JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

FOLIO PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BARU ORIENTASI GURU BARU 2011

DISEDIAKAN OLEH NORHANIM BT BASIRAN SJK (T) JENJAROM KUALA LANGAT SELANGOR

1

Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin merakamkan sejuta kesyukuran kepada Allah s.w.t yang memberikan kekuatan untuk saya menjalankan program ini. Keduanya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir yang memberikan sepenuhnya kerjasama untuk saya menjalani program ini. Saya berharap agar folio ini dapat memberikan saya gambaran yang lebih baik tentang tugas-tugas guru yang bakal saya lalui. Sekian.

2

Pengenalan
Pendahuluan
Secara global, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan yang dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Faktor guru juga banyak diperkatakan dalam keperluan Pendidikan Abad ke-21 yang menghadapi pelbagai perubahan dan keperluan. Seiring dengan keperluan pendidikan abad ke-21peranan utama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah sebagai: i. ii. iii. iv. Oleh badan pengawal kualiti pendidikan guru; badan profesional keguruan; memastikan pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan merancang dan menyelaras pelaksanaan 15 inisiatif Makmal NKRA Kualiti Guru. yang demikian, BPG sebagai peneraju utama dalam pendidikan guru

bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang berkualiti. Sehubungan itu, BPG perlu membangunkan satu Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang berstruktur dan komprehensif dalam merealisasikan agenda baru pendidikan yang berkaitan dengan melahirkan guru yang berkualiti dan relevan dengan keperluan pendidikan kini dan akan datang. PPGB merupakan salah satu daripada lima belas (15) inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru yang telah diadakan di BPG pada 8 Mac 2010 hingga 2 April 2010. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah bersetuju terhadap cadangan semua inisiatif meningkatkan kualiti guru pada 2 April 2010. PPGB ini akan memberikan kesan yang positif terhadap sekolah, guru dan murid. Melalui program pembangunan yang berkesan, budaya kerja cemerlang dapat diterapkan kepada GB agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara lebih sistematik. GB akan dibimbing oleh guru berpengalaman serta pihak pentadbir sekolah untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan lebih berkesan dan profesional. Justeru, satu modul yang komprehensif telah dibangunkan dan dijadikan panduan untuk diguna pakai oleh
3

2006). PPGB merupakan proses sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu GB membuat penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur. GB perlu dibimbing untuk mengaplikasi semua pengetahuan yang diperoleh ini secara berkesan kerana kualiti pengajaran guru merupakan faktor penyumbang utama kepada pembelajaran murid (Laura et al. GB perlu dibimbing untuk melaksanakan tanggungjawab memenuhi keperluan kumpulan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang (Bartell. 2005). banyak hasil kajian menunjukkan tahun pertama merupakan tahun yang paling mencabar untuk GB (Humphrey et al. Di samping itu..Norasmah et al. Russell. sistem sekolah dan penguasaan pengajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah. 2007. Rasional Walaupun sistem latihan perguruan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia. namun satu program yang formal untuk membimbing GB yang baru ditempatkan di sekolah perlu dilaksanakan. seseorang guru harus terus meningkatkan pengetahuan masing-masing selaras dengan perkembangan dunia pendidikan semasa. 2006). BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme GB bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. khasnya GB di negara ini. Kursus praperkhidmatan yang dilalui oleh GB hanya merupakan asas untuk guru memahami konsep dalam P&P dan tidak dapat menyediakan mereka untuk menghadapi realiti sebenar dalam bilik darjah.semua pihak yang terlibat ke arah memartabatkan profesion keguruan. Pelaksanaan PPGB ini dijalankan berasaskan sekolah oleh pentadbir sekolah dengan bantuan guru berpengalaman (senior teachers). Di samping itu.. Definisi Program Pembangunan Guru Baharu Menurut Huling-Austin (1990). 2007. Masalah utama yang dihadapi oleh GB yang baru ditempatkan di sekolah adalah untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar. PPGB merupakan “planned programmes intended to provide some systematic and sustained assistance. specifically to beginning teachers for at least one school year ”. 4 .. Ironinya.

Hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang melalui program pembangunan sepanjang tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah. 2007).Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah. Amalan ini seharusnya dilaksanakan untuk meningkatkan profesion keguruan di negara ini. Tambahan pula. didapati menunjukkan kualiti pengajaran yang lebih tinggi dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid (Humphrey et al. 2007). 2003).. persekitaran sekolah serta latar belakang murid adalah unik dan kompleks dan tidak sama dengan pengalaman yang mereka lalui semasa mengikuti kursus perguruan. GB seringkali menghadapi masalah kerana suasana pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu. program pembangunan juga dapat meningkatkan hubungan kolaboratif antara GB dengan semua pihak di sekolah. Konsep Pendidikan Guru Yang Bersepadu menyarankan satu 5 .. Dengan cara ini.. seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al. 2006). GB menghadapi masalah bukan sahaja dalam mengendalikan aktiviti dalam bilik darjah dengan berkesan malah turut merasa sukar untuk bertindak secara proaktif dalam aktiviti kokurikulum dan pentadbiran. Kebanyakan GB mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di sekolah kerana mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan situasi yang mereka lalui semasa mengikuti latihan perguruan dan latihan amali (Norasmah et al. GB yang telah didedahkan dengan program ini didapati dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid hasil peningkatan kemahiran dan kualiti pengajaran guru itu sendiri (Duke et al. Program pembangunan menggunakan pendekatan pementoran untuk membimbing GP telahpun diterapkan dalam profesion keguruan di negara-negara maju untuk meningkatkan kualiti GB. Program pembangunan menggunakan pendekatan pementoran didapati mampu memberi kesan yang positif terhadap GB yang kurang berpengalaman.. pendidikan yang bersifat dinamik dan global memerlukan guru yang bersedia meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan secara berterusan. profesionalisme GB itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Guru sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan.

meningkatkan pengetahuan GB tentang aspek sosialisasi organisasi dan hal ehwal murid. Objektif Program Pembangunan Guru Baharu Objektif PPGB ini adalah untuk: i. v. kompetensi diri dan efikasi kendiri GB. meningkatkan kualiti pembelajaran murid dan pengajaran guru. meningkatkan kualiti pengajaran GB dan pembelajaran murid. iii. dan seterusnya program perkembangan berterusan sehingga seseorang guru itu bersara (Mohammed Sani. Singapura dan Korea Selatan (Jabatan Perdana Menteri. BPG selaku peneraju utama dalam pembangunan pendidikan serta peningkatan profesionalisme keguruan bertanggungjawab untuk menyediakan satu program pembangunan yang berkesan. Hasil Pembelajaran i. 6 . membantu GB menyesuaikan diri dengan budaya. iv. 2009). kajian ini turut mendapati kejayaan murid dipengaruhi secara langsung oleh kualiti guru yang mengajar mereka. vii. Program ini bertujuan meningkatkan kualiti GB yang ditempatkan di sekolah bagi memastikan perluasan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua murid dapat direalisasikan. persekitaran. vi.program perkembangan guru yang berterusan harus bermula daripada latihan perguruan praperkhidmatan. Keadaan ini mewujudkan satu keperluan untuk menawarkan satu program pembangunan yang komprehensif dan bersepadu untuk membimbing dan melatih GB secara berterusan. menyediakan bimbingan yang berkesan untuk GB melaksanakan aktiviti kokurikulum. Justeru. program pembangunan sewaktu guru mula ditempatkan. ii. Hasil kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan penurunan dalam pencapaian murid Malaysia berbanding negara lain seperti Hong Kong. viii. meningkatkan amalan profesionalisme. meningkatkan pengetahuan tentang aspek penilaian dan pentaksiran di sekolah. dan membangunkan kerjasama secara kolaboratif antara GB dengan semua pihak (stakeholders). dan komuniti sekolah. Pada masa yang sama. 2002). menyediakan bimbingan yang berkesan untuk GB dalam melaksanaan amalan pengajaran sepanjang proses transisi mereka daripada ‛pelajar’ kepada ‛pengajar’.

iii. 7 . meningkatkan amalan profesionalisme. dan menjalin kerjasama secara kolaboratif dengan semua pihak (stakeholder) yang terlibat di sekolah. menyesuaikan diri dengan budaya persekitaran dan komuniti sekolah. melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan. meningkatkan pengetahuan tentang aspek penilaian dan pentaksiran disekolah. vii. vi. kompetensi diri dan efikasi kendiri. lebih berpengetahuan tentang aspek sosialisasi organisasi dan hal ehwalmurid. iv. viii. v. melaksanakan amalan pengajaran sebagai pendidik dengan berkesan.ii.

