You are on page 1of 17

Amali 5 MEMAHAMI TRENDA POPULASI Tujuan : Untuk menyiasat mengenai trenda populasi.

Pengenalan : Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesis yang sama, habitat yang sama dan pada masa yang sama. Pertumbuhan populasi adalah perubahan pada saiz populasi (N) merentasi masa.

Pertumbuhan populasi ini boleh dilihat berdasarkan nataliti (kelahiran), mortaliti (kematian), imigrasi dan emigrasi. Faktor pertumbuhan populasi ini boleh dilihat seperti formula berikut : Pertumbuhan Populasi = (Nataliti + Imigrasi) (Mortaliti + Emigrasi)

Nataliti bagi sesuatu organisma dapat menigkatkan saiz populasi sesuatu spesis Setiap spesis mempunyai kadar kelahiran maksimum masing- masing. Kadar kelahiran maksimum apabila keadaan adalah ideal iaitu keperluan asas yang mencukupi. Ini dapat membawa kepada pertumbuhan eksponen. Faktor mortality pula akan mengecilkan saiz popluasi dan berlaku apabila keadaan tidak ideal. Hal ini mungkin disebabkan persaingan antara sesama spesis dan spesis lain serta jangkitan penyakit. Begitu juga, imigresen kepada penduduk menambah individu baru sedangkan penghijrahan keluar penduduk membuang individu. Kadar pertumbuhan penduduk yang positif apabila lebih ramai individu ditambah daripada penduduk yang keluar, negatif apabila lebih ramai individu yang keluar daripada ditambah, dan adalah sama dengan sifar apabila dengan jumlah yang sama individu yang bertambah dan dikeluarkan.

Kajian bagi pertumbuhan populasi bagi organisma yang jangka hayatnya panjang dan pendek menunujukkan trend populasi boleh dilihat berdasarkan lengkungan graf pertumbuhan populasi iaitu graf

masa (t) lawan saiz populasi (N). Bentuk lengkungan graf dikawal oleh tiga faktor iaitu: i. Saiz populasi awal (N0) ii. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan. iii. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran. Faktor yang mempengaruhi keupayaan muatan (K) ialah bekalan makanan, jangkitan penyakit, persaingan dan

pemangsa.

Tugasan 1

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan mengapa saiz ppopulasi akhir berbeza?

Jadual 1 menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi badak di dalam persekitaran yang sama, bagi 5 selang masa (generasi) Populasi Badak A Selang masa (t)=generasi Saiz populasi, (N) 0 1 2 3 4 5 N0 =30 58 123 236 484 955 1.93 2.12 1.91 2.05 1.97 1.9 2.1 1.9 2.1 2.0 Faktor pertumbuhan, (R) Populasi Badak B Saiz populasi, (N) N0 = 20 39 82 161 318 643 1.95 2.10 1.96 1.97 2.02 2.0 2.1 2.0 2.0 2.0 Faktor pertumbuhan, (R)

Jadual 1 Langkah 1 : Plot pertumbuhan populasi mengunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pembolehubah bergerak balas pada paksi-Y. Lukis satu garis bagi mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.

Langkah 2 : Apakah jenis pertumbuhan bagi kedua-dua populasi badak : eksponen atau sigmoidal?

Pertumbuhan bagi kedua-dua populasi badak tersebut adalah eksponen.

Langkah 3 : Kira kadar pertumbuhan (R) bagi setiap populasi untuk setiap selang masa dan lengkapkan Jadual 1. Ia boleh dikira sebagai ration N pada masa t+1 dibahagikan dengan N pada masa t ( satu titik perpuluhan) Contoh, jika N pada generasi 2 ialah 300 dan N pada generasi 3 ialah 600 maka R ialah 600/300 = 2.0

Langkah 4 : Kira purata geometrik faktor pertumbuhan bagi kedua-dua populasi. (lihat muka surat 1126 Knox et.al) Populasi mana, A atau B, mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi? Populasi badak A Purata R = (1.9 + 2.1 + 1.9 + 2.1 + 2.0) 5 = 10.0 5 = 2.0 Populasi badak B: Purata R = (2.0 + 2.1 + 2.0 + 2.0 + 2.0) 5 = 10.1 5 = 2.02 2.0

Kedua-dua populasi mempunyai kadar pertumbuhan yang sama.

Soalan

: Semak ketiga-tiga faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal, faktor pertumbuhan atau faktor persekitaran? Berdasarkan graf, pertumbuhan yang ditunjukkan bagi kedua-dua populasi badak adalah eksponen. Populasi badak A dan populasi badak B mempunyai purata kadar pertumbuhan yang sama, iaitu 2.0. Oleh itu, ia tidak dipengaruhi oleh faktor pertumbuhan. Perbezaan yang berlaku adalah disebabkan oleh saiz awal populasi yang berbeza dimana saiz populasi awal bagi badak A adalah 30 manakala saiz populasi awal bagi badak B pula 20. Oleh itu, perbezaan saiz populasi pada selang masa ke 5 disebabkan oleh bilangan ahli baru yang dihasilkan oleh populasi badak A lebih banyak berbanding dengan populasi badak B.

Tugasan 2

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh koala dan mengapa saiz populasi akhir berbeza?

Jadual 2 mengandungi anggaran bagi dua jenis populasi koala di dalam persekitaran yang sama bagi 5 selang masa (generasi) Populasi Koala A Selang masa (t)=generasi Saiz populasi, (N) 0 1 2 3 4 5 N0 =20 36 63 118 212 375 1.80 1.75 1.87 1.80 1.77 1.8 1.8 1.9 1.8 1.8 Faktor pertumbuhan, (R) Populasi Koala B Saiz populasi, (N) N0 = 20 31 47 66 103 150 1.55 1.52 1.40 1.56 1.46 1.6 1.5 1.4 1.6 1.5 Faktor pertumbuhan, (R)

Jadual 2 Langkah 1 : Plot pertumbuhan populasi mengunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pembolehubah bergerak balas pada paksi-Y. Lukis satu garis bagi mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.

Langkah 2 : Apakah jenis pertumbuhan bagi kedua-dua populasi koala: eksponen atau sigmoidal? Pertumbuhan bagi kedua-dua populasi koala tersebut adalah eksponen.

Langkah 3 : Kira kadar pertumbuhan (R) bagi setiap populasi untuk setiap selang masa dan lengkapkan Jadual 2.Ia boleh dikira sebagai ration N pada masa t+1 dibahagikan dengan N pada masa t ( satu titik perpuluhan) Contoh, jika N pada generasi 2 ialah 300 dan N pada generasi 3 ialah 600 maka R ialah 600/300 = 2.0
5

Langkah 4 : Kira purata geometrik faktor pertumbuhan bagi kedua-dua populasi. (lihat muka surat 1126 Knox et.al) Populasi mana, A atau B, mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi?

Purata Koala A Purata R = (1.8 + 1.8 + 1.9 + 1.8 + 1.8) 5 = 9.1 5 = 1.82 1.8

Populasi Koala B Purata R = (1.6 + 1.5 + 1.4 + 1.6 + 1.5) 5 = 7.6 5 = 1.52 1.5

Populasi Koala A mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding populasi Koala B.

Soalan 1 :

Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal, faktor pertumbuhan, atau faktor persekitaran. Berdasarkan graf, purata kadar pertumbuhan bagi koala A adalah lebih tinggi iaitu 1.8 berbanding dengan koala B, iaitu 1.5. Pertumbuhan yang ditunjukkan bagi kedua-dua populasi koala tersebut tidak dipengaruhi oleh saiz populasi awal kerana bilangan koala kedua-dua populasi pada awalnya adalah sama iaitu 20. Oleh itu, perbezaan saiz populasi pada selang masa ke 5 mungkin disebabkan oleh faktor seperti iklim persekitaran, biotik, topografi dan edafi. Contohnya ia mungkin disebabkan oleh iklim persekitaran yang terlalu panas, habitatnya mengalami kekurangan makanan, persaingan dengan haiwan herbivor yang lain untuk mendapatkan makanan atau kehadiran haiwan pemangsa yang banyak.

Soalan 2 :

Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi koala A adalah sama tetapi di bawah keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi koala B adalah di bawah keadaan kemarau, mengapa adanya perubahan bagi faktor pertumbuhan, R populasi tersebut? (Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran Kematian) Apabila sesuatu populasi koala berada di kawasan yang kekurangan air seperti hujan sedikit dan kemarau, kadar pertumbuhan, R untuk kedua-dua populasi koala akan menurun. Namun penurunan yang berlaku pada koala B adalah lebih tinggi berbanding koala A. Ini disebabkan air adalah merupakan salah satu keperluan asas hidupan. Apabila berlakunya kekurangan air, tumbuhan yang merupakan makanan kepada koala tidak dapat hidup dengan subur dan mati. Dengan itu, koala akan menghadapi masalah kekurangan makanan yang menyebabkan populasi koala menurun dimana ia akan

mempengaruhi kadar kelahiran, kematian dan mungkin juga berlaku emigrasi bagi memenuhi keperluan asas hidupan tersebut.

Tugasan 3 : Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh kuda belang dan bagaimana keupayaan muatan (carrying capacity) mempengaruhi saiz populasi akhir?

Jadual 3 menunjukkan anggaran populasi oleh dua jenis kuda belang di dalam persekitaran yang berbeza bagi 10 selang masa (generasi) Populasi Kuda Belang A Selang masa (t)=generasi Saiz populasi, (N) 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 N0 =20 80 230 400 500 550 580 590 595 600 600 4.00 2.87 1.73 1.25 1.10 1.05 1.02 1.01 1.01 1.00 4.0 2.9 1.7 1.3 1.1 1.1 1.0 1.0 1.0 1.0 Faktor pertumbuhan, (R) Populasi Kuda Belang B Saiz populasi, (N) N0 = 20 50 100 220 360 460 520 550 570 580 600 2.50 2.00 2.20 1.64 1.28 1.13 1.06 1.04 1.02 1.03 2.5 2.0 2.2 1.6 1.3 1.1 1.1 1.0 1.0 1.0 Faktor pertumbuhan, (R)

Jadual 3 Langkah 1 : Plot pertumbuhan populasi mengunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pembolehubah bergerak balas pada paksi-Y. Lukis satu garis bagi mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.

Langkah 2 : Apakah jenis pertumbuhan bagi kedua-dua populasi kuda belang: eksponen atau sigmoidal? Pertumbuhan bagi kedua-dua populasi kuda belang tersebut adalah eksponen.

Langkah 3 : Kira kadar pertumbuhan (R) bagi setiap populasi untuk setiap selang masa dan lengkapkan Jadual 3.Ia boleh dikira sebagai ration N pada masa t+1 dibahagikan dengan N pada masa t ( satu titik perpuluhan) Contoh, jika N pada generasi 2 ialah 300 dan N pada generasi 3 ialah 600 maka R ialah 600/300 = 2.0

Langkah 4 : Kira purata geometrik faktor pertumbuhan bagi kedua-dua populasi. (lihat muka surat 1126 Knox et.al) Populasi mana, A atau B, mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi? Populasi Kuda Belang A Purata R = (4.0 + 2.9 + 1.7 + 1.3 + 1.1 + 1.1 + 1.0 + 1.0 + 1.0 + 1.0) 10 = 16.1 10 = 1.61 1.6

Populasi Kuda Belang B Purata R = (2.5 + 2.0 + 2.2 + 1.6 + 1.3 + 1.1 + 1.1 + 1.0 + 1.0 + 1.0) 10 = 14.8 10 = 1.48 1.5 Populasi Kuda belang A mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding populasi Kuda belang B.

Soalan 1 :

Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi? Populasi A mempunyai faktor pertumbuhan yang lebih tinggi.

Soalan 2 :

Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R. Berdasarkan graf, faktor pertumbuhan R bagi populasi kuda belang A tetap. Ini adalah kerana faktor pertumbuhan R sentiasa meningkat dari selang masa per 1 hingga ke 9 sehingga ia mencapai keupayaan muatan iaitu pada saiz populasi 600.
9

Soalan 3 :

Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi? Keupayaan muatan bagi kedua-dua populasi kuda belang adalah 600.

10

Tugasan 4

: persaingan di antara kedua-dua populasi kuda belang

Bagaimanakah

mempengaruhi keupayaan muatan (carrying capacity)?

Jadual 4 menunjukkan anggaran bagi dua jenis populasi di kawasan persekitaran yang sama bagi 10 selang masa (generasi) Populasi Kuda Belang A Selang masa (t)=generasi Saiz populasi, (N) 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 N0 =20 90 220 340 410 440 450 450 440 460 450 4.50 2.44 1.55 1.21 1.07 1.02 1.00 0.98 1.05 0.98 4.5 2.4 1.6 1.2 1.1 1.0 1.0 1.0 1.1 1.0 Faktor pertumbuhan, (R) Populasi Kuda Belang B Saiz populasi, (N) N0 = 20 50 120 210 260 260 230 200 170 150 150 2.50 2.40 1.75 1.24 1.00 0.88 0.87 0.85 0.88 1.00 2.5 2.4 1.8 1.2 1.0 0.9 0.9 0.9 0.9 1.0 Faktor pertumbuhan, (R)

Jadual 4 Langkah 1 : Plot pertumbuhan populasi mengunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pembolehubah bergerak balas pada paksi-Y. Lukis satu garis bagi mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.

Langkah 2 : Apakah jenis pertumbuhan bagi kedua-dua populasi kuda belang: eksponen atau sigmoidal? Pertumbuhan bagi kedua-dua populasi kuda belang tersebut adalah sigmoidal.

11

Langkah 3 : Kira kadar pertumbuhan (R) bagi setiap populasi untuk setiap selang masa dan lengkapkan Jadual 4.Ia boleh dikira sebagai ration N pada masa t+1 dibahagikan dengan N pada masa t ( satu titik perpuluhan) Contoh, jika N pada generasi 2 ialah 300 dan N pada generasi 3 ialah 600 maka R ialah 600/300 = 2.0

Langkah 4 : Kira purata geometrik faktor pertumbuhan bagi kedua-dua populasi. (lihat muka surat 1126 Knox et.al) Populasi mana, A atau B, mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi?

Populasi Kuda Belang A Purata R = (4.5 + 2.4 + 1.6 + 1.2 + 1.1 + 1.0 + 1.0 + 1.0 + 1.1 + 1.0) 10 = 15.9 10 = 1.59 1.6

Populasi Kuda Belang B Purata R = (2.5 + 2.4 + 1.8 + 1.2 + 1.0 + 0.9 + 0.9 + 0.9 + 0.9 + 1.0) 10 = 13.5 10 = 1.35 1.4 Populasi Kuda belang A mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding populasi Kuda belang B.

Soalan 1 :

Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi? Populasi kuda belang A mempunyai faktor pertumbuhan yang lebih tinggi.

Soalan 2 :

Adakah factor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R. Berdasarkan graf, faktor pertumbuhan R bagi kedua-dua populasi populasi kuda belang adalah tidak tetap. Bagi populasi kuda belang A, faktor pertumbuhan R meningkat dari selang masa per 1 hingga ke 6
12

kemudian menurun pada selang masa ke 8. Selepas itu ia meningkat semula pada selang masa ke 9 dan menurun kembali pada selang masa ke 10. Bagi populasi kuda belang B pula, faktor pertumbuhan R meningkat dari selang masa per 1 hingga ke 4 kemudian menurun pada selang masa ke 6 hingga ke 9. Selepas itu ia tetap pada saiz populasi 150 pada selang masa ke 10.

Soalan 3 :

Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan mengapa. Ya. Keupayaan muatan bagi populasi kuda belang A berubah. Berdasarkan graf, dapat dilihat seolah-olah ia sudah mencapai keupayaan muatan pada selang masa ke 6 dan ke 7. Namun ia menurun pada selang masa ke 8 dan meningkat sehingga mencapai 460 pada selang masa 9, Jadi keupayaan muatannya kini adalah pada selang masa ke 9.

Soalan 4 :

Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama. Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor yang mengawal pertumbuhan populasi. Populasi Kuda belang A lebih banyak atau lebih bersaing mungkin disebabkan faktor-faktor berikut seperti kepelbagaian genetik,

persaingan dan kemampuan untuk adaptasi dengan persekitaran berbanding populasi Kuda belang B.

Soalan 5 :

Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang? Bagi jadual 3, tiada kesan persaingan bagi R bagi kedua-dua populasi kuda belang kerana mereka hidup berasingan. Manakala bagi jadual 4 pula, persaingan bagi R bagi kedua-dua populasi kuda belang berlaku kerana mereka hidup bersama. Oleh itu, kedua-dua populasi akan bersaing sesama sendiri untuk mendapat keperluan asas seperti makanan dan air. Ini akan mengakibatkan sumber makanan dan air
13

menjadi terhad dan mengakibatkan bilangan populasi mereka akan menurun apabila mencapai maksimum.

Soalan Perbincangan: 1. Lampirkan Jadual 1 4 dan graf untuk semua tugasan. Labelkan setiap garis pada graf tersebut dan nyatakan purata faktor pertumbuhan (R). Gunakan kertas graf atau komputer (contoh Excel) (Graf 1-4 seperti dalam lampiran)

2. Apakah perbezaan di antara pertumbuhan eksponen dan logistik (sigmoidal)?

Pertumbuhan eksponen adalah istilah kepada pertumbuhan populasi yang tidak terhad. Ia berlaku apabila keadaan persekitaran tidak terhad menyebabkan pembiakan berlaku dengan kadar maksimum dan seterusnya menghasilkan satu peningkatan populasi yang sangat besar. Manakala Pertumbuhan logistik atau sigmoidal adalah istilah kepada sesuatu populasi akan mencapai satu takat tepu yang ditentukan oleh muatan bawaan persekitaran dan corak pertumbuhan keseluruhan populasi. Pertumbuhan ini biasanya diwakili oleh lengkung S di mana kadar penurunan pertumbuhan sebagai kenaikan penduduk.

3. Bagimanakah populasi bertambah dan kehilangan individu?

Populasi bertambah apabila berlaku kelahiran dan imigrasi manakala populasi mengalami kehilangan individu apabila berlaku kematian dan emigrasi.

4. Apakah kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik yang tinggi?

14

Kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik yang tinggi ialah populasi yang dapat bersaing dengan populasi yang lain, boleh membiak dengan mudah dan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran.

5. Apakah faktor persekitaran yang bertindak pada (1) peningkatan pertumbuhan populasi dan (2) penurunan pertumbuhan populasi?

Faktor yang bertindak pada peningkatan pertumbuhan populasi ialah jumlah ahli populasi, kapasiti pembiakan dan faktor fizikal. Faktor yang mempengaruhi penurunan pertumbuhan populasi pula ialah sumber yang diperlukan untuk hidup, kehadiran organisma lain yang berinteraksi dengan populasi dan faktor suhu dan iklim persekitaran,

6. Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan (carrying capacity)?

Jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan, maka akan berlaku persaingan diantara populasi untuk mendapatkan sumber makanan dan air yang terhad. Ini akan menyebabkan bilangan populasi akhirnya akan berkurang.

7. Keupayaan muatan (K) boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun (lihat Miller 2001 rajah 7.5). Dalam beberapa tahun K tinggi dan dalam beberapa tahun, ia adalah rendah disebabkan perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak data diramalkan. Pengeksploitasian secara perdagangan penduduk, seperti

pemburuan ikan atau rusa, bergantung kepada hasil yang diperolehi. Sebagai contoh, nelayan komersial berlesen boleh menangkap ikan mengikut berat tertentu (kuota mereka) setiap tahun. Oleh itu,mengapa perubahan rawak di K dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk pengurusan populasi eksploitasi komersial liar?

15

Perubahan rawak di K dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk pengurusan populasi eksploitasi komersial liar kerana lesen yang diberi kepada pemburu untuk eksploitasi komersial liar adalah mengikut saiz populasi. Semakin tinggi jumlah bilangan populasi maka semakin tinggi kuota yang diberikan. Jika bilangan populasi menurun maka pertumbuhan populasi juga menurun. Apabila keupayaan muatan bagi sesuatu populasi berubah secara rawak, ia akan menyukarkan pihak berkuasa untuk meramal dan menentukan saiz populasi sebenar spesies-spesies tertentu. Apabila saiz populasi kecil tetapi pemberian kuota penangkapan adalah tinggi, maka spesies-spesies tertentu akan mangalami kepupusan. Ini mengakibatkan pengurusan populasi eksploitasi komersial liar akan terjejas.

8. Pihak kerajaan menjual 10 lesen untuk memburu rusa pada setiap tahun dan pemburuan adalah berdasarkan 20% daripada kapasiti keupayaan muatan (kuota masing-masing ialah 2% daripada penduduk). Setelah memahami konsep yang membawa kapasiti dan kadar pertumbuhan penduduk, apa yang anda akan lakukan jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%?

Jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%, maka kapasiti keupayaan muatannya juga akan meningkat. Oleh itu, lesen untuk pemburuan mesti ditambah untuk mengawal bilangan rusa. Jika lesen pemburuan tidak ditambah maka bilangan rusa akan melebihi keupayaan muatan. Apabila bilangan rusa melebihi keupayaan muatan, maka akan berlaku persaingan antara rusa mnyebabkan bilangan rusa berkurangan. Dan mungkin juga akan mengganggu keupayaan muatan bagi populasi haiwan herbivor lain di kawasan berkenaan.

16

BIBLIOGRAFI

BUKU

Pollock. S. (1997). Ekologi. Sasbadi Sdn Bhd : Selangor

G. W. Yeat. (2007). Biology SPM. Oxford Fajar Sdn Bhd : Selangor

Mang, C.N. et al. (1997). Kuasai Peperiksaan : Biologi STPM Jilid II. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

INTERNET

Blogspot.(2011, Mac 24). Ekologi. [Web log post]. Diakses pada 15 September 2013 daripada http://wkwkwkwkwwk-ekologiwin.blogspot.com/

Tomy Crew.(2009, Disember 2). Faktor Kepadatan Populasi. [Web log post]. Diakses pada 15 September 2013 daripada http://tomy-toms.speed. blogspot.com/2009/12/faktor-kepadatan-populasi.html Wikipedia. (2013). Population. Diakses pada 16 September 2013 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Population Yayan Hendrayana.(2010, Disember 2).Pertumbuhan Populasi. Diakses pada 18 September 2013 daripada http://hendrayana620.edublogs.org/2010/12/02/ pertumbuhan-populasi/

17

You might also like