Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM  A STPM EN.

SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

TAJUK / ISU

PEKERJA / BURUH ASING

Bahagian C (Penggal 1, 2, dan 3) SKOP KAJIAN

Catatan :  Pendatang Asing / Warga Asing

AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Isu : PEKERJA ASING Pengajian Am Bahagian C (Esei) – 6 Rendah STPM 2012 – Penggal 1 a) Pengenalan :  Pengambilan pekerja / buruh asing di Malaysia telah bermula sejak zaman penjajahan dan amalan ini dilaksanakan kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara.  Pekerja asing ialah individu yang bekerja di negara ini dengan latar belakang, asal-usul, dan negara yang berbeza. Mereka bekerja di pelbagai sektor seperti sektor perladangan, pembuatan, pembinaan, dan perindustrian sebagai tenaga buruh bawahan / kasar, separa mahir, dan tenaga profesional.  Kebanjiran pekerja asing di Malaysia kini sudah mencecah 2.6 juta atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.  Jumlah ini tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depan imigresen. Statistik Jabatan Imigresen juga menunjukkan pengambilan pekerja asing bertambah 7,000 setiap bulan. (sumber : Berita Harian, 5 Januari 2008). Punca-punca kedatangan : i. Faktor tarikan dan tolakan :  Pekerja asing datang ke Malaysia disebabkan oleh punca tarikan yang ada di negara ini dan faktor tolakan yang terdapat di negara asal mereka.  Pertumbuhan pesat ekonomi negara berikutan pertumbuhan pesat sektor perindustrian, pertanian, dan pembinaan telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada pekerja asing. Pelbagai peluang pekerjaan dari peringkat buruh kasar sehingga ke peringkat buruh mahir yang terdapat di Malaysia membolehkan pekerja asing mengisi kekosongan sebagai pekerja asing di ladang, sektor pembinaan, pembantu rumah, tukang cuci, pembantu kedai, dan sebagainya.  Selain itu, kedatangan pekerja asing ke Malaysia juga berpunca daripada faktor tolakan negara asal mereka. Keadaan ekonomi dan ketidakstabilan politik negara asal menyebabkan pekerja asing keluar untuk mencari peluang pekerjaan dan nafkah ke negara Malaysia. ii.   Taraf hidup atau kemajuan ekonomi di Malaysia : Pekerja asing datang ke Malaysia disebabkan oleh taraf hidup di Malaysia baik. Kadar upah atau tawaran gaji di Malaysia lebih tinggi di terima oleh pekerja asing. Nilai matawang RM lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara asal menyebabkan pekerja asing tertarik untuk bekerja di sini. Selain itu, taraf kehidupan di Malaysia yang lebih tinggi dari segi kemajuan sosio ekonomi seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, pengangkutan, perumahan, dan keperluan hidup yang lain merupakan faktor menarik. Taraf hidup yang selesa membolehkan pekerja asing memberi tumpuan dalam mencari rezeki mereka di Malaysia. Perkembangan pesat ekonomi negara juga menjadi faktor buruh asing masuk ke negara ini. Kemajuan ekonomi negara membolehkan kegiatan pertanian, perindustrian, dan pembangunan fizikal pesat berkembang dan boleh mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan yang banyak dengan pendapatan yang lumayan berbanding negara asal.

b)

 

iii. Kekurangan tenaga kerja :  Kemasukan tenaga kerja asing ke Malaysia juga berpunca daripada kekurangan tenaga kerja di negara ini.  Peningkatan kemajuan ekonomi di Malaysia telah menaik taraf peluang pekerjaan rakyat tempatan dalam bidang berteknologi tinggi dan sektor perkhidmatan bertaraf akademik yang tinggi. Keadaan ini mewujudkan kekosongan sektor pekerjaan yang kurang mahir dan separuh mahir kepada pekerja asing.  Perkembangan pesat dalam sektor pertanian dan pembinaan di Malaysia juga membuka peluang tenaga kerja asing di negara ini. Tenaga kerja sektor perladangan dan pembinaan di negara Malaysia tidak mendapat sambutan rakyat tempatan. Pekerja tempatan tidak berminat bekerja dalam sektor ini disebabkan gaji yang rendah, masa bekerja yang lama, kebajikan terabai, status pekerjaan yang rendah, kurang mempunyai prospek, dan sebagainya. Kerajaan terpaksa membuka peluang kepada tenaga kerja asing.

AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

iv. Sikap majikan :  Kemasukan tenaga kerja asing ke Malaysia berpunca daripada sikap majikan.  Sikap majikan yang lebih suka mengambil tenaga kerja dari negara luar mendorong pekerja asing memasuki negara Malaysia. Upah tenaga kerja asing lebih murah berbanding dengan tenaga kerja tempatan mendorong majikan menggunakan tenaga kerja asing.  Selain itu, sikap pengabaian kebajikan terhadap tenaga kerja asing juga mendorong majikan mengambil tenaga kerja asing dari negara luar. Tenaga kerja asing sanggup bekerja dalam persekitaran kerja yang kotor, terdedah dengan cuaca, dan tahap kebajikan serta infrastruktur yang rendah memudahkan majikan mengambil tenaga kerja dari luar negara. Majikan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar KWSP dan insurans, ganti rugi atau pampasan kerana pekerja asing tidak diperuntukan di bawah Akta Buruh.  Di samping itu, kemahiran tenaga kerja yang dimiliki oleh tenaga kerja asing juga mendorong majikan mengambil tenaga kerja dari luar negara. Kemahiran tenaga kerja asing secara separuh mahir, mahir dan profesional dalam aspek tertentu dalam kerjaya atau perkhidmatan mendorong majikan cenderung memperolehi tenaga kerja asing dari luar negara. Permintaan ke atas buruh mahir masih tinggi di Malaysia akibat keperluan teknologi, perubatan, teknologi maklumat, ekonomi dan sebagainya. Dasar kerajaan : Dasar Kerajaan terhadap tenaga kerja asing mendorong kemasukan tenaga kerja asing di Malaysia Dasar Kerajaan membenarkan kemasukan sesetengah tenaga kerja asing ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu membuka ruang kemasukan tenaga kerja asing ke Malaysia. Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan permintaan buruh dari luar terpaksa dipenuhi untuk meneruskan aktiviti perekonomian negara. Dasar hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara jiran mengenai perjanjian bekalan tenaga buruh juga menjadi punca kemasukan tenaga kerja asing ke negara ini.

v.  

c)

Kesan-kesan positif (kepentingan) tenaga kerja asing : i. Memenuhi keperluan tenaga kerja :  Kemasukan tenaga kerja asing dapat memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu seperti perladangan, pembantu rumah dan pembinaan.  Tenaga kerja asing menjadi sumber tenaga manusia dalam sektor perladangan dan pembinaan. Keperluan ini dapat menampung kekosongan tenaga kerja dari pekerja tempatan yang tidak berminat untuk menceburi bidang tersebut.  Tenaga kerja asing juga menjadi sumber tenaga mahir dan separa mahir kepada pembangunan negara. Keperluan kemahiran ini secara langsung dapat mempercepatkan proses pembangunan negara. ii.    Menjimatkan kos : Kemasukan tenaga kerja asing juga menjimatkan kos. Kemasukan tenaga asing dari negara Indonesia umpamanya dapat menjimatkan kos kepada majikan kerana upah lebih rendah. Kadar upah yang rendah ini membolehkan majikan mengupah bilangan tenaga kerja dengan banyak. Selain itu, sikap tenaga kerja asing tidak memilih kerja, patuh pada arahan, dan sanggup bekerja lebih masa lebih menguntungkan majikan. Ciri-ciri yang ada pada tenaga kerja asing ini secara langsung dapat menyempurnakan sesuatu projek dalam masa yang ditentukan atau lebih awal dengan kos yang tidak membebankan.

iii. Melatih pekerja tempatan :  Kemasukan buruh / tenaga kerja asing boleh melatih pekerja tempatan.  Kemasukan buruh asing boleh memberi kemahiran kepada pekerja tempatan. Negara masih kekurangan tenaga pakar dalam bidang teknologi tinggi. Oleh hal demikian, kehadiran buruh asing memberi peluang pekerja tempatan mempelajari pelbagai kemahiran pekerjaan dan bidang ilmu tinggi contohnya teknologi maklumat atau teknologi nano.  Seterusnya, kemasukan buruh asing membolehkan pemindahan teknologi berlaku. Kepakaran buruh asing diperlu dalam sektor-sektor tertentu, justeru pengimportan buruh asing untuk menampung sektor yang kekurangan tenaga bagi tujuan pemindahan ilmu dan teknologi melalui tunjuk ajar mereka. Dengan ini jangka masa akan datang negara tidak perlu lagi mengimport buruh asing.

AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

d)

Kesan-kesan negatif :  Ekonomi : i. Menjejaskan ekonomi negara.  Kemasukan tenaga kerja asing boleh menjejaskan ekonomi negara.  Kemasukan tenaga kerja asing menggalakkan pengaliran wang keluar negara. Pendapatan atau upah yang diperolehi oleh tenaga kerja asing kebiasaannya dihantar ke negara asal dan boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara.  Selain itu, kemasukan tenaga kerja asing boleh menjejaskan taraf hidup penduduk tempatan. Peningkatan kadar kemiskinan dalam kalangan pekerja tempatan akan berlaku kerana terpaksa menanggung kos hidup semakin tinggi dengan bayaran upah yang rendah akibat daripada kadar upah yang ditawarkan kepada tenaga kerja asing.  Kos kewangan perbelanjaan kerajaan untuk tujuan penahanan dan penghantaran balik pekerja asing ke negara asal telah meningkat dan keadaan ini menjejaskan kewangan negara yang sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan pembangunan negara. ii.      Persaingan ekonomi dengan masyarakat setempat. Kemasukan pekerja asing telah mewujudkan persaingan ekonomi dengan masyarakat setempat. Pekerja asing telah membolot peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang kategori mahir, separuh mahir, dan tidak mahir daripada masyarakat setempat. Hal ini kerana kebanyakan majikan di syarikat-syarikat tertentu lebih gemar memilih pekerja asing kerana mereka sanggup menerima upah yang rendah berbanding rakyat tempatan. Seterusnya, pekerja asing juga boleh menyebabkan peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan. Rakyat tempatan menganggur kerana peluang pekerjaan yang ada telah dipenuhi oleh pekerja asing.

Sosial : i. Masalah sosial kepada rakyat tempatan.  Tenaga buruh asing telah menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada rakyat tempatan.  Kemasukan tenaga kerja asing telah meningkatkan kes jenayah dalam kalangan masyarakat tempatan.  Kes-kes pergaduhan, pembunuhan, dan pembuangan bayi semakin meningkat. Oleh hal demikian, masyarakat tempatan hidup dalam kebimbangan dan ketakutan.  Seterusnya, kemasukan tenaga kerja asing yang terdiri daripada golongan wanita boleh menyebabkan berlakunya kes pelacuran.  Gaji yang ditawarkan rendah dan keinginan untuk hidup mewah menyebabkan pekerja asing wanita terlibat dalam kes pelacuran. Kegiatan ini sukar dicegah dan menyebabkan keadaan sosial kehidupan masyarakat terjejas. Politik : i. Masalah politik.  Banyak masalah yang dihadapi oleh pekerja asing yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara negara ini dengan negara lain.  Menjejaskan imej dan menggugat kredibiliti negara ini dari segi isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia, hak pekerja asing, undang-undang buruh antarabangsa, dan sebagainya.  Mengancam keselamatan negara. Langkah-langkah mengatasi / mengawal kemasukan pekerja asing seara tidak sah / haram :     Tindakan undang-undang. Pengambilan pekerja tempatan Kawalan sempadan negara Kerjasama antarabangsa

e)

f)

Kesimpulan

AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Bahagian C ESEI

STPM Penggal 1, 2, dan 3

Tulis karangan di bawah ini yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan

STPM Penggal 1 1. Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara kini banyak dibantu oleh tenaga kerja asing. Namun, kebanjiran mereka telah memberi impak negatif kepada negara. Bincangkan. Kebanjiran ramai warga asing ke negara ini disebabkan pelbagai faktor yang seterusnya menimbulkan pelbagai masalah menggugat masyarakat dan negara ini. Bincangkan.

2.

STPM Penggal 2 1. Kemasukan pekerja asing amat dialu-alukan oleh sesetengah pihak, namun banyak masalah yang timbul akibat daripada kehadiran golongan ini terutamanya kepada rakyat tempatan. Bincangkan.

STPM Penggal 3 1. Kedatangan pendatang asing boleh meningkatkan ekonomi sesebuah negara, namun dalam masa yang sama mereka juga mendatangkan risiko kepada negara tersebut. Jelaskan.

Disediakan oleh : …… Cikgu SEZALI BIN DIN 1991~2013 29hb Ogos 2013 (22 Syawal 1434) 1.10 pm

AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT