You are on page 1of 36

Kesihatan Mental

Kesihatan Mental
Objektif Pengajaran: Menerangkan definisi kesihatan mental. Menerangkan konsep kesihatan mental. Menjelaskan perkembangan perawatan mental di Malaysia. Menerangkan startegi rawatan penyakit mental.

Takrif Kesihatan
Kesihatan adalah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya.
(WHO 1947)

Takrif Kesihatan Mental


Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan menyumbang kepada masyarakat (WHO)

Takrif Kesihatan Mental


Kemampuan seseorang individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi dengan individu lain, dengan menggunakan cara pemikiran, perasaan dan keupayaan berkomunikasi bagi mencapai kesejahteraan hidup yang saksama. Dasar Kesihatan Mental Kebangsaan Malaysia.

Takrif Kesihatan Mental


Keadaan sejahtera, sempurna pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana individu itu dapat berfungsi dan melakukan kerja atau tugasan sehingga mencapai matlamat.

Konsep Kesihatan Mental


Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri. Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya. Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.

Ciri-ciri kesihatan mental baik


Terhadap diri sendiri:
Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Berupaya mengawal perasaan. Sanggup menerima kegagalan. Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral. Menghargai diri sendiri.

Ciri-ciri kesihatan mental baik


Terhadap orang lain:
Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain. Mampu memberi dan menerima kasih sayang. Tahu menghargai dan mempercayai orang lain. Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.

Ciri-ciri kesihatan mental baik


Terhadap cabaran:
Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah. Mampu mengatasi konflik dengan bijak. Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri. Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.

Ciri-ciri kesihatan mental tidak baik


Episod depress major: Hilang minat keseronokan terhadap hampir semua aktiviti. Menunjukkan keadaan depress, sedih, putus harapan & hilang keupayaan. Gangguan untuk bersosial Agresif, mengganggu hak orang lain. Gangguan penyesuaian Kerja / akedemik merumdum. Dependent Personality Disorder Pasif, kurang berdikari.

Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Baik


Menerima kenyataan diri secara realistik. Mengendali masa dengan baik (time management) Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak. Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain. Menjaga kesihatan fizikal.

Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Baik


Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah. Memastikan rehat dan tidur yang cukup. Mengendalikan tekanan mental secara berkesan. Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik. Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.

Akibat Mengabaikan Kesihatan Mental


Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
Perasaan rendah diri. Tekanan dalam hidup. Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga. Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan).

Akibat Mengabaikan Kesihatan Mental


Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan. Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah). Peningkatan risiko penyakit mental.

PENYAKIT MENTAL

Takrif Penyakit Mental


Definisi Penyakit Mental: Seseorang itu mengalami gangguan pergerakan, perasaan, persepsi, pemikiran, orientasi, ingatan dan kesedaran, yang menjejaskan kebolehan individu tersebut untuk berinteraksi sebagai anggota dalam masyarakat seterusnya memerlukan kerjasama anggota lain dalam masyarakat bagi memulihkan keadaannya.

Takrif Penyakit Mental


Definisi Penyakit Mental: Dibezakan mengikut tahap keterukan, jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Bersifat sementara dan boleh berulangulang di sepanjang hayat seseorang.

Klasifikasi Umum
Terbahagi kepada dua kumpulan; Penyakit-penyakit psikosis. Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis).

FAKTOR PENYEBAB
Terbahagi kepada dua kumpulan; Faktor luaran. Faktor dalaman.

FAKTOR PENYEBAB
Faktor luaran (Extrinsic). Fizikal. Infeksi (PTB). Intoksikasi (dadah). Kecederaan (otak). Malnutrition. Anoxia.

FAKTOR PENYEBAB
Faktor luaran (Extrinsic). Psiko-sosial. Sosio budaya (penghijrahan). Bimbingan (family up bringing). Konflik. Kematian (kehilangan). Tekanan.

FAKTOR PENYEBAB
Faktor dalaman (Instrinsic). Genetik. Genetik spesifik. Keabnormalan kromosom. Keabnormalan biologokal.

FAKTOR PENYEBAB
Faktor dalaman (Instrinsic). Constructional. Autunomic reactiviti personality temperament.

Sejarah Psikiatri di Malaysia


Sejarah Awal
Mula dibina di Pulau Pinang. Untuk 25 orang pesakit. Ditutup setelah pembinaan hospital di Singapura siap.

Sejarah Psikiatri di Malaysia


Hospital Bahagia:
'Federal Lunatik Asylum' telah siap pada 1911. Ia hanya mengandungi tiga buah wad lelaki dan sebuah wad perempuan. Boleh merawat seramai 45 orang pesakit sahaja yang terdiri daripada 30 pesakit lelaki dan 15 pesakit perempuan Pada tahun 1928 Central Mental Hospital (CMH). Pada tahun 1971 Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Sejarah Psikiatri di Malaysia


Hospital Permai
Mental Assylum telah dibina pada tahun 1916 Pada tahun 1929, hospital ini telah ditukar namanya kepada Lunatic Assylum. Pada tahun 1937 Johor Mental Hospital. Semasa Pendudukkan Jepun, Hospital Permai berfungsi sebagai tempat perawatan, pemulihan, tempat berlindung penduduk.

Sejarah Psikiatri di Malaysia


Hospital Permai
Pada tahun 1945, menjadi markas Jungle Squad. Pada tahun 1951, proses pengambilan semula pekerja untuk bekerja semula di Mental Hospital. Pada tahun 1972, Y.B. Tun Sardon B Hj Jubir, menamakan hospital ini dengan nama "Hospital Permai".

Konsep Rawatan
Pengasingan dari masyarakat. Tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya. Tiada usaha menyembuhkan. 1950 an mula penggunaan ubatan. Psikiatri diterima sebagai satu cabang perubatan sendiri. Desentralisasi Perkhidmatan Psikiatri.

Jenis Perkhidmatan Psikiatri di Malaysia


Rawatan Penyakit Mental. Psikiatri Kanak-kanak. Rawatan Cacat Akal. Psiko Geriatik. Psikiatri Forensik.

Kemajuan Perkhidmatan Psikiatri di Malaysia


Zaman Penjajahan kaedah pengasingan dan kurungan. Menjelang Kemerdekaan penggunaan ubatan yang baru ditemui. 1992 Polisi Disentrilasasi Perawatan Psikiatri. 2000 Kempen Gaya Hidup Sihat Kesihatan Mental.

Kesihatan Mental
Objektif Kesihatan Mental:
Menyediakan satu perkhidmatan yang

komprehensif untuk semua golongan


umur yang ada masalah kesihatan mental.

Jenis Perkhidmatan
1. Perkhidmatan untuk pesakit dan keluarga.
2. Pendaftaran pesakit di klinik berhampiran.

3. Pendidikan kesihatan, promosi kesihatan,


kuratif dan rehabilitasi

4. Kaunseling kepada pesakit dan keluarga.

Peranan Pembantu Perubatan. Mengenalpasti pesakit yang bermasalah mental serta merujuk mereka kepada pakar/pegawai perubatan. Pengesanan awal rujukan awal.

Peranan Pembantu Perubatan. Menerima pesakit yang dirujuk oleh unit-unit psikiatrik dan meneruskan rawatan mengikut jadual. Rawatan susulan. Pemesanan ubat.

Peranan Pembantu Perubatan. Mengumpul dan menyimpan rekod-rekod pesakit. Bekerjasama dengan ahli pasukan lain untuk memberi pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan kepada pesakit dan keluarganya.