Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDU 3101

BAB 5

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Pembentukan FPK berdasarkan…..

• Matlamat pendidikan
• Dasar-dasar negara : - Dasar Pendidikan Kebangsaan

- Dasar Ekonomi Baru
- Rukun Negara • Amalan-amalan pendidikan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Satu dokumen yang mengandungi pernyataan dasar dan strategi pelaksanaan pendidikan di Malaysia

RUKUN NEGARA

Keadaan perbezaan dan ketidakseimbangan kaum-kaum dalam masyarakat di Malaysia telah memberi kesedaran bagi negara ini untuk merangka RUKUN NEGARA (de facto Malaysian pledge of allegiance) dan telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 yang kemudian dijadikan dasar pendidikan.

• memelihara satu cara hidup demokratik . dan • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak : • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya . • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama . . • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak .

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan .

.  Memelihara satu cara hidup yang demokrasi. Malaysia berazam untuk:  Mencapai perpaduan yang lebih erat di antara satu sama lain atau dalam kalangan masyarakat Malaysia. Berlandaskan Rukun Negara.

– Mempunyai satu kebudayaan nasional yang kaya dan pelbagai corak.– Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. . – Membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden.

FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA  Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam pendidikan. yang telah diumumkan secara rasminya pada tahun 1988. .  Falsafah pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan ini menentukan arah tujuan.

.

rohani. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. berakhlak mulia. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga.” .“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. berketrampilan. masyarakat dan negara. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

 Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. matlamat pendidikan negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.  Berdasarkan matlamat tersebut. ciri-ciri yang diperlukan adalah seperti berikut: .

 Bertanggungjawab kepada.  Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. masyarakat.  Berakhlak mulia. Percaya dan patuh kepada Tuhan. agama dan negara. .  Berilmu pengetahuan.  Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

PROSES PENDIDIKAN i. Menghasilkan rakyat yang progresif. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan. mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. iii. demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. ii. .

demi mewujudkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. vi. dan bersikap toleransi. Melahirkan rakyat yang setia kepada Raja dan cintakan negara. Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan golongan yang kurang berada. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. v. .iv.

. Berdasarkan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

bertanggungjawab. berketerampilan. berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara. . berakhlak mulia. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN .

Agama Islam merupakan satu faktor yang penting bagi mempertimbangkan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. agama Hindu dan sebagainya adalah bebas dianuti oleh seseorang mengikut undang-undang negara. agama Buddha. Unsurnya adalah berdasarkan pernyataan: „…mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. FAKTOR AGAMA  Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan…. rohani.1.‟   .  Agama lain seperti agama Kristian.

 Sikap positif seperti ini adalah diperlukan dalam mewujudkan keadaan sosial yang stabil. bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.  Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.2.melahirkan rakyat Malaysia…memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara…‟ . FAKTOR SOSIAL  Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dimana keharmonian & kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi. „….

FAKTOR POLITIK  Falsafah Pendidikan Kabangsaan digubal berlandaskan kepada ideologi negara berdasarakan dokumen-dokumen rasmi:  Laporan Pendidikan  Rancangan Malaysia  Rukun Negara  Matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. .3.

4. .  Cita-cita dalam memperkembangkan ekonomi Malaysia menjadi satu matlamat pendidikan negara seperti yang dinyatakan FPK. Malaysia yang „berilmu pengetahuan. bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara‟. FAKTOR EKONOMI  Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara dalam memperkembangkan dan membantu ekonomi negara dengan mempertingkatkan daya pengeluarannya.  Tujuan ini dapat dicapai dengan lahirnya rakyat berketerampilan.

sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Pendidikan Kebangsaan. “ Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang harmonis. emosi dan jasmani.  Merupakan pernyataan utama dalam Falsafah . FAKTOR INDIVIDU  Potensi individu dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan yang mana ia meliputi aspekaspek intelek rohani.”  Insan seperti ini sentiasa mengamalkan sikap bersyukur.5.

pensarwajatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam 1980‟an diadakan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan: “ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan……. FAKTOR SEJAGAT  Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.  Idea-idea yang dihasilkan dalam seminar pendidikan antarabangsa memberi pengaruh kepada FPK.  Contoh. program pendemokrasian pendidikan.6.” (pendidikan seumur hidup) .

.

.FALSAFAH PENDIDIKAN  Umumnya. perkataan falsafah difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar. rasional dan bernas. sistematik dan logikal.  Ia dijalankan melalui cara saintifik.

. arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia pendidikan.pedoman.  Falsafah Pendidikan .FALSAFAH PENDIDIKAN  Tujuan falsafah :  Mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan negara. Sebagai rujukan para pendidik memahami sistem pendidikan negara. iii.PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN i. ii. . Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan.

iv. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugasan pendidikan. v. . Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum. bahanbahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan. vi. Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan. Menghilangkan salah faham. .vi.

ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN .

PENDIDIKAN SUATU USAHA BERTERUSAN  Pendidikan . serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan.  Proses pendidikan berterusan atau sepanjang hayat ini dapat dilihat seperti berikut : .Proses perolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran.  Proses pendidikan ini berlaku sepanjang hayat.1. bertenaga mahir serta berakhlak mulia.

ZAMAN KANAK-KANAK ZAMAN REMAJA DEWASA AKHIR HAYAT .

 Rasional Pendidikan sepanjang hayat:  Membolehkan kita menghadapi dan menangani pelbagai pendidikan dan pembangunan yang pesat khasnya perkembangan K-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. .

MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU  Berdasarkan penyelidikan.  Potensi ini dapat dilihat secara fizikalnya walaupun ia terpendam dalam diri. individu memiliki pelbagai keupayaan seperti intelek. emosi dan rohani sejak dilahirkan. jasmani. .2.

Ia hendaklah dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu dari segenap aspek.  Jadi. PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU  Perkembangan potensi individu tidak akan lengkap sekiranya dilakukan secara berasingan. aktiviti kokurikulum harus diberi penekanan di samping kurikulum akademik dalam bilik darjah. bagi membentuk atau mencapai matlamat ini.3. .

jasmani. . mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. mempunyai jiwa dan pemikiran yang tenang. tubuh badan yang sihat dan cergas. keluarga. bertenaga mahir.  Individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri. keluarga dan negara dan sentiasa berikhtiar dan beruasah menyelesaikan masalah dihadapi dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna demi kemajuan diri. serta kematangan emosi dan sosial. berakhlak mulia. emosi dan rohani secara menyeluruh dan bersepadu pada tahap yang optimum.  Potensi individu juga diperkembangkan dari segi intelek. INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS  Ciri-ciri insan yang seimbang dan harmonis:  Insan yang berilmu pengetahuan.4. bangsa dan negara.

 Menguasai kemahiran untuk memperoleh. menulis dan mengira.  Dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri sendiri dan orang lain serta membawa kepada kemajuan negara. UNSUR INTELEK  Menguasai kemahiran asas 3M. meningkat dan menyebarkan ilmu.  Mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif (KBKK). . iaitu membaca.5.

.  Mempunyai perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta.6.  Dapat memupuk dan membina disiplin kendiri. UNSUR ROHANI  Mempunyai perasaan menyedari dan mengingati bahawa adanya Pencipta.  Dapat membentuk akhlak mulia.  Mempunyai perasaan yang sedar dan menginsaf terhadap tanggungjawab.

7.   Memiliki semangat kekitaan. kerjasama dan perpaduan di kalangan masyarakat. Mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian. Memiliki perasaan kasih sayang. muhibah.  . UNSUR EMOSI  Memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal.

 Memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat.  Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal / manipulatif dengan cekap. UNSUR JASMANI  Menjaga kesihatan tubuh badan dan juga diri.  Melakukan riadah dengan sempurna.  Meningkatkan daya pengeluaran demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.8. .

 Mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta.  Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan adalah seperti berikut:  Mengakui wujudnya Pencipta. . KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN  Kepercayaan yang dimaksudkan adalah keyakinan manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya.9.  Mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta. dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan.

Mencintai ilmu b. luas dan mendalam .10. RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN Ciri-ciri masyarakat berilmu pengetahuan : a. Berfikiran terbuka. Sentiasa menambah ilmu dan menyebarkannya d. Suka membaca c.

 Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.11.  Rakyat yang berpandangan jauh dan berinisiatif.  Berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna. RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETRAMPILAN  Rakyat yang berilmu dan berkemahiran yang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara. .

 Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. .12. RAKYAT MALAYSIA YANG BERAKHLAK MULIA  Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun. berdisiplin dan bersatu padu dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

13. . RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB  Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan. bersih dan amanah. bangsa dan negara dan melaksanakan tugasnya dengan cekap.

 Berfikiran waras dengan jiwa tenang.14.  Berkemahiran mewujudkan perhubungan baik.  . RAKYAT MALAYSIA YANG BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI  Rakyat seperti ini ialah rakyat yang memiliki keupayaan : Daya ketahanan diri yang kuat.

inovatif dan produktif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. RAKYAT MALAYSIA YANG DAPAT MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA  Melalui latihan.15. . rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir.

BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI  Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi.16.  . Berkebolehan untuk menghadapi cabaran dan mengharungi liku-liku kehidupan.

Sekian untuk kuliah hari ini……………. .

AKTIVITI MINDA .

.Berdasarkan artikel yang diberi. dalam kumpulan anda. bincangkan dan buat peta minda tentang „Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara‟.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful