BIG 6 - LAPORAN KESELURUHAN & BIDANG TUGAS : LAWATAN BENCHMARKING GURU CEMERLANG

1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) bagi memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan PISMP Pendidikan Khas/ Bahasa Inggeris Semester 6, melalui penyertaan dan penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa. Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0 OBJEKTIF Selepas mengikuti program Bina Insan Guru Siri 6, para guru pelatih PISMP diharapkan dapat:  Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan  melahirkan guru-guru pelatih yang menpunyai visi dan misi, berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, berperwatakan, dan berkeperibadian mulia.

 Memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara perlaksanaan tugasnya setiap hari.0 JAWATANKUASA STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANAAN. meningkatkan pengetahuan dan kecekapan perguruan sebagai khidmat rujuk dalam bidang keguruan. 3.  Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.  menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik. PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI : : : : : NURUL HIDAYAH BINTI ISMAIL MOHD HAFIZUDDIN BIN ABD RANI NIK AMZAIFUL BIN NIK JAIT NOOR FAIZA BINTI MOHAMAD HASHIM MUHAMMAD ZULHILMI BIN ISMAIL JAWATANKUASA 1) DOKUMENTASI : MOHD IRWAN BIN SHARIDAN NUR SHUHADA BINTI ZAINUDDIN 2) TUGAS KHAS: : : 3) PENGANGKUTAN 4) ALATAN : : : 5) CENDERAHATI : SITI NOORAINEE BINTI ABDUL RAHIM NOR HIDAYAH BINTI MOHD ASRI SHAMSUDDIN BIN MD RASIP IZZAT BIN MUSTAPHA MUHAMAD IRRWAN BIN ZAKARIA NURULAIN FAZILLAH BINTI MOHD SAID YUSMAHANI BINTI JAMALUDDIN .

personaliti kerjaya. Kedah.00 pm 2.Bengkel ” ciri-ciri profesionalisme” (potensi diri.Bersurai .sesi soal jawab 1.: 6) SERANTA : : 7) AKTIVITI : : : FATIMAH BINTI MOHAMED NORANI NOR HAFIZA BINTI RUMLI SU‟AIDAH BINTI SAMSUDIN WAN MOHD IZAIDI BIN IBRAHIM MUHAMAD SAIB BIN OMAR NORMALA BINTI MUSA 4. .Taklimat ringkas aktiviti Sesi 2 .00 am 11. Selasa) 7.Bertolak ke SK Sungai Layar.Bertolak pulang . pendekatan dan kaedah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran) 10.00 am 8. citra diri insan guru) Sesi 4 .Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (teknik. .Lawatan ke bilik Pendidikan Khas Sesi 3 .00 pm : : .Makan tengah hari dan solat Zohor .00 am 8.30 am : : : .Sampai ke SK Sungai Layar. rutin.0 TENTATIF PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 6 (LAWATAN BENCHMARKING “INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG “ ) (28 September 2010.Minum pagi .00 am : : .

kami telah dijemput ke Bilik Wawasan yang merupakan bilik mesyuarat sekolah bagi mendengar taklimat ringkas tentang perjalanan program sepanjang hari tersebut. rutin. Pada jam 8.00 pagi.0 LAPORAN AKTIVITI Secara keseluruhannya. SESI KEDUA Pada sesi ini. Abdul Rashid. Pada jam 10. Sungai petani Kedah dimana ketibaan kami telah disambut oleh guru-guru dari sekolah tersebut (Sila rujuk lampiran 1). Abdul Rashid B. Program ini telah diadakan pada 28 September 2010 dimana perjalanan program bagi keempat-empat sesi ini adalah seperti berikut :SESI PERTAMA Sesi ini merupakan sesi persediaan dimana semua guru pelatih akan berkumpul di hadapan bangunan Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) sebelum jam 7.45 pagi sesi ceramah dimulakan dan disampaikan oleh seorang guru cemerlang iaitu En. aktiviti program adalah berbentuk ceramah diikuti dengan sesi soal jawab. Selepas rehat. perjalanan program diberhentikan sementara untuk sesi rehat atau kudapan. Ceramah yang disampaikan bertajuk.5. penceramah telah membawa semua guru pelatih dan pensyarah pembimbing iaitu Pn.00 pagi.00 pagi kami selamat tiba di destinasi dimana program akan berlangsung iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Layar. pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Haji Ishak melawat .30 pagi pula. Terdapat banyak info tentang cara menjadi seorang guru cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Khas disampaikan melalui ceramah oleh En. aktiviti yang telah dirancang bagi Program Bina Insan Guru edisi keenam ini terbahagi kepada empat sesi. Jamuan ringkas telah disediakan oleh pihak kantin sekolah yang berupa hidangan kuih-muih beserta minuman teh. Lebih kurang jam 8. “Amalan Pengajaran dan Pembelajaran” yang berkaitan dengan teknik -teknik. Abdul Latif yang pernah menerima anugerah Guru Cemerlang pada tahun 2000 dan 2009. pemandu bas Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah bersedia dimana oleh pengerusi program telah memastikan kedatangan setiap pelajar mencukupi sebelum bertolak. Harlina Bt. Lebih kurang jam 8. seorang penghidap Autisme sebagai pencetus semangat kepada dirinya dan guru-guru pelatih. Pada jam ini juga. Sesi ceramah ini dimulakan dengan tayangan slaid powerpoint tentang anak beliau.

6. Abdul Latif (Sila rujuk lampiran 1). SESI KEEMPAT Aktiviti pada sesi keempat ini merupakan aktiviti terakhir bagi Program Bina Insan Guru edisi keenam ini yang mana ia merupakan aktiviti bersoal jawab dengan penceramah. Abdul Rashid B. bas Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman tiba di perkarangan asrama pelajar berhadapan dengan bangunan GERKO. dan citra diri sebagai Insan yang bergelar guru.1 PENGENALAN Program Bina Insan Guru merupakan antara syarat bagi mendapatkan status Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dimana melalui pelaksanaannya akan melatih pembangunan profesionalisme berterusan kepada guru pelatih yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan. Tajuk ceramah pada sesi ini adalah. semua guru pelatih dan pensyarah pembimbing telah dijemput oleh beliau untuk jamuan makan tengahari di kantin sekolah sebelum bersurai dan bertolak semula ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dengan menaiki bas. Beberapa orang guru pelatih bertanyakan soalan yang berkaitan Pendidikan Khas dan meminta pandangan dari beliau tentang cara mengatasi masalah tersebut.00 pagi selepas selesai lawatan di program Integrasi dan pra Pendidika Khas di sekolah tersebut.0 REFLEKSI 6. En. SESI KETIGA Sesi ini bermula pada jam 11. banyak panduan diberikan tentang memupuk ciri-ciri kecemerlangan menjadi seorang guru khususnya guru Pendidikan Khas. Aktiviti yang dilakukan adalah ceramah dan sesi soal jawab yang merupakan sambungan aktiviti pada sesi pertama.00 petang. . jawatankuasa dokumentasi telah mengambil beberapa gambar untuk dijadikan rujukan dan bahan bukti pelaksanaan program Bina Insan Guru pada semester ini (Sila rujuk lampiran 1). personaliti kerjaya. Kira-kira jam 2.ke Program Integrasi Pendidikan Khas serta Bangunan Pra Pendidikan Khas di sekolah tersebut. Selepas tamat sesi bersoaljawab. Pada sesi ini. “Bengkel Ciri-Ciri Profesionalisme” yang berfokus kepada diri. Ketika melawat di program dan bangunan tersebut.

Program yang dinamakan sebagai “Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang” mempunyai perjalanan aktiviti yang tersusun dan sistematik. Program Bina Insan Guru kali ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar. Abdul Rashid B. antaranya supaya guru pelatih semester enam memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara perlaksanaan tugasnya setiap hari dan memahami serta menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian. Abdul Latif merupakan penerima anugerah cemerlang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 dan 2009 sebagai guru Pendidikan Khas. Semua aktiviti . program kali ini seharusnya dilaksanakan dalam tempoh tujuh jam interaksi bersama guru cemerlang yang telah dipilih. Selain itu. Faktor kedua adalah faktor aktiviti yang telah dirancang bagi Program Bina Insan Guru kali ini. Di samping itu.forma yang diberikan. 6. Mengikut keperluan dalam pro. beliau juga merupakan seorang Jurulatih Utama Pendidikan Khas pada peringkat kebangsaan.Program Bina Insan Guru semester keenam ini secara ringkasnya adalah merupakan sebuah lawatan penanda aras bagi mendapatkan maklumat mengenai guru cemerlang dan diajalankan atas beberapa rasional. Pemilihan guru cemerlang untuk program Program Bina Insan Guru kali ini. Abdul Latif yang pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang pada tahun 2000 dan 2009 sebagai seorang guru Pendidikan Khas. Guru cemerlang yang dimaksudkan ialah En. sikap dedikasi dan komited serta pengalaman beliau selaku bapa yang mempunyai anak penghidap Autisme ini telah memberikan kami inspirasi untuk menyumbangkan tenaga bagi membolehkan kanak-kanak istimewa menerima peluang pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal lain. Abdul Rashid B.2 KEKUATAN Selama tempoh sehari Program Bina Insan Guru ini berlangsung. Australia dalam bidang Pendidikan Khas amatlah bertepatan kepada kami bakal-bakal guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Sungai Petani Kedah selama sehari yang bernama “Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang”. input-input yang diberikan meningkatkan motivasi kami yang masih mentah dalam bidang keguruan. En. terdapat dua faktor utama yang boleh ditonjolkan sebagai kekuatan di mana faktor pertama terletak pada pemilihan guru cemerlang. Ilmu yang dicurahkan beliau sebagai seorang guru yang pernah menuntut di University of Monash.

6. masih banyak lagi maklumat yang belum kami terima untuk dijadikan panduan.3 KELEMAHAN Kelemahan yang didapati pada Program Bina Insan Guru kali ini adalah dari aspek masa.4 CADANGAN Cadangan saya bagi mengatasi kekurangan Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah dengan memberikan guru-guru pelatih masa yang mencukupi supaya lebih banyak maklumat dapat diserap yang boleh dijadikan panduan semasa berkhidmat sekaligus meningkatkan profesionalisme keguruan dalam diri masing-masing. Tambahan lagi melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 6. Ini kerana masa yang telah diberikan kepada kami bagi mengenali guru cemerlang tersebut amatlah singkat. Oleh itu. guru-guru pelatih telah menerima input-input yang berguna berkaitan dengan dunia Pendidikan Khas. Contohnya berkaitan Program terapi yang telah diasaskan oleh penceramah program iaitu Bilik Snoozelen yang amat berfaedah kepada murid-murid khas dimana ia merupakan satu program yang unik yang hanya terdapat di sebuah sekolah di Malaysia. Masa yang suntuk juga tidak membolehkan kami untuk melihat beliau mengajar murid-murid khas di sekolah tersebut. .

BIDANG TUGAS BENDAHARI .

Peruntukan yang diterima oleh kami adalah dalam bentuk “Local Order”. Beberapa perbincangan dilakukan bersama ahli jawatankuasa lain tentang peruntukan yang diperlukan untuk program BIG edisi keenam selama sehari ini. Selain itu. kami turut berbincang dengan pihak kantin sekolah untuk mencapai persetujuan tentang makanan yang akan dihidangkan bersesuaian dengan peruntukan yang diberikan.1. tidak banyak tugas yang melibatkan jawatankuasa ini kecuali menyerahkan borang „Local Order‟ kepada pihak pengurusan kantin sekolah dan melibatkan diri dalam program yang telah dirancang supaya segalanya berjalan dengan lancar. peruntukan yang akan diterima oleh kami secara keseluruhannya berjumlah RM 210. (sila rujuk lampiran A) Tugas seterusnya adalah bekerjasama dengan ahli jawatankuasa lain terutamanya setiausaha dan pengerusi untuk berjumpa dengan pihak kantin sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Layar bagi menyerahkan borang “Local Order”.00 termasuk peruntukan bagi pensyarah.0 SELEPAS . Peruntukan bagi setiap orang pelajar adalah RM 10. tugasan saya adalah mendapatkan sumber kewangan supaya segala aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar. 2.00 sehari. tugasan sebagai bendahari adalah berkaitan pengurusan kewangan maka sebelum terlaksananya Program Bina Insan Guru (BIG) edisi keenam ini. Punca kepada sumber kewangan ini diperolehi melalui bahagian kewangan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman melalui beberapa proses. 3. maka sepanjang program akan dilangsungkan. dimana saya selaku bendahari tidak akan mendapat peruntukan tersebut secara tunai.0 SEMASA Sepanjang program Bina Insan Guru edisi keenam berlangsung.0 SEBELUM Secara keseluruhannya.

1. tugasan seterusnya adalah menilai keberkesanan tugas jawatankuasa yang dijalankan dengan mengadakan mesyuarat post-mortem dan melakukan laporan refleksi.00 . Makanan Nasi Beriani Kuih Buah-buahan Air minuman Air Mineral Makanan Pelajar IPDA (RM 10 X 20 orang X 1 hari) RM5 x 21 RM1 x 21 RM2 x 21 RM1 x 21 RM1 x 21 - JUMLAH RM 210. Lampiran A BIL PERKARA PERBELANJAAN PESERTA JUMLAH (RM) RM 210.00 1.Selepas tamat program Bina Insan Guru semester keenam ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful