You are on page 1of 5

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Tema Tajuk Pelajaran Objektif

: 27 Februari 2013 (Rabu) : 8.45 hingga 9.45 pagi (60 minit) : 4 Bijak : 22 orang : Sentiasa Berhemat Kita Selamat : Tragedi : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i) Membaca teks berita yang diberikan oleh guru dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii) Menjawab soalan berdasarkan teks berita yang telah dibaca secara lisan dengan berbincang bersama guru. iii) Menulis 3 ayat lain selain daripada ayat di dalam teks berita yang diberikan dengan menggunakan kata nama terbitan yang ditentukan oleh guru di dalam buku nota masing-masing tanpa meniru rakan.

Fokus Utama

: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan

: 8.1 Membina dan menulis ayat tunggal Aras 1 (i) Menulis perkataan dan ayat tunggal berdasarkan topik yang diberikan.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari tentang ayat tunggal.

Sistem Bahasa

: Tatabahasa : Kata nama, kata nama terbitan, ayat tunggal. Kosa kata : Jerami, pembakaran, kesesakan, bersempena.

Pengisian Kurikulum

: Ilmu : Kajian Tempatan Sebutan dan intonasi : Berita Nilai Murni : Keperihatinan, rasional, rajin, bersungguh-sungguh.

Kemahiran Bernilai Tambah

: Kemahiran Berfikir : Mengenal pasti idea, menjana idea. Teori Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, interpersonal. Belajar Cara Belajar : Mengumpul maklumat.

Isi Pelajaran

: 1) Kata nama. 2) Kata nama terbitan. 3) Ayat tunggal. 4) Kosa kata.

Bahan Bantu Mengajar

: 1) Laptop. 2) LCD. 3) Video. 4) Teks berita. 5) Papan hitam. 6) Kapur. 7) Kertas. 8) Kotak.

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Tayangan video tentang 1)Guru menayangkan video kemalangan jalan raya tentang kemalangan jalan raya. 2)Murid diminta melihat tayangan video dengan teliti. 3)Guru bersoal jawab dengan murid. 4)Guru menyatakan tajuk pelajaran pada hari ini.

BSPP : Laptop, LCD, video.

KB : Mengenal pasti idea.

TKP : Verbal linguistik, interpersonal.

Nilai murni : Keperihatinan

Perkembangan Membaca berita Langkah 1 (20 minit) bersama guru dan menjawab soalan berdasarkan berita yang telah dibaca secara lisan.

1)Guru membaca teks berita yang diberikan kepada murid dan murid diminta mengikut apa yang dibaca oleh guru. 2)Guru membetulkan bacaan murid semasa murid membaca. 3)Guru bertanyakan soalan kepada murid berdasarkan teks berita yang telah dibaca. 4)Guru berbincang dengan murid jawapan yang betul bagi setiap soalan.

BSPP : Teks berita.

KB : Menganalisis.

TKP : Verbal linguistik, interpersonal.

BCB : Mencari maklumat.

Nilai murni : Keperihatinan.

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Langkah 2 (15 minit)

Aktiviti memadankan kata dasar dengan imbuhan yang betul.

1)Guru membahagikan papan hitam kepada beberapa bahagian mengikut jenis imbuhan peN-, peN-..-an, peR-..-an, ke-, ke-..-an dan -an. 2)Guru memasang lagu dan murid diberikan satu kotak untuk dipaskan kepada kawan-kawan hingga muzik berhenti. 3)Murid yang sedang memegang kotak semasa muzik dihentikan dikehendaki mengambil satu kertas dari dalam kotak itu. 4)Murid tersebut dikehendaki menulis kata dasar yang diperolehi pada kategori yang sepatutnya di papan hitam.

BSPP : Kertas, papan hitam, kapur, kotak.

KB: Menjana idea.

Nilai murni : Rasional.

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Langkah 3 (10 minit)

Menulis 3 ayat tunggal berdasarkan kata nama

1) Guru menulis 6 kata nama terbitan di papan hitam.

BSPP : Papan hitam, kapur.

terbitan yang diberikan. 2) Murid dikehendaki memilih 3 daripada 6 kata nama terbitan yang ditulis oleh guru. 3) Murid dikehendaki menulis 3 ayat tunggal berdasarkan kata nama terbitan yang telah dipilih di dalam buku nota masing-masing. 4) Guru memantau gerak kerja murid. Nilai murni : Rajin. TKP : Verbal linguistik. KB : Menjana idea.

Penutup (5 minit)

Nyanyian lagu Rasa Sayang Hey.

1)Guru menayangkan video klip lagu Rasa Sayang Hey. 2)Murid melihat tayangan video yang ditunjukkan dan menyanyi bersama-sama.

BSPP : Laptop, LCD, video.

Nilai murni : Bersungguh-sungguh.

You might also like