You are on page 1of 16

Dialek GeografiLeksikal: Kajian Tentang Penggunaan Dialek Geografi Dalam Lirik Lagu Masyarakat di Kelantan (Anak Tupai)

1.0

Pengenalan Malaysia mempunyai pelbagai bangsa yang menuturkan pelbagai bahasa ibunda

masing-masing. Namun begitu, bahasa rasmi dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu umum. Semua kaum di Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu baku sebagai bahasa pengantar utama di semua majlis rasmi. Walaupun begitu, terdapat pelbagai bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia bagi tujuan tertentu dan mengikut situasi ataupun tempat. Hal ini menyebabkan pelbagai bentuk bahasa terhasil ekoran daripada faktor tersebut. Dialek ditentukan oleh beberapa faktor iaitu kedudukan geografi, kumpulan sosial, perwatakan peribadi dan konteks sosial. Umumnya, terdapat pelbagai bentuk bahasa. Yang wujud antaranya ialah bahasa tulisan, bahasa lisan, bahasa isyarat dan sebagainya. Kesemua bentuk bahasa ini mempunyai perbezaannya yang tersendiri dan hanya digunakan di sesetengah tempat dan mengikut masa sahaja.

2.0

Objektif Kajian Kajian yang dijalankan terhadap penggunaan dialek geografi dalam kalangan

mahasiswa jurusan pendidikan Universiti Utara Malaysia diharapkan dapat memenuhi matlamat dan objektif yang berikut, antaranya: 1. Untuk melihat dan mengenalpasti bahasa-bahasa yang digunakan dalam penulisan lirik lagu. 2. Untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi sesuatu lirik itu ditulis mengikut faktor geografi.
1 |SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

3.

Untuk melihat sejauh mana keberkesanan lirik lagu mengikut dialek dalam menyampaikan maksud lagu tersebut.

3.0

Dialek Geografi

3.1

Definisi Dialek Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru, dialek merupakan satu bentuk

bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain); seperti Kelantan dan Kedah. Manakala, geografi pula merujuk kepada sains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan dan gerak balas manusia terhadapnya dan ilmu alam. Daripada penyataan tersebut, ia menunjukkan bahawa dialek geografi merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk bahasa, sebutan, intonasi, kosa kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya. Keadaan ini berlaku akibat daripada pengaruh geografi kawasan tersebut.

Dialek geografi merupakan sejenis kelainan bahasa yang ditentukan berdasarkan ruang geografi tempat menetapnya penutur kelainan berkenaan. Konsep ruang geografi dikenali sebagai ruang geografi linguistik. Ruang geografi linguistic ialah kawasan tempat satu jenis kelainan bahasa yang sama dituturkan. Sempadan kawasan geografi linguistik ditandai satu garisan khayalan yang disebut isoglos (Noriah Mohamed 1998). Garisan isoglos bukan garisan yang menandakan berakhirnya penggunaan suatu dialek geografi, tetapi garis ini lebih merupakan satu kawasan peralihan dialek. Pada garis isoglos, dialek di dalam satu kawasan bercampur
2 |SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

dengan dialek di dalam kawasan-kawasan yang berhampiran. Dalam kata lain, pada garis isoglos mungkin berlaku percampuran beberapa dialek sehingga membentuk apa yang dikatakan jaringan isoglos. Penentuan ruang geografi dialek Melayu di Malaysia nampaknya mengikut ruang geografi politik atau sempadan negeri. Misalnya, nama dialek Melayu sejajar dengan nama negeri tempat dialek tersebut dituturkan. Berdasarkan hal ini, wujud dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek Perak dan seterusnya untuk menunjukkan kepada dialek-dialek di Malaysia. Berdasarkan konsep ruang geografi linguistik, dialek Melayu yang khusus sebenarnya menepati ruang yang lebih atau kurang daripada ruang geografi politik.

3.2

Ciri-ciri dialek geografi a) Fonologi b) Morfologi c) Sintaksis d) Leksikal

3.2.1

Fonologi (Bunyi) Kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.

Contoh: Ulaq (Utara), Ulau (Melaka), Ulo (Johor), Ula (Kelantan)

|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

3.2.2

Morfologi (Pembentukan kata) Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2004:43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Contoh: a. Memanaskan-Perhangat b. Menghabiskan-Perabih

3.2.3

Sintaksis (Proses pembinaan ayat) Merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

3.2.4

Leksikal (kosa kata)

|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

Berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa; makna sesuatu perkataan itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam ayat.

Contoh: a. Tembikai (Standard) b. Semangka (Johor) c. Timun cina (Kelantan)

3.3

Faktor-faktor kewujudan bahasa dialek a) Geografi Perbezaan dari segi udara,keadaan negara,suasana,bukit bukau,sungai-sungai dan laut menyebab manusia bermastautin ditempat tertentu. Inilah menjana kepada perkembangan bahasa yang tersendiri. b) Politik Faktor politik telah membahagi-bahagikan Negara Malaysia kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek. c) Penjajahan Penjajah akan meninggalkan warisan linguistiknya semasa sesuatu kawasan dijajah. d) Perdagangan

|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

Oleh sebab bahasa yang bercampur dengan bahasa asing lebih mudah difahami oleh pelabur asing, penduduk atau perniaga tempatan sering berkomunikasi dengan bahasa campur. Seiring waktu, bahasa tersebut akan menjadi bahasa dialek yang khasnya di tempat tersebut. e) Masa Jika dibandingkan dengan dialek zaman dahulu amat berbeza dengan dialek yang digunakan zaman sekarang mengikut peredaran zaman. Secara semulajadinya, sesetengah dialek berterusan digunakan sehingga waktu kini dan ia dikatakan sebagai dialek yang hidup. 3.4 Contoh dialek geografi-leksikal a) Dialek Kedah Kata kerja: Mengai-Memancing Kata adjektif: Menyebai-Merajuk Kata ganti nama: Cheq-Saya

b) Dialek Negeri Sembilan Kata kerja: Hobin-Belasah Kata adjektif: Menteneng-Gemuk Kata ganti nama: Den-Saya

|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

c) Dialek Kelantan Kata kerja: Koya-Berangan Kata adjektif: Ganah-Hebat Kata ganti nama: Ambo-Saya

d) Dialek Perak Kata kerja: Berambat-Berlari Kata adjektif: Mengkis-Sombong Kata ganti nama: Teman-Saya

4.0

Hasil Kajian 4.1 Latar Belakang Lagu Anak Tupai Lagu anak tupai hasil karya Halim Yazid bukan sekadar untuk hiburan semata- mata, tetapi turut mempunyai mesej yang berguna kepada kehidupan dalam masyarakat kita sekarang ini. Mesej pertama yang ingin disampaikan dalam lagu ini ialah ingatan kepada masyarakat supaya jangan terlalu bertindak mengikut hawa nafsu. Ini kerana,Sepandai pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah

|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

juga, memberi makna selicik-licik mana pun orang yang melakukan perkara yang bermoral akhirnya akan diketahui juga. Sekiranya seseorang individu tersebut terlibat dalam gejala negatif seperti menyalahguna dadah, lumba haram, mencuri dan sebagainya akhirnya individu tersebut akan ditangkap jugak. Selain itu, lagu ini mengisahkan kehidupan remaja atau belia pada masa sekarang yang banyak terpengaruh dengan gejala sosial seperti mencuri, penyalahgunaan dadah, judi, seks bebas dan masalah sosial yang lain. Menurutnya, walaupun perbuatan salah tersebut disembunyikan daripada pengetahuan keluarga dan masyarakat, namun akhirnya perbuatan buruk tersebut akan diketahui juga pada suatu ketika nanti. Lagu ini banyak memberi pengajaran kepada kita mengenai kehidupan remaja pada zaman sekarang yang tiada pedoman hidup. Saya berharap, masyarakat diluar sana haruslah menjadikan lagu ini sebagai contoh dalam kehidupan sehari-harian supaya kita sentiasa berhati-hati dan beringat mengenai masalah soial dan bagaimana cara yang perlu diambil untuk mengatasinya. Mesej seterusnya yang dapat dikenal pasti terdapat dalam lagu nie ialah tentang keagungan ciptaan Allah SWT. Menurut pencipta lagu, walau setinggi manapun ilmu yang ada pada seseorang individu yang bergelar manusia, tetapi manusia tidak mampu untuk mencipta seekor tupai. Oleh itu sebagai manusia kita dinasihatkan supaya jangan menganggap tupai sebagia musuh dan jangan terlalu teruja untuk membunuh tupai keranan tupai juga ciptan Allh SWT yang unik dan berhak untuk sama- sama menghuni alam ciptan Allah.

|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

4.0

Bahan Kajian(Lirik Lagu Anak Tupai) Ado sekor anok tupai atah julai mokte, Kudung ekor perut lapar jalan cari makan, Kejadian tuhan dipanggil nama tupai, Asalnya dale hute sejenis mamalia.

Ada seekor anak tupai di atas dahan rambutan, Ekornya kudung dan perutnya lapar berjalan-jalan (merayau) cari makan, Ciptaan Tuhan yang dinamakan tupai, Asalnya di dalam hutan sejenis mamalia.

Kalu pasal jakit kok dehe dialah yg paling pandai, Jatuh jare jare kerana dia tak sobar, Pandai pandai tupai melompat jatuh tanah jugok, Tak wi gambar ore jahat jale telajok mangok.

Kalau pasal bergayut dari dahan ke dahan dialah yang paling pandai, Jatuh jarang-jarang kerana dia tidak sabar, Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, Nak menggambarkan orang jahat, jangan terlalu besar kepala.

Ore jame ritu pakat hambat tupai, Bimbe ko woh kayu takuk tokdan besar, Nyor derian duku kalu dan nye kerit tupai Pendek tahun tu nyor derian takdan nak jual
9 |SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

Orang zaman dahulu ramai-ramai kejar tupai, Bimbangkan buah kayu (buah-buahan) tak sempat membesar, Kelapa, durian, duku kalau digigit tupai, Nampaknya tahun tu, kelapa durian tak sempat nak jual.

Ore sekepung tupai sekor berambat hari hari, Nya pakat likung nya pakat pekong tupai takleh lagi, Sekat bedil ado tupai habih mati, Hok ni lah saya raso kita sangat rugi.

Orang sekampung tupai seekor berkejar hari-hari, Pakat-pakat lingkung, pakat-pakat baling tupai tak sempat nak lari, Semenjak tembakan ada, tupai habis semua mati, Yang inilah saya rasa, kita sangat rugi.

Kita manusio tinggi mana pun kita ngaji, Nak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi, Loni kapung atau bandar jare buleh tgk, Bapok tupai ibu tupai jale bawak anok.

Kita manusia setinggi mana pun kita belajar, Nak buat tupai seekor tentu sekali takkan menjadi, Sekarang ini di kampung atau di Bandar jarang boleh tengok, Bapak tupai, ibu tupai berjalan bawa anak.
10 |SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

Rasa kesian sungguh tengok sekor ke anok tupai, Kerana telajok kuruh sapa tokleh nak niti pagar, Bulu bulu pun habih luruh air mato bederai derai, Mari dale baruh bekali kena racun tebaka.

Rasa kesian sungguh melihat seekor anak tupai, Kerana terlalu kurus, sampai tak boleh nak meniti pagar, Bulu-bulu pun habis semua luruh, air mata berderai-derai, Datang dari dalam baruh lumpur, barangkali kena racun tembakau.

Berikut adalah dialek geografi (leksikal) yang terdapat dalam lirik lagu Anak Tupai:

No. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

Dialek Kelantan (leksikal) Julai Jakit Telajok Mangok Jame ritu Nyor Kerit Takdan Berambat Pekong Sekat Bedil Hok
11

Bahasa Standard Dahan Bergayut Terlalu Besar Kepala Zaman dahulu Kelapa Digigit Tidak sempat Berkejar Baling Semenjak Tembakan Yang

Tatabahasa Objek Kata kerja Kata penguat Simpulan Bahasa Masa Objek Kata Kerja Masa Kata kerja Kata kerja Masa Kata kerja Kata hubung

|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

14. 15. 16.

Ngaji Loni Baruh

Belajar Sekarang ini Lumpur

Kata kerja Masa Objek

4.3 i.

Huraian mengenai leksikal lirik lagu Anak Tupai Julai Julai merupakan leksikal yang membawa maksud dahan dalam bahasa standard. Julai juga merujuk kepada objek dalam konteks tatabahasa. Julai juga merupakan kata tunggal yang tidak mengalami sebarang imbuhan.

ii.

Jakit Jakit merupakan leksikal yang membawa maksud bergayut dalam bahasa standard. Jakit merupakan kata kerja dalam konteks tatabahasa. Jakit tidak mengalami imbuhan dalam dialek Kelantan tetapi mengalami imbuhan dalam bahasa standard iaitu berdalam lirik lagu ini

iii.

Telajok Telajok merupakan leksikal yang membawa maksud terlalu dalam bahasa standard. Telajok merujuk kepada kata penguat dalam konteks tatabahasa. Telajok tidak boleh mengalami sebarang imbuhan kerana ia merupakan kata tunggal.

iv.

Mangok

12

|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

Mangok merupakan leksikal yang membawa maksud besar kepala dalam bahasa standard. Mangok merupakan simpulan bahasa dalam konteks tatabahasa. Mangok tidak boleh mengalami imbuhan kerana leksikal ini merujuk kepada simpulan bahasa.

v.

Jame ritu Jame ritu merupakan leksikal yang membawa maksud zaman dahulu dalam bahasa standard. Jame ritu merujuk kepada masa dalam konteks tatabahasa. Jame ritu tidak mengalami sebarang imbuhan kerana ia merujuk kepada masa.

vi.

Nyor Nyor merupakan leksikal yang membawa maksud kelapa dalam standard. Nyor merujuk kepada objek dalam konteks tatabahasa. Nyor kata tunggal yang tidak mengalami imbuhan.

vii.

Kerit. Kerit merupakan leksikal yang membawa maksud gigit dalam bahasa standard. Kerit merupakan kata kerja dalam konteks tatabahasa. Kerit tidak mengalami sebarang imbuhan dalam lirik lagu ini.

viii.

Takdan Takdan merupakan leksikal yang membawa maksud tidak sempat dalam bahasa standard. Takdan merujuk kepada masa dalam konteks tatabahasa. Takdan tidak mengalami sebarang imbuhan kerana ianya merujuk kepada masa.

ix.

Berambat

13

|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

Berambat merupakan leksikal yang membawa maksud berkejar dalam bahasa standard. Berambat merupakan kata kerja dalam konteks tatabahasa. Berambat mengalami imbuhan dalam dialek Kelantan dan juga dalam bahasa standard iaitu berdalam lirik lagu ini.

x.

Pekong Pekong merupakan leksikal yang membawa maksud baling dalam bahasa standard. Pekong merupakan kata kerja dalam konteks tatabahasa. Pekong tidak mengalami sebarang imbuhan dalam lirik lagu ini.

xi.

Sekat Sekat merupakan leksikal yang membawa maksud semenjak dalam bahasa standard. Sekat merujuk kepada masa dalam konteks tatabahasa. Sekat tidak mengalami imbuhan dalam lirik lagu ini.

xii.

Bedil Bedil merupakan leksikal yang membawa maksud tembakan dalam bahasa standard. Bedil merujuk kepada kata kerja dalam konteks tatabahasa. Bedil mengalami imbuhan an dalam lirik lagu ini.

xiii.

Hok Hok merupakan leksikal yang membawa maksud yang dalam bahasa standard. Hok merujuk kepada kata hubung dalam konteks tatabahasa. Hok tidak boleh mengalami imbuhan kerana leksikal tersebut tidak gramatis.

xiv.
14

Ngaji
|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

Ngaji merupakan leksikal yang membawa maksud belajar dalam bahasa standard. Ngaji merujuk kepada kata kerja dalam konteks tatabahasa. Ngaji tidak mengalami imbuhan dalam lirik lagu ini.

xv.

Loni Loni merupakan leksikal yang membawa maksud sekarang dalam bahasa standard. Loni merujuk kepada masa dalam konteks tatabahasa. Loni tidak mengalami imbuhan dalam lirik lagu ini.

xvi.

Baruh Baruh merupakan leksikal yang membawa maksud lumpur dalam bahasa standard. Baruh merupakan objek dalam konteks tatabahasa. Baruh tidak mengalami imbuhan kerana ia merupakan objek.

4.0

Rumusan Kesimpulannya, dialek sememangnya digunakan dalam masyarakat sebagai

penghubung komunikasi dalam sesebuah kawasan atau situasi sosial. Dialek yang merangkumi penggunaan bahasa halus, sopan, rasmi, dan santai telah mengikat masyarakat agar menggunakan dialek yang tertentu bergantung kepada situasi yang dialami ketika sesuatu perkara itu berlaku. Penggunaan dialek tertentu melambangkan kesopanan dan kehalusan budi seseorang penutur, di samping menentukan jarak perhubungan seseorang penutur sama ada akrab atau sebaliknya. Situasi sama ada rasmi atau tidak rasmi secara langsung telah mendasari masyarakat agar memilih sama ada mahu berlaku sopan atau sebaliknya.

15

|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|

Melalui pelbagai dialek geografi yang terdapat dalam masyarakat ini telah membawa kekuatan masyarakat terhadap negeri tercinta dengan menggunakan dialek negeri masingmasing. Situasi ini secara langsung telah membawa identiti sesebuah masyarakat di kawasan tertentu seiring dengan latar belakang yang membawa ciri budaya. Melalui aspek dialek sosial pula membolehkan masyarakat mengaplikasi dialek sosial tertentu dalam situasi tertentu demi menghormati protokol yang wujud khususnya situasi rasmi. Hal ini telah membawa masyarakat agar menyedari akan kewujudan pelbagai tatacara dan gaya bahasa yang bersesuaian yang juga merangkumi adat budaya. Oleh itu masyarakat sememangnya harus mendasari penggunaan dialek sosial khususnya demi menjalani urusan dengan teratur. 5.0 RUJUKAN 1. http://www.scribd.com/doc/98284238/fonetik-dan-fonologi-bm-assgment 2. http://www.scribd.com/doc/40062724/Kajian-Penggunaan-Bahasa-Di-KalanganPenutur-Berdasarkan-Domain 3. http://www.slideshare.net/search/slideshow?searchfrom=header&q=dialek+geografi 4. http://www.slideshare.net/nazarinanawawi/kajian-dialek-trengganu 5. http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Contoh%20Tugasan%20BBM3202.pdf 6. http://sosiolinguistik.blogspot.com/2007/08/9-dialek-geografi.html

16

|SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT|