Laporan AJK : Bendahari Nama : Nur Aqlili bt Mat Rahim

No K/P : 910717-03-5028

Alhamdulillah, kursus Bina Insan Guru Fasa V telah berjaya diadakan pada 28 Januari 2013 bertempat di SK Sri Kiambang, Pasir Mas, Kelantan. Kursus BIG kali ini memerlukan kami untuk mengadakan lawatan benchmarking di sekolah yang mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan umum dan kami telah bersetuju untuk menyempurnakan tugasan kami di SK Sri Kiambang. Sebagai seorang bendahari, saya bertanggungjawab menguruskan

belanjawan berkaitan dengan lawatan ini. Mohd Alif Adham sebagai ketua program telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan AJK bagi membincangkan belanjawan yang diperlukan. Hasil daripada perjumpaan tersebut, kami bersetuju untuk menyumbangkan RM 3 bagi menampung perbelanjaan BIG pada kali ini. Kutipan yang berjaya dikumpul hasil daripada sumbangan setiap ahli kelas adalah berjumlah RM 63. Wang ini digunakan untuk membeli cenderahati, barang-barang berkaitan dengan lawatan dan juga untuk bahagian persegaran. Semasa program berlangsung, Alif Adham telah memberi pesanan agar membawa baki duit bersama-sama. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan jika berlakunya permasalahan yang memerlukan wang. Alhamdulillah, program berlangsung dengan jayanya. Segala urusan telah berlaku mengikut perancangan. Satu post mortem telah diadakan sehari selepas kami selesai mengadakan lawatan. Post mortem ini bertujuan untuk memberi maklum balas serta kelemahan dan kelebihan yang timbul sepanjang mengadakan lawatan benchmarking ini. Saya telah membuat catatan dan hasilnya, terdapat lebihan pada duit yang dikumpul. Saya mencadangkan agar baki wang itu dipindahkan ke dalam tabung kelas dan Alhamdulillah kesemua ahli menyambut baik akan cadangan tersebut. Kursus BIG ini telah banyak memberi ilmu yang berguna kepada saya untuk dipraktikkan apabila menjadi seorang pendidik kelak.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful