You are on page 1of 17

TAJUK : APAKAH CIRI-CIRI PEKERJAAN YANG DIANGGAP PROFESSIONAL?

DARIPADA PENILAIAN ANDA APAKAH CIRI-CIRI YANG ANDA BERASA PENTING UNTUK DIMILIKI? JELASKAN LANGKAH / CARA YANG ANDA AKAN AMBIL UNTUK MEMILIKI CIRICIRI TERSEBUT.

KUMPULAN 1 : 1. SARITHA A/P SUNDRAN 2. LOGESWARI A/P KRISHNAN KUTTY 3. GOBIKRISHNA A/L MADHAALAGAN

NAMA PENSYARAH : ENCIK. MHANOGARAN ARUJUNAN

KONSEP PROFESION
Lieberman (tokoh pendidik di AS) Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan


intelek semasa memberi perkhidmatan. Pekerja pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran. Ahli profesion adalah pakar dalam bidang dan

mempunyai kuasa autonomi.

Orang profesional mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan. Pekerja terdiri drpd ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya. Setiap ahli mematuhi kod etika yang ditentukan. Setiap ahli bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat.

Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional


Antara ciri-cirinya ialah:

Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Banyak menggunakan keupayaan intelek. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Mendapat latihan khusus.

Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

Mempunyai latihan khas

Mempunyai kawalan kemasukan

Mempunyai kebebasan untuk mengamal

Mempunyai autonomi untuk membuat keputusan Terdapat kod etika profession

Merupakan organisasi professional dimana terdapat badan yang mengawal ahli-ahlinya.

Keadaan perkhidmatan yang ditetapkan

Diiktiraf oleh awam sebagai profession

Sering kali dikaitkan dengan ganjaran material

LANGKAH / CARA UNTUK MEMILIKI CIRI-CIRI PROFESSIONAL

Intelek Menanamkan sifat ingin tahu Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya setiap guru menanamkan sikap ingin tahu.

Sifat ingin tahu akan mendorong guru


mempelajari dan menyesuaikan diri dalam

dunia pendidikan yang sering berubahubah, baik dari segi sukatan kurikulum,

mahupun kaedah mengajar.

Berkualiti dari Segi Jasmani


- Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara kata. - Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu berpakaian, tingkah laku dan tutur

aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan dalam untuk melatih pelajar melibatkan diri yang penting untuk

kokurikulum

pembentukan jati diri pelajar.

Berkualiti dari Segi Emosi


- Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah: - Sentiasa menghayati nilai-nilai murni , norma dan Etika Perkhidmatan. - Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.

Minat membaca - Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan. - Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti profesion guru.

Mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.


- Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan guru untuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini. - Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris guru perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT.


-Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti, setiap guru hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran . -Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi


-

Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core business guru terhadap pelajar. - Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. - Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. - Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.

Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa. Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.

Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif. Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna