BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Pada era ini, pelajar berlumba-lumba untuk mencari ilmu dan mendalaminya mengikut arus pemodenan dan pembangunan teknologi yang semakin pesat. Begitu juga dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, di mana pelajar berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik bagi menjamin mereka mendapat tempat di institusi pengajian selanjutnya. Pelbagai kemudahan turut diperkenalkan untuk memajukan seterusnya memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran sekolah agar mampu memudahkan pelajar untuk memahami pembelajaran mereka. Manakala guru pula bekerja keras mendidik anak bangsa dengan cara-cara yang bersesuaian untuk mereka mencapai kecemerlangan. Menurut Ismail Zain, (2002), tugas seorang guru semakin mencabar kesan daripada perubahan dunia ke era globalisasi yang positif mahupun negatif.

Dalam usaha tersebut, pelbagai permasalahan yang timbul bagi mendapatkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan efektif. Isu penggunaan Bahasa

Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar pada masa kini. Masalah ini telah wujud sejak ia diperkenalkan pada tahun 2003 lagi tetapi telah mencetus pertelingkahan pendapat di antara ibu bapa, guru, masyarakat dan pembuat dasar.

Bahasa Inggeris digunakan secara meluas di seluruh dunia dan seperti yang kita maklum, pelbagai jenis buku khususnya dalam bidang Matematik dan teknologi disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, kita tidak menolak penggunaan bahasa lain juga mampu mencapai kejayaan. Contohnya, negara Jepun yang maju dengan pelbagai teknologi canggih, mereka menggunakan bahasa ibundanya sendiri iaitu Bahasa Jepun.

Penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah dalam Sains dan Matematik tidak dinafikan mampu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, tetapi tidak semua pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik khususnya pelajar luar bandar yang kurang terdedah dengan arus globalisasi. Bagi pelajar di bandar-bandar besar dan sederhana, Bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi harian mereka yang kedua selepas Bahasa Melayu.

Kepentingan Bahasa Inggeris sangat ditekankan oleh bekas Perdana Menteri kita di Malaysia. Dalam dialognya dengan para akademik daripada pelbagai universiti di Malaysia pada 9 Julai 1992, Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad menekankan bahawa setiap warganegara Malaysia yang berpendidikan harus mempunyai kecekapan dalam bahasa

istilah . jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut. Kita semua ketahui bahawa subjek Matematik adalah subjek yang agak mencabar dan memerlukan pengamatan yang jitu dan tepat. kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik atau PPSMI ini pada akhir tahun 2011. (1994). Ini memberikan cabaran yang hebat kepada para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. kurikulum baru Matematik telah ditukar di mana pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Inggeris. Justeru itu.2 Latar Belakang Kajian Pada tahun 2003. 1.kebangsaan dan Bahasa Inggeris merupakan satu syarat iaitu untuk mencapai wawasan 2020 untuk membangunkan Negara Malaysia kepada sebuah negara industri yang maju seperti yang dikaji oleh Asmah Haji Omar. Jika pelajar sendiri tidak mahir atau kurang mahir dalam bahasa yang digunakan semasa pembelajaran bagaimana pula mereka hendak faham atau menguasai subjek berkenaan. Jumrang (2004) menyatakan. Kenyataan ini jelas menunjukkan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran itu penting bagi memastikan pelajar dapat memahami konsep. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam semua subjek kecuali Bahasa Inggeris dijalankan sepenuhnya mulai daripada murid-murid darjah satu tahun 2012.

Dalam menghadapi cabaran mengenai isu bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Polisi kerajaan Malaysia adalah untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa terpenting selepas Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Inggeris hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja dan hanya segelintir masyarakat menggunakannya sebagai proses komunikasi di rumah. Menurut Taib (1998). pelajar juga perlu bekerja keras dalam memahami subjek itu sendiri. namun kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang boleh menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Menurut Mohd Hishamuddin (2007). Kebanyakan pelajar dan ibu bapa menggunakan Bahasa Melayu di rumah dan pelajar lebih menjurus menggunakannya apabila berada di sekolah.mahupun perihal sesuatu topik dengan jelas dalam pembelajaran Matematik. Jika guru itu sendiri tidak lancar atau fasih dalam bahasa yang digunakan bagaimana pula pelajar mampu mempelajarinya dengan baik. (1999). ini dinyatakan oleh Fasold. penggunaan Bahasa Inggeris di Malaysia hanya tertumpu kepada golongan atasan sahaja. setiap murid mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan yang diharapkan sekiranya mereka sanggup untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemahiran belajar yang betul. Walaupun Bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua terpenting selepas Bahasa Melayu. . Pelajar perlu berusaha bersungguh-sungguh dan mengulang kaji pelajaran bagi mendapat keputusan yang cemerlang.

Walau bagaimanapun pelajar yang sedang mempelajari matapelajaran Sains dan Matematik di bawah sistem PPSMI akan dibenarkan untuk terus menggunakan Bahasa Inggeris sehingga mereka selesai pengajian di tingkatan 5. murid itu akan mencapai kajayaan yang cemerlang. (1998). Guru juga merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat. 1. kebolehan diukur tidak hanya pada keupayaan yang tinggi tetapi pencapaian akademik yang biasa juga mempunyai peluang untuk mencapai kejayaan. Peperiksaan disediakan dengan taraf penilaian bagi kebanyakan murid. Timbalan Perdana Menteri. Tetapi sekiranya kebolehan digabungkan dengan sikap kuat berkerja dan kemahiran belajar yang betul. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu pada tahun 2016 di sekolah rendah dan di sekolah menengah pada 2021. kemahiran berkomunikasi dalam suatu bahasa membantu dalam aktiviti-aktiviti kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran.Menurut Sabri Ahmad dalam Mohd Hishamuddin (2007). Ini dinyatakan dalam kajian Widad.3 Pernyataan Masalah Baru-baru ini. Kemahiran ini perlu ada dalam diri seorang guru supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Pihak sekolah juga boleh menentukan Bahasa Melayu . Menurut Frowe (2001).

b) Mengenal pasti pandangan pelajar tingkatan tiga tentang penggunaan bahasa yang sesuai di ajar kepada mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Pelajar tingkatan tiga telah diajar dalam Bahasa Inggeris sejak darjah satu sehingga tingkatan dua. 1. Kajian ini untuk mengetahui pandangan pelajar tingkatan tiga tentang pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Pengumuman terbaru itu mungkin dapat membantu pelajar dari segi pembelajaran apabila menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.4 Objektif kajian Objektif kajian ini ialah: a) Mengenal pasti pandangan pelajar tingkatan tiga terhadap pertukaran Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.atau Bahasa Inggeris untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. c) Mengenal pasti persepsi pelajar tentang penggunaan bahasa yang di gunakan dalam pengajaran guru setelah pengajaran dan pembelajaran Matematik ditukar . Ini bermakna telah 8 tahun mereka menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Tetapi kita tidak dapat menolak jika masalah kecelaruan bahasa mungkin dihadapi oleh pelajar yang telah menjalani PPSMI jika pihak sekolah menggunakan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Diharap kajian ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam komunikasi antara . kajian ini juga dapat memberi panduan kepada guru semasa mengajar pelajar terbabit dan memperbaiki kaedah pengajaran serta lebih prihatin terhadap masalah yang berlaku di persekitaran mereka. Antara persoalan kajian ini ialah: a) Apakah persepsi pelajar tingkatan tuga terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyampaian dalam pengajaran Matematik? b) Adakah pelajar tingkatan tiga menghadapi masalah dalam penggunaan Bahasa Melayu dalam bilik darjah? c) Apakah persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap penggunaan bahasa yang digunakan dalam pengajaran guru setelah pemansuhan ini berlaku? 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian ini adalah berdasarkan persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris yang ditukar kepada Bahasa Melayu. Selain itu.kepada Bahasa Melayu. Pihak pentadbir boleh mendapat input yang lebih jelas tentang bagaimana untuk meningkatkan mutu pembelajaran Matematik di kalangan pelajar.6 Signifikan Kajian Kepentingan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak sekolah tentang penggunaan bahasa yang sesuai di jalankan terhadap pelajar yang telah menjalani kurikulum Matematik di bawah PPSMI. 1.

pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada guru dan muridmurid. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada penyelidikan yang ingin mengkaji pembelajaran Matematik pada masa akan datang. pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka manakala pembelajaran ialah proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan.1 Pengajaran dan Pembelajaran Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (2003). Masalah ini perlu di pandang serius demi melahirkan pelajar yang bijak pandai.7. Tetapi aspek yang di kaji adalah komunikasi yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran .7 Definisi Operasional Definisi operasional merujuk kepada tajuk penyelidikan iaitu persepsi pelajar tingkatan tiga terhadap pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Pengajaran adalah cara atau penyampaian guru semasa mengajar manakala pembelajaran adalah apa yang pelajar dapat semasa guru mengajar. 1. perkataan atau ungkapan tertentu perlu dihuraikan pengertiannya berdasarkan tajuk penyelidik. Dalam kajian ini. Beberapa istilah.guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik berlaku. yang berlaku dalam diri seseorang sejak ia dilahirkan. Masalah bahasa tidak boleh di ambil mudah kerana ia merupakan faktor utama untuk memahami sesuatu percakapan. 1.

Matematik merujuk kepada subjek dan merupakan satu mata pelajaran dalam pembelajaran di sekolah menengah. dan menghasilkan fakta deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik. Hanya sebahagian kecil sahaja daripada semua populasi kajian. monformulasikan konjektur yang baru. Matematik merupakan mata pelajaran teras yang wajib di ambil oleh semua pelajar sekolah menengah. 1. struktur.7.berlangsung. 1. . Berdasarkan pernyataan di atas Matematik merupakan ilmu tentang keadaan sekeliling yang melibatkan perkiraan. Bilangan responden adalah seramai 40 orang pelajar. Ahli Matematik mencari pola. ruang dan perubahan.8 Batasan Kajian Kajian ini hanya dijalankan di sebuah sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu dalam pengajaran Matematik dan terbatas kepada pelajar tingkatan tiga sahaja. Kajian ini terbatas kepada sampel yang dikaji dan tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi besar. Pengkaji tidak melibatkan lebih banyak sampel kerana akan meliputi kepelbagaian ciri sampel yang dikaji serta faktor masa dan kewangan juga menjadi faktor penghalang. Jadi.2 Matematik Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti. Dalam kajian ini. segala dapatan kajian ini hanya sah kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga di sekolah tersebut.

2. mengenai persepsi guru Sains terhadap pengajaran Sains di sekolah-sekolah kebangsaan telah dijalankan untuk meninjau penguasaan guru dalam Bahasa Inggeris bagi pengajaran Sains. jadi tiada lagi kajian mengenai isu pemansuhan kerana isu ini baru berlaku pada awal tahun 2012.1 Pengenalan Terdapat banyak kajian lepas telah dijalankan terhadap isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI. Ini jelas dilihat dalam dua kajian yang dinyatakan ini. Kajian oleh Normurni Yana (2006). Kajian ini menggunakan satu set soal selidik terhadap 35 responden. Kajian ini adalah mengenai pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Sebagai rujukan kajian ini telah menjadikan kajian tentang PPSMI sebagai panduan. Instrumen .BAB 2 TINJAUAN LITERASI 2.2 Kajian Lepas Sejak perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. kebanyakan guru banyak menghadapi masalah dalam pengajaran di sekolah.

Hasil dapatan kajian menunjukkan kebimbangan komunikasi menjadi perkara yang paling menyumbang kepada kebimbangan pelajar. Malah mereka sendiri kurang mengetahui penggunaan alat bantu mengajar berorientasikan ICT. mengkaji tentang kebimbangan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan guru Program Khas Pensiswazahan Guru atau PKPG Sains dan Matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris atau UPSI. kebanyakan responden bersetuju bahawa penggunaan Bahasa . takut penilaian negatif dan perasaan kebimbangan. Terdapat tiga komponen yang dijadikan pemboleh ubah iaitu kebimbangan komunikasi. Kajian ini mengunakan set soal selidik terhadap 90 pelajar PKPG semester 6 di UPSI. Guru-guru Sains jarang menggunakan alat bantu mengajar ini dengan sepenuhnya. Manakala persepsi yang sederhana terhadap penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penyampaian dan pengajaran dalam Bahasa Inggeris melalui penggunaan alat bantu mengajar berorientasikan ICT.kajian untuk mengukur tahap responden dari aspek penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penyampaian dan pengajaran dalam Bahasa Inggeris melalui penggunaan alat bantu mengajar berorientasikan ICT dan kaedah pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Menurut kajian di atas. Dapatan kajian ini menunjukkan guru Sains mempunyai persepsi yang tinggi terhadap pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Lya Shakirah (2007). Kebanyakan daripada mereka tidak mendapat latihan penggunaan alatan ICT yang mencukupi dan bermasalah untuk mencari bahan yang sesuai dalam pengajaran Sains.

Kajian ini pula mengunakan tinjauan soal selidik dan ujian Sains. Sampel kajian di ambil dari 28 buah sekolah dan dijalankan dalam tiga masa yang berlainan iaitu pada Januari 2007. Mereka bimbang apabila mereka tidak memahami setiap apa yang dikatakan oleh pensyarah. yang mengkaji tentang kesan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah rendah. Hasil daripada kajian ini menunjukkan 80% murid menyatakan guru mereka menggunakan campuran bahasa semasa mengajar kedua-dua mata pelajaran tersebut. Pengkaji mencari pula kesan yang dapat dilihat daripada pelaksaan PPSMI ini.al (2008). Kebimbangan penggunaan Bahasa Inggeris adalah homogen dan bukannya bersifat heterogen iaitu responden digambarkan menunjukkan pendapat yang berbeza-beza terhadap kebimbangan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Perkara yang amat menjadi kebimbangan di kalangan pelajar PKPG Sains dan Matematik ialah kebimbangan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di dalam kelas.Inggeris bukanlah suatu yang menakutkan atau ianya boleh mendatangkan kebimbangan yang melampau di kalangan pelajar. Mereka takut ketinggalan dalam pelajaran dan akhirnya gagal dalam peperiksaan. Selain itu. mereka juga bimbang jika bertutur dengan orang yang fasih berbahasa Inggeris atau mereka kurang persediaan. Julai 2007 dan Januari 2008. Matematik dan Bahasa Inggeris di kalangan murid Tahun 5 di sekolah rendah. Menurut kajian oleh Isahak Haron et. .

pelajar telah dibenarkan untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Cina dan Inggeris menggunakan pelaksanaan formula PPSMI dwibahasa 2-4-3. 78% daripada guru berpendapat tidak timbul masalah ketara bagi kumpulan pelajar yang cemerlang dan kesemua guru berpendapat kumpulan pelajar yang lemah memang tidak berkeupayaan mengikuti kelas PPSMI. Hasil dari soal selidik juga. Cheong Yuen (2010) telah mengkaji tentang impak pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ke atas pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Seterusnya.46% guru Sains dan Matematik mengakui PPSMI (dwibahasa) telah membawa impak negatif yang tertentu kepada murid di SRJKC. Kajian ini menggunakan soal selidik ke atas guru Sains dan Matematik dan temu bual pentadbir sekolah dan ahli lembaga pengurus sekolah. 71. Pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru.4% daripada guru bersetuju bahawa mengulangi pengajaran dalam dua bahasa membuat pelajar merasa bosan dan jemu. Hasil kajian ini . Di SRJKC.Prestasi murid dalam ujian juga rendah apabila terdapat item-item dalam Bahasa Inggeris digunakan dalam soalan. 70% murid menyatakan kurang faham dan sukar mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. penyelidik cuba mencari kajian lain mengenai kesan PPSMI di sekolah kebangsaan jenis Cina. Kajian ini menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai malah menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Sains dan Matematik kepada pelajar. Selain itu. Hasil dapatan kajian menunjukkan 96.

pengajaran guru. Kajian ini menggunakan soal selidik terhadap 242 responden daripada tiga buah sekolah di daerah Gua Musang. rujukan buku teks dan bahan bantu mengajar digunakan sebagai pemboleh ubah dalam kajian ini. terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan tentang kesukaran mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris. walaupun mereka dibenarkan menggunakan dwibahasa tetapi ia telah membawa beban lebih kepada pelajar kerana terpaksa mempelajari subjek tersebut secara berlebihan. Shakirah (2006). Hasil dapatan kajian menunjukan faktor kesediaan pelajar berada di tahap tinggi daripada keempat-empat faktor yang digunakan. pula telah mengkaji tentang hubungan di antara penguasaan Bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Fizik tingkatan empat. Pelajar lelaki mempunyai tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Kajian ini menggunakan satu set ujian Fizik terhadap 84 orang pelajar. Kelantan. Sebelum ujian ini dijalankan.menunjukkan. mengkaji mengenai kesukaran pelajar tingkatan empat luar bandar mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris. hasil dapatan kajian menunjukkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris . Banyak kajian yang menyatakan faktor pelajar juga perlu diambil kira dalam dasar PPSMI ini. Selain itu. Rohasliza (2007). Faktor ini menyumbang kepada masalah pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar. Terdapat empat faktor yang telah dikenal pasti iaitu kesediaan pelajar.

Hasil daripada ujian Fizik yang telah di jalankan. Justeru itu. didapati min persepsi pelajar bagi pelajar lelaki dan . Menurut Ujian kolerasi Spearman. Abdul Khalil (2008). didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi dengan pencapaian pada aras. Jika pelajar lemah dalam Bahasa Inggeris maka lemahlah pelajar tersebut dalam Fizik. UPSI. Hampir separuh kekerapan responden memperolehi pencapaian sederhana berbanding pencapaian rendah. Kajian ini menggunakan 80 orang pelajar sebagai sampel dan merupakan pelajar dari semester berlainan dari Fakulti Sains dan Teknologi. persepsi pelajar terhadap kajian ini berada di tahap sederhana. Kajian ini untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan diantara persepsi dengan kumpulan semester dan jantina pelajar. mengkaji tentang persepsi pelajar terhadap pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris dan pencapaian dalam Pengenalan Fizik II (TFA1023) di Universiti Pendidikan Sultan Idris.mempunyai hubungan terhadap pencapaian pelajar dalam matapelajaran Fizik. Begitu juga bagi ujian-t. Secara keseluruhan. Prestasi seseorang pelajar mampu dipengaruhi oleh isu Bahasa Inggeris. penguasaan Bahasa Inggeris yang baik perlu dalam mendapat pencapaian Fizik yang baik. Hasil dari dapatan kajian. Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi 20 item. tidak terdapat perbezaan signifikan antara persepsi dengan kumpulan semester dan jantina pelajar. kesemua responden didapati berada di tahap sederhana dan rendah iaitu dalam lingkungan 30 peratus hingga 69 peratus.

instumen jenis ini menjimatkan masa dan kos. Menurut Mohd. kaedah kajian secara tinjauan yang menggunakan soal selidik merupakan kaedah yang paling popular. Selain itu. Set soal selidik ini mengandungi pelbagai item dan pernyataan mengenai pengalaman pelajar itu sendiri berdasarkan tajuk kajian penyelidik.3 Kesimpulan Berdasarkan daripada kajian-kajian lepas mengenai isu PPSMI. didapati kebanyakannya menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan maklum balas dan maklumat yang berkaitan dengan persoalan. Jadi instrumen jenis ini mampu menjimatkan waktu kerana tidak memerlukan masa yang panjang untuk menjawab soal selidik ini.6696. penyelidik juga menggunakan set soal selidik.perempuan hanya berbeza sedikit sahaja iaitu sebanyak 2. Seperti diketahui. Tujuan penyelidik adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Penyelidik menggunakan instrumen ini kerana ia sering digunakan seperti kajian-kajian lepas di atas. Kajian ini menggunakan pelajar sebagai responden. 2. dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar keseluruhan berada pada tahap yang sederhana. Melalui kajian ini. pelajar tidak suka guru menggunakan masa rehat mereka.5559 dan 2. Beliau juga mengatakan soal selidik . Dalam kajian ini. Responden hanya perlu memilih jawapan yang sesuai dengan pengalaman mereka sahaja. Najib (1999).

pengkaji tidak menggunakan set ujian kerana ia banyak dipengaruhi oleh faktor lain seperti tahap IQ pelajar. Faktor-faktor luar ini akan menggangu dapatan kajian. cepat dan menjimatkan masa untuk memperolehi maklumat secara kualitatif dan kuantitatif. Tujuan penyelidik menggunakan sebuah sekolah adalah untuk mengecilkan skop dan bertumpukan kepada sekolah yang dipilih sahaja. Tetapi dalam kajian ini. keupayaan pelajar. Kajian ini juga menggunakan sebuah sekolah sahaja dan hanya menumpukan kepada tingkatan tiga. cara pelajar belajar dan sebagainya. . Berdasarkan kajian-kajian yang dinyatakan di atas kebanyakan penyelidik menggunakan beberapa buah sekolah dan ada juga menggunakan sebuah sekolah. Penyelidik tidak mahu faktor lain yang akan mempengaruhi keputusan kajian jika banyak sekolah digunakan. Terdapat juga beberapa pengkaji dari kajian lepas menggunakan set ujian dalam mendapatkan maklumat responden.merupakan cara yang tepat.

soal selidik selalu digunakan untuk mengukur perkara yang berkaitan dengan sikap. prosedur kajian.BAB 3 METHODOLOGI 3. persampelan kajian.1 Pengenalan Bab ini membincangkan proses mengumpulkan maklumat dan prosedur yang digunakan bagi mendapatkan maklumat responden serta tatacara menganalisa data. dan instrumen kajian. Kajian jenis ini bertujuan memberi penerangan yang sistematik mengenai ciri-ciri populasi dengan tepat.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana soalan kaji selidik diedarkan kepada pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah untuk mendapatkan data. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini seperti rekabentuk kajian. Menurut Mohd Najib Abd. Ghafar (1999). persepsi dan pandangan selain latar . 3. Cara ini berkesan dan mudah untuk memungut data dari bilangan sampel yang banyak.

Pemilihan sampel dijalankan secara rawak di sebuah sekolah harian dan dilaksanakan sebanyak dua kali. Sampel terdiri daripada semua pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah. Jenis sampel dalam kajian ini ialah jenis persampelan bertujuan (purposive sampling method). biasanya dirujuk sebagai sampel pertimbangan.3 Sampel Kajian Menurut Mohd. seramai 40 orang pelajar tingkatan tiga bagi sesi 2013 akan dijadikan sebagai sampel. Menurut Abu Hassan (2011). Ralat persampelan dapat dikurang dan pertambahan saiz sampel akan mewakili populasi kajian.belakang. Menurut Majid Konting (1998) penggunaan saiz sampel perlu digalakkan melebihi 30 unit kerana andaian taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit. Sampel pertama melibatkan seramai 20 orang pelajar digunakan untuk kajian rintis bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Majid Konting (1990). Dalam kajian ini. adalah dipilih sendiri oleh penyelidik yang difikirkan dapat mewakili populasi. Manakala sampel kedua melibatkan seramai 20 orang pelajar . persampelan merupakan proses memilih sampel untuk mewakili populasi yang akan digunakan untuk memperolehi statistik yang akan digunakan untuk menganggar parameter populasi berkenaan. sampel mengikut tujuan. Ini kerana tujuan kajian ini memerlukan sampel yang sesuai. 3.

Seterusnya memohon surat kebenaran dan mendapatkan kebenaran pihak sekolah.1 Perancangan Awal Penyelidik membuat perancangan awal dengan menentukan tempat kajian. Sekolah yang dipilih merupakan sekolah harian gred A. Seramai 40 orang pelajar dipilih sebagai sampel dan dilakukan secara rawak. iaitu sebuah sekolah di daerah Tanjung Malim. 3. penyelidik mendapatkan surat permohonan untuk menjalankan kajian di sekolah yang dipilih daripada pejabat pendaftar UPSI. Pengkaji akan membuat perancangan awal terlebih dahulu. Penentuan tempat ditetapkan. Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan surat kebenaran rasmi.2 Surat Permohonan Langkah kedua pula. 3. Akhirnya membuat kajian rintis dan kajian sebenar. sampel kajian.4 Prosedur Kajian Prosedur kajian adalah bagaimana pengkaji menjalankan kajian daripada awal sampai akhir kajian. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang mengandungi 30 item. Perak.4.4. Universiti . dan alat kajian. 3. Alat kajian ini digunakan untuk memperolehi data terhadap persepsi pelajar Matematik tingkatan dua terhadap pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Permohonan dibuat melalui Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar. (HEP).digunakan untuk kajian sebenar. Pengkaji mengemukakan borang permohonan pada Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.

penyelidik mendapatkan kebenaran daripada pengetua sekolah berkenaan untuk menjalankan penyelidikan. tujuan utama kajian rintis dijalankan ialah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian bagi memastikan maklumat yang diperolehi mencapai matlamat penyelidikan. saiz sampel rintis tidak perlu terlalu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian iaitu seramai 15 hingga 20 orang. kajian ini juga boleh menguji kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan kerana soal selidik yang digunakan direka sendiri oleh pengkaji. Menurut Mohd. . Menurut beliau juga. Najib Abdul Ghani (2003).4 Kajian Rintis Langkah seterusnya.4. Selain itu. Kajian rintis ini dijalankan untuk memastikan kesahan soalan-soalan yang dikemukakan difahami atau tidak oleh responden. penyelidik akan membuat kajian rintis terlebih dahulu. penyelidik berhubung dengan guru kelas tingkatan tiga untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan soal selidik terhadap pelajarnya dan akan menggunakan sedikit waktu pelajar ketika pelajar mahu pulang sekolah. 3.Pendidikan Sultan Idris. Sampel yang digunakan dalam kajian rintis ini tidak akan dimasukkan semula ke dalam kajian sebenar.3 Kebenaran Pihak Sekolah Kemudian. 3. Seramai 20 orang pelajar tingkatan tiga dari sekolah yang ditetapkan dipilih sebagai sampel kajian dan pemilihan sampel akan dilakukan secara rawak.4. Seterusnya.

penting bagi mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Di dalam kajian ini. Pemilihan instrumen ini kerana dapat menjimatkan masa. Alat ukur digunakan untuk mengukur pembolehubah yang dikaji menurut kajian Mohd Majid Konting. Masa 30 minit akan diberikan untuk menjawab 30 item yang dikemukakan. (1990). Penyelidik akan mengedarkan borang soal selidik yang diuji dan memberi taklimat tentang kajian yang dijalankan kepada responden.3. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan. Soal selidik akan dijalankan secara serentak kepada semua responden pada masa dan hari yang sama. . Menurut Sulaiman Ngah Razali (2002). soal selidik merupakan satu cara paling mudah untuk memperoleh maklumat dan mempunyai beberapa kebaikan dibandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha mendapatkan maklumat kuantitatif.4.5 Kajian Sebenar Kajian sebenar akan dijalankan ke atas 20 orang pelajar tingkatan tiga di sekolah yang ditetapkan dan digunakan sebagai sampel kedua.5 Instrumen Kajian Alat penyelidikan atau juga dikenali sebagai alat ukur. Bagi mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik ini pengkaji mendapatkan pengesahan pakar dalam bidang pendidikan. mudah dikendalikan dan menjimatkan kos untuk menganalisis data. Set soal selidik ini dibina sendiri oleh penyelidik menggunakan Bahasa Melayu. 3. penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif di mana set soal selidik diedarkan murid dengan 30 item untuk diuji berkenaan objektif kajian yang ingin diuji.

2 Bahagian B Bahagian ini mengenai soal selidik tentang persepsi pelajar terhadap penukaran Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dalam subjek Matematik. Terdapat 15 item yang perlu dijawab oleh responden. bangsa. pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga. Responden hanya perlu menandakan (/) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuaian maklumat dan latar belakang responden. tahap pendidikan ibu bapa.Soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu : Bahagian A : Latar belakang responden dan keluarga. Bahagian ini mengkaji mengenai faktor dominan iaitu diri sendiri. 3. Responden perlu berlaku jujur bagi mendapatkan kesahihan keputusan. Bahagian C: Soal selidik untuk mengenalpasti persepsi murid terhadap penggunaan bahasa yang digunakan oleh guru semasa pengajaran Matematik.5. . Bahagian ini mengandungi item-item mengenai faktor demografi iaitu jantina.5. 3. Responden perlu menjawab tentang persepsi mereka terhadap pengalaman semasa pembelajaran Matematik.1 Bahagian A Bahagian ini merupakan bahagian soal selidik mengenai latar belakang responden dan keluarga. Bahagian B: Soal selidik untuk mengenal pasti persepsi murid tingkatan tiga tentang penukaran Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dalam subjek Matematik.

Pelaksanaan Skala Likert adalah seperti berikut : 5 – Sangat setuju (SS) 4 – Setuju (S) 3 – Tidak pasti (TP) 2 – Tidak setuju (TS) 1 – Sangat tidak setuju (STS) .5. Responden perlu memberi pendapat terhadap penggunaan bahasa semasa pengajaran guru berlangsung.3 Bahagian C Bahagian ini pula mengenai soal selidik persepsi pelajar terhadap penggunaan bahasa yang digunakan oleh guru Matematik. Bahagian ini cuma melibatkan pandangan pelajar terhadap bahasa yang digunakan oleh guru.5. Responden hanya perlu membulatkan nombor-nombor yang disediakan untuk memberi maklum balas terhadap setiap item dalam soal selidik.3. Bagi memudahkan responden menjawab soalan dalam bahagian B dan bahagian C. Terdapat 10 item yang perlu dijawab oleh responden. 3.4 Skala Likert Soal Selidik ini untuk mengenalpasti persepsi pelajar tentang pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Bahagian ini mengkaji mengenai faktor dominan juga iaitu guru. Skala Likert digunakan di mana responden hanya perlu memilih jawapan yang difikirkan sesuai mengenainya.

masih terdapat beberapa kelemahan pada skala ini seperti kecenderungan responden menyatakan tidak pasti pada pernyataan yang diberi. Menurut Majid (1990). Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science.Jadual 1 : Taburan Skala Likert Aras Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Sumber : Mohd.6 Analisis Data Hasil dapatan dalam kajian ini akan dianalisis berdasarkan tujuan kajian. Skala Likert digunakan kerana ia mengandungi skala jawapan yang luas diberikan kepada responden untuk menjawabnya. Analisis deskriptif dan peratusan digunakan untuk menentukan pandangan pelajar terhadap pemansuhan PPSMI kepada Bahasa Melayu dan melihat taburan latar belakang responden. beliau juga menyatakan. skala ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Najib (1999) Singkatan SS S TP TS STS Skor 5 4 3 2 1 Dalam kajian ini. . Jawapan daripada semua responden dalam soal selidik akan dijumlahkan untuk mendapatkan jumlah skor keseluruhan. (SPSS) Version 17 For Window. Namun. 3.

Nilai Alpha yang kurang daripada 0.59 ke bawah 0.6 hingga 0.6 dianggap lemah. (1990).8 adalah dianggap baik. 3. manakala 0.3. menjelaskan Alpha Cronbach merupakan reliability coefficient yang menunjukkan bagaimana sesuainya hubungan item-item sebagai satu set soalan. Min adalah purata dengan mencampurkan semua skor dan dibahagikan dengan jumlah responden atau item.6 atau lebih. semakin tinggi kebolehpercayaan dalamnya. maka ia menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi bagi sesuatu alat kajian atau soal selidik tersebut.6. Pengiraan min merupakan penilaian bagi setiap jawapan kepada persoalan kajian dalam kajian ini. Menurut Sekaran (1992). Majid.6. Jadual 2 : Nilai Apha Cronbach Nilai Alpha 0. Oleh itu.7 0.2 Min Pengkaji akan mengira min bagi setiap item-item dalam Bahagian B dan C. nilai Alpha yang ditetapkan dalam kajian ini ialah melebihi 0. Purata kecenderungan setiap pembolehubah dapat dilihat melalui .8 ke atas Sumber : Sekaran (1992) Kebolehpercayaan Alat Kajian Lemah Boleh diterima Baik Menurut Mohd.7 boleh diterima. Beliau menambah semakin hampir nilai Alpha kepada angka 1. Seterusnya nilai yang melebihi 0. sekiranya nilai Alpha Cronbatch bersamaan dengan 0.1 Ujian Alpha Cronbach Soal selidik pula akan diuji dan dianalisi dengan menggunakan Ujian Alpha Cronbach.6.

00 hingga 2.68 hingga 5.00 Sumber : Mohd. Majid (1990) Tahap Rendah Sederhana Tinggi .34 hingga 3.33 2. Jadual 3 : Julat min bagi menjawab persoalan kajian Skor Min 1.nilai ini. Berikut adalah julat min bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan oleh Mohd Majid (1990).67 3. analisis skor min boleh digunakan untuk menentukan setiap tahap kecenderungan respon dalam penilaian setiap persoalan kajian. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer: Get 4 months of Scribd and The New York Times for just $1.87 per week!

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times