019-2765662 03-31227227 SJK (T) Jenjarom. 03-31917280 Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Kepujian) pengkhususan Komunikasi Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat Diploma Perguruan TESL 8 . 42600 Jenjarom. Selangor. Batu 10 Kebun Baru. Jalan Pahlawan 7. 42500 Telok Panglima Garang.Biodata Guru Nama Status Umur Tarikh lahir Alamat tempat tinggal No tel bimbit No tel rumah Alamat sekolah No tel sekolah Ijazah pertama Ijazah lanjutan Kelulusan ikhtisas : : : : : : : : : : : : Norhanim bt Basiran Berkahwin 34 tahun 24 Oktober 1978 No 8. Kuala Langat. Taman Pahlawan. Selangor.

Bahagian 1 Profil Sekolah 9 .

Bahagian 1: Profil Sekolah Kod sekolah Nama sekolah Alamat sekolah JPN PPD Status No Telefon No Fax Sesi Jenis Bantuan Jenis Murid : : : : : : : : : : : BBD1055 SJK(T) JENJAROM SJK (T) JENJAROM. JENJAROM. 42600 SELANGOR Jabatan Pelajaran Negeri Selangor PPD KUALA LANGAT Beroperasi 0331917280 TIADA Pagi Sahaja Sekolah Kerajaan Lelaki dan Perempuan Bahasa Tamil Tiada Asrama Luar Bandar Bahasa Pengantar : Jenis Asrama Lokasi : : 10 .

Bahagian 2 Pengurusan dan Pentadbiran 11 .

Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya. 16. 2. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan. 11. 10. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa. 5. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan. Laporan Sulit Khas. 13.Bahagian 2: Pengurusan dan Pentadbiran GURU BESAR Tugas Guru Besar A. 15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. 12 . Pentadbiran: Dalam bidang pentadbiran. pelepasan guru-guru dan kakitangan. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru. 7. Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut: 1. penggantungan. 3. Berkala. 12. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya. 8. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya. 4. 14. 6. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 9. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan. persaraan. dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna.

Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa. Menentukan segala kutipan atau yuran. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah. Zon Sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri. peperiksaan. 5. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja. 2. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Memperakukan segala tuntutan perjalanan. 12. 13 . Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan. asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna. Kewangan: 1. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada. 10. 4. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan berkaitan dengan bidang ikhtisas.17. 9. elaun lebih masa. 3. Pembangunan Fizikal Sekolah: 1. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji. wang runcit dan sebagainya. sewa. 6. C. B. 8. 7. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar. Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan. 11. 13. Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.

Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 6. penilaian dan menyarankan tindakan susulan. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka. peperiksaan. 3. B. 5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek pelaksanaan program dan projek sekolah. perancangan. Menyelaraskan pengurusan dan pemulihan yang ada di sekolah. hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan. Menentukan rancangan pelajaran harian. 5. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum.GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN A. 8. mingguan. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa. makmal dan bengkel. Senarai Tugas: 1. Pejabat Pendidikan Daerah. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah. Membantu dalam menentukan buku-buku teks. Bidang Tugas: 1. 2. 9. 3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik. pentadbiran dan pengurusan sekolah. pengurusan dan 4. pusat sumber. 14 . semester dan lain-lainnya berjalan dengan lancar dan berkesan. 4. 7. bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah. Dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan. perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan 6. Kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan djian. 2.

Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah. Pentadbiran: 1. latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya. sewa. 4. asrama. 8. C. 2. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit. kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar. 9. 10. dalam Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi sekolahnya. 5. 2. maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan. 15 . sukan dan permainan dan sebagainya. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah: 1.10. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya boleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya. 2. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar. D. 6. E. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti sepanjang tahun. Keselamatan: 1. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama. 3. 7.

H. Kantin: 1. 3. JPN. Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. G. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD. 2. Buku Teks: 1. Kenterian Pendidikan ataupun yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. 16 . Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah. Tugas-Tugas Lain: 1. Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.F.

bimbingan dan kaunseling. 4. 5. 6. pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah. Disiplin: . Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun. Menentukan bahawa kebajikan. Skim Pinjaman Buku Teks. Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah. biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar. 5. 17 C. 2. PK Pentadbiran. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan. 8. 8. 7. 6. 7. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya. 2. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan. Bidang Tugas: 1. Senarai Tugas: Pentadbiran 1. disiplin. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang engkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu. 3. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID A. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini. Menguruskan surat akuan. 4. B. perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik. 3. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran. sijil-sijil pelajar. ko-kurikulum. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar.

F. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku. 2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna. pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik. kakitangan dan para pelajar. 3. 2. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.1. Skim Pinjaman Buku Teks: 1. kesihatan. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik. Bimbingan dan Disiplin: 1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. D. 18 . Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran. E. kerjaya dan sebagainya. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru. Menguruskan segala kutipan. 4. 3. sosial. 4. 5. 5. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru. 3. pengambilan. pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar. Program Perlindungan: 1. 4. 2. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat. 2. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.

program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan di sekolahnya. G. merancang. 2. 3. 4. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada. melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat. Tugas Dan Tanggungjawab Lain: • • Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan kokurikulum. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi dalam bidang itu. H. Pasukan Pakaian Seragam: • • Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian seragam. Biasiswa Dan Bantuan: 1. Kokurikulum: Sukan Dan Permainan: • Membantu. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah.3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya. Menyelaras pelaksanaan. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya. Persatuan Dan Kelab: • Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik. Koperasi Dan Simpanan Pelajar: • • Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat sekolah. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan pelajar. 19 .

3. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum. Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah. B KURIKULUM (SUKAN. Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil penjelasan. Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum. D. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya. Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik. C. PERSATUAN DAN KELAB): 1. PERMAINAN. Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar. Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah. 3. Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan lancar. Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah. Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan program khas untuk mereka. PEMBANGUNAN DIRI STAF: 1. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti. PASUKAN BERUNIFOM. Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah. Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM A. Merancang program unjuran keluar bilik darjah. 9. Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. 6. PENGURUSAN KURIKULUM: 1. 7. 3. 2. 2. 5. 2. Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya. 4. 5. 4. Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik. Merancang takwim kegiatan setiap bidang. 8. 20 . 4. PENGURUSAN: 1. 5. Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.

Mengadakan tabung sukan. 6. Menyertai kursus kokurikulum. Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah. 3. kutipan yuran sukan sekolah. 5. KELAB/PERSATUAN: 1. F.2. Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh jabatan atau kementerian. Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri. 4. buku stok. melaksana dan menyelia kegiatan sukan/permainan di semua peringkat. 7. Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan. Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah. MSS serta menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan. mengadakan stor. Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam. 3. Merancang takwim sukan dan permainan sekolah. 2. SUKAN DAN PERMAINAN: 1. G. Membantu merancang. 21 . Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar. Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/MSSM. I. menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH: 1. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR: 1. 2. H. Menyelaras kurikulum/kokurikulum bersepadu. Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah. 4. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM: 1. Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan. Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu. 2. E. 3. 2. Menganggotai JK Kurikulum/kokurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi kemudahan pelajar.

merancang program aunjuran keluar bilik darjah. unit beruniform. Kokurikulum : sukan. 22 • • • • • • • • • • • • • • • • 2.mengadakan program khas untuk mereka. menentukan pelaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani berjalan lancar. menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum sekolah. bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah. menganggotai jawatankuasa kokurikulum / kurikulum yang dibentuk oleh sekolah bagi kemudahan murid. menyelaras pembahagian murid dalam rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi rumah. 3. merancang takwim permainan setiap bidang. memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik. mengurus dan menyelia setiap peralatan ko-kurikulum.pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya. memilih kumpulan peserta elit sekolah. membantu dan menguruskan segala penerbitan sekolah. 1.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. permainan. menggunakan ABM dengan betul dan sistematik. Pengurusan 4. mengenalpasti guru/murid berpotensi untuk maju . menentukan langkah keselamatan setiap aktiviti kokurikulum yang dirancang telah diambil. menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian murid. mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum. menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti. Pengurusan kurikulum • • • merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajarnya. mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya. menyelaras kurikulum / kokurikulum bersepadu. Pembangunan diri murid • • • • . melaksanakan pengajaran. bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah. menyelaras hari ucapan dan perayaan sekolah. persatuan & kelab.

23 . Perkembangan kendiri (personel synergy) • • • Menyertai kursus kokurikulum.5. Menyertai kempen / perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar. Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.

Bahagian 3: Fizikal dan Prasarana Sekolah 24 .

Bahagian 3: Fizikal dan Prasarana Sekolah Kelas Kantin sekolah Pintu masuk pra sekolah Bahagian dalam pra sekolah Kawasan permainan pra sekolah Kawasan permainan pra sekolah 25 .

Pintu masuk pusat sumber sekolah Bahagian dalam pusat sumber sekolah 26 .

Bahagian 4: Penilaian Guru 27 .

saya berpendapat bahawa kemudahan perkhidmatan yang disediakan di dalam bilik guru adalah terhad. Contohnya kemudahan mesin fotostat dan faks. pihak sekolah tidak memandang remeh segala maklum balas yang diterima daripada ibu bapa. pihak sekolah tidak memandang remeh segala maklum balas yang diterima daripada ibu bapa. kemudahan perkhidmatan mesin fotostat dan faks memainkan peranan yang besar dalam pembangunan bahan-bahan mengajar untuk P&P. Sekolah ini turut dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan yang baik dari segi perkhidmatan untuk guru dan juga untuk murid. Seperti yang dimaklumkan. Kelemahan Secara peribadi. Pihak sekolah sentiasa menitikberatkan pandangan serta pendapat ibu bapa kerana ia merupakan tanggungjawab sekolah untuk mendidik dan menjaga keselamatan anak mereka. Staf-staf sokongan di pejabat banyak membantu guru-guru dalam mengendalikan kerja-kerja yang memerlukan mesin tersebut. semasa mesyuarat agung PIBG yang diadakan semua usul yang dikemukan oleh ibu bapa telah dibincang bersama untuk kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu pihak penjaga dan pihak sekolah. Ibu bapa atau penjaga boleh berhubung dengan pihak sekolah secara bersemuka. Pihak sekolah sentiasa mencuba untuk bertindak serta merta apabila sesuatu perkara perlu diselesaikan antara kedua-dua belah pihak. Terdapat dua mesin pencetak yang disediakan. tetapi tiada mesin fotostat untuk guru-guru gunakan bagi membuat salinan lembaran kerja. Sebagai contoh. Pihak sekolah sentiasa mencuba untuk bertindak serta merta apabila sesuatu perkara perlu diselesaikan antara kedua-dua belah pihak. Ini kerana 28 . Kekuatan Pada pendapat saya. melalui telefon. Guru-guru dapat membuat salinan lembaran kerja bagi setiap murid di dalam kelas. Ini kerana hak mereka sebagai pelanggan perlu dijaga supaya kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah dapat dipertingkatkan.Bahagian 4: Penilaian Guru Refleksi Umum Kebanyakan bilik darjah tidak dilengkapi dengan pemancar LCD. Seperti yang dimaklumkan.

Pemancar LCD jarang digunakan oleh guru-guru termasuk saya mungkin kerana ia memakan masa yang banyak untuk disiap sediakan. pihak sekolah juga boleh menampal gambar-gambar penglibatan murid di papan kenyataan di sekolah untuk tontonan ibu bapa. mereka akan lebih menghargai pencapaian sekolah dalam mendorong anak-anak mereka menjadi murid yang berjaya. saya mencadangkan supaya pemantauan dan penambahbaikan fasiliti komputer dilakukan dengan lebih kerap supaya kemudahan akses kepada ICT dapat dipertingkatkan. Sekolah juga boleh mewujudkan blog atau laman web supaya ibu bapa dapat sama-sama menyaksikan pencapaian murid-murid secara virtual. ibu bapa dapat menonton video atau melihat gambar anak-anak mereka di samping memberi pendapat. Dengan cara tersebut. Selain itu. terdapat beberapa aspek yang boleh dibaik pulih bagi memantapkan lagi pengurusan ICT. Secara umumnya. 29 .hak mereka sebagai pelanggan perlu dijaga supaya kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah dapat dipertingkatkan. Pada pendapat saya. sekaligus memajukan lagi pembangunan sekolah ini. Selain itu. Secara tidak langsung. Namun begitu. pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah ini adalah baik. Pengurusan ICT yang baik akan malancarkan perjalanan P&P. Sekolah ini mempunyai blog tetapi ia kurang diaktifkan. guru-guru boleh diberi pendedahan tentang cara-cara menggunakan pemancar LCD di dalam kelas secara maksima dan berkesan.

Bahagian 5: Lampiran Berkaitan 30 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful