KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ABAD KE 21: SATU PERBINCANGAN

WAN ZAH WAN Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Email: wanzah@educ.upm.edu.my

Abstract The 21st century offers various sophisticated technologies that enable educational programs to be more dynamic and interactive. However, the effectiveness of these technologies requires in-depth study and detailed planning. This paper argues that any planning must be based on a clear concept of teaching and learning paraltel to our educational goal. To show which concept is suitable, several concepts and theories on learning and teaching have been explored. It was discovered that the concept of learning and teaching arising from phennomenographic research appears to be an alternative to other existing ones. In fact, it is suitable to be adopted in this century. This paper discusses the above concept and illustrates how it could be applied in the classroom.

1

Masalah Pendidikan Jilld 21,1998 PENGENALAN Sudah banyak diperkatakan tentang irnpak era teknologi maklumat dan globalisasi dalam kehidupan rnanusia sama ada dalam aspek ekonomi, politik, sosial mahupun pendidikan. Dalam dunia pendidikan, era ini dikatakan dapat rnencetuskan satu reformasi baru. Menurut Nik Azis Nik Pa (1997), sebuah program pendidikan yang lebih dinamik dan interaktif dapat dibina kerana teknologi multimedia interaktif mempunyai kekuatan untuk berfungsi dalam pelbagai aspek program pendidikan seperti proses pengajaran, proses pembelajaran, penggunaan masa pernbelajaran, penilaian pencapaian murid, peranan guru, peranan murid dan pengurusan pendidikan. Pendek kata, kemudahan teknologi terkini, jib digunakan secara optimum dapat rneningkatkan kualiti pendidikan sesuai dengan keperluan abad ke 21. Untuk rnencapai hasrat ini, kita, para pendidik berdepan dengan satu cabaran yang sungguh kritis sebab manafaat teknologi terkini ini hanya boleh dikecapi jika ia digunakan dengan betul, Penggunaan yang betul ini pula biasanya berpunca daripda perancangan yang rapi. Maka, kita berdepan dengan persoalan perancangan yang bagairnanakah paling berkesan agar kernudahan teknologi ini dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pernbelajaran sesuatu mata pelajaran. Perancangan ini rnenjadi semakin penting kerana revolusi komunikasi ini sendiri ternyata tidak dapat menlngkatkan prestasl pelajar secara automatis, walaupun pada hakikatnya revolusi tersebut membuatkan pembelajaran lebih menyeronokkan, mudah dan global. Sebagai contoh, jarnaludin Mohaiadin (1997) mendapati penggunaan Powerpoint tidak mampu meningkatkan pembelajaran 45 orang subjek kajiannyayang terdiri daripada pelajar Universiti Sains Malaysia, meskipun mereka seronok dengan warna dan persernbahan melalui Powerpoint. justeru, beliau rnerurnuskan bahawa soal reka bentuk pengajaran perlu dititikberatkan, Keperluan kepada perancangan rapi kelihatan lebih mendesak memandangkan matlamat pendidikan negara ini arnat mementingkan

2

perkara ini jelas tampak dalam sejarah nabi dan rasul serta para sahabat. perkara utama dan paling asas dalam proses ini ialah perancangan itu perlu diasaskan pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang mantap serta seiring dengan cita-cita negara. Pembinaan sebuah reka bentuk pengajaran pun berasaskan pada konsep pembelajaran tertentu. TEORI PEMBELAJARAN TERDAHULU SEPINTAS IALU Minat manusia membincangkan soal pengajaran dan pembelajaran bukanlah suatu perkara yang baru. 1997). Untuk memastikan pemilihan konsep pembelajaran dan pengajaran yang sesuai. Kurniaan ini berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain dan ini menjelaskan mengapa . Ini kerana konsep yang kukuh akan menjadi landasan kepada sebarang tindakan yang diambil. Manakala konsep yang kabur akan membuahkan tindakan yang tidak keruan.Konsep Pengajaran dan Pembclajaran di Abad kc 21 pembinaan potensi insan dalam sernua aspek .rohani. Daripada perbincangan ini juga. seseorang itu boleh belajar lebih banyak dan lebih cepat.M) bahawa manusia dilahirkan dengan sejumlah pengetahuan yang diperolehnya dari alam sebelum kelahiran. Jika diusul. Berdasarkan Perspektif Persepadu Sejagat. apakah yang perlu dilakukan dalam membuat perancangan tersebut? Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilklra. matlamat asas pendidikan baik di peringkat sekolah rendah atau di peringkat sekolah rnenengah adalah untuk memanusiakan manusia dan pemperadabkan manusia (Nik Azis Nik Pa. Maka. namun pada pandangan penulis. kemungkinan rasional untuk menoleh ke arah konsep yang baru dapat digariskan. teori-teori pembelajaran terdahulu yang dihasilkan oleh para pengasas bidang pendidikan perlu ditinjau. kognitif. teori pembelajaran bermula dari masa Plato menvatakan pandangannya dalam The Republic (sekitar tahun 403 atau 402 S. Bagi Plato. manusia belajar dari apa yang telah ada dalam dirinya. Ini bererti pembelajaran adalah satu proses untuk memanggil atau mengingat semula apa yang telah dikurniakan dalarn jiwa seseorang. Menurut pandangan Barat. )usteru. afektif dan fizikal dalam bentuk yang menyeluruh dan berscpadu. 3 .

Manusia tidak mampu mempelajari suatu yang baru. That which is already recollected you do not need to recollect. you would not know that it is what you want to recollect. Keadaan ini boleh diibaratkan semacam tindakbalas antara mata dengan fikiran. karnera akan segera mernbuat pernerhatian. Kecualilah jika rninda manusia seperti kornputer yang kaku dan boleh diarah untuk tidak merakamkannya. Pengajaran sekadar membuka minda manusia melihat sesuatu yang telah sedia ada dalam dirinya dengan lebih jelas dan tidak lebih daripada itu. you cannot recollect knowledge from within. Tentunya sukar untuk manusia untuk menutup mara apabila rnelihat sesuatu yang unik dan menarik walaupun perkara itu tidak pernah terfikir sebelumnya. Marton dan Booth (1996.1998 pengajaran hanyalah satu proses untuk mendorong seseorang itu mengingat kembali. Teori pembelajaran Plato ini menimbulkan banyak bangkangan kerana meletakkan manusia sebagai objek yang pasif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. and that which is not recollected you cannot recollect because you do not know what you are trying to recollect.S) mempersoalkan kewajaran teori ini dengan berkata: Just as you cannot search for knowledge in the world outside. dan rnaklurnat terus dirakam dan disimpan ke dalam komputer. m. 4 . Berdasarkan kenyataan di atas kelihatan manusia ini tidak belajar apa-apa kerana ia sendiri tidak tahu apa yang hendak dipelajari.s. di luar daripada apa yang ada dalam pengetahuan sedianya. Jika diandaikan mata manusia sebuah kamera video dan minda sebagai komputer dan kedua-duanya disambungkan.Masalah PendidikanJilid 21. Ini menunjukkan Plato gagal menghuraikan persoalan yang beliau timbulkan sendiri dan mungkin disebabkan hujahnya tentang bagaimana manusia belajar agak bertentangan dengan fitrah manusia sendiri. Persoalan tentang bagaimana manusia mendapat pengetahuan tidak terjawab dengan jelas oleh teori Plato ini. And if you were to come upon it. Pembelajaran pula dilihat sebagai suatu proses yang mengongkong manusia.

(Dipetik daripada Phillips dan Soltis. Namun jika diteliti.14) Sekilas pandang. The child also will experience certain "internal" phenomena. Locke membayangkan pernbelajaran sebagai berikut: The newborn baby knows nothing. and SQ on. puzzlement.s.mereka hanya sebuah bekas yang kosong yang menanti untuk diisi! Bagi Locke dan mungkin juga Plato. such as concentration.Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Abad ke 21 Dua ribu tahun selepas Plato. and from this there will be acquired certain other simple ideas that will be added to the rest. teori pembelajaran moden mentafsirkan pengalaman sebagai sesuatu yang terhasil daripada penglibatan aktif pelajar dengan persekitarannya. ia perlukan persekitaran yang sesuai. seorang ahli falsafah British. Gradually the child will use his or her powers of combination. Untuk membolehkan keupayaan ita berfungsi. The resulting simple ideas are retained because the mind has the power of memory. pengalaman adalah sesuatu yang berlaku tanpa kehendak pelajar. A corollary of this is that all complex ideas can be traced back to the combination of a certain number of simple ideas. It sees shapes and colors. Sedangkan. But no simple idea can be invented. if the child has not had the necessary experience. m. 1985. Walau bagaimanapun. the simple idea will be missing. it hears things. muncul satu lagi teori pembelajaran yang dicernakan oleh John Locke (1632-1704). abstraction. teori Locke kelihatan sempurna. jelas ia juga seperti Plato . beliau berpendapat rnanusia dilahirkan seperti sebuah bekas yang kosong. Dengan rnengumpulkan sedikit derni sedikit pengalaman barulah boleh manusia menyelesaikan sesuatu masalah. to build up complex ideas. Berbeza daripada Plato.pelajar adalah objek yang pasif . dalam tubuh yang kosong ini. but it immediately starts to have experience of its environment via its sense. love. and rage. and this in turn will limit what can be produced in the way of complex ideas. it tastes and touches and smells. 5 . Locke mempercayai manusia telah dilengkapkan dengan keupayaan biologi tertentu.

pembelajaran menurut aliaran ini adalah satu proses mendapatkan dan mengembangkan idea dalam fikiran pelajar. m. but should be aimed at produc- 6 . 1998 Model Atomistik Locke juga memperlihatkan idea-idea yang mudah itu disatukan dalam bentuk mekanikal. fikiran atau minda adalah suatu yang subjektif dan bukan satu entiti yang boleh diperhati. idea-idea yang berlaku secara serentak dapat dihubungkan oleh minda. Jika ini berlaku. Ertinya. adalah wajar mengkaji proses biologi ke atas haiwan bagi mendapatkan sebahagian gambaran tentang tabiat manusia. Malah persoalan tentang bagaimana manusia mendapat pengetahuan tentang dunianya. behaviorists do not believe teaching should be strengthening the mind. persoalan yang berkaitan dengan minda perlu dielakkan. Because mental states cannot be observed. Dalam lain perkataan. Dunia pendidikan akan menjadi sebuah syurga! Dua puluh tiga abad selepas Plato menghasilkan teorinya.s. Oleh itu. dan operant conditioning atau response reinforcement bebauorism. dan mereka akan belajar segala-galanya. Yang dipentingkan ialah bagaimana manusia mempelajari satu tingkahlaku yang baru. dan selepas Darwin menghasilkan teori evolusi pada tahun 1859. Oleh yang demikian.Masalah Pendidikan Jilid 21. yang datangnya hanya melalui pengalaman? Misalnya... Soalnya. kerja guru menjadi amat mudah. Bagi saintis ini. adakah pembelajaran berJaku semudah itu? Adakah idea-idea kompleks terhasil secara mekanikal juga sepertimana terhasilnya idea yang mudah. iaitu classical conditioning atau stimulus substitution behaviorism. Terdapat dua tradisi dalam aliran ini. hubungkan sahaja peJajar dengan saru kumpulan idea yang mudah yang tertentu. Berhubung dengan perkara lni Thomson. 8) menyatakan: Behaviorists consider the mental state of a learner to be merely a predisposition. Kedua-duanya didapati tidak mengambil kira tentang asal usul idea atau konsep sepertimana yang ditekankan oleh Plato dan Locke.. Simonson dan Hargave 1992. Manakan tidak. Penyelidikan ke atas haiwan ini melahirkan aliran behaviorism. manusia dilihat mempunyai hubungan biologi dengan binatang. dengan mengenal huruf maka dengan mudahnya pelajar dapat memahami erti ayat dan perkataan. bukan merupakan satu persoalan bagi ahli behavioris.

menyeclarkan para pendidik bahawa perkembangan pelajar berlaku secara berperingkat. Sebaliknya.. Di akhir dekad kelima abad ke 20. pengetahuan tidak wujud "di luar sana". Piaget percaya bahawa kebolehan manusia berfikir dan belajar adalah bersifat adaptif. seorang biologis berbangsa Swiss dengan satu teori yang hingga kini mendapat tempat dalam dunia Perkembangan Psikologi. Baginya. Proses ini berlaku berulang kali dan di sepanjang proses itu pengetahuan baru yang lebih tinggi tahapnya akan terhasil. Kedua. muncul pula Jean Piaget. tersedia untuk diambil daripada persekitaran. Pengetahuan itu juga tidak sedia wujud dalam diri manusia sepertimana yang diwar-warkan oleh Plato. mereka berminat untuk mengkaji bagaimana pelajar dapat dibentuk untuk membuat sesuatu perkara seperti mendapatkan jawapan yang betul. fungsi biologi yang ada pada rnanusia dapat membantu manusia itu mengendalikan persekitarannya. menulis formula dan lain-lain. melaksanakan ujikaji. para behavioris tidak berminat untuk mengkaji bagairnana pelajar memahami Hukum Newton. Misalnya. 7 . akhimya peJajar tersebut dapat menyukat air dengan betul) ke akomodasi (penghasilan konsep dan operasi baru serta membabitkan perpisahan antara cara pemikiran dan konsepsi lama melalui pembinaan konsepsi barn atau modifikasi konsepsi yang sedia ada).to change the students in some obvious and measurable way.. Bermula dari peringkat rendah. jika pelajar berkali-kali menyukat air dengan selinder penyukat. Pertama. Ertinya.Konsep Pengajaran dan Pcmbelajaran di Abad ke 21 ing desirable outcomes in students. proses pembelajaran atau berfikir dapat dihuraikan dalam struktur mental atau kognitif. Dengan itu. Teori ini memberikan beberapa sumbangan berguna kepada dunia pendidikan. Jika dibuat analogi perlaksanaan aliran ini dalam bilik darjah. pengalaman memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep. Pengetahuan bagi Piaget dikonstruk atau dibina oleh individu manusia itu sendiri me1alui interaksinya dengan persekitaran. asimilasi (pelajar berinteraksi dengan persekitaran bagi menghasilkan pengembangan suatu struktur konsepsi tanpa melibatkan sebarang modifikasi terhadap struktur tersebut.

make new expression from it. It is about how people take in information. kritikan ini lebih mempersoalkan asas metodologi yang diambil oleh aliran kontruktivism. dalam pembelajaran.. soalnya bagaimana seseorang itu dapat berinteraksi dengan sesuatu yang terpisah daripada dirinya? Apakah tidak boleh dilenyapkan sahaja sempadan itu agar manusia bebas membina pengetahuan tentang dunia yang mereka diarni ini? Mungkin lebih banyak manafaat yang boleh diperoleh jika manusia berusaha secara muafakat membina pengetahuan bersamasarna daripada bekerja sendirian. operasi dan skima ke dalam fikirannya tetapi pada masa yang sama menyusunkannya secara dalaman mengikut cara yang tersendiri. how they make decisions. that is most of what cognitive psychology is about. cognitive psychologists now theorize about human capacities and behaviour 8 .99) menjelaskan bidang ini seperti berikut: Computer take symbolic input. how they recode and remember it. and how they translate these states into behavioral outputs . As a consequence of coming to know computer science. pelajar bukan sahaja cuba menyematkan konsep. seseorang itu membina pengetahuan tentang dunia ini secara sendirian. make decisions about the recoded input. Lachman dan Butterfield 1979. and give back symbolic output. sains komputer. Maka. tetapi tidak seperti teori-teori terdahulu.1998 Pelajar yang tidak mempunyai pengalaman yang cukup mungkin tidak dapat memahami sesuatu konsep. how they transform their internal knowledge states. Walau bagairnanapun teori ini juga tidak terlepas daripada kritikan. Diakhir tahun 50an.s.Masalah Pendidikan Jilid 21. store some or all the input. Apa yang mengelirukan. muncul pula revolusi sains kognitif Komputer dimodelkan atau dihipotesiskan sebagai minda. Ketiga. Maka terbinalah satu bidang penyelidikan baru yang menggabungkan bidang psikologi. Menurut pandangan kontruktivis. m.. proses pembina an pengetahuan ini berlaku melalui interaksi individu dengan persekitarannya. Justeru. falsafah dan linguistik. Lachman. terdapat sernpadan yang memisahkan dunia (pengetahuan) yang dibina oleh seseorang individu dengan dunia lain di luar dirinya. By analogy.

Australia mendapati kemahiran belajar yang dipelajari daripada guru menjadikan pelajar beranggapan pernbelajaran hanyalah satu usaha mendapatkan dan meluahkan semula maklumat. Implikasinya. storage. m. kornputer mempunyai kuasa yang berbeza-beza. executive processor and system architecture. guru dikehendaki menggunakan pelbagai strategi dalam menyelesaikan masalah pembelajaran muridnya sepertimana diperkatakan oleh Me Keachie 1980.280) di Universiti Melborne. bagi pelajar yang lemah. Perbezaan keupayaan ini tidak dilihat mempunyai kaiatan dengan perbezaan pada kuasa komputer. sedangkan yang lain kuat berusaha.Salah seorang subjek beliau menyatakan: 9 . Adakah perbezaan ini dapat menjelaskan perbezaan di kalangan manusia? Sesetengah manusia amat berbakat di bidang lakunan. Pertama. mengandaikan minda manusia sebagai komputer menimbulkan banyak persoalan. buffer.Konsep Pengajaran dan Pembclajaran di Abad kc 21 using concepts such as input. The effectiveness of student learning depends on some extent upon the strategy used by the student.s. This suggests two tasks for teachers: (1) teaching students to. m. Students often fail to choose the strategy that they can use most effectively and also fail to match their strategy to learning task. Namun.s. Tentunya kita tidak dapat rnenafikan kekuatan komputer dalam menyimpan dan mengingat sejumlah besar maklumat jika dibandingkan manusia yang mudah lupa.identify their own most effective learning strategies. Apa tidaknya. tetapi lemah di bidang sains.89). maka akan diberi strategi berbeza daripada pelajar yang cerdas. Sesetengah pelajar mudah jemu belajar di bilik darjah. and (2) teaching students how to use a larger repertoire of methods of learning. Kesan daripada pendekatan seperti ini menjadikan pelajar mementingkan aspek strategi lulus peperiksaan daripada memahami bahan pernbelajaran. Kajian Ramsden 1987.

Komputer tidak dapat menunjukkan sikap belas ehsan. sains kognitif juga tidak dapat memberi penjelasan yang meyakinkan. namun dalam dirinya sudah dilengkapkan dengan peralatan yang dapat menyusun. setiap ransangan diterima melalui deria dan melalui sistem saraf ia akan ditafsirkan maksudnya. bagi kanakkanak. Selanjutnya. manusia tidak dapat semahunya menyoal. data yang tidak diketahui maknanya disintisiskan (dalam fikiran) berdasarkan maklumat dari luar. Mereka tidak ada pengetahuan. emosi dan lain-lain. 1998 I don't think you have to understand. Sains kognitif mengandaikan kanak-kanak yang baru Iahir sama seperti komputer yang baru keluar dari kilang. Jika model komputer digunakan. Apa yang unik. you just have to be able to recite…used some of the techniques they suggested and they were excellent. keinginan. Komputer tidak mampu berinteraksi dengan maklumat yang tidak ada dalam programnya. Ini bermakna model pembelajaran berdasarkan komputer rnasih belum cukup sesuai dengan manusia. Bagi kanak-kanak pula. sedangkan komputer tidak. merumus dan sebagainya. Kedua. Berkaitan dengan isu yang ditimblkan oleh Plato.Masalah PendidikanJilid 2I. struktur pengetahuan dalam komputer amat padu dan rigid. prihatin dan memahami seperti yang dapat dilakukan olah manusia. menyimpan dan mentafsir rnesej. mengusul. Jelaslah. satu entiti kers tanpa jiwa dan fikiran. bahawa teori ini masih meletakkan pelajar sebagai objek yang pasif. komputer tidak ada perasaan sedangkan manusia punya minat. Bagaimana mungkin untuk memanusiakan manusia jika manusia diibaratkan sebuah mesin? PEMIKIRAN ALTERNATIF TENTANG PEMBELAJARAN Hingga kini kita telah meninjau secara ringkas beberapa teori pembelajaran yang asas serta memperlihatkan kekuatan dan kelemahan 10 . sedangkan struktur kognitif dan pengetahuan manusia agak longgar dan fleksibel. Bagi komputer. apabila satu arahan yang betul diberikan ia akan mula beroperasi dan menunjukkan kekuatan kuasanya. komputer adalah mesin. Akhir sekali.

dunia yang kita kaji. Apa pun pengalaman yang dialami oleh manusia dirasai sama oleh penyelidik. Manusia tinggal di dalam dunia yang sarna dengan penyelielik. Jika pengalaman manusia dapat dinilai tentang kualitinya. Kehadirian penyelidik tidak memberi kesan ke atas kehidupan manusia. adalah dunia yang dialami dan dirasai sendiri oleh manusia. tidak ada dunia hakiki eli luar sana dan dunia subjektif di clalam diri. Manusia dan dunia ini tidak terpisah. dan bagaimana pengetahuan yang berada di luar sana menyerap masuk ke dalam pemikiran manusia. Kita mengalami atau menjalani hidup ini juga berbeza. Melaluinya. kerana itulah mereka masih tidak henti-henti menyelidik untuk mencari jawapan terbaik kepada persoalan apakah itu pernbelajaran dan bagaimana pembelajaran manusia dapat dipertingkatkan. 11 . justeru. kita menjadi lebih memahami tentang dunia yang kita diami ini. Ia merupakan satu alternatif kepada pernikiran tentang pembelajaran yang sedia ada. Jika teori pernbelajaran sebelum ini menitikberatkan pada soal dua dunia yang terpisah atau dualism. Pemikiran alternatif ini melihat dunia ini hanya satu. Tentunya perkara ini menjadikan kita khuatir. pengalaman rnanusia amat wajar dika]i. Manusia tidak sama di segi pengalaman. ticlak ada dunia di luar dan dunia di clalam. Apakah konsep pengajaran dan pembelajaran yang harus dipegang jika semuanya masih belum sempurna? Perkara ini disedari oleh para penyelidik di seluruh dunia. Di akhir abad ini. Dalam tinjauan tersebut. maka akan diternui manusia yang mengalami pengalaman yang lebih baik daripada yang lain atau mendapat pengetahuan tentang dunla ini lebih balk daripada yang lain. Pemikiran alternatif ini sedar bahawa manusia berbeza. Tegasnya. pada anggapan penulis amat penting dipertimbangkan memandangkan tonggaknya pa da pembentukan manusia pernikir. muncul satu lagi pemikiran tentang pembelajaran yang berbeza daripada sebelumnya. maka dalam pemikiran alternatif ini. ternyata persoalan tentang pembelajaran amatlah rumit dan masih banyak yang belum terjawab sepenuhnya. persoalan tersebut tidak merupakan isu perbincangan.Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Abad ke 21 teori tersebut. Maka. Pemikiran ini.

jika seseorang itu ingin memahami mengapa sesorang pelajar mempunyai tahap kefahaman yang berbeza walaupun diajar oleh guru yang sarna. Tegasnya. untuk memahami pembelajaran. bilik darjah dan segala aktiviti yang berlaku dalam sesuatu sistem pendidikan. Malah. maka ia haruslah mengkaji apakah apakah proses pembelajaran yang dilalui oleh pelajar itu sehingga membawa kepada kefahaman yang sedemikian. menurut konteks dan konten kajian. menu rut Svensson (1979) adalah arnat salah mengandaikan fenomena pembelajaran terdiri daripada set-set fenomena yang seragam. ]ika seseorang itu berhasrat untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu pula. Maka perbezaan dalam proses itu perlu dititikberatkan dan dihargai kerana itulah realiti yang wujud dalam proses tersebut. Mengambil pendirian ini maka pembelajaran tidak mungkin dihuraikan dalam satu proses yang umum. 1982). Kita perlu keluar mencari pengalaman sepertirnana Datuk Azhar Mansur keluar meredah gelombang bersama Jalur Gemilangnya.1998 Menyentuh tentang pengalaman. Pengalaman itulah yang berguna untuk ditafsirkan. Misalnya. jelasnya. pernikiran alternatif ini berpandangan sarna seperti ahli pernbelajaran moden yang mentafsirkannya sebagai sesuatu yang terhasil daripada penglibatan aktif manusia dengan persekitarannya. ]usteru. Manusia terlibat dalam pelbagai proses pembelajaran.Masalah Pendidikan Jilid 21. pemikiran alternatif ini menteorikan pembelajaran secara terbuka. Pengalaman tidak berlaku secara tiba-tiba dan pengalaman tidak berlaku di luar kehendak manusia. kecuali dalam bentuk ayat-ayat abstrak yang tidak berupaya mernandu kita ke arah memahami dan mempertingkatkan pembelajaran (Neisser. kita harus menoleh perhatian kepada pelajar. maka dia harus menggunakan maklumat yang diberikan oleh pelajar sendiri tentang apakah yang difahami oleh mereka tentang perkara tersebut. Proses pembelajaran berenang tidak sarna dengan proses pembelajaran matematik mahupun sejarah. Setiap aktiviti diteliti agar elernenelemen khusus mengenai bagaimana manusia belajar dapat dihasilkan. Grounded theory yang dihasilkan adalah cernaan fikiran dan pandangan mereka yang 12 . pembelajaran dalam bentuk umum tidak wujud.

Daripada kajian ini. 43) Oleh yang demikian. 1976a. 13 . bahaviour and mind of human kind constitute a complex whole which cannot be observed objectively or in parts by an outside researcher. deskripsi yang terhasil cukup mampan untuk kita memahami apakah yang sebenarnya berlaku dalam sesuatu konteks pernbelajaran dan dengan kefahaman itu membantu kita menangani masalah yang mempunyai persamaan dengan konteks pembelajaran itu. 1993). pengetahuan barn pula dibina.Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Abad ke 21 mengalami sendiri sesuatu pengalaman. Dengan kata lain. teori yang terhasil bukan untuk dibuat preskripsi. Dall'Alba dan Beaty (1993) dan Wan Zah (1997). pembelajaran membawa perubahan dalam berfikir sehingga dapat melihat realiti seperti adanya. 1987. Ia membebaskan manusia daripada ikatan pengalaman yang sempit dan terbatas. Dalam pencarian itu. aspek-aspek pembelajaran dan pengajaran yang penting diambilkira dalam melaksanakan usaha murni ini. Pertama. Sweden pada akhir tahun 70an (Marton dan Saljo.. Sejak pemikiran ini dicetuskan oleh Marton dan rakan-rakannya di University of Gothenburg. pembelajaran yang berkualiti adalah suatu proses pembinaan pandangan dan pemikiran barn hasil daripada pemerhatian dan penelitian seseorang terhadap pelajarannya dan pelbagai fenomena yang berlaku disekitar dunia kehidupannya. Marton dan Saljo. that the nature. 1976b). Ia mendorong manusia mencari makna dan memahami. dari sudut konsep pembelajaran dan pangajaran yang berkualiti dan kedua. mahupun generalisasi.s. Berdasarkan Marton. ratusan kajian telah dijalankan di selurnh dunia termasuk Malaysia (Wan Zah.. yang menggunakan pendekatan yang dikenali sebagai fenomenografi (Marton. beberapa ketetapan telah digariskan dalam usaha meningkatkan pembelajaran dan pengajaran. Ini adalah kerana pemikiran alternatif ini percaya: . 1981). Namun. (ZuberSkerritt. m.

1997). 1993.15) memperkukuhkan dakwaan ini dengan mengatakan bahawa pembelajaran di sekolah seharusnya bermaksud: Learning in school should be a movement towards being able to solve problems. Tegasnya. 1997). Seiring dengan konsep pembe1ajaran di atas. mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka (Ramsden. 1988) dalam usaha meningkatkan pembelajaran adalah seperti berikut: 1. pelajar dibentuk supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritikal. and towards being able to apply what one has learned in class to problem outside class. Lanjutan daripada konsep pembelajaran dan pengajaran di atas. It means having change one's understanding.s. Guru pula berfungsi sebagai pernangkin dan pembimbing bagi pelajarnya membuka jendela demi jendela agar alam yang luas ini kelihatan di mata dan di hati mereka dengan sejelas-jelasnya (Wan Zah. m. bukan kuantiti maklumat yang dapat mereka curahkan. maka konsep pengajaran yang berkualiti menjurus ke arah bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka mengubah kefahaman dan menjadikan mereka berkebolehan untuk belajar. Pembelajaran yang bersifat mendapatkan fakta dan prosedur semata-mata 14 . Ini bererti pembelajaran harus difikirkan sebagai kualiti dalam cara seseorang mengkonsepsikan sesuatu. maka aspek pembelajaran dan pengajaran yang penting dipertimbangkan menurut aliran pemikiran alternatif ini (Ramsden.Pembelajaran yang perlu dititikberatkan ialah kualiti kefahaman seseorang pelajar. Prosser & Lyons. Mereka bukan sekadar dapat menghujah tetapi juga mencipta sesuatu idea yang baru dan bernas. towards recognizing the power and elegance of concept in subject area. towards recognizing unfamiliar problems. Trigwell.Masalah Pendidikan Jilid 21.1998 Ramsden 1988. la melibatkan usaha mencari dan mengenalpasti salah tafsiran pelajar terhadap pelajaran yang diajar. It means a realization that 'academic' learning is useful for interpretating the world we live in.

Seorang pelajar bertanya. "Kedua-duanya sama besar sebab matahari memancarkan sinarnya keseluruh dunia". maka berikut diturunkan dua contoh yang dipilih daripada kajian yang dilakukan di Barat.Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Abad ke 21 seharusnya tidak diterima sebagai hasil daripada proses pendidikan. 3. "Burni kerana di burni ada air". sesuatu. kata Marcus. apa dia?" Daripada saat itu berrnulalah perbincangan. "Matahari kerana ia menyinari kita walaupun letaknya jauh daripada bumi". tambah Igrid. "Apakah yang lebih besar. Pelajar sentiasa belajar . proses dan hasil pembelajaran adalah dua perkara yang bersepadu.Berkaitan dengan perkaratas. Bagaimana konsep pembelajaran alternatif dapat direalisasikan? Bagi rnenjelaskan bagaimana konsep dan ketetapan di atas dapat diamalkan dalam bilik darjah. Ini bermakna pelajar tidak seharusnya diajar kemahiran belajar yang terpisah daripada bahan pernbelajaran dan konteksnya. kata Johanna. Contoh pertama dipetik daripada pemerhatian Pramling (dalam penerbitan) ke atas interaksi sekurnpulan pelajar dan guru yang sedang mempelajari tajuk pembesaran tumbuhan.Usaha meningkatkan pembelajaran memerlukan pemahaman dati perspektif pelajar. Perlu dinyatakan di sini bahawa kajian ini dijalankan di Sweden yang mana konsep alternatif ini telah dilaksanakan dalam sistern pendidikan di sana. matahari atau burni?" Dengan bijak guru menjawab soalan itu dengan berkata. "Pada fikiran awak. 4. 2. 15 .Usaha meningkatkan pembelajaran berrnakna mewujudkan hubungan di antara pelajar dengan bahan pembelajaran.

Stig menyatakan mereka perlu pergi ke angkasa raya untuk melihat sendiri keadaan ini. Manakala. Contoh kedua dipetik daripada kajian Pramling dan Mardsjo (1994). Gabi memutuskan. Keesokan harinya. aktiviti harlan pelajar. dunia mereka dan seterusnya persoalan mereka perlu dan mesti diberi perhatian serius dalam pembetukan suatu situasi pengajaran-pernbelajaran yang dinamik. guru melakar rajah menggambarkan rnatahari dan bumi dalam tiga saiz yang berbeza. mereka mendapat pengetahuan dan mempelajari cara mendapatkan pengetahuan melalui kepelbagaian pendapat rakan-rakan sekelas. Di akhir persekolahan hari itu. pelajar ini datang dengan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber. tidak keterlaluan jika dikatakan elemen-elemen ini adalah tolak tilik bermulanya satu pengajaran yang mempunyai struktur yang mantap dan dapat membina manusia yang kreatif dan inovatif. lebih kecil daripada rnatahari atau sama besar dengan matahari pada sepanjang rnasa. ibubapa yang datang menjemput anak mereka dijelaskan oleh guru tentang perbineangan dan eadangan yang telah diputuskan. kelas perlu fikirkan bersarna dan Igrid berpendapat emaknya boleh membacakan tentang perkara ini. buku.Jelaslah. 1998 "Mungkin bumi tidak selamanya Iebih besar. Malah.Masalah Pendidikan Jilid 21. Bukan itu saha]a." jawab guru dan kemudian rnerninta pelajar mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Marcus berpendapat baik tanya Hakan kerana beliau pernah pergi ke angkasa (dalam imaginasinya). Berdasarkan soal jawab ini maka kelas mengumpul cadangan seperti menelefon stesyen radio sebab di sana ada peralatan yang merekodkan euaea dan juga menelefon stesyen televisyen kerana mereka juga ada rekod tentang euaea. Cadangan ini disokong oleh Nanette kerana padanya itu satu eadangan yang baik. mereka selesaikan pertanyaan yang rnereka timbulkan sendiri. Semua pelajar rnernilih gambarajah di mana rnatahari lebth besar daripada burni. jelasnya. agen perlaneongan dan rakan-rakan. Di atas papan tulis. Satu kes dalarn kajian ini mengenai seoarang guru sekolah rendah (juga di Sweden) berhasrat untuk mengajar tentang simbol 16 . dari stesyen radio.

ia memaparkan akan Wujudnya kepelbagaian pengalaman dan makna yang amat penting dikongsi bersama agar pemikiran tidak jumud tetapi luas terbuka. Di samping itu. biasanya simbol-simbol yang ada atau standard ditunjukkan dan diterangkan kepada murid dengan tujuan murid mempelajari simbol itu sahaja. Dalam pengajaran ini. hujan. Jika dibandingkan dengan pengajaran tradisional. Guru ini berharap di akhir pengajaran. Ia tidak berlandaskan kepada satu formula yang rigid. guru meminta murid membuat simbol-simbol yang melambangkan berbagai keadaan cuaca seperti hari panas. mereka membandingkan simbolsimbol yang dilukis dengan simbol yang dipaparkan oleh televisyen dan yang tercetak di dalam buku teks. guru menggunakan simbol yang berkaitan dengan cuaca. Pada masa yang sarna. muridnya akan mernpelajari bahawa terdapat pelbagai jenis simbol yang mempunyai pelbagi makna dan makna ini pula terbentuk daripada persetujuan ramal. tetapi apa yang mengisi konsep tersebut adalah keinginan yang mendalam untuk melahirkan 17 . Mengapa ada simbol yang mudah difahami dan sebaliknya. Murid dalam kelas ini sudahpun diajar tentang jenis-jenis cuaca dalam kelas yang lalu. digantung di setiap penjuru kelas dan murid diminta berbincang di antara satu dengan lain tentang simbol yang dihasilkan kebanyakan simbol mempunyai persamaan. Bagi memulakan pengajaran. Lukisan yang telah siap. Demikianlah dua contoh bagaimana konsep pembelajaran alternatif ini dapat dilaksanakan dalam bilik darjah. Mereka perlu berbincang mengapa simbol itu dilukis sedernikian dalam hubungannya dengan cuaca yang diwakUi oleh simbol tersebut.Konsep PengaJaran dan Pembelajaran di Abad ke 21 dan makna simbol kepada muridnya. namun ada juga yang arnat berbeza. Daripada aktiviti Inl. para penyelidik ini rnendapati simbol yang dilukis oleh murid berdasarkan pengalarnan mereka sendiri telah menimbulkan kesedaran murid Itu tentang makna simbol tersebut serta tanggapan orang lain terhadapnya. Simbol yang dianggap remeh rupanya mempunyai pelbagai makna. ribut petir dan lain-lain. mendung. Dl akhir pengajaran ini. irniglnasi pelajar dicungkil dan dibangunkan. seolah-olah simbol itu sudah cukup sempurna dan maknanya serupa bagi semua orang.

nine. 1982. three times four? Thirteen. What is two times four? It's eight Hmm. twelve. Nup. 1998 pemikir yang merupakan golongan yang amat diperlukan di abad ke 21. eb . Konsep ini menolak sebarang pengajaran yang menyimpang daripada matlamat asal ini. eb What is it? Let me think. eh? Yeah. eleven... what is it? Eight plus four? Eightplusfour is eb. it's fourteen. Hmm. well.Masalah Pendidikan Jilld 21. Start with four times three.42) berikut: Teacher: Geoffrey: Let us see how you proceed.. you have not done that much calculating here 14 x 13 Hmm How do you start.m.. It's great Yes. jika pengajaran itu lebih cenderung ke arah mendapatkan jawapan daripada memahami kesukaran murid dalam menyelesaikan masalah matematik sepertimana yang dipaparkan oleh Lundgren (dipetik daripada Saljo. It will also be twelve. What is two times four? Seven tee . what is it then? Do you work carefully? Yes. No. is it? Eigh . What is three times four? I don't know. think now. Four times three. you have eight plus four. ten.. 18 .s.. Thirteen. Misalnya.

Pada masa yang sama. bukan insan yang pasif . Usaha untuk memperadabkan man usia bukan bergantung kepada peralatan yang berteknologi tinggi sernata-rnata.dan pengajaran yang ada.Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Abad ke 21 KESIMPULAN Pengajaran dan pembelajaran adalah dua aspek penting yang dapat rnenentukan rnutu pendidikan atau rnanusia yang dihasilkan. tapi jika pemandunya tidak pasti apakah destinasi yang hendak dituju. Konsep ini rne1etakkan manusia sebagai insan yang aktif dan sentiasa dahagakan pengetahuan. konsep yang jelas dan menjurus ke arah pembinaaan manusia berfikir merupakan titik tolak kejayaan sesuatu pengajaran. Melalui kefahaman ini barulah mungkin satu gagasan tindakan dapat disusun sesuai dengan matlamat pendidikan negara. setelah rneninjau beberapa konsep dan teori pernbelajaran . Walaupun keberkesanan pengajaranpembelajaran terletak pada berbagai faktor. Maka. Urnpama menaiki kereta. namun kertas ini berpendapat. maka konsep pernbelajaran alternatif dikenalpasti sebagai suatu konsep yang proaktif dan sesuai untuk diadaptasikan di alaf baru ini. 19 . Ia berupaya mernbawa pel ajar meneroka alarn yang luas ini dan rnencungkil intipati yang tersirat di dalamnya. Kefahaman yang jelas tentang pengajaran dan pembelajaran mengatasi segalanya. menyemai sernangat bekerjasama serta rnenghargai pengalaman dan pengetahuan orang lain. justeru.yang berminda kosong dan sentiasa mengharapkan sesuatu dari luar untuk mengisi kekosongan itu. maka dia mungkin berakhir di suatu tempat yang tidak diingini olehnya. usaha memupuk kefahaman yang benar tentang pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting dalam kita menghadapi cabaran pendidikan di alaf baru. walau secanggih mana kereta yang dipandu.

& Saljo. British journal oj Educational Psychology. Dall' Alba.S. Conception of learning. New jersey: Lawrence Erlbaum Associates.. Marton. 2. Nik Azis Nik Pa. Learning and Awareness.. F. Torrance. San Franscisco. (1980). (1985). furna. I. 227-300. Pramling. Marton. Perspective on Learning. E. Oxford: Blackwell.. Memory Obserued. Konsep tentang realiti dan prospek pendidikan di abad ke 21.Masa1ah Pendidikan Jilid 21. (1979). Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 10. 46. British journal of Educational Psychology... Cognition. Marton. A-C. J.Describing conceptions of the world around us. (1982). 115-127. (Eds). Teaching and Schooling. Instructional Science. (Eds). Marton. 177-200. & Beaty.F. & Soltis. & Butterfield.. Serdang.Olson & N. Selangor. (1993). J.. Learning. On qualitative differences in learning: I. (1996).. G. & Booth. Cognitive Psychology and Information Processing: An Introduction. R. F. Keberkesanan Potoerpoint dalam pembelajaran. Developing the Foundation of Knowing. (1994). F. 20 . Handbook of Bducation and Human Development: New Models of Learning. New jersey:Erlbaum. Phenomenography . (dalam penerbitan). Universiti Putra Malaysia. 10. 46. (1997). 1998 RUJUKAN Jamaludin Mohaiadin (1997). D. 37-52.McKeachie (Eds).C. 7. On qualitative differences in learning: I. U. I.Neisser. New York:Teachers College Press. Dalam D. W. and College Teaching. Freeman. Marton. Gothenburg University. F. F. E. McKeachie. Pramling. Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia. San Francisco: jossey-Bass. Dalam W. Memory: What are the important quetions? Dalam U. Outcomes and process. & Mardsjo. Understanding and empowering the child. International journal oj Educational Research.& Saljo. R 1976b). 19. Lachman. Phillips. New directions for teaching and learning. 4 -11. Neisser. (981). Outcomes as a function of the learner's conception of task. Lachman. R 0976a).

Saljo. Goteborg Studies in Educational Sciences 41. Svensson. M. Learning and Understanding: A Study of Differences in Constructing Meaning from a Text. jurnal Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengab Malaysia.R. R. Gothenburg: Acta Universitatis Gothoburgensis. 275-285.D. Learning in educational setting: Methods of inquiry. The Context-dependent Meaning of Learning. (1993). Universiti Malaya. (1988).Ramsden. Ramsden. Studies in Higher Education. & Hargrave. Wan Zah Wan Ali. Saljo. Educational Technology: A Review of the Research.2. (1992). Improving teaching and learning in higher education: The case of relational perspective. Report No.P. (1997). Gothenburg:University of Gothenburg. Simonson. Learning to Teach in Higher Education. 26-31.London: Routledge. (1987). Improving Learning: New Perspective.Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Abad ke 21 Ramsden.. London:Kogan Page.D. Kepercayaan guru terhadap pengajaran dan implikasinya ke arah kualiti pendidikan. (1988). c.Ramsden Improuing Learning: New Perspective. (1993). A. Washington: AECf. (1984). Deskripsi Pembelajaran dan Perspektif Pelajar. Thompson. Tesis Ph. 21 . Wan Zah Wan Ali. L. (Eels). P. Dalam P. P. R. P. Student learning:lmproving teaching. 12 (3). London: Kogan Page. Ramsden. 2. Dalam P.. (1982).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful