You are on page 1of 2

1.

Seni bina banyak menggabungkan ciri India (Hindu) dengan Parsi (Islam) sebelum zaman Mughal (1200-1550 M), termasuklah Masjid Quwwat al-Islam (Delhi), Qutb Minar dan masjid di Ajmer. (R. Yeomans 1999 201-202, J. D. Hoag, 2004 142, 145-146) 2. Shah Jehan juga telah membina sebuah Masjid Jamik berdekatan dengan kubu Delhi (16441658 M) yang menampakkan pengaruh Parsi. (J. Masselos 2010 222, N. Rahman 1998 161, R. Burton and R. Cavendish 1991 116) 3. Seni bina mulai berkembang luas pasa zaman Mughal yang bermula dengan pemerintahan Babur dan Humayun serta mencapai kemuncaknya pada zaman Shah Jehan. (R. Yeomans, 1999, 209-210, J. Masselos, 2010, 183, J. D. Hoag, 2004, 188) 4. #Terdapat dua buah masjid tinggalan zamannya, iaitu terletak di Agra dan di Fathabad yang dihias dengan jubin (tiles) ala-parsi. Moti masjid 5. #Binaan makam dan tugu peringatan Sher Shah (Sher Shahs Tomb) di tengahtengah sebuah kolam di Sasaran, Bengal menunjukkan keistimewaan unsur-unsur seni bina Islam. 6. Pada zaman Akbar, bangunan perkuburan Humayun (tomb of Humayan) dibina oleh balu Humayun, Haji Begum dengan batu bata merah dan batu marmar putih di bahagian kubah. (A. H. Dani, 2003, 512) (R. Yeomans, 1999, 211) (J. Masselos, 2010, 179) 7. Taj Mahal merupakan salah satu benda ajaib (binaan) di dunia dan Akbar mula membina kota di Agra yang terkenal itu pada tahun 1566. (A. Capodiferro, 2004,2008, 218-219) 8. Pembinaan pada zaman Akbar yang paling masyhur ialah pembinaan istana di Fateh-pur. Diwan-I-Am dalam istana ini (pejabat Akbar) direka bentuk mengikut tradisi Hindu. (R. Yeomans, 1999, 221) 9. Bangunan-bangunan perkuburan Akbar (1593-1613 M) di Sikandar, Agra dan zaman Akbar juga terkenal dengan pembinaan kuil-kuil Hindu yang juga meminjam ciri-ciri seni bina Parsi. (R. Yeomans, 1999, 215)

10. #Masjid Mutiara, iaitu Masjid Moti (Mutiara) di Lahore merupakan sumbangan zaman Jahangir yang juga telah membina taman-taman yang terkenal seperti Shah-Dara (Garden of Delight) di Lahore. 11. Pada zaman Shah Jehan, banyak bangunan telah dibina tetapi bangunan Taj Mahal oleh Shah Jehan untuk isterinya, Mumtaz Mahal disenaraikan sebagai salah sebuah benda ajaib di dunia. (A. Capodiferro, 2004,2008, 218-219) 12. Taj Mahal pada keseluruhannya dibina dengan menggunakan batu marmar putih di Agra (1632-53 M). Pelan serta gaya bangunan Taj Mahal lebih kepada gaya seni bina Parsi. (A. Capodiferro, 2004,2008, 218-219) 13. Taj Mahal dikelingi dengqan taman indah dengan jalan yang luas, dipagari pohon-pohon sipres dan kolam bunga teratai. Bayang bangunan Taj Mahal pula indah kelihatan pada air sungai di utaranya. (A. Capodiferro, 2004,2008, 218-219) 14. Masjid Moti binaan Shah Jehan di Agra juga merupakan pembinaan penting dan ada sarjana menganggap Masjid Moti lebih indah daripada Taj Mahal. (R. Yeomans, 1999, 223) 15. Bandar ketujuh di Delhi yang dikenali sebagai Shah-Jehanabad dibina antara tahun 1638 hingga 1658 M, di mana tembok, kubu, pintu masuk dan istananya masih dijaga. (R. Yeomans, 1999, 222) (J. Masselos, 2010, 186) 16. Diwan-I-Kahas amat indah dan berharga seperti perak, emas, batu permata dan batu marmar merupakan antara bahan binaan bangunan tersebut. (R. Yeomans, 1999, 213-214)