You are on page 1of 2

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

1. Kehadiran Sekolah.

1.1. Waktu persekolahan bermula pada pukul 7:40 pagi. 1.2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95) 1.3. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru tingkatan dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-guru subjek. 1.4. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu memberitahu pihak sekolah melalui Doktor/pegawai kesihatan. 1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah

surat ibubapa/penjaga atau Surat Akaun

hendaklah membuktikan dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat Ibubapa/Penjaga. 1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri. 1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah

mendapat kebenaran daripada Pengetua atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Pengetua. 1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid-murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang

telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah. 1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis/surat pengesahan daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa sebelum keluar dari kawasan sekolah. 1.10.Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat

sekolah. Sebelum keluar dari kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru tingkatannya/guru subjek. 1.11.Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad kebenaran keluar. 1.12.Murid-murid yang tidak mengambil matapelajaran pilihan hendaklah berada di tempat yang disediakan untuk belajar persendirian. 1.13.Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada pengetua atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau

penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah. 1.14.Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan

Jasmani dan kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan dia tidak boleh terlibat. 1.15.Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiataan tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.