MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik

Tajuk 2

Perkembangan Pendidikan Matematik di Malaysia

2.1

Sinopsis

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan anda tentang perubahan kurikulum matematik di sekolah. Ianya akan meninjau sejarah dan perubahan kurikulum-kurikulum di Malaysia sekitar tahun 1950 sehingga tahun 2000.

2.2

Hasil Pembelajaran 1. Mengenalpasti pelbagai isu yang mempengaruhi perubahan kurikulum. 2. Memperihalkan tempoh perkembangan utama kurikulum matematik di Malaysia 3. Memperakui bahawa kurikulum matematik sentiasa berubah dan boleh mengenalpasti isu-isu semasa yang akan mempengaruhi perkembangan kurikulum masa depan.

2.3

Kerangka Konsep

Perkembangan Kurikulum Matematik

Pengaruh Perubahan Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia Kurikulum Matematik Luaran(Negara Luar) terhadap Kurikulum Matematik di Malaysia Dasar dan Program bagi Kemajuan Matematik Kanak-Kanak

2.4

Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia

Cuba anda renungkan soalan berikut : Apakah faktor yang mempengaruhi reformasi kurikulum matematik di Malaysia pada tempoh lima dekad kebelakangan ini?

1

MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik

Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia. ◙◙ Laporan Razak (1956) Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970. ◙◙ Laporan Projek Khas (1970) Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Yayasan Asia membiayai projek ini. Beberapa ahli American Peace Corps dilantik sebagai penasihat projek. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada 1970. Tiga puluh buah sekolah sekitar Kuala Lumpur digunakan bagi tujuan ini. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR. ◙◙ Program Matematik Moden (1970) Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu, pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa.

Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada 1969. Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). Panitia

2

kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. pemetaan. Pada 1972. -. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti sistem pernomboran. Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima. Melaluinya. telah disatukan pada 1978. Aras I (Tahun 1 – Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsepkonsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+. kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Seterusnya. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan. Dua buah buku teks. topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik Pilihan C. Aras I dan Aras II. ◙◙ Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983) KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). ÷ dan x). menjadi Bersepadu Sekolah Rendah Senaraikan perubahan yang dilakukan terhadap Sukatan Matematik berkenaan ◙◙ Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994) 3 . peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. telah diterbitkan pada 1974 dan 1975. sikap. Aras II (Tahun 4 – Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan(content) matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah. Kurikulum Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983) dirombak (1994). Strategi pengajaran-pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan. transformasi geometri. kemahiran. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik. Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara. matriks dan statistik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid.

Tajuktajuknya ialah: 1. Purata 8.Dengan ini. pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Perpuluhan dan operasi asas. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan embil dan menyumbang kepada pembentukan modal embil yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan Rendah: April 1993) ◙◙ Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998) embil. sukatan matematik telah disemak semula. Pecahan dan operasi asas. 4. Peratus 9. (Sukatan Matematik Sekolah Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. 2. Graf. Nombor bulat dan operasi asas. Bagi setiap tajuk. Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum 4 . Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada embilan tajuk utama. kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. 3. Ruang 7.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Wang 5. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. 6. diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Ukuran panjang dan berat. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya.

Golongan kaya mendapat pendidikan yang sempurna manakala golongan miskin terus dipinggirkan untuk belajar.sekolah yang kurang berkemampuan.guru yang dilatih khusus menjalankan projek ini. Bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan. Di antaranya ialah Projek Imbuhan (Compensatory Project). ◙◙ Projek InSPIRE (1977) 5 . perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah. 4 dan enam rendah.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. bantuan kewangan dan kemudahan. Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1. Berikutan itu. Pada bulan Januari 2003.kemudahan lain. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Selain daripada perkembangan kurikulum matematik seperti yang telah dibincangkan. projek ini telah disokong oleh sumber. Melalui projek ini.elemen sosio-ekonomi dan politik. Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan dari tahun 1975 sehingga tahun 1980.sumber seperti bahan pembelajaran khas dan guru. seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi ( pendidikan pemulihan) dan elemen. ada beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah. Projek Imbuhan dijalankan untuk membela nasib kanak. peruntukan – peruntukan khas dalam bentuk bantuan telah dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar sekolah rendah dan pra. ◙◙ Projek Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980) Projek Imbuhan telah dilaksanakan selepas Perang Dunia yang kedua untuk menangani keadaan ketidakserataan dan ketidakadilan peluang pendidikan di antara golongan kaya dan miskin. Akibat taraf sosio ekonomi yang berbeza wujudlah jurang yang ketara ini. Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari.kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah. Ini termasuklah pemberian subsidi makanan. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut perkembangan kognitif murid-murid.

◙◙ Projek Sekolah Bestari di Malaysia Salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) ialah penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia. Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagship. 6 . Langkah ini diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap.flagship ini Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk semula secara menyeluruh dari segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Projek rintis ini berakhir pada bulan Disember 2002. pentaksiran. Dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih dalam projek ini manakala pelaksanaannya hanya bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu. Pelbagai set bahanbahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan matematik telah dibina dan dihantar ke sekolah. Di samping itu. Ini ada kaitannya dengan kurikulum. Selain itu. objektif kedua projek ini ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum.sekolah untuk diuji. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR. Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan. Projek InSPIRE ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983. Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998. Bahasa Inggeris. pedagogi. dan juga bahan-bahan P&P. Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran – pembelajarannya. Objektif utama projek ini ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah. Tun Dr Mahathir Mohamad. Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri . Bahagian Teknologi Pendidikan.flagship lain.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik (Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) Idea untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula dalam tahun 1977. terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri.sekolah rendah di luar bandar. Pada bulan Julai 1997. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship. Sekolah Bestari juga memberi tumpuan kepada aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Matematik dan Sains.

pengaruh seperti yang telah disebut di atas.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memantau penggunaan courseware ini di semua Sekolah Bestari. ◙◙ Nuffield Mathemtics Project (NMP-1964) Projek ini telah dijalankan terhadap sekolah.sekolah rendah di Britain pada tahun 1964.5 Pengaruh Perubahan dalam Kurikulum Matematik Negara Luar terhadap Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia. Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia telah berlaku akibat dari pelaksanaan beberapa projek yang penting. School Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG).projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project (NMP).negara ini dalam bidang pendidikan. Di sinilah bermulanya titik perlumbaan di antara America Syarikat dan Soviet Union. Pelancaran Kapal Angkasa Lepas Sputnik 1 oleh Soviet Union dalam tahun 1957 telah memberi kesan mendalam kepada sejarah pendidikan matematik. Di antara projek. Scottish Mathematics Group (SMG). Akibatnya. Perubahan dalam kurikulum matematik luar negara ini telah membawa pengaruh yang besar kepada kurikulum matematik di Malaysia. Negara.ciri penting setiap projek itu dan impaknya terhadap kurikulum 2. Kenalpasti ciri. satu organisasi swasta dengan bantuan dari Kementerian Pelajaran Britain. Sehubungan itu berlakulah perubahan-perubahan utama khususnya dalam subjek matematik dan sains.negara Barat seperti Great Britain dan USA gusar dan rasa terancam ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi. National Council of Teachers of Mathematics(NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM. Selain daripada pengaruh. Pembiayaan NMP ditaja oleh Nuffield Foundation. banyak projek yang telah dilancarkan oleh negaranegara ini yang membawa perubahan dalam kurikulum matematik mereka. Ini disebabkan oleh hubungan Malaysia yang rapat dengan negara. 7 .

Linear Programming dan Matrices. saya ingat Saya buat. Kajian ini dilakukan 8 . saya lupa Saya lihat.tajuk ini dalam penyelesaian masalah seharian. ◙◙ School Mathematics Project (SMP) Pada mulanya SMP hanyalah merupakan sebuah projek kajian yang telah dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton pada tahun 1961. pembelajaran yang berkesan bagi pelajar. Salah satu ciri utama dalam sukatan ini ialah mengaplikasikan tajuk. Buku. dari konkrit kepada abstrak dan berasaskan pengalaman yang biasa kepada pengalaman yang luar biasa. Number Systems. objektif NMP ialah membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui pengalaman yang konkrit. kandungan sukatan matematik telah disusun mengikut hiraki iaitu dari yang mudah kepada yang lebih sukar. Inequalities. Mengikut Piaget. Selain itu. Aplikasi strategi pemusatan pelajar dan bahan serta kaedah inkuiri penemuan mesti diutamakan dalam proses P&P. Projek ini telah mencapai objektifnya dan memberi impak kepada kurikulum matematik di Malaysia melalui Projek Khas yang telah dilancarkan dalam tahun 1970.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Dalam projek NMP ini kaedah. Transformation. Pelajar belajar matematik melalui pelaksanaan kerja projek dalam kumpulan kecil. saya faham.kaedah ini adalah berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget. Bahan SMG ini menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah Rendah Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1970.buku ini telah dicetak di antara tahun 1965 dan 1969 dengan memperkenalkan tajuk–tajuk baru seperti Sets.bahan konkrit. Secara asasnya falsafah yang terkandung dalam projek ini boleh diterjemahkan seperti apa yang diperkatakan oleh Confucius: Saya dengar.pelajar yang berumur antara 6 hingga 12 tahun akan berlaku sekiranya ada interaksi dengan bahan. Number Bases. Penemuan kaedah. Modular Mathematics. Kerja projek ini melibatkan penggunaan matematik dalam mencari penyelesaikan masalah. Oleh itu. ◙◙ Scottish Mathematics Group (SMG) Pasukan SMG ini terdiri daripada sekumpulan ahli matematik Scotland yang telah menulis sesiri sembilan buah buku teks yang berjudul Modern Mathematics for Schools.kaedah baru dalam P&P matematik di sekolah rendah telah diperkenalkan.

Buku teks SMP telah digunakan secara meluas di sekolah menengah di Great Britain.idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia sebagai langkah meningkatkan mutu matematik pada masa itu. Begle dan dibiayai oleh National Science Foundation .tajuk yang berbeza diajar secara bersepadu. Oleh itu sukatan SMP ini diputuskan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah dalam matematik. NCTM memainkan peranan yang penting untuk memastikan 9 . nombor negatif. Sama seperti SMG and SMP. ◙◙ School Mathematics Study Group (SMSG) Kumpulan SMSG terdiri dari ahli fikir akademik Amerika dengan fokus membawa perubahan dalam pendidikan matematik selaras dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh Soviet Union dengan pelancaran Sputnik 1. Hasil usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang dikenali sebagai New Mathematics. New Mathematics menitikberatkan penjelasan struktur matematik dalam konsep yang abstrak seperti teori set dan asas nombor selain daripada asas10. SMSG banyak menjalankan aktiviti sebagai pendekatannya supaya pembelajaran lebih bermakna dan menarik. bahan SMP juga menjadi sumber rujukan yang penting untuk buku teks subjek Matematik Moden di Malaysia. Dalam projek ini. Walaupun begitu. Tajuk–tajuk dalam Matematik termasuklah geometri. guru. Ahli kumpulan terdiri daripada ahli matematik. Dalam proses pengajaran. Contohnya. penggunaan bahasa matematik yang khusus untuk memahami sesuatu konsep matematik juga dititikberatkan. asas nombo dan trigonometri. Sebagai tambahan. teori set diajar bersekali dengan tajuk algebra dan geometri. Objektif utama projek ini ialah meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setanding dengan Russia. projek ini juga membekalkan idea. ◙◙ National Council of Teachers of Mathematic (NCTM) NCTM telah bermula pada tahun 1920 dengan tujuan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran matematik. teori set . pakar psikologi and nazir sekolah. tetapi dapatan menunjukkan kandungannya adalah terlalu akademik dan abstrak. pendekatan tradisional dalam P&P telah digantikan dengan pendekatan yang lebih bersepadu. Ia ditubuhkan pada tahun 1958 dengan diterajui oleh Edward G. Kumpulan ini telah membina dan melaksanakan kurikulum matematik di sekolah rendah dan menengah di USA sehingga ia ditamatkan pada tahun 1977.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik untuk menimbangkan perubahan yang sewajarnya dalam pengajaran matematik berikutan pelancaran Sputnik 1 oleh Soviet Union dan seterusnya untuk menyediakan satu sukatan matematik yang lebih progresif di Great Britain. seperti SMG.guru. Pendekatan ini membolehkan tajuk.

P&P. Satu siri buku yang mengandungi 30 Navigations volumes dicetak supaya guru. sekolah menengah.prinsipal ini merangkumi isu. Pertama. algebra. kolej dan universiti). iaitu satu garispanduan untuk kecemerlangan dalam pendidikan matematik pre-K – 12 yang boleh dicapai sekiranya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti matematik yang mencabar.000 orang dan mempunyai lebih daripada 250 associates di Amerika Syarikat dan Kanada. Ada empat komponen utama dalam dokumen Pinciples and Standards for School Mathematics ini.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik setiap pelajar mendapat pendidikan matematik yang sempurna dan menyediakan peluang perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru matematik. Ia juga 10 .isu seperti keadilan. Dokumen Principles and Standards menyediakan visi untuk semua guru dan pelajar iaitu untuk meningkatkan mutu pendidikan matematik akan datang.prinsipal tersebut adalah perspektif asas yang perlu dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan matematik di sekolah. Lima standard kedua pula melibatkan proses penyelesaian masalah. NCTM telah megeluarkan dokumen berjudul Principles and Standards for School Mathematics.profit peringkat dunia yang terbesar dengan ahli seramai lebih daripada 100. ukuran. prinsipal. Pada bulan April 2000. Standard-standard ini adalah kemahiran asas dan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk berjaya dalam abad ke 21 ini. Ketiga. penaakulan dan bukti. NCTM membina dan mengedar pelbagai bahan sumber untuk membantu pengajaran guru. kurikulum.guru dapat mempraktikkan kandungan dokumen Principles and Standards for School Mathematics di dalam kelas mereka. analisis data dan kebarangkalian. Misi National Council of Teachers of Mathematics ialah menunjukkan visi dan memberi kepimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang berkualiti tinggi (sekolah rendah. standard NCTM ini mengetengahkan satu set matlamat yang komprehensif untuk dicapai dalam pengajaran matematik. komunikasi dan perwakilan. NCTM ialah satu pertubuhan non. pentaksiran dan teknologi. Lima standard pertama berkait dengan isi kandungan matematik seperti nombor dan operasi. perkaitan. Kedua. The Illuminations dibangunkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai standards NCTM dan menyediakan rancangan mengajar untuk guru dan aktiviti pembelajaran untuk pelajar. geometri. Prinsipal. Kandungan dokumen Principles and Standards juga dapat dipraktikkan mengikut panduan yang disediakan secara online di laman web NCTM melalui E-Standards and Illuminations.

the NCTM News Bulletin. persatuan ini menaja Acara Matematik Terbesar di dunia dan menerbitkan buku yang mengandungi aktiviti-aktiviti menarik untuk guru gunakan dalam kelas mereka. Selain itu.guru K – 12. video kerja pelajar dalam kelas. NCTM menerbitkan empat jurnal profesional : Teaching Children Mathematics. MET juga menghargai guru. NCTM ialah satu pertubuhan profesional yang mendapat mandat dan kekuatannya dari ahli. NCTM menyediakan ruang dan peluang untuk peningkatan profesionalisme guru melalui persidangan/seminar kepimpinan. tahunan atau regional. Melalui penilaian yang dibuat ke atas program matematik sekolah. Persatuan ini juga bertindak sebagai penyelaras kepada beberapa persidangan regional dan mesyuarat tahunan.guru matematik dengan pemberian annual Lifetime Achievement Award for Distinguished Service to Mathematics Education. and the Journal for Research in Mathematics Education. Reflections ialah satu elemen penting dalam NCTM untuk perkembangan profesionalisme guru matematik. pensyarah universiti dalam bidang pendidikan dan juga institusi pendidikan seperti perpustakaan kolej dan sekolah. Selain itu.guru permulaan telah cukup bersedia untuk menjalankan tugas mereka. tugasan dan seterusnya membuat analisa profesional mengenai perbincangan guru. Penerbitan lain termasuklah monthly member newsletter. Dalam laman web Reflections ini dimasukkan video secara online supaya guru boleh membuat analisis dan perbincangan untuk menambahbaik kemahiran pengajaran mereka. NCTM juga bekerjasama dengan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) yang memberi kuasa kepada NCTM untuk menilai program latihan guru matematik.lain bahan. NCTM dapat mempastikan dan menentukan guru. Pada tahun 1976 NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana untuk guru bagi meningkatkan P&P matematik. Setiap tahun dalam bulan April. lebih 200 buah buku pendidikan. Mathematics Teaching in the Middle School. Keempat.ahlinya yang terdiri daripada guru-guru matematik sekolah . Akademi Untuk Perkembangan Profesional telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan menyediakan pakej latihan selama dua atau lima hari untuk guru matematik. Selain dari itu guru juga boleh mengambil bahagian dalam kritik untuk lesson-study. 11 . the Mathematics Teacher. video dan lain.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik menyediakan standard-based kandungan internet content untuk guru.

Oleh itu. Masyarakat pada zaman berkenaan terdiri daripada petani. program pendidikan matematik perlu selari dengan teori pembelajaran berasaskan otak dan juga penggunaan TMK dalam amalan bilik darjah. Ini berlaku kerana perubahan gaya hidup.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik 2. sebarang program pendidikan matematik kanak-kanak di Malaysia perlu sejajar dengan keperluan sezaman. Oleh itu.6.6 Dasar dan Program bagi Kemajuan Matematik Kanak-Kanak Dasar pendidikan matematik kanak-kanak yang digubal perlu menjamin mereka menjadi warga dunia masa depan yang berjaya. Oleh itu. kurun berkenaan dipanggil Zaman Pertanian. Kurun ke 18 memerlukan petani-petani yang kuat bekerja sepanjang hari di bendang bagi penghasilan makanan ruji. Isipadu pengeluaran adalah untuk sara diri petani itu sendiri. Pengeluaran barangan secara banyak mula berkembang pada kurun ke 19. keperluan kehidupan masa depan perlu dijadikan amalan bilik darjah hari ini bagi kelangsungan kehidupan. 2. amalan bilik darjah hari ini perlu melatih kanak-kanak supaya berfikir secara kreatif dan inovatif. Oleh itu. Dunia masa depan juga memerlukan idea-idea baru yang menggalakkan pengurusan yang baik terhadap persekitarannya. 2006). Alaf baru memerlukan warga dunia yang inovatif dan kreatif selain daripada berpengetahuan.1 Kerangka Konsep (a) Menggalakkan Kreativiti Zaman berubah dan setiap zaman mempunyai keperluan yang tersendiri dan berbeza (Pink. Masyarakat pada kurun berkenaan tidak lagi berupa 12 . Ekonomi zaman berkenaan rata-rata berskala kecil. Selaras dengan itu.

Zaman Maklumat menggalakkan pencanaian otak kiri. Mereka memerlukan nilai tambah yang membezakan diri masing-masing daripada masyarakat kebanyakan. Walaupun zaman telah berubah. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mencetuskan Zaman Maklumat pada kurun ke 20. 2005) Zaman terus berubah. Kos kewangan yang rendah terhadap pemilikan maklumat menggalakan orang ramai berebut-rebut untuk memiliki maklumat sebanyak yang mungkin. 13 . Ekonomi berskala besar perlu diamalkan bagi memenuhi permintaan yang pelbagai itu. Kekuatan fizikal tidak lagi menjadi keutamaan pada pekerja kilang. Alat serta teknik pembelajaran yang didedahkan pada pelajar masih lagi dilihat sebagai alat hafalan.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik masyarakat sara diri. Pencarian pekerjaan mula menjadi sukar walaupun di kalangan siswazah universiti. Oleh itu matlamat pendidikan kurun ke 20 ialah kemenjadian saraf otak hemisfera kiri terhadap kegiatan sehala (linearity) yang melibatkan perkataan. Kurikulum pendidikan berperanan memenuhi kehendak sezaman. nombor. Pelbagai jenis permintaan mula menjadi amalan masyarakat berkenaan. Proses pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah masih lagi ingin memenuhi keperluan Zaman Maklumat. Pusat-pusat pengajian tinggi didirikan dengan banyaknya untuk menampung keperluan itu. logik. Menurut Pink (2006). Fokus proses pengajaran-pembelajaran masih lagi terhadap usaha menambahkan pengetahuan pelajar. Mereka telah mula menjadi masyarakat pengguna. Seterusnya. Kurun ke 19 itu dikenali sebagai Zaman Industri. Seorang pekerja kilang perlu mempunyai daya tahan untuk membuat kerja-kerja rutin dengan bantuan mesin sepanjang lapan jam sehari. Kurun ke 21 sudah tentunya mempunyai keperluan yang tersendiri Ramai daripada ahli masyarakat telahpun mempunyai pengetahuan yang banyak dalam pelbagai bidang. sekuen dan analisis (Buzan. Banyak kilang telah didirikan bagi tujuan tersebut. Kemudahan komputer memudahkan penyimpanan serta pencampaian maklumat. tetapi strategi pengajaran-pembelajaran Zaman Maklumat masih lagi diamalkan dalam kebanyakan bilik darjah. Kurun ke 20 memerlukan tenaga kerja yang mempunyai banyak pengetahuan. Pekerjaan di kilang berbeza sifatnya daripada di bendang. Ini berlaku kerana pada hemisfera otak itulah pengetahuan ataupun maklumat disimpan untuk diingatkan semula apabila diperlukan.

model pengajaran-pembelajaran ‘mudah amal’ perlu digunakan. Inovasi dan kreativiti diperlukan selain daripada pengetahuan yang mendalam bagi sesuatu bidang. Pemikiran yang holistik perlu dizahirkan secara jelas dan empirikal pada pengajaran-pembelajaran bilik darjah. model pembelajaran berkenaan harus berpusatkan murid. Dari perspektif yang luas. Bagi mencapai matlamat pendidikan.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Menurut Pink (2006). Oleh itu. Ianya juga perlu bersesuaian dengan keperluan sezaman. Pelbagai definisi diberikan terhadap konsep holistik. konsep holistik yang diguna pakai perlu berlaku pada pengajaran-pembelajaran harian dalam bilik darjah. 2006). Suatu model pembelajaran yang holistik seharusnya mempunyai nilai-nilai kognitif dan afektif. penggunaan TMK dalam pembelajaran. sebuah model pembelajaran holistik menjadi keperluan yang asasi bagi pendidikan kurun ke 21. Model pembelajaran sedemikian ditunjukkan pada rajah berikut. Selain itu. holistik merangkumi kurikulum dan juga ko-kurikulum serta kegiatan di dalam dan di luar bilik darjah. Model pembelajaran yang diguna pakai mesti melibatkan kemahiran generik sezaman. Selain itu. Amalan empirisme ini perlu bagi kemenjadian seorang murid yang inovatif dan kreatif. (b) Mengamalkan Pembelajaran Holistik Kegiatan pembelajaran mesti menghasilkan kesedaran holistik ataupun gestalt sebagai hasil pembelajaran terhadap perspektif yang berbeza (Buzan. kurun ke 21 ialah Zaman Konseptual. Konsep sebegini diguna pakai bagi tujuan inovasi ini supaya ianya boleh dirasai oleh setiap pelajar pada setiap masa di dalam bilik darjah. Pendidikan Zaman Konseptual perlukan inovasi dan kreativiti sebagai matlamatnya (Pink. Zaman Konseptual memerlukan golongan karyawan yang inovatif dan kreatif. 2005). konsep sebegini membolehkan holistik itu bersifat kontekstual. Inovasi dan kreativiti ialah hasilan daripada pemikiran yang holistik. Oleh itu. 14 . Oleh itu. iaitu. Ini berlaku kerana masyarakat kurun ke 21 sentiasa menghendaki idea serta ciptaan baru bagi kelangsungan kehidupan mereka.

Pola takrifan selalunya menjadi fokus pada pengajaran-pembelajaran sifir darab. Perbincangan berikut menunjukkan pelbagai pola matematik pada Sifir 9. Kepelbagaian gambaran boleh diadakan dalam bilik darjah. 27. Lebih banyak perspektif ataupun gambaran yang dibincangkan dalam kelas.. Murid akan hanya memperoleh idea ataupun pengalaman matematik yang menjadi pilihan gurunya itu.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Model 3P P1: Proses Big Picture Thinking Pendidikan matematik bererti boleh memahami sebanyak-banyaknya tentang sesuatu idea yang abstrak. maka lebih banyak peluang untuk murid memahami dan menambah idea serta pengalaman matematik mereka. 1 x 9 = 09 2 x 9 = 18 3 x 9 = 27 4 x 9 = 36 5 x 9 = 45 6 x 9 = 54 7 x 9 = 63 8 x 9 = 72 9 x 9 = 81 10 x 9 = 90 Contoh 1: Sifir 9 Pola matematik yang mentakrifkan Sifir 9 ialah gandaan 9: 9. 36.. Pelbagai gambaran matematik boleh diperhatikan oleh murid melalui pencerapan pola matematik. Kefahaman 15 .. Walaupun guru memberikan banyak contoh.. Mutu pembelajaran matematik boleh ditingkatkan melalui kepelbagaian gambaran yang diperolehi dalam bilik darjah... Idea matematik selalunya disampaikan oleh guru dengan menggunakan banyak contoh melalui latihtubi. 18.. selalunya hanya terdapat satu perspektif ataupun gambaran yang khusus pada contoh yang banyak itu. .

Ini 16 . 1 x 9 = 09 2 x 9 = 18 3 x 9 = 27 4 x 9 = 36 5 x 9 = 45 tambah 6 x 9 = 54 7 x 9 = 63 8 x 9 = 72 9 x 9 = 81 10 x 9 = 90 0+9 = 9 1+8 = 9 2+7 = 9 3+6 = 9 4+5 = 9 5+4 = 9 6+3 = 9 7+2 = 9 8+1 = 9 9+0 = 9 hasil berjumlah 9 Contoh 3: Satu Lagi Pola pada Sifir 9 Proses Big Picture Thinking melibatkan keseluruhan pemikiran kognitif murid. Ini ditunjukkan pada Contoh 3.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik terhadap Sifir 9 boleh dikembangkan jika pengajaran-pembelajaran tentang fakta asas ini dikukuhkan dengan kepelbagaian pola seperti pada Contoh 2. terdapat juga pola lain yang boleh dicerap oleh murid daripada Sifir 9. Selain daripada empat pola pada Contoh 2.

Deep Learning 17 . kegiatan yang inovatif dan kreatif pada proses Big Picture Thinking boleh dirancang dan dilaksanakan pada pendidikan matematik sekolah rendah.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik menunjukkan bahawa proses P1 ini mempunyai nilai kognitif yang tinggi. Taxonomi Bloom Diubahsuai Proses pembelajaran Big Picture Thinking lebih berfokus kepada kepelbagaian pada satusatu masa. proses pembelajaran Big Picture Thinking ini boleh menghasilkan Deep Learning. Kegiatan pembelajaran yang dilaksanakan lebih berfokus terhadap usaha mencanai (synthesizing the big picture) daripada cerakinan (analyzing the details). Selain itu. Taksonomi bentuk baru ini tidak bersifat hiraki. Big Picture Thinking menggalakkan pembentukan gambaran kesedaran holistik bagi sesuatu konsep matematik yang abstrak pada sesuatu konteks yang benar. Oleh itu. Proses ini menggalakkan pembelajaran pada aras tertinggi Taksonomi Bloom yang diubahsuai. Pembelajaran pada aras tinggi boleh berlaku secara tersendiri. Pembelajaran jenis ini dibincangkan seperti berikut menggunakan Taxonomi SOLO pada rajah berikut. Ia juga bersifat kontekstual.

Namun begitu. Ini menggalakkan inovasi dan kreativiti peribadi di kalangan murid. Proses pembelajaran In-forming ini bersifat mendatar. Matematik ethno ialah matematik amalan setempat. pemikiran logik dan berhujah. matematik. Kemajuan dan Keterbukaan. Kefahaman mendalam tentang maklumat yang dicapai melalui internet itu boleh dilaksanakan melalui proses Big Picture Thinking. Konsep matematik ethno ini ditunjukkan pada rajah berikut. Ini dilaksanakan melalui enjin pencarian seperti Google Search. Rationalisme merangkumi penaakulan. Banyak maklumat yang boleh diperolehi melalui proses ini. Walau bagaimanapun. Superficial Learning boleh menggalakkan Deep Learning. model matematik dan amalan setempat. theory dan theorizing. 18 . Menurut Bishop (1988). berbeza kedudukan geografi. proses ini hanya berupaya menghasilkan Superficial Learning.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik P2: Proses In-forming Proses pembelajaran ini menggalakkan pencarian maklumat melalui laman-laman sesawang. Nilai-nilai berkenaan ialah Rationalisme. (c) Menghargai Matematik Ethno Empathizing juga boleh dilaksanakan melalui amalan matematik ethno dalam pengajaranpembelajaran matematik. Keterbukaan ialah nilai pendemokrasian pengetahuan. Perbezaan berlaku kerana berbeza kelompok kecil murid. Amalan sedemikian boleh berbeza-beza. Matematik ethno ialah tindihan antara tiga konsep. berbeza persekitaran dan juga berbeza status sosioekonomi. P2 dan P1 saling melengkapi. Oleh itu. P3: Proses Emphatizing Nilai afektif diperoleh melalui proses Emphatizing. Kemajuan berlaku jika murid mengemukakan pendapat alternatif serta menyoal pendapat semasa. terdapat tiga nilai afektif pada pendidikan matematik.

Oleh 19 . Kaedah menulis alternatif ini menunjukkan murid mempunyai kaedah penaakulan yang tersendiri.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Matematik Ethno Amalan matematik ethno boleh dilihat pada kaedah menulis alternatif (alternative written method ) yang diamalkan di sekolah rendah tertentu sahaja. Ia suatu bukti empirikal tentang berlakunya pemikiran murid yang inovatif dan kreatif. Cara mengira alternatif sebagai amalan emphatizing 1 2 1 +4 +3 3 4 =? 26 i) 1 2 1 1 2 1 +4 +3 + + 3 4=2+4+3+ 6 3 4 26 1 2 1 2+8+3 + + 6 3 4= 12 13 = 12 1 = 1 12 1 = 1 + 12 ii) 2 + 4 + 3 = 9 iii) iv) 1 1 9 + 1 + 12 = 10 12 Kaedah ini menunjukkan kepelbagaian pada proses pemikiran murid. Satu contoh kaedah berkenaan ditunjukkan di bawah ini.

yang dibudayakan dengan Mokhdar advance dalam masa enam hingga tujuh hari (dalam masa tersebut. Setelah mengikuti program susulan selama enam atau tujuh hari berikutnya. Oleh itu. Ia dikatakan meningkatkan ingatan. (e) Program Pendidikan Matematik Di Sekolah Menengah Algebra menguasai pendidikan matematik di sekolah menengah. amalan matematik ethno berupaya menimbulkan kepekaan (emphatizing) terhadap matematik di kalangan murid yang berkenaan. peserta mampu memahami dan menyelesaikan dengan pantas masalah fact and figure di dalam subjek pecahan dan sebagainya. Pelaziman terhadap sebutan-sebutan berkenaan mempermudahkan ingatan terhadap fakta-fakta asas dalam matematik. bersifat atau mempunyai sifat-sifat angka dan simbol. penguasaan terhadap pengetahuan konseptual diabaikan pada pendidikan tersebut. Algebra menyebabkan tumpuan terhadap pengetahuan prosedur berlaku pada pendidikan matematik di sekolah menengah. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa tumpuan terhadap bidang ini tidak menggalakkan perkembangan pemikiran matematik yang lebih menyeluruh. alat tulis. Sebagai contoh. Terdapat antara 20% ke 30% peserta berusia antara enam hingga tujuh tahun. kecekapan menyimpan maklumat sifir asas (sifar hingga sembilan) dan seterusnya kecekapan memproses dan mengakses maklumat tersebut di dalam minda menyebabkan sifir seperti 68x62 boleh dicongak olah anak sekecil tujuh atau lapan tahun menggunakan masa sepuluh malah dua puluh kali lebih cepat daripada menggunakan kalkulator. daya berfikir dan kecepatan berfikir. dimantapkan ke dalam minda peserta. Asas Kaedah Mokhdar ialah sebutan terhadap nombor-nombor. Kesan daripada penggunaan kaedah ini boleh dilihat serta-merta dalam banyak kes. juga menggunakan Mokhdar). bagi semua perkara yang berbentuk. 20 . Kaedah ini dikatakan boleh meningkatkan kuasa otak dalam menyimpan.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik itu. fakta asas matematik iaitu jadual asas bagi darab dan tambah. memproses dan mengakses maklumat di dalam minda untuk menghasilkan kemampuan minda yang optimum. (d) Program Pendidikan Matematik Di Sekolah Rendah Kaedah Mokhdar bermula pada 1989. alat bantuan mengira atau sebagainya.

Jelaskan bagaimana penggunaan perisian matematik seperti GSP boleh mempermudahkan pembelajaran terhadap procepts matematik (Tall. Huraikan deep learning pada pendidikan matematik sekolah rendah. Perisian-perisian matematik sebegini mengimbangkan simbol abstrak pada algebra dengan gambaran geometri.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Keseimbangan antara pengetahuan konsep dengan pengetahuan prosedur adalah antara lima strategi KBSM. Jelaskan Kaedah Mokhdar daripada perspektif teori pembelajaran berasaskan otak. 2. 2009). Jelaskan bagaimana aktiviti Big Picture Thinking menggalakkan kreativiti dalam bilik darjah bagi mata pelajaran matematik. Tall (2009) mengatakan bahawa kefahaman terhadap konsep matematik diperkukuhkan melalui kefahaman terhadap proses yang membawa kepada pentakrifan konsep berkenaan. 2009). Penggunaan perisian matematik seperti Geometrical Sketchpad (GSP) dan GeoGebra memudahkan pelaksanaan strategi berkenaan. Konsep-konsep matematik yang dicerap melalui sesuatu proses disebut sebagai procept (Tall. 5. Tugasan Jawab semua soalan berikut 1. 21 . Jelaskan bagaimana penggunaan perisian komputer seperti GSP dan GeoGebra boleh menggalakkan kreativiti pada Matematik KBSM. Selain memberikan gambaran terhadap konsep-konsep algebra. Penggunaan TMK dalam bilik darjah boleh memberi ruang masa dan kemudahan pelaksanaan strategi ini. 4. Pembelajaran terhadap procept mudah dilaksana menggunakan perisian matematik seperti GSP dan GeoGebra. perisian matematik tersebut juga berupaya untuk menunjukkan proses terhadap konsep secara dinamik. 3.

Mok. KL: Universiti Malaya..J. G.: Fajar Bakti Sdn Bhd. Ministry of Education (2004-2006). Musser. Mathematics for elementary teachers. Pengajaran matematik KBSR.E. (2006). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. USA : John Wiley Nik Azis Nik Pa. Ed ke 2. Profesional standards for 22 . Seow. Soon Sang.(2001).(1995). Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. P. London: Taylor & Francis Group Ministry of Education (2002-2006). et al. Smith.form 5.year 5. 9th ed. Issues in mathematics teaching. The Malaysian Smart School: A Conceptual Blue print. Ministry of Education Malaysia (1997). Siew Hua.Matemaatik KBSR dan strategi pengajaran. Integrated curriculum for secondary schools: curriculum specifications mathematics form 1. (1997) .(2008). Selangor D. Pacific Grove CA: Brooks /Cole Thomson Learning Rujukan Lain: National Council of Teachers Mathematics (1991). L. The Malaysian Smart School: Implementation Plant. 7th ed.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik RUJUKAN Rujukan Utama: Gates. Ministry of Education Malaysia (1997). (2001). K. The nature of mathematics. Integrated curriculum for primary schools: curriculum specifications mathematics year 1.

html#hindu-arabic http://www.au/PDFWorD/Info/IL/.uk/. How to Solve it. (1945).edu/~demo5337/Group3/hist.htm http://www.htmn http:physics. Polya.html http://www. Virginia: Author Buzan. Mind Maps.geom.th/moe.socialresearchmethods.html Laman Web: 1.html http://www-groups.edu/projects/2/Wood/frame. Values in Mathematics Education: Making Values Teaching Explicit in the mathematics 23 .historyforkids.com/moneyhistory. Pendidikan Matematik http:/www.nsc.org http://www.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik teaching mathematics.htm 3.uiuc. The Development of Ancient Numeration Systems: http://mtl. T.pdf Time/time.htm 4.nctm.org/learn/economy/money. http://secure.gov/Genint/ http://www. London: HarperCollins Pub.Press.net/totalweblite/upload/754/ Kaedah%20Mokhdar%20untuk%20semu a.L.htm http://www.edu/history/topics/num-sys.ppk. Reston.net/kb/dedind. New York: Riverhead Books.ac. (2005).historyforkids. NCTM. (2006).uiuc. D.html http://www.dcsst-and. H.com/mathfair2002/school/arit/arithm1.kpm. New Jersey: Princeton Univ. T.gov.localdns.history/Mathematician/Biogindex.gov sg http://www.org/learn/greeks/science/math/pythagoras.geocities. A Whole New Mind.htm/ http://www. The World is Flat New York: Penguin Books Pink.mintmark. (2005).htm 2 .wichita. Friedman.math.my/bahan. Perkembangan Matematik Malaysia: http://www.moe.go.nist.math.php http://www. G.

htm Peringatan : Simpan bahan nota dan bahan bercetak di dalam portfolio anda.MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik Classroom http://www.au/99pap/bis99188.aare. SELAMAT BELAJAR 24 .edu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful