You are on page 1of 3

ANALISIS SUSUNAN BILIK DARJAH Nama sudut bilik darjah yang dipilih Sudut Bacaan

Sudut Bacaan Kelas 5 Cemerlang

Berikan justifikasi anda mengapa sudut tersebut diadakan. i. Guru kelas Tahun 5 telah memperkenalkan satu konsep bagi menjana budaya ilmu dalam kalangan murid di kelasnya. Konsep sudut bacan ini dahulunya dipopularkan oleh pusat sumber sekolah.Konsep pusat sumber sekolah diperluaskan kerana proses pengajaran dan pembelajaran, latihan, seminar dan bengkal dijalankan di kawasan persekitaran sekolah. Rangkaian maklumat ini adalah sumber untuk mengakses, mengumpul, menimba dan menterjemah ilmu dalam murid-murid. Pusat bacaan ini ialah tempat untuk murid mencari maklumat serta memudahkan murid-murid memperkembang ilmu dengan menggunakan setiap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan pencapaian cemerlang dalam kalangan mereka. ii. Sudut bacaan ini diadakan adalah bertujuan sebagai tempat pengayaan bagi murid yang mempunyai kepintaran yang lebih berbanding dengan murid yang lain. Bahan yang terdapat di sini ialah buku-buku rujukan, majalah, bahan fotostat dan risalah-risalah umum yang disediakan oleh guru dan pelajar yang ditugaskan mengikut jadual tugasan harian yang ditetepkan oleh guru. Bahan-bahan ini diambil dari perpustakaan (Pusat Sumber Sekolah) dan juga melalui inisiatif murid di kelas tersebut.. Seterusnya,kewujudan sudut bacaan ini membe menggunakan setiap perkhidmatan pusat sumber ke tahap maksimum walaupun tanpa berkunjung di perpustakaan.

iii. Sudut Bacaan yang baik ialah mempunyai kelengkapan asas yang sempurna seperti kerusi, meja dan alas meja. Dalam penggunaan alas, guru kelas menggunakan buku besar dan ditukar 2 kali seminggu. Tujuan alas meja berbentuk buku ini adalah untuk memberi murid membaca bahan yang diletakkan di atas meja tersebut. Selain itu, penggunaan bahan bacaan yang berlainan dan ditukar pada setiap masa adalah untuk melatih pelajar berdisiplin dan amanah dalam menjalankan tugasan harian mereka semasa menuuruskan sudut bacaan.

3. Jelaskan 3 kekuatan yang terdapat pada sudut yang dipilih. i. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan bagi para pelajar. Bilik darjah yang mempunyai pelajarpelajar yang bertingkah-laku baik akan menjadikan tugas pengajaran guru one of wonderful jobs in the world kerana setiap 2 kali seminggu guru akan menukarkan bahan bacaan yang dihidangkan di atas meja di sudut bacaan tersebut. Guru berpeluang melihat pelajar mereka mempelajari sesuatu yang baru setiap hari. Guru juga berpeluang melihat kepuasan di wajah pelajarnya apabila mereka membaca bahan bacaan baharu pada setiap minggu. Salah satu ciri yang asas untuk menjadi guru yang baik adalah kemampuan mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Kemampuan mengawal tingkah laku pelajar menjadi sangat penting sekiranya seseorang guru mengajar di sekolah yang menghadapi masalah tingkah laku yang serius. Permasalahan murid boleh dikawal melalui kewujudan sudut bacaan di kelas. ii. Kewujudan sudut bacaan di dalam kelas adalah sebagai usaha untuk membimbing para pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan mereka Ini memmabntu para pelajar memahirkan diri dalam bidang komunikasi. Pelajar-pelajar boleh menggunakan sudut bacaan sebagai tempat perbincangan apabila selesai proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah sangat penting sebagai garis panduan kepada tingkah laku pelajar di bilik darjah yang diharapkan oleh Jelaslah untuk mengurus bilik darjah dengan baik, guru perlu menetapkan peraturan di bilik darjah yang telah dipersetujui bersama oleh pelajar sebagai satu kontrak yang dapat mengawal tingkah laku mereka. Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika menggunakan sudut tersebut sebagai tempat perbincangan. iii. Jumlah kerusi dan meja yang terhad tidak membenarkan penggunaan sudut ini secara beramai-ramai. Keadaan tersebut akan menggalakkan pelajar menyiapkan kerja dengan teliti dan berhati-hati lantaran peraturan yang ditetapkan oleh hanya membenarkan pelajar yang berkualiti sahaja menggunakan sudut tersebut. Oleh itu, kebanyakan pelajar akan berusaha meyiapkan tugasan yang diberi berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh guru sebagai memenuhi kehendak menggunakan sudut bacaan yang disediakan.
2