You are on page 1of 54

AHLI KUMPULAN :

MOHANA A/P KRISHNAN REVATHI A/P VASUTHEVEN MEGHALA A/P RAJAN

PENGENALAN

Sel darah merah atau eritrosit meupakan sel yang terbanyak sekali dalam darah. Warnanya terhasil disebabkan oleh kehadiran hemoglobin(sebatian kimia dan protein) Eritrosit menjalankan tiga fungsi utama iaitu mengangkut oksigen dari paru-paru ke tisu, pengangkutan karbondioksida dari tisu ke paru-paru dan akhirnya pengawalan pH darah. Berbentuk cakera dwicekung, tidak mempunyai nukleus, berupaya berubah sewaktu sel melalui kapilari. Bilangan sel darah merah pada lelaki dewasa berkisar antara 4.6-6.5bjuta bagi setiap liter darah dan bilangan dalam seorang perempuan kurang sedikit iaitu 3.9-5.6 juta liter

Eritrosit dihasilkan dalam sumsum tulang dan mempunyai diameter kira-kira 7-8 m dan tebal 1-2 m.
Eritrosit boleh hidup selama lebih kurang 120 hari dan apabila sudah matang ia akan dimusnahkan di dalam hati dan limpa melalui proses fagositosis. Kelebihan berada dalam bentuk dwicekung membolehkan eritrosit menampung bilangan molekul oksigen yang lebih banyak untuk diangkut ke tisu-tisu.

Dalam proses pemusnahan eritrosit, hemoglobin dibebaskan dari sel darah merah dan diceraikan kepada Heme dan globin.

Heme kemudian dihancurkan selanjutnya dan besi yang dibebaskan diangkut oleh darah untuk sintesis Hb yang baru manakala baki molekul Heme ditukarkan kepada Bilverdin dan Bilrubin. Bilrubin kemudian dikonjugat dalam hepar dan dikeluarkan dalam usus kecil sebagai salah satu juzuk hempedu. Dari situ, sebahagian Bilrubin dibuangkan dalam najis sebagai sterkobilinogen sementara bakinya diserap balik dalam aliran darah. Sebahagian dari Bilrubin yang diserap dikumuhkan dalam urin dan sisanya terdapat dalam darah sebagai Bilrubin plasma.

PENGENALAN

Sel darah putih atau Leukosit adalah lutsinar dan tidak berwarna. Jika dibandingkan dengan eritrosit, bilangannya adalah sangat kecil, iaitu dalam nisbah 1:600. Leukosit adalah bernukleus dan tidak mempunyai bentuk yang tetap. Saiz leukosit adalah besar daripada eritrosit. Leukosit terbahagi kepada dua jenis iaitu Granulosit dan Agranulosit.

a)

Granulosit
Granulosit mempunyai granul yang besar dalam sitoplasmanya. Granulosit terbentuk di sum-sum tulang dan nukleusnya bercuping

Kira-kira 72% leuosit terdiri daripada Granulosit


Granulosit terbahagi kepada tiga jenis iaitu Eosinofil, Neutrofil dan Basofil

Eosinofil Nukleus bercuping dua 2% drpd jum leukosit Granul diwarnakan oleh Eosin Menghasil dan serap histamin yang penting dalam t/b alergi

Neutrofil Nukleus bercuping banyak 70% drpd jum leukosit Granul diwarnakan oleh asid atau bes Memusnahkan bakteria semasa luka

Basofil Nukleus berbentuk s. 0.5% drpd jumlah leukosit Penting untuk mencegah pembekuan darah

b) Agranulosit

Agranulosit tidak mempunyai granul di dalam sitoplasmanya Agranulosit terbahagi kepada dua jenis iaitu Monosit dan Limfosit.

Monosit Lebih aktif daripada limfosit Menjalankan proses fagositosis Mempunyai nukleus yang berbentuk ginjal Boleh diwarnakan oleh metilena biru

Limfosit Tidak menjalankan proses fagositosis Menghasilkan antibodi untuk meneutralkan toksin yang Dibebaskan oleh patogen Bernukleus besar

PLATLET

Platlet (trombosit, sel pembeku) ialah sel tanpa nukleus yang terkecil sekali terdapat dalam darah. Sel ini dibentuk dalam sumsum tulang dari sel yang digelar megakarioblas. Saiznya kira-kira 2-3 m.

Jangka hayat platlet adalah selama 7-14 hari dan platlet dimusnahkan terutama dalam limpa.

Fungsi-fungsi Platlet

Fungsi utama platlet adalah untuk mencegah pembekuan darah. Apabila kapilari atau salur darah terluka keadan keadan ini akan berlaku pada kawasan tercedera:

a)Platlet menyentuh kolagen yang terdedah akibat pecahan endotelium salur darahdan menjadi lekit. b) ADP (adenosine diphospate ) yang dikeluarkan dari platlet menggalakkan lebih banyak platlet terkumpul dan sumbatan platlet yang terbentuk menjadi besar. Demikian , pendarahan seterunya dicegah.

c) Platlet juga mengeluarkan serotonin dan tromboksan A2 yang memperkuatkan vasokontriksi salur darah.
d) Berikutan pembekuan bekuan darah, retraksi, bekuan itu terjadi akibat pengecutan aktin dan miosin yang terkandung dalam platlet

Sel-sel platlet juga berfungsi dalam proses fagositosis. Sel-sel platlet boleh menelan butirbutir seperti kumin karbon, virus, dan kompleks imun. Platlet juga berfungsi sebagai agen penyimpanan dan pengangkutan bahan-bahan kimia. Sel platlet mengandungi serotinin dan beberapa enzim yang terlibat dalam metabolisme prostaglandin.

Ia juga merembeskan satu faktor pertumbuhan yang terlibat dalam pertumbuhan tisu yang cedera serta penyembuhannya.

PLASMA DARAH

Plasma ialah bahagian cecair darah dan terdiri daripada 90% air dan 10% bahan-bahan terlarut. Pada seorang lelaki dewasa, volum plasma berjumlah kira-kira 3000 ml yang merupakan 5% daripada berat badannya. Plasma juga mengandungi bahan-bahan ionik, gas-gas pernafasan, hormon-hormon, vitamin dan unsur-unsur surih, bahan-bahan kumuh dan air.

Seperti yang dinyatakan, plasma mengandungi lebih daripada 60 jenis protein yang secra kasar dapat dibahagikan kepada albumin, globulin, dan fibrinogen.
Protein-protein plasma dapat diasing dan dicampurkan dengan teknik seperti ultrapengemparan dan elektroforesis. Garam mineral yang terdapat dalam plasma darah pula ialah natrium, kalium, kalsium, klorida, fosfat, bikarbonat dan magnesium. Garam mineral ini berfungsi dalam pengecutan otot, pemeliharaan, keseimbangan nilai pH, pembinaan selsel dan penghantaran impuls saraf.

Bahan makanan yang terdapat dalam plasma darah pula ialah hasil-hasil pencernaan makanan yang ringkas seperti glukosa, asid lemak, gliserol, asid amino dan vitamin.
Bahan kumuh yang terdapat dalam plasma darah pula ialah urea, karbon dioksida, asid urik, dan sebatian ammonium. Gas yang terdapat dalam plasma darah ialah gas oksigen, karbondioksida dan nitrogen.

Hormon yang terdapat dalam plasma darah ialah hormon insulin, adrenalina, ADH dan sebagaiannya.

FUNGSI DARAH

Darah sebagai sistem pengangkutan a)Pengangkutan bahan makanan b)Pengangkutan oksigen c)Pengangkutan karbondioksida d)Pengangkutan urea e)Pengangkutan hormon f)Pengangkutan haba g)Penyerapan air

a)Pengangkutan Bahan Makanan

Hasil pencernaan makanan seperti asid amino, monosakarida ( seperti glukosa), air, sesetengah vitamin dan garam minera, meresap ke dalam kapilari darah vilus. Kapilari itu bersatu membentuk vena portal hepar, yang mengangkut hasil pencernaan terlarut ke hati. Hati memproses hasil itu dan mengembalikan sebahagiannya ke dalam peredaran sistematik. Glukosa dan asid amino meresap keluar daripada kapilari dan memasuku sel badan. Glukosa mungkin dioksidakan di dalam otot bagi menyediakan tenaga untuk pengecutan otot. Asid amino pula membentuk protein baru untuk membina sel dan tisu baru.

b) Pengangkutan Oksigen

Di peparu, oksigen meresap keluar daripada alveolus ke dalam darah. Oksigen meresap ke dalam eritrosit dan berpadu dengan hemoglobin (Hb) membentuk oksihemoglobin. Darah itu kemudiannya mengalir ke jantung melalui vena pulmonari dan dipamkan keluar daripada jantung aorta. Arteri bercabang daripada aorta membekalkan semua bahagian badan dengan darah beroksigen. Apabila sampai ke tisu yang memerlukan oksigen, oksihemoglobin membebaskan oksigen dan menjadi hemoglobin semula.

c)Pengangkutan Karbon dioksida


CO^2 dibebaskan oleh semua sel badan semasa respirasi. Gas ini meresap melalui dinding kapilari dan larut dalam plasma darah. Kebanyakan CO^2 dibawa oleh plasma darah dalam bentuk ion hidrogen karbonat, manakala sejumlah kecil dibawa oleh hemoglobin. CO^2 juga diangkat sebagai zat terlarut dalam plasma. Darah yang mengandungi karbon dioksida dikembalikan ke jantung melalui vena, dan kemudian ke peparu melalui arteri pulmonari. Gas CO^2 ini meresap keluar dari darah dan dikeluarkan dari badan semasa kita menghembuskan nafas.

d) Pengangkutan Urea
Urea merupakan hasil sampingan / hasil akhir penguraian asid amino yang berlebihan dalam badan. Hasil perkumuhan ini meresap ke dalam kapilari darah dan dibawa ke ginjal. Hasil perkumuhan juga meresap ke dalam sistem limfa. Ginjal mengumuhkan sebahagian besar hasi perkumuhan itu dalam air kencing.

e) Pengangkutan Hormon
Hormon adalah bahan kimia yang mempengaruhi proses penting badan. Hormon dihasilkan oleh kelenjar endokrin. Hormon diangkat oleh plasma darah ke semua bahagian badan. Hormon memberikan kesannya apabila sampai ke organ sasaran.

f) Pengangkutan Haba

Jantung, otot lemak perang yang menjalankan aktiviti otot dan kimia menghasilkan banyak haba. Darah mengangkat haba itu ke semua bahagan badan. Ini mengelakkan hati, otot dan lemak perang itu daripada menjadi terlalu panas di samping membantu memberi haba pada bahagian lain badan. Jumlah pengaliran darah ke kulit atau menjauhi kulit juga membantu mengawal suhu badan.

g) Penyerapan Air

Darah dalam kapilari yang bersifat dengan tubul ginjal menyerap semula kebanyakan air, semua glukosa dan asid amino, serta sebahagian garam dari tubul ginjal. Darah akan menyerap lebih banyak air dari tubul pengumpul dalam keadaan terlalu pekat, contohnya selepas banyak berpeluh. Sebaliknya kurang air diserap semula dari tubul pengumpul sekiranya darah terlalu cair. Bahan yang melalui usus besar terdiri daripada air dan bahan tak cerna septi selulosa, mukus dan sel mati. Darah dalam kapilari yang menyirat kolon akan menyerap semula banyak air daripada bahan tak cerna itu.

Darah Sebagai Sistem Pertahanan


Badan

manusia mempunyai pertahanan semula jadi terhadap kemasukan patogen. Leukosit yang berfungsi sebagai pembunuh bakteria atau virus penyerang Sekumpulan leukosit bertindak terhadap antigen itu dengan menghasilkan bahan kimia lain yang disebut antibodi. Molekul antibodi ini terikat pada molekul antigen. Setiap jenis antibodi hanya sesuai dengan sejenis antigen.

Pengikatan antibodi menyebabkan antigen itu teraglutinat. Keadaan ini membolehkan leukosit memusnahkannya secara fagositosis. Bakteria dalam keadaan teraglutinat juga tidak dapat menyerang tisu. Antibodi lisin memusnahkan bakteria dengan melarutkan lapisan luarnya, manakala antibodi yang disebut antitoksin pula meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria. Kadang-kadang leukosit mengalami pertumbuhan yang tidak normal disebut kanser leukosit atau leukimia.

Kira-kira 10% populasi manusia sangat peka terhadap antigen asing yang disebut alergen, seperti protein dalam susu, bulu haiwan, debunga dan sebagainya. Alergen ini merangsangkan tisu limfoid menghasilkan antibodi. Kelebihan jenis antibodi ini menyebabkan alergi. Gerak balas alergi bergantung pada jenis alergen, contohnya debunga lazim menyebabkan mata dan hidung berair.

Apabila seseorang individu kehilangan banyak darah akibat kecederaan / pembedahan, beliau akan diberikan transfusi darah. Dalam proses transfusi darah, darah yang diambil daripada seorang individu sihat (penderma) diberikan kepada pesakit melalui venanya. Untuk memastikan transfusi darah itu berlaku dengan berjaya, kumpulan darah penderma dan penerima mestilah serasi.

JANTUNG

Jantung manusia merupakan suatu alat yang mengepam darah yang cekap. Penghentian denyutan jantung sementara merupakan tanda kematian. Jantung adalah organ berupa otot, berbentuk kon berongga dan dengan dasarnya di atas dan puncaknya di bawah. Apeksnya menghala ke kiri.

Setiap minit semasa hayatnya, denyutan jantung seseorang yang berehat ialah kira-kira tujuh puluh kali dan mengepam keluar kira-kira lima liter darah. Purata berat jantung manusia adalah 300g iaitu 0.5% daripada jumlah berat badan.

Jantung terletak di dalam toraks antara dua paru-paru dan di belakang sternum, dan lebih menghadap ke kiri. Ukuran jantung kira-kira sebesar kepalan tangan.

Jantung dibahagikan oleh septum menjadikan ia dua bahagian. Setiap bahagian kemudian akan dibahagikan kepada dua kebuk yang atas atrium dan bahagian bawah disebut ventrikel.
Di setiap sisi, ada hubungan antara antrium dan ventrikel melalui bukaan atrio-ventrikular dan pada setiapnya terdapat injap; yang kanan dinamakan injap trikuspid dan yang kiri injap mitral atau injap bikuspid. Injap antrio-ventrikular membenarkan darah mengalir hanya ke satu arah, iaitu dari atrium ke ventrikel dan menghindarkan darah menga

Injap trikuspid pula terdiri daripada tiga kelopak atau kuspa, dan injap mitral terdiri daripada dua kelopak.
Jantung terdiri daripada satu membran yang dinamakan sebagai perikardium. Membran itu terdiri daripada 2 lapisan iaitu perikardium viseral dan perikardium parietal. Perikardium viseral adalah membran serus yang melekat pada jantung. Manakala perikardium parietal merupakan lapisan fiber yang terlipat keluar dari asas jantung dan menyalut jantung dengan kantung yang longgar.

Di antara dua lapisan itu ada cecair serus dan kerana tindakan melincir oleh cecair tersebut maka jantung dapat bergerak dengan bebas. Di sebelah dalam jantung dilapisi oleh endotelium. Lapisan ini disebut endokandium. Ketebalan dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan iaitu perikardium (selaput luar), miokardium (lapisan otot tengah) dan endokardium (lapisan dalam). Dinding otot jantung tidak sama tebalnya. Dinding ventrikel paling tebal dan di sebelah kiri lebih tebal daripada ventrikel kanan, kerana kekuatan pengecutan pada ventrikel kiri jauh lebih besar daripada yang kanan

Sebelah dalam dinding ventrikel ditandai oleh berkas-berkas otot yang tebal. Sesetengahnya berbentuk papila, iaitu otot-otot papilari. Vena kava superior dan inferior mengisi darahnya ke dalam artrium kanan

Bunyi Jantung - terdapat 2 jenis bunyi iaitu dekenali sebagai bunyi pertama dan kedua - bunyi disebabkan oleh injap-injap jantung yang menutup secara pasif Bunyi Pertama - disebabkan oleh tertutupnya injap atrio-

ventrikular dan pengecutan pada ventrikel - bunyinya panjang dan tidak jelas

-kedengaran sebagai lab

Bunyi kedua - berlaku disebabkan tertutupnya injap aortik dan pulmonari setelah pengecutan pada ventrikel. - bunyinya pendek dan tajam - kedengaran seperti dap impuls jantung @ degupan apeks - pukulan ventrikel kiri kepada dinding anterior yang terjadi semasa pengecutan ventrikel - degupan ini dapat dirasa dan sering terlihat pada ruang interkostal kelima

Sifat otot jantung 1. kemampuan mengecut - dengan mengecut otot jantung boleh mengepam darah yang masuk sewaktu diastol , keluar dari ruang-ruangnya
2. penghaliran @ daya hantar - pengecutan dihantar melalui setiap fiber otot jantung dengan lancar sekali. 3. rima - memiliki kekuatan untuk mengecut secara rima automatik tanpa bergantung pada rangsangan saraf.

Denyutan arteri - gelombang tekanan yang meningkat pada arteri apabila darah dipam keluar oleh jantung. - denyutan ini mudah dirasai oleh di suatu tempat dimana arteri melintas sebuah tulang yang terletak dekat permukaan. - denyutan yang dirasainya ialah bukan darah yang dipam tetapi gelombang tekanan yang dipindahkan dari aorta.

Kecepatan denyutan jantung


- berbeza dalam keadaan sihat - ia dipengaruhi oleh gaya hidup, pekerjaan, makanan, umur dan emosi - ia mempunyai hubungan dengan peredaran jantung - cth : jika jumlah denyutan ialah 70 maka ia bererti peredaran jantung adalah 70 kali seminit. Daya mengepam jantung - jantung berdegup sekitar 70 kali seminit pada orang yang sedang istirehat. - sewaktu pergerakan kecepatan jantung menjadi 150 kali setiap minit.

SISTEM KITARAN
KITARAN

PULMONARI SISTEMATIK DAN KAPILARI

KITARAN

ARTERI,VENA

KITARAN PULMONARI

Sistem peredaran pulmonari melibatkan peredaran darah terdeoksigen dari ventrikel jantung ke peparu. Arteri pulmonari berbeza daripada semua arteriyang lain kerana arteri pulmonari mengangkut darah terdeoksigen. Di peparu, arteri pulmonari bercabang untuk membentuk suatu jaringan kapilari darah. Pertukaran gas akan berlaku antara darah dalam kapilari darah dengan darah dalam alveolus. Selepas darah diperkayakan dengan oksigen, darah dalam kapilari akan mengalir ke dalam venul dan seterusnya dan seterusnya masuk ke dalam vena pulmonari yang akan membawa darah kembali ke jantung.

Edaran Pulmonari
Ventrikel Kanan Arteri Pulmonari

Vena pulmonari

Kapilari peparu

Sistem Peredaran sistematik

Darah beroksigen daripada peparu memasuki jantung pada atrium kiri dan kemudiannya ke ventrikel kiri. Di sini, darah dipamkan ke dalam sistem peredaran sistematik aorta kepada arteri badan. Peredaran sistematik membawa darah beroksigen dari jantung ke semua bahagian badan dan darah terdeoksigen dibawa balik ke atrium kanan jantung melalui vena kava anterior, vena hepar, vena renal, dan vena utama kaki.

Edaran Pulmonari

Dari jantung:
Atrium kiri Ventrikel kiri Arteri karotid ke leher, kepala, dan otak Arteri hepar ke hati Arteri renal ke ginjal Arteri femoral ke kaki Aorta

Ke

jantung:

Vena jugular dari otak, kepala, dan leher Atrium kanan vena kava vena hepar dari hati vena renal dari ginjal vena femoral dari kaki

Dalam sistem peredaran darah manusia, terdapat tiga jenis salur darah iaitu: a) arteri b) vena c) kapilari

a) Arteri

Arteri adalah berdinding tebal, berotot, dan kenyal supaya dapat menahan tekanan darah yang tinggi. Salur darah arteri mempunyai saiz lumen yang kecil. Arteri membawa darah keluar dari jantung dan bercabang kepada arteriol yang lebih halus untuk mengalir darah ke bahagian lain badan. Darah dalam arteri adalah bertekanan tinggi dan mengalir dengan cepat. Arteri mengalirkan darah beroksigen, kecuali arteri pulmonari. Arteri tidak mempunyai injap, kecuali pada bahagian jantung.

b) vena

Vena mempunyai dinding yang lebih nipis daripada arteri tetapi diameter lumennya adalah lebih besar. Vena membawa darah masuk ke jantung. Vena mengalirkan darah yang bertekanan rendah dengan kadar aliran yang perlahan. Vena mengalirkan darah terdeoksigen, kecuali vena pulmonari. Vena mempunyai injap poket pada selangan tertentu untuk memastikan darah mengalir dalam satu arah. Semasa otot rangka mengecut dan menekan dinding vena dari tepi, darah menolak dan membuka injap di hadapan dari sebelah bawah dan darah mengalir ke arah jantung.

Pada masa yang sama, injap di belakang ditolak dan ditutup oleh darah.
Semasa otot rangka mengendur, isi padu vena membesar lalu menyedut darah dari sebelah bawah injap vena.

Pada ketika itu, injap di depan menutup dan menghalang darah daripada mengalir ke belakang.
Gerakan ini akan menolak darah ke arah jantung.

c) kapilari

Kapilari merupakan tempat pertemuan arteriol dan venul. Kapilari mempunyai dinding yang sangat nipis, iaitu terdiri daripada selapis sel endotelium yang pipih dan tersusun rapat. Saiz lumen pada kapilari adalah paling kecil. Darah dalam kapilari mempunyai tekanan yang paling rendah dan mengalir perlahan. Darah pada kapilari mengangkut oksigen dan karbon dioksida. Kapilari tidak mempunyai injap.

TERIMA KASIH!!!