Ceghito ambo haghi ni ialah ceghito bersabite denge awe ite.

Awe ite ni dio duduk dale sebuah kapong dan meme ghupo dio tu ite. Maka ore kapong pangge dio awe ite. Jadi kemane saje dio pegi, dia teghaselah hina diri sebak dio tu ite.lepah tu, dio pegila ke sebuoh guo dale sebuoh bukik untuk betapo. Selepah daghi dio betapo, dio dapaklah satu ilmu. Ilmu dio ni sapo sajo bergela kato dio awe ite beghok. Jadi bilo sebut namo awe ite tu deghah, beghok banyok. Bilo sebuk awe ite tu koho, bengok siket. Jadi lepah daghi dio betapo dapak ilmu tadi dio pong kelek kapong. Bilo kelek kapong, ore kapong pakak lamo dah dok jupo pakak katelah he awe ite dah kelek. Sapo sebuk awe ite, beghok. Akhir sekali, sebutir kapong terbeghok. Mako, dionyo diigak oleh polih bawok gi ke mahkamoh. Bilo bawok gi ke mahkamoh, polih ni tau doh bilo sebuk awe ite, beghok. Jadi hakim tanyo polih, haghi ni nok bicagho keh gapo. Lalu dio pong ceghito bisik bulih dok hakim. 172 patah perkataan Cerita saya hari ini ialah cerita berkaitan dengan awing hitam. Awang hitam ini tinggal dalam sebuah kampung dan wajahnya memang hitam. Maka, penduduk kampong menggelar dia awing hitam. Jadi kemana sahaja dia pergi, dia terasa dirinya hina kerana wajahnya hitam. Selepas itu, dia pergilah ke sebuah gua di dalam sebuah bukit untuk bertapa. Selepas sekian lama bertapa, dia mendapat suatu ilmu. Ilmunya, sesiapa sahaja yang menggelar dia awing hitam akan berak. Jadi, apabila disebut nama awang hitam dengan kuat, mereka akan berak banyak. Tetapi, apabila disebut nama awang hitam perlahan, beraknya sedikit. Jadi, selepas dari sekian lama bertapa dan mendapat ilmu tadi, dia pun balik ke kampong. Apabila balik kampong, penduduk kampong disebabkan sudah lama tidak berjumpa, semua penduduk berkata “he awang hitam sudah balik”. Sesiapa yang panggil awang hitam akan terberak. Akhir sekali, seluruh kampong terberak. Maka, dia pun ditangkap oleh polis dan dibawa ke mahkamah. Apabila dibawa ke mahkamoh, polis sudah mengetahui bahawa jika panggil awang hitam akan terberak. Jadi, hakim pun bertanya kepada polis, hari ini hendak membicarakan kes apa. Jadi, dia pun cerita. “bisik boleh tak hakim?”.