dengan bijak akan ditekankan dan diberi penerangan satu persatu. Namun begitu pernah kah kita terfikir apakah punca kepada semua permasalahan yang timbul itu. Tidak dinafikan wang merupakan medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita.TEKS CERAMAH/UCAPAN PENGURUSAN KEWANGAN Amalan Pengurusan Kewangan Peribadi yang Berhemah Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Rujinah bt Miki. Namun adakah kesilapan yang sering dilakukan ini tiada penyelesaiannya? Jawapannya adalah tidak. Namun sejauh mana konsep ringkas ini dapat diikuti. Kerap berbelanja dengan menggunakan kad kredit tetapi bayaran bulanan pula hanya pada tahap minimum. Yang Dihormati Tuan Hj Baharom B Mohd Nor.. terdapat beberapa tip atau kaedah yang boleh dijadikan panduan dalam menguruskan kewangan peribadi dan kaedah yang sepatutnya diamalkan dalam menguruskan pelaburan anda.

disarankan supaya anda menangguhkan dulu hasrat sehingga anda benar-benar mampu. Kita sering kali akur tentang kepentingan menguruskan kewangan dengan bijak kerana setiap dari kita mempunyai sumber kewangan yang terhad. perkara yang paling utama yang harus ditekankan dalam diri setiap individu ialah disiplin. Namun kita haruslah mendisiplinkan diri bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan.Para hadirin. Kesimpulannya. Cuba elakkan dari berbelanja menggunakan kad kredit. Statistik menunjukkan betapa ramai rakyat Malaysia malahan penduduk di serata dunia muflis disebabkan kad kredit. Perkara ini hanya akan membebankan anda di kemudian hari. Membuat senarai semak perkara keperluan atau kemahuan. Jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan anda. contohnya melalui penggunaan kad kredit. Pastikan anda mempunyai tabungan khas bagi digunakan ketika kecemasan. walaupun kita mempunyai berbagai-bagai cadangan. jika masih tidak dapat mengawal diri. cuba sedaya upaya melangsaikan hutang-hutang dengan cepat dan batalkan kad anda serta merta. Sekian terima kasih. bulanan sehinggalah perbelanjaan tahunan.   Pastikan setiap kali menerima elaun bahagian wang yang hendak dijadikan simpanan disimpan dalam akaun khas. mingguan. tanpa digandingkan dengan sikap dan disiplin yang baik. Hakikatnya. Amalkan sikap menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum melangkah pergi ke pusat membeli belah bagi mengelakkan anda dari membelanjakan wang untuk barangan yang tidak penting. tahap disiplin yang rendah dan goyah dalam amalan pengurusan kewangan peribadi yang menjadi punca utama kepada fenomena ini.yang mana patut disegerakan atau dikemudiankan. 25 | P a g e . namun perkara yang mereka sendiri tidak ingini seperti muflis berlaku ke atas mereka. maka perkara ini mungkin tiada penamatnya. Mustahil golongan ini tidak tahu walau sedikit pun cara menguruskan kewangan mereka. Elakkan diri dari berhutang. Wujudkan pelan perbelanjaan peribadi khas yang meliputi perbelanjaan harian. idea atau kaedah mengenai pengurusan kewangan peribadi yang berhemah.Berikut merupakan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam merancang kewangan. Pada pandangan saya.       Secara dasarnya. Hakikat tentang kepentingan disiplin dapat dilihat dengan jelas. walhal majoriti pengguna kad kredit terdiri daripada golongan yang berpelajaran dan berkemampuan. sekiranya kita hendak berbincang mengenai wang.Jika tidak mampu. Rancang kewangan anda dengan teliti. nescaya ianya tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Tugasan C:Gejala atau masalah sosial/moral yg meruncing di IPG.teori kemoralan sosial.DONATUS JUSTIN PENGLIBATAN/ TARIKH TANGGUNGJAWAB Pelajar dan 28. Tugasan A: Teori Etika (teori teleology.dan teori keperibadian mulia) Tugasan B: teori perkembangan moral kognitif. Mencari maklumat berkaitan denan tugasan A.2012 pensyarah pembimbing 2 3 26 | P a g e PERKARA YANG TEMPOH DIBINCANGKAN Menerima dan Minggu 1 berbincang tugasan daripada pensyarah pembimbing merujuk kepada format kerja kursus berasaskan ilmu.2012 . Mengumpul 9.3.B dan C.teori deontology.teori perkembangan moral tingkah laku.JADUAL PELAKSANAAN TUGAS NAMA PELAJAR KUMPULAN : TENGKU SHAZLIN BT TG SHARIFFUDIN : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEM 3 KOD/ NAMA MATA PELAJARAN: ELM 3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASA S PENDIDIKAN MORAL PENSYARAH PEMBIMBING LANGKAH 1 : EN.3.teori perkembangan moral humanis dan/atau teori perkembangan moral sosial.2.2012 29.

Membuat semakan terakhir.............2012 8.......4... …………..4.......2012 12...4.2012 T. Mengemaskini semua kerja kursus dan membuat pembetulan pada kesilapan.tangan Pensyarah Pembimbing.. Menghantar kerja kursus kepada pensyarah pembimbing..4..4 5 6 7 semua hasil dapatan Mula menyiapkan tugasan dan membuat beberapa kolaborasi atau perbincangan. (TENGKU SHAZLIN BT TG SHARIFFUDIN) PISMP Pendidikan Seni Visual ....…………………… (Donatus Justin) 27 | P a g e ..... 3.2012 11.

b. Melalui tugasan ini juga. Teori Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian Mulia (Virtues).iaitu Teori Teleologikal. Secara tidak langsung mengukuhkan lagi kefahaman dan ingatan saya mengenai teori-teori tersebut.Teori ini juga terbahagi kepada 2 iaitu Prinsip Ekstinsialisme dimana tindakan itu dianggap baik jika ia adalah dari kerelaan sendiri buka 28 | P a g e .Namun.saya dapat mengingati kembali tentang konsep-konsep teori etika yang telah saya pelajari di dalam kelas sebelum ini.Sebagai contoh Teori Teleologikal yang menggunakan konsep „matlamat menghalalkan cara‟.REFLEKSI Assalammualaikum w. Pelatih perlu membaca dan memahami artikel/sumber yang didapati dan menyediakan satu nota ringkas dalam bentuk peta minda/konsep serta memberikan contoh yang sesuai dan perlu jelaskan dalam konteks masyarakat Malaysia. Teori Deontologikal. Untuk memahami mengenai pelaksanaan tugasan ini saya tidak mempunyai sebarang masalah. saya mengalami masalah untuk mendapatkan maklumat dari sumber internet. Hal ini kerana internet bergitu terhad penggunaannya.berbeza dengan Teori Deontologikal yang memfokuskan kepada proses sesuatu tindakan itu diambil tanpa melihat kesan/hasil. Tugasan KKBI ini terbahagi kepada 3 bahagian pelaksanaan tugasan iaitu :  Tugasan A. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ELM 3101 iaitu Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral.Pemerolehan Maklumat Tugasan ini meminta pelaith untuk mencari maklumat dari pelbagai sumber mengenai 4 Teori Etika yang diberi.t .Terbahagi kepada dua iaitu Teori Egoisme berkonsepkan pulangan baik kepada diri sendiri/pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain dan Teori Utilitiarisme yang mementingkan kesan kepada orang ramai berbanding kepentingan diri sendiri.

dalam subjek ELM 3101 saya belum didedahkan oleh pensyarah mengenai teori-teori ini. Manakala Prinsip Kewajipan berbeza dengan prinsip Ekstinsialisme dimana tindakan seseorang itu mestilah mengikut tanggungjawab mereka.tidak kira secara paksaan ataupun sukarela. Dalam tugasan ini. Sewaktu melaksanakan tugasan ini. Teori Perkembangan Humanis dan Teori Perkembangan Moral Sosial. 29 | P a g e . saya juga turut mengalami masalah apabila sukar untuk menghubungkaitkan antara pengaruh faktor persekitaran sekolah dengan teori-teori yang telah saya pilih. Teori yang terakhir ialah teori kemoralan sosial.pelatih boleh memilih salat satu atau lebih teori dan kaitkan dengan faktor-faktor persekitaran di sekolah dapat membentuk moral seseorang kanak-kanak. Teori Perkembangan Moral Tingkah laku.  Tugasan B – Penguasaan Ilmu dan Kemahiran Tugasan ini memerlukan pelatih untuk membaca dan memahami mengenai beberapa teori iaitu Teori Perkembangan Moral Kognitif. Namun. Selain itu. Daripada kesemua teori tersebut. Apabila saya cuba untuk mengaitkan toeri-teori tersebut dengan pengalaman berasaskan sekolah. Setelah itu.daripada orang lain secara paksaan.saya dapat memahami mengenai perkembangan moral kanak-kanak. Teori Keperibadian Mulia pula menggunakan konsep dari Aristotle iaitu konsep „jalan tengah‟ atau bersederhana dalam melakukan sesuatu akan dianggap baik. saya telah pelajari serba sedikit mengenai teori ini di dalam subjek lain pada semester yang lepas. Selain itu.saya mengalami masalah sama ada untuk memilih teori-teori tersebut. mengenai teori Humanis Maslow dan Teori Humanis Carl Rogers.saya mula memahami dan mendapat gambaran mengenai sikap dan tingkah laku seseorang murid itu. Secara tidak langsung ia adalah ilmu tambahan kepada saya untuk berhadapan dengan murid-murid di sekolah kelak. Banya yang saya dapat kaitkan dengan teori perkembangan moral Piaget dan Teori perkembangan Kohlberg. Teori ini cukup berkait rapat dengan adat dan pantang larang dalam sesebuah masyarakat dan individu bertanggungjawab untuk mematuhinya.

Encik Donatus. ia juga secara tidak langsung mengajar saya untuk menghasilkan satu penulisan yang berkualiti. akan menjejaskan emosi mereka sekaligus pembelajaran. Namun setelah berkolaboratif dengan beberapa orang rakan dari kelas saya dan kelas lain.dalam kertas kerja saya. Namun dapat saya simpulakn bahawa.dapat saya menambahbaikkan hasil penulisan ilmiah saya kelak.saya dapat mengenal pasti masalah gejala yang meruncing di IPG. tugasan ELM 3101 ini telah member banyak ilmu tambahan/baharu kepada saya sepanjang melaksanakan dan pencarian maklumat bagi menyiapkannya. Oleh itu. Selain itu. Bagi tugasan ini. Bukan sahaja saya mendapat ilmu baharu untuk menyediakan format kertas kerja.salah satu masalah gejala yang meruncing di IPG ini ialah pengurusan kewangan. Setelah mendapat persetujuan dari pensyarah pembimbing .Oleh itu.say mendapati ahawa.secara tidak langsung. Sekian. saya juga sekali lagi cuba mengaitkan objektif dan pengisian aktiviti dengan teori-teori yang saya pelajari. Selain dapatan maklumat mengenai gejala sosial di IPG.terima kasih.saya mencadangkan untuk melaksanakan ceramah bagi satu aktiviti. sekiranya pelatih mengalami masalah pengurusan kewangan.say mengalami sedikit masalah pada awal pelaksanaan di mana saya mengalami kesukaran untuk mengenal pasti maslah gejala sosial yang meruncing di IPG ini.tetapi juga bagaimana untuk memastikan objektif kertas kerja itu tercapai iaitu dengan mengaitkan teori-teori moral. saya melaksanakan kaji selidik untuk mengenal pasti masalah ini. 30 | P a g e . Tugasan C – Pemindahan Ilmu Tugasan ini meminta pelatih untuk menghasilkan satu kertas kerja yang lengkap bagi perancangan aktiviti untuk penyelesaian masalah gejala sosial yang dikenal pasti yang meruncing di IPG Kampus Keningau. Oleh itu. Mungkin banyak pihak yang tidak menyedari mengenai masalah ini kerana dianggap remeh dan tidak begitu member kesan buruk kepada IPG dan akademik pelajar. Secara rumusnya.

Kumpulan Budiman Sdn.BIBLIOGRAFI Buku : Eow Boon Hin (2007) . Haliza hamzah dan Joy N. Selangor Darul Ehsan . Murid dan Alam Belajar . Kumpulan Budiman Sdn. Choong Lean Keow ( 2009) .Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.com/ 31 | P a g e .docstoc.blogspot. Longman Pearson Malaysia Sdn.scribd. Bhd.com/docs/22158882/HBME http://www. Samuel ( 2009 ) . Perkembangan Kanak-kanak . Moral Education . Bhd. Modul Pendidikan Moral KPLI http://www. Bhd.com/doc/13967080/TEORI-KEMORALAN-SOSIAL http://perkembangan-moral-norliani.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful