PRA 3108 1.

0 Pengenalan

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Melalui laman sesawang (2011/http://bmurusan.blogspot.com), pendidikan Islam prasekolah bertujuan untuk memberi kemahiran asas Islam kepada murid serta membimbing mereka melakukan ibadah dan berakhlak mulia, gembira melakukan amal soleh dan mengelak diri daripada melakukan perbuatan mungkar. “Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.” (Akta Pendidikan 1996 - Akta 550 Bab 10, Seksyen 50 Perkara 1) Bersesuaian dengan peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 seperti yang tersebut di atas, maka pendidikan kerohanian iaitu Pendidikan Islam mula diperkenalkan pada peringkat awal kanak-kanak lagi atau di peringkat prasekolah. Kurikulum Pendidikan Islam di peringkat prasekolah telah dirangka dan dimurnikan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) bersesuaian dengan peringkat pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak prasekolah. Semakan semula ke atas kurikulum tersebut telah dijalankan pada 2008-2009 dan digantikan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada 2010. Semakan kurikulum ini bertepatan dengan proses transformasi yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia.

2.0 Konsep Pendidikan Kerohanian dan Moral kanak-kanak Haliza Hamzah. Joy N. Samuel (2008), menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan insan yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Pendidikan kerohanian dan moral dalam kalangan kanak-kanak prasekolah yang terdapat dalam KSPK adalah merupakan kurikulum yang terancang. Iannya merupakan suatu wadah pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
1

dalam KSPK. dan asas bahasa Al Quran dan Tulisan Jawi. Sikap dan Nilai. Semua objektif ini boleh dicapai melalui fokus pembelajaran yang telah digariskan dalam KSPK. Rukun Islam.1 Pendidikan Islam dan Moral Prasekolah 2. Sikap dan Nilai khususnya komponen Pendidikan Islam ialah. berperibadi diri. 2. huruf hijaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. sirah. murid dapat bersuci. akhlak. iaitu akidah.1. mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. bertanggungjawab berkeupayaan mencapai kesejahteraan keluarga. mencontohi beberapa akhlak Rasulullah SAW dan melakukan amalan harian mengikut adab. murid dapat mengetahui asas Rukun Iman. sirah Rasulullah SAW dan melafazkan dua kalimah syahadah. Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada dua komponen yang terdapat dalam tunjang ini. 2 . ibadah. rohani.Tunjang Kerohanian. melakukan pergerakan solat. berwuduk. Terdapat lima fokus pembelajaran pendidikan Islam prasekolah dalam KSPK.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani. pendidikan Islam prasekolah terkandung dalam tunjang Kerohanian. Antara objektif selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang Kerohanian. Pada masa yang sama.1 Pendidikan Islam Jas Laile Suzana Jaafar (2002). masyarakat dan negara. Murid juga dapat mengenal asas bahasa Al Quran. Sikap dan Nilai penting bagi pemupukan nilainilai Islam dan nilai-nilai murni masyarakat yang berbilang kaum ke arah melahirkan rakyat negara Malaysia dan yang percaya kepada Tuhan. Komponen kedua ialah Pendidikan Moral yang juga berorientasikan kerohanian untuk kanak-kanak bukan beragama Islam. mulia.

3 . Sikap dan Nilai yang disediakan untuk murid-murid yang bukan beragama Islam. bertanggungjawab.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL 2. 2. Inilah aspek-aspek dalam nilai kerohanian dan moral yang cuba diterapkan di peringkat awal kanak-kanak. berdidiplin.2 Amalan Kerohanian dan Moral Dalam Pendidikan Prasekolah Melalui laman sesawang (2011/http://www. Tujuannya adalah untuk membentuk dan membina modal insan yang berkeperibadian sesempurna mungkin. kerajinan. Semua objektif ini boleh dicapai melalui fokus pembelajaran yang telah digariskan dalam KSPK.1 Hubungan Manusia Dengan Tuhan Hubungan ini merujuk kepada hubungan manusia dengan Tuhan mengikut agama dan kepercayaan masing-masing.com). berdikari.oocities. 2. menghormati.1.2. Hubungan ini amat penting kerana ia merupakan suatu elemen yang asas bagi seseorang manusia. kejujuran. Dalam usaha untuk mencapai tujuan tersebut. keberanian. hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan persekitarannya. toleransi. Amalan kerohanian bertujuan untuk membentuk asas dalaman akhlak yang kukuh manakala amalan moral Imerujuk kepada pelahiran sesuatu tingkah laku dalam bentuk praktikal berlandaskan akhlak yang baik. Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti berteraskan komponen pendidikan Moral ini. keadilan. kurikulum kerohanian dan moral dalam KSPK yang telah disediakan boleh diklasifikasikan kepada tiga aspek utama iaitu. Murid boleh mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan. hubungan manusia dengan Tuhan.2 Pendidikan Moral Pendidikan moral adalah komponen dalam tunjang Kerohanian. kasih sayang. Elemen ini akan menentukan cara hidup dan pemikiran seseorang manusia itu. kerjasama. berterima kasih. baik hati. setiap fokus pembelajaran dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral prasekolah berlandaskan KSPK menitikberatkan atau menjurus kepada amalan-amalan kerohanian dan moral. hemah tinggi serta kesederhanaan.

fokus pembelajaran sirah dan akhlak Rasulullah SAW misalnya. Hubungan dengan tuhan juga merujuk kepada amalan kerohanian dan moral berlandaskan lain-lain nilai yang telah digariskan dalam KSPK. murid prasekolah diajar tentang rukun iman dan rukun islam sebagai asas akidah. Seterusnya. Sebagai contoh. Amalan menghormati kepercayaan dan pantang larang adalah untuk mendidik murid-murid tentang kebebasan pelbagai agama untuk berkomunikasi atau berhubung dengan Tuhan dan kepercayaan. Ini sebagai latihan kerohanian untuk mengesahkan ketuhanan Allah SWT dan kerasulan Muhammad SAW sebagai pembawa ajaran atau agama Allah. hubungan ini merujuk kepada hubungan manusia dengan Allah SWT (hablum minallah). perhubungan manusia dengan Allah SWT ini dimantapkan lagi melalui fokus-fokus pembelajaran yang lain seperti ibadah. Murid prasekolah diajar melafazkan kalimah syahadah beserta maksudnya. Dalam Pendidikan Moral. Dalam Pendidikan Islam. Nilai ini dinamakan kepercayaan kepada Tuhan yang merupakan salah satu daripada 16 nilai dalam komponen Pendidikan moral. Kesemua fokus pembelajaran ini terarah untuk memberi ilmu berupa pengetahuan dan tingkah laku dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT yang akhirnya akan melahirkn akhlak yang sempurna bagi umat Islam. hubungan manusia dengan Tuhan menjurus kepada tentang kewujudan Tuhan yang mencipta manusia dan alam. amalan kerohanian dan moral dalam Pendidikan Islam yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah SWT boleh didapati pada fokus pembelajaran yang pertama iaitu tentang akidah yang melibatkan pegangan atau kepercayaan yang perlu ada pada setiap orang Islam untuk membentuk keimanan. Mencontohi akhlak Rasulullah SAW 4 . Justeru itu. akhlak dan asas bahasa Al Quran.2 Hubungan Sesama Manusia Amalan kerohanian dan moral yang bermakna dalam membentuk hubungan sesama manusia di kalangan murid-murid prasekolah juga merupakan satu elemen yang penting dalam pendidikan Islam dan moral murid prasekolah berlandaskan KSPK.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL Dalam pendidikan Islam. antara lain bertujuan untuk menyemai rasa kasih sayang dan kepentingan keluarga dalam kehidupan murid-murid prasekolah. 2.2.

2. latihan amali atau dalam bentuk hasil seni berupaya memberi pengalaman yang bermakna kepada murid-murid prasekolah. 2. Murid dilatih untuk mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral sebagai persediaan untuk menempuh cabaran hidup.1 Pemupukan Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pemupukan melalui aspek ini merupakan suatu proses yang terancang. agama.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL dijadikan sebagai panduan untuk murid-murid hidup bermasyarakat atau proses menjalinkan hubungan sesama manusia sama ada dalam ruang lingkup prasekolah ataupun di luar prasekolah. Sebagai contoh. pembelajaran huruf hijaiyah boleh dipelajari melalui nyanyian dan aktiviti mewarna sebagai satu hasil seni. Seorang guru perlu merancang isi pembelajaran yang hendak disampaikan dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Dalam Pendidikan Moral pula. Dalam proses pembelajaran. Sirah dan akhlak Rasulullah SAW boleh dipelajari melalui aktiviti bercerita atau main peranan agar murid dapat merasai suasana pembelajaran yang bermakna. bangsa dan negara.3 Pemupukan Amalan Kerohanian dan Moral Pemupukan amalan kerohanian dan moral dalam pendidikan prasekolah sama ada pendidikan Islam atau moral sebenarnya merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan latihan-latihan untuk mengamalkan aspek-aspek kerohanian dan moral oleh murid-murid prasekolah. Kaedah-kaedah pembelajaran seperti belajar melalui permainan. 16 nilai utama boleh dijadikan panduan dalam membina dan menjalinkan hubungan sesama manusia.3. guru perlu memahami tahap pertumbuhan dan perkembangan murid serta minat murid. Ini bagi menentukan pemupukan amalan kerohanian yang bermakna boleh dicapai. 5 . Proses pembelajaran hendaklah menyeronokkan murid dan tidak formal. Dengan kata lain. nyanyian. bercerita. amalan kerohanian dan moral berperanan untuk membentuk modal insan yang seimbang dari segi rohani dan moralnya bersesuaian dengan keperluan diri.

berdoa sebelum dan selepas makan. pemupukan dengan cara ini dilihat sebagai bentuk latihan harian.3. Sebagai contoh. menonton rancangan yang berkaitan dengan moral. Pelbagai kaedah dan strategi yang boleh digunakan untuk memberi pembelajaran yang bermakna kepada murid. meminta izin apabila hendak ke tandas. latihan ini akan bertukar menjadi suatu amalan harian pula. Ini untuk memastikan sama ada hasil pembelajaran telah dicapai atau belum dicapai. amalan berdoa. Murid-murid perlu dilatih untuk membaca doa sebelum menjalankan sesuatu aktiviti. Kuiz-kuiz agama yang mudah boleh dijalankan di samping penaksiran pencapaian murid secara berterusan. Penilaian terhadap proses pembelajaran juga perlu dijalankan. Begitu juga halnya dalam pembentukan akhlak murid-murid prasekolah ini. simulasi atau main peranan dan memberi murid kepercayaan dan tanggungjawab. Sebagai contoh. 6 . dan membasuh tangan sebelum dan selepas makan atau selepas menggunakan tandas. Apabila murid telah terbiasa dengan berdoa. Pada peringkat awal. murid-murid dilatih memberi salam kepada guru dan rakan-rakan ketika hadir ke sekolah dan waktu hendak balik. Antaranya seperti bercerita. Contohnya berdoa sebelum sesi pembelajaran bermula. Semua aspek ini perlu dilatih sehingga ia menjadi suatu amalan kerohanian dan moral dalam kalangan murid-murid. 2. maka ianya akan menjadi amalan harian mereka. mengucapkan terima kasih apabila diberi makanan atau buku.2 Pemupukan Melalui Latihan Pemupukan melalui latihan merujuk kepada praktikal atau amalan yang dilakukan oleh murid-murid prasekolah. dan berdoa sebelum masuk dan selepas keluar tandas.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL Begitu juga halnya dengan Pendidikan Moral. Mereka perlu diberi panduan dan latihan dalam membentuk akhlak yang baik. Pemupukan amalan kerohanian dan moral ini lebih bermakna sekiranya amalan tersebut dijadikan sebagai rutin harian. Sehingga ke suatu peringkat. Pembelajaran yang dirancang seharusnya memberi peluang kepada murid untuk memahami dan mempraktikkan nilainilan yang terdapat dalam kurikulum tersebut.

apabila ada murid yang bergaduh dan berebut peralatan atau tidak mematuhi peraturan. apabila berlaku perlakuan atau komunikasi yang tidak baik dalam kalangan murid prasekolah. Di samping pemupukan amalan kerohanian melaui proses pembelajaran pendidikan Islam yang terancang. Amalan kerohanian dan moral tidak semestinya diwujudkan sebagai sesuatu aktiviti yang khas. guru juga perlu peka kepada persekitaran dan keadaan semasa. dalam usaha memupuk amalan kerohanian yang bermakna. rutin pagi. seorang guru perlu memahami bahawa amalan kerohanian Islam adalah suatu proses yang berterusan dan relevan pada setiap masa. pengurusan diri. 7 . Sebagai contoh. Sekiranya ada murid yang makan dengan keadaan yang tidak teratur. Pendidikan kerohanian dan moral sebenarnya perlu diterapkan dan dipupuk sepanjang masa murid berada dalam prasekolah. rehat atau semasa makan. Secara keseluruhannya. tanpa mengira sama ada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru bukan hanya perlu menyelesaikan masalah yang berlaku sebaliknya mencegah agar masalah yang sama tidak akan berulang melalui penerapan nilai dan amalan kerohanian yang betul. guru perlu menerapkan amalan kebersihan dan adab makan Islam yang baik. guru perlu menanganinya secara berkesan.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah kepekaan guru terhadap persekitaran dan komunikasi murid-murid prasekolah. guru perlu menerapkan nilai kerohanian Islam seperti mencontohi akhlak Rasulullah SAW atau nilai toleransi dalam pendidikan moral yang telah dipelajari. Pemupukan amalan kerohanian melalui latihan dan menangani masalah dengan bijak juga perlu diambil kira agar murid-murid dapat melalui pengalaman yang bermakna dalam mempelajari aspekaspek dalam amalan kerohanian dan moral. Ia merujuk kepada latihan yang tidak dirancang oleh guru. disamping menyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohnya. sebaliknya amalan-amalan ini sentiasa relevan mengikut keperluan situasi dan masa.

Hal ini sangat membimbangkan kerana jika tidak Berjaya dikawal. Gambar 1 : Menunjukkan seorang pelajar sedang membuli seorang pelajar lain Gambar di atas ini menunjukkan seorang pelajar sedang membuli pelajar yang lain.0 Analisis video PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL 3. Hal ini berlaku mungkin disebabkan perasaan tidak puas hati oleh pelajar yang membuli itu terhadap pelajar yang dibuli. Video ini adalah video yang menunjukkan kejadian buli yang berlaku di sebuah sekolah dalam Malaysia. 8 . ia akan memberi kesan yang sangat besar kepada masa depan anak bangsa pada masa akan datang.1 Analisis Video tentang Isu Buli di Sekolah Saya sebagai pengkaji dan penganalisis video telah memilih sebuah video untuk dibuat analisis dan membuat huraian tentang isu-isu yang berkaitan kerohanian dan moral. Isu buli ini sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan pelajar di sekolah menengah bahkan gejala buli ini juga sudah menular ke peringkat sekolah rendah lagi. kita begitu megah mengatakan bahawa negara kita telah maju dan pesat membangun seiring dengan era globalisasi namun mengapa masih timbulnya isuisu berkaitan buli. Hari ini. samseng mahupun gangsterisme di kalangan pelajar masa kini.PRA 3108 3. Gejala buli ini akan menjadi hobi dan aktiviti harian pelajar oleh para pelajar pada masa akan datang.

Bukan itu sahaja. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Gambar 2 & 3 : Gejala gaduh yang disebabkan oleh perbuatan buli di sekolah Budaya suka membuli ini juga boleh mengundang kepada gejala atau perbuatan tidak baik yang lain. kes-kes pembulian di kalangan pelajar sekolah seakan satu pesta yang berleluasa di Malaysia pada hari ini dengan menjadi salah satu tradisi turun-temurun terutamanya pembulian di kalangan pelajar asrama dan juga pelajar sekolah. Contoh yang paling ketara adalah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar yang mana gejala buli telah menyebabkan pergaduhan berlaku. Malah pelajar perempuan masa kini tiada lagi memikirkan adab dan sopan-santun tetapi lebih bermegah diri dengan menunjukkan aksi-aksi samseng dalam membuli pelajar yang lemah. Menurut kajian. Oleh itu. kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Buli ini tidak semestinya hanya di kalangan pelajar lelaki tetapi juga berlaku di kalangan pelajar perempuan. Pergaduhan ini mungkin sekali berlaku kerana sikap tidak puas hati di antara kumpulan yang berlainan. setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL Hal ini terbukti dengan tersebarnya berita-berita yang hangat terpampang di dada akhbar mahupun media elektronik dengan terbongkarnya satu demi satu kegiatan buli dalam kalangan pelajar sekolah. Mungkin juga pergaduhan ini berlaku kerana salah pelajar yang dibuli meminta pertolongan daripada rakan yang lain untuk membalas dendam 9 .

1. Faktor pertama merupakan pengaruh keluarga atau ibu bapa. Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan berlakunya kes buli di sekolah. 10 . Buli dan tindakan agresif remaja-remaja dikatakan mempunyai kaitan dengan sekolah yang gurunya acap kali bertukar-tukar. Amalan dan polisi sesebuah sekolah secara tidak langsung akan mempengaruhi cara pelajar berinteraksi. Antaranya adalah kerana pengaruh keluarga atau ibu bapa. Faktor seterusnya adalah pengurusan sekolah yang tidak sempurna. Contohnya ayah mendera ibu. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti. Tidak dapat dinafikan sekolah juga turut menjadi faktor yang mendorong remaja-remaja membuli. aktiviti yang dilakukan dan tingkah laku mereka. Kes yang paling popular ialah kes buli. Di sini kita dapat lihat bukti bagaimana gejala buli ini juga boleh mengundang atau menjadi penyebab kepada gejala yang lain.pihak sekolah dan pengaruh media. Hidup dalam keluarga yang dipenuhi dengan keganasan rumah tangga akan mengajar remaja-remaja bahawa kekerasan dan keganasan adalah satu cara yang efektif dan sesuai untuk mencapai atau mendapat sesuatu yang dihajati apatah lagi jika mereka tidak mendapat bimbingan atau pembelaan daripada sesiapa.2 Punca-punca berlaku kes buli Isu kes buli di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL terhadap pelajar yang telah membulinya. atau adikberadik lain didera di hadapannya. Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar mereka. 3. Remaja-remaja membuli mungkin kerana meniru tingkah laku agresif yang diperlakukan terhadap dirinya di rumah atau menyaksikan tindakan agresif yang diperlakukan ke atas ahli keluarganya. pentadbiran yang lemah.

Kesannya akan lebih ketara terhadap pelajar-pelajar yang menghadapi masalah emosi. 3. Tindakan segera perlu dilakukan pihak pentadbir berasaskan peraturan sedia ada. Buat laporan dan hantar laporan berkenaan kepada pihak pentadbir supaya insiden itu direkodkan dan diambil tindakan sewajarnya. bermasalah pembelajaran.2 Cara mengatasi Gejala Buli Dalam kalangan Pelajar. harus peka mengenai masalah ini. guru perlu menghentikannya segera serta mengambil maklumat dan butiran. cakera padat video (vcd). perkara ini harus diambil berat dan diberikan perhatian serius. Cara untuk menangani masalah buli ini yang pertama sekali Pihak pentadbir sekolah dan guru harus sedar dan mengambil tindakan yang segera. tempat insiden buli dan aspek berkaitan isu buli. Jika guru dapat mengesan kes buli berlaku di sekolah. cakera video digital (dvd) dan sebagainya adalah antara faktor yang mendorong remaja-remaja melakukan aksi ganas seperti membuli. garis panduan mengenai sesuatu perlakuan yang dianggap salah tidak begitu jelas dan pemantauan yang tidak dilakukan dengan sempurna. faktor penyebab. Faktor terakhir adalah pengaruh media yang luas. Sememangnya filem atau aksi ganas yang dipaparkan di layar televisyen. 11 . mengalami gangguan tingkah laku dan sukar untuk mengawal diri. Jika kes ini berlaku di dalam kelas tempat guru itu sedang mengajar. Bagaimanakah cara untuk menangani isu buli? Isu ini tidak boleh ditangani oleh individu secara berseorangan. Pihak pentadbir khususnya guru besar dan pengetua serta guru-guru umumnya.Pelajar-pelajar selalunya akan meniru dan cuba untuk merealisasikan apa yang dilihat di kaca televisyen di dalam kehidupan mereka seharian dan bila mereka sudah mula seronok melakukannya. Ibu bapa.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL kaedah mendisiplinkan pelajar selalu tidak konsisten. Mereka harus mengetahui dan memahami konsep. mereka akan melihat keganasan sebagai satu sikap yang positif.1. guru atau pelajar sendiri perlu berpadu tenaga dan bekerjasama untuk membanteras kegiatan ini.

Ahli PRS juga boleh memberi bantuan emosi awal kepada mangsa yang terlibat. Semua pelajar perlu diberi pendedahan awal tentang isu yang berkaitan dengan buli. Pelajar perlu diberi kefahaman berkenaan buli yang berlaku dalam alam siber.Ibu bapa dan penjaga kepada pelajar itu sendiri. ciri-ciri mangsa. hukuman dan implikasi isu buli. Anda digalakkan untuk berada dalam kumpulan. Pelajar perlu mengelakkan diri daripada menyerang balas pembuli berkenaan seperti mengadu hal itu kepada orang luar yang tiada kaitan dengan sekolah. Pelajar yang berisiko untuk dibuli perlu mengelakkan diri daripada duduk secara bersendirian. Cara mengatasi yang ketiga ialah peranan pelajar itu sendiri. Pelajar perlu dilatih dan diberi kemahiran mengenal pasti kes dan mampu membuat laporan kepada pihak bertanggungjawab. guru bimbingan atau guru-guru yang mereka rasa selesa untuk mendengar atau membaca permasalahan mereka. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan konsep dan kaedah yang baik untuk dilaksanakan oleh semua sekolah. Pelajar perlu ada kesedaran memberitahu guru atau ibu bapa tentang kewujudan masalah berkenaan. Pendedahan perlu diberi daripada aspek definisi.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL Cara mengatasi yang kedua ialah peranan sekolah. Penerangan tentang bagaimana untuk memahami dan memberi sokongan emosi terhadap anak-anak mereka yang menjadi mangsa buli juga perlu diberi penekanan. Pelajar digalakkan untuk menanamkan sikap proaktif terhadap isu buli di sekolah. Ibu bapa harus diberi pendedahan terhadap tandatanda mangsa yang dibuli. PRS boleh diberikan tanggungjawab untuk mengenal pasti isu tersebut dan memberikan laporan kepada kaunselor sekolah untuk tindakan lanjut. kesan. PRS akan menjadi mata dan telinga kepada pelajar yang menjadi mangsa buli. esei dan perbahasan tentang isu buli. Pelajar yang berasa dirinya terancam boleh menulis permasalahan mereka dan hantar kepada kaunselor. Guru. Galakkan pelajar meluahkan perasaan melalui apresiasi seni. Pelajar perlu mengehadkan aktiviti dalam laman sosial atau sekurang-kurangnya dapat 12 . pelajar dan ibu bapa serta penjaga harus terlibat dalam kes berkaitan. Perkara ini boleh mengundang bahaya yang lebih besar.

Sikap tegas jelas dapat dilihat pada si ibu semasa menghukum anaknya. peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Budak lelaki dalam video tersebut. Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. 3.1 Faktor berlaku gejala ponteng Melalui laman sesawang (2011/ http:// simahmamat.blogspot. 3.2. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang 13 . dihukum oleh ibunya atas kesalahan yang telah dilakukan. Pada hemat saya punca-punca sebenar masalah ini haruslah dikenal pasti dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa depan. Beliau sememangnya mahu melihat anaknya menjadi seorang insan yang berguna tanpa bergelumang dengan gejala yang tidak bermoral seperti ini. isu yang dapat dikupas adalah berkenaan dengan gejala ponteng sekolah . antara faktor pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius.2 Analisis video Ponteng Berdasarkan video yang telah dipilih.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL memahami aspek buli melalui siber seterusnya mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli.com).blogspot. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan.com). Melalui laman sesawang (2011/ http:// simahmamat.

Bagi mereka. Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. dan sebagainya. pusat permainan video. Surat 14 . terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah. guru yang garang. Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah. mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah. pendidikan Islam dan sebagainya. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. Di samping itu. malu. Oleh itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. dan taman-taman rekreasi. Pelajar juga mungkin ponteng kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Malahan. pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. geografi.

2 Cara mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memberi kesedaran kepada pelajar tentang keburukan ponteng sekolah. Jika pelajar mempunyai kesedaran mendalam tentang 15 . 3. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini. terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera. Selain itu. pelajar juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa yang banyak berjasa kepada mereka. Sekali gus masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Malah masih ramai di kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam. pelajar juga mesti diberikan kesedaran tentang kepentingan datang ke sekolah dan menjadi pelajar yang cemerlang. Pada masa yang sama. Selain itu. cerdas. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Program-program kesedaran tentang tanggungjawab pelajar boleh dibuat oleh pihak sekolah dan Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG). Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah. dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai buruh di tapak binaan. peratus pelajar ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Peranan ibu bapa. pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius.2. terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai kedi di padang golf. dan pintar.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan.

Masyarakat sewajarnya tidak bersikap individualistik dalam hal menangani gejala ponteng sekolah. Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa. media elektronik seperti televisyen boleh memaparkan kesan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah agar boleh menjadi pengajaran kepada mereka. pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar. Pihak sekolah juga boleh memberikan nasihat dan kesedaran melalui kempen yang dijalankan oleh guru kaunseling sekolah. 16 . Di samping itu. pihak sekolah boleh mengambil dua pendekatan iaitu nasihat dan hukuman. pasti pelajar tidak akan ponteng sekolah lagi. Selain itu. Hal ini kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang tidak dapat disangkal lagi. masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah. Pada masa yang sama. Selain itu. Oleh itu. Nasihat kepada anak-anak ini perlu diberikan secara berterusan. Media massa juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng sekolah.PRA 3108 PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL tanggungjawab mereka terhadap diri. ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting dalam membendung gejala ponteng sekolah. Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Sebagai pihak yang paling berkuasa. keluarga dan negara. lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau. Oleh Itu. Hal ini kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa ketika berada di rumah. ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak terlibat dalam masalah ponteng sekolah kerana perbuatan tersebut boleh merugikan mereka dan merosakkan nama baik keluarga.

17 . Beruntungla bagi mereka yang mengamalkan ajaran agama Islam dengan sempurna.t. semua kakitangan serta guru-guru bersepadu berganding tenaga dalam membentuk kerohanian dan moral murid-murid dengan menunjukkan akhlak yang baik berlandaskan al-Quran dan al-sunnah dan bagi yang bukan Islam mengamalkan moral yang baik dan serta menjaga tatasusila berpakaian. Itulah sifat manusia yang bergelar insan makhluk ciptaan Alllah s. Untuk menambahkan keberkesannya pihak pentadbir. Kelemahan yang terdapat pada Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral ialah dari segi pelakasanaannya kurang memberi kesan kepada pelajar sekiranya guru hanya menerapkan kurikulum tersebut di dalam kelas sahaja.w. Kurikulum Pendidikan Moral juga telah dibentuk dengan sebaiknya berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menepati kehendak falsafah tersebut. Kita sebagai umat Islam haruslah menjadi contoh kepada yang bukan Islam kerana agama Islam adalah agama yang benar dan lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan.PRA 3108 4. sekolah.0 Rumusan PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL Kesimpulannya Kurikulum Pendidikan Islam telah dibentuk berdasarkan al-Quran dan al-sunnah. Sesungguhnya sesuatu perkara itu pasti ada kelemahannya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful